Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Air Mata Cinta

Air Mata Cinta

Ratings:

4.0

(9)
|Views: 5,017|Likes:
Published by onemahmud
Cerpen yang menyentuh hati.
Cerpen yang menyentuh hati.

More info:

Published by: onemahmud on Apr 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/29/2011

pdf

text

original

 
Air Mata CintaSemenjak aku bekerja sebagai guru ni. Aku cukup risau mendengar khabarangin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai gurusandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormatdengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuhmendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilihkerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yangbekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan gurusandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahanrungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik,tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakanketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidakmengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan iamemang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Akumenerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takutnanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telahdiamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapatberita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikulamanah itu. “ Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!” Bisik hati kecilku. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan akuuntuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampumenyelamatkan aku.aku ada mendengar desas–desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa adaorang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belummemikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipunaku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap,tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaangenting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolakpinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukanperhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun akutahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhikehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadiserba salah untuk tidak memenuhinya. “Bila angah nak lapor diri?” Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam.Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku.Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra. “Minggu depan bah.” aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di SekolahMenengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yangtidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akanmemecahkan rekod itu minggu depan. “Angah nak abah hantarkan ke?” Memang aku dah jangka abah akanmenawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahankeseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluaruniversiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya.Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu. “Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas saja dengan kawan. Kawan angah punkena mengajar kat situ juga.” Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh
 
 juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikarisendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya inimampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaantempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambutkedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempatasalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagaitetamunya. “Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibudan abah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluargamenghantar aku ke Hentian Putra. “Jangan lupa bawa balik ‘awe’ Kelantan tau!” Usik adik lelakiku. Adik aku seorangni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yangmembuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasihsayang adikku itu terhadap aku. “Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semuaorang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada.” Itu pesan terakhirabah sebelum aku melangkah menaiki bas.aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka. Akubisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang muabah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terusmelangkah. “Aah.” aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adiktatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih juga akuuntuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasihsayang yang tercurah. “Kita nak tinggal kat mana nanti?” Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasibdenganku. “Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita.” Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasibkami nanti. “Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas.” Sambung Nadialagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yangambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-pagibegitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajardi Kelantan tu.Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuhberkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua dinegeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah sucimembesarkan Tuhan. “Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku.” Bisik hati kecilku. Bandarini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba,berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan. “Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatikuterputus di tengah jalan.aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah begpakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lainnanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat
 
tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akanmemudahkan aku untuk berulang-alik. “Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagipun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long.” Pengkhabaranbeginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh. Aku tak nakmenyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri darimenumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itutidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat,terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hariJumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkandiri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apayang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalusukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Niboleh dikira bidang terjunlah.Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atastebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar KotaBharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini.Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakanrumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripadaditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itudari kalangan orang berada juga.aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jamsemalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tuselepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suarayang sayup-sayup kedengaran. “Baru bangun tuan puteri?” Soal Nadia apabila melihat aku menggeliatkemalasan. Dia baru aje selesai mandi. “Letih sangat naik bas semalam.” Alasanku. Segan juga aku bila memikirkananak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anakdara pemalas pulak. “Suara apa tu?” Soal aku pada Nadia. “Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. kat sini, setiap hariJumaat ada kuliyah agama di masjid.” Beritahu dia. Baru aku perasan yangrumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utamaKampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Lautyang telah dipindahkan ke Nilam Puri. “Kenapa?” Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang menelitisuara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu. “ Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Sebenarnya suara itu telah mengingatkan akupada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya.Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalumengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telahbertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untukmendengarnya. “Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?” Tanya satu suara di hujungtalian sana. “Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!” aku agak kehairanan keranatak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah. “Ah, samalah tu.” Jawab suara itu.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mohd Nafi liked this
Cheqgu Min Muin liked this
Khadijah Karimah liked this
sean258 liked this
Shasabella liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->