1.0 PENGENALAN - SIAPA REMAJA DAN APA ITU DADAH?1.1 Remaja
Remaja
pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun.Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembanganmanusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahanyang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripadaitu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".Pemikiran golongan remaja juga sangat berbeza dan biasanya mereka banyak memikirkanmengenai keseronokkan hidup. Keinginan untuk merasa perkara yang menyeronokkan seperti bermain video game, lepak dengan kawan-kawan, gangsterisme dan lain-lain lagi.Perkataan remaja ataupun
adolescene
berasal dari perkataan Latin iaitu
“adolscere”
yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut KamusDewan (Edisi Ketiga), remaja merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudahcukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada diantaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yangabstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupannya.Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengansaya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remajaialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi danterpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat.
1