Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
44Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

Isu Dan Cabaran Institusi Masjid Dalam Pembentukkan Sahsiah Remaja Di Era Globalisasi Dan Cadangan Penyelesaiannya

Ratings: (0)|Views: 2,218 |Likes:
Published by Ezry Fahmy
Kertas kerja ini akan mengkaji pelbagai sudut peranan yang mesti dimainkan oleh sebuah institusi masjid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ini. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dikaji dan diperbaiki sekiranya didapati padanya sebarang kelompangan yang akan membantutkan peranan institusi ini secara keseluruhannya.
Kertas kerja ini akan mengkaji pelbagai sudut peranan yang mesti dimainkan oleh sebuah institusi masjid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ini. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dikaji dan diperbaiki sekiranya didapati padanya sebarang kelompangan yang akan membantutkan peranan institusi ini secara keseluruhannya.

More info:

Published by: Ezry Fahmy on Feb 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

 
 
 SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)
1
 
ISU DAN CABARAN INSTITUSI MASJID DALAM PEMBENTUKKAN SAHSIAH REMAJA DIERA GLOBALISASI DAN CADANGAN PENYELESAIANNYA
Oleh: Abdul Razak Abd Muthalib(Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur)Mohd Khairil Anwar Abd Latif (Kolej Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur)Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof (Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF)
Abstrak
Institusi masjid merupakan institusi yang memainkan peranan sangat penting di dalamkehidupan masyarakat Islam. Tetapi pada masa kini fungsi masjid dilihat tidak lebih hanyasebagai tempat mendirikan solat lima waktu sahaja. Ini sangat berbeza dengan fungsi masjid dizaman Rasulullah s.a.w. di mana ianya pusat segala aktiviti kehidupan. Tindakan Nabi s.a.w.membina masjid sebagai langkah pertama yang dilakukannya sebaik sahaja tiba di Madinahmembuktikan dan menjelaskan perkara ini. Antara cabaran yang dihadapi oleh Insitutusi Masjiddi Era Globalisasi ini ialah peranannya dalam pembentukan syakhsiah remaja. Remajamerupakan aset Negara pada masa akan datang, jika golongan ini bermasalah akanmenyebabkan kesan yang negatif kepada Negara. Umumnya pengajaran dan pembelajaran diinstitusi masjid pada masa kini kurang atau tidak mengambil berat terhadap peranannya dalammenarik golongan muda ini khususnya remaja. Kelemahan dari sudut pengajaran, antaranya isikandungan penyampaian yang tidak mencapai piawaian yang sepatutnya serta tidakbersesuaian dengan kehidupan masyarakat, khususnya golongan remaja di era globalisasi ini. Akhirnya merebak kepada kelemahan di dalam sistem pembelajaran yang hanya terhad kepadacara-cara yang tertentu sahaja. Kertas kerja ini akan mengkaji pelbagai sudut peranan yangmesti dimainkan oleh sebuah institusi masjid dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ini.Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dikaji dan diperbaiki sekiranya didapati padanyasebarang kelompangan yang akan membantutkan peranan institusi ini secara keseluruhannya.
 
 
 SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)
2
 
Tujuan Kertas Kerja
Kertas kerja ini secara keseluruhannya bertujuan untuk melihat apakah isu-isu dan cabaranyang dihadapi oleh institusi masjid dalam usaha pembentukan syakhsiah remaja dan beberapacadangan penyelesaiannya.
Objektif Kertas Kerja
Bagi mencapai tujuan di atas, secara khususnya kertas kerja ini bertujuan untuk mencapaiobjektif berikut:
Mengenal pasti peranan utama institusi masjid di sisi Islam
Mengenal pasti realiti peranan yang dimainkan oleh institusi masjid pada masa sekarang
Mengenal pasti isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh institusi masjid dalammelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat golonganremaja
Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh institusi masjid dalam usahamenarik minat golongan remaja
Fungsi dan Peanan Masjid Dalam Islam
Tujuan utama penciptaan manusia ini ialah supaya manusia mengabdikan diri kepada Allah. Didalam Islam, masjid merupakan suatu institusi mulia yang digunakan oleh umat Islam untukberibadah bagi membuktikan ketaatan dan pengabdian yang ikhlas kepada Allah. Allah s.w.tberfirman yang bermaksud. “
Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah
”.
1
 Jadi, masjid adalah tempat untuk beribadah. Ibadah di sini bukan beerti solat semata-mata,tetapi mencakupi ruang lingkup ibadah yang lebih luas. Inilah fungsi utama masjid seperti yangdijelaskan di dalam firman Allah yang bermaksud, "
Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengannyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supayadimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya,yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati 
1
Surah al-Jin, ayat 18.
 
 
 SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASJID 2010 (SKPPBM2010)
3
 
 Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanyaberbalik-balik hati dan pandangan
."
2
 Menurut Abd al-Rahman bin Nasr al-Sa’di (2005), ketika menghuraikan ayat ini beliaumenyatakan ”termasuk di dalam maksud ”supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya” ialah dengan ditunaikan solat sama ada fardhu atau sunat, membaca al-Quran,bertasbih, bertahlil dan zikir-zikir yang lain,proses pengajaran dan pembelajaran,bermuzakarah, iktikaf dan ibadat-ibadat lain yang boleh dilakukan di masjid...”.
 
Jelas bahawa fungsi masjid seperti yang dijelaskan oleh ayat ini bukan hanya untuk ditunaikansolat semata-mata, tetapi mencakupi seluruh aspek ibadah yang lain. Dalam erti kata lain, iamerangkumi segala aktiviti umat Islam yang boleh membentuk nilai ketakwaan. Di atas dasar inilah Rasulullah menjadikan agenda membina masjid sebagai perkara pertama yang dilakukanselepas baginda sampai di Madinah. Justeru, fungsi utama masjid ialah sebagai sebuahinstitusi umat Islam yang berusaha membentuk dan memupuk nilai taqwa di dalam diri umatIslam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,"
Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid (Quba) yang didirikanatas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang  padanya...".
3
 Oleh sebab itu, peranan yang dimainkan oleh masjid nabawi yang dibina oleh Rasulullah s.a.wbukan sekadar sebagai tempat untuk ditunaikan solat semata-mata. Masjid di zaman Rasulullahtelah berfungsi sebagai nadi penggerak ummah ketika itu. Menyentuh tentang hal ini, menurutHalimaton Saadiah (1997), ”Daripada perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w, umat Islam perlumengambil iktibar bahawa masjid boleh berfungsi lebih daripada apa yang biasa dianggap kini,iaitu masjid sebagai rumah ibadat bagi umat Islam”.Kemudian, beliau menyenaraikan beberapa fungsi yang telah dimainkan oleh masjid di zamanRasulullah s.a.w:
1)
Fungsi Ibadah: Solat berjemaah lima kali sehari semalam merupakan tonggaksegala aktiviti lain.
2)
Pusat pengajaran dan pembelajaran
2
Surah Al-Nur, ayat 36-37.
3
Surah At-Taubah, ayat 108.

Activity (44)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Bali Crossfire liked this
Muhammad Faiz liked this
aikkkk liked this
Haszah Ahmad liked this
Haszah Ahmad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->