Professional Documents
Culture Documents
Bahan-Bahan A
14 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm tepung Hong Kong
250 gm gula halus (saya gunakan 220 gm)
1 sudu makan ovalette
Bahan-Bahan B
300 gm mentega
4 sudu besar susu pekat manis
75 gm susu tepung
1 botol kecil jem nenas (saya gunakan 200 gm)
pewarna makanan hijau, kuning dan merah
Cara:
1. Pukul Bahan A hingga kembang (kira-kira 8-10 minit).
2. Pukul Bahan B hingga sebati (kira-kira 5 minit).
3. Kemudian campurkan Bahan A dan Bahan B lalu gaul hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Gunakan loyang berukuran 8x8x3½ inci. Lapiskan warna
hijau, kuning, merah dan warna asal dgn setiap lapisan empat sudu makan adunan.
5. Ulangi proses ini hingga habis.
Nota:
Saya bahagikan adunan kpd 4 bahagian dgn setiap bahagian mengandungi 8 senduk adunan (senduk
bujur yg biasa saya gunakan utk membuat kek lapis).
Satu lapisan saya gunakan 2 senduk adunan, so keseluruhan kek ada 16 lapis. Saya gunakan loyang
9”x 6”x 3"
KEK LAPIS PRUNE
Sumber: Abg Rozzan
Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
2½ biji putih telur
5½ oz gula halus
8 oz mentega
75 gm tepung Hong Kong }
½ sudu teh baking powder} ayak bersama
280 gm buah prune -digunting2 atau dileperkan
½ sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla
Peraturan:
2) Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh
minit)..... Bahan (B)
3) Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill'
(api atas jer) sehingga selesai.
4) Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah
digunting-gunting tadi.
Ini hasilnya...
KEK LAPIS HORLICKS HAW FLAKES
Sumber: Babybatriesyia
Bahan A
300 gm butter
150 gm horlicks
300 gm kaya
194 gm susu pekat manis
180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder)
Bahan B
10 biji telur
100 gm gula castor
Bahan C
1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu
1/2 sudu teh pes coklat
Haw flakes
Cara :
Pukul butter sampai kembang. Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung. Adunkan
adunan sehingga sebati. Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang. Jangan
tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi
agak pekat dan berkrim. Pukul lebih kurang 15 minit. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung
dan satukan. Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna
kuning, warna coklat, warna merah jambu. Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan
greaseproof paper. Gunakan loyang yg agak tinggi. Kukus setiap adunan mengikut susunan .
Susunkan haw flakes. Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain.
Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan.
Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan
yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya.
Pastikan tepung gandum tepung yg baru. Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum
digunakan. Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek.
KEK COKLAT KUKUS BEBOP
Sumber: Kak Bebop
Bahan-bahannya
1 1/2 ketul (375 gram) butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul perlahan
1 cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-caranya
1. Cairkan butter bersama susu cair, gula. Dah sebati tutup api. Tunggu hingga suam masukkan telur.
2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Masukkan
juga esen vanilla. Kacau sebati, masukkan dalam loyang 10" yg telah disapu minyak, kukus selama 1
1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic glaze, supaya air kukusan tak jatuh kedalam aduan kek)
CHOCOLATE TOPPING
Bahan-bahannya
250 gm cooking chocolate
50 gm susu cair
Bahan-bahannya
Biskut Marie - patahkan 4
2 biji telur
1 cwn gula putih (nak manis tambah lagi)
150g butter
1/2 cwn koko powder
1/2 cwn susu cair (agak2 ajelah...jgn adunan terlalu pekat)
Cara-caranya
1. Cairkan butter didalam periuk kemudian... masukkan koko dan kacau...guna api kecik.
2. Telur + gula, pukul ngan whisker dan masukkan dlm periuk tadi. Masukkan sedikit susu cair.
3. Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati...tutup api. Jgn biarkan
biskut terlalu kembang.
4. Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat... Tekan kek
hingga padat.
5. Masuk dalam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.
Hiasan : Cairkan cooking coklat dan curahkan aje atas kek tadi...tabur almond.
