You are on page 1of 169

Persatuan Penterjemah Malaysia

(Malaysian Translators Association)


171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Hakcipta © Persatuan Penterjemah Malaysia 2007


Cetakan Pertama 2007

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mengapa Kami Bantah! / Penyusun Abdullah Hassan, Profesor Emeritus.


ISBN 983-42179-0-0
1. Malay language-Malaysia-History and criticism. 2. Malay language-
Usage. 3. Malay language-Study and teaching-Malaysia. 4. Malaysia-
Ethnic relations. I. Abdullah Hassan. II. Judul.
499.2305

Muka Taip Teks: Times New Roman


Saiz Taip Teks: 10 / 12

Dicetak oleh:
Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Lot 18, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park,
68 100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
(MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)
171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Telefon dan Faksimili: 03-21424381
E-mel: terjemah@tm.net.my

Isu penggunaan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar pendidikan membawa banyak mudarat kepada pembangunan modal
insan untuk negara. Alasan mengapa isu ini ditentang tidak banyak mendapat
liputan media. Oleh sebab itu Mengapa Kami Membantah: Penggunaan Bahasa
Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik diperlukan bagi memaklumkan
masyarakat mengenai mudarat yang akan berlaku. Lapan buah makalah yang
ditulis oleh cendekiawan Melayu mengungkapkan kebimbangan ini.
Prof. Shaharir bin Mohamad Zain, bekas Presiden Akademi Sains Islam
Malaysia (ASASI) menyatakan bahawa bahasa Melayu sudah berjaya meng-
hasilkan cendekiawan Melayu, dan langkah Kerajaan ini merupakan satu
tragedi besar kepada bahasa dan bangsa Melayu.
Profesor Emeritus Abu Bakar Abd Hamid, ahli Kumpulan Prihatin,
menjawab lapan soalan yang sering ditanyakan kenapa tindakan mengetepikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertentangan
dengan apa yang kita perjuangkan.
Kamal Syukri, ahli Persatuan Linguistik Malaysia pula menyatakan pen-
dapat yang bahasa Melayu akan mengalami kepupusan apabila tidak di-
gunakan lagi sebagai bahasa ilmu.
Prof. Dr. Awang Sariyan, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, menge-
mukakan hujah betapa tindakan ini menimbulkan kesan negatif kepada
sosiobudaya bangsa dan negara.
Datuk Dr. Hassan Ahmad, daripada Karyawan, meninjau betapa rapatnya
hubungan bahasa dengan perjuangan bangsa, dan betapa tindakan ini me-
lemahkan nasionalisme.
Nor Hashimah Jalaluddin, tenaga pengajar di universiti membuat kajian
mengenai penerimaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,
dan mendapati langkah ini akan hanya menimbulkan konflik antara yang
miskin dan yang kaya.
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah
Malaysia menghujahkan bahawa bahasa adalah wahana yang memindahkan
himpunan memori bangsa daripada satu generasi kepada satu generasi. Apabila
bahasa Melayu luput daripada benak Melayu, maka jati dirinya turut berubah.
Akhir sekali, ada banyak persatuan yang membincangkan isu ini, tetapi
hanya resolusi PEMANIS yang dapat dimasukkan ke dalam jilid ini. Yang lain
sering tidak didokumentasikan. Oleh itu, resolusi kongres-kongres begini perlu
didokumentasikan bagi memaklumkan kepada kerajaan betapa isu ini me-
merlukan penanganan bijaksana dan memandang jauh ke hadapan.

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan


Presiden,
Persatuan Penterjemah Malaysia
19 Oktober 2006
Senarai Kandungan

1. Senarai Kandungan v
1. KATA ALUAN KETUA KUMPULAN PRIHATIN vi
1. PENCAPAIAN SAKTI MELAYU MALAYSIA 1958-2002:
SEBUAH TRAGEDI DALAM PERADABAN MELAYU
MODEN 1
2. PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH
MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN
MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS 29
3. BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
SAINS DAN MATEMATIK: MENGAPA DITENTANG?
SOALAN YANG SELALU DITANYAKAN 35
4. BAHASA MELAYU AKAN PUPUS 45
5. ANALISIS BEBERAPA ISU UTAMA SOSIOBUDAYA
BANGSA DAN NEGARA 65
6. NASIONALISME
DAN PERJUANGAN BAHASA 89
7. PENERIMAAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
DALAM BAHASA INGGERIS: KONFLIK ANTARA DUA
DARJAT 111
8. BUKAN SEKADAR BAHASA 133
9. RESOLUSI SEMINAR AGENDA MELAYU 145
KATA ALUAN KETUA KUMPULAN PRIHATIN

Kami daripada Kumpulan Prihatin bersyukur kepada Ilahi kerana


membolehkan kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depan
kaum Melayu di Malaysia. Pada kami, kaum Melayu menghadapi
masalah besar yang akan meminggirkannya di Tanah Airnya sendiri.
Inilah faktor yang mendorong kami berbincang dengan tokoh-tokoh
daripada berbagai pertubuhan dan orang-orang perseorangan yang
peduli terhadap masa depan kaum Melayu demi keamanan negara
Malaysia. Kongres ini adalah salah satu daripada langkah tersebut.
Oleh kerana penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum,
maka terdapat beberapa isu sensitif yang memerlukan penerangan dan
pemahamannya dari segi sejarah.
Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayu
perlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah.
Umpamanya, dua tahun lalu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25%
daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertama
terdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasrat
menambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Ini
adalah hasrat yang wajar.
Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlah
lebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanya
pelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pula
berjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu.
Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada
370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja,
Mengapa Kami Bantah!

padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah


66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera.
Malangnya hasrat Dato’ Seri Perdana Menteri ditolak oleh Kabinet
melalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahan
pelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggi
swasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu.
Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembangan
yang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap oleh
Dong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikan
Universiti Merdeka. Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasa
penghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak oleh
mahkamah. Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telah
menggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku Abdul
Rahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masih
juga wujud dan diteruskan.
Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahman
dinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh Kerajaan
Barisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahman
masih wujud dan diteruskan.
Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idris
dinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITM
dinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan.
Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi,
Kerajaan Negeri Perak menghadiahkan pula 200 hektar tanah untuk
Kolej Tunku Abdul Rahman. Kemudian, pemimpin UMNO memberi
pula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hati
orang Melayu.
Beralih pula kita kepada isu lain yang sangat menyedihkan. Bahasa
penghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasa
Inggeris.
Kami daripada Kumpulan Prihatin merasakan masanya sudah tiba
bagi orang Melayu memastikan supaya tindakan ini dikaji semula
dengan teliti dan diperbetulkan. Dalam keadaan sekarang, kita
memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita
tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang
akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum. Keseimbangan yang
merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah.
Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada
52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi
UMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750%
lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkan
mereka.

vii
Kata Aluan Ketua Kumpulan Prihatin

Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31
Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai
kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak
kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam masa satu tahun, lebih
daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah
satu kelonggaran yang luar biasa.
Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari
darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara.
Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya.
Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah
kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu. Pemimpin Melayu perlu
menerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu.
Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masing-
masing, supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal
sekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagi
mencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masih
banyak lagi yang perlu dijayakan.
Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama.
Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti,
terutama dalam bidang pendidikan, bahasa dan ekonomi.
Kita perlu bersepakat. Badan-badan bukan kerajaan Melayu (BBK)
perlu membuat kajian tentang isu-isu penting, terutama yang berkaitan
dengan pendidikan. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah
antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau. Sebagai contoh,
nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakan
ialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalah
menurut nisbah komposisi penduduk Malaysia. Tetapi, menurut
bancian tahun 2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66%
dan bukan Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbah
kemasukan ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduk
sekarang.
Kita bukan mengungkit
Kita bukan ada perkauman
Kita telah banyak berkorban
Demi perpaduan
Demi kemajuan.

Ambillah teladan
dari negara-negara jiran

viii
Mengapa Kami Bantah!

Berterima kasih dan


Ucapkan kesyukuran
Agar dapat kita sama-sama
Menikmati kemajuan
Serta keamanan.

Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid


Ketua Kumpulan Prihatin

ix
1
PENCAPAIAN SAKTI MELAYU MALAYSIA 1958-
2002: SEBUAH TRAGEDI DALAM PERADABAN
MELAYU MODEN
Shaharir bin Mohamad Zain
Pusat Sains Matematik UKM, dan
Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

Fakta yang Tidak Diketahui?


Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkan
sarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI. Sekaligus
perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalah
pada tahap fenomenal. Hanya mereka yang terbenam ria dalam budaya
berbahasa lain sahaja yang tidak sedar atau tidak mahu mengakui
hakikat ini. Malangnya itulah yang nampaknya sedang berlaku di
kalangan para pemimpin Melayu yang berkuasa sekarang yang me-
warisi pemupukan dan pemagaran bahasa Melayu tetapi nampaknya
sedang memakannya pula sehingga SITC, simbol pencapaian pen-
didikan Melayu pertama pada abad ke-20, telah menjadi mangsanya,
dan dijangka tidak lama lagi UKM, simbol mercu pendidikan Melayu,
turut musnah dengan tangisan tidak berlagu lagi.

Pencapaian prasiswazah
UKM ditubuhkan pada 1970 bagi memajukan ilmu dalam bahasa
Melayu dalam kebanyakan bidang ilmu dan sekaligus menjadi penyatu
bangsa dan penyinambungan asas penubuhan SITC 1922 dan Kolej
Islam Kelang 1955, dua institusi tertinggi yang menjadi kebanggaan
Melayu sebelum merdeka! (Lihat sejarah UKM oleh Mohd Ali 1981).
UTM pula menjadi pelopor pendidikan kejuruteraan dan teknologi
dalam bahasa Melayu sejak 1978. Universiti-universiti awam yang lain
turut berada dalam aliran ini sejak 1983. Walaupun bidang perubatan,
belum lagi dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya hingga kini,
termasuklah di UKM, malah bidang ini hanya dijalankan dalam bahasa
Mengapa Kami Bantah!

Melayu sehingga tahun ketiganya sahaja (tahun praklinik) dan dua


tahun kemudiannya (peringkat klinik) hampir semuanya dalam bahasa
Inggeris, namun semua universiti awam sudah menjadi universiti
Melayu (bahasa pengantarnya dominan Melayu, dan begitulah juga
dengan komposisi pelajar dan pekerjanya) sekurang-kurangnya sejak
1987 (tahun keramat semua universiti awam melahirkan prasiswazah
aliran Melayu dalam semua bidang kecuali perubatan). Satu-satunya
universiti swasta pada masa itu ialah UIA yang menggunakan bahasa
Inggeris dan Arab sebagai bahasa pengantarnya.
Sejak kemeriahan bahasa Melayu 1987 itu, dianggarkan sekurang-
kurangnya secara puratanya 4 ribu prasiswazah SAKTI aliran Melayu
dihasilkan oleh universiti-universiti awam kita setiap tahun. Jika dilihat
dalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang sering
difitnahkan sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan atau
dibangunkan dalam bahasa Melayu kerana kepantasan perkembangan
ilmu itu dalam bahasa asing (Inggeris) dan kononnya pelajar aliran
Melayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja pun
menyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini. Pertamanya, bidang
ini telah diajar dalam bahasa Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi di
bawah program sains komputer, dan ijazah dalam bidang ini pertama
kali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979, walaupun Fakulti Teknologi
Maklumat UKM hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja. Fakulti TM,
sains maklumat, sains komputer atau gabungannya di IPTA lain telah
beberapa tahun ditubuhkan lebih awal daripada 1990 lagi yang semua
programnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga. Umpamanya
Fakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM) di UTM
ditubuhkan pada 1984 lagi. Tetapi sebelum tertubuhnya fakulti ini pun,
sejak 1985 lagi UTM sudah pun melahirkan puluhan prasiswazah TM
dalam aliran Melayu setiap tahun (Sila rujuk sesawang UTM). Sejak
1994 tidak kurang daripada 2 ribu orang prasiswazah SAKTI setahun,
termasuk kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun, dapat di-
keluarkan oleh setiap lima buah universiti awam besar (UKM, UM,
UPM, USM dan UTM) dan semuanya dalam bahasa Melayu, ter-
utamanya selepas 1982). Contohnya, dalam konvokesyen UKM 2001,
seramai tidak kurang daripada 2500 orang pelajar SAKTI dianugerahi
ijazah pertamanya masing-masing termasuklah bidang TM seramai
tidak kurang daripada 400 orang (Buku cenderamata konvokesyen
UKM 2001. Perincian data prasiswazah UKM sehingga 1994, lihat
risalah Intisari UKM 1995). Kejayaan Malaysia dalam pembangunannya
sejak 1974 (semenjak prasiswazah aliran Melayu wujud) dan dengan
pesatnya dalam tahun 1980-an dan 1990-an itu tentunya sebahagian
besarnya berupa sumbangan para lulusan aliran Melayu juga,
sekurang-kurangnya mereka yang memperoleh pendidikan sains dan
matematik sehingga ke peringkat SPM. Kenapalah pemimpin kita lupa

2
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

bahawa dalam tempoh itu juga, menerusi pendidikan aliran Melayu


inilah puluhan ribu setahun pelajar Malaysia mampu bersaing di
universiti antarabangsa (di negara-negara berbahasa Inggeris, negara-
negara di Eropah, Jepun, negara-negara Arab dan lain-lain lagi) dengan
membawa pulang ijazah masing-masing (termasuklah Melayu sekitar 5
ribu setahun itu).

Pencapaian Siswazah
Sementara itu, siswazah Sarjana aliran Melayu (kursus dan/atau
tesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains dihasilkan pertama
kalinya pada tahun 1980 (geologi) dan Doktor Falsafahnya (D. Fal.)
pada tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM. Sarjana
dalam TM (teknologi maklumat, bidang yang paling kerap dikatakan
tidak sesuai/mampu dalam bahasa Melayu) dihasilkan mulai 1985 di
UKM atas nama sains komputer; manakala peringkat D.Fal. dalam
bidang TM dihasilkan mulai 1998. Sejak 1980 hingga 2002 UKM sahaja
telah menghasilkan kira-kira 2 ribu buah tesis Sarjana dan D. Fal., dan
dalam bidang TM sahaja sejak 1995 hingga kini UKM telah
menghasilkan hampir 300 buah tesis. Jika universiti awam lain
dianggap juga menghasilkan siswazah Sarjana dan D.Fal. dengan
tesisnya dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahun
selepas semua program ijazah pertamanya dalam bahasa Melayu) maka
ribuan tesis lagi terhasil dari universiti-universiti awam lain itu. Sejak
1990-an juga setiap tahun beberapa orang sarjana SAKTI Malaysia yang
berpendidikan aliran Melayu sekurang-kurangnya sehingga SPM
berjaya menggondol hadiah rekacipta bertaraf dunia yang diadakan di
Eropah. Yang lainnya, ada yang beroleh hadiah tesis Ph.D yang terbaik
dan sebagainya di universiti-universiti terkemuka di seberang laut.
Semua ini menyangkal dakwaan jahat yang kononnya lulusan aliran
Melayu tidak berdaya saing atau tidak bertaraf dunia.

Pencapaian Dunia Akademia


Sekurang-kurangnya sejak 1994 lagi peratusan akademiawan bidang
SAKTI universiti-universiti di Malaysia yang berijazah pertamanya
dalam aliran bahasa Melayu dari UKM sahaja pun cukup ramai, iaitu
melebihi 30% (UKM 44% bidang S & T dan 29% bidang kesihatan, UPM
24%, UTM kira-kira 46%). Kini dianggarkan lebih daripada 50% kaki
tangan akademik universiti-universiti kita terdiri daripada mereka yang
sekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam aliran Melayu. Ramai
daripada mereka ini sudah membuktikan kehebatan pendidikan dalam
aliran bahasa Melayu di antarabangsa pun menerusi forum-forum
akademianya (penerbitan, persidangan dan sebagainya yang bertaraf
dunia) dan peggondolannya hadiah di pertandingan rekacipta
antarabangsa dan sebagainya.

3
Mengapa Kami Bantah!

Pencapaian Pengimbangan Kaum dalam Dunia Keikhtisasan


SAKTI
Kejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat daripada segi
kejayaan kita mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektor
selain daripada sektor akademik. Dalam tahun 1999, arkitek Melayu
29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35% (tahun 1970 hanya
3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor perubatan lain
37% (tahun 1970 hanya 4%), juru ukur 45% (tahun 1970 tiada datanya
tetapi dipercayai tidak banyak jauhnya daripada 4% itu) dan jurutera
27% (tahun 1970 hanya 7%). Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan
SAKTI kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanya
tiada, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu). Dalam
dunia akademik dan penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikira
sudah tidak seimbang lagi, iaitu melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar
50%, geologi sekitar 60% dan farmasi 70%. (Lihat juga Rajah 1,
manakala perincian data ini ada dipaparkan dalam Shaharir 2002).

Pencapaian dalam Pengantarabangsaan SAKTI Melayu


Selain daripada kejayaan dalam pencapaian pertandingan rasmi atau
tidaknya di arena antarabangsa di kalangan para lulusan atau sarjana
Malaysia beraliran Melayu yang tersebut di atas, pengantarabangsaan
bahasa SAKTI dan bahasa Melayu juga berlaku menerusi puluhan ribu
tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu yang disebut di
atas itu. Ini berlaku apabila para sarjana luar negara terpaksa merujuk
tesis-tesis ini apabila mereka ingin mengetahui dengan lebih terperinci
lagi akan ilmu ciptaan siswazah Malaysia itu apabila mereka
mengetahui kewujudannya menerusi penerbitan atau forum-forum
ilmiah (seminar dan sebagainya). Satu lagi kejayaan besar pendidikan
SAKTI aliran Melayu ialah kejayaan kita mewujudkan para sarjana
yang berfikir secara nasional walaupun bekerja di antarabangsa
sehingga mereka ini mengantarabangsakan bahasa Melayu menerusi
istilah bidangnya masing-masing. Dalam bidang zoologi umpamanya
kini sudah lebih daripada 300 istilah haiwan dalam bentuk L M dengan
L dalam bahasa Latin dan M dalam bahasa Melayu daripada warna
seperti hijau, jalur, tompok, dan sebagainya (contohnya, Arthrotus hijau);
atau kata sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya; atau
daripada nama tempat di Malaysia seperti pahangi (drp Pahang); atau
nama orang Melayu seperti ismaili (drp Ismail) seperti yang dipaparkan
oleh Muhammad Salleh (2002). Penulis ini sendiri memperkenalkan
istilah resapion (drp resap + ion) dalam karyanya yang telah di-
antarabangsakan. Ini mustahil berlaku jika SAKTI kita tidak dalam
aliran Melayu sebagaimana yang terbukti pada sarjana kita di
Universiti Malaya sebelum 1983. Sekaligus terbuktilah juga kekosongan
dakwaan “maju bangsa majulah bahasa” itu.

4
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Masalah Pendidikan SAKTI dalam Aliran Melayu


Di samping kejayaan demi kejayaan yang tercapai menerusi pendidikan
SAKTI dalam bahasa Melayu itu, sepertilah juga dengan aliran bahasa
lain di dunia ini (termasuk aliran Inggeris di UK dan Amer. Syarikat
pun!), pendidikan dalam bahasa Melayu telah tidaklah menghapuskan
semua masalah pendidikan orang Melayu yang dihadapinya selama ini.
Malangnya, bagi pencinta dan pengagum bahasa Inggeris (dan
mungkin sekali kebudayaannya) masalah-masalah ini kononnya
disebabkan oleh bahasa Melayu secara intrinsiknya. Mereka percaya
pula masalah-masalah yang masih wujud itu kononnya semuanya
dapat diselesaikan menerusi penghayatan bahasa Inggeris dalam pen-
didikan “sains dan matematik” dalam bahasa Inggeris bahkan dalam
seluruh kehidupan ini seperti yang nampaknya diimpikan oleh
pemimpin besar Melayu Selangor.
Pihak-pihak yang memang gembira atau terpaksa bersetuju dengan
dasar baru kerajaan mengetengahkan pelbagai helah untuk me-
negakkan akan wajarnya dasar itu dan ini dibicarakan satu persatunya
di bawah ini.

Pantasnya Sains dan Matematik Berubah


Helah kewajaran dasar bahasa baru di sekolah yang sering disuarakan
ialah betapa sains dan matematik kini pantas berubah dan tidak
mungkin dikejar dalam bahasa Melayu. Mereka ini lupa bahawa
seseorang perlu menguasai asas-asas sains dan matematik itu dahulu
sebelum terlintas atau termampunya seseorang itu mahu mengejar ilmu
berkenaan itu. Jikalau diajar dalam bahasa sendiri pun kebanyakannya
tidak dapat menguasai asas-asas itu, masakan berlaku sebaliknya jika
diajar dalam bahasa bukan bahasa ibundanya? Mereka juga lupa atau
jahil betapa sains dan matematik sekolah adalah ilmu asas yang
berumur ratusan tahun dan tidak berubah sedikit pun, apatah lagi
kononnya berubah-ubah menerusi bahasa Inggeris sahaja, sehingga
tidak dapat dikejar dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris itu.
Ini satu pembohongan semata-mata! Malah sains dan matematik di
peringkat universiti (peringkat ijazah pertama) pun hampir tidak
berubah juga. Yang berubahnya, selain daripada ilmu di peringkat
pasca-siswazah, ialah teknologi terutamanya teknologi komputer sahaja,
dan itu pun bukan menerusi bahasa Inggeris sahaja, tetapi banyaklah
siswazah aliran Melayu (dan tidak semua aliran Inggeris pun) selama
ini memang mampu mengikuti perkembangan itu. Mungkin yang boleh
diterima tak mampunya Malaysia (di bawah sistem pendidikan Melayu
selama ini dan Inggeris sebelum itu!) ialah membuat inovasi sendiri
atau mencipta yang baru sendiri. Tetapi penginovasian dan penciptaan
tiada memihak kepada bahasa Inggeris sahaja! Malah sehingga kini

5
Mengapa Kami Bantah!

orang Inggeris sendiri umpamanya bukanlah penginovasi atau/dan


pencipta yang biak/produktif atau terhandal!

Bahasa Inggeris Kunci Ajaib-Sakti Penguasaan Sains dan


Matematik
Satu lagi helah pewajaran dasar bahasa di sekolah ialah kononnya
belajar dalam bahasa Inggeris boleh mempercepatkan dan me-
ningkatkan pencapaian orang Melayu khususnya menguasai sains dan
matematik. Mereka ini mengeluh (seolah-olah merekalah sahaja yang
prihatin!) kerana dengan pendidikan dalam bahasa Melayu selama
lebih 40 tahun pun pencapaian Melayu yang cemerlang masih ke-
tinggalan berbanding dengan kaum Cina. (Memang! Mengikut
perkiraan penulis nisbahnya kira-kira 1: 9 di peringkat SPM dan 1:19 di
peringkat universiti tempatan). Mereka ini berhujah dengan yakin dan
sombongnya (mungkin kerana kuasa di sebelahnya!) bahawa kononnya
dengan dasar pengInggerisan pendidikan sains dan matematik sekolah,
pada mulanya orang-orang Melayu mungkin akan menurun lagi
pencapaiannya kerana masalah bahasa Inggeris itu, tetapi kemudian-
nya, atas kesedarannya, tekanan dan sebagainya, orang Melayu (di luar
bandar sekali pun) akan menguasai bahasa Inggeris dan seterus dapat
menguasai sains dan matematik dengan lebih baiknya. Tidak lama
selepas itu kononnya kita akan menjadi pencipta SAKTI! Hujah taajub
inilah juga yang menyebab mereka ini mencanangkan slogan “maju
bangsa majulah bahasa” kerana kononnya bahasa Melayu sekarang tak
maju-maju dan tiada siapa yang mahu belajarnya kerana orang Melayu
mundur, sedangkan apabila Melayu maju kelak (menerusi bahasa
Inggeris itu) maka baharulah bahasa Melayu pun akan turut menjadi
maju dan ingin dipelajari oleh orang-orang lain seperti bahasa-bahasa
negara maju sekarang. Ini memang hujah sewel, membodohkan rakyat
dan berharapan kosong sahaja. Tiada bukti dalam dunia ini, dan tidak
masuk akal sesiapa pun yang waras dan ikhlas, yang kaedah sebegini
memang berjaya seperti yang di-Mat-Jeninkan itu.
Kejayaan lebih daripada 5 ribu setahun pelajar Melayu dalam aliran
Melayu memperoleh ijazah dalam aliran pelbagai bahasa di seberang
laut, terutamanya dalam bahasa yang kerajaan begitu prihatin dan
sangsi kebolehan anak Melayu, iaitu bahasa Inggeris, menyangkal
tohmahan yang kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu semakin
melemahkan Melayu, tidak berdaya saing dan sebagainya itu.
Pencapaian anak-anak Melayu berbanding dengan bukan Melayu di
semua peringkat sebenarnya jauh meningkat berbanding dengan zaman
pendidikan bukan dalam aliran Melayu dahulu, walaupun jurangnya
masih luas. Sudah ramai anak Melayu yang malah dapat berada di
universiti-universiti terkemuka di dunia, di Amerika Syarikat dan di
United Kingdom, dan bersama-sama dengan yang di universiti lain

6
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

ramai pula yang beroleh kelas pertama pun. Jika pencapaian ini
dicampurkan dengan yang di dalam negara, maka jurang pencapaian
Melayu dengan suku kaum lain di Malaysia tidaklah seburuk yang
digambarkan itu, malah mungkin sekali sama dengan jurang di
peringkat SPM itu sahaja (yang perlu diakui masih luas jurangnya).
Tetapi hipotesis yang nampaknya begitu dipercayai oleh UMNO
bahawa jurang ini dapat disempitkan apabila bahasa pengantar ilmu
sains dan matematik dijadikan dalam bahasa Inggeris adalah suatu
yang di luar khayalan dan kefahaman orang-orang yang tidak
terserkap/terpesona dengan bahasa Inggeris. Malah hampir semua
kajian berhubung dengan hal ini yang dilakukan di luar negara
memang menunjukkan sebaliknya! Tidak ada sebab seseorang tidak
mahu mempercayai kajian ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorang
menyedari sebahagian besar negara maju sekarang (apatah lagi dahulu)
bukannya negara yang sistem pendidikannya dalam aliran Inggeris!
Di dalam ketaasubannya kepada kebudayaan Inggeris, mereka ini
sengaja enggan menerima hakikat tiada apa yang istimewanya bahasa
Inggeris dalam penentuan tahap kejayaan atau pencapaian pendidikan
atau penciptaan/pembangunan SAKTI. Mereka ini seolah-olah lupa
bahawa setiap negara maju di dunia ini yang bahasa ibundanya/
natifnya bukan bahasa Inggeris tidak menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kehidupannya atau bahasa pengantar pendidikan
SAKTI negaranya. Dalam pembangunan/penciptaan SAKTI amatlah
jelas perkara ini kerana para ahli SAKTI besar dunia tidak didominasi
oleh mereka yang berbahasa ibundanya Inggeris, atau mereka yang
melalui sistem pendidikan aliran Inggeris sahaja, walaupun benar
bahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa. Ini dibuktikan lagi oleh hasil ujian berkala
empat tahun terhadap pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengah
seluruh dunia (kira-kira 40 buah negara yang mengambil bahagian)
oleh pengkaji di Amerika Syarikat di bawah tajaan NSF-nya. Kini sudah
4 kali dilakukan dan kali terakhirnya setakat ini ialah 1999 (lihat
Newsweek December 2, 1996 dan Internet 1; sepatutnya ada ujian ini
tahun 2003 tetapi tiada berita yang kami peroleh setakat ini). Setiap kali
kajian itu, hasilnya sepatutnya menyedarkan para pemabuk bahasa
Inggeris di Malaysia ini kerana pencapaian negara-negara berbahasa
Inggeris sekalipun (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New
Zealand, Kanada, dan Ireland) mendapat kedudukan yang ke bawah
daripada negara-negara lain (yang tidak berbahasa Inggeris). Yang
menariknya lagi Thailand (yang menggunakan bahasa sendiri)
berprestasi yang sebanding dengan negara-negara berbahasa Inggeris
itu, dan negara yang menggunakan bahasa asing (bahasa penjajahnya
seperti Sepanyol, Pertugis, Perancis dan Inggeris) dalam sistem
pendidikannya mendapat tempat corot. Negara kita (yang masih

7
Mengapa Kami Bantah!

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan


sehingga kini dan oleh itu kononnya tidak berdaya saing itu) masuk
dalam penilaian ini hanya tahun 1999 dan pencapaian kita juga agak
baik, iaitu dapat mengatasi kebanyakan negara yang berbahasa yang
para pemimpin kita citai dan kagumi itu (bahasa Inggeris) dan
mengatasi Phillipina (yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pendidikannya). Satu-satunya negara yang tidak menggunakan
bahasa sendiri dalam sistem pendidikannya tetapi berprestasi baik ialah
Singapura. Tetapi ini pun sepatutnya tidaklah begitu merayakan
golongan pencinta bahasa Inggeris di Malaysia (dan di mana-mana jua)
kerana prestasi Singapura dalam pertandingan-pertandingan antara-
bangsa yang lain lagi tidaklah pula membanggakan seperti dalam
Olimpiad subjek-subjek sains sekolah yang dibicarakan di bawah ini.
Tidak hairanlah, sejak 1999, Singapura sendiri tidak lagi percaya dasar
ekabahasanya (bahasa Inggeris sahaja) dalam sistem pendidikannya
boleh menjayakan Singapura pada masa hadapan kerana pe-
nyelidikannya membuktikan hanya sekitar 40% sahaja rakyatnya yang
berpotensi menguasai bahasa Inggeris walaupun jumhur rakyat
Singapura memang mengimpikan menjadi Barat lalu semakin ramai
menjadi karikatur Barat. Ekoran daripada itulah pemerintah Singapura
mengubah sistem pendidikannya kepada dwibahasa (Inggeris &
Mandarin; atau Inggeris & Melayu) sambil mewujudkan kempen besar-
besaran kepada keperluan nilai-nilai Konfusisme/Gong-Fu-Tzeisme)
sehingga 1999 dikatakan sekurang-kurangnya 60% pelajar Sekolah
Singapura berpendidikan sekolah rendahnya dalam dwibahasa Cina-
Inggeris (Lihat internet 3).
Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad
Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurang
seperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitu
kedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negara
yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihat
internet 4). Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002
menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan
Amerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania,
India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Olimpiad
dalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pe-
menangnya pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India,
Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan. Olimpiad
dalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India,
Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan. Olimpiad dalam Biologi
dimenangi oleh Republik China diikuti oleh United Kingdom, Rusia,
Taiwan, Korea Selatan. Dalam pertandingan-pertandingan Olimpiad ini,
Singapura mengatasi negara-negara ASEAN hanya dalam bidang
Biologi sahaja dan Phillipina (satu lagi sistem pendidikan yang

8
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

nampaknya diidami oleh Malaysia kerana Inggerisnya) berada di corot!


Mungkin para citawan Inggeris menonjolkan India pula, tetapi kenapa
tidak negara-negara lain itu? Semuanya ini hanya manifestasi hukum
sosial tentang kerelevanannya bahasa sendiri dalam pembangunan dan
juga menunjukkan adanya faktor lain lagi dalam pencapaian ilmu,
bukannya soal kesuperioran bahasa Inggeris seperti yang dibayangkan
oleh dasar bahasa kerajaan yang baru ini. Tetapi, pemimpin Malaysia
kini nampaknya membayangkan sikapnya yang berpendirian “lebih
baik rakyat Malaysia ramai berbahasa Inggeris dalam kehidupan
hariannya daripada berilmu tetapi tidak tahu Inggeris seperti Jepun”.

