Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cerpen Remaja

Cerpen Remaja

Ratings: (0)|Views: 7,553 |Likes:
Published by FxyzGirlz
Cerpen yang mengisahkan seorang remaja perempuan lepasa SPM yang keliru dengan simpang kehidupannya. Ditambah lagi dengan tragedi yang menimpa keluarganya.. Namun, tabahkah dia???
Cerpen yang mengisahkan seorang remaja perempuan lepasa SPM yang keliru dengan simpang kehidupannya. Ditambah lagi dengan tragedi yang menimpa keluarganya.. Namun, tabahkah dia???

More info:

Published by: FxyzGirlz on Feb 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/15/2011

pdf

text

original

 
Cerpen Remaja
Sejak meninggalkan alam persekolahan, Rosmah mula berjinak-jinak dengan rakan-rakanyang tidak bermoral. Sikapnya bertambah liar sejak orang tuanya menyahut seruan Illahi.Dirinya tidak terurus dan menghadapi tekanan setelah mendengar berita yang menyayat hatitentang orang tuanya.Terpaksalah dia hidup bersendirian di rumah yang sederhana besar memandangkan dirinyaanak tunggal dan kini bergelar anak yatim piatu. Pilu sungguh hati! Hanya Tuhan sahaja yangtahu hatinya tika itu. Oh Tuhan!“Tahniah, Rosmah!,” Syikin, teman baiknya mengucapkan tahniah kepadanya keranamendapat 5A1 dalam peperiksaan SPM lepas. Seukir senyuman terpamer di wajah gadis itu.
Thanks,
Syikin. Ala, kau pun apa kurangnya. Keputusan kita sama aje,” Rosmahmenyambut tangan yang dihulur teman baiknya. Mereka bersalaman.Dari riak wajah ceria, mereka berdua begitu gembira sekali. Walaupun keputusan mereka belum berada pada tahap yang cemerlang, namun mereka berasa bangga dan bersyukur dengankeputusan itu kerana itulah hasil usaha mereka selama lima tahun bersekolah di sekolahmenengah.“Jadi, apa
 plan
kau lepas ini? Nak kahwin?,” soal Syikin sambil menepuk lembut bahutemannya itu. Sempat pula berseloroh. Mereka berdua ketawa.Sepi. Suasana meriah oleh gelak tawa mereka berdua kini bertukar menjadi sepi.Rosmah masih berfikir untuk menjawab soalan pertama yang baru diutarakan oleh Syikin.Soalan itulah yang sering bermain-main tanpa henti di mindanya.“Aku pun tak tahu. Nak cari kerja kutt,” senyuman hambar diberikan. Hanya itu yangmampu dijawabnya. Selebihnya, diserahkan kepada kuasa-Nya. Dia lebih mengetahui.…Bintang terlihat terang……Saat dirimu datang…Lamunan Rosmah terhenti.Arghhh….!Lagu “Kembali Pulang” hasil nyanyian Kangen Band menerobos suasana sepi tadi. Lagu itumenandakan seseorang berada di hujung talian.Tanpa berlengah, punat yang berwarna hijau ditekan.“Hello!,”“Wei Rosmah!,”“Kenapa, Nuri?” soalnya, bersahaja.
 
“Kau
 free
tak? Datang tempat biasa, jam 11 malam ini. Cepat, jangan lambat!,” arah si pemanggil. Tegas.Tanpa menunggu jawapan Rosmah, talian diputuskan.“Tapi…,” Rosmah yang ingin membantah, terpaksa akur dengan arahan itu. Jika diamembantah,dia sendiri tahu akibatnya. Tentu teruk dibelasah! Dasyatnya!Gadis yang berumur 18 tahun itu terpinga-pinga seketika. Namun, dia cepat bersiap-siapsetelah dilihatnya satu jam lagi angka 10 akan bertukar 11. Masa tidak pernah menunggu sesiapawalau dia seorang raja atau menteri. Dia menjejakkan kakinya ke tempat biasa seperti yangdiarah oleh Nuri, kawan baru dikenalinya yang sering mengajaknya keluar malam untuk  berseronok.Lima minit lagi sebelum jam 11, dia sudah berada di muka pintu sebuah rumah usang.Rumah itu dijadikan sebagai sarang tempat mereka berseronok, tempat mereka melakukan dosa!Dilihatnya, ramai kawannya yang berada si situ, merokok,menghidu gam, ber 
dating 
, danmendengar lagu rock sambil menari ala orang kurang siuman. Kehadirannya, seperti biasa tidak dhiraukan oleh mereka yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti di dalam rumah usang itu. Remaja!Beginikah? Arghhh….“Wei, kenapa termenung aje ni? Enjoy lah! Jangan nak buat muka masam macam kerang busuk kat sini pulak! Sini hidup kita, syurga kita. Happy!!!,” kata-katanya seperti menyindir,tapi malas dia mahu mengulas kata-kata Nuri. Nuri menghamburkan ketawanya.Tapi sejenak suara ketawa besar Nuri hilang dek tenggelam oleh lagu rock yang memeriahkan suasana dirumah itu.Rosmah tersenyum hambar. Masam sungguh wajahnya malam itu. Berbeza dengan malamsebelumnya, di mana dia akan menurut semua arahan yang diberikan oleh kawan-kawannya.Rosmah mengambil sebatang rokok lalu disuakan ke dua celah bibirnya yang sedikit hitam. Diamenikmati keseronokan yang terhidang malam itu bersama kawan-kawannya yang lain.“Hai, cik manis,” sapa seorang lelaki yang berbadan tegap. Tinggi sedikit dari dirinya.Lelaki itu menyentuh pipinya dan memegang lembut lengannya lagak orang yang sedang berpacaran. “Free tak? Untuk malam ini aje,” ujar lelaki yang mungkin 10 tahun lebih tua daridirinya. Eeee…Kenyitan mata menggoda dari lelaki tua itu merimaskan Rosmah. Tak sedar diri betul!Sumpah Rosmah dalam hati. Dia belum pernah berdepan dengan situasi sebegini. Ekor matanyamemandang anak mata lelaki tua tak sedar diri itu. Manusia itu seperti mendambakan sesuatudari dirinya. Sungguh menakutkan!Rosmah tersentak! Dia menepis tangan lelaki itu dan menolaknya sedaya mungkin setelahdisedarinya tangan kasar lelaki tua itu mula merayap ke tubuhnya. Kelihatannya, lelaki itusedikit terkejut atas tindakan spontannya sebentar tadi. Mata dan wajah lelaki itu kelihatanmerah menandakan reaksi wajahnya yang marah.Rosmah berserah sahaja jika sesuatu yang buruk berlaku ke atas dirinya, tapi maruah perludijaga. Teringat seketika dengan pesanan mamanya, yang mensihatinya untuk menjaga maruahdiri walau dalam keadaan apa sekalipun. Baru dia sedar, selama ini dia melupakan Maha
 