Nota : nak masukkan nut, kelapa dan kismis dlm kek pun boleh jika suka..mklang buat plain je sbb
anak2 tak suka letak macam2 dlm kek...kat atas tu tabur je almond buat penyeri.
KEK BATEK JAWA
Sumber: Maklang
Bahan-bahannya
400 g biskut Marie (dipatahkan 4)
4 biji telur
1 1/2 cawan gula
1 ketul butter
3/4 cawan koko
1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Pecahkan telur dan masukkan gula.Kacau hingga kembang.Masukkan butter dan kacau lagi.
2. Masukkan pula koko dan tambah air, kacau lagi.Letak atas dapur dengan api yg kecil dan kacau
selalu.
3. Last sekali, masukkan biskut yang dipatahkan 4 tadi dan biar sampai kembang tapi kena kacau takut
nanti hangus pulak.
4. Letakkan aluminium foil dalam acuan dan tuangkan adunan. Tekankan adunan dan padatkan
kemudian masuk dalam fridge.
5. Bila dah keras,bolehlah dipotong.Boleh juga disapukan topping coklat di permukaan atas kek tu.
Bahan-bahannya
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
340 gram pitted prune (prune tanpa biji) dihiris
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek
Cara-caranya
Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang. Masukkan 100 gram gula. Pukul lagi sehingga
gulanya larut. Ketepikan. Pukul putih terlur sehingga kembang. Masukkan 120 gram gula dan ovalette.
Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya
kembang. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan
sehingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata.
Cara membakarnya
Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya
bertukar warna. Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga
warnanya coklat. Setelah itu tuang 1 sendung adunan diatasnya dan ratakan. Susun hirisan prune
jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat. Grill lagi sehingga coklat. Ulang lagi
dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi prune, sehingga adunan habis.
Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan
aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 darjah
C, bakar lagi selama 10 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru
boleh dipotong.
KEK BATIK KENYALANG
Sumber : Majalah Saji, April 2003
Bahan-bahan
500gm mentega golden churn 200gm gula halus
390gm susu pekat 150gm horlick
200gm jem buah-buahan 300gm tepung hongkong
10 biji telur gred A 1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau 1 sudu kecil pewarna merah
Cara menyediakan
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih (selama 3 minit).
2. Dalam bekas lain, pkul telur sehingga kembang.
3. Campurkan adunan mentega dan telur,pukul sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian iaitu 2 cawan kuning. Selebihnya dibahagi 2 dan diwarnakan
hijau dan merah.
6. Tuang 1 cawan adunan kuning ke dalam acuan 9” x 9” yang telah dialas kertas dan disapu mentega.
Bakar dengan api atas sahaja pada suhu 180° C sehingga masak.
7. Masukkan adunan merah dan hijau ke dalam botol sos berasingan. Bila adunan kuning masak,
paipkan secara menyerong adunan hijau berselang merah. sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar
pada suhu sama sehingga masak.
8. Jika lapisan tadi menggelembung, tekan lapisan dengan penekan untuk memampatkannya.
Bahan-Bahan:
450g mentega
250g gula halus
10 biji telur
170g seri kaya
397g susu pekat manis
100g Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)
Cara :
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul
hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata.
Masukkan tepung dan gaul rata-rata.
Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu
sediakan loyang berukuran 10" x 7". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang.
Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis
dgn 2 senduk adunan (4 lapisan semuanya) . Setelah itu bakar 3 lapis adunan berwarna merah, 3 lapis
warna cokelat dan 3 lapis warna oren. Akhir sekali, bakar lapisan atas kek dgn adunan plain (4
lapisan).
KEK LAPIS SARAWAK
Sumber: Kak Hanieliza
Bahan B
6 biji telur sejuk gred A [kalau gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula hanlus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate
Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips
Cara-caranya
1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebus /ringan..
