You are on page 1of 2

Aku Ingin Pulang

Satu lagi iklan raya Petronas yang menyentuh perasaan amat sesuai dihidangkan
berulangkali kepada generasi muda. Klip video ini amat sesuai ditonton bersama peserta
kursus dan kemudian dijadikan topik perbincangan hati ke hati supaya mesejnya dapat
dihadamkan dan diamalkan dalam sistem kehidupan kita.

Kisah bermula di bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak dengan pemandangan di Hospital


di mana si Ayah telah dibenarkan pulang oleh doktor dan menyuarakan keinginannya
untuk pulang ke rumahnya sendiri, tetapi anak perempuannya dengan berat hati
membawa si Ayah tinggal bersamanya setelah permohonannya kepada pihak hospital
untuk melanjutkan tempoh rawatan si Ayah sehingga selepas Eidul Fitri di tolak!! Si
Ayah perasan yang menantunya tidak berapa setuju dengan situasi yang wujud.

Waktu makan bersama anak, menantu dan dua orang cucu yang ‘jujur’ menjadi
pengalaman pahit si Ayah. Dengan kelemahan pergerakan yang ada, si Ayah sering tidak
dapat mengawal pegangannya menyebabkan cawan terlepas dari tangannya, hirupan sup
yang menitis ke lantai dan pinggan berisi lauk tertumpah di meja makan di samping
kegagalan otot-otot mengawal pembuangan najis.

Si Menantu dan anaknya yang bersekongkol itu tidak tahan dengan kerenah si Ayah lalu
menyediakan tempat makan yang berasingan bersama kucing keluarga dengan
menyediakan cawan, mangkuk dan pinggan plastik ala ‘tray’ di asrama dengan alasan
mengelakkan dari peralatan tersebut pecah lagi. Si Ayah perasan mangkuk yang
digunakan sama dengan mangkuk makanan kucing keluarga itu. Sedih si Ayah
diperlakukan begitu dan terkenang beliau ketika saat-saat dia membesarkan si Anak
menatang bagai minyak yang penuh sehingga berjaya di menara gading, ini balasannya
terhadap semua pengorbanannya ………( lagu Aku Ingin Pulang beralun sedih melatari
suasana pilu tersebut)

Hari Raya Eidul Fitri dah hampir. Sedang si Menantu dan Anak tadi sibuk memasang
pelita raya, mereka menegur Sang cucu-cucu yang sedang bermain rumah-rumah, “Main
apa tu ?” Sang Cucu menjawab “ Bila kami besar, Mak dan Abah duduk sini, Kakak dan
Adik duduk dalam ” . “Jangan lupa pakai lampin tau ……”

Alhamdulillah, peristiwa tersebut menyedarkan mereka dan si Anak berjumpa si Ayah


dalam suasana pilu memohon kemaafan. Si Ayah dengan sifat kebapaan berlapang dada
menyambut kasih sayang yang berkunjung di penghujung Ramadhan yang menggamit
ketibaan Syawal.

*** Sedih juga bila mencoretkan babak-babak kemanusiaan di atas.

Ingin berkongsi sesuatu…… ? Silakan…. Mungkin pengunjung dapat manafaat dari


coretan tambahan anda di ruangan komen di bawah.
Bertemu kita di masa yang terdekat, insyaAllah. Wassalam.

You might also like