You are on page 1of 4

1) Senaraikan jenis – jenis cerucuk di dalam pembinaan berserta dengan gambar.

A. Cerucuk bakau
B. Cerucuk kayu
C. Cerucuk kepingan
D. Cerucuk geseran
E. Cerucuk galas hujung
F. Cerucuk korek cetek
2) Terangkan dengan jelas fungsi dan kaedah pembinaan cerucuk di dalam pembinaan.

a) Cerucuk Bakau

 Diperbuat daripada kayu bakau bersaiz 6.00 meter panjang dan ukur lilitnya 100mm
diameter.
 Kayu bakau hendaklah bebas dari sebarang reput, jangkitan kulat, serangan serangga dan
lain – lain kecacatan.

b) Cerucuk Kayu

 Diperbuat daripada kayu yang tahan awet atau dirawat supaya tidak rosak atau reput
daripada tindakan air atau serangan serangga.
 Jenis kayu yang paling baik ialah kempas. Lain – lain seperti keruing, kulim, mengkulang dan
mertas.
 Bahan awet yang digunakan ialah ‘Copper Chromium Arsenic’ (CCA) menggunakan kaedah
‘Serapan Tekanan Hampagas’.
 Dipercayai kayu yang dirawat dengan CCA tahan sehingga 100 tahun.
 Penggunaan cerucuk kayu lebih baik berbanding cerucuk bakau dari segi kekuatan dan
kawalan kualiti.
 Saiz yang biasa terdapat di pasaran ialah 4”x 4” (100mm x 100mm), 5” x5” (125mm x
125mm), 6” x6” (150mm x 150mm).
 Panjang biasanya diantara 10’-0”, 12’-0”, 15’-0”,20’-0” dan 22’-0”.

c) Cerucuk Kepingan
 Diperbuat daripada keluli, konkrit atau kayu.
 Cerucuk konkrit dan kayu tidak begitu digunakan.
 Keluli mempunyai kekuatan yang tinggi dalam mengatasi mampatan dan tegangan.
 Cerucuk ini dikenali dengan bentuknya yang tertentu seperti:-

 Universal sheet beam


 H-Section
 Berongga
 Larsen
 Frodingham
d) Cerucuk Geseran

 Tujuan ini hanyalah untuk memadatkan tanah disamping menggunakan rintangan geseran
diantara tanah sekeliling dengan luas permukaan cerucuk tersebut untuk memikul beban
 Kekuatan cerucuk bergantung kepada lekatan tanah dan luas permukaan cerucuk yang
bersentuh dengan tanah.
 Terdapat 2 cara menambah rintangan geseran :-
i. Menambah luas permukaan cerucuk:-

 Tambah panjang cerucuk


 Tambah ukurlilitnya

ii. Membuat permukaan cerucuk lebih kesat.

e) Cerucuk Galas Hujung

 Cerucuk ditanam atau dihentak sehingga hujungnya mencecah tanah keras tersebut.
 Beban bangunan ditumpukan kepada hujung cerucuk sebelum ia disebarkan kepada
lapisan tanah keras.

f) Cerucuk Korek Cetek

 Pembinaannya lebih senang dengan menggunakan ‘hand auger’ bergaris pusat 300mm –
350mm diameter.
 Asas cerucuk ini boleh dibina bertetulang atau tanpa bertetulang iaitu bagi bangunan
rendah.

3) Nyatakan dengan jelas penggunaan cerucuk di dalam pembinaan.

A. Cerucuk bakau

 Sesuai digunakan untuk struktur yang mempunyai beban kecil seperti jeti nelayan dan
jambatan kecil rumah kediaman.
 Paling sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi.
B. Cerucuk kayu

 Penggunaan cerucuk kayu lebih baik berbanding cerucuk bakau dari segi kekuatan dan
kawalan kualiti.
 Saiz yang biasa terdapat di pasaran ialah 4”x 4” (100mm x 100mm), 5” x5” (125mm x
125mm), 6” x6” (150mm x 150mm).
 Panjang biasanya diantara 10’-0”, 12’-0”, 15’-0”,20’-0” dan 22’-0”.

C. Cerucuk kepingan

 Ianya sering digunakan sebagai penahan tebing untuk mengelak keruntuhan tanah.
 Ianya juga digunakan sebagai ‘cofferdam’ bagi kerja – kerja ‘underwater’.

D. Cerucuk geseran
 Digunakan apabila tanah di kawasan pembinaan itu lembut dan tidak mempunyai
lapisan tanah keras.

E. Cerucuk galas hujung

 Digunakan apabila terdapat lapisan tanah keras di dalam tanah.

F. Cerucuk korek cetek

 Digunakan untuk kedalaman asas cetek yang dibina melebihi 1.2 meter (4’-0”) dan
pengorekan yang dalam akan menyusahkan pembinaan untuk asas – asas yang lain.
 Bangunan setinggi 5 tingkat boleh menggunakan asas jenis ini dengan baik dan lebih
ekonomi.

You might also like