2. Masukkan bahan A, ovallate dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis.
KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber: Zaiima
Bahan A Bahan B
1 cawan serbuk koko 1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair 1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan minyak masak/mentega cair 1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan C
3 biji telur
Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan
sejukkan bahan ini.
Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur
serata dengan bahan A.
Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit
masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.
Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek.
Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.
TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri
Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula &
cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru
boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.
KEK LAPIS HORLICKS-MILO
Sumber: Deeyana (Sarawak)
Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)
200 gm Horlicks (saya gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)
1 tin susu pekat (397gm)
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata.
Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan
adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar
selapis-selapis hingga selesai.
KEK LAPIS RAINBOW PRUNE
Sumber: Abang Rozzan
Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
11 oz gula halus (10 oz bagi yg ingin kurang manis)
16 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder} ayak bersama
7 oz (atau secukupnya) buah prune -digunting2
secukup chocolate bar(optional)-potong kecil- kecil (saya gunakan cokelat cadbury yg blackforest)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla
Peraturan:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A). Pukul telur, tepung, baking powder, gula
dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api
atas jer) sehingga selesai. Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn
buah prune yg telah digunting-gunting tadi. Pada setiap lapisan ganjil bubuhkan cokelat.
AFRICAN MARBLE CAKE
Sumber: Roshayati Johari (Resipi.Net)/ Maklang (FRD)
Bahan-bahannya
250 g tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camb ovellate
1 camt baking pawder
2 camb susu pekat
50 g air
175 g butter - cairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari
Cara-caranya
1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan.
3. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang.
4. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. Bakar. (Pastikan adunan
hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double ).
5. Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat
Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10
minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan
perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian
3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian
seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga
dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35
minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang
pembakar.
Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan
tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada
kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek
yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang
mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.
OREO COOKIES CAKE
Sumber: Maida Heatter (All About Cake)/ Mama Ella (My Cozy Kitchen)
Bahan-bahannya
14 – 15 keping biskut oreo
2 ¾ cawan tepung gandum, diayak
½ sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
8 oz mentega
1 sudu teh esen vanilla
1 ½ cawan gula kastor
3 biji telur
1 cawan sour cream
Cara-caranya
1. Potong biskut oreo menjadi 4 keping setiap satu. Ketepikan.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda dan garam. Ketepikan.
3. Pukul mentega sehingga ia lembut dan kembang. Masukkan gula dan pukul sehingga ia kembang
dan rata.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga adunan mentega sebati.
5. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi, diselang seli dengan sour cream. Gaul kaup
ratakan menggunakan spatula sehingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
7. Masukkan adunan yang plain didalam cupcake/ loyang – lapisan bawah. Lakukan sehingga adunan
semua habis digunakan.
8. Masukkan biskut oreo yang telah dipotong kedalam adunan yang lagi satu dan gaul perlahan untuk
disebatikan.
9. Masukkan adunan ini diatas cupcake/ loyang yang telah disediakan dengan adunan plain tadi dan
ratakan.
10. Bakar selama 45 minit atau sehingga ia masak menggunakan suhu 200’C.
Nota D: Sekiranya ketuhar anda jenis yang panas suhunya, boleh kurangkan suhu kepada 170’C –
180’C.
INGREDIENTS
250 gm butter
190 gm sugar
5 Egg whites
5 egg yoiks
250 gm self-raising flour
2 tsp vanilla essence
6 tbs fresh milk
200 gm Oreo Cookies (clear the cream) - crush coursely
Cream from the cookies
METHOD
1. Heat oven to 185 degrees Celcius. Grease and line a 9x9 or 8x8 inch square cake tin.
2. Beat butter and cream from the cookies till pale and creamy.
3. Add egg yolk one at a time and milk, alternately, making sure eggs and milk are blended in well after
every addition.
4. Add vanilla essence and flour. Mix well.
5. In another mixing bowl, whisk egg white and sugar till stiff. Fold into the butter mixture in two
addition.
