Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TERIMA KASIH SUMAYYAH

TERIMA KASIH SUMAYYAH

Ratings:

5.0

(4)
|Views: 305 |Likes:
Published by onemahmud

More info:

Published by: onemahmud on Apr 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/30/2011

pdf

text

original

 
TERIMA KASIH SUMAYYAHOleh SAMMAITUHA NAJWABUNGKUSAN plastik di atas meja direnung lama. Di dalamnya mengandungimajalah dan laptop kiriman umi buat hawa bernama Sumayyah. Ikmal serbasalah. Hatinya berat mahu menyerahkan bungkusan kepada tuan punya.Dia dibungkus variasi perasaan. Terbahagi dua hatinya saat itu. Jika tidakdiserahkan bererti dia mengkhianati janji dan amanah umi. Hendak diserahkandia tidak ingin bersua wajah dengan hawa tersebut. Bimbang kewalahan tikaberjidal. Dia rijal, 'lah-rijal qawwamu a'lah an-nisa' tidak mungkin tunduk kepadamakhluk Khalik bernama Sumayyah atau sesiapa sahaja daripada golonganhawa. Makhluk yang telah lama dibenci dan didendami."Mal, ini salinan laporan pesakit yang kau minta aku copykan". Suara garauShamsul singgah di corong telinga. Entah bila doktor muda itu masuk dia tidakmenyedarinya."Thanks." Pendek lidah berbicara. Fail bertukar tangan. Ikmal bungkam.Kedengaran dia mendengus kecil."Hei, kau Kenapa? Macam orang mati bini". Shamsul memancing. Ingin sekali diamenyelami lubuk hati rafik yang akrab sejak di bangku sekolah.Shamsul tahu, Ikmal agak pendiam dan jarang mahu menyusahkan sesiapa. Diafaham sangat perangai rafik yang satu itu. Rahsianya kemas tersimpan. Jarangmahu dilontar dan diluahkan. Shamsul juga tahu, Ikmal pembenci no satumakhluk Khalik daripada golongan hawa. Puncanya ibunya pernah dikhianatiayahnya kerana tingkah hawa pidana. Mahligai bahagia yang didirikan atas dasarcinta dan kasih sayang sekian lama musnah hanya kerana hawa pidana tersebut.Kembar Ikmal, Akmal mengidap sakit jantung berlubang maut dalam menantibantuan perubatan daripada ayahnya yang disekat hawa pidana material dunia.Sebagai seorang rafik, Shamsul tidak menyalahkan Ikmal. Tidak juga diamembenarkan tingkah rafik tersebut. Pernah dia menasihati danmentauladankan Ikmal namun hati rafik tersebut masih juga begitu. Hampirsahaja dia gembira ketika berada di kampus apabila suatu hari rafik tersebutmenyambut baik huluran salam perkenalan Natasya. Junior setahun daripadamereka. Ketika itu dialah insan yang paling bahagia. Bahagia kerana Ikmal tulusmenyulam dan menyimpul kasih setia buat hawa. Sehingga Ikmal bersedia
 
menyunting Natasya daripada bustan orang tuanya. Namun sayang, Natasya juga pidana. Bermain kayu tiga di saat Ikmal didatangi derita.Pasca itu, Ikmal tidak betah lagi tersenyum. Peristiwa-peristiwa pahit tersebutmembatukan hatinya. Kepada hawa bergantang-gantang kesumat dendamnya.Jarang Ikmal duduk semeja dengan hawa. Jika adapun hanya atas urusan kerja.Untuk mengenali fungsi airmata jauh sekali. Sementelah rutin seorang doktor.Saban hari berhadapan dengan kesakitan dan maut pesakit membuatkan dia lalidengan semua derita."Tak ada apa-apalah. Aku ok. Jangan risau. Sham, kau dah jumpa doktorMohans? Semalam dia called aku suruh bagitahu kau yang dia nak kau turutsama dalam check up pesakit di wad tiga Delima." Sengaja Ikmal mengubahtajuk. Shamsul bukan boleh dilayan sangat. Nanti tidak pasal-pasal terhidutembelangnya."Belum lagi. Sekejap lagi aku ke bilik doktor. Kau betul tak apa-apa? Kalauperlukan aku. Aku setia menemani.""No, thanks. Aku ok. Nanti dah terdesak baru aku cari kau." Sengaja Ikmalberlucu. Menghilang nubari gusar di hati rafik setia.Fail pemberian Shamsul diladeni cermat. Semuanya kerana umi dan perasaan diasendiri ingin tahu siapa sebenarnya hawa tersebut. Tidak sanggup membiarkanhawa mempermainkan darah dagingnya. Umi beria-ia meminta dia menerimahawa tersebut sebagai pesakitnya.Menurut umi, hawa tersebut salah seorang tenaga pengajar yang disayangi disekolahnya. Ah! umi mudah benar percayakan hawa. Tidak serik agaknyadipermainkan kawan karib sendiri suatu ketika dahulu.Sorot mata membaca laporan pesakit di tangan.Sumayyah bte Muhammad Yasir. Namanya persis srikandi pertama yang syahiddi awal penyebaran Islam. Ketegasan dan kekentalan semangatnya tergambarmelalui namanya. Ikmal kagum. Jantungnya berdegup pantas. Berusia 23 tahun.Berdarah jenis 'O'. Mengidap asma dan kerosakan hati yang hampir ke tahapserius. Mengalami ascities luar kawal yang kadangkala menyebabkan kesukaranbernafas. Sedang menanti penderma hati yang sesuai. Seorang penuntut institutpengajian tinggi di Timur Tengah.
 
