Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Istimewa

Istimewa

Ratings: (0)|Views: 91 |Likes:
Published by onemahmud

More info:

Published by: onemahmud on Apr 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2009

pdf

text

original

 
IstimewaMelodrama Ringkas...Tiada puisi atau laguTiada potret tiada raguYang dapat ku ilham seindahmuNyata kau satu dalam berjutaWahai jelita kau istimewaMungkin perkataan cantik terlalu rendah untuk mengungkapkan kejelitaanwajahnya. Segala puisi indah dan lagu yang merdu juga tidak bolehmengungkapkannya. Bukan saja jelita pada wajah yang dimiliki. Penampilan yang sopan dan ringkas, membuatkannya begitu istimewa.Nurul Janna, pelajar tahun satu di sebuah Institusi Pengajian Tinggi itusering menggamit pandangan siswa-siswa, dari tahun satu hingga tahunakhir. Dengan penampilannya yang bertudung membuatkan siswa terpautpadanya. Sudah ramai cuba memikat, namun hanya kecewa yang menjadi jawapan pada setiap proposal.Gadis itu yang murah dengan senyuman itu membetulkan lipatan tudung. Jarimulusnya menyelak buku rujukan. Begitu khusyuk dia menelaah pelajaranbersama dua rakan yang lain. Dia tidak terfikir untuk mengambil jurusan itu.Terbayang kesukarannya apabila merenung pada nama, Mekatronik, Mekanikalcampur Elektronik, memang susah.Kehendak ayah diturutkan. Untuk menjadi anak yang baik, tidak elok jikamenderhaka. Mungkin ayah mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya.Selain kursus itu, kampus pengajiannya turut dipilih ayah. Jarakkampus yang jauh dari kampung halaman membuatkan dirinya tertanya-tanya,namun dipendamkan saja.Selang beberapa meja di hadapan gadis ayu itu terdapat sepasang mata yangmerenung wajah jelita itu. Amir tersenyum, bagaikan sudah berjanji, gadis itupasti memilih untuk duduk selang beberapa meja di hadapannya. Cantik,macam puteri, kalaulah ana dapat.Buku rujukan di tangan sudah tiada lagi di minda. Hanya gelagat gadis berkulit
 
putih kemerahan itu saja menari-nari di fikiran. Pemuda berkulit cerah itumasih lagi merenung wajah selamba Nurul Janna tanpa gadis itu menyedari.Spontan Nurul Janna menangkat muka, merenung sesuatu yang sedangmenontonnya. Senyuman mesra diukirkan, senyum itu sedekah, tak mampunak sedekah duit, sedekah senyuman cukuplah. Matanya masih lagi merenungAmir yang sedang kalut menyembunyikan muka. Mungkin malu direnungsebegitu. Hairan dengan telatah Amir yang lain dari siswa lain. Selalunyasiswa pasti akan membalas senyuman lalu menghampiri dan menegur.Walau ku kembara seduniaWalau ketemu ramai wanitaNyata kau tiada tandingannyaSeikhlas hati ana menyintaKau istimewa, teristimewaAmir merenung jalan raya empat lorong di hadapannya. Kenderaan berlaludengan pantas, berdesup perginya. Buku nota dipegang kemas, membelek danmenulis sesuatu. Dengan ketenangan di pinggir bukit itu dia dapatmengulangkaji pelajaran.Tangan pemuda tinggi dan sasa berambut lurus pendek yang sedang menulisterhenti. Dia tidak tahu mengapa dia begitu berminat dengan kejelitaan gadis junior itu. Bukannya tiada yang meminatinya, tapi kesemua yang cubamerapati membuatkan Amir berasa rimas.Dia tahu tak seharusnya dia berfikir mengenai mencari pasangan ketika ini.Pada masa ini dia harus menumpukan perhatian kepada pengajian.Tanggungjawab terhadap keluarga harus dilaksanakan, dia perlu belajardengan bersungguh-sunguhh bagi membantu keluarga kelak. Tapi,kesempurnaan yang dimiliki oleh pelajar junior itu benar-benarmembuatkannya terpukau.Baginya gadis itu mempunyai keunikan. Sukar untuk mengungkapkan, tapiitulah apa yang diperhatikan selama ni. Cara berpakaian yang sopan dan mematuhi aturan agama membuatkannya begitu istmewa.Tidak melampau jika dikatakan keayuan gadis itu lebih sempurna dari sekelian
 
gadis yang ada di IPT itu. Malah tidak keterlaluan jika kesempurnaan itutidak dapat menandingi semua gadis yang ditemui.Langkahnya dihayunkan menuju perpustakaan. Mencari beberapa buku rujukan yang perlu. Tidak terlintas langsung di hatinya untuk bertemu gadis tersebut.Dari jauh Amir melihat ke arah meja yang selalu dihuni oleh gadis yang selalumenghiasinya. Hanya seorang gadis saja yang menghuninya. Dia pasti bukan ituorang yang dicari walaupun kepalanya dilentukkan.Rak buku kejuruteraan menjadi sasaran setelah buku nota diletakkan di atasmeja. Meja yang setia menjadi peneman. Beberapa buku dibelek dandikeluarkan kerana isinya berkaitan dengan apa yang ingin dirujuk. Lantas diaberpatah balik ke meja setelah berpuas hati dengan buku-buku yang diambil.Haruman yang bertamu dihidung membuatkan dia beralih tumpuan. Dia pastimengenali siapa yang berlalu di sebelah kerana haruman itu sudah biasadihidu. Amir mendongak, melihat perlakuan gadis yang membawa harumanunik, bukan haruman pewangi. Penampilannya masih lagi ringkas dan sopanbertudung. Telatah gadis yang ceria, tidak lokek dengan senyumanmembuatkan dia terlepa dengan apa yang sedang dilakukan.Buku nota dan peralatan lain diletakkan bersebelahan buku nota rakannya.Nurul Janna menyiku rakannya yang sedang tidur. Lalu dia menuju rak bukukejuruteraan, mencari buku yang berkaitan. Beberapa buku dikeluarkan dandibawa ke meja. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan dengan sopan.Matanya yang kecil merenung buku rujukan dan menulis isi-isi penting.Kepalanya diangkat, wajah siswa yang sedang merenungnya memenuhiruangan mata. Renungan mata siswa itu dibalas dan dipakejkan dengansenyuman. Bukan untuk menggoda, sekadar mewujudkan suasana mesra.Alamak, dia tenung pulak. Kali ni tak boleh kalah. Amir tersenyum, ceria.Matanya masih lagi merenung gadis itu. Tidak terlintas di hatinya untukmengurat siswi itu. Wajah yang jelita ditambah dengan keayuannya bertudungmembuatkan sesiapa saja pun akan terpukau.Amir kalut, siswi yang direnungnya kini berdiri dan menghampiri. Namun

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->