6. Add crushed cookies and fold well.
7. Pour into the baking tin and bake for 40-45 minutes.
Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih
Cara-caranya
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air lebih kurang 2 camca besar air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur
1 sudu teh ovallette
Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan ovallette dan putar lagi
4. Masukkan prune yg telah dikisar dan putar lagi
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dalam loyang
dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.
Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"
Tips
1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik
dengan cantik.
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih
gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak
jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang
mengancam dari segi warna dan rasa.
Bahan-bahannya
3 buku kek marble (setiap satu seberat 350 gram) - beli daripada mana-mana kedai kek
20 keping biskut Oreo krim vanila
100 gram ceri (potong dadu kecil-kecil)
26 gram agar-agar serbuk
1/2 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair tin (campur dengan air untuk menjadikan 1,200 ml cecair)
300 gram gula pasir
2 biji telur (kocok)
secubit garam
Caranya
1. Satukan susu, agar-agar, garam, esen vanila dan gula. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan telur sambil kacau bahan tadi. Apabila sudah rata, matikan api.
Masukkan biskut Oreo yang sudah dipatah-patahkan dan ceri ke dalam agar-agar.
3. Potong kek marble setebal satu sentimeter setiap satu.
4. Ambil sehelai tuala tangan yang bersih, basahkan dan lapkan ke seluruh tin kek berukuran 25 X 25
X 8 sentimeter.
Susunkan kek marble di dasar tin dan di sekelilingnya. Pastikan susunan padat.
5. Letakkan tin berisi kek di atas besen atau kuali besar yang rata dasarnya dan diisi air batu.
6. Dengan menggunakan senduk lauk, tuang adunan agar-agar ke dalam tin berisi kek, sesenduk demi
sesenduk hingga penuh.
7. Biarkan agar-agar keras, baru diterbalikkan tinnya untuk keluarkan kek agar-agar ini.
Nota: Jika anda mahu gunakan kek sebagai hantaran, elak simpan dalam peti sejuk kerana bimbang ia
berpeluh jika terlalu lama dikeluarkan daripada peti sejuk.
MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber: Rohayah
Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak
Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
Cara-caranya
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua
adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
9. Selamat mencuba.
Nota: Marble Chocolate Cheesecake juga boleh dikukus. Ia akan menghasilkan kek yang lebih moist
(lembab) jika ia dikukus.
AISKRIM JAGUNG
Sumber: Murnie
Bahan-bahannya
2 1/2 cawan creamer coffeemate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning
Cara-caranya
1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah
beku.
4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul
aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya
secukup rasa.
KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Blackmore
Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong...tak kira arr...nespray...dutch lady...dumex pon bley
Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat.
Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette
Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie
kembang, selalunya dalam 15 – 20 minit.
Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair...tak kira apa brand..asal susu cair...susu dumex pon ok
Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan
tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stopped the machine. Masukkan Bahan A
dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.
Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak
perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah
siap ada 3 warna.
Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190
darjah C. Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam.
Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-
goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini
selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-
betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena
hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil
standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair.
Ketepikan.
Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas
dan bawah.
-----------
STEP BY STEP KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
Ini D berikan cara-caranya step by step dimana Maklang menyediakan Kek Gula Hangus
menggunakan resipi diatas. Terima kasih Maklang.
Step 2 – gula dah mulai mencair dan berubah colour, bolehlah masukkan air panas skit demi skit
Step 3 – masukkan butter dan tunggu hingga kesemuanya cair dan ketepikan seketika.
Step 7 – Masukkan tepung skit demi skit dan presssssssss, biarkan selama 3 jam.
Step 8 – Bila dah 3 jam, colour adunan berubah, mungkin tindakbalas gula hangus tadi kot…
Step 9 – Tuangkan adunan dalam loyang yang sesuai dan kacau supaya tepung tak mendap dan
bolehlah dibakar selama 1 jam dengan api bawah…lagi 5’ nak masak guna api atas saje…Maklang
guna loyang 5x5 sbb loyang kecik lagi akder…jadi kek tak baper tinggi.
