You are on page 1of 24

SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA

DALAM KEHIDUPAN

pengenalan

Menurut para fuqaha’ ahli Fekah, solat adalah merupakan perkataan dan
perbuatan yang tertentu, dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan
salam. Ia dinamakan sebagai solat kerana di dalamnya terkandung doa-doa dan
bacaan tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan.

Antara dalil yang menunjukkan perintah Allah SWT kepada umat Islam
supaya bersolat ialah :

‫وصل عليهم إن صالتك سكن له‬

Maksudnya :

Dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doa itu menjadi


ketenteraman bagi mereka

( Surah At-Taubah : 103 )

Solat telah pun difardhukan setelah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj
di mana Nabi Muhammad SAW telah dibawa ke baitul Maqdis oleh Allah SWT.
Pada permulaannya, Allah telah menetapkan supaya umat Islam bersolat 5o
waktu sehari semalam. Namun begitu, atas rasa kasihan belas dan prihatin nabi
Muhammad SAW terhadap umatnya, baginda telah meminta kepada Allah SWT
supaya mengurangkan bilangannya kerana ia tidak mungkin dapat
disempurnakan oleh mereka. Permintaan nabi telah diterima oleh Allah SWT
sehinggalah bilangan waktu solat menjadi lima waktu sehari semalam
sebagaimana yang ditunaikan oleh kita sekarang. Umum telah pun mengetahui
bahawa solat yang harus disempurnakan oleh seorang yang bergelar muslim

1
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

ialah solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Solat- solat ini ditunaikan
pada waktunya apabila telah masuk waktu.

Antara dalil pensyariatan solat dapat kita perhatikan sebagaimana dalam


firman Allah seperti di bawah ini.

Firman Allah SWT :

‫فس بحان اهلل حني متس ون وحني تص بحون ول ه احلم د يف الس موات واألرض وعش يا وحني‬

‫تظهرون‬

Maksudnya :

Setelah kamu mengetahui yang demikian, maka bertasbihlah kepada


Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada
waktu Subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari
sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga bertasbihlah kepadaNya
serta pujilah Dia pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu
zuhur.

Solat adalah merupakan tiang agama dan merupakan ibadah yang sanagt
dititikberatkan di dalam Islam. Banyak hadis nabi yang menunjukkan kepada kita
betapa pentingnya ibadah solat untuk menjadi sebenar-benar muslim yang sejati.
Antaranya ialah seperti berikut “

 Sabda nabi Muhammad SAW :

‫ وايت اء‬,‫ واق ام الص الة‬,‫وان حمم د رس ول اهلل‬, ‫ ش هادة أن الال ه إال اهلل‬:‫ب ين االس الم على مخس‬

‫الزكاة واحلج وصوم رمضان‬

2
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Maksudnya :

Islam dibina di atas lima asas iaitu mengucap dua kalimah shahadah ( ‫أشهد‬
‫وأشهد ان محمد رسول هللا‬, ‫ ) أن الاله إال هللا‬, menunaikan solat lima waktu, mengeluarkan
zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

 Sabda baginda lagi :

‫الصالة عماد الدين فمن اقمها فقد اقم الدين فمن تركها فقد هدم الدين‬

Maksudnya :

Solat itu adalah merupakan tiang agama. Maka sesiapa yang


mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya. Akan tetapi, sesiapa yang
meninggalkan solat ( tidak menunaikannya) bererti dia telah meruntuhkan
agamanya

 Sabda baginda lagi :

‫بني املسلم والكافر ترك الصالة‬

Maksudnya :

Beza antara orang Islam dan orang kafir adalah meninggalkan


sembahyang

Melalui hadis Nabi Muhammad SAW yang dinyatakan di atas, maka


jelaslah kepada kita akan kepentingan solat dalam kehidupan sebagai seorang
muslim. Solat merupakan ibadah yang harus ditunaikan dalam apa jua keadaan
sekalipun, dengan apa cara sekalipun. Solat berbeza dengan ibadah lain.

