You are on page 1of 3

ILMU MUSTALAH HADITH

PENGENALAN KEPADA ISTILAH-ISTILAH AWAL

PENGERTIAN ILMU MUSTALAH HADITH ( ‫) مصطلح الحديث‬


Merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang membicarakan hal-hal berkaitan perawi
hadith dan apa yang diriwayatkan bertujuan menerima atau menolak.

KEPENTINGAN ILMU MUSTALAH HADITH


Dapat membezakan antara riwayat yang sahih dan dhoif ( lemah ). Riwayat yang sahih
diterima manakala riwayat yang lemah ditolak.

AL HADITH ( ‫) الحديث‬
Bahasa : Baru
Istilah : Apa yang diambil daripada Nabi SAW yang terdiri daripada percakapan, perbuatan,
persetujuan atau sifat ( sama ada sifat akhlak atau sifat kejadian )

AL KHABAR ( ‫) الخبر‬
Bahasa : Berita
Istilah : Khabar mempunyai 3 pengertian istilah ;

1. Khabar sama maknanya dengan hadith ( khabar seerti dengan hadith )


2. Apa yang diambil daripada orang yang selain Nabi SAW sama ada percakapan mahu pun
perbuatan ( khabar berlawanan dengan hadith )
3. Apa yang diambil daripada Nabi SAW dan orang selainnya sama ada percakapan mahu
pun perbuatan ( khabar lebih umum/luas daripada hadith )

AL ATHAR ( ‫) األثر‬
Bahasa : Baki sesuatu
Istilah : Athar mempunyai 2 pengertian istilah ;

1. Athar sama maknanya dengan hadith (Athar seerti dengan hadith )


2. Apa yang diambil daripada para Sahabat dan Tabiin sama ada percakapan mahu pun
perbuatan ( Athar berlawanan dengan hadith )
AL HADITH AL QUDSIY ( ‫) األثر‬
Hadith Qudsiy Juga dinamakan sebagai Al Hadith Ar Rabbani ( ‫الرباين‬ ‫احلديث‬ ) atau Al Hadith
Al Ilahi ( ‫) احلديث اإلهلي‬
Pengertian : Suatu yang diriwayatkan oleh Nabi SAW daripada Tuhannya iaitu Allah Taala.

Perbezaan Hadith Qudsiy dengan Al Quran ialah ;

Al Quran Al Karim Hadith Qudsiy


Diturunkan melalui perantaraan Jibril AS ke Tidak semestinnya melalui perantaraan
atas Nabi SAW. Jibril AS. Kadang-kadang melalui ilham dsb.
Thabit secara jelas, ianya adalah mutawaatir
Ada yang sahih, lemah dan palsu.
kesemuanya.
Membacanya dikira ibadat. Sesiapa
membacanya, setiap satu huruf akan
Tidak dikategorikan ibadat membacanya
mendapat satu hasanah. Satu hasanah
menyamai 10 kali ganda seumpamanya.
Lafaz dan maknanya adalah mukjizat Lafaz dan maknanya bukan mukjizat
Orang yang ingkar atau menafikan satu huruf Orang yang ingkar atau menafikan satu
daripadanya dikira kafir . huruf daripadanya tidak dikira kafir
Tidak boleh meriwayatkan atau membacanya
Diharuskan meriwayatkan dengan makna.
dengan makna.
Merupakan kalam Allah dari segi lafaz dan Maknanya dari Allah dan lafaznya dari Nabi
maknanya. SAW.
Allah Taala mencabar golongan arab supaya
Golongan arab tidak dicabar begitu.
datangkan sesuatu menyamai Al Quran
Boleh dibaca di dalam solat Tidak boleh dibaca di dalam solat

AS SANAD ( ‫) السند‬
Bahasa : Dipegang
Istilah : Rangkaian perawi-perawi hadith yang menyampaikan hadith kepada orang
selepasnya.

AL MATAN ( ‫) المتن‬
Bahasa : Apa yang keras dan menaik daripada tanah ( seperti busut dsb )
Istilah : Apa yang sampai kepadanya oleh rangkaian perawi-perawi hadith yang terdiri
daripada percakapan.

AL MUHADDITH ( ‫) المحدث‬
Orang yang menumpukan sepenuh masanya dalam ilmu hadith dengan mengkaji /riwayat
hidup perawi-perawi hadith dan riwayat-riwayat mereka.
AL HAFIZ ( ‫) الحافظ‬
Terdapat 2 pendapat berkenaan hafiz ;

1. Sama seperti Muhaddith ( pendapat ramai para ulamak hadith )


2. Hafiz lebih tinggi kedudukannya daripada Muhaddith. Pengetahuan beliau tentang
perawi-perawi hadith pada setiap peringkat sanad adalah lebih banyak berbanding tidak
tahu.

AL HAKIM ( ‫) الحاكم‬
Orang yang mempunyai pengetahuan luas, menyeluruh dan meliputi hampir semua perkara
berkenaan hadith Nabi SAW.

You might also like