Aliran Melayu Monyok, Lemah dan Tak Boleh Kerja dalam


Negara Sendiri Apatah Lagi Bersaing di Antarabangsa
Pandangan bahawa lulusan aliran Melayu adalah lemah, tak boleh
bekerja dan tidak boleh bersaing secara seluruhnya itu adalah satu
tohmahan yang berniat jahat sahaja. Kejayaan lulusan sekolah pelajar-
pelajar aliran Melayu yang diperihalkan pada awal makalah ini jelas
menyangkal dakwaan ini. Kelemahan sana-sini tetap ada dan malang-
nya kelemahan itu ialah kerana sikap kita sendiri sahaja seperti yang
dijelaskan di bawah ini.
Laporan jejak prasiswazah UKM yang dilakukan oleh Sham Sani et
al. (1983) dan Faridah et al. (1987) kedua-duanya tidak banyak
menimbulkan masalah keupayaan ilmu pada lulusan UKM (aliran
Melayu) malah ada kemahiran lulusan UKM yang mengatasi lulusan
dari universiti-universiti lain (dari luar atau dalam negara seperti aspek
penyelidikan). Tetapi kedua-dua laporan itu memang ada menimbulkan
budaya komunikasi dalam bahasa Inggeris di swasta yang tidak cocok
dengan lulusan UKM, dan ini menunjukkan masyarakat kita,
khususnya swasta, tidak pernah dan tidak mahu berubah dalam aspek
kebahasaan ini. Inilah yang anehnya dan tidak kenanya dengan bangsa
Melayu yang sudahpun ditonjolkan dengan sedih dan kesalnya oleh
Munsyi Abdullah pada awal kurun ke-19M dahulu lagi, yang tidak
berlaku pada bangsa lain yang maju di dunia ini, iaitu bangsa yang
tidak mahu menggunakan atau memajukan bahasanya sendiri.
Masalah yang terjadi kepada lulusan aliran Melayu sebenarnya
ciptaan orang Malaysia sendiri sahaja, yang boleh dihindari jika minda
elitawan dan majikan Malaysia berubah. Perbuatan siapakah sehingga
walaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu terhasil, namun
bahasa Melayu di sektor berpengaruh (sehingga 2003, selain pen-
didikan) masih menjadi melukut di tepi gantang? Dalam keadaan ini
sudah tentulah lulusan aliran Melayu menghadapi masalah komunikasi
di mana sahaja mereka bekerja samalah juga dengan lulusan Inggeris
yang bekerja di Thailand atau Jepun umpamanya. Mereka ini menjadi
monyok buat seketika. Sepatutnya kerajaan yang betul wawasannya

9
Mengapa Kami Bantah!

semestinya menyalahkan golongan elitawan kita, bukan sistem pen-


didikan aliran Melayu itu yang dihina dan dicela. Sepatutnya kerajaan
tidak membiarkan DBP sahaja terkial-kial menjalankan Minggu Bahasa
Kebangsaan Swasta yang gagal itu. Sepatutnya kerajaan menawarkan
berbagai-bagai bentuk insentif kepada swasta supaya mereka meng-
gunakan bahasa rasmi negara dalam urusannya, bukannya membiarkan
swasta yang menentukan nasib bahasa rasmi negara seperti yang
berlaku selama ini.
Keberanian golongan citawan Inggeris muncul dengan hebat-nya
sejak 1990-an kerana sikap liberal kerajaan dan arus sejagatisme serta
kemelesetan ekonomi negara. Pangkungan mereka kepada lulusan
aliran Melayu dan dunia akademik Malaysia amnya menjangkau
kepada tuduhan kononnya akademikawan selepas peMelayuan sistem
pendidikan negara kurang bermutu berbanding dengan yang di UM
pada zaman berbahasa Inggeris dahulu. Namun kajian Shaharir (1996)
berasaskan pada karya-karya akademik para pensyarah UM (1966-1971)
dan UKM (1980-1985) menunjukkan prestasi ahli akademik di kedua-
dua universiti itu (dalam tempoh kajian itu) tidaklah berbeza sangat
dalam kebanyakan bidang SAKTI, walaupun dalam bidang sains hayat
dan matematik nampaknya pencapaian di UM lebih rendah, dan
sarjana UKM jelas mengatasi UM dalam penulisan buku-buku teks
pengajian tinggi. Pendeknya, dakwaan para pengkritik bahawa sarjana
kita pada zaman pendidikan aliran Melayu kurang bermutu daripada
yang pada zaman aliran Inggeris dahulu adalah curahan sentimen
melulu dan nita jahat semata-mata.
Masalah pengangguran siswazah di Malaysia yang dikaitkan
semata-mata dengan pendidikan aliran Melayu memanglah berniat
jahat. Sebenarnya pengangguran itu lebih merupakan indeks keadaan
ekonomi semasa sahaja dan indeks taburan pemilikan perusahaan
mengikut kaum, bukannya indeks tahap kemampuan berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris sebesar seperti yang digembar-gemburkan itu.
Bukankah sebelum Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi siswazah
aliran Melayu (bidang SAKTI) tetap memperoleh pekerjaan, dan
bukankah siswazah di India dan di Phillipina yang beraliran Inggeris
itu juga tidak mendapat pekerjaan di negara masing-masing?

Pendidikan dalam Bahasa Melayu Tidak Digemari,


Memisahkan Kaum dan Tidak Mampu Menjadi Bahasa
Perpaduan
Gambaran bahawa kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu selama
ini tidak berjaya kerana Cina tidak mahu belajar di sekolah aliran
Melayu dan orang Melayu sendiri semakin lari daripada sekolah
Melayu itu adalah suatu yang tidak tepat sama sekali. Di peringkat
sekolah rendah memanglah betul tetapi amat wajar. Tetapi di peringkat

10
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

yang lebih tinggi berlaku sebaliknya. Sebenarnya, hanya segelintir yang


kecil sahaja pelajar aliran Cina ini meneruskan pengajiannya dalam
aliran Cina di peringkat sekolah menengah. Lebih daripada 80%
menukar aliran ke Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu) apabila mereka
memasuki Sekolah Menengah walaupun mereka ini terus, dan memang
wajar, mengambil bahasanya sebagai satu daripada mata pelajarannya.
Aliran Melayu tidak gagal! Kepopularan Sekolah Agama pula tidak
bermakna aliran Melayu gagal, kerana sekolah itu juga aliran Melayu!
Apa salahnya? Pengaliran seperatusan kecil orang Melayu menghantar
anaknya ke sekolah aliran agama SAR atau sekolah agama swasta (jika
ada) hanya menunjukkan kekurangan sekolah Kebangsaan dalam mata
pelajaran Agama dan bahasa Arab sahaja. Jika faktor ini dapat
diperbaiki di sekolah Kebangsaan, trend orang Melayu ke sekolah
‘aliran agama’ itu tentunya akan dapat dihentikan. Betapa sekolah
aliran Melayu menarik perhatian ibu-bapa India sehingga hampir 50%
ibu-bapa India menghantar anaknya ke Sekolah Rendah aliran Melayu
tidak pula ditonjolkan. Kejayaan pelajar-pelajar Cina dan India di
universiti-universiti awam (dalam bahasa Melayu) dan bagaimana
pelajar-pelajar ini lebih selesa berbicara dalam bahasa Melayu sesama
mereka dan dengan pelajar Melayu adalah tanda kejayaan pendidikan
Melayu. Kenapa pemimpin Melayu nampaknya lebih suka jika mereka
ini bercakap Inggeris pula? Bagaimana boleh bahasa asing menjadi
bahasa perpaduan sedangkan kita telah pun melalui zaman itu sebelum
1970-an, dan perpaduan kita yang dibangga-banggakan selama ini
tentunya manifestasi sistem pendidikan aliran Melayu.

Tiada Kena Mengenanya Identiti Bangsa dengan Aliran


Bahasa Pendidikan?
Mereka yang menegakkan teori bahawa kononnya pendidikan dalam
aliran Inggeris sepenuhnya pun tidak akan menjejaskan identiti,
kepatriotan dan kebudayaan, khususnya bahasa, bangsa apa pun di
Malaysia, sebenarnya mereka yang sengaja tidak mahu mengiktiraf
betapa bahasa itu jiwa bangsa, bahasa mempengaruhi keperibadian,
tingkah laku, nilai dan cara hidup (kebudayaan) seseorang. Pencerap
sosial manakah yang sanggup menyatakan China di Amerika sama
dengan China di Benua China, atau China di Malaysia sekalipun!
Pencerap sosial manakah yang sanggup memejamkan matanya untuk
menegaskan bahawa Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran
Inggeris dahulu sama dengan Melayu yang mendapat pendidikan
dalam aliran bahasa Melayu pasca-Merdeka, atau Melayu yang
mendapat pendidikan dalam aliran bahasa Arab? Melayu mana yang
Melayu 100% adalah masalah perbezaan nilai kerana latar belakang
pendidikan juga! Tetapi jika mengikut perlembagaan Malaysia sekali
pun, orang yang tidak menggunakan bahasa Melayu di dalam

11
Mengapa Kami Bantah!

sebahagian besar kehidupannya (termasuk di rumah) tidak dianggap


Melayu! Bagaimana kita boleh menjamin sebahagian besar daripada
orang Malayu yang mendapat pendidikan hampir sepenuhnya dalam
bahasa Inggeris akan sebahagian besarnya menghayati bahasa Melayu
dalam kehidupan hariannya? Status penghayatan bahasa Inggeris
sekarang pun (dalam keadaan dasar pendidikan kita hampir 100%
bahasa Melayu) nampaknya masih mampu menjadi bahasa Melayu
terpinggir, apatah lagi kelak dengan dasar bahasa baru ini?
Pengecualian tetap ada, kerana itulah tabii hukum sosial. Sebagai
contohnya, mengikut kajian sosial mutakhirnya pada 1999 (lihat internet
3), setelah kira-kira 20 tahun Singapura menjalankan dasar pendidikan
ekabahasa (bahasa Inggeris sahaja), kira-kira 40% China Singapura
menghayati bahasa Inggeris dalam kehidupannya (bahasa Inggeris
menjadi bahasa ibundanya, dan mereka ini tidak boleh bercakap dalam
bahasa China lagi) kerana sistem pendidikannya beraliran Inggeris
sepenuhnya sekurang-kurangnya pasca-sekolah rendah. Ya, tiada
siapapun mengatakan mereka ini menjadi orang Inggeris yang sama
dengan orang Inggeris di England, walaupun pengkaji sosial mendapati
mereka benar-benar mahu menjadi Inggeris dan menyukai kehidupan
keInggerisan termasuklah keinginan tinggi memperisterikan/memper-
suamikan orang Inggeris. Tetapi bukan sahaja pencerap sosial
Singapura, malah pemerintah Singapura juga mendapati (dan tidak
senang) dengan tahap keChinaan (nilai-nilai murni China) para citawan
Inggeris ini! Ini bermakna 40% China Singapura sudah bukan China
yang diingini (bukan China 100%?) oleh bangsa China Singapura! Oleh
itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dasar ekabahasa sudah
diubah sedikit kepada dasar dwibahasa (Inggeris dan Mandarin)
kepada sekitar 20% penduduk Singapura dengan menubuhkan
beberapa buah sekolah khas dwibahasa ini.

Bala Perbuatan Sendiri?


Penulis merasakan bala yang menimpa orang Melayu menerusi nasib
bahasanya (dan kebudayaannya) yang diperkecil dan disingkirkan oleh
pemimpinnya sendiri yang berlaku kini ialah angkara perbuatan ke-
lengahan/kealpaan para peikhtisas dan sarjana SAKTI Melayu sendiri
juga. Mereka ini yang seharusnya menjaga dan mengembangkan
bahasanya bertindak seolah-olah sebaliknya dalam kehidupannya
seperti yang dibicarakan di bawah ini.

Bahasa Melayu tak boleh hidup dalam dunia amalan keSAKTIan


Siswazah aliran Melayu sebenarnya berubah menjadi manusia yang
tidak mahu berbicara dalam bahasa Melayu setelah mereka bekerja
lima-enam bulan sahaja di swasta. Budaya berbahasa Melayu selama 3
atau 4 tahun di universiti pada tahap yang tinggi itu tidak melekat atau

12
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

tidak dapat (tidak mahu/digalakkan/dibenarkan?) diamalkan dalam


alam pekerjaannya akibat persekitarannya yang begitu kukuh dan
kental dalam bahasa Inggeris, atau yang lebih dahsyat lagi kerana dasar
organisasinya (penulis dimaklumkan umpamanya dalam perhotelan)
sehingga sesiapa yang cuba menghayati bahasa Melayu dianggap
‘kurang cerdik’ atau ‘kurang berkebolehan’ atau ‘melanggar peraturan’.
Sehingga kini perubahan minda para majikan atau elitawan Malaysia
mungkin tidak dapat berlaku walaupun sudah ratusan ribu siswazah
aliran Melayu berada di pasaran kerana bilangan yang sama atau lebih
siswazah aliran Inggeris dari seberang laut dan kini dalam negara
sendiri ada bersamanya dan sebahagian besarnya bukan bumiputera
pula yang sentimennya kepada bahasa Melayu jauh lebih rendah
daripada orang Melayu pula. Tetapi golongan peri bumi yang dominan
dalam sesuatu sektor SAKTI tidak pula memastikan tahap penghayatan
bahasa Melayu tinggi kerana sifat Melayu Semenanjung yang pernah
dikesali oleh Munsyi Abdullah pada awal abad ke-19 lagi itu, iaitu
katanya Melayu ini satu-satunya bangsa dalam dunia ini yang tidak
mahu menggunakan bahasanya sendiri!
Malah peratusan bumiputera/peribumi yang tinggi dalam dunia
akademia lebih daripada 70% sejak 1990-an lagi tidak juga menjadikan
dunia akademia di Malaysia berbudaya bahasa Melayu di dalam
urusan kerjanya selain daripada pengajaran di bilik kuliah dan
sebagainya. Ini jelas terpancar daripada karya mereka dalam jurnal dan
pascasidang dalam negeri yang masih dominan dalam bahasa Inggeris,
iaitu mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% sahaja dalam bahasa
Melayu dalam bidang kejuruteraan dan sains hayat, dan hanya sekitar 5
peratus sahaja dalam perubatan, walaupun dalam sains fizis (geologi,
kimia dan fizik) dan sains matematik peratusannya agak tinggi iaitu
sekitar 80%.
Angka-angka ini dalam tahun 1990-an pun tidak banyak berubah
kerana mengikut kajian Shaharir (1996), hanya sekitar 40% daripada
makalah-makalah dalam jurnal SAKTI keluaran UKM sejak 1983 hingga
1996 yang ditulis dalam bahasa Melayu. Jelas, kecuali bidang sains fizik
dan matematik, penghayatan bahasa Melayu dalam forum akademia
(penulisan jurnal dan persidangan tempatan) masih jauh drp me-
muaskan terutamanya dalam perubatan. Ini mungkin tidak meng-
hairankan kerana peratusan peri bumi/Bumiputera dalam dunia
akademia perubatan ialah 50%, sedangkan peratusan itu dalam bidang-
bidang lainnya melebihi 80%. Namun, tidaklah juga benar bahawa
peratusan yang tinggi Bumiputera/Peri bumi sahaja dengan sendirinya
penghayatan bahasa Melayu pun tinggi. Malah, kajian tahun 1996 itu
juga menunjukkan peratusan Bumiputera/Peri bumi dalam komuniti
akademia jurutera dan sains hayat juga sama atau melebihi bidang

13
Mengapa Kami Bantah!

sains fizik dan matematik, tetapi jelas para jurutera Melayu dan ahli
sains hayat Melayu sekalipun sengaja tidak mahu berkomunikasi
dalam bahasanya sendiri.
Komuniti perubatan tentunya lebih hebat lagi keInggerisannya
kerana pendidikan bidang ini pada peringkat penyudahnya (penting,
iaitu peringkat klinik) selama 2 tahun memang dalam bahasa Inggeris.
Komunikasi rasmi para doktor di hospital-hospital kerajaan masih tebal
dalam bahasa Inggeris. Tetapi ini hanya penyinambungan budaya
pendidikan dalam bidang perubatan yang memang masih tebal dalam
bahasa Inggeris di peringkat kliniknya (tahun 4 dan 5) di UKM
sekalipun. Baru-baru ini apabila penulis cuba mendapatkan tanda
tangan daripada kalangan profesor perubatan di UKM bagi
memorandum membantah dasar pengInggerisan sains dan matematik
sekolah, hanya sekitar 40% sahaja yang bersetuju di kalangan Profesor
Melayu tetapi tiada seorang pun daripada profesor bukan Melayu
(berjumlah 12 orang). Namun para Profesor SAKTI bidang bukan
Perubatan di UKM amatlah dominan menyokong bantahan dasar peng-
Inggerisan sains dan matematik sekolah (iaitu sekitar 90%).
Betapa hebatnya penghayatan bahasa Inggeris dalam persatuan-
persatuan ikhtisas dan semi-ikhtisan dalam bidang SAKTI memang
tidak perlu diperkatakan dengan panjang lebarnya di sini. Satu
daripada manifestasinya yang jelas dapat dilihat pada warkah berita
atau buletin keluaran persatuan-persatuan yang anggotanya ke-
banyakannya akademiawan, dan Presidennya juga Peri bumi/
Bumiputera, hampir pasti dalam bahasa Inggeris [pada tahun 1995
penulis mendapati ada 40% persatuan SAKTI yang presidennya Melayu
yang dapat dikesani, tetapi kini (tahun 2002) peratusannya meningkat
menjadi 50% persatuan yang diketahui]. Bahasa komunikasi rasmi
Akademi Sains Malaysia, badan yang anggotanya dianggap ahli SAKTI
teratas Malaysia dan menjadi penasihat dasar SAKTI negara, adalah
bahasa Inggeris. Tidak hairanlah juga, selain daripada kerana “takut”,
tidak banyak persatuan-persatuan ini yang mahu menyatakan
penentangannya terhadap dasar bahasa dalam pendidikan, iaitu hanya
sekitar 30% daripada persatuan tersebut sahaja, dan tiada sebuah
persatuan SAKTI berpresiden bukan Melayu yang mahu menyuarakan
tidak senangnya terhadap dasar tersebut.
Penghayatan bahasa Melayu dalam sektor awam pun semakin me-
rosot. Komunikasi ahli-ahli SAKTI dengan Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar dalam hal penyelidikan di bawah
rancangan IRPA (singkatan Inggeris) tajaannya hampir semuanya
dalam bahasa Inggeris, terutamanya sejak 1994 kerana sejak itu semua
borang permohonan penyelidikan dalam bahasa Inggeris dan laporan
penyelidikan dikehendaki dalam bahasa Inggeris atas alasan demi

14
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

memudahkan penilaian dari pembaca luar negara. Pengelasan bidang-


bidang penyelidikan anjuran IRPA yang dibuat oleh agensinya,
MASTIC (singkatan Inggeris lagi), semuanya dalam bahasa Inggeris dan
syor penulis supaya dibuat dalam dwibahasa Melayu-Inggeris tidak
dilayan langsung. Dalam urusan penenderan kerajaan yang berhubung
dengan pembelian alat atau pembinaan bangunan SAKTI hampir
semuanya masih dijalankan dalam bahasa Inggeris, walaupun urusan
tersebut membabitkan urusan dalam negeri sahaja.
Tidak syak lagi, tabiat berbahasa Inggeris yang tebal di kalangan
ahli SAKTI yang berpengaruh seperti perubatan dan jurutera di
swastalah yang memberi gambaran dan kesimpulan (bagi sesetengah
pihak) gagalnya, tidak relevannya, atau tidak cocoknya pendidikan
SAKTI dalam bahasa Melayu: lain yang dilatih, lain yang diamal;
cakap tidak serupa bikin; atau akademikawan SAKTI hidup ber-
muka-muka (di dalam bilik kuliah lain, di luarnya lain). Sekarang
inilah padahnya!

Tiadanya buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu


Satu perkara yang jelas menjadi faktor penyingkiran kesesuaian bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan SAKTI ialah tentang
kedaifan industri buku dalam bahasa Melayu. Andaian yang besarnya
dan mudah diterima umum ialah, dengan ketandusan buku-buku
dalam bahasa Melayu itu, pelajar universiti aliran Melayu tidak
mungkin berilmu sehebat aliran Inggeris. Dengan penonjolan tidak
putus-putus bahawa kononnya “pelajar aliran Melayu buta Inggeris”,
maka kesahihan andaian ini sukar ditepis. Para sarjana yang terbabit
dengan pendidikan aliran Melayu selama ini tidak mengambil serius
tentang perkara ini, walaupun imbauan demi imbauan dilakukan, dan
berpuas hati dengan hanya memastikan pelajarnya boleh merujuk
buku-buku dalam bahasa Inggeris itu sahaja. Mengikut data-data dalam
Shaharir (1991) dan Mohd Yusof (1995), sehingga 1994 hanya sejumlah
1073 buah buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu yang ada.
Ini jelas menunjukkan benarnya buku-buku SAKTI dalam bahasa
Melayu amat tidak mencukupi kerana daya pengeluarannya hanya
sekitar 80 buah setahun oleh hampir 2 ribu akademiawan bidang
SAKTI, iaitu kira-kira 1 buah buku setahun bagi setiap 25 orang
sarjana SAKTI (Mengikut Shaharir 1996, pada tahun 1994, bilangan
akademiawan Bumiputera dalam SAKTI ialah 1863 orang: 984 orang
berijazah D.Fal./Ph.D atau setara, dan 879 orang yang berijazah sarjana
atau setara). Tidak hairanlah begitu banyak kursus yang belum ada
sebuah buku pun dalam bahasa Melayu. Malah, mengikut kajian
Shaharir (1991) hanya 30% daripada mata kursus dalam program
bidang sains fizis dan sains matematik yang ada sekurang-kurangnya
sebuah buku teks dalam bahasa Melayu; manakala bidang sains hayat

15
Mengapa Kami Bantah!

hanya sebanyak 17% dan kejuruteraan hanya 6%. Kini, mengikut buku
panduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 2002, bidang
yang selalu dirujuk kerana peranan dalam TMK/ICT dan sejagatisme/
globalisme itu, didapati hanya kurang daripada 10% daripada mata
kursusnya yang ada buku teks/rujukan dalam bahasa Melayu. Dengan
data yang seperti ini siapalah yang hendak percaya seseorang boleh
menguasai ilmu TMK dalam pendidikan beraliran bahasa Melayu?
Nah! Dunia akademik Melayu yang malas berkarya dalam peng-
hasilan buku-buku teks pengajian bidang masing-masinglah yang
menyebabkan tertimpanya bala ke atas bahasa Melayu sekarang!
Ini adalah kelemahan perancang bahasa yang tidak cukup
mengambil berat tentang perkara ini. Sebabnya berlaku demikian sudah
dibincangkan dalam seminar khas berkenaan dengan perkara ini pada
2001 (lihat kumpulan kertas kerja di Seminar Penerbitan Buku Sains
dan Teknologi 2001, khususnya makalah Shaharir 2001). Satu
daripadanya yang ingin diulangi di sini ialah kekurangan keiltizaman
kita terhadap penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Umpamanya, kita
tidak beriltizam atau ber-wawasan mahu melahirkan sebuah institusi
penterjemahan yang setara dengan Bait al-Hikmah pada Zaman
Tamadun Islam, dan Pusat Terjemahan Toledo pada Zaman
Pertengahan Eropah yang bergerak cergas setiap satunya tidak kurang
daripada 150 tahun sebelum tamadun-tamadun itu menghasilkan karya
asli mereka sendiri. Institut Terjemahan Negara (ITN) kita baru sahaja
ditubuhkan, iaitu 1993, tetapi ironinya mulai tahun yang sama jugalah
negara mula mengubah dasar bahasanya, seperti membenarkan bahasa
Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam SAKTI mulai 1994, me-
wujudkan Akta Pendidikan IPTS 1995 yang memberi laluan yang
mudah untuk penubuhan kolej atau universiti swasta dalam bahasa
Inggeris (kini dikatakan sudah berjumlah 700 kolej sedemikian). Dasar
pengInggerisan pendidikan “sains dan matematik sekolah” seluruhnya
menjelang 2003 dan pendidikan SAKTI di universiti awam menjelang
2005 ini hanya padahnya sahaja!

Mengeyakan Globalisme/Sejagatisme Barat


Tidak syak lagi teori-teori sejagatisme/globalisme Barat yang sering
dikutuk oleh pemimpin kita itulah juga yang mendorong atau mem-
pengaruhi kerajaan kita melaksanakan peliberalan segala-galanya
termasuklah pendidikan di negara kita ini semenjak 1990-an. Teknologi
maklumat (TM) yang menjadi komponen pentakrif utama sejagatisme
itu memanglah begitu meluas meresapi ke segenap kehidupan manusia
kini dan memanglah boleh melemahkan jiwa-jiwa manusia negara
ketiga. Tidak syak lagilah bahawa kewujudan pelbagai wahana
komunikasi teknologi canggih ini dan limpahan perusahaan maklumat
akan terus memberi peluang kepada bahasa-bahasa ilmu semasa,

16
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

seperti bahasa Inggeris, untuk memperkukuh peranannya sebagai


bahasa yang digunakan dalam dunia komunikasi antarabangsa.
Keadaan inilah yang melahirkan ramalan berakhirnya bahasa-bahasa
bukan bertaraf bahasa ilmu kini, berakhirnya negara-bangsa, dan ber-
bagai-bagai lagi termasuklah berakhirnya kebudayaan dan sistem nilai
lain daripada Barat itu. Inilah juga dipercayai pendorong besar kepada
dasar pengInggerisan pendidikan Malaysia.
Gambaran bahana TM yang dikatakan bahananya tidak boleh
dielak-elak lagi itu sebenarnya tidaklah semuanya tepat, kerana
sebahagiannya lebih merupakan pandangan, retorik dan strategi perang
saraf (tindakan melemahkan jiwa atau menakut-nakutkan negara
membangun/ketiga) dari negara maju yang sengaja mahu meneguhkan
lagi hegemoninya dan kelestarian kekuasaannya. Bahasa-bahasa negara
maju sebelum mencapai tahapnya seperti sekarang ini juga menghadapi
perang psikologi yang sama, bahasa-bahasa di Eropah melawan bahasa
Inggeris (sekarang) dan abad-abad sebelum abad ke-19 ialah Perancis,
Latin, dan Arab; dan Jepun melawan bahasa-bahasa Eropah. Teknologi
maklumat bukan sahaja menguntungkan negara-negara yang maju,
tetapi juga bagi negara-negara yang sedang membangun. Syaratnya,
kita tidak mudah mengalah kerana jika kita mengalah, kita akan kalah
sepanjang zaman pada hari muka ini, tetapi jika kita bersabar membina
tamadun kita sendiri, dalam acuan kita sendiri, seperti sejarah
kemajuan negara-negara maju itu, yang antaranya tentulah menerusi
bahasa kita sendiri, maka TM boleh membantu kita mempercepatkan
pembinaan tamadun yang kita impikan itu. Sikap pemimpin Melayu
yang mudah mengikut rentah analisis sarjana-sarjana Barat terhadap
implikasi-implikasi TM kepada sesuatu bangsa itulah maka bahasa dan
bangsa Melayu memang akan menerima padah yang diramalkan oleh
penganalisis Barat tentang TM itu.

Feudalisnya, materialisnya dan buntunya fikiran Islamis Melayu


Bibit pengInggerisan semula pendidikan di Malaysia boleh di-katakan
bermula pada tahun 1985 lagi apabila kerajaan menubuhkan Universiti
Islam Antarabangsa yang tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai satu
daripada bahasa pengantarnya. Bahasa Melayu yang selama ini
dianggap satu daripada bahasa yang paling akrab dengan Islam tidak
mendapat tempat langsung di universiti tersebut. Tetapi para Islamis
atau nasionalis Melayu kita tidak berbunyi apa-apa pun kerana
tunduknya mereka kepada pemimpinnya yang disanjungi, sayang akan
kedudukannya (pangkat dan/atau harta) atau yang lainnya kerana
tidak mampu mensentisiskan dengan adilnya akan hubungan Islam
dengan bahasa (kononnya Islam tidak relevan dengan bahasa sesuatu
kaum). Kemudian bibit pengInggerisan ini merebak lagi apabila
Perdana Menteri kita menyatakan hasratnya untuk menjadikan

17
Mengapa Kami Bantah!

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini semasa


beliau meletakkan batu asas kampus tetap UIA (aliran Inggeris) pada
24 Ogos 1993 dan diulanginya beberapa hari kemudian pada perasmian
UNIMAS (yang para pemimpinnya memang terkenal bercita-cita
pengInggerisan) pada 31 Ogos 1993. Tiada yang mempersoalkan
kaedah pelaksanaan cita-cita ini vis-a vis bahasa Melayu. Tidak berapa
lama kemudian, pada 27 Disember 1993 (dilaporkan di media massa 28
Disember), Perdana Menteri kita juga mengisytiharkan bahawa
universiti-universiti awam boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam
bidang sains dan teknologi, sedangkan semua universiti awam pada
masa itu tidak menghadapi masalah yang besar pun dengan
menggunakan bahasa Melayu. Perisytiharan yang cukup berkesan
kepada nasib bahasa Melayu di IPT ini juga tidak ditentang dengan
hebatnya oleh nasionalis Melayu yang bersarang dalam GAPENA,
GPMS, Kesatuan Guru-Guru Melayu dan sebagainya itu kerana tidak
ingin melukai pemimpin besar Melayu yang disanjunginya selama ini
atau kerana mengenangkan kedudukan masing-masing. Ini manifestasi
dalamnya feudalisme atau materialisme di kalangan para nasionalis
Melayu.
Kemalapan bahasa Melayu ini menjadi semakin luas jangkauan-nya
dengan termaktubnya Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1995 yang
memberi laluan mudah pihak swasta mengabaikan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan menubuhkan kolej/universiti dalam bahasa Inggeris
sehingga kini dikatakan berjumlah lebih daripada 700 buah itu (hampir
semuanya dalam bahasa Inggeris). Pada masa yang sama kerajaan juga
memberhentikan peruntukan kepada DBP dalam penerbitan buku IPT.
Semua ini berlaku dalam keadaan yang sepatutnya begitu menghiris
kalbu, atau membakar kemarahan para nasionalis Melayu tetapi
feudalisme dan/atau materialisme mengatasinya, sehingga lagi sekali
gerakan bantahan kepada kedua-dua peristiwa ini tidak seberapa juga.
Dalam soal penerbitan buku IPT itu, DBP sendiri seolah-olah
menerimanya dengan lapang dadanya sahaja hinggalah ke hari ini.
Nah! Lulus jarum luluslah kelindan. Kini dengan penuh licik dan
orkestranya dasar mengInggeriskan mata pelajaran “sains dan
matematik” sekolah pun berjaya dilaksanakan mulai 4/5 Januari 2003
seperti yang dirancang. Itu pun para nasionalis masih tidak mahu
menggores hati para pemimpin besarnya yang berkuasa. Bala sudah
lengkap datangnya.

Malaysia boleh!?
Hampir setiap negara yang mempunyai suku kaum minoritinya yang
lemah dalam SAKTI dan bahasanya bukan bahasa pengantar pen-
didikan di negaranya mengadakan program pendidikan khas dalam
sains dan matematik dalam dwibahasa (bahasanya dan bahasa

18
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

pengantar rasmi) dengan tujuan menguatkan juga bahasa asing ber-


kenaan. Buku-buku teks sekolah bagi kaum ini biasalah diselang-
selikan dengan bahasa ibundanya, dan malah dibenarkan juga gurunya
menjelaskan sesuatu konsep itu dalam bahasa ibunda pelajar berkenaan
(lihat bibliografi beranotasi tentang perkara ini di internet 2). Langkah
ini sebenarnya ekoran daripada adanya hasil-hasil penyelidikan dalam
pendidikan, dan gerakan ilmuwannya dalam bidang etnosains dan
etnomatematik (iaitu sains dan matematik yang dilihat daripada
perspektif kaum), supaya sains dan matematik di peringkat sekolah
rendah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Di Amerika
Syarikat kumpulan ilmuwan ini dalam matematik telah menubuhkan
“The International Group of Ethnomathematics” sejak 1982 lagi. Tidak syak
lagi juga tindakan ini adalah dipengaruhi oleh banyak hasil kajian yang
menunjukkan bahawa tahap kefasihan bahasa pengantar ilmu
seseorang pelajar mempengaruhi pencapaiannya dalam SAKTI dan oleh
sebab itulah bahasa pengantar ilmu dalam bahasa ibunda seseorang
adalah yang terbaik. Mereka ini juga tentunya tidak mahu tahu/
percaya dengan pandangan Kuhnan sejak 1962 lagi (Kuhn 1962/1993)
bahawa SAKTI itu tidak bebas bahasa dan kebudayaan amnya dan oleh
itu pembangunan SAKTI menerusi bahasa dan kebudayaan yang
berbeza itulah yang memberi persaingan hebat dalam penemuan/
pembangunan SAKTI seperti yang terbukti sepanjang masa dan zaman.
Model pendidikan ini, iaitu Inggeris + {bahasa ibunda pelajar} ternyata
tidak menarik perhatian para pemimpin Melayu Malaysia yang
berkuasa. Inilah agaknya manifestasi “Malaysia boleh!” membelakangi
ilmu.
Hakikat bahawa sehingga kini belum ada negara yang mencapai
tahap negara maju dalam bahasa asing negara tersebut memang tidak
diendah langsung oleh pihak berkuasa Malaysia. Jawabannya mungkin
“Malaysia Boleh!” sahaja. Hasil kajian (lihat umpamanya bibliografi
beranotasi berkenaan bahasa dan matematik yang terdapat dalam
internet 2) yang menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa dahulu
baharulah belajar SAKTI menerusi bahasa tersebut; dan pendidikan
dalam bahasa ibunda adalah yang terbaik sekurang-kurang di
peringkat sekolah rendahnya, malah sejarah pembangunan negara-
negara maju membuktikan pendidikan dalam bahasa sendirilah yang
paling berjaya lagi tidak mahu didengari. Kejayaan penyibaran ilmu
semasa menerusi bahasa sendiri sudah menjadi hukum aqli dan naqli.
Kejayaan Malaysia sehingga kini yang dibincang di atas hanya me-
nambah dalil empirik kepada hukum ini. Begitu juga hukum
pembangunan/pemajuan ilmu. Teori pendidikan dan penguasaan
sesebuah bahasa juga tidak menyokong perbuatan menggunakan sains
dan matematik sebagai caranya, malah cara ini akan menjejaskan pula
prestasi mata pelajaran ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kajian

19
Mengapa Kami Bantah!

Marsh et al. (2000) di Hong Kong dan kajian-kajian yang serupa di


beberapa buah negara lain. Semua ini tidak memberi apa-apa
pengajaran kepada kerajaan Malaysia.
Hukum kemajuan bangsa menerusi bahasanya sendiri, sebenarnya
juga terkandung dalam al-Quran seperti dalam Surah Ibrahim, Ayat 4,
dan Surah Ali ‘Imran, Ayat 164 yang bermaksud “Allah tidak
mengutuskan seorang rasul pun melainkan daripada kalangan
bangsanya sendiri agar mereka mudah memahami pengajaran ilmu (al-
Kitab dan hikmah)”. Sesebuah negara yang tidak menginsafi hakikat
ini, paling-paling baiknya negara-bangsa itu telah terbukti hanya
menjadi karikatur daripada karikatur, komprador atau kreol sahaja!