3
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Contohnya ialah seperti ibadah puasa. Seserang yang berpuasa dibenarkan


berbuka puasa sekiranya mempunyai kemudaratan dan menggantikannya
semula pada hari yang lain. Namun begitu, bagi ibadah solat, tidak ada
pengecualian untuk tidak melakukannya sekalipun dalam keadaan sakit yang
teruk melainkan ia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sungguhpun
begitu, Islam bukanlah agama yang zalim dan membebankan umatnya. Di dalam
ibadah solat contohnya, kewajipan mengerjakan solat kepada pesakit adalah
bergantung kepada caranya sndiri iaitu setakat mana yang termampu
dilakukannya. Sama ada dalam keadaan duduk, berbaring dan sebagainya.
Inilah yang dinamakan rukhsah di dalam solat.

Di sini akan dihuraikan mengenai rukhsah solat, bilakah rukhsah solat itu
boleh digunapakai oleh seseorang dan apakah kesannya dalam kehidupan kita
seharian.

4
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

RUKHSAH SOLAT

 DEFINISI

Erti rukhsah solat ialah keringanan dan kemudahan yang diberikan oleh
Allah dalam mengerjakan solat.

 HIKMAT RUKHSAH

Hikmat rukhsah solat ialah untuk menggalakkan umat Islam beribadat


sekalipun dalam keadaan sukar contohnya semasa dalam perjalana atau musafir
yang tiadk memungkinkan untuk berhenti solat; semasa sakit teruk; semasa
perang dan sebagainya. Selain itu antara hikmatnya juga ialah ia melatih
manusia agar sentiasa mengingati Allah Taala dan menyedarkan mereka akan
peri pentingnya ibadah solat ditunaikan dalam kehidupan sebagai seorang
muslim.

 DALIL RUKHSAH SOLAT

Dalil harus rukhsah solat, firman Allah:

‫واذا ضربتم يف األرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصالة‬

Maksudnya:

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, mAka kamu tidaklah


bedosa mengqasarkan (memendekkan) solat.

5
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Rukhsah solatt idak hanya terhad kepada solat qasar dan jama’ sahaja.
Akan tetapi ia juga meliputi solat semasa sakit, solat di atas kenderaan, solat
semasa sedang berperang dan sebagainya.

6
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

SOLAT QASAR DAN JAMA’

SOLAT QASAR

Solat qasar ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.
Contohnya ialah seperti sembahyang Zohor, Asar dan Isya’ yang ditunaikan dua
rakaat. Solat qasar biasanya ditunaikan semasa dalam perjalanan yang jauh
atau musafir. Untuk menunaikan solat qasar, ia tertakluk kepada syarat-syarat
yang tertentu sebagaimana dinyatakan di bawah ini iaitu :

I. dalam perjalanan yang jauhnya melebihi 90 kilometer


II. solat yang diqasarkan ialah solat empat rakaat
III. perjalanan yang dibuat bertujuan baik
IV. niat mengqasarkan dalam takbiratul ihram
V. mengetahui perlaksanaan solat
VI. kekal dalam perjalanan sebelum salam

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, tidak semua solat boleh
diqasarkan. Hanya terdapat tiga jenis solat sahaja yang boleh diqasarkan iaitu
solat Zuhur, Asar dan Isyak. Solat Maghrib dan Subuh ditunaikan sebagaimana
biasa.

Antara contoh lafaz solat qasar ialah:

‫اصلي فرض الظهر ركعتني قصرا هلل تعاىل‬

Maksudnya:

Sahaja aku solat Zuhur dua rakaat qasar kerana Allah Taala

7
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Pelaksanaan solat qasar adalah sebagaimana solat biasa, cuma ia


dpendekkan kepada dua rakaat sahaja. Contohnya solat Zohor ditunaikan
sebagaimana solat Zohor biasa, cuma bezanya, ia dipendekkan bilangannya
menjadi dua rakaat.

