You are on page 1of 11

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

E3106: MESIN ELEKTRIK

AMALI: 01 (pertama)

TAJUK: Binaan Mesin Arus Terus Dan Binaan Mesin Arus Ulang Alik

TUJUAN:

1. Mengenali dan memahami binaan mesin elektrik (penjana) arus terus.

2. Mengenali dan memahami binaan mesin elektrik (motor) arus terus.

3. Mengenali dan memahami binaan mesin arus ulang alik jenis gelang gelincir dan
juga sangkar tupai.

4. Memperkenalkan kepada pelajar setiap bahagian-bahagian utama binaan


sesebuah mesin elektrik dan peralatan tambahan yang digunakan dalam sesuatu
ujikaji terhadapnya.

ALATAN:

1. Keratan rentas mesin elektrik arus terus.

2. Keratan rentas mesin elektrik arus ulang alik.

3. Keratan rentas motor a.u jenis motor gelang gelin dan juga sangkar tupai.

ALATAN TAMBAHAN:

1. Motor Protection Switch 3 Phase

2. Cut Out Switch

3. Machine Test System (Control Unit For Magnetic Powder Brake)

4. Pendulum Machine
5. Penggerak Utama/ Prime Mover (Motor AU 3 Fasa)

6. Mesin A.T : Penjana Atau Motor

 Pirau

 Siri

 Majmuk

7. Load Resistor

8. Coupling Cover

9. Shaft Extensions

10. Coupling

11. Connector

CARA KERJA:

1. Keratan rentas binaan sebuah mesin arus terus dikenalpasti dan dilakarkan
gambarajah sebenar.

2. Keratan rentas binaan sebuah mesin arus ulang alik dikenalpasti dan dilakarkan
gambarajah sebenar.

3. Keratan rentas binaan sebuah motor arus ulang alik jenis sangkar tupai
dikenalpasti dan dilakarkan gambarajah sebenar.

4. Peralatan tambahan yang digunakan dalam sesuatu ujikaji mesin elektrik


dikenalpasti dan dilakarkan gambarajah sebenar.
PERBINCANGAN:

1. Nyatakan secara ringkas setiap fungsi bahagian-bahagian utama binaan mesin


arus terus, mesin arus ulang alik, dan juga penjana arus terus.

Mesin Arus Terus

 Bingkai atau yok

-Sebagai penutup mesin dan penyokong kutub magnet.

-Sebagai laluan fluks magnet.

 Kutub medan

Teras kutub- -untuk menghasilkan fluks magnet

-Bertindak sebagai teras kepada lilitan medan

Belitan medan- untuk mengelektromagnetkan teras kutub dan


menghasilkan fluks magnet, dimana fluks ini akan dipotong oleh pengalir
angker.

 Angker

Teras angker- untuk menempatkan pengalir

-Berputar untuk memotong fluks magnet

Belitan angker- untuk menghasilkan voltan bila pengalirnya dipotong


oleh fluks

 Penukar tertib

-Sebagai penukar AU kepada AT


-Sebagai perantara antara lilitan angker dengan lilitan beban melalui
berus karbon

 Berus dan gegesel

-Untuk membawa arus dari lilitan angker melalui komutator ke lilitan


beban.

 Gelang gelincir (untuk motor arus ulang alik)


-Menukarkan kedudukan sentuhan antara berus dan hujung angker
serentak dengan perubahan arah pengaliran a.u. dengan itu angker
berputar dalam satu arah sahaja

2. Terangkan dengan bantuan gambarah yang jelas bagaimana pergerakan mesin


arus terus dan mesin arus ulang alik boleh berlaku.

Mesin Arus Terus

Apabila a.t. mengalir melalui angker yang berada dalam keadaan


mengufuk,medan magnet terhasil di sekelilingnya. Medan magnet ini bersaling tindak
dengan medan magnet kekal menghasilkan medan lastik dan sepasang daya
bertentangan arah. Arah daya ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri Fleming. Akibatnya
angker berputar. Apabila angker dalam keadaan menegak,tiada arus mengalir melalui
angker,walau bagaimanapun kerana momentum atau inersia angker membolehkannya
berputar terus. Apabila angker dalam keadaan mengufuk semula,sisi angker bertukar
tempat. Walau bagaimanapun dengan bantuan komutator arah arus dalam angker
disongsangkan menyebabkan angker masih berputar dalam arah yang sama.
Mesin Arus Ulang Alik

Apabila a.u. mengalir melalui angker yang berada dalam keadaan


mengufuk,medan magnet terhasil di sekelilingnya. Medan magnet ini bersaling tindak
dengan medan magnet kekal menghasilkan medan lastik dan sepasang daya
bertentangan arah. Arah daya ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri Fleming.
Akibatnya angker berputar. Apabila angker dalam keadaan menegak,tiada arus
mengalir melalui angker,walau bagaimanapun kerana momentum atau inersia angker
membolehkannya berputar terus. Apabila angker dalam keadaan mengufuk
semula,arah pengaliran a.u.berubah, tetapi sentuhan antara hujung angker dan berus
bertukar tempat. Oleh itu arah putaran angker masih pada arah yang sama.

3. Nyatakan 5 langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira semasa


menjalankan amali.

 Pastikan bekalan elektrik diputuskan selepas digunakan

 Pastikan tangan kering semasa mengendalikan mesin dan peralatan


elektrik

 Letakkan peralatan di tempat yang sesuai (stabil) semasa menjalankan


amali

 Pastikan peralatan berada dalam keadaan selamat dan tiada kebocoran


arus
 Pastikan alatan diaqasi sepenuhnya semasa melakukan amali, dan
elakkan kecuaian.