Beberapa Syor
Walaupun tiada sarjana dunia yang membuat ramalan bahawa bahasa
Melayu adalah satu daripada bahasa yang akan lenyap dalam era TM
dan kerenah pemimpin bangsa berkenaan, tetapi kemalapannya sebagai
bahasa ilmu tentunya akan berlaku jika langkah-langkah yang positif
dan berani terus dilakukan mulai sekarang. Antaranya ialah perkara-
perkara yang dianggap unsur-unsur gagalnya pendidikan Melayu yang
dibicarakan di atas itu perlulah ditangani seperti berikut:
S1. Kerajaan sekurang-kurang mestilahlah menjadikan pendidikan
dwibahasa, Inggeris + {bahasa Melayu} dengan dominanya bahasa
Melayu, dalam sains dan matematik di Sekolah-Sekolah Kebangsaan
bagi menggantikan pendidikan ekabahasa (Inggeris sahaja) sekarang.
S2. Pihak berkuasa universiti awam perlulah kekal menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Contohnya,
cadangan struktur baru pengajian SAKTI seperti di lampiran
makalah ini patutlah diwujudkan oleh setiap universiti awam
sebagai asas rundingan dengan pihak Kementerian.
S3. Universiti awam perlu mewujudkan perancangan strategi yang
bermatlamat menjadikan program perubatan (peringkat klinik) di
IPTA berjalan dalam bahasa Melayu sehingga ke tahap 60% dalam
tempoh 10 tahun.
S4. Universiti Islam Antarabangsa memastikan dengan segera, kerana
kemampuannya yang jelas, mengiktiraf hubungan rapat bahasa
Melayu dengan Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dengan memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada kursusnya
dalam bahasa Melayu dan seterusnya menuju kepada 60% dalam
tempoh yang lebih singkat daripada universiti-universiti swasta yang
lain.
S5. Institut Terjemahan Negara perlu bergiat cergas seperti Jabatan
Karang Mengarang di SITC tahun 1950-an, Pusat Terjemahan Toledo
abad ke-12M, dan Bait al-Hikmah di Baghdad abad ke-9M dengan

20
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

sasaran yang munasabah dan penuh agresif seperti 1 buah buku


setahun per 4 orang sarjana SAKTI (akan menghasilkan kira-kira 500
buah buku setahun!). Sehubungan dengan ini IPTA (dan awam yang
ingin ikut serta) diberi segala kemudahan prasarana (sumber) untuk
penerbitan ini.
S6. Dewan Bahasa dan Pustaka menghidupkan kembali penerbitan
buku-buku teks IPT walaupun peruntukan khusus untuknya tiada.
Pada masa yang sama DBP perlulah berusaha tanpa jemu-jemu untuk
meyakinkan Kementerian Pendidikan akan perlunya penerbitan
buku peringkat IPT. DBP juga perlu merintis kerjasama penerbitan
buku IPT dengan pihak Indonesia.
S7. Sebuah badan bukan kerajaan (BBK) seperti Persatuan Linguistik
Malaysia bertindak menyatukan BBK yang turut memperjuangkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bertindak bijak mem-
pengaruhi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang
berikut:
7.1. Kerajaan mengadakan berbagai-bagai insentif kepada syarikat
(dalam bentuk cukai, subsidi dsbnya) yang menghayati bahasa
Melayu dalam perjalanan urusan dan pentadbiran dalam sesuatu
jabatan/bahagian syarikatnya. Sekaligus kerajaan atau mana-mana
pihak perlulah memberhentikan rancangan memberi insentif
kepada mereka yang menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan
rasminya. Sehubungan dengan ini dasar peMelayuan swasta perlu
dilakukan oleh Kerajaan
7.2. Kerajaan, menerusi LAN, meletakkan syarat ke atas kolej/
universiti swasta supaya mengadakan dasar peMelayuan kolej/
universitinya sebagaimana yang pernah dilakukan kepada IPT
awam dalam tahun 1970-an dahulu, sambil memberi pelbagai
insentif kepada kolej/universiti yang galak melakukannya.
7.3. Kerajaan perlu mengambil iktibar yang lebih lagi tentang
sistem pendidikan SAKTI di negara-negara maju di Eropah
khususnya konteks bahasa pengantar dan penguasaan bahasa
Inggeris.
7.4. Kerajaan memastikan budaya berbahasa Melayu di
Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar perlulah di-
tingkatkan sehingga 60% daripadanya di dalam bahasa Melayu
dalam masa yang singkat ini.
7.5. Kerajaan memansuhkan segala akta yang boleh memberi
laluan mudah kepada sesiapapun mengelak daripada meng-
gunakan bahasa Melayu perlulah dilakukan seperti memberi
kuasa penuh kepada Menteri Pendidikan mengizinkan sesebuah
institusi pendidikan menjalankan kursus dalam bahasa selain

21
Mengapa Kami Bantah!

daripada bahasa Melayu seperti dalam akta IPTS, pengizinan


kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri menggunakan bahasa Inggeris
dalam “pentaksiran komputer dan perakuan pungutan dan
penyiasatan” dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (semakan
1971) seksyen 41, pengecualian penggunaan bahasa Inggeris dalam
urusan kedoktoran di Kementerian Kesihatan dalam Akta yang
sama dan lain-lain lagi.
S8. Setiap kelompok sarjana, institusi dan badan swasta yang terlibat
dengan TM berusaha memperbanyakkan bahan-bahan (perisian) TM
dalam bahasa Melayu dengan mengingatkan pasarannya cukup besar
iaitu di Alam Melayu ini dengan penduduknya melebihi 200 juta
orang. Di samping itu sebuah Institut Kejuruteraan Perisian Malaysia
bagi tujuan menyemarakkan lagi pengeluaran perisian itu perlulah
diwujudkan dengan kerjasama kerajaan dan swasta. Sebagai kegiatan
tambahannya, Institut ini bolehlah juga memfokuskan penge-
luarannya bagi keperluan umat Islam.
S9. Sekolah agama rakyat (di bawah majlis agama negeri atau swasta)
seluruh Malaysia perlulah mewujudkan persatuan seperti Dong Jiau
Zhong itu dan sekaligus juga mewujudkan sebuah konsortium bagi
menjaga kepentingan sekolah ini seperti mengadakan peperiksaan
serta sijilnya tersendiri dengan sukatan pelajaran yang setara dengan
yang di Sekolah Kebangsaan tetapi dalam aliran Arab dan Melayu
termasuklah sains dan matematik dalam aliran Melayu.
S10. PLM-DBP menggembleng seberapa banyak BBK untuk
membagankan/mencartakan strategi dan melaksanakannya dengan
menjajak seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada kumpulan-
kumpulan berpengaruh akan pentingnya bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Ini termasuklah juga tindakan membantu pihak-pihak
yang memperjuangkan bahasa ibunda (selain daripada Melayu)
dalam pendidikan di peringkat sekolah tadika dan rendah.

Rujukan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971)


Akta Pendidikan 1995
Akta IPTS 1995
Akhbar perdana Mei 2002, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian
16 Mei 2002
Buku Panduan IPT 1993/94
Faridah Karim et al. 1987. Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM.

22
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Internet 1.http://nces.ed.gov/timss/timss-r/figure_1.html. 12 Ogos


2002.
Internet 2: http://www. Soton.ac.uk/rime/biblios/language.html. 12 Ogos 2002
Internet 3. Review of language, society and education in Singapore
:http://ccat.sas.upenn.edu/~haroldfs/messeas/handouts/singapore gopi2.
html. 12 Ogos 2002
Internet 4.Taipkan International X Olympiad, X = Mathematics, Physics,
Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003
Intisari UKM. 1995. Bil. 4. Okt/Nov.
Kuhn, T. 1962/1993. Struktur Revolusi Sains. DBP.Terj. drp karya aslinya
dalam bahasa Inggeris 1970 (snt. ke-2) drp snt pertamanya 1962
Marsh, H.W., Hau, K-T. & Kong, C-K. 2000. Late immersion and
language of instruction in Hong Kong High Schools: achievement
growth in language and nonlanguage subjects. Harvard Educational
Rev. Fall Issue: 302-346
Mohamad Salleh bin Mohamed Said. 2002. Qua Vadis Taksonomi
Serangga. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM
Mohd. Ali Kamaruddin. 1981. Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bangi: UKM
Mohd. Yusof bin Hj. Othman. 1995. Penulisan sains dan teknologi
dalamm bahasa Melayu: Satu tinjauan semasa dan masa hadapan.
Konvensyen Penerbitan Kebangsaan. DBP: 4-6 Dis.
Newsweek 2 Dec. 1996
RML-RMDL. Laporan Rancangan Malaysia ke-5 hingga ke-8.
Shaharir bin Mohamad Zain. 2002. Berakhirnya SAKTI Melayu? Dewan
Bahasa November
Shaharir bin Mohamad Zain. 2001. Masalah penerbitan buku pengajian
tinggi dan strategi penyelesaiannya. Seminar Penerbitan Buku S & T
anjuran UKM-DBP, 25 April 2001. Pascasidangnya diterbitkan oleh
DBP 2002.
Shaharir bin Mohamad Zain. 1996. Pembangunan sains dan teknologi di
Malaysia menerusi bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996.
Persatuan Linguistik Malaysia.
Shaharir bin Mohamad Zain. 1991. Tahap penghayatan bahasa Melayu
dalam sains dan teknologi. Jurnal Dewan Bahasa. Dis., 1038-1051.
Sham Sani et al. 1983. Kajian Pengesanan Siswazah Universiti Kebangsaan
Malaysia dari 1974-1980. Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM.
Wawasan 2020. terj “Malaysia: The Way Forward”. Ucapan Dr. Mahathir
Mohamad 28 Feb 1991 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan

23
Mengapa Kami Bantah!

Malaysia K. Lumpur. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri


Malaysia 1991

LAMPIRAN
Saranan Struktur Baru Program SAKTI di IPTA
Struktur program baru pengajian SAKTI di IPTA yang disyorkan di
bawah ini adalah tindakan balas dan protindakan dasar bahasa baru
kerajaan, iaitu tindakan balas dasar bahasa pengantar bahasa Inggeris
dalam sains dan matematik sekolah yang telah dilaksanakan mulai 4/5
Januari 2003 dan akan terus dipertahankan sekurang-kurang buat
beberapa ketika pada masa hadapan ini (terutamanya pasca-Mahathir),
dan hampir pasti dasar bahasa ini dikehendaki diperpanjangkan ke
IPTA (termasuk di UKM) mulai 2005 ini. Andaian juga dibuat
kemungkinan juga kerajaan memberi kuasa kepada IPTA (sekurang-
kurangnya UKM), dan perlu dituntut, untuk menentukan dasar
bahasanya sendiri sesuai dengan bidang kuasa Senat universiti. Oleh itu
perakuan ini dibuat atas dua kemungkinan ini.
Kemungkinan 1: IPTA akan dipaksa juga menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya dalam SAKTI pada suatu
masa nanti seperti 2005;
Kemungkinan 2: IPTA diberi kebebasan atau menuntut haknya
menentukan bahasa pengantarnya (terutamanya UKM dan UPSI).
Berikut ialah struktur pendidikan SAKTI universiti awam yang
disyorkan:

Kemungkinan 1 (Pengantar
Kemungkinan 2 (Pengantar Melayu)
Inggeris)

Pera1: Kursus wajib bahasa Inggeris Pera1: Serupa


sekarang digantikan dengan kursus
wajib bahasa Melayu SAKTI dan
bagi yang memerlukan kursus
bahasa tambahan (bagi
melengkapkan 12 unit bahasa
umpamanya) maka mereka
dikehendaki memilih hanya kursus
bahasa Arab, atau bahasa-bahasa
suku kaum Malaysia, iaitu
Mandarin atau (bukan dan) Tamil
sahaja.

24
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Kemungkinan 1 (Pengantar
Kemungkinan 2 (Pengantar Melayu)
Inggeris)

Bagi mereka yang gagal bahasa


Inggeris SPM-nya dikehendaki
mengikuti kursus intensif bahasa
Inggeris selama 1 semester sebelum
mereka dibenarkan mengikuti
program-program SAKTI yang
disediakan.

Pera2: Sebanyak 30%-45% kerja Pera2: Bahasa pengantar sebarang


kursus program SAKTI mestilah dominan
Sebarang program SAKTI boleh dalam bahasa Melayu, iaitu sekitar 60%
dikecualikan daripada bahasa Melayu. Bagi mencapai hasrat
menggunakan bahasa Inggeris dan ini perakuan berikut bolehlah
dibenarkan menggunakan bahasa dipertimbangkan:
Melayu di semua peringkat kursus.
Pera2.1: Kerja kursus bersifat kualitatif
seperti sejarah dan falsafah sebarang
program SAKTI mestilah dalam bahasa
Melayu. Begitu juga dengan kursus
yang sarat dengan unsur peribumi
(iaitu banyak penerapannya di
Malaysia); tugasan; dan latihan ilmiah.

Pera2.2: Kursus-kursus yang


sebahagian besar kandungannya
diperlukan di peringkat sekolah
bolehlah diajar dalam bahasa Inggeris.
Contohnya kursus Kalkulus (bidang
sains Matematik) tahun I.

Pera2.3: Kursus-kursus yang dijalankan


oleh Pensyarah asing bolehlah
dijalankan di mana-mana peringkat
pun dalam bahasa Inggeris.

Pera3. Penulisan tesis dan Pera3. Kerja kursus di peringkat


sebagainya di peringkat siswazah boleh dijalankan dalam
prasiswazah atau siswazah boleh dwibahasa (Inggeris dan Melayu) jika
ditulis dalam bahasa Melayu. didapati perlu (seperti untuk pelajar
asing).

25
Mengapa Kami Bantah!

Kemungkinan 1 (Pengantar
Kemungkinan 2 (Pengantar Melayu)
Inggeris)

Dalam keadaan ini soalan ujian,


peperiksaan dan sebagainya dibuat
dalam dwibahasa (Inggeris & Melayu)
dan boleh dijawab dalam bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu tetapi
sekurang-kurangnya 1/3 daripada
soalan mestilah dalam bahasa Melayu
dan dijawab dalam bahasa Melayu.

Pera4. Syarat kredit bahasa Melayu Pera4. Penulisan tesis dan sebagainya
SPM atau setara dengannya di peringkat siswazah kekal seperti
dikekalkan sebagai satu daripada sekarang. Walau bagaimana pun
syarat kemasukan di peringkat pelajar dari rumpun Melayu
prasiswazah. digalakkan menulis tesisnya dalam
bahasa Melayu.

Pera5. Semua pelajar (termasuklah Pera5. Syarat kredit bahasa Melayu


pelajar asing) diwajibkan mengikuti SPM atau setara dengannya dikekalkan
kursus Kajian Malaysia dan sebagai satu daripada syarat
Tamadun Islam (dalam bahasa kemasukan di peringkat prasiswazah.
Melayu). Bagi pelajar peringkat
siswazah yang belum mengikuti
kursus ini juga diwajibkan
mengambilnya.

Pera6. Seseorang pelajar asing yang


terbukti lulus mata pelajaran bahasa
Melayunya (termasuk Melayu Brunei,
Melayu Singapura dan Melayu
Indonesia) yang setara dengan Kredit
dalam Bahasa Melayu peringkat SPM
tidak perlu mengikuti kursus bahasa
Melayu yang diwajibkan sekarang ini,
semasa beliau mengikut kursus
siswazahnya. Selainnya, semua pelajar
siswazah diwajibkan belajar bahasa
Melayu seperti sekarang.

Pera7. Pelajar asing juga diwajibkan


mengikuti kursus Kajian Malaysia
(dalam Melayu dan Inggeris) yang
diwajibkan kepada pelajar prasiswazah
di IPTS itu.

26
Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002

Abstrak
Tingginya pencapaian pendidikan dan penciptaan SAKTI (sains,
kesihatan, kejuruteraan dan teknologi) dalam bahasa Melayu (aliran
Melayu) sejak Sekolah Menengah aliran Melayu dimulai pada 1958 dan
penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia 1970 ditunjukkan
sepatutnya tidak sedikitpun menggoyahkan pendirian pemimpin
Melayu memusnahkannya. Namun, dalam usaha menegakkan cita rasa
dan pandangan hidupnya yang diselami dalam makalah ini, pemimpin
itu sejak 1994 lagi menghakiskan keyakinan rakyat terhadap
pencapaian itu dengan melempar pelbagai tohmahan kegagalan
pendidikan Melayu itu seperti kononnya tiada yang berjaya/dapat
dibanggakan menerusinya, tidak berjayanya memupuk perpaduan
tetapi meningkatkan taasubisme dan kekutuban (kaum atau agama),
tidak berupayanya melahirkan manusia yang berdaya saing kerana
kelemahannya berbahasa Inggeris, tiada perubahan lemahnya pelajar
Melayu, dan tiada cukupnya sumber SAKTI Melayu, dan tidak mampu
menjadikan pusat pendidikan serantau/dunia. Lantas hukum kemajuan
SAKTI sepanjang zaman diabaikan sekelip mata sahaja. Sejauh mana
kewarasannya sangkaan-sangkaan di atas itu dan apakah langkah-
langkah untuk ke pangkal jalan menjadi mauduk perbincangan
makalah ini.

27
Mengapa Kami Bantah!

28
2
PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR
SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP
DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS

Memo kepada kerajaan September 2002 (Jamadilakhir 1423)

kepada PM & Menteri Pendidikan

Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, ke-juruteraan


dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan
terhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembali
pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (=aliran sains
sekolah) mulai tahun 2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata
“tidak mahu patah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan
menyesatkan”, dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak
mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong
kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang
hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman
dan di negara-negara maju. Oleh sebab kami juga terlibat secara
langsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami ingin
mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu menyibar,
membangun dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini,
maka kami anggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.
Tegasnya, Walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan
kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidak
bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris kita
menerusi pengajaran/pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalam
bahasa Inggeris. Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami ialah
seperti berikut:
1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains
dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)
Mengapa Kami Bantah!

bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa


Melayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTI
sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya
dihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke
peringkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah).
Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu
sudah menjangkau ribuan! Langkah pengInggerisan sekolah ini
jelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkan
membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan
bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnya
sejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu. Sekaligus langkah ini
meremeh, mensia-sia dan menyeksa batin ratusan bahkan ribuan
para sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangun
bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran/pendidikan
dan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu
tidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahli
bahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikan
sains dan matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini
akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan ber-
kembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan
penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.
2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan
pembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzaman
tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di
negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa
nasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas
dengan mudahnya SAKTI di kalangan rakyat jelatanya. Dengan
inilah kemudiannya memudahkan pengembangan dan pem-
bangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai yang
mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya
dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI).
Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa
nasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirik
ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam
SAKTI yang mencapai taraf antarabangsa menerusi penulisan dan
rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus
keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin
terjadi dengan pantasnya.
3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:
Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa
bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya mereka
memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim

30
Pendirian Bersama Para Profesor Sakti Seluruh Malaysia Terhadap...

terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa


Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak dari
kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum
tersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalam
ilmu akli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan oleh
sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya
pengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan
d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) me-
nunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai
sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi
bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya
tersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana
pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasa
Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya
pengaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh
situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara
yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa
nasionalnya. Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan/keunikan
tersendiri dalam berperanan daya pengaryaan/penciptaan SAKTI
(atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolah
seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan
pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang
tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukan di
negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea
sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!
4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab peng-
angguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang
memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa
menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang
mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit
di negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patut
dipersalahkan juga.
5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah
adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan
seseorang pelajar dapat memperbaiki ke-fasihannya berbahasa
(Inggeris). PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanya
menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak
dapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua mata
pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan
bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan
kerenah baru lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau
kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran
sains dan matematik memang banyak dan semuanya me-

31
Mengapa Kami Bantah!

nunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya,


dan kemahiran dalam sesuatu bahasa dahulu boleh memperbaiki
pencapaian sains dan matematik.
6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan atau
merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional
terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara
tersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan
dalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan me-
mundur orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi
berasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah mem-
buktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan
ratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan
sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik
dalam bahasa Melayu!)
Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat memper-
timbangkan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan
dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
Sains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu dan
sebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi dengan
berganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan
kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga ke tahap yang
maksimumnya. Menerusi pendidikan Bahasa Inggeris itu.
Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI yang berikut:
Prof. A. Rahman A. Jamal (perubatan).KP:601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (mikrobiologi) KP:500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (teknologi maklumat): KP. 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (sains makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (sains makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (sains sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (teknologi maklumat): KP.591108-11-5043

Prof. Baharudin Yatim (fizik tenaga). KP: 460811-05-5193

32
Pendirian Bersama Para Profesor Sakti Seluruh Malaysia Terhadap...

Prof. Basir Jasin (geologi). KP: 3430834


Prof. Bohari Mohd Yamin (kimia). KP: 3405038

Prof. Che Husna Azhari (kejuruteraan). KP: 551108-03-5020

Prof. Faridah Habib Shah (genetik). KP: (terlupa masuk)

Prof. Halimah Bdioze Zaman (teknologi maklumat). KP: 4673083


Prof. Hamid Lazan (botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (perubatan). KP:520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (sains sekitaran). KP: 511005-07-5269

Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179


Prof. Jamaludin Mohame (bioperubatan). K.P. 570324-06-5543

Prof. Kamarudin Mohd Yusof (kejuruteraan). KP: 510927-06-5097


Prof. Kamaruzzaman Sopian (kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (prubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (perubatan). KP:
Prof. Khalijah Mohd Salleh (pendidikan fizik). KP:

Prof. Lim Swee Cheng (fizik teori). KP: 470826-01-5273

Prof. Mahani Mansor Clyde (sains sekitaran). KP: 510211-06-5032


Prof. Masbah Omar (perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (teknologi maklumat) KP: 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (bioperubatan). KP: 520222-10-5035

33
Mengapa Kami Bantah!

Prof. Mohd Ismail Noor (pemakanan). KP: 491015-10-5419


Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (sains sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (fizik tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (fizik pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (fizik pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (sains sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (bioteknologi). KP: 540618-07-5272

Prof. Othman Hj. Ross (sains laut). KP: 480218-11-5173


Prof. Othman Omar (biosains molekul). KP: 1513291

Prof. Paden Morat (bioperubatan). KP. 4380233

Prof. Rohani Ahmad (botani). KP: 4380233


Prof. Roslan Abd. Shukor (fizik semikonduktor). KP: 610927055049

Prof. Sallehuddin Sulaiman (bioperubatan). KP: 470721-10-5141


Prof. Shahabuddin Shaari (kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Hj. Ahmad (fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (perubatan). KP: 590820025573

Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (teknologi maklumat): KP 4478636

Prof. Wan Ramli Wan Daud (kejuruteraan). KP: 551227-07-5447

Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (zoologi). KP: 500325-04-5575


Prof. Zainon Mohd Ali (botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (sains sekitaran). KP: 571109-10-
5623

34
3
BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA
PENGANTAR SAINS DAN MATEMATIK:
MENGAPA DITENTANG? SOALAN YANG
SELALU DITANYAKAN
Profesor Emeritus Abu Bakar Abd Hamid

Soalan 1:
Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek kita menentang usaha
kerajaan menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah
daripada bahasa Melayu (BM) kepada bahasa Inggeris (BI)?
Bukankah tujuannya baik, iaitu hendak meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris para pelajar. Kita semua maklum pelajar-pelajar
Melayu lemah dalam bahasa Inggeris.

Jawapan:
Pertama-tama tidak ada ahli bahasa, intelek Melayu atau sesiapa saja
yang siuman yang menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris baik di kalangan pelajar Melayu, guru Melayu, pegawai
Melayu, tokoh korporat Melayu, mahupun Menteri Melayu dan siapa
saja. Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain memang perlu
digalakkan. Tuduhan bahawa ahli bahasa menentang penguasaan
bahasa Inggeris, anti-bahasa Inggeris, fikiran mereka sempit, mereka
fanatik bahasa, mereka hanya mahu orang Melayu berbahasa Melayu
saja adalah satu pembohongan besar, suatu fitnah, suatu mitos yang
dibuat oleh orang-orang politik tertentu. Dalam kaedah berhujah ini
dikatakan menciptakan `straw man’ iaitu orang yang dibuat daripada
kertas atau orang-orangan sehingga mudah dimusnahkan. Tujuan
mereka yang sebenar mereka saja yang tahu. Sehingga ini belum
pernah dapat disebut nama walau seorang pun ahli bahasa yang
melarang sesiapa belajar bahasa Inggersis atau bahasa lain.
Mengapa Kami Bantah!

Keduanya, ramai dari kalangan yang memperjuangkan kedudukan


bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang cukup fasih dalam
bahasa Inggeris, baik dalam pertuturan mahupun tulisan. Malahan
mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari. Tidak pernah
terdengar ada di antara mereka melarang sesiapa belajar bahasa
Inggeris atau bahasa apa pun. Yang diperjuangkan oleh mereka ialah
kedudukan bahasa Melayu itu mestilah terus dipelihara sebagai bahasa
rasmi dan dipupuk sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu di negara
Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Mengubah bahasa pengantar
di sekolah dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris akan
mengancam dan memusnahkan kedudukan bahasa Melayu baik dalam
jangka pendek mahupun panjang. Inilah yang mereka tentang.

Soalan 2
Bukankah perubahan ini melibatkan dua mata pelajaran saja?
Takkan dua mata pelajaran, iaitu Sains dan Matematik di Sekolah
Rendah boleh menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu?

Jawapan:
Pertamanya tidak betul mengatakan perubahan ini hanya bagi dua
mata pelajaran saja dan di Sekolah Rendah saja. Ini satu kekeliruan.
Sekarang ini pun sudah diumumkan akan dijalankan serentak mulai
2003 di darjah satu Sekolah Rendah, tingkatan satu Sekolah Me-
nengah dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah dan akan dilaksanakan
sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Apakah
maknanya ini? Maknanya, bahasa pengantar di seluruh sistem
persekolahan dan pada pengajian tinggi akan berubah daripada bahasa
Melayu ke bahasa Inggeris. Ini satu perubahan yang cukup besar dan
bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kalau kita mahu
pinda Dasar Pendidikan Kebangsaan, sewajarnyalah perkara ini di-
bincangkan semula oleh semua pihak secara saksama, bukan
dilaksanakan secara senyap-senyap, bersembunyi di sebalik dua mata
pelajaran, berselindung di belakang meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris para pelajar.
Keduanya dan inilah perkara yang penting difahamkan Bahasa
Inggeris akan jadi bahasa pengantar utama dan Bahasa Melayu
bahasa pengantar sampingan saja di peringkat sekolah dan IPT.
Inilah yang ditentang oleh mereka yang sudah dapat melihat telatah
kerajaan itu. Cuba kita lihat dengan kepala dingin apa yang akan
terjadi nanti.

36
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Sekolah Rendah

Darjah 1-3 BM BI
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Agama Islam Matematik
Darjah 4 - 6 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Agama Islam Matematik
Kajian Tempatan Sains
Sekolah Menengah

Tingkatan I – III Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris


Sejarah Matematik
Geografi Sains
Kemahiran Hidup
P. Seni
P. Jasmani
Agama Islam
P. Moral
Tingkatan IV - V Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Kesusasteraan
Melayu Inggeris
Geografi Matematik Moden
P. Seni Matematik
P. Jasmani Tambahan
Agama Islam Sains
Pendidikan Moral Fizik
Sejarah Kimia
Biologi
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi

Perhatikan mulai tingkatan IV sudah lebih banyak kursus diajar dalam


bahasa Inggeris. Satu kajian menunjukkan di peringkat SPM daripada
79 mata pelajaran, 19 saja akan diajarkan dalam bahasa Melayu.
Selebihnya, 47 dalam bahasa Inggeris dan 13 termasuk bahasa dan
kesusasteraan Mandarin dan Tamil dalam bahasa yang lain. Dengan
demikian bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantar utama
menyingkirkan bahasa kebangsaan.

37
Mengapa Kami Bantah!

Matrikulasi, Tingkatan VI Bawah dan Atas:


Hanya mata pelajaran dalam jurusan Sains dan Perdagangan
disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

IPTA
Di IPTA yang umum seperti UM dan UKM, hanya Fakulti Sastera dan
Sains Sosial, Akademi Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Islam
saja yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
sementara yang selebihnya, yang jauh lebih banyak jumlah kursusnya
dan pelajarnya akan menggunakan bahasa Inggeris. Jika dihitung
jumlah kursusnya barangkali tidak sampai 20% yang akan diajarkan
dalam bahasa kebangsaan. Yang 80% lagi dalam bahasa Inggeris.
Di IPTA yang lebih khusus seperti USM, UTM, UPM, UiTM, hampir
semua Fakulti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Jelasnya, di peringkat IPT sebagai peraturannya, bahasa
pengantar adalah bahasa Inggeris dan sebagai pengecualiannya
dalam beberapa kes tertentu bahasa pengantarnya bahasa Melayu.
Itulah kedudukan bahasa Melayu nanti, sebagai bahasa pelengkap
saja.

IPTS
Pada hari ini pun IPTS sudah rata-rata menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar kepada semua kursus. Jika ada yang meng-
gunakan bahasa lain daripada bahasa Inggeris, itu adalah pengecualian.
Jadi jelaslah bagi mereka yang mahu melihat dengan akal,
perubahan apa yang dikatakan sebagai dua mata pelajaran saja di
peringkat Sekolah Rendah adalah pada hakikatnya perubahan yang
amata radikal, perubahan kepada bahasa pengantar dalam seluruh
sistem pendidikan kita hari ini. Perubahan ini sudah mula dijalankan
sejak dibenarkan penubuhan IPTS lagi. Malahan sebelum ini pun, IPTA
sudah diarahkan untuk mengubah bahasa pengantar kepada bahasa
Inggeris walaupun secara lisan sahaja.
Rancangan ini sebenarnya rancangan jahat, mahu mengubah
secara berselindung, bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah
hingga ke peringkat universiti. Kebijaksanaan pemimpin hari ini ialah
merombak apa yang baik yang telah dibina dengan banyak pemikiran
dan pengorbanan oleh pemimpin kita dahulu.

Soalan 3
Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Inggeris suatu
kenyataan? Malahan pelajar di universiti pun masih mendapati sukar
membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris? Bagaimana hendak
mengatasi masalah ini?

38
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

Jawapan
Itu memang kenyataan. Ini masalah yang perlu diatasi. Kita perlu
mencari jalan bagaimana mengatasinya. Kita perlu fokuskan perhatian
kepada masalah itu, bukan menyimpang ke masalah lain. Apa sebab
pelajar kita tak boleh membaca dan faham bahan dalam bahasa Inggeris
sesudah 10 tahun belajar bahasa itu? Kita mesti cari sebabnya. Apakah
kaedah yang digunakan selama ini tidak tepat? Apakah gurunya tidak
dilatih dengan betul? Apakah masa yang diberikan tidak cukup? Atau
pelajar-pelajar kurang motivasi untuk belajar bahasa Inggeris?
Mungkinkah jumlah pelajar dalam darjah terlalu besar untuk
pengajaran bahasa secara berkesan?
Kita harus cari jawapan kepada soalan di atas dan cari jalan
bagaimana boleh menyelesaikannya. Inilah pendekatan yang rasional.
Bukan seperti kata Tan Sri Ainuddin, “Lain yang luka, lain yang
dibebat”. Jika masalahnya penguasaan bahasa Inggeris, carilah jalan
menguasai bahasa Inggeris, bukan libatkan mata pelajaran
Matematik dan Sains. Kalau belajar Matematik dalam bahasa Melayu
sudah susah, diajar dalam bahasa Inggeris akan berganda lagi
susahnya!
Kalau sudah sepuluh tahun belajar bahasa Inggeris, membaca pun
tak boleh, apakah fokusnya salah? Tiap-tiap hari radio dan tv kita
melaungkan kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk mendapatkan
ilmu sains dan teknologi terkini. Maknanya kemahiran bahasa Inggeris
yang perlu kita kuasai pertamanya, kemahiran membaca. Keduanya.
Kemahiran mendengar. Kemahiran bercakap dan menulis meng-
ikutinya.
Sekarang apakah fokus penguasaan bahasa Inggeris kita? Apakah
kita mahu anak-nak kita bercakap bahasa Inggeris seperti orang
Inggeris? Bahasa Inggeris Permaisurikah? Orang putih Australia pun
bercakap Inggeris dengan dialek mereka. Demikian juga orang Irish.
Orang Hitam Amerika punya dialek ucapannya tersendiri. Tumpu-
kanlah lebih dahulu kepada kemahiran membaca dan kemudian
mendengar. Peringkatkan bahan bacaan itu. Sudah itu baru
kemahiran yang lain. Ramai orang Europa mendapati sukar bertutur
dalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh membaca dan faham
dengan mudah bahasa itu. Ini kerana fokus pembelajaran bahasa
Inggeris mereka itu betul.

Soalan 4
Apa salahnya mencuba cara baru, iaitu mengajar Matematik dan
Sains dalam bahasa Inggeris? Bukankah dengan itu pelajar akan
menguasai kedua-dua mata pelajaran itu dengan baik dan sekali gus
menguasai bahasa Inggeris?

39
Mengapa Kami Bantah!

Jawapan:
Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam bahasa Inggeris `trial and error’
ini amat besar. Apa lagi ia melibatkan satu generasi manusia. Kita
harapkan anak-anak kita dapat menguasai Matematik dengan lebih
baik dan Sains dengan lebih baik sementara bahasa Inggeris mereka
bertambah baik. Tetapi ada juga kemungkinan ketiga-tiganya tambah
merosot. Dan kemungkinan ini cukup besar. Takut nanti anak-anak
kita jadi Lebai Malang moden. Bukan dapat kesemuanya tetapi
kesemuanya terlepas.

Soalan 5:
Kalau begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahan
sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil.

