You are on page 1of 4

KHURAFAT

         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan
dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan
konsep tauhid dan syariat
 
         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada
seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat
 
         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan
amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara
khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
 
         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT
DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan
masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi
orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
 
         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
 
 
         SIHIR
         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk
ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan
atau mengelirukan manusia
 
         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai
dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
 
         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang
 
         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan
sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada
masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan
perbuatan tersebut
 
         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
 
         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
 
         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
 
 
         NIFAK
         MAKSUD
-            Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada
Allah
 
         CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
-           berdusta apabila bercakap
-           khianat apabila diberi amanah
-           bersikap melampaui batas apabila bertengkar
-           selalu mungkir janji
 
         CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
-           meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
-           bercakap benar apabila berbicara
-           bersifat jujur dan amanah
-           menunaikan janji
 
         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
-            menghilangkan sikap percaya-mempercayai
-            melemahkan perpaduan masyarakat
-            menghancurkan kekuatan umat islam
 
 
 
4.       CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
         Berpegang teguh pada ajaran Allah
         Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan Allah
         Menghindarkan semua perbuatan yang boleh
membatalkan keinanan kepada Allah
 
5.       KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
         Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
         Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak
mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
         Dilaknat dan dibenci oleh Allah
         Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
 
6.       PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK
DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK          Tidak beriman sepenuhnya
kepada Allah
         Masih melakukan perbuatan
yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK          Keimanan mereka berpura-
pura sahaja
         Menunjukkan diri mereka
beriman kepada Allah, tetapi
hakikatnya mereka adalah
musuh Allah
ORANG YANG          Terus sujud dan memuji
SEMPURNA IMAN Allah jika dibacakan ayat-yat
Allah
         Sentiasa berdoa kepada
Allah dengan penuh harapan
         Sentiasa membelanjakan
harta pada jalan kebaikan
 
Khurafat termasuklah perkara2 yg boleh merosakkan iman. Contoh2 khurafat spt percaya
kepada azimat/tangkal, tilik nasib, jumpa bomoh.

Bid'ah terbahagi kepada dua iaitu Bid'ah Hasanah dan Bid'ah dhalalah. Bid'ah hasanah spt
mempelajari muqaddam, mengadakan maulidurrasul, membaca surah yasin pada malam
jumaat. Sedangkan perkara2 macam ni, tak pernah dilakukan pada zaman Nabi
Muhammad.

Bid'ah dhalalah pula ialah perkara2 yg tidak baik  ataupun yang menyeleweng daripada
agama Islam.
-----------------Bulan SAFAR

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah
(perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini
orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan
menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku
dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-
Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara
bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-
temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan
mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan
melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini
menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal
berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan
kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan
mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di
negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat
dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan
kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya
akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan
karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang
telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan
itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah
oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang
dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian,
umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya
kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik

You might also like