SOALAN:

1. Terangkan dengan jelas struktur binaan penjana A.T

Komutator: Menukar arah arus dalam angker supaya putaran angker dalam satu arah
sahaja.

Berus karbon: Untuk membuat sentuhan dengan komutator semasa komutator


dan angker berputar bersamasama.

Spring: Untuk menolak berus supaya sentiasa menyentuh komutator

Angker:

Teras angker

 dibuat dari lapisan besi berpenebat dan dipasang pada aci

 mempunyai lubang alur untuk belitan pengalir.

Belitan angker

 terdiri dari satu rangkaian pengalir yang disambung siri dan di penghujung
pengalir angker dipasang pada komutator.
2. Lakarkan gambarajah skematik bagi penjana sambungan siri, pirau dan majmuk.
3. Terangkan dengan terperinci perbezaan antara penjana A.T dan juga penjana A.U.

Penjana A.T Penjana A.U

Menghasilkan bekalan a.t. Menghasilkan bekalan a.u

Menggunakan komutator gelang terbelah Menggunakan gelang gelincir

Komutator menukarkan arah pengaliran a.u. sendiri yang bertukar arah dalam
arus dalam angker angker
Laju bergantung kepada bilangan Frekuensi putarannya sama dengan
lilitan,kekuatan medan magnet,luas angker frekuensi bekalan a.u.
dan magnitude arus
Kurang cekap kerana geseran antara Lebih cekap kerana tiada geseran
komutator dan berus antara gelang gelincir dan berus
Mohd Zulfahmi Bin Zakaria

03DET08F2027

Selepas menyelesaikan amali ini, secara khususnya saya dapat mengenali dan
memahami binaan mesin elektrik (penjana) arus terus. Seterusnya, saya juga dapat
mengenali dan memahami binaan mesin elektrik (motor) arus terus. Di sampung itu,
saya dapat mengenali dan memahami binaan mesin arus ulang alik( AU) jenis gelang
gelincir. Dalam amali ini juga, saya juga dapat mengenali dan memahami binaan mesin
arus ulang alik (AU) jenis sangkar tupai (squirrel cage). Seterusnya, saya dapat
mengenali setiap bahagian-bahagian utama sesebuah mesin elektrik seperti angker,
gelang pisah atau gelang gelincir, kutub medan, berus dan sebagainya. Semasa
menjalankan amali ini juga, saya dapat mengenali peralatan tambahan yang digunakan
dalam sesuatu ujikaji seperti, Protection Switch 3 Phase, Cut Out Switch, Machine Test
System (Control Unit For Magnetic Powder Brake), Pendulum Machine, Penggerak
Utama/ Prime Mover (Motor AU 3 Fasa), Mesin A.T : Penjana Atau Motor, Pirau, Siri,
Majmuk, Load Resistor, Coupling Cover, Shaft Extensions, Coupling dan Connector.

Selain itu, saya juga dapat membezakan perbezaan antara motor dan penjana
elektrik berdasarkan binaanya. Saya juga dapat mengenali jenis-jenis penjana/motor
jenis siri, pirau atau majmuk berdasarkan kepada label pada mesin tersebut. Sebelum
ini, kami hanya didedahkan secara teori terhadap binaan dan struktur sesebuah mesin
elektrik, selepas menyelesaikan amali ini, saya dapat mengenali secara amali binaan
dan struktur mesin ini. Dalam amali ini juga, saya dapat mempraktikkan langkah-
langkah keselamatan makmal. Dan akhir sekali, saya dapat mengetahui bagaimana
pergerakan sesebuah mesin elektrik boleh berlaku setelah mendapat penerangan dari
pensyarah.
Ammar Fazli Bin Abd Mutalib

03det08f2003

Pada akhir amali ini kami telah dapat mengenali dan memahami binaan mesin elektrik,
penjana arus terus, mesin elektrik (motor) arus terus dan binaan mesin arus ulag alik
jenis gelang gelincirdan juga sangkar tupai. Ini kerana sebelum amali ini kami telah
diterangkan dengan fungsi dan kegunaan setiap mesin-mesin tersebut. Kami juga dapat
lebih mengenali struktur binaan tersebut kerana telah melukisnya dengan sendiri.
Selain itu kami juga diperkenalkan dengan bahagian-bahagian utama binaan sesebuah
mesin elektrik dan peralatan tambahan yang digunakan dalam sesuatu ujikaji
terhadapnya. Peralatan tambahan yang digunakan dalam sesuatu ujikaji seperti motor
protection switch 3 fasa, cut out switch, machine test system, pendulum machine dan
lain-lain lagi.

Mohd Safwan Bin Mahazir

03det08f2015

Dalam akhir amali ini, kami juga telah dapat mengetahui dan memahami binaan
penjana elektrik arus terus, motor elektrik arus terus dan mesin arus ulang alik jenis
gelang gelincir dan juga sangkar tupai. Kami juga telah diterangkan oeh pensyarah
modul dengan jelas dan terperinci tentang setiap bahagian-bahagian utama sesebuah
mesin elektrik dan peralatan tambahan yang digunakan dalam sesuatu ujikaji
terhadapnya.kami juga ditugaskan mendapatkan gambar setiap alatan tambahan yang
berada di dalam makmal. Akhir sekali, kami dapat mengetahui semua binaan mesin
yang berada didalam makmal.
Rujukan:

Modul Mesin Elektrik Dan Kawalan (Politeknik)

Nota Mesin Elektrik (En Abd Rahman Bin Mahamad)

www.scribd.com/268576-7-9-MotorDanPenjanaAT

You might also like