Jawapan:
Kita boleh saja mencuba kaedah yang baru. Boleh, malahan digalakkan.
Tetapi, pertamanya, kita mesti faham dulu mengapa kaedah yang lama
itu gagal. Apakah fokus kita salah. Kalau salah betulkanlah. Pusatkan
perhatian kepada membaca dan kefahaman lebih dahulu. Apakah
latihan guru kita tidak memuaskan. Yang mana tak memuaskan,
perbetulkanlah. Apakah masanya tak cukup? Kalau begitu, tambahlah
masanya. Sekolah kampung biasanya tak digunakan sebelah petang.
Gunakanlah untuk menampal apa yang kurang sebelah pagi.
Apakah usaha ini semua sudah dilakukan? Sehingga ini belum ada
bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains
dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam
bahasa pertama. Bereksperimen dengan manusia itu berbahaya sekali
kerana kita akan mengetahui kesalahannya hanya sesudah satu
generasi manusia terkorban.
Keduanya, kalau benar-benar mahu mencuba kaedah baru mengapa
tak buat dulu projek percubaan atau `pilot project’ dengan jumlah
pelajar yang kecil dan dalam keadaan yang terkawal. Mengapa terburu-
buru. Pejuang bahasa selalu sangat dituduh emosional. Tetapi apakah
tindakan kerajaan seperti ini rasional dan saintifik? Yang rasional dan
saintifik itu berdasarkan percubaan dan kajian kes.
Apa akan jadi kalau percubaan ini terbukti gagal sesudah 10-15
tahun nanti? Rakyat juga akan dipersalahkan. Merekalah yang bebal,
tidak mahu berubah, pemalas, jumud, dihasut oleh orang yang tak
sukakan kemajuan. Pemimpin akan berkokok mengutuk rakyat.
Kerajaan telah melakukan segala-galanya tetapi rakyat tak memberikan
sahutan yang setimpal. Tak dibicarakan lagi pada waktu itu apakah
kaedah yang dijalankan itu kaedah yang terbukti secara saintifik atau

40
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa! Tak boleh ditahan-tahan


lagi seperti orang nak melapas lakunya.

Soalan 6:
Apakah salahnya kalau kita tukar saja bahasa pengantar di sekolah
dan di IPT kepada bahasa Inggeris? Apa ruginya orang Melayu?
Bukankah kita sedang menghadapi globalisai? Apakah kita
menguasai bahasa Inggeris, kita menjadi warga dunia. Bukankah kita
boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara
maju?

Jawapan:
Pertama-tamanya, kita mesti faham apa makna dan implikasi globalisai
itu; baik buruknya. Buruknya globalisasi kerana ia dipacu oleh duit dan
teknologi. Teknologi dipergunakan oleh yang mempunyai kuasa wang
untuk menguasai pasaran supaya mereka mendapat lebih banyak
wang. Melalui media massa yang mereka kuasai, mereka boleh
menjangkau ke seluruh pelusuk dunia untuk mengiklankan dan
memasarkan produk mereka. Sebab itu anak kecil umur tiga tahun pun
sudah kenal McDonald. McDonald menjadi produk global.
Bagaimana kita mahu mengatasi ini? Apakah dengan memakai
seluar jin, makan DcDonald dan minum coca cola? Dengan itu kita
merasa diri kita sudah moden dan global? Jin bukan pakaian yang
paling selesa buat iklim kita, McDonald bukan makanan yang
berkhasiat dan Coca Cola banyak mengandungi gas yang tidak baik
buat kesihatan. Kata para ahli, untuk menghadapi globalisasi, kita
harus berfikir global dan bertindak tempatan. Ini nasihat yang baik.
Sebagai satu contoh dalam bidang makanan, kita perlu berfikir dan
bertindak dalam konteks bagaimana menjadikan roti canai dan sate
seperti McDonald, boleh dipasarkan di seluruh dunia. Nilai
makanannya tidak kurang daripada McDonald. Malah lebih baik.
Rasanya enak. Boleh juga dihidangkan dengan segera. Apabila kita
berfikir begitu, kita tak akan terus menerus menjadi pengguna, kita
akan juga menjadi pengeluar dan penjual.
Apa maknanya ini dalam konteks bahasa dan budaya? Maknanya,
kalau kita mahu hidup dalam dunia yang global ini, kita mesti
mempertahankan keperibadian kita, identiti kita, nilai-nilai murni
kita, budaya kita, bahasa kita. Dalam arus globalisasi yang kuat dan
deras ini, yang akan dapat bertahan adalah yang masih dapat berdiri
tegak dengan identitinya sendiri. Yang tidak dapat bertahan akan
hanyut dibawa arus. Hilang diri, hilang rupa, hilang budaya, hilang
bahasa. Maka itulah mempertahankan bahasa itu penting.

41
Mengapa Kami Bantah!

Sekadar satu contoh, Singapura dikatakan maju dari segi ekonomi.


Sistem pendidikannya menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Tidak lama dulu, satu tinjauan dibuat dan didapati
sebahagian besar anak muda Singapura keturunan Cina kesal
dilahirkan sebagai orang Cina. Kalau boleh pilih, mereka mahu jadi
Mat Salleh. Mereka sudah mengalami suatu krisis identiti. Sekarang
Singapura pun sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan
Mandarin dan bahasa ibunda yang lain. Dasar Pendidikan kita dibina
oleh pemimpin dulu dengan tujuan menjadikan kita semua orang
Malaysia dengan penuh kesedaran dan perasaan keMalaysiaan.
Menukarnya pada peringkat ini adalah suatu risiko yang besar.
Warga global itu suatu impian yang tidak mungkin menjadi nyata.
Kini kita menghadapi dunia unipolar. Apa yang berlaku sesudah
September 11 membuktikan Amerika Syarikat tidak akan membenarkan
sesiapapun menandinginya, apa lagi mencabarnya. Bagaimana hendak
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya? Dalam
keadaan demikian, kita mempunyai lebih peluang bertahan dengan
mengukuhkan keperibadian kita sendiri termasuk bahasa kita.
Sebahagian besar daripada kita perlu menguasai kemahiran membaca
dan mendengar dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu.
Sebahagian lagi dalam kedudukan tertentu perlu menguasai kemahiran
bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Menukar bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan kita untuk tujuan itu tidak perlu.
Ini menggadai maruah bangsa kita.

Soalan 7:
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan
proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa
Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?

Jawapan:
Cerita ini dimuatkan dalam The Star, 30 Jun 2002. Usaha meningkatkan
bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya sama sekali salah. Yang
ditekankan terutamanya kemahiran bertutur. Logiknya, kalau kita me-
merlukan bahasa itu untuk menimba ilmu, penekanan mestilah kepada
penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman selain mendengar.
Selain itu, sasarannya sama sekali sesat. Dikatakan, (terjemahannya)
“Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris
dengan memuaskan, Kerajaan Negeri akan berfikir untuk melancarkan
fasa kedua dari SEED, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam bahasa
Inggeris.”
Apa maknanya ini? Maknanya apabila pegawai-pegawai sudah
menguasai bahasa Inggeris maka surat menyurat rasmi akan dibuat
dalam bahasa Inggeris! Masya Allah! Apakah ini yang dikatakan

42
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik

perubahan bahasa pengantar tidak akan menjejaskan kedudukan


bahasa Melayu? Kita diberi tahu bahasa Inggeris itu perlu untuk
mendapatkan ilmu terkini. Sekarang baru jelas, tujuan sebenar Kerajaan
ialah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan. Dulu
pegawai kerajaan di seruh pulangkan surat yang tidak ditulis dalam
bahasa kebangsaan. Sekarang pegawai kerajaan digalakkan menulis
surat dalam bahasa Inggeris. Bila perubahan dasar ini diputuskan? Jadi
tidak benarlah hujah yang dilaung-laungkan selama ini kita perlu
menguasai bahasa Inggeris untuk meraih ilmu dan pengetahuan.
Sekarang terbukti ada udang di sebalik batu dalam usaha mengubah
bahasa pengantar Sains dan Matematik dari bahasa Melayu ke bahasa
Inggeris.

Soalan 8:
Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi
kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Bagaimana dengan jaminan
pemimpin-pemimpin kita bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan terjejas?

Jawapan:
Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa
sains dan teknologi maklumat. Apabila tidak digunakan sebagai bahasa
pengantar untuk sains, ekonomi, teknologi dan matematik di peringkat
sekolah dan IPT maka tidak akan ada buku teks dalam bidang-bidang
itu dalam bahasa Melayu. Istilah baru juga tidak akan diperlukan.
Apabila tidak menjadi bahasa sains, matematik, teknologi maklumat,
perubatan dan kejuruteraan, maka bahasa Melayu bukan lagi bahasa
moden, bukan lagi bahasa ilmu. Ia akan menjadi bahasa pasar saja.
Menurut seorang asing yang bekerja di sini, dia tidak ada masalah
menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana di negara ini. Di Pasar
Tani pun, bahasa Inggeris boleh difahami. Sila rujuk kartun dalam
akhbar The Star, 7 Julai 2002 yang mengungkapkan keadaan itu
dengan baik sekali.
Dampaknya dalam bidang penerbitan buku, majalah dan akhbar
juga dapat dibayangkan. Oleh kerana nanti pembaca tidak lagi mahir
membaca soal-soal teknologi dan sains dalam bahasa Melayu, maka
tidak ada siapa yang mahu menerbitkan buku dalam bidang-bidang
tersebut dalam bahasa Melayu. Majalah Mastika boleh terus kekal
dengan cerita alam ghaibnya untuk `memodenkan’ fikiran orang
Melayu tetapi majalah dalam bidang sains, teknologi, komputer dan
perubatan dalam bahasa Melayu tidak akan diterbitkan lagi. Malahan
ruang kesihatan, teknologi maklumat, pendidikan dan sains dalam
akhbar-akhbar Melayu akan bertambah kurang kerana pembaca baru
tidak lagi mahir membaca perkara-perkara ini dalam bahasa Melayu.

43
Mengapa Kami Bantah!

Penerbitnya akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang-ruang


ini dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar berbahasa
Inggeris saja. Pembaca akhbar bahasa Melayu nanti akan jadi seperti
pembaca akhbar tulisan Jawi hari ini. Utusan Melayu tidak lagi dapat
bertahan kerana jumlah pembacanya merosot. Kini berkuburlah ia.
Dari itu kita mesti mempertahankan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden, sebagai bahasa pengantar
semua bidang ilmu dari sekolah rendah hingga ke IPT. Hanya berpuas
hati dengan dendangan para pemimpin kita bahawa kedudukannya
mantap kerana telah termaktub dalam per-lembagaan tidak memadai.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden
pastilah akan terjejas. Pengkebumian Utusan Melayu bukti yang nyata.
Jika usaha mengubah bahasa pengantar di peringkat sekolah dan IPT
ini tidak kita cegah, tunggu sajalah saat apabila kita akan mentalqinkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Sains dan
Matematik akan dipacak sebagai batu nisannya.

44
4
BAHASA MELAYU AKAN PUPUS

Kamal Syukri

Kita perlu mempertahankan perkara-perkara dalam Perlembagaan


Persekutuan tersebut khususnya Perkara 152, iaitu tentang penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dan bukannya
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 152 tersebut.
Apabila isu penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran sains dan
matematik diperkatakan, ada beberapa perkara yang sengaja disebut
bagi menimbulkan kekeliruan, iaitu:
1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri kita.
2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris akan
memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar.
3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris.
4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan matematik
sahaja.
5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa dalam proses globalisasi kini.
6. Tanpa Bahasa Inggeris Kita tidak boleh maju. Banyak negara
sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa Inggeris,
termasuklah negara Jepun, China dan Korea.
7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan
teknologi diajar dalam bahasa Inggeris.
Soalan-soalan di atas dijawab seperti berikut. Semoga apa yang
dikelirukan tidak menjadi masalah berpanjangan.
Mengapa Kami Bantah!

1. Menguasai bahasa Inggeris tidak mengurangkan jati diri


kita
Belajar bahasa Inggeris malah bahasa apa sekalipun amat berfaedah
dan tidak menjejaskan jati diri kita atau mana-mana bangsa. Tetapi
janganlah terhad kepada bahasa Inggeris sahaja, malah jika mampu
kuasailah juga bahasa ”antarabangsa” yang lain seperti Mandarin,
Jepun, Arab, Jerman, Korea, Rusia dan lain-lain. Malah bahasa
Mandarin misalnya bukan sahaja merupakan bahasa yang paling
banyak penutur jatinya tetapi juga bahasa bagi bilangan penutur yang
kedua banyaknya di negara kita. Dengan munculnya negara China
sebagai ”naga” ekonomi dalam era baru ini, keperluan untuk
menguasai bahasa Mandarin pastinya meningkat dengan faedah yang
besar sekali. Tentang penguasaan bahasa Inggeris tidak ada sesiapa pun
yang bercanggah tentang hal ini. Kita akui bahasa Inggeris penting
khususnya di negara kita. Suka atau tidak kita mesti dan perlu
menguasainya. Bagi tujuan tersebut, secara langsung atau tidak
langsung dalam sistem pendidikan kita telah menetapkan bahasa
Inggeris sebagai ”bahasa kedua” terpenting selepas bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu, malah sebagai ”bahasa asing” yang paling
penting. Ini sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bahawa
kepentingannya tidak diabaikan oleh pemerintah dan kita semua
walaupun dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan. Tidak
ada sesiapa seharusnya dibenarkan menentang pengajaran bahasa
Inggeris tersebut atas apa alasan sekalipun, misalnya atas alasan bahasa
Inggeris merupakan bahasa penjajah. Cumanya sejauh mana berkesan
pengajaran dan penguasaan bahasa Inggeris tersebut merupakan suatu
persoalan lain yang dapat dibincangkan dalam skopnya yang tersendiri.
Ruang, peluang, keizinan dan sebagainya telah diberi dan disediakan
secukupnya dalam sistem pendidikan negara kita dari peringkat
sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat universiti iaitu meliputi
tempoh masa sekurang-kurangnya dua-belas tahun, mata pelajaran
bahasa Inggeris terdapat dalam kurikulum yang telah dirancang.

2. Mengajar sains dan matematik melalui bahasa Inggeris


akan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris pelajar
Sekali imbas kelihatan seolah-olah kenyataan tersebut benar.
Sebenarnya ini bercanggah dengan teori pembelajaran. Kita kononnya
akan cekap berbahasa Inggeris dengan mempelajari suatu mata
pelajaran lain, sedangkan kita sepatutnya mempelajari mata pelajaran
yang hendak kita kuasai itu. Hal ini kelihatan agak lucu kerana jika
penguasaan bahasa Inggeris kita lemah atau sebenarnya lemah
berdasarkan kenyataan yang tergambar pada setiap tahun apabila
keputusan peperiksaan awam diumumkan (seperti UPSR, PMR, SPM)
bagaimanakah pula dengan mata pelajaran yang dipelajari dalam

46
Bahasa Melayu akan Pupus

bahasa Inggeris tersebut? Dapatkah kita menguasainya? Sebilangan


pelajar Melayu juga pada umumnya lemah dalam sains dan matematik,
sedangkan selama ini mereka mempelajarinya dalam bahasa Melayu.
Tentunya sesuatu yang aneh jika dikatakan mereka ini akan menguasai
sains dan matematik dengan mempelajarinya dalam bahasa yang lain
pula yang penguasaan mereka juga lebih lemah berbanding bahasa
Melayu.
Hanya segelintir pelajar sahaja yang mungkin akan dapat menguasai
sains dan matematik sekalipun dalam bahasa Inggeris. Adakah kita
bertujuan hanya untuk ”memandaikan” segelintir pelajar sahaja yang
mungkin daripada kumpulan elit dan berada, sedangkan sebilangan
besar yang lain kita abaikan? Tentunya tidak dan tidak sepatutnya hal
ini dibiarkan berlaku. Malangnya, kita mungkin terlupa akan kesan
negatif tersebut kerana terlalu ghairah dengan matlamat yang kabur
dan mengelirukan. Dan tidakkah kita sebenarnya memburukkan lagi
keadaan sedia ada? Ini bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan
oleh banyak cendekiawan bahawa ”lain yang luka lain yang dibebat”,
atau ”tiada beban batu digalas”. Jika kita hendak menguasai mata
pelajaran sejarah atau geografi misalnya, sejarah dan geografilah yang
utamanya yang perlu kita pelajari, beri perhatian dan tumpuan
daripada pelbagai aspek pengajaran seperti isi kandungan, kaedah,
bahan bantu dan sebagainya dan bukannya mata pelajaran lain seperti
matematik misalnya. Secara jujur tidak dinafikan mungkin kita akan
mendapat sedikit fakta atau maklumat tentang sejarah atau geografi
daripada pelajaran matematik, tetapi itu amat terhad, sekadar fakta
atau maklumat sahaja dan bukan ”ilmunya”. Perbandingan yang sama
dapat dibuat seperti berikut iaitu tidak mungkin seorang Jerman atau
Sepanyol itu akan cekap berbahasa Melayu dengan mempelajari sains
dan matematik dalam bahasa Melayu berbanding jika dia mempelajari
mata pelajaran bahasa Melayu itu sendiri.

3. Banyak istilah dan bahan rujukan berkaitan mata pelajaran


sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
Terdapat juga pandangan bahawa istilah sains dan teknologi serta
bahan rujukan banyak didapati dalam bahasa Inggeris atau berbau
Inggeris. Justeru ”lebih baiklah” kita mempelajarinya terus dalam
bahasa Inggeris? Sebenarnya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang
baru wujud. Istilah atau bahan rujukan tersebut sudah lama wujud
malah terus wujud semasa berlangsungnya Dasar Pendidikan
Kebangsaan selama kira-kira 30 tahun (1972 – 2002). Dianggarkan lebih
5.4 juta pelajar telah mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan dari
peringkat rendah hingga menengah dan sehingga ke peringkat ijazah
asas sekurang-kurangnya melalui bahasa penghantar bahasa Melayu
dan ribuan daripada mereka ini yang telah berjaya sehingga ke

47
Mengapa Kami Bantah!

peringkat sarjana, kedoktoran, menjadi profesional, jurutera, doktor,


saintis, teknokrat dan sebagainya malah yang turut melahirkan para
sarjana baru yang seterusnya sama ada melalui pengajian dalam negara
mahupun di luar negara. Inilah bukti kejayaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Melalui bahasa
Melayu kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh sejumlah besar
mereka selama ini. Sumbangan merekalah antara lain yang telah
menjadikan negara kita maju setidak-tidaknya seperti sekarang ini.
Tidakkah jelas lagi apa yang berlaku kini kita seolah-olah surut ke
belakang, menafikan kejayaan yang telah dikecapi berasaskan jati diri
dan acuan sendiri seperti yang dicanangkan apabila berbicara tentang
kemajuan negara yang dikehendaki. Kita nampaknya hanya men-
canangkan acuan sendiri dan jati diri tanpa memahami apakah yang
kita maksudkan dengan jati diri tersebut. Dahulunya kita beransur-
ansur menukar bahasa penghantar daripada bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu. Kini sebaliknya pula yang kita lakukan. Tidakkah sia-
sia sahaja usaha kita dahulu menulis, menterjemah dan menerbitkan
pelbagai istilah, kamus, buku dan rujukan dalam bahasa Melayu?
Jika bahasa Inggeris telah dikuasai, tidak menjadi masalah lagi sama
ada banyak buku rujukan atau semua buku rujukan adalah dalam
bahasa Inggeris. Yang perlu dikuasai sebenarnya ialah ”ilmu”. Bahasa
hanyalah sebagai alat atau wahana ke arah pemerolehan ilmu tersebut.
Penguasaan bahasa yang kukuh belum tentu menjadikan seseorang itu
berilmu tinggi. Seorang penganggur atau ”tukang sapu” di kota
London atau New York tetap seorang penganggur atau ”tukang sapu”
walaupun kemahirannya bahasa Inggerisnya ”mengalahkan” seorang
profesor di universiti negara ini (tanpa menafikan bahawa profesor di
sini tetap perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik). Kita perlu
”adil” di sini untuk meletakkan sesuatu itu pada tempat yang
sepatutnya seperti yang selalu dikatakan oleh Profesor Syed Naguib al-
Attas. Sekadar bermaklumat atau mempunyai fakta belum menentukan
bahawa kita berilmu. Istilah, kata dan sebagainya dapat dirujuk pada
kamus, tetapi ilmu akan lebih teresap melalui bahasa yang kita lebih
mahir seperti firman Tuhan yang bermaksud ”tidak Aku turunkan nabi
dan rasul melainkan daripada kaumnya sendiri agar mereka lebih
faham atau mengerti”. (surah Ibrahim: ayat 4).
Walaupun banyak istilah bersumberkan bahasa Inggeris atau bahasa
lain (dan hal ini berlaku dalam semua bahasa termasuk bahasa
Inggeris), tetapi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan yang
dipertanggungjawabkan melalui pelbagai jawatankuasa istilah dan
bidang ilmu, telah membangunkan hampir sejuta istilah bagi ratusan
bidang ilmu sebagai rujukan dan kegunaan kita semua. Usaha tersebut

48
Bahasa Melayu akan Pupus

telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu serta pastinya terus


dilakukan. Segala usaha itu perlu dimanfaatkan dengan peng-
gunaannya khususnya dalam bidang pengajian. Malang sekali jika
usaha tersebut dihentikan, atau terpaksa dihentikan akibat tidak
digunakan lagi, atau segala yang telah diusahakan dibiarkan begitu
sahaja terperap dalam halaman kamus, buku dan sebagainya. Istilah,
kata, ilmu yang tidak digunakan akhirnya akan berkubur begitu sahaja.
Beberapa contoh dapat direnung seperti nasib yang telah menimpa
bahasa Latin, bahasa Inggeris tua atau Anglo Saxon, bahasa Hawai
yang telah ”mati” sedangkan pada suatu ketika pernah menjadi bahasa
pentadbiran dan bahasa ilmu.

4. Perubahan ini melibatkan mata pelajaran sains dan


matematik sahaja
Merujuk persoalan keempat iaitu pada awalnya dahulu dikatakan
bahawa melibatkan cuma dua mata pelajaran sahaja, jelas sekali
bahawa perkara tersebut tidak benar. Mata pelajaran sains dan
matematik di peringkat rendah akhirnya di peringkat menengah
menjadi mata pelajaran sains, sains tambahan, fizik, kimia, biologi,
matematik, matematik tambahan dan seterusnya meliputi mata
pelajaran yang bersekutu dengannya iaitu mata pelajaran teknik seperti
berpuluh-puluh mata pelajaran teknik, vokasional dan kejuruteraan. Di
peringkat universiti pula mata pelajaran sains dan matematik dan yang
bersekutu (berunsur sains dan teknologi) semakin bertambah lagi
jumlah mata pelajarannya di peringkat jabatan pengajian, fakulti dan
apabila dihitung dengan jumlah semua mata pelajaran tersebut bagi
semua jabatan, fakulti dan universiti awam apatah lagi swasta, mata
pelajaran yang telah berbahasa Inggeris mencapai ribuan jumlahnya
dan ini dianggarkan melebihi 90% mata pelajaran. Hanya tinggal kira-
kira 10% mata pelajaran sahaja berbahasa Melayu iaitu mata pelajaran
berunsur sastera, pengajian Melayu dan pengajian berkaitan agama
Islam. Keadaan ini samalah seperti yang berlaku dalam era awal
kemerdekaan dan pembangunan pengajian tinggi di negara ini.
Tegasnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi
telah hilang dan dihakis secara langsung dan tidak langsung akibat
penggunaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya terhad dan se-
benarnya ”dimampukan” untuk menyampaikan ilmu yang ”dianggap”
kurang penting atau ”biasa-biasa” sahaja. Siapakah yang meletakkan
nilai dan taraf keilmuan serta kemampuan bahasa Melayu serendah ini?
Bahasa Melayu itu sendirikah atau ketidaksedaran, kealpaan, ke-
tidakyakinan, rendah diri atau kebodohan bangsanya atau kesemua
faktor tersebut yang telah menyumbang sehingga tumbangnya bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi.

49
Mengapa Kami Bantah!

5. Kita tidak dapat menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa


antarabangsa dalam proses globalisasi kini
Bahasa Inggeris pada awalnya dahulu tidak diyakini untuk menjadi
bahasa ilmu di England berbanding bahasa Latin, bahasa Jerman juga
tidak diyakini untuk menjadi bahasa ilmu untuk membangun bangsa
Jerman berbanding bahasa Perancis, bangsa Jepun juga pada suatu
ketika dahulu sebelum era maharaja Meiji lebih meyakini bahasa
Jerman dan Rusia lebih mampu memberinya kemajuan berbanding
bahasa Jepun. Tetapi setelah bangsa-bangsa tersebut sedar dari mimpi
dan berjuang membangunkan kepustakaan bahasa sendiri akhirnya
pada hari ini kita melihat bangsa tersebut maju dengan bahasa, budaya
dan acuan serta jati diri mereka sendiri tanpa mengetepikan
penguasaan hal-hal lain termasuk bahasa lain. Mereka tidak menolak
akan penguasaan bahasa asing yang lain termasuk bahasa Inggeris.
Malah sebenarnya usaha dilakukan bagi menguasai beberapa bahasa
yang penting seperti bahasa Mandarin, Jerman, Rusia, Sepanyol,
Perancis, malah bahasa Melayu (Indonesia). Bahasa-bahasa tersebut
diajarkan di peringkat sekolah dan fakulti di universiti. Jelas
penumpuan mereka tidak terhad kepada bahasa Inggeris sahaja.
Walaupun disebut tentang globalisasi atau dunia tanpa sempadan
seperti pandangan yang diutarakan oleh Francis Fukuyama dan Kenichi
Ohmae, tetapi globalisasi juga sebenarnya menambahkan pengukuhan
dan keperluan bahawa kerana itulah juga identiti sesuatu negara atau
bangsa itu perlu dipertahankan daripada hanyut dibawa arus deras
globalisasi tersebut. Tanpa acuan sendiri dan jati diri yang kukuh,
sesuatu negara bangsa atau bangsa tersebut akan lenyap oleh unsur
luaran yang lebih berpengaruh. Generasi baru Jepun misalnya
dibimbangi kehilangan budaya dan jati diri akibat globalisasi tersebut.
Yang sebenarnya berlaku ialah proses ”amerikanisasi”. Bahasa dan
budaya merupakan unsur utama bagi maruah, jati diri dan acuan
sesuatu bangsa. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa walaupun
globalisasi dikatakan telah melanda dunia, pelbagai usaha dibuat oleh
negara-negara tertentu khususnya negara besar seperti Amerika
Syarikat dan Eropah. Pakatan atau blok-blok tertentu diwujudkan demi
menjaga kepentingan berkaitan keselamatan dan ekonomi mereka
misalnya melalui penggunaan mata wang khas dan syarat-syarat per-
dagangan yang lebih menguntungkan mereka. Jepun sendiri
mengenakan pelbagai sekatan misalnya bagi kemasukan beras dari
Amerika Syarikat yang tidak seberapa itu yang tetap dibimbangi
berupaya ”mengancam” para petani Jepun.

50
Bahasa Melayu akan Pupus

6. Tanpa bahasa Inggeris kita tidak boleh maju. Banyak negara


sekarang memberi tumpuan untuk menguasai bahasa
Inggeris, termasuklah negara Jepun, China dan Korea
Perlu juga diingatkan dan dinyatakan di sini bahawa walaupun semua
negara tersebut seperti China, Jerman, Perancis, Korea dan Jepun
memberi tumpuan kepada penguasaan bahasa asing khususnya bahasa
Inggeris oleh rakyatnya, tetapi mereka sekali-kali tidak mengubah
bahasa penghantar bagi mata pelajaran berunsur sains dan matematik
kepada bahasa Inggeris. Mereka sedar akan kepentingan menguasai
bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, tetapi hanyalah sebagai wahana
atau perhubungan antarabangsa dan bukannya sebagai bahasa budaya
bangsa atau bahasa untuk pembangunan atau kemajuan bagi negara
mereka. Tamadun bangsa perlu dibangunkan atas acuan dan jati diri
sendiri sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh semua sejarah
tamadun besar dunia atau tamadun bangsa yang besar seperti tamadun
Yunani, Cina, India, Arab, Eropah dan lain-lain. Sehingga kini belum
ada tamadun bangsa di dunia yang dibangunkan dengan bahasa yang
berlainan daripada bangsa bertamadun tersebut. Kita seharusnya
menjadi bangsa pengeluar produk barangan dan ”ilmu”dan ”pencipta
ilmu” yang berinovasi dan kreatif, bukan sekadar ”bangsa pengguna”
atas tamadun bangsa lain. Kreativiti dan ketulenan lahir melalui
budaya dan penggunaan bahasa sendiri. Hal ini selalu ditegaskan
dengan bukti yang jelas oleh para ilmuwan negara kita khususnya oleh
Profesor Abdullah Hassan.

7. Martabat bahasa Melayu tidak terjejas walaupun sains dan


teknologi diajar dalam bahasa Inggeris
Ada juga pandangan yang dikemukakan dengan mengatakan bahawa
bahasa Melayu tetap dimartabatkan walaupun bahasa Inggeris di-
gunakan bagi mata pelajaran berunsur matematik, sains dan teknologi.
Pandangan ini juga sebenarnya jelas mengelirukan kita. Bahasa Melayu
belum dimartabatkan dalam erti yang sebenarnya jika hanya digunakan
sebagai bahasa perpaduan dan perhubungan, sekadar bahasa untuk
”sembang-sembang” sahaja dan apabila memasuki bilik-bilik darjah
atau dewan kuliah bahasa Melayu itu tidak berfungsi lagi, sedangkan
itulah peranannya yang paling utama dan bererti, sebagai bahasa
pengucapan ilmu, meliputi semua bidang ilmu termasuk sains dan
teknologi. Bagaimanakah mungkin bahasa Melayu khususnya sebagai
bahasa ilmu dikatakan terus bermartabat apabila daripada hampir 100%
mata pelajaran dalam bidang pendidikan meliputi bidang sastera, sains

51
Mengapa Kami Bantah!

dan teknologi dari peringkat sekolah hingga di universiti yang selama


kira-kira 30 tahun diajar dalam bahasa Melayu melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan, tiba-tiba cuma tinggal kira-kira 10% sahaja
bidang pengajiannya berbahasa Melayu?. Apatah lagi yang tinggal
berbahasa Melayu cuma bidang pengajian am, sastera dan bahasa
Melayu serta pengajian agama sahaja. Tidakkah sebenarnya sama ada
diakui atau tidak bahasa Melayu sebenarnya telah diturunkan
martabatnya dan dihadkan kemampuannya hanya sebagai bahasa
pengucapan sastera, agama dan bidang umum sahaja. Lantas yang
berlaku sebenarnya ialah bahasa Melayu hilang terus peranannya
dalam bidang sains dan teknologi, tidak berfungsi malah tidak mustahil
terus ”mati” kerana tidak ada keperluan lagi khususnya oleh
pensyarah, pelajar dan lain-lain untuk menggunakan bahasa Melayu
lagi sama ada kata, istilah, buku, rujukan dan sebagainya. Justeru kita
amat berharap sebarang perubahan atau pindaan yang dilakukan
berkaitan dengan peranan bahasa Melayu di negara ini benar-benar
memperkasakan dan menguntungkan serta memberi nafas ke arah
penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
bahasa sains dan teknologi kerana sains dan teknologi dalam era kini
dan akan datang mempengaruhi hampir seluruh kehidupan, kemajuan
dan pembangunan kita dan negara ini. Bahasa Melayu hanya akan
terus maju dan berkembang apabila digunakan seiring dengan usaha-
usaha tersebut. Jika ditinggalkan, tidak mustahil dalam masa yang
tidak terlalu lama kita akan melihat ”kehancurannya”. Kita tidak
sepatutnya melihat dan membiarkan ’hang nadim” dibunuh lagi atau
menyaksikan peristiwa ”maharaja dengan baju barunya” seperti dalam
cerita klasik atau cerita rakyat. Pengajaran daripada cerita klasik dan
cerita rakyat tersebut sepatutnya sentiasa terpahat pada setiap masa
dalam sanubari setiap daripada kita rakyat negara.
Kemajuan yang dicapai oleh bangsa Arab suatu ketika dahulu,
bangsa Eropah seperti Inggeris, Perancis dan Jerman, bangsa Cina,
bangsa Korea dan Jepun jelas membuktikan kemajuan bukanlah milik
mutlak mana-mana bangsa, bahasa atau negara tetapi milik semua
bangsa yang telah berusaha dan bukti di depan mata ialah mereka yang
berusaha melalui budaya, acuan, jati diri dan bahasa mereka sendiri.
Kita selalu menyebut acuan sendiri dan jati diri. Tetapi jarang sekali
kita memperihalkan apakah sebenarnya maksud acuan sendiri dan jati
diri tersebut. Adakah bahasa dan budaya Inggeris itulah acuan dan jati
diri kita, hanya disebabkan kita perlu menguasai bahasa itu?
Tidakkah dalam konteks negara kita Malaysia ini, bahasa Melayu
adalah antara aspek terpenting yang sepatutnya menjadi pengisian
utama bagi acuan dan jati diri itu selain budaya dan sebagainya? Inilah
jati diri dan acuan yang membezakan antara negara kita dengan negara
lainnya.