Pencipta, Tuhannya. Dalam keadaan cemas ini, barulah dia teringat Allah, yang pasti membantuhamba-Nya. InsyaAllah.Cemas! Itulah yang dirasainya sekarang. Dia hanya mampu berdoa dalam hati. YaAllah….Lelaki yang masih berapi kemarahan itu memukul dan menampar Rosmah.“Agggghh,”Rosmah kaget, tapi dia perlu mempertahankan dirinya. Dia tidak menyangka lelaki itu bertindak di luar jangkaannya. Sungguh sakit! Itulah yang dirasainya kini. Kawan-kawannyayang berada di situ tidak menolongnya. Hanya menjadi penonton setia. Mereka ibarat penontonyang sedang menonton drama. Lelaki tua dan Rosmah pula ibarat pelakonnya.“Kawan, tolong aku!,” rintih hatinya.Harapkan pagar, pagar makan padi! Inikah kawan yang pernah menabur janji akansentiasa tolong aku ketika memaksa aku untuk menyertai mereka melakukan aktiviti yang jelek?Penipu!Satu tamparan yang maha hebat hinggap sekali lagi di pipinya yang sudah berdarah sejak tadi. Dia cuba untuk melawan, tapi apakan daya seorang perempuan lemah sepertinya melawanseorang lelaki yang berbadan tegap? Air mata yang masih hangat terus menerus mengalir tanpahenti. Dia menahan kesakitan itu…Lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu meninggalkan rumah usang setelah memberikandua tendangan hebat ke tubuhnya. Rosmah terbaring di atas lantai. Lemah tubuhnya saat itu. Diaterkulai layu. Kepalanya berpusing-pusing, ingin pengsan rasanya. Beberapa saat, pandangannyayang kabur semakin kabur dan gelap!Kelopak mata cuba dibuka walaupun pedih rasanya. Sedikit kabur pandangannya tika itu.Samar-samar kelihatan seseorang sedang lena di kerusi. Hati bertanya-tanya siapakah geranganyang sudi membawaku ke sini? Sini? Hospital rupanya.“Syikin,” nama itu terkeluar dari mulutnya yang masih bengkak. Betapa malunya dia padateman baiknya, Syikin.Ohh Tuhan! Mengapa? Aku begitu malu dengan Syikin. Satu-satunya teman yang seringmenasihatiku suatu masa dulu tapi tidak ku peduli malah ku menghinanya. Mengapa dia masihmenyayangiku. Sungguh hina diriku ini…Dia cuba mengingati saat temannya berusaha menasihatinya dulu. Auchh.. sakitkepalanya, tapi diusahakannya juga untuk mengingati apa yang berlaku beberapa bulan yanglalu. Biarlah dia merasa kesakitan kepalanya, tapi itu tidak setimpal dengan rasa sakit pada hatiSyikin…“Ros, aku harap kau sedar ini semua ujian Tuhan. Kenapa kau berubah seratus peratusmenjadi seperti begini? Walaupun
 parents
kau telah pergi, kau masih ada aku dan kawan-kawanyang lain. Kita kongsi masalah, Ros. Jangan biarkan diri kau rosak hanya kerana tidak bijak menghadapi ujian kehidupan,” sudah puas Syikin memujuknya untuk berubah menjadi seperti

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->