KIMPALAN ARKA J1003/9/ 3 –Jenis kombinasi AC/DC –Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel) –Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)
9.4.1Jenis ‘rectifier’(DC)
Mesin kimpalan arka jenis ‘
rectifier
’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Puncanegatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerjamengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.
Kelemahan:
–Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow) –Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa –Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
9.4.2Jenis arus ulangalik.
Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yanglebih stabil dan tiada berlaku ‘
semburan arka’
(arc blow) dengan penembusan yangsederhana dan senyap.
Kelemahan:
–Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad. –Tidak semua elektrod boleh digunakan. –Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.
9.4.3Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.
Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpallogam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Bolehdigunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.
Kelemahan:
–Kos yang agak tinggi –Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.
Contoh 9.1
Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arusterus?
Penyelesaian:
Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’ atau alat penerus.
9.4.4Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).