Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
328Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
CONTOH KARANGAN 1

CONTOH KARANGAN 1

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 33,060 |Likes:
Published by nagasa69

More info:

Published by: nagasa69 on Feb 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

 
CONTOH KARANGAN 1Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaumnamun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadiresepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin,di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasanakehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni.
Semangat saling menghormati danmemahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif sepertihasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkannegara.
Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapaikemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negaramalaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun
.Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan.
 Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka.
 
Hasilnya, negara kita akan membangun denganstabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kitasetanding dengan negara-negara maju di dunia.
Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perludijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah
mewujudkan SekolahWawasan
.
 Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengancorak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali danmenghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain.
 
Hal ini secaratuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat diantara kaum.
Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasildaripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020.
Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagiusaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomimengikut kemahiran dan usaha masing-masing.
 
Kesannya, kestabilan dari segiekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contohkepada negara jiran iaitu Indonesia.
Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung padahubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerairoboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraanhidup .
 
KARANGAN MODEL 2Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sediawujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagailangkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialahuntuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan.
 Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagikerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara.
 
Perkara ini dapatmengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negaraiaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apakeuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
 Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunannegara.
 Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu- padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumiekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan padahari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa
.
Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaanmengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalandan rakyat menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagaiusaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum.
Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara.
Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawabmasing-masing untuk memelihara perpaduan.
 Media massa sebagai medium komunikasimenjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesamarakyat.
 
Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasimedia massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kitanikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara
.Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yangsama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bilamasa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahajasetelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Activity (328)

You've already reviewed this. Edit your review.
zalishana liked this
Freddie Chiam liked this
Eve Jo Do added this note
simple N intresting to read p:) 0
Aimi Farihah added this note
nice N simple :)
Muhamad Irham liked this
Agnes Ho liked this
Nurlaily Baluari liked this
Lalim Tarip liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->