52
Bahasa Melayu akan Pupus

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA SAINS DAN


TEKNOLOGI
Menyedari bahawa kita pernah disaran agar menyampaikan perkara
yang benar seperti yang pernah dan telah dilaporkan dalam akhbar
beberapa kali (bukan yang “manis-manis” atau berpura-pura dengan
maksud untuk memuji atau menggembirakan hati sahaja..) maka
dinyatakan di sini akan suara hati (yang penulis percaya bukan suara
hati penulis seorang sahaja malah jutaan mereka yang lain
juga..terutama ibu bapa yang tinggal di kampung dan desa..serta
mereka yang “benar-benar” sayang akan negara ini, punya jati diri
yang kental, sayang bangsanya, ingin bangsanya maju melalui bahasa
sendiri, sayang bahasa negara ini iaitu bahasa kebangsaan (bahasa
Melayu) yang perlu dinobatkan dalam erti kata yang sebenarnya.
Bukan hanya berpura-pura dan berpuas hati sekadar “didaulatkan dan
dimartabatkan” di dalam buku Perlembagaan Malaysia sahaja,
sedangkan di alam nyata bahasa kebangsaan sebenarnya terpinggir dan
dipinggirkan, peranannya dihakis khususnya dalam bidang sains dan
matematik waima telah “ terbukti berjasa” selama kira-kira 30 tahun
dalam dunia pendidikan di negara ini.
Kita boleh mencetak berjuta-juta buku Perlembagaan yang
mendaulatkan bahasa Melayu, tetapi bagaimana dengan amalannya?
Amalanlah yang sebenarnya akan menentukan sejauh mana kita
mencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kata-kata ini pernah
diucapkan oleh mantan Perdana Menteri sendiri semasa merasmikan
pelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada tahun 1987 dahulu.
Justeru sebagai rakyat di bumi yang dikatakan “merdeka” ini dan
dengan amalan sistem demokrasinya, penulis memohon sedikit
perhatian khusus daripada semua pihak yang berkenaan dan pucuk
pimpinan negara ini, dengan segala pertimbangan berikut yang selaras
dengan pandangan para ilmuwan, ahli akademik, ahli bahasa dan
pejuang bahasa, agar mengkaji semula pelaksanaan pengajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang telah dibuat “secara
tergesa-gesa” sebelum ini, tanpa mengambil kira pandangan banyak
dan terbuka, tetapi cuma mengambil pandangan “segelintir” sahaja
mereka yang “cetek fikiran bahasanya”, tidak sayang akan bahasa
sendiri, dan terlalu terpesona dengan bahasa Inggeris atau apa-apa
sahaja yang berbau Inggeris – sebab kalau sayang mengapa “disekat”
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains/matematik/
teknologi..??? (seperti yang pernah diingatkan oleh Abdullah Munsyi
pada abad ke-19 lagi, iaitu tidak ada bangsa lain di dunia yang sanggup
membuang bahasanya sendiri melainkan bangsa Melayu..,…kini
dibuangnya peranannya dalam bidang sains dan teknologi), maka demi
kepentingan anak kami dan bangsa dan bahasa Melayu seluruhnya,
pertimbangkanlah hal ini kerana:

53
Mengapa Kami Bantah!

Kerisauan kami (..sebenarnya termasuklah jutaan ibu-bapa yang


merupakan…petani, pekebun, buruh, pekerja kilang, peniaga runcit,
pekerja biasa kumpulan c, d dan pekerja am dll.) ribuan anak-anak
sekolah di seluruh negara, kecualilah segelintir ibu bapa yang anaknya
bersekolah di Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya,
Taman Melawati, Bangi, Ipoh, Johor Bahru dan beberapa bandar lagi,
dan kecualilah juga anak para profesor, pensyarah, guru, jurutera, ahli
korporat, tan sri-tan sri, datuk-datuk ..
Kerisauan akan nasib ratusan ribu anak kami dan anak-anak sekolah
yang sedang atau nantinya terpaksa belajar sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris, sedangkan kami langsung tidak dapat membantu anak
kami di rumah seperti sebelum ini, yang bolehlah juga menengok-
nengok sedikit latihan matematik dan sains mereka.
Peratus pelajar di sekolah yang lulus bahasa Inggeris UPSR, PMR
dan SPM dengan baik dan yang pandai berbahasa Inggeris setiap tahun
amat rendah khususnya di kampung-kampung..dan di hulu-
hulu…yang banyak anak-anak Melayu (tanpa menafikan memang
terdapat juga mereka yang baik). Bahasa Melayu pun banyak yang
gagal atau sekadar “cukup makan”... apatah lagi bahasa Inggeris!
Kalau dulu anak kami terkial-kial belajar bahasa Inggeris, tetapi bagi
mata pelajaran sains dan matematik tidaklah banyak masalah…kini
mereka terpaksa pula terkial-kial dalam 2 lagi mata pelajaran kerana
dipelajari dalam bahasa Inggeris. Alangkah baiknya jika mereka cuma
terkial-kial dalam satu pelajaran iaitu bahasa Inggeris sahaja (dan kita
bantu secukupnya), daripada menambah pula satu masalah menjadi 3
masalah. Kami tidak mahu jadi seperti kata pepatah Melayu “tak cukup
beban, batu digalas”.
Kerisauan akan bahasa ibunda kami, bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara ini bakal menemui kehancuran bagi bidang ilmu
sains, matematik dan teknologi (sebab mata pelajaran sains dan
matematik dan yang bersekutu dengannya bukan dua jumlahnya tetapi
berpuluh-puluh malah beratus-ratus dari peringkat rendah hingga ke
universiti). Bagaimana bahasa Melayu akan berkembang sepenuhnya
jika tidak digunakan sebagai penghantar ilmu atau dihadkan kepada
beberapa bidang ilmu tertentu sahaja? Kitalah yang telah ”membunuh
kemampuannya” dan bukannya bahasa itu yang tidak mampu mem-
bincangkan segala ilmu tersebut. Perkembangan bahasa Melayu perlu
seiring dengan perkembangan sains dan teknologi seperti terbukti
dalam sejarah tamadun besar di dunia ini.
Kami juga melihat setidak-tidaknya fakta kelulusan bahasa Inggeris
PMR seluruh negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2002 dan
2003 sahaja, seperti yang dilaporkan dalam akhbar harian, me-

54
Bahasa Melayu akan Pupus

nunjukkan kelemahan pelajar yang ketara dalam bahasa Inggeris.


Dalam kedua-dua tahun kelulusan bahasa Inggeris ialah kira-kira 69%.
Nampak macam peratus lulus agak besar iaitu kira-kira 70%. Tetapi
jumlah yang gagal bahasa Inggeris juga bukan sedikit iaitu 30 – 31%.
Dan jangan pula kita lupa iaitu yang lulus tadi pun termasuk yang
dapat 7 dan 8. Sepandai manakah bahasa Inggeris pelajar yang dapat
setakat 7 dan 8? (lulus tapi sangat lemah lulusnya). Kita andaikanlah
daripada 69 – 70% pelajar yang lulus bahasa Inggeris (iaitu yang
mendapat 1 hingga 8), 10% sahaja yang mendapat 8 dan 10% sahaja
yang mendapat 7. Ini sudah menjadi 20% dan ditambah dengan kira-
kira 30% yang gagal terus tadi, maka jumlah pelajar yang sangat lemah
bahasa Inggeris menjadi 50%. Oleh itu:………..
di manakah logiknya anak-anak itu perlu belajar sains dan
matematik dalam BAHASA YANG MEREKA SANGAT LEMAH
sedangkan anak-anak itu ada SATU bahasa (yang 100% pelajar tadi
faham) yang memampukan mereka untuk belajar iaitu bahasa Melayu
yang telah kira-kira 30 TAHUN terbukti “mengajar” sains dan
matematik kepada IBU-BAPA (termasuk kami), ABANG-ABANG, dan
KAKAK-KAKAK mereka? (..dan dari kumpulan inilah yang telah
menjadi ribuan pensyarah, profesor, jurutera, teknokrat, saintis, dsbnya
yang telah menyumbang ke arah kemajuan sehingga menjadikan
Malaysia seperti hari ini). ..dan
di manakah logiknya, pelajar yang “LEMAH MATEMATIK &
SAINS” itu, untuk lebih faham dan pandai ( matematik dan sains) mesti
belajar dalam bahasa yang mereka “kurang pandai”..DAN itu lebih
baik???,.. daripada belajar dalam bahasa yang mereka sudah
pandai…bahasa Melayu???. Cuma kira-kira 50% sahaja pelajar yang
agaknya “menguasai” bahasa Inggeris iaitu yang dapat 1 hingga 6
(dengan mengandaikan yang dapat 6 itupun sudah bagus
Inggerisnya..itu pun jika betul andaian ini).
Sebagai contoh…jika pelajar lemah dalam Sejarah..tentulah ada yang
“tidak kena” dengan pelajaran Sejarah…misalnya cara pengajaran guru,
kurang guna alat bantu, sikap pelajar sendiri terhadap Sejarah dll.
Tentunya kita tidak boleh salahkan guru Geografi atau guru mata
pelajaran lain. Ini samalah dengan kelemahan bahasa Inggeris.
Logiknya tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan pengajaran
bahasa Inggeris itu sendiri..cara mengajar, bahan mengajar, kurikulum,
kandungan/isi, sikap negatif pelajar, dsbnya.
Takkanlah kita nak katakan pelajar lemah bahasa Inggeris (BI), sebab
mereka belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu (bahasa
Melayu pula yang “disalahkan” dan “dihukum”???). Ini nampaknya
seperti lagu “Bangau oh Bangau!”. Jika begini (senanglah nampak-
nya..dan “berehatlah” guru BI) tak perlulah “diperbaiki” apa-apa

55
Mengapa Kami Bantah!

tentang guru bahasa Inggeris, kemahirannya, alat/bahan yang


digunakan, cara/kaedah mengajar dsbnya.
Pelajar lemah bahasa Inggeris bukan kerana sikap negatif mereka
dan pengajaran, kaedah, cara, bahan, kandungan, kurikulum bahasa
Inggeris itu sendiri???….tetapi kerana bahasa Melayu digunakan untuk
mengajar sains dan matematik….??? ISUNYA IALAH BAHASA
INGGERIS, DAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS…JADI
MENGAPAKAH PULA SAINS DAN MATEMATIK YANG
“DIKACAU”??? Seperti Sejarah tadi…sejarahlah yang diteliti, janganlah
pula Geografi yang “dikacau”. Tambahan pula ada BAHASA LAIN
yang dapat dipelajari/dikuasai oleh pelajar kita (termasuk pelajar
Melayu) juga dalam tempoh yang singkat/tidak terlalu lama…seperti
bahasa Jepun, Jerman, Perancis, Arab dll.!. Sebagai contoh rasanya
belum pernah kita mendengar kenyataan yang tidak betul seperti
ini….pelajar Jepun lemah bahasa Inggeris sebab mereka belajar sains
dan matematik dalam bahasa Jepun, atau pelajar Finland lemah bahasa
Inggeris sebab mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa
Finnish…?
Kami juga melihat anak-anak bukan Melayu termasuk rakan kami,
selama ini banyak juga yang tetap cekap berbahasa Inggeris (lisan dan
tulisan) walaupun kira-kira 30 tahun mereka (termasuk kami) belajar
sains dan matematik dalam bahasa Melayu juga (bukan sahaja di sek.
menengah malah di universiti).
Ini sekali lagi membuktikan bahawa bukanlah kerana matematik
dan sains dan macam-macam lagi diajar dalam bahasa Melayu, maka
anak-anak Melayu lemah bahasa Inggerisnya. Kami amat berharap agar
“ubat yang diberi betul dengan penyakitnya”..(seperti yang Y.A.B.
Datuk Seri sendiri pernah katakan..yang dilapor di akhbar)… sebab
ubat yang salah akan menyebabkan penyakit lain pula. Bahasa Melayu
yang diajar dalam bahasa Melayu pun banyak pelajar Melayu yang
lemah dan gagal..kerana sikap..apatah lagi bahasa Inggeris..!
Walau apapun kami tetap menyokong segala usaha untuk
mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak kami dengan
segala usaha yang sepatutnya seperti mewajibkan kelulusan/kepujian
bahasa Inggeris (peringkat UPSR, PMR dan SPM..sebab tanpa
mewajibkan lulus atau kepujian, pelajar biasanya bersikap tidak
mengambil kisah), menambah masa bahasa Inggeris, dan yang penting
mempelbagai/kaedah dan bahan, memperbanyak penggunaan multi-
media dan komputer bagi pengajaran bahasa Inggeris, guru-guru
memperbaiki dan mempelbagai kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan
sebagainya.
..TETAPI BUKANLAH dengan cara menghakis peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya daripada bidang sains dan

56
Bahasa Melayu akan Pupus

teknologi. Janganlah bahasa Melayu dikorbankan dan dijadikan


mangsa, sedangkan banyak cara lagi yang lebih wajar dilaksanakan
untuk memajukan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini kerana kami amat
menyedari bahawa tidak ada negara di dunia ini yang maju dengan
bahasa orang lain. Semuanya telah maju dan tetap maju dengan bahasa
sendiri. Sekadar beberapa contoh dipaparkan di bawah ini:
Denmark maju dengan bahasa Denmarknya.
Sweden maju dengan bahasa Swedishnya (siapa tak kenal kereta
Volvo..Saab..dll.)
Finland maju dengan bahasa Finnishnya (siapa tak kenal “mercedes”
telefon – iaitu Nokia
Jerman maju dengan Jermannya (siapa tak kenal kereta mewah
Mercedes dan BMW..)
Perancis maju dengan Perancisnya (siapa tak kenal Peugeot..
Renault, ..tren lajunya..”bullet train”.. dll)
Itali dengan bahasa Italinya (…siapa tak kenal kereta sport mewah
Porsche.., Lamborghini… Masserati, ..di samping Alfa Romeo,.. Fiat..
Lancia dll.)
Belanda dengan Belandanya
Korea dengan bahasa Koreanya (siapa tak kenal Hyundai, Kia,
Samsung dll..)
Akhirnya..Jepun dengan Nihongonya (siapa yang tak kenal Toyota,
Honda, Sony, Mitsubishi..dll..)
Semua negara tersebut maju dan terus maju walaupun menggunakan
bahasa sendiri…dan ini juga membuktikan kenyataan (sempit) bahawa
kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris sahaja
ADALAH DONGENG SEMATA-MATA (oleh mereka yang “sangat
taksub” terhadap bahasa Inggeris, sehingga tidak terbuka minda lagi
untuk melihat kenyataan bahawa bahasa negara sendiri, bahasa Melayu
sememangnya terhakis daripada sains dan teknologi. Bukan 2 mata
pelajaran sahaja, malah sebenarnya menjangkau angka puluh, ratus dan
ribu (tanpa disedari) yang sungguh menakutkan bagi perkembangan
bahasa Melayu)…dan mungkin ada agenda pihak tertentu yang
sememangnya mahu bahasa Melayu berkubur sebagai bahasa ilmu
sains dan teknologi..hanya bahasa Inggeris sahaja yang di-
kehendaki..kerana secara langsung dan tidak langsung..pupus bahasa
pupuslah bangsa..hilang bahasa..tiadalah berjiwa bangsa itu.
Malah walaupun sebelum maju, sedang maju, akan maju, telah
maju, terus maju, dan rakyat di semua negara tersebut di atas
mempelajari serta menguasai bahasa Inggeris, bangsa Sweden, Norway,

57
Mengapa Kami Bantah!

Denmark, Finland, Belanda, Jerman, Perancis, Itali, Korea, Jepun, China


dan lain-lain SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENUKAR bahasa peng-
hantar sains dan matematik mereka kepada bahasa Inggeris..seperti
“kesilapan” yang telah kita (pemimpin terdahulu..) lakukan.
Negara lain yang telah menggunakan bahasa Inggeris, Perancis,
Sepanyol dll….iaitu bukan bahasa asal penduduk negara tersebut tidak
boleh pun dibanggakan (seperti Filipina, negara-negara di benua
Afrika, Amerika Selatan, India) malah banyak yang tertinggal
jauh…jika betul bahasa Inggeris sahaja bahasa kemajuan..semaju
manakah Filipina itu?
TETAPI..kemajuan negara kita selama ini tidak dapat dinafikan
bahawa antara faktor yang turut berperanan penting ialah bahasa
kebangsaan (bahasa Melayu) yang digunakan dalam pendidikan negara
ini (termasuk untuk pelajaran sains dan matematik) selama kira-kira 30
tahun kepada lebih 5.5 juta pelajar, sejak 1970-an lagi sehingga tahun-
tahun 2000.
Ini telah membolehkan maklumat yang diperolehi dan ilmu yang
dipelajari dapat tersebar luas merentas ke seluruh tanah air…tanpa
mengira bangsa, darjat keturunan (status ekonomi dan sosial), tempat
tinggal (desa, bandar dan kota)…sebab bahasa kebangsaan/bahasa
Melayu difahami dengan lebih meluas dan merata serta dengan lebih
mudah oleh semua yang tersebut, jika dibandingkan dengan bahasa
Inggeris.
Daripada jumlah lebih 5.5 juta pelajar tersebutlah lahirnya ribuan
pensyarah/profesor (yang kemudiannya turut melahirkan ribuan
pensyarah/profesor, pakar, saintis, teknokrat, pengurus, pemimpin
lain..seterusnya…. dll.
Walaupun Kita masih boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik
dan maju tanpa “membuang” bahasa Melayu…dan kita juga boleh
menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan maju dengan
“MEMBUANG” bahasa Melayu…TETAPI MENGAPA kita memilih
untuk maju dengan membuang bahasa Melayu…….bahasa kebangsaan
negara kita???
..mengapa semangat Malaysia boleh tidak dibawa ke dalam
persoalan bahasa..?..mengapa pula Malaysia tidak boleh maju dengan
bahasanya…dan perlu maju melalui bahasa “orang” lain???
Penulis teringat sekali akan cerita rakyat semasa masih bersekolah
rendah dahulu iaitu kisah “Maharaja dengan Baju Barunya”. Kisah
ringkasnya lebih kurang begini. Seorang raja ingin menempah baju
yang paling cantik fesyennya untuk dipakai semasa hari perayaan
keputeraannya. Lalu menteri istananya pun mencarilah tukang jahit
yang terbaik di negara tersebut. Setelah bertemu maka ditempahlah

58
Bahasa Melayu akan Pupus

baju tersebut. Setelah siap dan tiba harinya lalu datanglah tukang jahit
ke istana memakaikan maharaja akan baju baru itu. Setelah siap maka
beraraklah maharaja sekeliling kota untuk memperlihatkan rekaan baju
yang tiada tolok bandingnya itu. Maka sambil berarak itu, memuji-
mujilah segala pembesar dan para menteri akan kecantikan baju baru
maharaja tersebut. Tiada seorang pun yang mencela atau berani
mengkritik akan baju baru maharaja tersebut yang ”benang jahitannya
dikatakan terlalu indah sehingga langsung tidak terlihat oleh mata
kasar mereka”. Akhirnya perarakan maharaja tiba di hadapan se-
kumpulan kanak-kanak. Lalu menjeritlah kanak-kanak tersebut
mengatakan maharaja tidak berbaju. Para pembesar yang turut bersama
dalam perarakan membantah dan memarahi serta menengking kanak-
kanak tersebut dan tetap mengatakan baju maharaja sangat cantik lagi
indah. Tetapi hal itu tidak dipedulikan oleh kumpulan kanak-kanak
yang banyak itu. Mereka terus menjerit mengatakan maharaja tidak
berbaju. Riuh rendah dibuatnya. Jeritan kanak-kanak tersebut disahut
oleh kumpulan rakyat yang berhampiran dan akhirnya seluruh
perhimpunan pada hari itu. Akhirnya para pembesar pun tidak
tertahan lagi dan mengakui bahawa maharaja sebenarnya tidak berbaju
langsung dan larilah maharaja bersama para pembesar ke istana akibat
tersangat malunya.
Setiap sejarah dan cerita rakyat sekalipun berupa dongengan, tetap
ada nilai, moral dan pengajarannya. Semoga sejarah Hang Nadim tidak
berulang akibat saranan ikhlas ini - demi agama, bangsa dan negara
tercinta.

Penggunaan Bahasa Inggeris untuk Mata Pelajaran Sains dan


Matematik Mengapa Patut ditolak
Empat puluh enam tahun lalu, iaitu pada tahun 1956, Laporan
Jawatankuasa Pelajaran Razak memulakan usaha rintis penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini. Laporan Penyemak Pelajaran Rahman Talib,
empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1960 memperteguh usul itu.
Maka apabila Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan, ternobatlah bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu sesudah lebih 100 tahun disisihkan oleh
penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan yang direncanakannya.
Daripada bahasa yang dipertalikan dengan bahasa kalangan petani dan
nelayan (kerana memang dasar Inggeris menjadikan murid Melayu
petani dan nelayan yang lebih pandai sedikit daripada ibu bapanya),
bahasa Melayu mula mengorak langkah menjadi bahasa ilmu melalui
peranannya sebagai bahasa penghantar utama. Memang berabad-abad
silam, khususnya dalam zaman keagungan Kerajaan Melayu, bahasa
Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa

59
Mengapa Kami Bantah!

perhubungan diplomatik, bahasa ketatanegaraan, bahasa perdagangan


dan bahasa kesusasteraan. Pengembalian peranan itu dalam konteks
kemerdekaan pemikiran dan kebudayaan, termasuk bahasa amat besar
ertinya.
Tahun 1983 direncanakan sebagai kemuncak pelaksanaan peng-
gunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila kursus tahun
pertama di institusi pengajian tinggi diajarkan dalam bahasa tersebut,
sesudah selesai proses penukaran bahasa penghantar di peringkat
persekolahan. Atas desakan dan usaha rakyat yang dipimpin oleh enam
orang tokoh akademik, iaitu Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid,
Tengku Shamsul Bahrin, Mohd. Zin Abdul Majid, Syed Husin Ali, dan
Ghazali Abdul Rahman, dengan Panglima Bahasa Syed Nasir Ismail
sebagai pengerusi jawatan-kuasa penajanya, Universiti Kebangsaan
Malaysia ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1970. Tertubuhnya
UKM bererti bahawa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa peng-
hantar institusi pengajian tinggi bermula 13 tahun lebih awal daripada
tahun sasaran, iaitu tahun 1983.
Dari semasa ke semasa kontroversi yang berkaitan dengan
kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak ada hujungnya. Krisis keyakinan
terhadap bahasa tersebut tampak jelas apabila bahasa Melayu seringkali
dipertentangkan dengan kehebatan bahasa Inggeris, seolah-olah bahasa
Melayu masih lagi pada tahap bahasa petani dan nelayan. Ditekan-
tekankan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa dunia, bahasa ilmu,
bahasa teknologi, bahasa ekonomi, bahasa globalisasi - pokoknya
bahasa segala-galanya. Bukan tidak ada kebenarannya sama sekali
label-label itu, tetapi apabila ciri-ciri itu digunakan untuk me-
minggirkan bahasa Melayu yang didaulatkan sebagai bahasa ke-
bangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu, kita mempunyai alasan
untuk meragui keikhlasan orang yang kononnya bersemangat ke-
bangsaan dan memperjuangkan bangsa dan negara.

Tahun 1993 menggegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa


Melayu apabila Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk
mata pelajaran sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi.
Walaupun secara rasmi saran atau keputusan itu tidak dilaksanakan
secara nyata, namun semua ahli akademik institusi pengajian tinggi
yang ditemui mengesahkan bahawa memang ada “arahan” supaya
daripada 30% hingga 50% kursus disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Tahun 2002 mencatatkan sejarah hitam dalam pelaksanaan Dasar


Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan apabila parti
teras pemimpin negara, iaitu UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertinggi

60
Bahasa Melayu akan Pupus

dan kemudian dalam Perhimpunan Agung Tahunan merestui gagasan


Mahathir menggerakkan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar subjek Matematik dan Sains dari peringkat darjah satu
hingga tingkatan lima. Malah semua peperiksaan umum, iaitu UPSR,
PMR, dan SPM untuk kedua-dua subjek itu akan dilaksanakan dalam
bahasa Inggeris bermula pada tahun 2003. Nyata bahawa pemimpin
negara telah memilih jalan penyelesaian yang dianggapnya wajar untuk
mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar, tetapi dianggap sebagai “lain yang luka lain dibebat”
oleh badan-badan akademik dan orang perseorangan yang tidak setuju
dengan langkah itu.

Dengan penuh kesedaran akan pentingnya dasar-dasar kenegaraan,


seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebagai tonggak pembinaan negara dan asas jati diri bangsa dan negara
Malaysia dipertahankan, dan dengan penuh pengertian jua akan
keperluan bangsa dan negara kita meningkatkan upaya agar tidak
ketinggalan dalam pencapaian kemajuan, sembilan buah persatuan
yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat telah mengadakan
mesyuarat pada 13 Mei 2002, khusus untuk membincangkan implikasi
kesan kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah,
bermula dari darjah satu. Persatuan tersebut ialah Persatuan Linguistik
Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Akademi Sains Islam
Malaysia (ASASI), Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena),
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), dan
Persatuan Sejarah Malaysia. Beberapa orang perseorangan yang
prihatin akan isu tersebut turut hadir.
Setelah bermuzakarah lebih kurang satu jam setengah, mesyuarat
persatuan-persatuan itu mengambil pendirian meminta kerajaan me-
nimbangkan semula keputusan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dan di
sekolah atas alasan-alasan yang berikut:
1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan kedua-dua mata
pelajaran itu tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan
penguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana masalah yang se-
benarnya berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya
masalah kaedah pengajaran, kepadaan atau kesesuaian sukatan
pelajaran, keterampilan guru, kesempurnaan prasarana, seperti
makmal bahasa dan motivasi kepada pelajar sendiri. Hakikat
bahawa bukan semua pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris,

61
Mengapa Kami Bantah!

malah banyak yang cemerlang dan fasih, membuktikan yang


bahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar bukan masalah yang menyeluruh dan oleh itu
penyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu dengan
meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri.
2. Risiko pelaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana
guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir
berbahasa Inggeris, dan dikhuatiri timbul keadaan “yang dikejar
tak dapat, yang dikendong berciciran”, iaitu penguasaan bahasa
Inggeris pelajar tidak meningkat dan dan penguasaan ilmu
Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar terjejas oleh sebab
masalah bahasa.
3. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik dikhuatiri mengakibatkan berlakunya keadaan “lulus
jarum luluslah kelindan”, iaitu kemungkinan kemudian kelak
akan diputuskan pula penggunaan bahasa Inggeris dalam mata-
mata pelajaran lain yang berasaskan atau ada kaitannya dengan
sains dan matematik, seperti perakaunan, perdagangan, ekonomi
asas, geografi, dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnya
sebahagian besar atau hampir semua mata pelajaran akan
diajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu
yang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini akan kehilangan fungsinya.
4. Apabila bahasa Melayu secara beransur-ansur mengalami
pengurangan fungsi sebagai bahasa moden, terutama sebagai
bahasa ilmu, kedudukan dan darjat bahasa Melayu dikhuatiri akan
merosot menjadi bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa
komunikasi tahap rendah, iaitu untuk sekadar menjadi alat
perhubungan mudah. Hal ini amat besar kesannya terhadap
idealisme dan cita-cita membina tamadun bangsa dan negara yang
berasaskan jati diri dan acuan sendiri sebagaimana yang
digagaskan dalam Wawasan 2020. Ironis juga halnya apabila di
lebih kurang 30 buah negara sedunia bahasa Melayu telah
diiktiraf sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi, di negara
kita sendiri keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
diragui.
5. Pengembangan minda dan ilmu sesuatu masyarakat atau bangsa
secara fitrahnya perlu berasaskan bahasa yang telah dikurniakan
oleh Tuhan kepada masyarakat atau bangsa itu, sesuai dengan
sunatullah atau peraturan yang ditentukan Tuhan sebagaimana
yang diisyaratkan dalam Surah al - Hujurat, ayat 13, Surah
Ibrahim, ayat 4, dan Surah al - Rum, ayat 22. Penjelasan tentang
peranan bahasa sesuatu bangsa dalam pembinaan minda dan ilmu

62
Bahasa Melayu akan Pupus

bangsa itu telah dihuraikan juga oleh pemikir besar, seperti Malek
bin Nabi dan Hassan al-Bana. Banyak negara maju, malah yang
bukan Islam, yang mengambil iktibar daripada fitrah itu, seperti
Jerman, Belanda, Switzerland, Jepun, Korea, Perancis, dan
sebagainya. Benar bahawa mereka tidak menolak bahasa lain,
sebagaimana juga kami tidak menolak penguasaan bahasa lain,
tetapi mereka tidak sampai “mengorbankan” dasar pemuliharaan
kebangsaan masing-masing. Dalam hal ini, perlu dihayati faham
nasionalisme yang digagaskan oleh Ibn Khaldun dalam al-
Muqaddimah sebagai unsur asas yang menjamin keutuhan sesuatu
bangsa dan bahasa kebangsaan merupakan salah satu unsur
utamanya.
6. Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pe-lajaran
Sains dan Matematik dengan sendirinya menyebabkan usaha
memodenkan bahasa Melayu melalui pengayaan istilah dalam
kedua-dua bidang itu yang sudah dilakukan puluhan tahun oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dan ratusan ahli ilmu tidak relevan
lagi. Segala usaha yang melibatkan kewangan yang besar, waktu
dan tenaga pakar ilmu yang menjadi aset negara secara tiba-tiba
menjadi sia-sia belaka. Kekayaan khazanah ilmu yang sudah sedia
ada dalam bahasa Melayu yang dihasilkan dalam bentuk buku
teks dan rujukan dengan kos yang bukan kecil jumlahnya pun
akan menjadi harta lupus dengan sendirinya. Bahasa Melayu akan
menjadi kerdil tanpa khazanah ilmu.
Semua persatuan tersebut memohon pertimbangan kerajaan agar
menarik balik keputusan menggunakan bahasa Inggeris untuk mata
pelajaran Sains dan Matematik di sekolah, dengan catatan bahawa tidak
ada dalam kalangan pejuang bahasa kebangsaan yang menolak usaha
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,
tetapi tidak tampak akan rasional menggunakannya dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik. Mereka percaya bahawa penguasaan
bahasa Inggeris dapat ditingkatkan melalui peningkatan upaya dalam
mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Penggunaan bahasa Inggeris
dalam kedua-dua mata pelajaran itu, pada pandangan mereka, tetap
merupakan perubahan dasar dalam hal Dasar Pendidikan Kebangsaan.

63
Mengapa Kami Bantah!

64
5
ANALISIS BEBERAPA ISU UTAMA
SOSIOBUDAYA BANGSA DAN NEGARA

Prof. Dr. Awang Sariyan


Presiden Persatuan Linguistik Malaysia
(awsr@yahoo.com)

[Kertas kerja Dialog Susulan Kongres Kepentingan Bangsa Peringkat


Wilayah Persekutuan, pada 15 April 2006 di Dewan Al-Malik Faisal,
Petaling Jaya]

Pendahuluan
Istilah sosiobudaya yang saya jadikan asas dalam pembicaraan di sini
digunakan dengan pengertian yang longgar dan terbuka, dan tidak
terpisah daripada aspek-aspek kehidupan lain seluruhnya. Kertas ini
akan membincangkan kesinambungan kebudayaan Melayu sebagai
kebudayaan besar di rantau ini sejak lebih satu alaf lalu dan selanjutnya
isu-isu yang berkaitan dengan situasi semasa.
Dalam sejarah pembentukan kebudayaan kebangsaan, tahun 1971
menjadi titik tolak penting apabila Kongres Kebudayaan Kebangsaan
pada tahun itu menetapkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan bagi
negara ini. Tiga asas yang diputuskan ialah:
1. Kebudayaan asal rantau ini
2. Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai
3. Islam sebagai teras
Penetapan asas yang pertama itu tidak lain merujuk kepada
kebudayaan Melayu yang berkaitan dengan fakta bahawa bangsa
Melayu telah menghuni rantau ini sejak awal abad Masihi. Dari zaman
beberapa abad sesudah Masihi, telah dikesan pertumbuhan dan
perkembangan kebudayaan Melayu di rantau ini dalam pelbagai
bidang atau ranah kehidupan. Kebudayaan Melayu yang mula
Mengapa Kami Bantah!

memancarkan sistem kehidupan bernegara dan bertamadun telah


berlangsung sebelum abad ke-7 kerana pada zaman gemilang kerajaan
Sriwijaya yang mewakili tamadun Melayu pada zaman itu, telah wujud
kerajaan yang menguasai sebahagian besar rantau ini hingga ke utara
sampai di Thailand dan ke Barat hingga Sri Lanka. Selain terjelma
dalam sistem pemerintahan, kebudayaan Melayu pada zaman itu telah
terpancar juga dalam bidang keilmuan apabila Sumatera, misalnya,
menjadi pusat pengajian Buddha, sebagaimana yang dirakamkan oleh
pengembara Cina yang terkenal, iaitu I Tsing, dalam perjalanannya dari
Cina ke India. Demikian pula, dalam bidang ekonomi, Sriwijaya
muncul sebagai kuasa perdagangan dan kuasa kelautan yang terkenal
sehingga dapat dibayangkan wujudnya sistem perdagangan dan
kehidupan sosial yang bertamadun tinggi. Dalam mengatur kehidupan
yang bertamadun itu, pastilah juga aspek undang-undang telah mula
terlaksana.
Keunggulan kebudayaan Melayu bertambah menyerlah, malah
melalui reformasi besar-besaran dan menyeluruh apabila Islam datang
ke alam Melayu ini dengan membawa sinar baharu, khususnya dalam
bidang sistem kepercayaan dan tatacara ke-hidupan bermasyarakat
melalui agama Islam yang berpaksikan fahaman tauhid. Prof. Syed
Muhammad Naquib al-Attas merumuskan bahawa Islam telah merobah
rupa dan jiwa Melayu dengan berteraskan dua ciri utama, iaitu
intelektualisme dan rasionalisme (al-Attas, 1969, 1972 dll.). Kebudayaan
Melayu telah mencapai kemuncak kegemilangan dalam semua bidang
kehidupan dalam zaman kesultanan Melayu hingga menarik minat
sekian banyak sarjana Barat seawal abad ke-17 untuk menjadikan hal
ehwal Melayu sebagai bidang kajian yang dikenal sebagai pengajian
Melayu atau pengajian Melayu/Indonesia.

