file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/seindah%20mawar%20berduri.txt
SEINDAH MAWAR BERDURITINTA PENGARANGSelaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkankarya ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. SubhanallahAlhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahidah dalam hidup saya. Teristimewa buat kakanda Farah Najah Mohd Noordin, kakaklahcerminan peribadi Khazinatul Asrar buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasihatas segalanya. Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja,sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da’wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dansuci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya. Lantaran itu, saya berasabertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yangdikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan sayaamat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian. Oleh sebab remaja sukakanbahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, saya lantas mengambil inisiatif untuk menerbitkanIslamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati. Moga-mogaianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya.Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya… Taman Firdausi…di situlah destinasi cinta yang abadi.Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, novel ini bolehmembantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga,mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...TIBB/My%20Documents/seindah%20mawar%20berduri.txt (1 of 81)4/21/2007 11:08:11 PM
Add a Comment
Ikhlas Faqotleft a comment
Fadilah Lalaleft a comment
Firo Harleft a comment