SOLAT JAMAK

Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardu dan dikerjakan di


dalam satu waktu sahaja sama ada ditunaikan dalam waktu solat yang pertama
atau kedua . Contohnya, solat Zohor dan Asar dihimpunkan dalam satu waktu
dan ditunaikan sama ada dalam waktu Zohor atau Asar.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu solat jamak taqdim dan solat
jamak ta’khir.

1. Solat jamak takdim

Solat jamak taqdim ialah menghimpunkan solat yang kedua dalam waktu
pertama. Contohnya solat Asar ditunaikan dalam waktu solat Zohor dan solat
Isya’ ditunaikan dalam waktu solat Maghrib.

Bagi menunaikan solat jamak taqdim, seseorang itu tertakluk kepada syarat-
syarat berikut iaitu :

a) tertib
b) berniat dalam solat pertama
c) berturut-turut
d) kekal dalam musafir hingga selesai salam

8
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Contoh lafaz niat jamak takdim ialah :

‫اصلي فرض العصر اربع ركعات جمموعا اىل الظهر مجع تقدمي اداء هلل تعاىل‬

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat dihimpunkan kepada Zuhur
jamak takdim tunai kerana Allah Taala

2. solat jamak ta’khir

Solat jamak ta’khir ialah menghimpunkan solat pertama dalam waktu


kedua. Contohnya ialah seperti menunaikan solat Zohor dalam waktu Asar dan
solat Maghrib dalam waktu Isya’.

syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh seseorang yang ingin mengerjakan solat
jamak ta’khir ialah :

a) niat jamak dalam solat pertama


b) kekal dalam musafir hingga selesai salam

Contoh lafaz niat jamak takhir:

‫اصلي فرض املغرب ثالث ركعات جمموعا اىل العشاء مجع تأخري هلل تعاىل‬

Maksudnya:

Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak
jamak takhir tunai kerana Allah Taala

Menurut pendapat Imam Maliki dan Syafi apabila seseorang itu


bermusafir, berniat untuk tinggal di satu tempat selama 4 hari, maka dia mestilah
melakukan sembahyang dengan cukup bilangan rakaatnya ( tidak qasar ) kerana
Allah mengharuskan qasar dengan syarat musair di muka bumi. Oleh itu,

9
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

seseorang yang bermukim atau berniat untuk bermukim tidak dkira sebagai
musafir lagi, dan hadis telah menjelaskan bahawa kurang daripada 4 hari tidak
memutuskan musafir ( masih dikira musafir ).

Menurut riwayat hadis sahih Al-Bukhari dan Muslim, maksudnya :

“Orang yang berhijrah bermukim di sana selesai mengerjakan ibadah


hajinya selama 3 hari dan Nabi Muhammad SAW melakukan qasar solat ketika
tinggal di Makkah selama 3 hari semasa baginda menunaikan umrah.” ( Al-Durr
Al- Mukhtar, jilid 1, halaman 772 )

Jika seseorang yang bermusafir menunggu untuk menunaikan keprluan


yang dijangka akan tertunai pada bila-bila masa sahaja atau keperluan yang
diharapkan tercapai pada bil-bila masa sahaja atau memerangi musuh yang
berlaku pada bila-bila masa sahaja atau bersedia untuk meneruskan musafir
selepas satu hari ke satu hari pula, menurut pendapat ulama’ Maliki dan Hanbali
diharuskan Qasar sekalipun tempoh penungguan itu,selagi tidak diniatkan unuk
tinggal di temapt itu, sebagaimana pendapat ulama’ Hanafi.

Tetapi menurut pendapat Syafie seseorang musafir tersebut berhak


melakukan qasar selama 18 hari tidak termasuk hari masuk dan keluar, kerana
Nabi Muhammad SAW melakukan qasar selama tinggal di Makkah pada tahun
pembukaan Makkah dalam peperangan Hawazin.

Hukum solat jamak dan qasar

Hukum solat jamak dan qasar adalah harus bagi seseorang yang
bermusafir. Pendapat ini telah pun dipersetujui oleh mazhab Syafie dan Hanbali.
Manakala menurut pendapat mazhab Maliki dan Hanafi, seseorang ang
bermusafir tidak harus menjamak atau mengqasarkan solatnya. Namun begitu,
bagi kita di Malaysia, yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah,
pendapat mazhab Syafie dan Hanbali adalah harus diikuti.

