You are on page 1of 5

TEORI PENGELUARAN

Istilah Penting Dalam Teori Pengeluaran

Pengeluaran – merupakan proses transformasi faktor-faktor pengeluaran kepada barang


siap, menghasilkan output atau keluaran. Dengan kata lain, pengeluaran boleh juga
dimaksudkan sebagai satu proses menukar input (faktor-faktor pengeluaran) kepada
output (barangan atau perkhidmatan) menggunakan satu tingkat teknologi tertentu. Jika
terdapat peningkatan dalam teknologi, maka kadar output yang dapat dikeluarkan akan
meningkat pada kadar yang lebih tinggi.

Fungsi Pengeluaran – menunjukkan hubungan di antara kombinasi input yang digunakan


dan kadar output yang dapat dihasilkan.

Q = f (input)

Di mana, Q adalah output, dan f (input) termasuklah buruh, modal, tanah dan usahawan.

Firma – sebuah organisasi atau satu unit pengeluaran yang merancang bagaimana faktor
pengeluaran yang terhad digunakan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Setiap
firma mempunyai objektif yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan.

Industri – merupakan gabungan semua firma yang terdapat dalam satu-satu pasaran yang
mengeluarkan output yang sama.

Pasaran – tempat berlakunya pertukaran barang dan perkhidmatan melalui proses


pembelian dan penjualan antara pembeli dan penjual.

Input – sumber / bahan-bahan untuk menghasilkan keluaran. Terbahagi kepada 2 iaitu:


i. input berubah
- boleh ditambah dan dikurang
- jumlah output atau keluaran bergantung kepada input berubah
- semakin banyak keluaran dihasilkan maka semakin banyak penggunaan
input berubah
ii. input tetap
- tidak boleh ditambah dan dikurangkan dalam jangka masa pendek
- keluaran atau output tidak bergantung kepada input tetap
- walaupun keluaran atau output belum diperolehi, input tetap masih
diperlukan

Jangkamasa – tempoh waktu pengeluaran sesuatu keluaran dihasilkan. Terbahagi kepada


2 yang popular
i. jangkamasa pendek
- terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan satu input berubah
- jumlah output boleh ditambah dan dikurang dengan menambah atau
mengurangkan input berubah sahaja
ii. jangkamasa panjang
- semua input yang digunakan di dalam pengeluaran boleh berubah

6
Konsep Keluaran / Output

Jumlah Keluaran (Total Product – TP) – jumlah keluaran maksimum yang dapat
dikeluarkan dengan menggunakan semua input yang ada. Penambahan input berubah
akan meningkatkan keluaran dengan kadar yang cepat, kemudian meningkat dengan
kadar yang berkurangan sehingga mencapai tahap maksimum. Selepas mencapai tahap
maksimum, penambahan input berubah hanya akan menyebabkan jumlah keluaran
berkurangan.

Keluaran Marginal (Marginal Product – MP) – tambahan kepada jumlah keluaran


apabila seunit input berubah ditambah / digunakan. Secara formula, MP = TP /  input
berubah. Penambahan input berubah akan menyebabkan MP meningkat sehingga
mencapai maksimum apabila penambahan seunit input berubah menyebabkan TP
bertambah tetapi dengan kadar yang kecil – MP menurun dan seterusnya negatif selepas
bersilang dengan paksi input berubah.

Keluaran Purata (Average Product – AP) – keluaran yang dihasilkan daripada setiap
unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran. Penambahan input berubah
menyebabkan AP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila ia bersilang dengan
MP. Selepas maksimum, penambahan input berubah menyebabkan AP menurun.

Hubungan Antara TP dan MP


 Apabila MP meningkat, TP bertambah pada kadar yang cepat.
 Apabila MP menurun, TP masih bertambah tetapi pada kadar yang semakin
berkurangan.
 TP maksimum apabila MP = 0.

Hubungan Antara MP dan AP


 Semasa MP > AP, AP sedang meningkat.
 Apabila MP < AP, AP sedang menurun.
 AP mencapai maksimum apabila MP = AP

Fungsi Pengeluaran Jangkamasa Pendek

Andaian:
 Sekurang-kurangnya satu input adalah input tetap
 Cuma terdapat dua faktor pengeluaran sahaja iaitu modal (K)-input tetap dan
buruh (L)-input berubah
 Kos tetap (fixed cost-FC) iaitu sewa tanah seluas 10 ekar ialah RM5,000.00
 Peternak hanya dapat menambah bilangan lembu yang diternak dengan
meningkatkan bilangan buruh

Q = Jumlah Keluaran = TP = f (K,L)

Jadual berikut menunjukkan kuantiti lembu yang dikeluarkan bergantung kepada bilangan
buruh yang digunakan.