Isu Kebudayaan dan Tentangan Masa Kini


Kemerosotan peranan kebudayaan Melayu sebagai asas Kebudayaan
Kebangsaan cukup ketara, antara lain berdasarkan senario yang berikut:
1. Citra kebudayaan Melayu kian kabur dalam Institusi Kenegaraan
a. Unsur kebudayaan Melayu tidak menonjol bahkan ter-
pinggir dalam bidang penyiaran apabila stesen radio dan
televisyen, termasuk ada kalanya stesen radio dan
televisyen kerajaan sendiri, tidak begitu peka akan peranan
meningkatkan Kebudayaan Kebangsaan melalui siarannya.
Keseluruhan bidang penyiaran di negara ini kini lebih
dicirikan oleh kebudayaan asing, terutama dalam
rancangan-rancangan hiburannya (misalnya, dalam aspek
filem, ciri budaya Bollywood dan Hollywood cukup
menonjol, sementara dalam bidang seni muzik amat kuat

66
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

pengaruh muzik Barat, baik melodi mahupun seni


katanya). Masyarakat kita daripada yang muda hingga
yang tua sudah dirasuk oleh hedonisme atau tabiat ketagih
hiburan yang melampau sebagai akibat penyiaran
rancangan-rancangan yang tidak sesuai dengan asas
Kebudayaan Kebangsaan. Jelas bahawa program televisyen
keseluruhannya tidak lagi membayangkan Dasar Ke-
budayaan Kebangsaan yang berteraskan tiga prinsip, iaitu
kebudayaan asal rantau ini (Melayu), unsur-unsur asing
yang wajar dan sesuai, dan Islam. Hampir-hampir tiada
bedanya siaran stesen televisyen di negara ini dengan yang
ada di negara asing kerana masing-masing stesen ber-
lumba-lumba untuk menjadi global. Keadaan ini diizinkan
atas pertimbangan komersial dan ekonomi sehingga
kementerian yang bertanggungjawab mengawal bidang
penyiaran seakan-akan tidak dapat berbuat apa-apa lagi
selain membuat seruan demi seruan. Kesediaan masya-
rakat menjadi permisif digambarkan oleh tingkah laku
seorang tua berkopiah yang mempromosikan salah satu
stesen televisyen dengan ungkapan ”Macam-macam ada!”
b. Citra atau imej kota dan bandar serta tempat awam masih
kurang menggambarkan ciri Kebudayaan Kebangsaan, dan
masih terlalu dominan ciri kebudayaan asing dan etnik,
khususnya dalam aspek bahasa peragaan yang digunakan,
baik daripada segi penamaan mahupun pemilihan bahasa
peragaan.
c. Kebudayaan Kebangsaan seringkali dileburkan konsep dan
realisasinya melalui pencampurbauran antara unsur ke-
budayaan pelbagai etnik sehingga tidak tampak dengan
jelas tiga asas yang ditetapkan pada tahun 1971 itu dan
seringkali pula disempitkan pengertiannya pada seni
tertentu, seperti seni tari dan seni nyanyi. Garis panduan
persembahan dalam majlis rasmi yang mengutamakan
unsur kebudayaan Melayu telah tidak diamalkan lagi
apabila tari naga, misalnya, telah naik tarafnya menjadi
acara sambutan rasmi majlis tertentu yang dihadiri oleh
pembesar negara.
d. Nilai kesopanan dan budi bahasa sudah kian ketara
lunturnya, bukan sahaja dalam kalangan generasi mudah
bahkan dalam generasi dewasa juga, termasuk dalam
percaturan politik. Tindakan mengaibkan lawan politik
atau saingan kerjaya, fitnah, surat layang, e-mel dan SMS
layang serta gaya pengungkapan dalam media sudah

67
Mengapa Kami Bantah!

banyak yang bertentangan dengan nilai kesopanan dan


budi bahasa yang terkandung dalam Kebudayaan
Kebangsaan, terutama jika disandarkan pada asas yang
ketiga, iaitu Islam sebagai terasnya.
e. Budaya ilmu yang menjadi teras kebudayaan Melayu dan
Islam dalam beberapa banyak kes telah digeser oleh
pertimbangan kuasa dan kepentingan lain seperti ke-
pentingan ekonomi dan pembangunan fizikal. Peng-
hormatan dan penghargaan kepada ahli ilmu seringkali
menjadi kabur dalam pelbagai bentuk, daripada peng-
hargaan yang berlebih-lebihan kepada kalangan bukan
ilmuwan hingga kepada pencabulan wibawa keilmuan ahli
ilmu dalam bentuk tindakan seperti tidak merujuk kepada
ahli ilmu atau pakar dalam bidang tertentu dan
‘penyingkiran’ ahli ilmu.
f. Semangat dan tindak-tanduk yang memperlihatkan
kesetiakawanan dan kekelompokan sempit kian ketara,
terutama dalam bidang politik, baik antara parti dengan
parti mahupun antara anggota dalam satu parti, sehingga
tidak jarang berlaku keadaan bahawa kebenaran tidak
diukur berdasarkan sistem nilai yang diiktiraf, misalnya
berdasarkan undang-undang dan peraturan, tetapi
berdasarkan seseorang itu di dalam atau di luar kelompok.
Keputusan dan tindakan sebahagiannya dilaksanakan tidak
ber-dasarkan lunas keadilan dan kebenaran tetapi ber-
dasarkan sentimen kekelompokan. Sebagai contoh, apabila
ada saran agar orang yang terlibat dengan rasuah dalam
kegiatan kepartian (yang dilunakkan dengan istilah politik
wang) dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah untuk
dibawa ke muka pengadilan, maka ada pendapat yang
mengatakan bahawa rasuah dalam parti merupakan
urusan parti dan harus diselesaikan dalam parti, seolah-
olah parti mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
daripada undang-undang negara.
2. Kontrak sosial yang berteraskan Melayu kian rapuh
a. Kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan konsep
kebangsaan dan kenegaraan kian tidak difahami malah
dipersoalkan. Belum ada kajian yang dibuat tentang
adakah masyarakat kini, khususnya generasi muda
memahami isu yang berkaitan dengan kontrak sosial atau
yang lebih asas lagi fahamkah masyarakat akan kandungan
kontrak sosial itu. Apabila pada sekitar dua minggu
pertama bulan Ogos 2005 Presiden Parti Gerak, Lim Keng

68
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

Yaik membangkitkan isu kontrak sosial yang dianggapnya


sudah tidak sesuai dengan zaman lagi, kurang kita dengar
atau kita baca reaksi atau polemik tentang isu itu. Ada
reaksi beberapa orang tokoh dalam bentuk laporan di
media tetapi gemanya tidak sampai menggugah pemikiran
dan sanubari masyarakat terbanyak, seolah-olah isu itu
memang tidak relevan dan tidak ada kepentingannya lagi.
Barangkali sebahagian besar masyarakat tidak mengerti
pun apakah “kontrak sosial” itu.
b. Kontrak sosial yang saya maksudkan itu merupakan unsur
penting dalam sejarah pembentukan bangsa dan negara
ini. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Tanah Melayu
diidentifikasikan dengan penduduk asalnya yang teras,
iaitu bangsa Melayu. Hakikat ini menjadi fakta sejarah
yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa pun
kerana bukan hanya merupakan dakwaan orang Melayu
semata-mata, tetapi dirakamkan oleh para sarjana dan
penulis dari luar, termasuk dari Barat juga. Apabila
penjajah membawa orang Cina dan India secara beramai-
ramai untuk menjadi tenaga kerja bagi manipulasi
ekonomi penjajah itu sendiri, maka situasi demografi
negara ini secara langsung berubah.
c. Atas desakan penjajah Inggeris, orang Melayu perlu
menerima syarat kemerdekaan yang akan diberikan hanya
jika kaum-kaum yang asalnya pendatang itu diterima
sebagai warganegara. Sebagai imbangan kepada pemberian
taraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum-
kaum lain itu setuju menerima peruntukan yang berkaitan
dengan kepentingan orang Melayu. Perkara yang menjadi
asas persetujuan itu ialah kedudukan raja-raja Melayu,
kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan,
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Itulah yang dinamai kontrak sosial dalam konteks pem-
bentukan negara ini sesudah lepas daripada belenggu pen-
jajahan. Semua perkara itu dirakamkan dalam manifesto
pilihan raya pertama pada tahun 1955 dan kemudian
apabila negara merdeka pada tahun 1957, perkara-perkara
itu dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
d. Tanpa kontrak sosial itu, tidak terbentuk bangsa dan
negara yang acuannya kita warisi hingga kini. Oleh itu,
apabila ada pihak yang mempertikaikan kontrak sosial
yang cukup penting itu, dan mengatakannya sudah tidak

69
Mengapa Kami Bantah!

relevan dan hanya menimbulkan rasa sakit hati dalam


kalangan kaum-kaum yang diterima menjadi warganegara,
maka penyataan pendapat seumpama itu sebenarnya
tertakluk kepada Akta Hasutan dan tindakan yang
setimpal perlu dikenakan ke atas orang berkenaan.
Ternyata bahawa orang Melayu masih tetap terus menjadi
bangsa yang cukup bertolak ansur dan tinggi tahap
kesabarannya; tiada gesaan dan tiada pula fikiran untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya sedang dalam kes-
kes lain ada kalanya cukup segera tindakan dikenakan.
e. Adakah kita, khususnya para pemimpin dan cerdik pandai
di negara ini sudah tidak peka lagi atau memang setuju
bahawa isu kontrak sosial itu sudah tidak relevan lagi
dalam konteks sekarang ini? Yang nyata, tidak ketara suara
kritis daripada pimpinan Melayu, sama ada untuk mem-
pertahankannya atau sekurang-kurangnya untuk me-
nyampaikan maklumat tentang hakikat sebenar kontrak
sosial bagi rakyat negara ini, sedang Prof. Khoo Kay Kim
sebagai ahli sejarah percaya bahawa sehingga tahun 2020
sekalipun kontrak sosial tidak mungkin dapat dilupakan
begitu sahaja (Berita Minggu, 21 Ogos 2005, hlm. 19).
f. Kumpulan Prihatin yang dianggotai oleh sekumpulan
veteran pejuang kebangsaan dan ketua beberapa persatuan
bahasa dan persuratan, melalui beberapa kongres, seminar
dan pernyataan media, telah berkali-kali menimbulkan
gagasan pentingnya kontrak sosial itu dijelaskan dengan
meluas melalui sistem pendidikan dan melalui pelbagai
wacana di peringkat kepemimpinan tertinggi negara dan
juga di pelbagai peringkat kepemimpinan yang lain.
Kerana memahami bahawa kontrak sosial itu jugalah yang
menjamin kedudukan bahasa kebangsaan, agama Islam
dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera, maka
Kumpulan Prihatin dalam pelbagai memorandum dan
tulisan terus-menerus menggesa agar kontrak sosial itu
senantiasa dijadikan premis dalam apa-apa juga dasar
yang digubal agar tidak sampai merugikan bangsa teras itu
sendiri.
g. Kini kita tahu bagaimana secara beransur-ansur “tongkat”
telah tidak dibekalkan lagi kepada orang Melayu dan
Bumiputera. Mereka perlu bermain di padang yang tidak
sama rata. Mereka mungkin mendapat peluang belajar di
institusi pengajian tinggi tetapi mereka harus menyelesai-
kan masalah ketiadaan biaya kerana biasiswa hampir tiada

70
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

lagi dan pinjaman daripada tabung pengajian tinggi pun


telah dihadkan kepada kursus-kursus yang diistilahkan
sebagai kursus kritikal sahaja. Jika kelulusan untuk me-
layakkan masuk ke universiti mencapai tahap yang
sewajarnya, mereka perlu bersedia tidak diterima kerana
segala-galanya sudah didasarkan pada meritokrasi. Hak
istimewa tinggal pada dokumen undang-undang dan
suratan sejarah.
h. Pada zaman saya ikut serta menulis buku sejarah dan
tatarakyat untuk sekolah menengah pada tahun 1970-an
dahulu, fakta tentang kontrak sosial itu diberi penegasan
dalam sukatan pelajaran yang disediakan oleh Ke-
menterian Pendidikan, barangkali kerana pada waktu
masih kental semangat perjuangan bangsa dalam kalangan
pemimpin dan birokrat yang menduduki jawatan-jawatan
penting di jabatan kerajaan. Kini saya tidak pasti adakah
hal itu masih ada dalam sukatan pelajaran sejarah dan
tatarakyat yang sudah diperkenalkan semula di sekolah.
i. Kadang kala kita menjadi keliru pula dengan kebangkitan
semangat yang meluap-luap dalam kalangan pemimpin
untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, yang
dalam waktu yang sama bercakap tentang bangsa Melayu
perlu bersaing dengan bukan Bumiputera berdasar merit.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO Julai 2005, isu untuk
menghidupkan semula Dasar Ekonomi Baru bergema
dengan cukup hebat dan kita segera dapat memaafkan
kealpaan pimpinan dalam memberikan perhatian kepada
hak orang Melayu yang dirasakan sering dikompromikan.
Lihat sahaja isu Universiti Merdeka pada tahun 1980-an.
Mahkamah menolak penubuhan universiti tersebut kerana
bertentangan dengan dasar negara dan Akta Pendidikan
yang tidak membolehkan universiti menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa penghantar. Tetapi Kolej Tunku
Abdul Rahman dibenarkan beroperasi, malah dengan
bantuan kewangan kerajaan dan kini telah wujud
Universiti Tunku Abdul Rahman yang tidak jauh berbeda
daripada konsep Universiti Merdeka yang ditolak
penubuhannya dahulu.
j. Institusi pendidikan awam yang menampung sebahagian
besar orang Melayu dan Bumiputera seperti Institut
Teknologi Mara dinaikkan taraf menjadi Universiti
Teknologi Mara tetapi orang Melayu kehilangan ITM.
Institut Perguruan Sultan Idris dinaikkan taraf menjadi

71
Mengapa Kami Bantah!

Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPSI tidak pula


dikekalkan. Jadi, orang Melayu tampaknya tetap dalam
situasi zaman Pak Kaduk, iaitu “Menang sorak, kampung
tergadai”. Pendidikan yang berteraskan kecinaan kian
meluas; kini ada juga Kolej Selatan dan beberapa buah
kolej lain. Sementara korporat dan parti bukan Melayu
memperkukuh pendidikan bangsa mereka, korporat
Melayu sebahagian besarnya kurang memperlihatkan
tanggungjawab sosial untuk memperbanyak institusi
pendidikan yang bagi kepentingan Melayu. Malah usul
agar parti utama Melayu menubuhkan universiti ditolak
pula oleh kepemimpinan kerana mungkin universiti-
universiti awam dianggap universiti milik parti utama
bangsa Melayu walhal semua universiti itu membuka
pintu yang amat luas kepada semua bangsa juga.
k. Tentang kegagalan DEB dalam memenuhi matlamat mem-
basmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat Malaysia, saya kira ulasan Prof. Diraja
Ungku Aziz (Mingguan Malaysia, 14 Ogos 2005) mewakili
pandangan kritis yang membina dan harus diberi
perhatian oleh sesiapa jua yang berhasrat menjuarai isu
tersebut. Ungku Aziz tidak melihat kegagalan DEB akan
dapat diatasi hanya dengan kesibukan pemimpin hendak
meningkatkan ekuiti Melayu dalam modal perniagaan dan
perusahaan. Peningkatan ekuiti Melayu dalam modal tidak
akan menyelesaikan masalah Melayu kerana masalah teras
Melayu terletak pada kemiskinan dan ketinggalan orang
Melayu secara menyeluruh yang majoritinya berada di luar
bandar. Oleh itu, dasar ekonomi apa pun perlu difokuskan
lebih kepada peningkatan sosioekonomi majoriti Melayu
yang kebetulan berada di luar bandar. Strategi me-
wujudkan sejumlah kecil usahawan dan peniaga Melayu
yang kaya dan berjaya dengan bantuan terpilih, sama ada
melalui pemberian AP atau saham atau dengan kaedah apa
pun sudah sampai waktunya dirobah dan digantikan
dengan strategi yang tertumpu pada masyarakat ter-
banyak. Langkah pimpinan baru di bawah Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan pertanian
sebagai teras pembangunan negara mudah-mudahan men-
jadi isyarat ke arah perubahan strategi yang mementingkan
rakyat terbanyak itu.
l. Kini kita menunggu dan menyaksikan sejauh manakah
gema semangat yang meluap-luap untuk meningkatkan
ekonomi orang Melayu agar berdiri sama tinggi dan

72
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di negara


ini berterusan momentumnya. Adakah juara-juara yang
sanggup mati bergalang tanah demi Melayu sebagai
bangsa teras itu akan mengisi janji-janji yang telah dibuat
atau adakah luapan semangat itu turut berlalu ditiup angin
waktu? Orang Melayu perlu menyatakan sikap kritis
terhadap hal ini. Kita tidak mahu terjadi seperti yang
dikatakan oleh Noor Azam bahawa isu ekonomi Melayu
apabila disuarakan lebih sebagai isu politik (mungkin
sebagagi suatu bentuk pelaburan politik menjelang
pemilihan parti pada tahun 2007?) akhirnya mengundang
tentangan pemimpin kaum-kaum lain (Berita Minggu, 21
Ogos 2005, hlm.24). Isu ekonomi tidak ditangani benar-
benar secara ekonomi oleh kepepimpinan Melayu dalam
tempoh 20 tahun DEB berlangsung dan kini kegagalannya
cuba diatasi secara politik.
3. Bahasa Melayu sebagai tonggak kebudayaan Melayu di-
gerhanakan
a. Bahasa Melayu sebagai asas utama kebudayaan Melayu
dan kebudayaan negara, malah bahasa yang telah lebih
satu alaf menjadi wahana tamadun di rantau ini di-
gerhanakan oleh pihak-pihak tertentu sehingga bahasa
Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu
aspek taraf dan mutunya.
b. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang
telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang,
iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa
Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu
dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan
pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas
tetapi kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang ber-
teraskan sains dan matematik diputuskan diajarkan dalam
bahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkan
bahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan men-
capai 80% dalam sistem pendidikan negara), misalnya pasti
tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan.
c. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan
dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat
terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam
bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang

73
Mengapa Kami Bantah!

yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan.


Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh
fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan
kod, bahasa sms, bahasa sembang di internet, dan
sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi
menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra
sebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakin
tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri
negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan
tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang
menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan
nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel
dan boulevard).
d. Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu me-
nunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu
dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya
dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan
dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu
tergambar pada beberapa perkara yang berikut:
i. Penghayatan penjawat awam yang kurang me-
muaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara
152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti
mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya
yang masih tidak mengutamakan bahasa Melayu
seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam
Perlembagaan.
ii. Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguat-
kuasaan penggunaan bahasa dalam sektor ter-tentu
seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak ber-
kuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Ke-
menterian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia).
iii. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa
keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek ber-
asaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa
Inggeris sebagai bahasa penghantar kursus di IPTA
dan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam

74
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa


Melayu sebagai subjek wajib.
iv. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui per-
antaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris,
sehingga timbul keghairahan yang kadang kala ber-
lebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat
(pemimpin, profesional dan orang awam) untuk
mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan me-
ngurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa
Melayu.
v. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat Malaysia, ter-masuk dalam
kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap
kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu
tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan
serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi,
sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu
ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan
pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang
pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula,
masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk
golongan yang berpengaruh yang menggunakannya
pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu men-
cerminkan budaya tinggi.
vi. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya
bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan
keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada
bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP
mengusahakan pelibatan sektor swasta meng-
gunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan
dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari
2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan
bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada
papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan
pula, melalui media juga, mengajak masyarakat
mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya
berfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan usaha
meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk
mencapai kemajuan, dan dengan tidak segan-silu
atau berasa hormat kepada salah satu asas ke-
negaraan, iaitu bahasa kebangsaan, mengisytiharkan
bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya
dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris

75
Mengapa Kami Bantah!

e. Secara khusus, dalam sistem pendidikan, telah berlaku


penurunan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu apabila dilakukan tindakan yang jelas untuk
mengurangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar utama sistem pendidikan, iaitu dasar yang
diasaskan pada Penyata Razak 1956. Pada tahun 1993,
Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad
membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan
teknologi di universiti hendaklah disampaikan dalam
bahasa Inggeris. Keputusannya itu bertentangan dengan
pendiriannya pada awal tahun 1970-an ketika menjadi
Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan yang dengan tegas
menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah di-jadikan
bahasa penghantar utama untuk semua kursus di univer-
siti. Pada waktu itu, kumpulan-kumpulan cendekiawan
yang faham dan masih kental semangat kebangsaannya
mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan
menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusan
Perdana Menteri. Sebahagian besar memorandum, resolusi
dan pernyataan serta makalah yang membantah keputusan
telah diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada
tahun 1996 dalam buku yang berjudul Manifesto Budaya:
Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, dengan Allahyarham
Asraf sebagai editornya. Kebetulan ketika itu masih ada
tenaga unggul dalam kepemimpinan negara yang menjadi
penaung kepada gerakan kebangsaan sehingga akhirnya
keputusan itu senyap begitu sahaja.
Tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002,
Perdana Menteri yang sama membuat pengumuman bahawa
mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan
dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.
Inilah rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasar
baru yang merombak dasar selama puluhan tahun di-
laksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun.
Orang yang tidak lupa kepada sejarah dasar dan sistem
pendidikan di negara ini tentu masih ingat bahawa dasar
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama
sistem pendidikan yang digagaskan oleh Jawatankuasa
Pelajaran Razak 1956 dan kemudian diperkukuh oleh
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 hingga
diterapkan dalam Akta Pelajaran 1961, baru dilaksanakan
dengan pesat pada tahun 1970 apabila Abdul Rahman Ya`kub
(Tun Datuk Patinggi) menjadi Menteri Pelajaran. Ertinya untuk
melaksanakan dasar yang menjadi acuan pembentukan

76
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

generasi baru yang bersatu padu dan memperoleh ilmu serta


sistem nilai melalui satu bahasa kebangsaan hanya dapat
dimulakan berbelas-belas tahun kemudian.
Kemudian apabila kerajaan mendapati perlunya sistem
pendidikan yang menekankan pembinaan manusiawi, maka
Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir
Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika itu membuat kajian
dan menerbitkan kajian itu pada tahun 1979. Sebagai hasil
rumusan dan syor jawatankuasa tersebut, dirancang pe-
laksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ternyata
bahawa pelaksanaan dasar dan sistem baru itu mengambil
waktu lapan tahun kerana hanya dilaksanakan pada tahun 1988
sesudah melalui kajian demi kajian dan penyempurnaan
prasarana.
Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama
selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak
kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya
kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan
menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam
pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik.
Tiada kajian yang dijalankan dan tiada perundingan yang
dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan. Bahkan tiada sama
sekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah
sekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan
mana-mana sistem yang baharu.
Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media
yang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya
permintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu
hampir-hampir tidak diendahkan. Resolusi Kongres Pen-
didikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesak
ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris dipandang sepi, malah beberapa hari
sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang
mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan
bahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan
penutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan mem-
buat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusan
meneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarah
baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajian
mendalam” selesai dalam tempoh tiga hari! Yang bangkit
bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik,
ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana

77
Mengapa Kami Bantah!

kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan


menghalang anak bangsa menguasai bahasa asing. Apabila
Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka
menerbitkan Siri Bicara Bahasa (siri1 - 20) sebagai wadah
membahaskan isu tersebut, ada arahan lisan yang
“mengharamkan” terbitan itu daripada diedarkan.
Beberapa kajian ilmiah peringkat sarjana dan kajian institusi
serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanaan
dasar baharu itu membawa bencana dan padah yang bukan
kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada
pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan
matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang
majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan
ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan
bahasa asing. Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa me-
mindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada
bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan
pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu. Bilangan
pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun
2004 ialah 1.88 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka
yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa
Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama
pelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang
penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak
menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri
daripada anak-anak bangsa Melayu.
Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia, Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkan
ketidaksediaan pelajar belajar sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan
kajian bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik
diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa
Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan
berkesan, 71% meminati sains dan matematik kerana diajarkan
dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang dalam sains
dan matematik jika diajarkan dalam bahasa Melayu. Kajian
DBP-UKM pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar me-
nunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk
menerima pengajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris. Kesediaan mereka belajar sains dan matematik
sepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 5.9% (untuk sains)
dan 5% (untuk matematik).

78
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

Yang lebih malang lagi, kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM


(2004) menunjukkan penurunan prestasi yang cukup men-
cemaskan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam mata
pelajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasa
Melayu. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2
pada tahun pengajian 2004 (pelajar yang mula belajar sains dan
matematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam bahasa
Inggeris), peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang (gred
A) bagi mata pelajaran sains hanya 11.9% dan bagi mata
pelajaran matematik hanya 16.9%. Hampir separuh daripada
sampel yang dikaji (45.49%) mendapat gred gagal dalam
kedua-dua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran bahasa
Inggeris pula, hanya 10.4% yang mencapai gred A. Malang
sekali apabila yang mencapai gred A dalam mata pelajaran
bahasa Melayu hanya 18.7% dan 16.7% malahan gagal
(mendapat gred E). Kejatuhan prestasi dalam mata pelajaran
bahasa Melayu itu barangkali disebabkan kekeliruan yang
terjadi pada guru dan juga pelajar dalam tempoh peralihan
yang mengejut pelaksanaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran sains dan matematik.
Pihak yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar tersebut,
iaitu guru sendiri menghadapi masalah yang besar amat besar.
Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada
tahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalam
pengajaran sains dan matematik dan semuanya terlatih dalam
bahasa Melayu yang dijadikan bahasa penghantar utama dalam
sistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Dengan pe-
laksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikan
berlakunya masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru.
Kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242
buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan
bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7%
guru sains dan 62.2% guru matematik yang mampu me-
nerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Kajian Norhashimah Jalaluddin yang dijalankan pada tahun
2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sains
dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, 72%
mengatakan bahawa pencapaian pelajar dalam sains dan
matematik akan lebih cemerlang jika diajarkan dalam bahasa
Melayu, dan 79% berpendapat bahawa pelajar lebih dapat me-
numpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itu
diajarkan dalam bahasa Melayu.

79
Mengapa Kami Bantah!

Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mula


berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam apabila semua
universiti kerajaan telah mula melaksanakan dasar ke arah
pengajaran subjek-subjek sains dan teknologi dalam bahasa
Inggeris, sebagai suatu kesinambungan yang logis daripada
dasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Universiti
seakan-akan tiada pilihan lain kerana pelanggan yang diterima
merupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris.
Akhirnya, sebagaimana yang dirumuskan oleh Kumpulan
Prihatian (2005), kita akan menyaksikan kesan-kesan yang
berikut daripada penarikan semula dasar bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama:
a. Akibat kepada Bahasa Melayu
Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa
moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan
terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah
dicipta yang telah mencecah hampir satu juta untuk ratusan
bidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti aeroangkasa,
tidak akan digunakan dan istilah baru tidak akan dicipta
lagi. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi,
perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam
bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya.
Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang, terutama
dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah
Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa
Inggeris dan Mandarin.
Amatlah mencemaskan bahawa pada satu waktu kelak
bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar bagi kira-
kira 20% sahaja, iaitu bagi mata pelajaran yang bukan
tergolong dalam sains dan teknologi. Selalu dihujahkan
bahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran
sahaja. Hakikatnya jauh berbeda. Yang berikut ini ialah
unjuran yang dapat dirumuskan daripada perancangan
yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran:
• Sekolah Rendah:
BM 60%; BI 40%
• Sekolah Menengah:
Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%
Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%
Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%
Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%
Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%

80
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53%


SPM: BM 29%; BI 71%
Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40%
Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI
80%
• Peringkat Universiti:
BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI:
Semua kursus lain
(Catatan: Malah ada kursus sastera di universiti
tertentu yang wajib dikuliahkan sebahagiannya
dalam bahasa Inggeris)
b. Akibat kepada Pelajar Melayu
Kesannya kepada pelajar, terutama pelajar Melayu daripada
sudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali.
Kajian menunjukkan pelajar yang masih belum mempunyai
kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi
masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan
memberikan gerak balas bertulis dalam ujian dan
peperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapat
diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada pelajar
dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah.
Belum terbukti di mana-mana pun alat teknologi mampu
menggantikan guru di bilik darjah. Yang perlu diingat,
wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anak
bangsa kita dengan menggunakan kaedah yang tidak, atau
sekurang-kurangnya belum terbukti berhasil di mana-mana
di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah
membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005
bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-
cuba’”.
c. Akibat kepada Media Massa Berbahasa Melayu
Pada tahun 60-an dulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada
bilik darjah. Akibatnya, hari ini ramai orang Melayu yang
buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu dulu menjadi lidah dan
alat perjuangan bangsa Melayu. Kini Utusan Melayu dalam
keadaan nazak, tidak lagi mampu menjadi wadah pemikiran
dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang akan berlaku
kepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang.
Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruangan
teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan

81
Mengapa Kami Bantah!

lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembaca


akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-
bidang ini dalam bahasa Melayu. Dapatkah akhbar hidup
tanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains,
teknologi dan sebagainya? Lihat saja Utusan Melayu. Itulah
gambaran masa depan akhbar arus perdana berbahasa
Melayu. Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang kita
cintai ini, edaran akhbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke
nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan
Inggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat pe-
nukaran bahasa penghantar 80% mata pelajaran di sekolah
ke dalam bahasa Inggeris.
Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan
kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu meng-
gerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai
perubahan bahasa penghantar dua mata pelajaran sahaja
sebenarnya akan membawa durjana kepada bangsa Melayu.
4. Kekeliruan dalam fahaman agama dan kekacauan pandangan
sarwa
a. Kemajuan yang kita capai dalam bidang ekonomi dan
pembangunan fizikal tampaknya seakan-akan perlu di-
bayar dengan segala macam kepincangan dan kebobrokan
sosial. Agama Islam yang pada abad ke-13 telah membawa
transformasi kepada akidah, pemikiran dan amalan
budaya sehingga terbentuk tamadun besar selama berabad-
abad seakan-akan tidak dijadikan asas oleh sejumlah yang
signifikan dalam masyarakat pada waktu ini untuk
membentuk masyarakat madani atau hadhari. Sekularisasi
sudah begitu menebal hingga ”kehidupan kini dan di sini”
seringkali melupakan sejumlah orang kepada ”kehidupan
abadi” di alam yang satu lagi. Antara kekacauan fahaman
agama dan kekacauan pandangan sarwa yang tampak kini
termasuklah:
i. Amalan rasuah dalam kegiatan ekonomi, sosial dan
bahkan politik (sehingga timbul eufemisme atau
istilah yang dilunakkan sebagai politik wang yang
sebenarnya tidak lain daripada rasuah). Ke-
pemimpinan baru parti utama orang Melayu
tampaknya menghadapi kesukaran yang bukan
kepalang untuk mengubah fenomena yang sudah
membarah itu sehingga usaha memerangi rasuah
seakan-akan menjolok sarang tebuan;

82
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

ii. Perselisihan faham tentang agama dalam konteks


kepartian sehingga perpaduan umat Melayu Islam
dilanda perpecahan yang tidak kunjung selesai
sedangkan Islam telah meletakkan panduan bahawa
apa-apa juga perselisihan tentang agama yang
berbangkit hendaklah dirujukkan kepada al-Qur’an
dan sunnah;
iii. Kesepaduan antara yang dikatakan pendidikan
akademik dengan pendidikan agama terus-menerus
menjadi isu kerana ditangani secara politik lebih
daripada secara profesional, seperti tindakan
menutup dan menarik balik bantuan kepada sekolah
agama rakyat yang secara langsung menyentuh
masa depan umat Melayu. Pada waktu yang sama,
falsafah pendidikan negara yang sejak tahun 1988
menekankan kesepaduan antara agama dengan
ilmu-ilmu lain kian tidak ketara lagi pelaksanaannya
di sekolah. Misalnya, gagasan nilai-nilai murni
merentas kurikulum, ilmu merentas kurikulum,
kemahiran berfikir merentas kurikulum dan se-
bagainya tidak kelihatan menjadi agenda pendidikan
lagi sehingga satu-satunya amalan merentas yang
tinggal hanyalah ”merentas desa” sahaja. Dalam
pada itu, institusi ilmu yang telah diiktiraf dan
diakui oleh dunia Islam dan telah berjasa me-
limpahkan cahaya ilmu agama untuk mengangkat
tamadun umat entah atas pertimbangan apa telah
ditutup dan diturunkan martabatkan hingga menjadi
sebuah fakulti sahaja di sebuah universiti Islam yang
ditubuhkan untuk menegakkan panji-panji Islam;
iv. Hedonisme atau hiburan yang melampau telah mula
mengakar sebagai cara hidup masyarakat apabila
terbuka atau sengaja dibuka ruang yang cukup luas
untuk berlangsung pesta, karnival dan yang se-
umpamanya yang sudah melampaui konsep hiburan
sekadar untuk memenuhi fitrah manusia. Sambutan
dan perayaan seakan-akan tidak sah tanpa acara
hiburan yang berlebihan, termasuk ketika me-
nyambut kemerdekaan negara. Pelbagai program
realiti diwujudkan di stesen-stesen televisyen dan
ke-semuanya ke arah pembentukan unsur budaya
baharu yang tidak membina pemikiran dan ke-
tinggian akhlak masyarakat selain memupuk unsur
budaya melayan perasaan, kehibaan, ketaksuban dan

83
Mengapa Kami Bantah!

pembaziran wang (seperti puluhan juta ringgit yang


dikeluarkan selama tiga tahun berlangsungnya
program Akademi Fantasia oleh berjuta-juta orang
penonton yang majoritinya Melayu untuk mengundi
penyanyi pujaan, dan lebih malang lagi hal ini
berlaku pada saat orang Melayu Islam sendiri lemah
ekonominya.
v. Fitnah, komplot, konspirasi dan perbuatan terkutuk
yang seumpama itu kian meluas dalam pelbagai
institusi sosial sehingga keharmonian dan ke-
sejahteraan hidup kian berkurangan. Sebahagian
besarnya berlaku kerana anggota masyarakat
(malangnya lapisan yang memikul amanah ke-
pemimpinan juga tidak terlepas daripada perbuatan
itu) kian jauh daripada pegangan dan amalan
agama. Amat mengejutkan bahawa satu konspirasi
politik besar-besaran telah didedahkan oleh seorang
hakim mahkamah tinggi (Berita Harian, 19 Ogos,
hlm. 10) yang melibatkan jatuhnya seorang pe-
mimpin negara. Fahaman politik yang dipegang
berdasar pada politik Barat yang berteraskan ”usaha
mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa itu” dan
oleh itu sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk
mendapat dan mengekalkan kuasa. Saya segera
teringat akan analogi seorang tokoh korporat Melayu
yang prihatin yang menamai budaya jatuh-men-
jatuhkan dalam kalangan mereka yang gila kuasa
dengan budaya sate - sebelum dapat dimakan,
daging perlu dicencang-cencang, diperam, dicucuk
dan dibakar. Kuasa tidak dinilai sebagai amanah
tetapi sebagai hak dan wibawa lalu mudahlah terjadi
salah guna kuasa dan amalan nepotisme, kronisme,
favoritisme dan yang seumpamanya. Hiruk-pikuk
tentang isu AP yang dikeluarkan oleh Kementerian
Perdagangan Antarabangsa hanya satu daripada
sekian banyak manifestasi kecurangan kuasa yang
berlaku.
vi. Penyelewengan agama dalam dua bentuk yang
ekstrem terus-menerus berlaku dan pada saat
tertentu memuncak. Pada satu sisi, agak meluas
ajaran sesat dan khurafat seperti yang tergambar
pada fenomena Ayah Pin dengan ”kerajaan langit-
nya” yang seakan-akan tidak tertangani oleh pihak

84
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

berkuasa dengan berbagai-bagai alasan pentadbiran.


