Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
25Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh

Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh

Ratings: (0)|Views: 3,380|Likes:
Published by darulkautsar
Salah satu cabang pengajian ilmu hadis yang paling penting, terutamanya berkenaan hadis-hadis hukum ialah ilmu nasikh dan mansukh. Kepentingannya tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah satu syarat ijtihad. Secara asas, seorang mujtahid mestilah mengetahui latar belakang dalil sesuatu hukum khususnya hadis yang akan dijadikan asas hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu hadis ini, seseorang itu akan mengetahui sejarah perkembangan hadis dan hukum Islam itu sendiri.
Salah satu cabang pengajian ilmu hadis yang paling penting, terutamanya berkenaan hadis-hadis hukum ialah ilmu nasikh dan mansukh. Kepentingannya tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah satu syarat ijtihad. Secara asas, seorang mujtahid mestilah mengetahui latar belakang dalil sesuatu hukum khususnya hadis yang akan dijadikan asas hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu hadis ini, seseorang itu akan mengetahui sejarah perkembangan hadis dan hukum Islam itu sendiri.

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: darulkautsar on Feb 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/14/2013

pdf

text

original

 
Muhammad Hanief Awang Yahaya
 
Dipetik dari web:www.darulkautsar.net 
1.0 Definisi2.0 Istilah mutaqaddimin tentang nasakh3.0 Hikmah berlakunya nasakh4.0 Bagaimana nasakh dapat dibuktikan5.0 Bentuk nasakh yang berkaitan dengan hadis6.0 Contoh hadis nasakh dan mansukh 
Salah satu cabang pengajian ilmu hadis yang paling penting, terutamanya berkenaanhadis-hadis hukum ialah ilmu nasikh dan mansukh. Kepentingannya tidak dapatdinafikan kerana ianya adalah satu syarat ijtihad. Secara asas, seorang mujtahidmestilah mengetahui latar belakang dalil sesuatu hukum khususnya hadis yang akandijadikan asas hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu hadis ini, seseorang ituakan mengetahui sejarah perkembangan hadis dan hukum Islam itu sendiri.
1. 0 Definisi
Nasakh dari segi bahasa membawa dua maksud, iaitu pertama, menghapuskan dankedua, memindahkan. Dari segi istilah pula bermaksud “mengangkat satu hokumyang terdahulu dengan hukum yang datang kemudian. Imam al-Suyutimenjelaskan, “mengangkat hokum” bermaksud menafikan kaitan hukum tersebutdengan mukallaf.[1] Keputusan sesuatu hukum itu sebagai tidak lagi terikat denganmukallaf mestilah dari pihak syara`. Antara kedua-dua hukum ini (nasikh danmansukh) terdapat pertentangan, satu hukum menunjukkan keharusan dan satu lagitidak.[2]Sebahagian ulama mendefinisikan nasakh sebagai “khitab (kalam) syara` yangdatang kemudian” menunjukkan bahawa hukum yang telah sabit dengan khitabterdahulu terangkat.Ringkasnya, nas yang datang kemudian menunjukkan bahawa tempoh pemakaiansesuatu hukum yang terdahulu telah tamat. Hadis yang datang kemudian yang
 
membawa hukum yang baru dinamakan nasikh dan hadis yang ditamatkanpemakaiannya dinamakan hadis mansukh.Seperti yang ditegaskan di atas, ilmu ini sangat penting terutama ketika berhadapandengan dua hadis (atau lebih) yang saling bercanggah. Jika tarikh sebenarmunculnya hadis itu dapat dipastikan, sudah tentu penyelesaiannya akan diperolehidengan mengatakan hadis yang lebih awal muncul itu tidak lagi diamalkan keranaada hadis yang menasakhkannya. Dengan itu, ilmu ini dapat dimasukkan di dalampengajian ilmu muktalif hadis iaitu ilmu hadis-hadis yang bercanggah dan bagaimanauntuk menyelaraskannya. Sebaliknya jika hadis-hadis tidak dapat diselaraskan dantidak diketahui tarikh kemunculannya maka ulama perlu merujuk kepada kaedahtarjih.Bagi menegaskan kepentingan ilmu ini, Imam Ibn Hazm berkata: “Tidak boleh bagiseseorang muslim yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat untuk mengatakanayat al-Qur’an dan hadis ini telah dimansukhkan kecuali dengan yakin.”[3] Al-Qurtubimenulis: “Mengetahui ilmu tentang nasikh dan mansukh adalah rukun yang pentingyang sangat diperlukan oleh para ulama. Hanya orang yang jahil dan bodoh sahajayang menafikannya kerana ilmu itu menerangkan hukum halal dan haram.”[4] 
2.0 Istilah Mutaqaddimin Tentang Nasakh
 