Bila dah masak, kek memang tak nampak gelap colournya tapi dan betul2 sejuk kita akan dapati kek
berubah menjadi coklat kehitaman. (Maklang terangkan skit gambar ni ye sbb kenkawan dapat melihat
rongga kek tersebut).
Dipotong secara menegak, beginilah rupanya. Biasanya kek ni dipotong menegak dan kita dapat lihat
jaluran panjang kat kek..
Bahan-bahannya
500gm mentega
4 sudu makan susu manis
1 sudu teh esen pisang
Bahan-bahan diatas ini dipukul hingga putih
Pukul telur dan gula hingga kembang lalu masukkan ovalette diikuti dengan tepung. Gaul sebati dan
dibahagi 2. Satu diwarnakan hijau dan yang lagi satu diwarnakan merah dan dibubuh prune. Bakar
selapis2 hingga selesai.Lapisan terakhir dibakar pada suhu oven selama 15 minit pada suhu 150C atau
hingga tepinya merekah.
RAINBOW MARBLE PUDDING BLACKMORE
Sumber: Sis Blackmore
Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya
Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan
kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula
sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air)
ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk
lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat
seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda
yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan
sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini
sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan
biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nota: Anda boleh pelbagaikan warna yang hendak anda gunakan untuk pudding ini. Anda
juga boleh gunakan acuan kecil untuk menghasilkan pudding seperti yang dicuba Kak
Noor Hannah.
D’MACARONI GORENG
Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni
12 ekor udang, dibersihkan
150 gram daging cincang
4 biji telur, digoreng pecah-pecah
1 ikat sawi, dipotong selebar 2 inci
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
¼ cawan bawang goreng
garam secukupnya
serbuk perasa, jika suka
gula secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan secukup air didalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak masakan. Bila air telah
mendidih masukkan macaroni dan rebus sehingga ia masak. Bila telah masak angkat dan toskan.
Minyak masakan digunakan supaya bila macaroni ditoskan ia tidak melekat antara satu sama lain.
2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga ia naik bau.
Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan daging cincang dan bila daging telah bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak
sehingga udang bertukar warna.
4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.
6. Taburkan bawang goreng dan gaul sehingga ia sebati. Sedia untuk dihidang.
D’MEE KICAP
Bahan-bahannya
1 paket bee hoon, dicelur dengan air panas
4 biji telur, digoreng scrambled
12 ekor udang, dibersihkan
½ cawan sos tomato
½ cawan kicap
garam secukupnya
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis
bawang goreng, jika suka
Nota: D menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang. Sekiranya anda mahu boleh anda cuba
cara kedua iaitu bee hoon yang telah dicelur digaul rata dengan kicap. Lihat gambar dibawah ini. Dan
bila kicap telah digaul dengan bee hoon anda tidak payah masukkan ½ cawan kicap kedalam tumisan
rempah. Dan hasilnya meenya warnanya akan lebih serata seperti dibawah ini.
Cara:
Pukul Keju, gula, dan tepung jagung hingga kembang.
Masukan telur dan pukul hingga sebati.
Masukan Sour cream dan krim putar, kacau hingga rata.
Letakkan lapisan kek sponge di dalam loyang dan tuang adunan tadi.
Tuang sos coklat yang telah di cairkan dan kacau.
Panaskan ketuhar 150C dan baker selama 30 minit.
BREAD PUDDING I
Sumber: Allrecipes.com
Bahan-bahannya
10 keping roti, dipotong kiub
¼ cawan majerin, dicairkan
½ cawan kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
6 biji telur
¾ cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
3 cawan susu yang telah dipanaskan
Secubit serbuk buah pala
Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 190’C.
2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan roti, mentega cair, kismis dan serbuk kayu manis. Gaul
hingga sebati dan masukkan kedalam loyang pembakar.
3. Menggunakan bekas mangkuk tadi pukul telur. Masukkan gula, esen vanilla dan garam. Kacau
sehingga gulanya larut. Masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan
telur ini diatas roti dan taburkan dengan serbuk buah pala. Ketepikan untuk 5 minit supaya cecair
meresap kedalam roti.