7
1 2 3 4 = 3/1 5 = 3 / 1
Buruh Tanah Jumlah Keluaran Keluaran Purata Keluaran Marginal
(L) (K) (lembu sebulan) Buruh
TP APL Buruh
MPL
0 10 0 0/0 = 0 0
1 10 100 100/1 = 100 (100-0)/(1-0)=100
2 10 250 250/2 = 125 (250-100)/(2-1)=150
3 10 350 350/3 = 116.67 100
4 10 400 400/4 = 100 50
5 10 420 420/5 = 84 20
6 10 430 430/6 = 71.67 10
7 10 430 430/7 = 61.43 0

8
Hukum Pulangan Berkurangan

Hukum ini menyatakan bahawa apabila penggunaan input berubah ditambah terus
menerus, akan menyebabkan pertambahan output/keluaran akan meningkat pada mulanya
tetapi pada suatu tingkat tertentu ia bertambah pada kadar yang semakin berkurangan dan
akhirnya menjadi negatif. Ia berlaku selepas MP mencapai maksimum dan mula menurun
sehinggalah negatif.

Hukum ini hanya berlaku dalam tempoh jangkamasa pendek sahaja kerana dalam
jangkamasa pendek terdapat input berubah dan input tetap.

Tahap-tahap Pengeluaran

Tahap-tahap pengeluaran ini berkait rapat dengan kombinasi input yang optimum dalam
proses pengeluaran.

Tahap I
 Bermula dari titik origin (asalan) sehingga AP maksimum
 MP pada mulanya meningkat lebih cepat daripada AP tetapi kemudian menurun
sehingga AP dan MP bersilang
 Tahap di mana pengeluaran tidak cekap
 Pengeluar yang rasional tidak akan berhenti mengeluarkan output di tahap ini
kerana penambahan input berubah akan meningkatkan outputnya
 Tahap ini berakhir apabila AP maksimum iaitu di mana AP = MP

Tahap II
 Bermula titik persilangan MP=AP sehingga MP = 0
 Pada tahap ini nilai AP > MP, keluk AP di atas MP
 Pada tahap ini kedua-dua AP dan MP sedang menurun, TP tidak menurun tetapi
meningkat dengan kadar yang berkurangan
 Di tahap ini, gabungan antara input berubah dan input tetap adalah yang paling
cekap
 Tahap ini adalah tahap yang paling rasional dan cekap bagi mengeluarkan output
 Berakhir apabila MP = 0

Tahap III
 Tahap pengeluaran yang tidak cekap kerana penambahan penggunaan input
berubah hanya akan menyebabkan TP berkurangan
 Pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan barangan di tahap ini kerana
berlaku pembaziran penggunaan buruh
 Bermula ketika MP = 0 iaitu pada tahap TP maksimum

Penggunaan Input Berubah yang Optimum

Apakah kombinasi input berubah yang paling optimum untuk memaksimumkan untung?
Tambahan unit input berubah harus dibuat sehingga Keluaran Hasil Marginal (Marginal
Revenue Product- MRP) dari penggunaan input berubah terakhir yang digunakan
menyamai kos input tersebut.

9
MRPL = w (wages = kadar upah)
Atau
MRPK = r (rent = kadar sewa)

Contoh 1
Jika MRPL ialah RM4,000.00 dan kadar upah (w) seorang buruh ialah RM3,000 setahun.
Keputusan yang patut dibuat oleh Pengeluar ialah meningkatkan penggunaan buruh
sehingga MRPL bersamaan dengan kadar upah.

Contoh 2
Jika MRPL ialah RM4,000.00 dan kadar upah (w) seorang buruh ialah RM4,000 setahun.
Keputusan yang patut dibuat oleh Pengeluar ialah tidak menambah lagi penggunaan
buruh kerana MRPL telah bersamaan dengan kadar upah.

Menggunakan contoh pengeluaran lembu, andaikan harga seekor lembu adalah RM1,000
sekiranya kadar upah seorang buruh ialah RM10,000 setahun, maka bilangan buruh yang
patut digunakan ialah seramai 6 orang kerana MRP L bersamaan dengan kadar upah
tersebut.

1 2 3 4 = 2 / 1 5 = 4 X Harga
Buruh Jumlah Jumlah Hasil Keluaran Marginal Keluaran Hasil
(L) Keluaran (Harga X Buruh Marginal Buruh
(lembu Kuantiti) MPL MRPL
sebulan) TR
TPL
0 0 0 - -
1 100 100,000 100 100,000
2 250 250,000 150 150,000
3 350 350,000 100 100,000
4 400 400,000 50 50,000
5 420 420,000 20 20,000
6 430 430,000 10 10,000

10

You might also like