You are on page 1of 3

CONTOH KARANGAN 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum


namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadi
resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin,
di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana


kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan
memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti
hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat
bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan
negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai
kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara
malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.

Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan.
Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf
hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa
sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan
stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita
setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perlu
dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah
Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang
dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan
corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan
menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara
tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di
antara kaum.

Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil
daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar
Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi
usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari
segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi
mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi
ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh
kepada negara jiran iaitu Indonesia.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada
hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai
roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan
hidup .
KARANGAN MODEL 2

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang


paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia
wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai
langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah


untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia
yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi
kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat
mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara
iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa
keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan
negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-
padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi
ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada
hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.
Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan
mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan
dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai
usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak
dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini,
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1
Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian
sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab


masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi
menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu.
Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat
menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama
rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi
media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita
nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang
sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila
masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja
setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
PANDUAN:

Tulisan yang digaris = ISI, italic = Huraian + Contoh, Bold = Contoh/Fakta/Bukti.

You might also like