You are on page 1of 3

MELOMPAT DENGAN SEBELAH KAKI DALAM GELUNG ROTAN

Penjenisan : Permainan luar

Bilangan pemain: Tidak had

Alatan: Gelung rotan

Tempat: Kawasan lapang

Cara bermain:

 Peserta perlu melompat dengan sebelah kaki ke dalam gelung rotan yang
berbentuk ‘S’.
 Peserta hanya diberi satu peluang sahaja.

Penentuan pemarkahan:

 Satu gelung rotan mewakili 1 markah.


 Jika dua kaki sentuh lantai, dikira kalah.

Peraturan:

 Peserta hanya boleh menggunakan satu kaki sahaja.


 Peserta tidak boleh menukar kaki semasa melompat.
MEMBALING PUNDI KACANG

Penjenisan: Permainan luar

Bilangan pemain: Tidak had

Alatan: Pundi kacang, gelung rotan

Tempat: Kawasan lapang

Cara bermain:
 Peserta berdiri di belakang garisan permukaan.
 Peserta diberi dua kali peluang untuk membaling pundi kacang.
 Pundi kacang akan dibaling ke dalam gelung rotan yang
disediakan.
 Pemarkahan akan diberi mengikut kejauhan hasil balingan pundi
kacang ke dalam gelung rotan.

Penentuan pemarkahan:

 Gelung rotan yang terdekat dengan garisan permulaan diberi satu


markah dan bertambah seterusnya.
 Markah tidak akan diberi jika membaling pundi kacang ke luar
gelung rotan.
 Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi dikira pemenang.

Peraturan:

 Peserta dilarang berdiri melebihi garisan permulaan.


PERMAINAN KECIL

Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-


kanak.Bermain merupakan proses semula jadi dan spontan.Bermain adalah
kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman,pembelajaran dan
kemahiran.Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan perkara yang
kreatif.Bagi kanak-kanak yang sedang membesar,bermain merupakan satu
keperluan dan perkara yang menyeronokkan.Bermain juga tidak dianggap
sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia merupakan satu
kepuasan.Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan
proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.

Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-


kanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi
motor-halus. Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar
seperti melompat, berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus
melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain.
Antara ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas,
mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit,
menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan.

You might also like