4. Bakar didalam oven selama 25 – 30 minit, atau sehingga lidi pengguji bersih menandakan pudding
roti telah pun masak.
Bahan-bahannya
Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh
Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula
Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit
Ayam - dipotong kecil2
Bahan Hiasan
Lada Merah
Telur Dadar - didadar nipis, gulung dan hiris
Timun Batang
Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua
bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam, udang, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak.
Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan bolehlah dihias
dengan bahan-bahan hiasan tadi.
MEE HONGKONG
Bahan-bahannya
1 bungkus mee hoon, dicelur dengan air panas dan toskan
150 gram udang, dibersihkan
150 gram sotong, dibersihkan, dibuang hitamnya dan potong bulat
150 gram daging, dihiris nipis
1 ikat sayur sawi, dipotong lebar 3 inci
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan betul2
masak. Masukkan sos tiram dan gaul rata bersama garam dan juga serbuk perasa.
2. Masukkan pula daging dan sotong dan juga 1 cawan air. Biarkan daging dan sotong masak.
3. Kemudian masukkan udang pula, biarkan udang masak sebentar. Masukkan pula sayur sawi.
Gaul rata.
4. Masukkan mee hoon yang telah dicelur dan gaul kesemuanya hingga sebati. Angkat dan
hidangkan dengan cili jeruk.
Nota: Kalau suka mee hong kong yang agak basah boleh lebihkan air dan sos tiram, dan gaul mee
tersebut basah2 gitu dan hidangkan. Sedap.
Bahan
1 paket bihun [rendam sehinggan lembut dan toskan]
250 gm daging [hiris kecil dan rebus lembut]
1 mangkuk sawi/ sayur kucai
1 mangkuk kobis racik
1/2 batang carrot sagat
1/2 cawan taucu masin
1/2 cawan air
Bahan tumis
3 s/b minyak
3 s/b cili mesin
3 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk
Bahan hiasan
1 keping tahu goreng [hiris kecil]
1 pokok daun sup [racik]
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
bawang goreng
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan daging. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Bila daging telah sebati masukkan taucu, bihun dan sayuran.
4. Kacau rata dan rasakan garam.
5. Angkat dan haskan dengan bahan hiasan.
Bahan-bahannya
500 gram mee kuning, dicelur dan toskan
150 gram daging, dipotong nipis
8 ekor udang, dibersihkan
200 gram kobis, dipotong lebar 1 inci
1 ikat sayur sawi, dipotong 2 inci lebar
1 batang lobak, dipotong ikut suka
1 biji tomato, dipotong 8
½ cawan kicap lemak manis
2 sudu teh serbuk lada putih (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
2 sudu makan tepung jagung/ kanji (dibancuh dengan sedikit air)
air secukupnya
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
4 biji telur
bawang goreng, untuk hiasan
Cara-caranya
1. Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan pula bawang besar dan serbuk lada putih, tumis lagi sehingga baunya bangkit.
2. Masukkan daging dan tumis lagi sehingga warnanya bertukar. Masukkan kicap, garam dan serbuk
perasa. Gaul rata dan masukkan secukup air dan lobak. Biarkan kuahnya mendidih.
3. Bila kuah telah mendidih rasakan kuahnya, jika kurang rasa kicapnya dan masinnya tambah jika
perlu kicap dan garam. Masukkan pula udang. Bila udang telah bertukar warna. Masukkan kobis dan
sayur sawi.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung/ kanji, biarkan kuahnya pekat sedikit. Gaul rata, masukkan
tomato dan padam apinya. Kuahnya pun dah sedia.
5. Dalam kuali kecil yang berasingan, isikan dengan secukup air dan didihkan. Bila airnya telah
mendidih, perlahankan apinya. Pecahkan telur dan biar telur tersebut masak sedikit. Yang penting ia
tidak boleh terlalu masak, kuning telur tu masih bergoyang-goyang jadi sedap. Angkat dengan senduk
hati-hati dan ketepikan. Buat lagi untuk telur yang lain.