10
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Hikmat solat qasar dan jamak:

Setiap sesuatu yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada hambanya sudah
pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Begitu juga dengan
pensyariatan solat jamak dan qasar ini. Antara hikmah Allah membenarkan
dilakukan solat jama’ dan qasar ialah untuk memberi peluang kepada manusia
menambahkan ganjaran pahala, sentiasa bersyukur di atas pemberian dan
nikmat Allah Taala serta memudahkan mereka menunaikan ibadah sekiranya
dalam perjalanan yang jauh dan dapat menjimatkan masa kerana bilangan
rakaat yang pendek dan tidak perlu kerap berhenti semata-mata untuk
menunaikan solat.

Hikmah diharuskan umat Islam mengqasar dan menjamakkan solat juga


adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya ibadah solat untuk
ditunaikan dalam keadaan apa sekalipun.Ia juga menyedarkan umat Islam
betapa Islam adalah agama yang mudah, praktikal dan tidak membebankan
umatnya dalam beribadat.

11
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

SOLAT KETIKA SAKIT

Orang yang sakit juga tidak terkecuali daripada kewajipan menunaikan solat.
Terdapat banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menjelaskan mengenai golongan
manakah yang diwajibkan solat ke atas mereka. Antaranya ialah mereka yang
beragama Islam, baligh, waras, serta suci daripada haid dan nifas. Begitu juga
terdapat banyak hadis dan nas Al-Quran yang menerangkan kewajipan bersolat
adalah gugur kepada beberapa golongan seperti kanak-kanak yang belum
baligh, orang gila dan orang kafir.

Daripada banyak hadis dan nas Al-Quran, tidak terdapat satu pun
daripadanya yang menyatakan bahawa orang yang sakit gugur daripadanya
kewajipan mengerjakan solat. Ini bermakna dapatlah kita fahami bahawa walau
sakit seteruk mana sekalipun, solat wajib ditunaikan melainkan si pesakit tidak
sedarkan diri atau koma.

Tidak terdapat peraturan yang khusus bagi pesakit untuk mengerjakan solat.
Dengan erti kata lain, pesakit boleh menunaikan solat bergantung kepada cara
manakah yang sesuai dengan situasi dan kemampuannya. Namun begitu,
turutan di bawah mungkin dapat diikuti dan dijadikan panduan oleh para pesakit
dan terpulanglah kepada mereka menentukan cara manakah yang paling sesuai
dengan keadaan mereka.

Menurut satu pendapat yang ditemui dalam satu laman web iaitu www. Al-
firdaus.com ada menyatakan mengenai perihal solat semasa sakit ini. Ia
menyatakan jika seseorang itu tidak mampu berdiri, dia dibolehkan duduk dan
kemudian rukuk dan sujud seperti biasa. Jika dia boleh berdiri, tatpi tidak boleh
membongkok, maka berdirilah seperti biasa manakala rukuk dan sujud adalah
memadai dengan isyarat yang termampu dilakukan.

12
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Dalam keadaan di mana seseorang itu tidak boleh berdiri dan membongkok,
maka dia dibolehkan solat dalam keadaan duduk, manakala rukuk dan sujud
diisyaratkan dengan pergerakan kepala. Jikalau mampu, dia haruslah sujud di
atas tanah dan jika tidak mampu, berilah isyarat dengan jelas dan jadikan sujud
lebih rendah daripada rukuk.

Jika dalam keadaan duduk pun, seseorang itu tidak mampu solat, maka dia
dibolehkan berbaring secara mengiring dengan mukanya menghadap ke arah
kiblat. Jika masih tidak mampu juga, berbaringlah dengan muka menghadap ke
langit. Sujud dengan isyarat mata manakala mulut dan hati tetap khusyuk
dengan bacaan-bacaan solat jika tidak mampu.