Menurut Ibn al-Qayyim, maksud para salaf apabila menyebutkan tentang nasikh danmansukh ialah mengangkat satu hukum sekaligus atau mengangkat kemutlakan,keumuman dan keadaan yang zahir bagi nas.[5] Makna yang pertama iaitu"mengangkat" adalah istilah nasakh bagi ulama yang kemudian. Makna kedua iaitu"mengangkat kemutlakan" bermaksud mengkhususkan (takhsis) apa yangdisebutkan secara umum oleh nas yang terdahulu atau menyempitkan (taqyid)makna yang mutlak atau menjelaskan maksud terdahulu yang zahir. Bagi salaf,pemakaian nasakh adalah luas, berbeza dengan ulama kemudian yangmenyempitkan maksud nasakh kepada pembatalan hukum.Sementara itu, Shah Waliyullah setelah mengkaji dan menganalisis penggunaanbahasa di kalangan sahabat dan tabi`in berpendapat bahawa, didapati merekamenggunakan lafaz nasakh mengikut pengertian bahasa, bukan istilah yang difahami
 
oleh orang kemudian. Nasakh di sisi sahabat dan tabi`in ialah merangkumi makna-makna berikut:i.Menjelaskan berakhirnya tempoh sesuatu amalan.ii.Menjelaskan sesuatu qaid’ (syarat) atau sifat itu sebagai sifatyang kebetulan bukan syarat.iii.Mengkhususkan yang umum.iv.Menjelaskan sesuatu yang membezakan antara perkara yangdinaskan dan perkara yang diqiaskan secara zahir.v.Menghapuskan salah satu adat Jahiliah.
vi.
Mengangkat salah satu syariat atau peraturan nabi-nabi yangterdahulu.[6 ]Kesimpulannya, nasakh mengikut ulama mutaqaddimin tidak khusus kepadamembatalkan hukum bahkan merangkumi kesemua bentuk pentafsiran nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Sementara ulama mutakhirin mengkhususkan kepadapembatalan hukum atau menjelaskan sesuatu hukum itu tidak lagi diamalkan. Jikaperkara ini tidak diberi perhatian tentu sekali orang-orang kemudian menyamakanmaksud ulama mutaqaddimin dengan maksud ulama mutakhirin. Akibatnya, banyakayat-ayat dan hadis-hadis akan didakwa sebagai mansukh sedangkan jumlah yangsebenar tidak banyak.
 3.0 Hikmah Berlakunya Nasakh
Sememangnya nasakh benar-benar berlaku di dalam Syariat Islam walaupun adapihak yang mengingkarinya. Dengan kedatangan Islam, Allah s.w.t telahmemansukhkan agama yang terdahulu. Nasakh juga berlaku kepada sebahagianhukum Islam. Tidak dinafikan kesempurnaan dan kesyumulan Islam sebagai satusistem hidup merupakan asas yang jelas bahawa agama-agama sebelumnyaterbatal.Merujuk kepada nasakh sebahagian hukum, hikmatnya ialah mengambil kirakeadaan dan situasi masyarakat. Dalam satu tempoh tertentu, syariat menetapkansesuatu amalan dan hukumnya yang mempunyai kebaikan dan maslahah khususkepada para mukallaf yang tidak boleh didapati pada waktu-waktu yang lain sepertilarangan memerangi orang-orang musyrikin kerana keadaan orang-orang Islam yang

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sazali Khamsan liked this
romizah liked this
moshi_nemo liked this
StOkin HimAwari liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->