6. Cara menghidangkan Mee Hailam – Sendukkan secukup mee kuning kedalam mangkuk. Letakkan
sebiji telur mata lembu yang telah dimasak tadi dan tuangkan kuah dan juga bahan-bahan seperti
daging, udang, sayur-sayurannya. Taburkan dengan bawang goreng. Sedap juga dihidangkan dengan
cili hijau jeruk. Siap untuk dimamam.
Bahan-bahannya
350 g mee sua
2 biji telur
3 biji bawang putih, dicincang
100 g tauge
200 g udang hidup
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan light soya sauce
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh minyak bijan
Caranya
Bersihkan udang, buang kulitnya dan tinggalkan ekor sahaja. Goreng udang dengan sedikit minyak
sampai masak. Angkat, minyaknya diketepikan untuk menumis. Mee sua digoreng sebentar dengan
banyak minyak sehingga garing sedikit. Keluarkan dari kuali dan celur dengan air panas mendidih.
Apabila meenya lembut, keluarkan dan toskan. Panaskan minyak bekas goreng udang didalam kuali.
Tumis bawang putih cincang sebentar, masukkan telur dan dikacau-kacau. Masukkan hirisan sayur dan
kacau rata. Masukkan mee sua, sos tiram light soya, minyak bijan, lada putih dan udang. Balik-balikkan
sehingga rata, masukkan tauge. Kacau lagi sehingga rata dan masak. Semasa menghidang taburkan
bawang goreng dan hias ditepinya dengan hirisan
lettuce.
Cara-caranya
1 paket char kue teaw - celurkan sekejap dalam air panas dan toskan
5 ulas bawang putih - cincang atau ketuk aje
2 biji telur
udang secukupnya
kucai, di hiris 1 inci (lagi banyak lagi sedap)
tauge
minyak untuk menumis
5 sudu besar cili boh/lada kisar campurkan dengan sedikit air. Jika hendak pedas boleh letak banyak.
Semua bahan * campurkan dlm satu bekas kacau siap2 sehingga sebati.
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan goreng udang dahulu – toskan.
2. Minyak yg sama tumis cili boh + air sehingga masak.
3. Masukkan campuran * masak dlm 5 minit.
4. Masukkan tauge & daun kucai masak 2 minit.
5. Masukkan cepat char kue teaw.
6. Masukkan udang.
7. Letak tepi kuali sikit char kue teaw tadi dan pecahkan telur - goreng cepat supaya telur tidak
berketul.
8. Rasa garam dan gula..bila dah ok, boleh padamkan api...
Nota: Masa masukkan bahan 1-6 memang agak basah sikit, tapi bila dah masukkan telur ia akan jadi
pekat.
Bahan-bahannya
4 sanggul mee sua
1 biji bawang besar, dihiris halus
5 biji cili padi thailand, dihiris halus
1 ketul cube ikan bilis
5 ekor udang, dibersihkan
100 gram sawi, dikerat 2 inci panjang
100 gram kobis, dipotong lebar 2 inci
1 batang lobak, dipotong serong
1 biji tomato, potong 6
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup
sedikit serbuk lada sulah, jika suka
air secukupnya
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secukup telur
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan cili padi thailand dan bawang besar. Tumis
sehingga naik bau.
2. Masukkan pula kuib ikan bilis, dihancur-hancurkan sedikit dan masukkan pula karot, udang, serbuk
lada putih, garam dan juga serbuk perasa. Tumis sebentar dan tuangkan secukup air kedalam periuk.
3. Bila kuah telah pun mendidih rasakan kuahnya, jika kurang tambah perasa secukupnya. Masukkan
sawi dan kobis. Bila sayur dah layu sedikit. Padamkan api, masukkan pula tomato, pecahkan telur,
taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan tutup periuk selama 5 minit.