Manakala menurut, Profesor Dr. Abdul Latiff b. Mohamed, presiden


Persatuan Perubatan Islam Malaysia ( PPIM ) mrnyatakan bahawa di dalam
keadaan sakit, pesakit mempunyai keringanan untuk mengerjakan solat fardhu.
Iaitu dia haruslh mencuba untuk solat secara berdiri, jika tidak mampu secara
duduk, jika tidak mampu secara berbaring dengan mengiring dan jika tidak
mampu juga memadailah dengan isyarat melalui kerdipan mata.

Namun begitu, apa yang kita perhatikan senario pada hari ini, sekiranya
seseorang itu terlantar sakit, kebanyakan daripada mereka tidak menghiraukan
perihal solat dengan alasan tidak mampu untuk mengerjakannya. Ini adalah
merupakan tanggapan masyarakat yang salah dan haruslah diperbetulkan.
Justeru, perlulah ditegaskan kepada mereka bahawa mereka wajib menunaikan
solat berdasarkan kemampuan mereka dan mengikut urutan yang telah
dinyatakan di atas tadi.

13
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

SOLAT DI ATAS KENDERAAN

Solat di atas kenderaan dibolehkan bila mana seseorang itu alam keadaan
musafir yang tidak memungkinkan untuk berhenti. Contohnya seperti perjalanan
dengan menaiki kereta api atau kapal terbang yang kebanyakannya tidak akan
berhenti sepanjang perjalanan melainkan apabila telah sampai ke destnasinya.

Majoriti daripada kita tidak mengetahui bagaimanakah caranya untuk


menunaikan solat di atas kenderaan. Disebabkan tidak tahu bagaimana cara
menunaikannya, ramai aripada mereka yang tidak mengerjakan solat dan hanya
mengqada’nya apabila telah sampai ke destinasi. Ini adalah merupakan satu
perkara yang tidak seharusnya terjadi di dalam masyarakat kita dan pendedahan
mengenai cara solat di atas kenderaan haruslah disebarkan secara meluas.

Jika di dalam kenderaan tersebut, disediakan satu bilik khas untuk


menunaikan solat, seperti satu kabin khusus di atas kereta api, adalah tidak
menjadi masalah untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat secara biasa
atau secara qasar atau secara jamak dan qasar. Namun begitu, apakah cara
yang perlu diikuti sekiranya kemudahan untuk menunaikan solat tidak disediakan
? Di dalam hal ini, seseorang itu bolehlah menunaikan solat di tempat duduknya
sendiri dan cara menunaikan solat adalah bergantungkepada setakat manakah
dia mampu melakukan solat tersebut secara sempurna.

Dalam masalah solat di atas kenderaan, terdapat dua pilihan iaitu pertama
boleh menghadap kiblat tapi solatnya harus duduk manakala yang kedua boleh
solat secara sempurna tetapi tidak menghadap kiblat, melainkan pada takbir
pertama. Maka seseorang itu haruslah mengutamakan solat menghadap kiblat
sekalipun secara duduk kerana sememangnya ada nas boleh berbuat demikian.

Menurut mazhab Syafie, jika seseorang itu pening, bolehlah solat sambil
duduk kerana ia dipandang sebagai tidak upaya berdiri. Jika angin bertiup dan

14
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

berubah haluan kapal, maka wajiblah ia memusingkan badannya ke arah kiblat


dan kena mengerjakan solatnya. Asasnya ialah solat fardhu harus menghadap
kiblat manakala jika bagi solat sunat, tidak mengapa jika tidak menghadap kiblat.

