Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
169Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota PENGENALAN MIKROEKONOMI

Nota PENGENALAN MIKROEKONOMI

Ratings: (0)|Views: 13,303 |Likes:
Published by kojai71

More info:

Published by: kojai71 on Feb 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/18/2013

pdf

text

original

 
 DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi
 Nota Minggu Pertama
PENGENALAN KEPADA EKONOMI DAN SISTEM EKONOMIMatlamat Pengajaran
Adalah diharapkan selepas kuliah ini pelajar dapat:1.menerangkan definisi ekonomi2.menerangkan analisis ekonomi dalam bentuk analisis positif dan analisis normatif 3.menerangkan maksud ceteris Paribus4.menerangkan perbezaan cabang kajian ekonomi iaitu ekonomi mikro dan ekonomimakro5.menerangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas6.mengetahui apakah masalah asas ekonomi7.mengenalpasti sistem ekonomi yang diamalkan sekarang
Definisi Ekonomi
Perkataan ekonomi berasal daripada Yunani iaitu perkataan “OIKAUbermaksudisirumah dan “NOMOS” bermaksud peraturan.Manusia mempunyai kehendak yang tidak terhad dan selalunya inginkan sesuatu melebihidaripada apa yang mereka mampu sama ada seseorang itu kaya atau miskin. Oleh yangdemikian, mereka perlu membuat pilihan terbaik dan terpaksa melepaskan pilihan yanglain.Secara ringkasnya definisi ekonomi adalah mengkaji tingkah laku (gelagat) manusia didalam membuat pilihan menggunakan sumber ekonomi (faktor-faktor pengeluaran) yangterhad untuk memaksimukan kehendak-kehendak atau kepuasan mereka yang tidak terbatas.
Cabang Ekonomi
Ekonomi Mikro – merujuk kepada kajian di dalam unit yang lebih kecil iaitu individu danfirma.Ekonomi Makro – merujuk kepada kajian ekonomi dengan lebih menyeluruh dan globalserta bersangkutan isu-isu semasa bagi sesebuah negara.
Analisis Ekonomi
Analisis Positif – ia menjawab persoalan apa dia? Atau, apa yang akan terjadi? Kenyataanadalah berasaskan fakta, berkenaan perkara yang sebenar. Ia bersifat lebih objektif.Contohnya harga bagi sesuatu barang telah ditentukan oleh permintaan dan penawaran.Pernyataan yang menyatakan peningkatan harga akan menyebabkan penguranganterhadap permintaan barangan adalah pernyataan positif.Analisis Normatif – ia cuba menjawab apa yang seharusnya dilakukan? Ianya melibatkan penilaian yang abstrak dan pertimbangan nilai sama ada baik atau buruk (dalam bentuk  pendapat). Ia lebih bersifat subjektif. Di mana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan
Semester April 2006/2007 
1
 
 DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi
dan pandangan berdasarkan pelbagai golongan individu. Contohnya peningkatan hargaayam merupakan tekanan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.Tetapi kenaikan harga ayam ini tidak memberi kesan kepada golongan yang berada. Satulagi contoh, pemberian subsidi kepada petani merupakan suatu langkah yang patut danadil. Perkataan patut dan adil adalah suatu yang melibatkan pertimbangan nilai kerana penilaian terhadap perkataan tersebut adalah berbeza di antara seseorang denganseseorang yang lain.
Ceteris Paribus
Adalah satu perkataan Latin yang bermakna faktor-faktor lain adalah tetap atau tidak  berubah.
Lima Persoalan yang wujud dalam ekonomi
Bagi mencapai kepuasan yang maksimum, manusia perlu membuat pilihan yang tepat dansebagai panduan, lima persoalan ini perlu dijawab terlebih dahulu.1.Apa dan BerapaManusia perlu memikirkan apakah barang yang akan dikeluarkan dan berapa banyak kuantiti yang hendak dikeluarkan.2.BagaimanaKeputusan bagaimanakah cara pengeluaran barang tersebut. Cara yang digunakanialah cara yang cekap iaitu dengan memaksimumkan untuk dan meminimumkankos pengeluaran. Adakah pengeluaran dilakukan secara intensif buruh, atauintensif modal, atau intensif teknologi.3.BilaBilakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan barangan tersebut. Adakah sesuaimembina projek mega dalam keadaan ekonomi menghadapi kemelesetan?4.Di manaDi mana hendak dipasarkan barang yang telah dikeluarkan5.SiapaBarangan yang dikeluarkan juga perlulah diagihkan kepada sasaran yang betul.Siapakah yang menerima barangan tersebut juga perlulah ditentukan.
Konsep Asas Ekonomi
KekuranganOleh kerana faktor-faktor pengeluaran yang ada tidak dapat mengeluarkan ke semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh masyarakat maka dikatakan faktor-faktor pengeluaran berada dalam keadaan kekurangan. Kehendak manusia memang tidak terbatas, tetapi manusia mungkin menghadapi masalah kekurangan dari segi sumber-sumber semulajadi, masa, tenaga, kewangan, serta faktor-faktor yang lain.
Semester April 2006/2007 
2
 
 DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi
PilihanPilihan perlu dibuat apabila manusia terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan.Biasanya pilihan ini adalah pilihan yang terbaik atau memberikan kepuasan yang palingmaksimum.Kos LepasApabila kita membuat pilihan, ia melibatkan pengorbanan pilihan yang lain. Pengorbananini kita namakan ia sebagai kos lepas iaitu terpaksa melepaskan sesuatu pilihan yang lainatau melepaskan peluang untuk memperolehi sesuatu yang lain. Secara umumnya koslepas boleh didefinisikan sebagai nilai faedah yang boleh diperolehi daripada pengeluaranatau penggunaan sesuatu barang lain tetapi terpaksa dilepaskan apabila mengeluarkanatau menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan.
Faktor-faktor Pengeluaran
TanahTanah merujuk kepada kesemua pemberian alam semulajadi termasuk udara, air,matahari, hasil hutan, sumber bawah tanah.BuruhBuruh meliputi tenaga fizikal, kemahiran, dan kebolehan mental manusia yang digunakandalam proses pengeluaran.ModalModal merujuk kepada input tahan lama / kekal yang digunakan untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Ia boleh terdiri daripada jentera, bangunan, wang,kenderaan, dan kemudahan infrastruktur lainnya.Pengusaha / UsahawanIa merujuk kepada pemimpin ekonomi, pengambil risiko, berinovasi, penyelaras, dan pembiaya perniagaan. Pengusaha atau Usahawan memiliki kemahiran dan kebolehanuntuk menjalankan perniagaan atau perusahaan dengan cekap dan menguntungkan.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
Definisi KKP – kombinasi pengeluaran 2 barangan yang berlainan dan mewakili had pengeluaran maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah masyarakat berasaskan faktor-faktor pengeluaran sedia ada dengan tahap teknologi tertentu.Andaian KKP1.terdapat 2 barang sahaja yang dihasilkan / dikeluarkan2.faktor pengeluaran adalah terhad dan tetap3.tahap kemajuan teknologi adalah malar / tidak berubah
Semester April 2006/2007 
3

Activity (169)

You've already reviewed this. Edit your review.
ct_swuity added this note
can you email this note to me please.. muchachitopenang@yahoo.com.my
ct_swuity added this note
can you email this note to me please.. muchachitopenang@yahoo.com.my
ct_swuity liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Norhayati Ismail liked this
Fong Nyuk Hung liked this
Rosli Mustapa liked this
瑰玫 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->