Mencemaskan juga halnya apabila muncul Rasul
Melayu di Hulu Kelang yang dapat mempengaruhi
pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademik. Pada sisi
yang lain muncul ekstrem dalam bentuk fahaman
Islam liberal yang begitu bertoleransi terhadap apa-
apa jua pandangan keagamaan yang jelas menyalahi
nas. Tajdid dengan pengertian pembaharuan dalam
pengurusan dan cara melaksanakan kehidupan ber-
agama telah diselewengkan atas nama kebebasan
bersuara dan hak asasi individu. Telah ada
perkumpulan atas nama Islam yang mengajukan
memorandum kepada pihak berkuasa agar taraf
agama seseorang tidak dicatat dalam kad pe-
ngenalan sehingga umurnya mencapai 18 tahun
untuk membolehkan ia membuat keputusan meng-
anut agama pilihannya. Telah ada keberanian orang
yang berpendidikan tinggi dalam agama me-
ngeluarkan hukum bahawa darurat membolehkan
seseorang menjadi pelacur.
5. Isu Hak dan Kebebasan Bersikap Kritis
a. Amatlah malang bahawa dalam zaman kita mengecap
kemajuan yang hebat, dan dengan ilmu serta pemikiran
yang tinggi, berlaku sekatan terhadap penyataan fikiran
dan pandangan yang kritis. Tidak dinafikan bahawa masih
tetap ada ruang untuk menyatakan pandangan dan fikiran,
tetapi bagi sesiapa yang terlibat dalam gerakan yang
dianggap bertentangan dengan arus perdana, dapat
dirasakan adanya halangan dan sekatan tertentu.
b. Antaranya termasuklah:
i. Media yang dikawal atau mengawal dirinya sendiri
daripada menyiarkan pandangan yang dianggap
bertentangan dengan arus perdana. Pemimpin-
pemimpin persatuan bukan kerajaan yang kritis
mempunyai pengalaman yang banyak dalam hal ini
apabila kenyataan media atau ulasan (kadang-
kadang yang diminta oleh media tertentu sendiri)
tidak disiarkan. Sekali sekala yang disiarkan ialah
bahagian yang tidak mencerminkan pandangan
keseluruhan orang yang diwawancara, iaitu sama
ada bahagian yang selari dengan pandangan arus
perdana atau pandangan yang dianggap tidak

85
Mengapa Kami Bantah!

sensitif. Kata seorang teman saya, freedom of the press


memang wujud di negara ini tetapi hubaya-hubaya
kerana di samping itu ada freedom to press juga.
ii. Sesetengah akta digunakan atau setidak-tidaknya
dibayangkan boleh digunakan untuk menghalang
orang yang kritis daripada bersuara. Orang yang
kritis selalu dibayangi oleh Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Amat
sukar untuk dipastikan apakah yang boleh dan tidak
boleh disuarakan kerana kedua-dua akta itu
senantiasa menanti waktu untuk digunakan. Orang
yang menyatakan fakta yang benar, lengkap dengan
dokumen boleh ditahan dan dihukum atas dakwaan
mendedahkan rahsia rasmi kerajaan walaupun
tujuannya untuk kebaikan negara.
iii. Bagi penjawat awam, telah diperkenalkan suatu
bentuk waad yang diberi nama Aku Janji, seolah-
olah Peraturan Am (General Order) yang selama ini
menetapkan tatatertib dan apa-apa yang boleh serta
apa-apa yang tidak boleh dibuat oleh penjawat
awam masih tidak cukup. Meskipun niat meng-
adakan aku janji itu mungkin baik, iaitu untuk
menjaga disiplin penjawat awam, namun kesan yang
negatif ialah tiadanya atau kurangnya penjawat
awam yang bersikap kritis dan profesional dalam
membanteras kesilapan yang berlaku di jabatan ke-
rajaan. Tertanya-tanya juga saya apakah pentingnya
kemahiran berfikir kreatif dan kritis di tekankan di
sekolah apabila kemahiran itu tidak boleh di-
terapkan dalam alam pekerjaan.
iv. Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyekat
kegiatan yang dianggap bertentangan dengan ke-
rajaan dengan sendirinya menjadikan kampus layu
dan tidak lebih daripada sekolah. Dahulu ada
kegiatan seperti Debat Agung Ekonomi, ada sudut
pidato dan mahasiswa serta kakitangan akademik
lebih bebas bersuara dan melaksanakan kegiatan
meskipun sebahagiannya kelihatan tidak selari
dengan pandangan arus perdana. Kini bukan sahaja
kegiatan yang lebih kritis hampir tidak ada lagi,
bahkan universiti pun sudah kian kehilangan
autonomi apabila semakin banyak keputusan dibuat
langsung oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

86
Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa dan Negara

v. Yang tidak kurang menyedihkan ialah sikap yang


dikatakan orang Indonesia sebagai ”masa bodoh”
dalam kalangan masyarakat umum, termasuk cerdik
pandai, iaitu sikap tidak ambil peduli akan isu yang
berlaku di keliling selama mereka cukup makan
pakai dan dapat menikmati kehidupan yang selesa.
Sikap inilah yang akhirnya akan membekukan
fikiran masyarakat dan kemungkaran berlangsung
terus tanpa dipedulikan oleh massa. Yang berani dan
rajin mengambil tahu pun akhirnya berkurangan
kerana itulah jalan selamat yang tidak men-
datangkan risiko apa-apa. Sesetengah yang pada
satu waktu dahulu menjadi pejuang pun ada yang
berubah haluan kerana telah mendapat kesenangan
hidup. Oleh itu, sebarang kegiatan untuk meng-
himpunkan orang yang sanggup berkorban masa
sedikit untuk membincangkan isu masyarakat,
bangsa dan negara, belum lagi menggunakan tenaga
ke tengah padang, menjadi amat sukar sekarang.
Cita-cita untuk memungut tandatangan satu juta
orang yang tidak setuju dengan pelaksanaan peng-
ajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris,
umpamanya, berakhir dengan kejayaan men-
dapatkan hanya kira-kira 500 tandatangan sahaja
untuk disampaikan kepada kepemimpinan negara.
Daripada lebih 10 buah persatuan bukan kerajaan
yang dapat dihimpunkan untuk mengeluarkan
pernyataan bersama bagi meminta kerajaan me-
nangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu, akhirnya
tinggal lima buah persatuan yang berbaki dan
sanggup menjadi penganjur Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Keenam, dan kongres itu pula
mendapat penghinaan besar apabila sebuah uni-
versiti yang telah mengundang persatuan-persatuan
penganjur itu melangsungkan kongres di kampus-
nya pada saat akhir menutup kampusnya dan
memindahkan kongres ke sebuah dewan orang
ramai. Keadaan ini amat berbeda daripada keadaan
pada awal-awal tercapainya kemerdekaan hingga
sekitar tahun 1970-an. Pada tahun 1960-an ada
kesanggupan para pejuang bahasa kebangsaan
memikul Keranda 152 ke Parlimen dan mereka
pulang dengan selamat; tetapi kini usahkan memikul
keranda, mengukir batu nisan bahasa kebangsaan

87
Mengapa Kami Bantah!

sahaja pun tidak ada yang berani dan andaikata ada


yang berani memikul keranda bahasa pula, belum
tentu mereka akan pulang dengan selamat kerana
mungkin akan berubah destinasi ke tempat lain.

Penutup
Sebenarnya hanya sebilangan isu sahaja yang dapat saya paparkan
dalam kertas kerja ringkas ini yang berkaitan secara langsung dengan
kelangsungan hidup dan masa hadapan masyarakat dan negara kita.
Benar bahawa penyelesaiannya tidak semudah memaparkannya. Tiada
jalan singkat dan tiada lampu ajaib untuk kita selesaikan semua
masalah itu. Namun, menyedari masalah-masalah itu sendiri harus
dilihat sebagai langkah awal ke arah penyelesaiannya. Malang sekali
halnya andaikata masalah-masalah itu tidak memberikan bekas di hati
anggota masyarakat disebabkan sikap permisif dalam kalangan
masyarakat kita ternyata kian ketara. Sifat dan sikap nafsu nafsi
menyebabkan masyarakat kurang prihatin terhadap fenomena-
fenomena negatif yang berlaku di hadapan mata. Selama isu dan
masalah itu tidak menjejaskan kepentingan sandang pangan atau
kehidupan mereka, tidak banyak anggota masyarakat yang mahu
mengambil tahu akan isu yang berkaitan dengan bangsa dan negara,
apatah lagi terlibat memerangi masalah sosial yang wujud.
Dalam konteks itulah diperlukan gerakan mendedahkan segala
kebejatan masyarakat melalui pelbagai saluran yang mungkin.
Penulisan merupakan salah satu saluran yang berkesan kerana sifatnya
yang lebih kekal dan dapat disebarkan dengan lebih luas. Dengan
kemajuan teknologi, hasil tulisan bukan hanya dapat diterbitkan dalam
bentuk bercetak tetapi dapat dimuatkan dalam internet dan dapat juga
diterbitkan dalam bentuk elektronik dengan berbantukan multimedia.
Para cerdik pandai tiada pilihan lain lagi. Semua perlu turun padang
untuk menyumbangkan fikiran ke arah pembanterasan penyakit sosial
yang kian parah. Setidak-tidaknya kita melaksanakan tahap iman yang
kedua dalam keadaan kita tidak berkuasa menggunakan ”tangan”, iaitu
dengan menggunakan ”lidah” (dalam konteks tulisan kita meng-
gunakan pena). Tidak cukup kiranya kita mengamalkan iman pada
tahap yang paling rendah, iaitu sekadar tidak redha di hati
menyaksikan kebejatan yang berlaku di hadapan mata kita. Saya yakin
bahawa atas semangat itulah penganjur mengadakan seminar penulisan
kritis ini. Kita sebenarnya tidak menentang barang satu pun dasar
negara, malah yang diperjuangkan itu ialah untuk mengukuhkan
pelaksanaan dasar-dasar negara yang telah digubal untuk kesejahteraan
rakyat. Bukankah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan yang lain-lain itu
merupakan dasar negara yang sah? Itulah yang kita perjuangkan.

88
6
NASIONALISME
DAN PERJUANGAN BAHASA

Datuk Dr. Hassan Ahmad

Ada Bahasa adalah Bangsa


Tajuk ini menyentuh dua perkara yang mempunyai kaitan yang rapat
antara yang satu dengan yang lain. Perkaitan ini hendak saya jelaskan
melalui kata-kata ‘Ada bahasa adalah Bangsa’. Dulu-dulu orang bijak
pandai bangsa kita menciptakan ungkapan ‘bahasa menunjukkan
bangsa’. Dalam tahun-tahun 1960-an, istilah atau slogan ‘Bahasa Jiwa
Bangsa’ diciptakan dan dipopularkan semasa ‘kempen’ atau ‘gerakan
bahasa kebangsaan’ dilancarkan untuk menyampaikan mesej bahawa
bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu bahasa Melayu, adalah jiwa ‘bangsa
Malaysia’ yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, walaupun
istilah itu dari segi implikasi etnolinguistiknya lebih merujuk kepada
‘bangsa Melayu’. Saya tidak akan mengulas hal ini lebih lanjut. Cuma
saya hendak menyatakan bahawa kata-kata ‘bahasa menunjukkan
bangsa’ dapat kita kaji maknanya dari dua segi: pertama, dari segi
sosiologi atau fungsi sosial bahasa itu dalam masyarakat, seperti yang
terbayang pada simpulan bahasa ‘tahu bahasa’ dan ‘tak tahu bahasa’
yang dikaitkan dengan adat orang Melayu berbahasa dalam per-
hubungan sosial dalam masyarakat. Soal ‘adat berbahasa’ atau sosiologi
bahasa ini sudah merupakan bidang yang menarik ahli-ahli
sosiolinguistik.
Makna keduanya dapat kita kaitkan dengan kesedaran sesuatu
bangsa tentang fungsi politik bahasanya, khususnya dalam konteks
pembinaan negara-bangsa. Kisahnya bermula dalam zaman moden
apabila bahasa dijadikan ‘alat nasionalisme’, yakni alat perjuangan
sesuatu bangsa untuk menubuhkan kesatuan sosio-budaya-politik, yang
Mengapa Kami Bantah!

disebut Negara-Bangsa atau Nation-State, suatu fenomena politik yang


menurut sejarahnya bermula di Eropah, sebagai reaksi terhadap
ancaman-ancaman luaran yang dianggapnya boleh memusnahkan
identiti sesuatu bangsa.
‘Nasionalisme’ atau ‘semangat kebangsaan’ atau ‘semangat bangsa’,
secara umumnya, lahirnya dari kesedaran bahawa keanggotaan
seseorang dalam kesatuan sosiobudaya yang disebut BANGSA ditandai
oleh ciri-ciri yang dimiliki atau diwarisi bersama oleh seluruh anggota
bangsa itu dan yang membezakannya daripada bangsa lain. Faktor atau
ciri-ciri yang membentuk kesedaran bangsa ini dan yang memainkan
peranan penting dalam pertumbuhan dan pembentukan tamadun
bangsa itu antara lainnya ialah bahasa, budaya, asal-usul sejarah yang
sama, mungkin juga agama yang diwarisi bersama oleh anggota bangsa
itu sejak turun-temurun, dan yang digunakan oleh bangsa itu, secara
sedar atau tidak, untuk membezakan dirinya atau identitinya daripada
bangsa lain.
Daripada faktor-faktor atau ciri yang tersebut itu, bahasalah yang
merupakan faktor yang sangat penting dan berpengaruh dalam
melahirkan kesedaran bangsa atau nasionalisme itu. Mengapa bahasa?
Sebabnya ialah, bahasa merupakan alat pembentukan tamadun bangsa
yang sangat integratif; melalui bahasalah sesuatu bangsa itu mem-
perkenalkan dirinya melalui cara mereka menanggapi alamnya, baik
alam sosial mahupun alam kosmos, dan membentuk pandangan hidup
atau sistem nilai bangsanya melalui proses pemikiran, rasa hati,
imaginasi dan renungan dirinya yang digambarkan dalam pelbagai
karya lisan dan tulisan yang dihasilkan oleh bangsa itu dan yang
membentuk ‘ingatan bersama’ atau ‘collective memory’ bangsanya
sepanjang zaman. Itulah proses yang berlaku dalam pembentukan
tamadun sesuatu bangsa. Kita tahu dalam sejarah ketamadunan
manusia bahawa tidak ada bangsa di dunia yang membentuk budaya
dan tamadunnya, seninya, kesusasteraannya, falsafah hidupnya,
mitosnya dan pandangan kosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasa
orang lain.
Demikianlah pentingnya fungsi bahasa sebagai pembentuk identiti
dan tamadun sesuatu bangsa. Apabila keadaan mendorong manusia
secara sedar untuk mengidentifikasikan bahasa dengan bangsa,
terutama dalam konteks kesatuan politiko-geografi yang disebut
NEGARA, maka lahirlah suatu jenis atau aliran nasionalisme yang
disebut nasionalisme bahasa atau ‘language nationalism’ yang menjadi
bahan yang makin menarik perhatian para ahli sains politik. Antara
lain, ahli sains politik ingin tahu, bagaimanakah bahasa memainkan
peranan dalam pembentukan sesebuah negara dan mengapakah bahasa
sering menimbulkan masalah politik, tidak sahaja masalah etnik,

90
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

terutama dalam masyarakat atau negara pelbagai bangsa atau etnik dan
bahasa.
Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa nasionalisme bahasa
ialah, kesedaran bahawa bahasa ialah alat budaya dan politik yang
penting untuk mengekalkan identiti sesuatu bangsa, untuk menjadi
asas pembinaan negara, dan untuk memajukan bangsa itu melalui
kreativiti minda bangsanya yang hanya dapat dicetuskan melalui
bahasa sendiri.

Faktor yang mencetuskan nasionalisme/Nasionalisme bahasa


Nasionalisme tidak sama dengan rasisme. Rasisme lebih bersifat
destruktif daripada bersifat konskruktif. Nasionalisme Melayu, menurut
kajian saya serba sedikit, tidak timbul dari perasaan rasisme, perasaan
fanatik bangsa atau perasaan benci kepada kaum-kaum lain yang ada
di negeri ini, atau kerana benci kepada bangsa atau bahasa Inggeris
tetapi timbul kerana berlakunya keadaan yang menyebabkan orang
Melayu takut akan kehilangan haknya di negerinya sendiri. Dasar
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu merupakan salah satu punca
timbulnya perasaan takut ini. Mengapa? Sebabnya ialah penjajah
Inggeris itu mewujudkan dasar di Tanah Air orang Melayu yang,
dalam jangka panjangnya, dianggap oleh orang Melayu boleh
memusnahkan hak dan kepentingannya di negerinya sendiri. Misalnya,
dasar pendidikan yang dibentuk di Tanah Melayu akhirnya disedari
oleh orang Melayu sebagai dasar yang menyekat bahasa Melayu untuk
berkembang, melalui institusi-institusi awam atau institusi negeri/
negara, sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang,
terutama dalam bidang pendidikan. Dasar itu mewujudkan empat
sistem persekolahan yang berlainan di negeri ini, yang menggunakan
tiga bahasa asing atau bahasa non-peribumi, di samping bahasa
Melayu, sebagai alat pengantarnya; dalam sistem itu bahasa Melayu
diturunkan tarafnya sebagai salah satu ‘bahasa vernakular’ di negeri
ini, disamakan tarafnya dengan bahasa-bahasa kaum pendatang,
padahal dalam sejarahnya sejak abad ke-13 atau ke-14 bahasa Melayu
telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa ilmu dan kesusasteraan tinggi,
bahasa perdagangan, bahasa agama, dan bahasa diplomasi di seluruh
rantau ini, mengatasi semua bahasa lain. Dalam zaman pemerintahan
British di Tanah Melayu, bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu
itu sebagai bahasa ‘kemajuan’ pendidikan dan ekonomi orang Melayu
dan seluruh penduduk dari kaum-kaum lain (kaum pendatang zaman
itu). Dasar itu mengasingkan orang Melayu dari bidang kegiatan
ekonomi pasaran, perniagaan atau perkedaian; orang Melayu dibiarkan
menjadi kaum tani, pesawah, nelayan dan pekebun kecil. Sektor
pekerjaan terpecah berdasarkan kaum. Dasar imigresen British cukup
terbuka dan bebas.

91
Mengapa Kami Bantah!

Minda Melayu mulai terkejut atau dikejutkan oleh situasi yang


berbahaya itu. Dalam tahun-tahun 1930-an, melalui surat khabar
Melayu, timbul suara-suara, yang dicetuskan oleh wartawan, penulis
dan guru Melayu, yang kebanyakannya lulusan Maktab Perguruan
Sultan Idris Tanjung Malim, atau SITC, membandingkan keadaan
ekonomi dan pendidikan orang Melayu dengan ‘kemajuan’ kaum-kaum
lain dalam bidang yang sama. Dalam sebuah rencana yang tersiar
dalam Majalah Guru keluaran bulan Mei, 1931, halaman 83-85,
penulisnya berkata: ‘…jika tiada sekolah Melayu…perasaan kebangsaan
Melayu yang sangat wajib menjadi semangat atau nyawa kemajuan itu
tidak ada bertambah subur seperti yang ada sekarang bahkan makin
bertambah kurang dan hilang…’ (dipetik dalam Ahmad Adam 1994:51-
52). Perhatikan bahawa istilah ‘perasaan kebangsaan’ sudah digunakan
dalam tahun 1931. Dalam majalah yang sama, pada halaman 127-128,
seorang penulis lain berkata, ‘…sesungguhnya tiada ia (orang Melayu)
boleh kasih akan bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya (lihat
Ahmad Adam 1994, hal. 52). Ini kata-kata yang menunjukkan
kesedaran nasionalisme bahasa orang Melayu. Kesedaran ini timbul
sebagai reaksi terhadap cabaran sosial, ekonomi dan pendidikan yang
dilahirkan oleh dasar-dasar British di Tanah Melayu.
Jadi, faktor paling dominan yang mencetuskan perasaan bangsa atau
nasionalisme itu ialah faktor rasa ketercabaran: apabila sesuatu bangsa
merasakan bahawa identiti bangsanya tercabar oleh keadaan yang
boleh menyebabkan hak dan kepentingan mereka tergugat atau
musnah, maka mereka akan mulai, secara sedar, membentuk semangat
bangsa itu sebagai dorongan untuk bersatu-padu bagi ‘memper-
juangkan’ dan mempertahankan hak dan kepentingan bangsa mereka
yang dianggap sedang terancam itu. Dalam keadaan biasa, kesedaran
ini mungkin tidak timbul, namun kesedaran itu tetap ada secara
‘primordial’ atau wujud dalam bentuk ‘terpendam’ (dalam jiwa sesuatu
bangsa), tidak disedari.
Nasionalisme Melayu mulai dicetuskan dalam bentuk aktivisme
politik selepas Perang Dunia II, khususnya dalam tahun 1946 (terima
kasih kepada penjajah British!), apabila British meng-umumkan
rancangannya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni British.
Raja-raja Melayu akan menjadi ‘subject’ Raja Inggeris, tidak lagi
berdaulat di Tanah Air mereka. Penduduk Tanah Melayu dari kaum-
kaum pendatang asing (maksudnya, yang datang dari kawasan di luar
“Dunia Melayu”) akan secara automatik menjadi rakyat atau warga-
negara Tanah Melayu atau rakyat ‘British Malaya’. Pada waktu itulah
orang Melayu di seluruh Tanah Melayu bersatu padu untuk menentang
gagasan Malayan Union itu, dan tiga ‘alat’ yang digunakan dan
dihidupkan sebagai alat perpaduan Melayu ialah bahasa Melayu,
budaya Melayu dan agama Islam. Dalam tahun itu, orang Melayu

92
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

menubuhkan UMNO, sebuah pertubuhan politik kebangsaan Melayu,


untuk memperjuangkan hak dan kepentingan politik orang Melayu di
tanah airnya sendiri. Akhirnya Malayan Union digantikan dengan
‘union’ baru yang disebut Federation of Malaya atau ‘Persekutuan
Tanah Melayu’ (1948). Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 (Perkara No. 33), bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditetapkan
sebagai bahasa rasmi dalam mesyuarat Majlis Perundangan
Persekutuan, Dalam tahun 1949 seorang ahli Melayu Majlis Per-
undangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbas namanya, mem-
bentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikan bahasa
Melayu, di samping bahasa Inggeris, sebagai bahasa yang wajib
diajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan, dan semua ahli Majlis
yang menyokong usul itu menyuarakan persetujuan mereka bahawa
bahasa Melayu ‘dapat menyatukan semua kaum-kaum di Tanah
Melayu’1. Orang Melayu mulai melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’,
kemudian mereka menuntut kemerdekaan dengan memekikkan kata
perjuangan ‘Merdeka!’. Dasar perjuangan UMNO pada waktu itu
berpaksi pada tiga alat pembentukan tamadun bangsa Melayu yang
asas, iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam, dan Kebudayaan Melayu.
Boleh dikatakan bahawa perjuangan itu berdasarkan kesedaran Alif, Ba,
Ta, iaitu Agama, Bahasa (atau Budaya) dan Tanah Air.
Jadi, nasionalisme Melayu, atau menurut istilah Khoo Kay Kim
(1991/1995), ‘semangat Melayu’, yang pada mulanya timbul sebagai
suatu kesedaran sosial, yakni kesedaran tentang nasib Melayu dalam
bidang ekonomi dan sosial (termasuk pendidikan) dalam tahun-tahun
1930-an, akhirnya berkembang menjadi alat nasionalisme politik mulai
tahun 1946 hinggalah tercapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

Dasar Bahasa dan Perjuangan Bahasa di Malaysia


Nasionalisme bahasa sering dapat kita lihat manifestasinya dalam dua
bentuk, iaitu dalam bentuk dasar bahasa di sesebuah negara dan dalam
bentuk gerakan aktivis yang disebut ‘perjuangan bahasa’. Di Malaysia
dasar bahasa yang digubal selepas Kemerdekaan lahirnya daripada
tuntutan nasionalisme Melayu supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bukan tuntutan ‘emotional’
atau fanatik tetapi didasarkan atas ‘realiti’ atau ‘keabsahan’ (‘legitimacy’)
sejarah sosiopolitik bahasa Melayu yang kukuh, dan berdasarkan
peranan bahasa Melayu dalam pembentukan tamadun supraetnik dan
suprawilayah di rantau ini, peranan yang tidak ada tandingannya
dengan bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dan bahasa
Belanda. Sejak sekarang-kurangnya abad ke-13 bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu-Islam, bahasa persuratan,

1. Hal ini dilaporkan oleh Utusan Melayu, keluaran 30 November 1949.

93
Mengapa Kami Bantah!

bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa penyebaran dan


pengembangan agama, khususnya agama Islam, di seluruh rantau ini,
tidak sahaja di Tanah Melayu. Bahasa inilah juga yang telah
berkembang sejak ratusan tahun sebagai lingua franca perdagangan
dan sosial yang dapat merentas sempadan etnik dan geografi bukan
sahaja di Tanah Melayu bahkan meliputi seluruh kawasan Hindia
Timur Belanda (‘Dutch East Indies), iaitu Indonesia. Kerana itulah
rantau ini disebut oleh orang Barat sebagai rantau ‘Malay Archipelago’.
Apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris muncul di rantau ini –
rantau berbahasa Melayu - mulai abad ke-16, mereka mendapati sudah
wujud di rantau ini suatu kesatuan tamadun yang tidak mudah
dimusnahkan, seperti yang mereka lakukan terhadap penduduk
peribumi di Amerika, iaitu tamadun yang dibentuk melalui bahasa
Melayu – dan agama Islam – sejak ratusan tahun sebelum kedatangan
mereka. Mereka terpaksa menggunakan alat yang sama, iaitu bahasa
Melayu, untuk mengembangkan agama mereka, juga politik mereka,
dalam kalangan penduduk setempat dari semua kumpulan etnik.
Portugis yang memerintah Melaka selama lebih seratus tahun tidak
berjaya membahasa-portugiskan orang Melayu atau mengubah agama
orang Melayu.
Bahasa inilah yang dijadikan ‘bahasa kebangsaan’ dan bahasa rasmi
Malaysia selepas tahun 1957. Sejarah sosiopolitik bahasa Melayu itulah
yang menjadi penentu Dasar Bahasa selepas kemerdekaan. Pilihan lain
yang lebih munasabah dan praktikal tidak ada.

Perjuangan Bahasa
Akan tetapi oleh kerana bahasa ini ialah bahasa bangsa Melayu maka
‘perjuangan’ untuk memajukan bahasa ini sebagai bahasa negara, tidak
hanya sebagai bahasa orang Melayu, lebih banyak dilakukan oleh orang
Melayu, baik orang perseorangan atau oleh persatuan dan kumpulan
NGO Melayu. Misalnya, persatuan guru-guru Melayu dan pertubuhan
bahasa, sastera dan budaya Melayu, termasuk Asas 50 (dan kemudian-
nya PENA atau GAPENA selepas Kemerdekaan), giat memperjuangkan
bahasa Melayu sehinggalah tuntutan dan desakan mereka diterima oleh
pihak yang menentukan dasar bahasa itu dalam tahun 1957.
Maka timbul soal, setelah dasar bahasa yang mengambil kira
tuntutan golongan nasionalis bahasa Melayu itu digubal dan dijadikan
undang-undang (yakni, dimaterikan dalam Fasal 152 Perlembagaan dan
dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68) apakah orang Melayu masih
perlu memperjuangkan untung nasib bahasanya lagi. Soal ini ber-
gantung pada beberapa faktor, terutama faktor pelaksanaan dasar itu
oleh kerajaan. Dalam negara pelbagai bangsa dan bahasa seperti
Malaysia, sering kali timbul masalah pelaksanaan dasar bahasa yang
sudah dipersetujui itu. Politik etnik sering menjadi faktor yang

94
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

menentukan setakat manakah dasar itu dilaksanakan secara tegas oleh


kerajaan.
Sebagai gerakan massa, perjuangan bahasa Melayu secara ketara
berlaku dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1957 hingga tahun 1967.
Gerakan ini secara khususnya berkait dengan adanya peruntukan
dalam Fasal 152 Perlembagaan 1957 bahawa Parlimen akan me-
nentukan kedudukan bahasa Inggeris sepuluh tahun selepas ke-
merdekaan. Dalam tempoh itu bahasa Inggeris masih kekal sebagai
bahasa urusan rasmi kerajaan, di samping bahasa Melayu. Sebenarnya,
yang akan diuji dalam tempoh itu bukan bahasa Inggeris tetapi bahasa
Melayu. Parlimen akan mengkaji semula sama ada bahasa Melayu akan
dapat menjadi ‘bahasa rasmi tunggal’ atau sebagai bahasa untuk
digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, menggantikan bahasa
Inggeris.
Jadi, nampaknya kedudukan atau nasib bahasa Melayu sebagai
‘bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara’ masih perlu diuji selepas
tergubalnya dasar bahasa itu. Dari segi perspektif ‘nasionalis bahasa
Melayu’, perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu dalam
kedudukan politik barunya itu belum selesai. Penduduk Persekutuan
Tanah Melayu dari semua kaum etnik, selain bangsa Melayu sendiri,
perlu menyokong bahasa dasar itu supaya kerajaan tidak menghadapi
apa-apa masalah politik untuk melaksanakan dasar atau matlamat
menggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
‘urusan rasmi’ tunggal kerajaan selepas tempoh sepuluh tahun yang
ditetapkan oleh parlimen atau oleh Fasal 152 Perlembagaan
Persekutuan.
Untuk tujuan itu maka dalam tempoh sepuluh tahun itu kerajaan
melancarkan siri gerakan bahasa, iaitu Gerakan atau Kempen Minggu
Bahasa dan Bulan Bahasa, yang diketuai oleh pengarah DBP waktu itu,
(Tun) Syed Nasir Ismail, yang kemudiannya mendapat jolokan sebagai
‘Panglima Bahasa’. Gerakan bahasa anjuran kerajaan ini mendapat
dukungan beberapa pertubuhan NGO bahasa dan budaya, yang
paling aktif ialah pertubuhan yang disebut Badan Bertindak Bahasa
Kebangsaan (tertubuh dalam tahun 1964) dan mempunyai cawangan si
seluruh Tanah Melayu. Ketuanya ialah orang DBP, Yahya Ismail, yang
pernah menjadi Penolong Setiausaha kempen bahasa DBP [saya pernah
menjadi Setiausaha Pusatnya dari tahun 1964 hingga tahun 1966/67).
Saya teringat semasa gerakan bahasa ini dijalankan, berlaku beberapa
tindakan oleh aktivis bahasa Melayu (mungkin ahli BBBK) atau orang
perseorangan, mengecat beberapa papan tanda awam yang tertulis
dalam bahasa Inggeris.