Kaedahnya ialah seperti berikut iaitu :

1. Hendaklah berusaha mencari tempat solat yang sempurna dengan


bertanyakan kepada anak kapal
2. Jika pesawat atau kapal bergoyang, dibolehkan berpegang atau
bersandar untuk
mengimbangkan diri
3. Jika pesawat atau kapal bergoyang dengan kuat, dibolehkan duduk
dengan rukuk membongkok dan sujud seperti biasa.
4. Jika tidak ada tempat untuk solat, dibolehkan solat pada tempat duduk
dengan sujud adalah lebih rendah daripada rukuk

15
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

SOLAT KHAUF

Solat khauf atau lebih dikenal sebagai solat semasa berlakunya peperangan
adalah merupakan solat yang ditunaikan oleh mereka yang bertempur dengan
musuh semasa tempoh peperangan berlangsung. Solat khauf kebanyakannya
ditunaikan oleh para tentera terutamanya pada zaman Rasulullah.

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat tidak pernah meninggalkan solat
walaupun pada masa berlakunya peperangan yang hebat. Disebabkan itulah,
Allah telah memberi wahyu kepada Rasulullah bagaimanakah caranya
menunaikan solat semasa sedang bertempur.

Antara dalil yang menunjukkan kewajipan mengerjakan solat walaupun


semasa menghadapi peperangan dengan musuh ialah sebagaimana firman
Allah SWT iaitu :

‫ ف إذا‬.‫وإذا كنت فيهم ف أقمت هلم الص الة فلتقم طائف ة منهم مع ك وليأخ ذوا أس لحتكم‬

‫سجدوا فليكونوا من ورائكم ولتأت طائفة أخرى مل يصلوا فليصلوا معك وليأخذوا حذركم‬

‫ ود الذين كفروا لو تفعلون عن أسلحتكم أمتعتكم فيميلون عليكم ميلة واحد‬,‫وأسلحتكم‬

Daripada dalil di atas juga, Allah telah menerangkan mengenai kaifiat


mengerjakan solat semasa di dalam peperangan. Solat ditunaikan semasa
peperangan dengan membuat dua saf. Semasa saf yang pertama sujud, saf
yang kedua belum sujud lagi dan mereka mengawasi keadaan dan musuh, tetapi
masih dalam keadaan solat. Apabila saf yang pertama bangkit dari sujud,
barulah saf yang kedua pula sujud. Ketika ini, saf yang pertama pula mengawasi
keadaan. Pergerakan di dalam solat semasa peperangan perlu dilakukan secara

16
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

bergilir-gilir antara saf dengan tujuan untuk berjaga- jaga dan mengawasi
keadaan daripada serangan musuh.

17
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

KESAN RUKHSAH SOLAT DALAM


KEHIDUPAN SEHARIAN

Sesungguhnya setiap sesuatu yang disyariatkan oleh Allah SWT pastinya


untuk kebaikan umat Islam itu sendiri dan mempunyai rasionalnya yang
tersendiri. Begitu juga di dalam keharusan menggunapakai rukhsah solat ini.
Antara kesan mengapakan Allah mengharuskan rukhsah solat kepada
hambanya dapat kita jelaskan seperti di bawah iaitu :

1. Menunjukkan kepentingan ibadah solat

Umum telah pun mengetahui bahawa rukun Islam yang kedua adalah
menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Justeru, rukhsah solat
menunjukkan kepada kita semua bahawa solat wajib ditunaikan walau dalam
apa jua keadaan sekalipun hatta dalam keadaan sakit teruk dan semasa
berperang.

Hal ini dapat kita lihat dengan banyak di dalam Al-Quran melalui firman
Allah SWT. Antaranya ialah firman Allah SWT yang berbunyi :

‫ان الصالة كانت على املؤمنني كتابا موقوتا‬

Maksudnya :

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu kewajipan yang


diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya

( Surah An-Nisa : 103 )

18
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Melalui keharusan mengerjakan solat secara qasar dan jamak ini juga,
jelas menunjukkan bahawa tidak ada sebarang pengecualian di dalam
mengerjakan solat fardu, malah Allah telah pun menggariskan panduan untuk
menunaikan solat dengan cara yang senang dan idak membebankan. Sebagai
contohnya, dalam keadaan sakit, seseorag itu wajib menunaikan solat. Namun
begitu, cara melaksanakannya adalah bergantung kepada kemampuannya.

