You are on page 1of 11

SINOPSIS : Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)

Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)


Sinopsis Keseluruhan
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan
latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma
mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak
mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama
Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan
Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab
perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik.
Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu
semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti
semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama
telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin
rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput
dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput
terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman
dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan
kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakanrakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa
kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan
bercadang untuk mencipta model yang sama,
menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor
minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung
pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun
begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak
diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tibatiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir
terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku
pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan
perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia
kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya

terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk


menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah
meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah
yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek
mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah
memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut
mendapat
biasiswa
kerajaan
bagi
melanjutkan
pelajaran di luar negara.
Sinopsis
Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis
zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di
sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma
adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak
kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan
pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan
Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di
Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan
Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek
mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang
terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula
seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan.
Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah
merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput
supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah.
Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput
yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman
dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan
kejayaan projek tersebut.
Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang
senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu

menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu


walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah.
Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak
dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah.
Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah.
Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu
menempa nama di Kampung Warisan. Aswan
menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan
baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk
mencipta model yang sama, menggunakan mesin
rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput
itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak
kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang
ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku
sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan
Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat
dan tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan
Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan
Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan
bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi
masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri
dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan,
hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan
waktu di Politeknik. Namun begitu, semua notanotanya telah hilang dan banyak perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak
diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan,
Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan
Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu
daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti
yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.
Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat
pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2

dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut


menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA,
iaitu
singkatan
Sabah,
Malaysia.
Mana-mana
komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana
kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata
pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk.
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek
mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan
sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat berminat dengan
projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan
terperinci tentang proses pengubahsuaian dan
pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut
tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih
berminat melihat bilik operasi.
Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam
1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah
pergi memancing di sawah untuk menenangkan
fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah
bercerita tentang kecurian baja subsidi orang
Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa
Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja
tersebut.
Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya
memperoleh
formula
yang
diperlukan
untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin
menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa
depan yang dapat mengurangkan risiko generasi
menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan
oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon.
Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu
akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan
data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai
dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahuntahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula
tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak
tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik
operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati
formula tersebut. Amir risau tidak dapat menunaikan
janjinya kepada nenek untuk membajak tapak semaian
dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.
Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai
sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian
ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan
melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut
mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada
data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha
untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan
menerbit kod baruAdang Keselamatan Rahsia.
Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu
oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat
Bahagia.
Tetapi Amir tidak berpeluang untuk
menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia
berada di Manila atas urusan perniagaan. Amir dan
Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka
sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang
menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang
menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak
semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi
kepintaran anaknya, Damit.
Bab 9

Amir bangga melihat semangat bergotong royong


masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.
Ramai penduduk kampung datang menolong menanam
padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang
mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika
tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada
musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan
dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah
terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak
Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas
sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah
berusaha memberi pertolongan kepada nenek. Setelah
sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan
Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku
lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan
bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain.
Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya
serta Usamah turut berada di hospital menemani
nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan
kasih sayang daripada anak cucunya.
Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek
mesin menanam padinya tetapi banyak masanya
dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas
hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan
mencuba
meramal
beberapa
nombor
digital
sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui
beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu
tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat
jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan

memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan


Majibon.
Aswan bercadang memindahkan wang
sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon
membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama
melarang mengambil hak orang lain.
Aswan
kemudiannya
bercadang
untuk
mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek
mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan
mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada
etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa
yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan
data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha
keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba
menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk
menyiasat perkara tersebut.
Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku
kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal
kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah
menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat
syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan
Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan.
Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar
dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2
dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan
orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil
ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang
kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan
peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah
Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi
di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah
mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu.
Bab 13

Dua hari membuat persiapan dan mengatur


strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas
Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid.
Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan.
Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan
bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh
penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk
memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop
dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah
menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar
ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan
seribu rahsia yang sukar ditafsir.
Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD
yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua
orang pemuda di pondok berhampiran dengan
pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan
Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut.
Tiba-tiba ada e-melmasuk. Orang yang tidak dikenali
menghantar mesej meminta maaf. Mereka kehairanan
dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri
formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang
penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian
Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan
berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah
kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan
orang kampung kerana air telah naik melepasi satu
meter.
Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras.
Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk
menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak
mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri
majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana

cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah


balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah
dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka
bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah
diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan
telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta
mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik
dan penghantar e-mel.
Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah
telah membolehkan mereka memenangi Anugerah
Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa
kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada
di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut
sama. Asma datang mengucapkan tahniah kepada
mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar
putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.
Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua
orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang
berwawasan tinggi dan masih menuntut telah
memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan
inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi
tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi
sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah.
Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara
meluas oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan
Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini,
antaranya :

i. Tanggungjawab melakukan inovasi untuk


kepentingan masyarakat
Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan
pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan
orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.
ii. Mengamalkan Etika
Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika
kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir
dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.
iii. Taat kepada ajaran agama
Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang
ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat
yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia
mengingatkan
Aswan bahawa agama melarang kita mengambil
hak orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.
iv. Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import
eksport.
v.

Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir
dan Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak
mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek
sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah.
Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah
menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada
mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.
vii. Mengamalkan budaya ilmu
Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan
ilmu yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi
membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek
berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek mesin menanam
padi).

You might also like