Professional Documents
Culture Documents
Tamadun Dunia
SEBELUM Renaissance, Eropah dilanda zaman
gelap (dark age). iaitu zaman masyarakat Eropah
menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan
ilmu pengetahuan.
Menurut Encyclopedia Americana ialah tempoh
1000 tahun, yang bermula antara zaman kejatuhan
Kerajaan Roman dan berakhir dengan
kebangkitan intelektual pada kurun ke-15 Masihi.
"Gelap" bermaksud tiada prospek yang jelas bagi
masyarakat Eropah. Situasi ini wujud kerana tindakan dan
cengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian
yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi
mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik.
Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang
berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran,
politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum
cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa
mereka ditekan dan dikontrol. Pemikiran mereka ditolak.
Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan
dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera
malah ada yang dibunuh.
Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasa
kerajaan. Pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih
kuat dan adakalanya terjadi semacam kerjasama, Thomas
Aquinas (m 1274) seorang ahli fikir zaman ini mengeluarkan
teori "negara wajib tunduk kepada kehendak gereja". St
Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian demikian.
Manakala Dante (1265-1321) berpendapat kedua-dua kuasa itu
hendaklah masing-masing berdiri sendiri, dan mestilah
bekerjasama untuk mewujudkan kebajikan bagi manusia
(Joseph H Lynch, 1992, 172-174).
Golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap
kongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas, gerakan
intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap
lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadap
kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan Timur
yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah.
Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kota ilmu seperti
Iskandariah, Harran, Antioch dan Baghdad. Diskusi akademik yang melibatkan
tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik dan
seumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu dunia
Islam sudah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masih
diselimuti kegelapan dan kemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa
hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara
kurun ke-9 hingga ke-12.