2. Islam agama yang praktikal

Jika dikaji melalui keharusan mengerakan solat secara jamak dan qasar
ini, kita akan menyedari bahawa Islam adalah merupakan agama yang praktikal
dan tidak menyusahkan umatnya.

Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firman- nya sebagaimana
berikut iaitu :

.‫ هو اجتبكم وما جعل عايكم يف الدين من حرج‬.‫وجهدوا يف سبيل اهلل حق جهاده‬

‫ ه و مسكم املسلمس ن من قب ل ويف ه ذا ليك ون الرس ول ش هيدا عليكم‬.‫مل ة ابيكم إب راهيم‬

.‫ ف أقيموا الص لوة وءات وا الزك اة واعتص موا حبب ل اهلل ه و م ولكم‬.‫وتكون وا ش هداء على الن اس‬

‫فنعم املوىل ونعم النصري‬

Maksudnya :

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-
benarnya. Dialah yang memilih kamu ( untuk mengerjakan suruhan agamanya );
dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu ‘ orang-
orang Islam ’ semenjak dahulu dan di dalam Al-quran ini, supaya Rasulullah
SAW menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya

19
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

kamu pula layak menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umat
manusia ( tentang yang benar dan yang salah ). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah.
Dialah pelindung kamu. Maka( Allah yang demikian sifatnya ) Dialah sahaja
sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

( Surah Al-Hajj : 78 )

Sebagai contoh, dalam perjalanan yang jauh dan tidak memungkinkan


untuk berhenti seperti dalam kapal terbang atau kereta api, seseorang itu boleh
menggunapakai prinsip rukhsah di dalam solat ini. Iaitu dia wajib menunaikan
solat apabila diyakini masuk waktu dengan mematuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan bagi menunaikan solat di dalam kenderaan.solat di dam kenderaan
tidak sama seperti solat yang biasa dan seseorang itu haruslah mengetahuinya
supaya dapat melakukannya dengan cara yang betul. Selain itu, umat Islam juga
tidak rasa terbeban kerana dengan adanya rukhsah di dalam solat juga,
seseorang itu bebas untuk menghadap ke mana- mana arah semasa solat
kerana apabila berada di dalam kenderaan, sukar untuk mengenalpasti arah
kiblat yang sebenar.

3. Islam agama yang fleksibel

Rukhsah di dalam solat juga secara hakikatnya bertujuan untuk


menyedarkan penganutnya bahawa Islam adalah merupakan agama yang
fleksibel. Apa yang dimaksudkan dengan fleksibel di sini ialah agama memberi
kebebasan kepada umatnya untuk beibadat dan membuat amal mengikut tahap
keupayaan dan kemampuan masing-masing.

Seseorang yang sakit teruk boleh mendirikan solat mengikut


kemampuannya. Sebagai contoh, bagi orang sakit yang tidak mampu berdiri
semasa solat, dia diberi rukhsah untuk menunaikannya secara duduk. Jika tidak

20
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

mampu juga secara duduk, dia boleh menunaikannya secara berbaring. Jika
semasa berbaring pun dia tidak mampu melakukan gerakan-gerakan di dalam
solat, dia bolehlah menunaikan solat dengan menggunakan isyarat mata sahaja.

Penerangan tentang cara menunaikan solat bagi orang yang sakit,


dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa menunaikan ibadat di dalam
Islam adalah fleksibel dengan situasi yang dihadapi dan tidak sedikit pun
membebankan umatnya. Rukhsah yang diberi ini bertujuan mewajibkan umat
Islam menunaikan solat walaupun tidak mampu menunaikannya secara
sempurna.

Ia juga menunjukkan bahawa agama Islam adalah merupakan agama


yang tidak sedikit pun membebankan dan memaksa umatnya melakukan ibadah
dengan cara biasa sekiranya tidak mampu dilakukan sebagaimana yang telah
digariskan. Islam adalah merupakan agama yang amat mementingkan kebajikan
umatnya dalam melakukan sebarang ibadah apa sekalipun.