4. Cara untuk menghidang Sup Mee Sua: Ambil secukupnya sup yang telah disediakan panaskan
dalam periuk yang berlainan masukkan mee sua, masak selama 1 - 2 minit sekejap sahaja. Angkat
hidangkan dalam pinggan dan tuangkan kuahnya lain bersama sayur-sayuran, udang dan juga telur.
Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup lagi jika mahu.
Nota D: Jika anda tidak mahu kuah yang pedas, boleh kurangkan penggunakan cili padi dan juga
jangan gunakan lada sulah. Mee Sua tidak boleh direndam dalam sup yang panas dan biarkan ia akan
mengembang dan meresap kuah nanti tak sedap. Sebaiknya jika nak makan panaskan kuah masukkan
mee sua sekejap angkat terus hidangkan. Enak dimakan panas-panas...
Bahan-bahannya
1/2 kilo mee kuning
2 ulas bawang putih
1 in halia - bawang putih dan halia ditumbuk
Sos tiram
Kicap pekat
2 biji telur
Sedikit serbuk cili
Udang
Sotong
Sayur lobak
Sayur campuran
Daun Sup
Daun Bawang
Sedikit buah limau nipis
Timun batang
Goreng udang dengan sotong sebentar. Masukkan bawang putih dan halia. Masukkan serbuk cili.
Goreng lagi. Pecahkan telur dan gaul rata. Masukkan kicap pekat dengan sos tiram. . Masukkan sayur-
sayuran dan goreng sebentar. Masukkan mee dan gaul rata. Kemudian hidangkan dengan limau nipis
dan timun batang. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang...
NASI AYAM KELUARGA DIANA
Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara Menyediakan
Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah
garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah
supnya.
Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada
individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh
juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.
Bahan-bahannya
3 batang keledek, dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci
1 biji gula melaka
1 cawan biji sagu, direndam
1 kotak santan
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa
Cara-caranya
1. Didalam periuk rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.
2. Masukkan pula biji sagu, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
3. Bila telah mendidih dan gula melaka telah larut, masukkan santan dan kacau sehingga ia mendidih
sedikit dan padamkan api. Rasa cukup tak gulanya. Sedia untuk dihidang.
AGAR-AGAR PELANGI INDAH
(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang
sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru
dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu
dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-
agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan
mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak
dihidangkan dalam keadaan dingin.
Bahan-bahan
1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
4 biji telur
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula
1 sk ovallete
1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar
Cara-cara
Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.
Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.
Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd
setiap lapisan.
Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
Buat sehingga siap.
Lemon Chicken - Chinese Style
Bahan-bahan
10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
Bahan Marinade:
3 sudu besar kicap cair- hana guna syouyu
1 sudu kecil garam
Bahan Batter:
1 biji telur (saiz besar)
1/4 cup tepung jagung
1 sudu kecil lada putih
Bahan Sos:
1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je)- x ltk
2 sudu besar tepung jagung
1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)- hana buh sebijik!
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak- hana gune butter
Pewarna kuning (optional)
Cara-cara
1. Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam.
Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
2. Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada
putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam
lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya
ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden
brown. Toskan ayam dan biarkan.
3. Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil
dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
4. Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur
tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa
masam, boleh tambah lagi jus lemon
5. Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias
bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
DAGING MASAM MANIS
Sumber: Mami Asmah Laili
Bahan A:
1 kg daging- potong ikut suka * I rebus dagingnya
100 gm gula melaka- dihiris
50 gm asam jawa diramas dgn semangkuk air dan ditapis * I guna lebihan air rebusan
1 cawan minyak masak
Garam Secukupnya
Bahan B:
20-25 biji lada kering - gunting dan rendam
3 biji bawang besar * I guna 4 biji
10 ulas bawang merah * I tak guna sebab tak ada
1/2 ibu jari kunyit
5 ulas bawang putih
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
Cara-caranya
Kisar halus semua bahan B. Gaul rata rempah dgn bahan A kecuali minyak. Perap selama 15-30 minit.
Panaskan minyak. Masukkan daging yg telah diperap. Masak hingga daging lembut dan kuah pekat