"Dia mengalami sakit sebagaimana Ikmal dahulu. Bezanya kerosakan hati Ikmaltidak seserius hatinya. Ikmal tidak memerlukan penderma. Tetapi dia masihtercari-cari dan menanti penderma hati yang sesuai. Bantulah dia. Sumayyahtenaga pengajar yang umi cari dan kagumi. Meskipun hanya guru sementara,umi dan dia rapat. Persisnya dia anak umi sebagaimana Ikmal. Tiada rahsia diantara kami. Dia lubuk ilmu dan sumber rujukan bagi kami dalam masalah-masalah akademik dan agama. Dia tidak pernah merungut atau berat tulangapabila umi memerlukan bantuan. Dia juga sering menjadi bidan terjun apabilaguru-guru lain dan umi terdesak"."Sumayyah perawan suci bukan pidana yang selalu Ikmal benci. Bantu umiselamatkan dia. Ikmal pernah mengidap penyakit yang sama dengannya keranaitu umi mahu dia diletakkan di bawah pengawasan Ikmal. Umi pinta Ikmallontarkan jauh prasangka buruk hawa pidana daripada Sumayyah. Bantu saja diakerana umi jika Ikmal tidak menyukainya. Umi mengenalinya. Dia benar-benarpersis Sumayyah srikandi pertama yang syahid dalam membenarkan dakwahRasulullah. Semangatnya untuk terus hidup, menyedar serta membantu manusiakembali kepada ajaran Islam yang sebenar seringkali membuatkan hati umitidak tenteram jika umi tidak membantunya."Gancang fikirannya mengingati buah kata umi beberapa minggu lepas. Dalamketerpaksaan dia menurut kata umi. Tidak sampai hati membangkang kata umiyang terlalu berharap. Seminggu selepas hawa itu dimasukkan ke wad umibertanya lagi. Bagaimana perkembangan terbaru hawa itu. Bertambah parahapabila umi hadir melawat hawa tersebut. Dia terpaksa akur menebalkan mukameminta daripada pihak hospital supaya namanya disenaraikan dalam kesSumayyah.Perkenalan singkat bersama hawa tersebut meninggalkan kesan di nubarinya.Dia mula merasakan kebenaran kata umi. Sumayyah bukan pidana bukan jugahawa-hawa yang sering diprasangkanya. Sumayyah bukan persis Zulaikha yangpernah cuba menggoda Nabi Allah Yusuf A.S. Sumayyah juga bukan Hawa yangmemujuk Adam sehingga dicampak Allah ke dunia. Tidak juga Siti Sarah yangcemburukan Hajar sehingga menyuruh Nabi Allah Ibrahim meninggalkan duainsan di padang sahara. Bukan juga Puteri Gunung Ledang yang meletakkanpermintaan gila kepada Sultan Mahmud supaya mengorbankan darah dagingsendiri semata-mata memenuhi syarat pernikahan keduanya. Yang pastiSumayyah bukan Natasya yang berlaku curang bersama lelaki lain ketika diadisapa derita.

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wan Iqramz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->