4. Menunjukkan kesyumulan agama Islam

Melalui pengharusan rukhsah di dalam solat, jelas menunjukkan kepada


kita bahawa agama Islam adalah merupakan agama yang syumul, iaitu lengkap
dan mencakupi semua aspek. Islam mengajar penganutnya mengenai semua
perkara terutamanya dalam masalah beribadah. Apa yang menunjukkan
kesyumulan agama Islam ialah ia telah pun menyediakan jawapan bagi
kemungkinan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam, terutamanya
dalam masalah beribadah termasuklah rukhsah solat ini. Kerana itulah, pada hari
ini kita tidak perlu lagi mencari-cari penyelesaian bagi sesuatu permasalahan
dan kemungkinan yang timbul kerana dasarnya sudah pun ada dan jawapan
kepada permasalahan tersebut telah pun dihuraikan penyelesaiannya sejak dari
zaman nabi lagi.

21
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

Sabda Nabi Muhammad SAW :

‫اإلسالم يعلو وال يعلى عليه‬

: Maksudnya

“Islam itu tinggi ( kedudukannya ) dan tiada yang lebih tinggi


daripadanya”

Melalui hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita ketinggian agama Islam
berbanding agama-agama yang lain. Ini kerana, sifatnya yang syumul dan
mencakupi semua aspek.

Dengan ini, jelaslah kepada kita betapa sempurnanya agama Islam


kerana semua permasalahan yang telah dan bakal dihadapi oleh umat Islam
terutamanya dalam masalah beribadat telah pun ada jalan penyelesaiannya. Apa
yang perlu kita lakukan hanyalah merujuk kepada Al-Quran, dan hadis- hadis
Nabi Muhammad SAW.

5. Mendisiplinkan diri dalam ibadah solat

Melalui rukhsah yang diberikan di dalam solat fardhu, ia juga sebenarnya


merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan umat Islam dalam menunaikan
ibadah. Ini kerana melalui rukhsah solat, seseorang individu itu dapat menilai
betapa tingginya kedudukan ibadah solat di dalam Islam dan kewajipan
menunaikannya tanpa sebarang alas an. Justeru, walaupun dalam keadaan
yang tidak mengizinkan seseorang itu untuk solat seperti biasa, namun dengan
adanya rukhsah dia tetap dapat menunaikannya bergantung kepada situasi dan
keadaannya. Dengan ini, ia mendisiplinkan diri seseorang muslim untuk tetap
menunaikan ibadah solat walaupun dalam keadaan yang genting dan sukar
sekalipun.

22
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

5. Menarik minat penganut agama lain mendekati ajaran Islam

Apabila menyedari hakikat agama Islam yang fleksibel, praktikal dan tidak
membebankan umatnya dalam apa jua keadaan termasuklah dalam masalah
beribadat ini, maka tidak mustahil jika ia dapat menarik minat penganut agama
lain untuk mendekati Islam.

Penerangan tentang rukhsah solat kepada penganut agama lain juga,


dapat membetulkan tanggapan kebanyakan mereka bahawa Islam adalah
agama yang susah, Islam adalah agama yang rigid, agama yang menekan
penganutnya dan membebankan penganutnya; dapat diperbetulkan. Melalui
rukhsah yang diberikan dalam masalah solat ini juga

7. Hubungan antara khaliq dengan hambanya

Ibadah solat sebenarnya adalah merupakan satu hubungan di antara


hamba dan penciptanya, Allah SWT. Bacaan-bacaan di dalam solat adalah
merupakan doa yang mana ia berupa permintaan daripada hambanya kepada
penciptanya. Melalui keharusan rukhsah di dalam solat juga, ia adalah
merupakan tanda pemurah dan pengasihnya Allah kepada hambanya. Ini kerana
dengan adanya rukhsah solat, ia adalah merupakan keringanan kepada hamba
melakukan ibadah dan ia juga tanda Allah bersifat “Ar-Rahim” kepada
hambanya.

23
SOLAT FARDHU : RUKHSAH SOLAT & KESANNYA
DALAM KEHIDUPAN

24

You might also like