Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
MEMPERKASAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARAOlehPengarahPusat Perkembangan Kurikulum
 Abstrak Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalamsistem pendidikan. Ianya merupakan nadi kepadasistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasiakan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamisbersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara. Kertas inimembincangkan tentang asas dan cabaran yang perludipertimbangkan dalam memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pembangunan Negara dan trend pendidikandunia adalah di antara kuasa penggerak yang perludiberi penekanan dalam usaha memperkasakankurikulum pendidikan negara. Matlamat kurikulum ialahmelahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yangsama kurikulum turut perlu menyumbang dalammelahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yangbertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilahbersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa danwarganegara Malaysia yang berkualiti.
1.0
 
PENDAHULUAN
Perangkaan menunjukkan bahawa hampir 21 peratus
 
daripada jumlah penduduk Malaysia berada dalam lingkungan umurpersekolahan iaitu di antara 6 hingga 18 tahun. Kumpulan inimengikuti sistem persekolahan Malaysia yang menggunakankurikulum kebangsaan.Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistempendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yangmencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistempendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifatdinamik dan relevan dengan kehendak-kehendak semasa mahupunkeperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkansebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semuapengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan sertakepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorangmurid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI).Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melaluipelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan
 
melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannyasatu entiti yang konstan tetapi bersifat fleksibel dan berubahmengikut senario dan tuntutan ekonomi, sosial dan politik tanah air.
2.0 ASAS PERTIMBANGAN PEMBANGUNAN KURIKULUMSISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA2.1 Perubahan Ekonomi
Malaysia, seperti negara-negara membangun yang lain,terpaksa berhadapan dengan arus globalisasi iaitu aktiviti ekonomidunia tanpa sempadan. Penghapusan segala perlindungan ekonomiyang dikenakan oleh negara-negara membangun bagi melindungidan meningkatkan ekonomi, syarikat dan institusi kewangantempatan telah mengizinkan pergerakan bebas kewangan,pelaburan dan perdagangan. Kesan dari globalisasi ini, syarikat-syarikat besar datang ke sesebuah negara membangun untukmelabur, menjual dan turut mengambil alih syarikat-syarikat kecil.Barangan import yang lebih berkualiti dibawa masuk dengan hargayang lebih murah menyebabkan barangan tempatan hilang
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more