95
Mengapa Kami Bantah!

Protes Bahasa
Apabila Parlimen akhirnya bersidang dalam tahun 1967 bagi
membincangkan Rang Undang-undang Bahasa, beberapa banyak badan
NGO Melayu berasa terperanjat. Mereka membantah beberapa
peruntukan dalam Rang Undang-Undang itu yang oleh BBBK dianggap
tidak menepati janji UMNO atau kerajaan untuk menjadikan BM
sebagai ‘bahasa rasmi tinggal’. Bahasa Inggeris masih dikekalkan dalam
beberapa bidang urusan rasmi kerajaan, terutama dalam bidang
kehakiman. Keputusan lain yang dibantah ialah keputusan untuk
mengeluarkan notis-notis atau pengumuman kerajaan yang dianggap
‘mempunyai kepentingan awam’ dalam bahasa-bahasa lain, selain
bahasa Melayu. Dikatakan oleh pihak kerajaan yang menjawab
bantahan itu bahawa pengumuman dalam pelbagai bahasa ini hanya
terjemahan dari naskhah asalnya dalam bahasa kebangsaan (BM). Pihak
yang membantah meng-anggap bahawa itu ialah ‘taktik’ untuk
menggalakkan penggunaan pelbagai bahasa dan melanggar semangat
dasar bahasa yang asal (yang diperuntukkan dalam Fasal 152
Perlembagaan 1957). Sekumpulan 9 orang peguam Melayu juga telah
menghantar memorandum bertajuk Rang Undang-Undang Bahasa
Kebangsaan 1967: Memorandum Hussein Onn [dan kawan-kawan]2.
Antara lain memorandum ini menghujah bahawa Rang Undang-
Undang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen pada
waktu itu tidak menggambarkan atau tidak melaksanakan matlamat
yang terkandung dalam Fasal 152 Perlembagaan, iaitu tentang status
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kerajaan tidak mempedulikan kebanyakan daripada bantahan itu.
Maka BBBK, secara kilat, menganjurkan suatu perhimpunan besar di
Balai Budaya (kini Balai Tun Syed Nasir) DBP yang dihadiri oleh kira-
kira 1500 orang peserta mewakili pelbagai pertubuhan, termasuk orang
perseorangan, untuk membantah Rang Undang-Undang itu. Kemudian
sekumpulan aktivis bahasa Melayu mengadakan perarakan yang
terkenal sebagai Perarakan Keranda 152 menuju ke Kediaman PM dan
ke Parlimen untuk menghantar memorandum bantahan, tetapi per-
arakan itu disekat dan dihalau oleh pasukan Polis Pencegah Rusuhan.
Akhirnya luluslah Akta Bahasa Kebangsaan 1967/19683.

2. Hussein Onn pada waktu itu menjadi peguam; kemudian beliau menjadi
PM Malaysia ke-3.
3. Perlu dicatat bahawa Seksyen 8 Akta ini, yang menimbulkan kontroversi,
telah dipinda dan pindaan itu berkuatkuasa mulai 1 Jun 1990.

96
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Selepas Tahun 1970


Suatu perkembangan baru berlaku selepas tercetusnya rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yang
ditubuhkan untuk memulihkan keadaan membuat keputusan untuk
melaksanakan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Baru mulai
tahun 1970-lah kerajaan mengambil tindakan untuk melaksanakan
peruntukan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 untuk
menukarkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris, yang
sebelum itu masih tetap wujud, kepada aliran sekolah kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.
Jadi, semua sekolah jenis kebangsaan Inggeris diserap ke dalam sistem
sekolah kebangsaan. Proses pemindahan atau ‘conversion’ ini kira-kira
tamat dalam tahun 1981 apabila bermula dari tahun itu atau tahun 1982
semua kursus pertama yang diajarkan di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dikehendaki diajarkan dalam bahasa Melayu4.

Bahasa Nasionalis dan Bahasa Nasionis


Di negara membangun bekas tanah jajahan kuasa Barat, dasar
bahasanya sering kali menghadapi masalah pertentangan atau
persaingan antara fungsi bahasa anak negeri dengan fungsi bahasa
bekas kuasa penjajah dalam proses pembinaan negara. Joshua Fishman
(1968), pemikir ‘politik bahasa’ atau perancangan bahasa Barat yang
terkenal, dalam usahanya untuk mencari formula atau dasar bahasa
apakah yang sesuai untuk negara bekas tanah jajahan Barat di Afrika
dan di Asia, berpendapat bahawa di negeri itu perlu ada dua bahasa
yang memainkan dua peranan yang berlainan. Satu ialah peranan atau
fungsi nasionalis yang sesuai diserahkan kepada bahasa peribumi,
mengingat adanya kesedaran yang kuat dalam kalangan penduduk
peribumi untuk mengekalkan bahasanya sebagai alat perpaduan, atau
sebagai lambang identiti bangsa; tetapi bahasa ini dianggap ‘tidak
layak’ atau ‘belum layak’ untuk memainkan peranan sebagai alat untuk
memajukan negara. Fungsi ini, yang oleh Fishman disebut language for
nationist function, hendaklah diserahkan kepada bahasa bekas kuasa
penjajah (Inggeris atau Perancis, misalnya) yang juga disebutnya
sebagai ‘Language of Wider Communication’ (LWP), bahasa untuk
‘komunikasi luas’, maksudnya bahasa yang mampu digunakan juga di

4. Seyogia diingatkan bahawa dalam tahun 1965 sekumpulan pelajar sekolah


menengah kebangsaan Aminuddin Baki telah diberi peluang melanjutkan
pengajiannya ke Universiti Malaya untuk mengikuti kursus-kursus ijazah
pertama dalam bahasa kMelayu. Dalam tahun 1970 Universiti Kebangsaan
Malaysia ditubuhkan. Universiti ini menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utamanya.

97
Mengapa Kami Bantah!

luar negeri berkenaan, yakni di peringkat antarabangsa. Jadi, menurut


Fishman, dalam negara bekas tanah jajahan Barat itu perlulah ada dasar
bahasa yang bercorak diglossic, yakni berdasarkan dua bahasa yang
memainkan dua peranan yang berbeza: yang satu, iaitu bahasa
setempat, bahasa anak negeri, perlu dikekalkan sebagai alat nasionalis
atau sebagai ‘lambang bangsa’ atau sebagai alat perpaduan etnik atau
bangsa, yang satu lagi, bahasa Barat, yang perlu dikekalkan dan
dimajukan di negara itu sebagai alat ‘nationist’, yakni sebagai alat
kemajuan negara dalam bidang pembangunan ekonomi, teknologi,
pentadbiran kerajaan dan pendidikan tinggi.

Penjajahan Bahasa atau Linguistic Imperialism


Saya menganggap teori dasar bahasa dualistik nasionalis-nasionis
seperti yang dikemukakan oleh Fishman itu sebagai teori penjajahan
bahasa. Boleh jadi dasar bahasa seperti itu sesuai di negara bekas tanah
jajahan Barat yang tidak mempunyai satu pun bahasa anak negeri yang
dalam sejarahnya telah memainkan peranan sebagai pembentuk
tamadun tinggi seperti bahasa Melayu, atau telah wujud di negara itu
suatu lingua franca peribumi sebagai bahasa komunikasi luas, yang
dapat merentas sempadan etnik dan geografi, seperti bahasa Melayu.
Namun walau apa pun keadaannya, dasar bahasa seperti itu tidak
menjamin bahawa bangsa, bahkan negara berkenaan, akan maju.
Mengapa? Sebabnya ialah, bangsa itu tidak diberikan peluang oleh
pihak yang berkuasa untuk memajukan diri mereka melalui bahasa
mereka sendiri. Yang maju bukan bangsa itu seluruhnya, tetapi
mungkin segelintir manusia yang menguasai bahasa asing (Inggeris
atau Perancis) sebagai alat untuk memajukan diri mereka dalam
bidang-bidang yang berpengaruh. Buktinya dua: (a) di kebanyakan
negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis
sebagai bahasa rasmi, atau sebagai bahasa rasmi utama, atau sebagai
bahasa nationist function, bangsa mereka, bahkan negara mereka, tidak
‘maju’, malah ada yang makin mundur dan terus miskin. (b) di negara
kita, semasa bahasa Melayu tidak diberikan peluang untuk menjadi alat
kemajuan bangsa Melayu, misalnya dalam bidang pendidikan
menengah dan tinggi, orang Melayu rata-rata cukup mundur dalam
bidang itu. Kebanyakan mereka hanya terdidik dalam bahasa Melayu
di peringkat sekolah rendah Melayu sahaja. Yang menentukan
‘kemajuan’ negeri ialah golongan elitis berbahasa Inggeris. Tetapi
selepas kemerdekaan, apabila bahasa Melayu dijadikan alat pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat
pengajian tinggi, kita dapat melihat berpuluh ribu orang Melayu
menjadi ahli sains, doktor perubatan, akauntan, dan lain-lain, dan
ribuan sarjana Melayu dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan
matematik, yang terdidik dalam bahasa Melayu.

98
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Sama ada kita menyedarinya atau tidak, dari segi budaya dan
amalan dasar bahasa, kita sedang melakukan pelbagai perbuatan yang
kesannya boleh membawa negara ini kembali ke zaman sebelum
kemerdekaan itu: kita hendak mengembalikan bahasa Inggeris sebagai
penentu kemajuan bangsa Melayu, tidak lagi bahasa Melayu. Dan ini
saya anggap sebagai dasar atau pemikiran linguistic imperialism. Apa
makna ‘linguistic imperialism’? Tollefson (1991), seorang penulis Barat,
membincangkan soal bagaimana dasar mengutamakan bahasa Inggeris
di negara bukan berbahasa Inggeris sebagai bahasa ‘elitis’ atau bahasa
pihak yang berkuasa dengan mewujudkan keadaan tidak adil, misalnya
dalam bidang ekonomi dan pendidikan, kepada komuniti atau
golongan dalam masyarakat yang tidak menguasai bahasa itu. Menurut
Tollefson, model kemajuan atau pembangunan yang menjadi acuan
mereka ialah model Barat, dan untuk mengembangkan model itu, alat
yang digunakan mestilah bahasa Inggeris dan inilah keadaan yang
menyebabkan berlakunya kemajuan yang tidak seimbang atau tidak
adil antara negara atau komuniti di merata dunia.
Menurut Phillipson dalam bukuya Linguistic Imperialism (1992),
imperialisme bahasa Inggeris ialah ‘…the dominance of English is asserted
and maintained by the establishment and continuous reconstruction of
structural and cultural inequalities betweeen English and other languages
(hal.47). Imperalisme bahasa Inggeris, menurut Phillipson adalah
contoh ‘linguicism’ yang ditakrifkan sebagai ‘ideologies, structures, and
practices which are used to legitimate, effectuate, and reproduce an unequal
division of power and resources (both material and immaterial between groups
which are defined on the basis of language’. Ketidakadilan struktural dan
budaya ini memastikan bahawa sumber-sumber materialistik lebih
banyak diagihkan kepada bahasa Inggeris dan tidak kepada bahasa-
bahasa lain, dan tujuannya ialah untuk menguntungkan orang yang
menguasai bahasa Inggeris (hal.47). Dalam suatu tulisan beliau yang
lain (1999, juga dalam 1992), Phillipson berkata: ‘The expansion of English
in the postcolonial post-Communist worlds has not been left to chance but has
been deliberately promoted by the American and British governments which
have been concerned with promoting corporate interests and investments. The
teaching and learning of English is itself a multibillion-dollar business, the
largest generator of income for the British economy after oil. English for
business is business for English. The English teaching business has been
considered as second only to drug trafficking in its importance in some
countries, an anology that is perhaps flippant but is also illuminating. Ediction
to the drug of English is a widespread phenomenon (Phillipson dalam Joshua
A.Fishman, 1999, hal.96)5.

99
Mengapa Kami Bantah!

Malaysia kembali ke zaman penjajahan?


Saya kira penjajahan bahasa Inggeris atau ‘linguistic imperlialism’
bahasa Inggeris (menurut penjelasan di atas) sedang berlaku dan yang
akan berlaku di negara ini apabila ideologi bahasa Inggeris digembar-
gemburkan oleh beberapa pemimpin kerajaan dan disambut oleh pihak
majikan, terutama dalam sektor ekonomi swasta, sebagai syarat wajib
untuk mendapat pekerjaan, untuk maju dalam bidang pendidikan,
untuk menjadi mengajar di sekolah dan di IPTA, dan sebagainya.
Beratus-ratus ribu, mungkin berjuta rakyat Malaysia yang selama ini
terdidik dalam BM dan yang berkelayakan tinggi dalam bahasa ini
dalam pelbagai bidang, tiba-tiba diberitahu ‘anda tidak layak kerana
anda tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris’. Itulah nasib
yang menimpa lebih 85% daripada orang Melayu yang menjadi rakyat
Tanah Airnya dalam zaman penjajahan British dahulu.
Orang semakin lantang menegaskan bahawa bahasa Inggeris, bukan
bahasa Melayu, penting untuk kemajuan bangsa Melayu dan negara.
Tetapi, menurut mereka, ini tidak akan menggugat kedudukan bahasa
Melayu. Menurut mereka, nilai BM sebagai bahasa ‘perpaduan bangsa’
(entah apalah yang mereka maksudkan dengan kata-kata ini, saya tidak
pasti) atau sebagai ‘bahasa kebangsaan’ tetap penting dan tarafnya
sebagai ‘bahasa rasmi’ negara sebagaimana yang telah ditetapkan
dalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan tidak akan
berubah. Memanglah di atas kertas dasar itu tidak berubah, tetapi di
luar bermacam-macam perubahan berlaku dan dilakukan sehingga
kesannya ialah, dasar yang asal, yang dikatakan tidak berubah itu,
makin lama makin tidak bermakna lagi atau semakin tidak dihormati
orang.

5. Terjemahan bebas: Peluasan dan pengembangan bahasa Inggeris di dunia


pasca zaman kolonial dan selepas zaman komunisme tidaklah berlaku
begitu sahaja tetapi dipromosi secara sedar dan sengaja (terancang) oleh
kerajaan Amerika dan kerajaan British yang memberikan perhatian yang
serius terhadap usaha untuk memajukan kepentingan korporat dan
pelaburan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri
merupakan bidang perniagaan multibilion dolar, penjana pendapatan
yang terbesar bagi ekonomi British selaing perniagaan minyak. Bahasa
Inggeris untuk perniagaan bererti perniagaan bagi bahasa Inggeris.
Perniagaan pengajaran bahasa Inggeris telah dianggap sebagai perniagaan
yang kedua besarnya di samping pengedaran dadah dari segi pentingnya
(nilai ekonomi/perniagaannya) di sesetengah negeri. Perbandingan ini
barangkali agak melulu tetapi ia juga mendedahkan hakikat bahawa
ketagihan terhadap dadah bahasa Inggeris merupakan fenomena yang
cukup meluas (di sesetengah negara).

100
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Dua sektor bahasa yang bersaing


Kini kita melihat wujudnya dua sektor bahasa yang jelas di negara ini.
Yang satu ialah sektor pembangunan yang dikuasai oleh bahasa
Inggeris, dan yang satu lagi ialah sektor urusan pentadbiran negara
yang masih menggunakan bahasa Melayu sebagai ‘bahasa utamanya’,
walaupun proses hakisan dasar ini juga sedang berlaku. Lebih-lebih
lagi dalam sektor pendidikan negara, kita melihat wujudnya dua sektor
yang berlainan, yang satu ialah sektor pendidikan swasta yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar tunggalnya, dan
yang satu lagi ialah sektor pendidikan awam yang nampaknya sedang
menjurus ke arah penggunaan bahasa Inggeris, khususnya dalam
pengajian matematik dan sains. Padahal Akta Institusi Pengajian Swasta
(IPTS) 1996 dan Akta Pendidikan 1996 (yang menggantikan Akta
Pelajaran 1961) tetap menegaskan dasar yang asal, iaitu bahasa
kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di
IPTS. Walaupun menteri pelajaran diberi kuasa untuk mengecualikan
peraturan dasar ini dengan membenarkan sesuatu kursus atau
sebahagian besar dari kursus itu diajarkan dalam bahasa Inggeris, ini
bukan dasar pokok, tetapi hanya kuasa untuk melakukan pengecualian.
Malangnya, sejak tahun 1996 yang dilaksanakan oleh kerajaan atau
menteri pelajaran ialah pengecualian itu bukan dasar penggunaan
bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama di
IPTS. Jadi, amalan bertentangan dengan dasar. Semua IPTS (termasuk
IPTS yang ditubuhkan oleh syarikat korporat/perbadanan milik
kerajaan seperti PETRONAS, Telekom dan Tenaga Nasional)
dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
utama dalam semua kursus.

Perubahan Bahasa Pengantar Kursus Sains dan Matematik


Pukulan paling hebat terhadap dasar bahasa yang asal (yang dikatakan
tidak berubah itu) dan terhadap dasar pendidikan ke-bangsaan ialah
keputusan mengubah bahasa pengantar matematik dan sains dari
bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dari sekolah rendah hingga ke
peringkat pengajian tinggi. Ini perubahan yang oleh sesetengah orang
dianggap tidak bijaksana, malah ada yang berkata, tidak masuk akal
dan tidak sah dari segi perlembagaan atau undang-undang bahasa dan
Akta Pendidikan yang ada. Menurut mereka, hanya Parlimen sahaja
yang boleh mengubah dasar bahasa itu.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu dari peringkat rendah,
yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah, sangat serius. Padahal
sebelum itu, mereka tidak menghadapi masalah yang berat mengikuti
mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu, bahasa yang
mereka kuasai. Sudah pun banyak pelajar Melayu dan bukan Melayu –
ribuan banyaknya - yang berkelulusan peringkat ijazah pertama, ijazah

101
Mengapa Kami Bantah!

sarjana malah ijazah Ph.D dalam bidang sains dan matematik yang
mereka pelajari dalam bahasa Melayu.
Tidak ada negara yang maju (kecuali negara mundur atau negara
takluk kuasa Anglo-Amerika) yang memaksa kanak-kanak mereka
belajar sains dan matematik dalam bahasa asing bermula dari hari
pertama mereka bersekolah. Kita di Malaysia nampaknya lebih bijak
menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.

Nasionalis bahasa Melayu Anti-bahasa Inggeris?


Kita juga sering mendengar orang Melayu, termasuk beberapa
pemimpin Melayu, berkata bahawa orang Melayu yang menyibukkan
diri ‘memperjuangkan’ bahasanya ialah ‘fanatik bahasa’ dan ‘anti-
bahasa Inggeris’. Tetapi ini cakap-cakap orang yang emosional, tidak
mahu berfikir secara lebih mendalam dan lebih bijaksana. Kalau
ditanya, mana buktinya yang menunjukkan bahawa orang Melayu itu
‘gila bahasa Melayu’ atau anti-bahasa Inggeris, mereka pasti tidak akan
dapat menjawabnya dengan bukti yang nyata. Tidakkah kita sedar
bahawa selepas kemerdekaan, bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang
wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan. UMNO dan orang Melayu
tidak membantah dasar itu, walaupun mereka memperjuangkan bahasa
Melayu. Orang putih pun tidak berani mewajibkan bahasa Inggeris
diajarkan kepada kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu dahulu.
Mungkin itu pun merupakan dasar mereka untuk menghalang orang
Melayu menguasai bahasa Inggeris kerana takut bahasa itu akan
digunakan oleh bangsa Melayu untuk mencabar kuasa mereka melalui
bahasa mereka, seperti yang berlaku di tempat lain, misalnya di India.
Kalau dahulu guru-guru Melayu yang rata-rata tidak menguasai bahasa
Inggeris memperjuangkan kedudukan BM, hari ini yang lebih banyak
memperjuangkan bahasa Melayu ialah orang Melayu yang menguasai
bahasa Inggeris, orang yang cukup fasih berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris ragam tinggi. Apakah mereka membenci bahasa Inggeris?
Tentu tidak. Yang mereka benci bukan bahasa Inggeris tetapi ialah
penjajahan bahasa Inggeris. Yang mereka tentang ialah, dasar untuk
mengembalikan imperialisme/penjajahan bahasa Inggeris di negara ini,
dasar yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia berbahasa Melayu,
rakyat Malaysia yang berpendidikan dalam bahasa Melayu – bahasa
Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara –
tidak mendapat peluang untuk maju dalam bahasa ini kerana adanya
seruan atau ‘dasar kedua’ (dasar yang tidak ada dalam Perlembagaan
atau dalam Akta Bahasa Kebangsaan, dasar yang tidak pernah di-
putuskan oleh Parlimen) bahawa bahasa Inggeris ialah syarat utama
untuk menjadi bangsa yang maju di negara ini. Inilah yang ditentang,
iaitu ideologi bahasa itu atau agenda imperialismenya, bukan bahasa

102
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

Inggeris itu, atau bahasa apa pun. Padahal bukan mereka tidak tahu,
sudah ada puluhan ribu orang Melayu dan warga Malaysia dari kaum
lain yang telah mencapai kejayaan dan kemajuan yang cemerlang
dalam bidang sains, matematik, perubatan dan melalui pendidikan
dalam bahasa Melayu dai darjah satu sampai ke IPTA.

‘Melayu tidak akan hilang Identiti Melayunya kalau mereka


mengetahui bahasa Inggeris’
Kemudian, kita ada mendengar segelintir orang Melayu, terutama
pemimpin besarnya sejak dahulu, yang berkata bahawa orang Melayu
tidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka mengetahui bahasa
Inggeris. Macam-macam alasanlah digunakan untuk mempengaruhi
orang ramai bahawa orang Melayu tidak usahlah takut mempelajari
bahasa Inggeris. Lagi sekali kita bertanya, mana buktinya bahawa orang
Melayu takut mempelajari/menguasai bahasa Inggeris? Isu ini tidak
timbul langsung. Kata-kata itu boleh mengelirukan rakyat, seolah-olah
maksudnya atau implikasinya ialah, orang Melayu bolehlah mengor-
bankan bahasa mereka, menggantikannya dengan bahasa Inggeris,
sebab pengorbanan itu tidak akan menukar bangsa Melayu menjadi
bangsa Inggeris! Ingatlah, penduduk asli Hawai dan penduduk
peribumi lain di Amerika, di Australia dan di New Zealand, sudah
tinggal sebagai bahan atau artifak budaya dan pelancongan sahaja.
Itulah sahaja ‘identiti’ yang masih ada pada mereka, iaitu rupa badan
mereka, adat asli mereka, bahasa etnik mereka. Mereka tidak maju lagi
kerana bahasa mereka sudah dimusnahkan. Dan jangan lupa juga
bahawa di Asia atau di Asean, negara berbahasa Inggeris yang besar
ialah Filipina, tetapi bangsa atau negara Filipina tidak lebih maju dari
bangsa Jepun atau Korea, atau negara Thai, bahkan juga Indonesia yang
mementingkan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai alat
kemajuan bangsa di dalam negara sendiri.
Jadi apabila orang menimbulkan soalan: ‘mana lebih penting, maju
bangsa atau maju bahasa’, kita kena mencabar pendapat yang songsang
ini dengan soalan: bagaimanakah bahasa Melayu akan maju jikalau
kemajuan bangsa Melayu tidak dilakukan dalam bahasa Melayu tetapi
dalam bahasa orang lain, bahasa Inggeris? Bagaimanakah bahasa
Melayu akan maju dalam bidang ilmu misalnya jika ia tidak digunakan
sebagai bahasa ilmu? Banyak bangsa di dunia pupus atau hampir
pupus kerana bahasanya tidak digunakan atau disekat untuk
berkembang sebagai alat kemajuan bangsa itu. Teori yang benar – dan
yang terbukti berdasarkan sejarah pembentukan tamadun setiap bangsa
di dunia – ialah, bahasa maju apabila bahasa itu digunakan sebagai alat
kemajuan bangsanya.

103
Mengapa Kami Bantah!

Tidak salah mengetahui bahasa asing


Mengetahui bahasa Inggeris atau bahasa apa pun selain bahasa sendiri,
memang tidak salah, malah baik. Tidak ada orang Melayu yang berkata
ini salah, berdosa! Tetapi apakah fungsi bahasa asing itu kepada bangsa
yang mengetahui bahasa asing itu: soal inilah yang perlu kita fikirkan.
Tentu sahaja pentingnya bukanlah untuk menggantikan bahasa kita
sebagai alat kemajuan bangsa sendiri. Apalah gunanya kita mengetahui
bahasa lain kalau tujuannya ialah untuk berkomunikasi antara bangsa
sendiri dalam bahasa itu: di rumah, di kedai, di pasar, di restoran, di
tempat kerja, di kilang, di pejabat dan sebagainya? Tidak cukupkah
bahasa kita sendiri sebagai alat komunikasi dalam semua bidang itu?
Baru-baru ini dalam Seminar membincangkan Peradaban Melayu,
majlis perasmiannya dipenuhi dengan bahasa Inggeris, semua orang
Melayu di majlis itu bercakap dalam bahasa Inggeris. Anehnya, orang
Eropah yang turut berucap dalam majlis itu berucap dalam bahasa
Melayu! Dan ada kertas kerja yang membincangkan budaya dan
tamadun Melayu disampaikan oleh orang Melayu dalam bahasa
Inggeris, padahal hampir 98% peserta yang hadir mengetahui bahasa
Melayu di peringat tinggi, bukan di peringkat ragam bahasa Melayu
pasar. Apa hendak jadi kepada bangsa kita ni!
Kita mengetahui bahasa asing bukan untuk menggantikan bahasa
sendiri tetapi untuk tujuan-tujuan tertentu. Misalnya, untuk mencari
ilmu yang terdapat dalam kepustakaan bahasa asing itu; atau, kalau
perlu, untuk menuntut ilmu di luar negeri (di Jepun, di Perancis, di
negeri berbahasa Arab, misalnya), tidak hanya di negara berbahasa
Inggeris, atau untuk menjadi diplomat di negeri asing, atau untuk
menyampaikan kertas kerja di luar negeri, dan sebagainya. Berapa
orangkah daripada penduduk Malaysia yang berjumlah lebih kurang 25
juta ini, yang hendak menjadi diplomat, hendak pergi ke Amerika,
Britain dan Australia untuk menuntut ilmu – ilmu yang kebanyakannya
dapat dituntut di negeri kita dalam bahasa kita – dan berapa orangkah
rakyat Malaysia yang hendak membentangkan kertas kerja dalam
bahasa Inggeris atau menghadiri persidangan peringkat antarabangsa
di luar negeri?
Bagi memajukan bangsa kita (yang kebanyakannya tidak
mengetahui atau tidak perlu mengetahui bahasa asing itu di peringkat
tinggi) kita wajib menggunakan bahasa sendiri sebagai alatnya, kerana
bahasa bukan hanya sekadar sistem linguistik; lebih penting lagi,
bahasa ialah sistem budaya dan sistem kognitif, yang memainkan
peranan sebagai alat untuk mencetuskan kreativiti minda atau akal
budi bangsa sendiri, alat pembina tamadun bangsa. Ilmu yang
diperoleh dari khazanah bahasa asing perlu dikembangkan secara
kreatif, di negeri sendiri dan dalam kalangan bangsa sendiri dalam

104
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

bahasa yang difahami oleh bangsa kita, iaitu bahasa Melayu. Proses
pemindahan hasil tamadun luar secara kreatif ke dalam tamadun
sendiri ini dilakukan oleh banyak bangsa lain. Bangsa Melayu telah
melakukan proses ini berzaman-zaman lamanya melalui pertembungan
mereka dengan tamadun dari dunia India, dunia Islam, dan dunia lain
lagi. Apakah dengan cara ini bangsa dan negara kita tidak akan maju?
Bangsa Eropah baru maju dalam bidang ilmu dan sains mulai abad ke-
16 atau ke-17 setelah bahasa Latin digantikan oleh bahasa kebangsaan
bangsa Eropah masing-masing. Bahasa Inggeris berkembang sebagai
bahasa ilmu bukan kerana bahasa ini luar biasa sifat linguistiknya
tetapi kerana bahasa ini banyak sekali meminjam kata-kata dari bahasa
Latin dan Greek dan kerana adanya sejumlah orang dari bangsa mereka
yang berfikir, menulis dan mengembangkan ilmu secara kreatif dalam
bahasa sendiri. Hari ini tidak ada satu pun ayat dalam bahasa Inggeris,
terutama ayat bahasa ilmu, yang tidak mengandungi kata-kata
pinjaman. Begitu juga proses yang berlaku dalam sejarah bahasa
Melayu. Para pemikir dan penulis bangsa Melayu sejak abad ke-16 atau
ke-17 menghasilkan pelbagai karya tentang ‘ilmu Islam’ (misalnya ilmu
fiqh, usuluddin, falsafah Islam, tasawuf Islam) dalam bahasa Melayu,
tidak dalam bahasa Arab, walaupun mereka pada mulanya
memperoleh ilmu itu melalui bahasa Arab).

Orang Melayu mesti fasih dalam dua bahasa: Melayu-Inggeris


Kita sering juga mendengar orang berkata bahawa orang Melayu
hendaklah menjadi bangsa yang fasih dalam dua bahasa, iaitu bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris supaya mereka tidak akan ditinggalkan
oleh segala bidang ilmu dan teknologi yang kini sedang pesat berlaku
dalam bahasa Inggeris, supaya mereka tidak akan terputus dengan
dunia global, atau dengan ‘dunia maklumat’ yang kebanyakannya
disebarkan, misalnya melalui internet, dalam bahasa Inggeris. Ini
seruan yang cukup baik. Tetapi masalahnya ialah, sistem pendidikan
selama ini nampaknya gagal menjadikan pelajar kita, terutama pelajar
Melayu di luar bandar, mahir dalam bahasa Inggeris, bahkan banyak
juga pelajar Melayu yang gagal atau lemah dalam bahasa Melayu.
Bayangkanlah, setelah pelajar itu mengikuti mata pelajaran bahasa
Inggeris (mata pelajaran yang wajib) selama sebelas tahun di sekolah
(dari sekolah rendah hingga ke Tingkatan V), kebanyakan mereka
masih cukup lemah dalam bahasa Inggerisnya. Apakah ini salah pelajar
itu atau apakah sukatan pelajaran dan kaedah mengajar bahasa itu
yang lemah? Lalu kita cuba menyelesaikan masalah ini dengan
menimbulkan masalah lain lagi: memaksa pelajar Melayu itu
mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris! Sedangkan
bahasa Inggeris pelajar itu – dan bahasa Inggeris guru sendiri - cukup
lemah. Akibatnya, pelajar Melayu bukan sahaja tidak menjadi lebih

105
Mengapa Kami Bantah!

fasih berbahasa Inggeris, malah mereka akan gagal dalam ilmu


matematik dan sains kerana diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak
faham.

Bahasa Inggeris sebagai ‘bahasa global’ – peduli apa!


Ada pihak yang menekankan pentingnya bahasa Inggeris kerana
bahasa ini ialah bahasa ‘global’, bahasa teknologi, bahasa ICT, bahasa
internet, bahasa perdagangan antarabangsa dan lain-lain lagi. Tiada
siapa yang menafikan hakikat ini, tetapi apabila kita menggunakan
alasan ini untuk menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan sosial, budaya, ekonomi,
perniagaan dan teknologi dalam negeri sendiri, inilah yang perlu kita
berwaspada. Gerakan dan perasaan menentang proses globalisasi yang
dianggap sebagai bentuk penjajahan baru (neo-kolonialisme), yakni
penjajahan teknologi, penjajahan budaya, termasuk penjajahan bahasa
Inggeris seperti yang disebut oleh Phillipson (di atas tadi), penjajahan
ekonomi ‘pasaran bebas’ dan penjajahan ideologi, yang dibawa melalui
bahasa Inggeris terutamanya, makin merebak. Kesedaran nasionalisme,
atau menurut istilah John Naisbitt dalam bukunya Global Paradox
(1995), ‘tribalism’, berlaku di mana-mana sekarang ini, termasuk juga di
Eropah, tidak sahaja di negara “Dunia Ketiga”. Kalau dahulu bahasa
Inggeris secara langsung menjadi alat penjajahan di dalam negara kita
apakah sekarang tidak mungkin proses yang sama akan berlaku lagi,
kali ini melalui globalisasi bahasa Inggeris ini yang boleh jadi di-
lancarkan secara sedar oleh pakatan Amerika-Britain untuk menguasai
minda bangsa kita, menguasai ekonomi kita, memusnahkan budaya
dan agama kita? Jikalau proses ini berlaku maka kita ber-
tanggungjawab kepada bangsa dan negara Malaysia untuk mencegah
proses ini dengan membina pembangunan menurut acuan bangsa kita
sendiri melalui dasar-dasar kebangsaan dalam bidang budaya,
pendidikan, ekonomi dan pendidikan. Dan acuan pembangunan
kebangsaan ini hanya dapat kita lakukan sesuai dengan keadaan atau
etos kita melalui bahasa yang difahami oleh majoriti rakyat Malaysia,
iaitu bahasa kebangsaan negara kita. Di peringkat negara, bahasa
Melayu tidak lagi berfungsi hanya sebagai ‘lambang kebangsaan’ orang
Melayu, tetapi sudah berfungsi atau seharusnya berfungsi sebagai
bahasa supraetnik, atau sebagai alat nasionis (meminjam istilah
Fishman), alat pembinaan negara.

Perjuangan Bahasa yang Belum Tamat


Sebagai agenda negara, perjuangan untuk mempertahan fungsi bahasa
Melayu sebagai alat kemajuan semua penduduk Malaysia nampaknya
belum selesai. Hari ini kita lebih sibuk menyelesaikan masalah yang
ditimbulkan oleh orang yang cuba memusnahkan dasar bahasa yang

106
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

ada selama ini. Apakah ini masalah atau agenda Melayu sahaja atau
masalah negara? Kalau ini masalah negara maka tugas ini seharusnya
menjadi tanggungjawab kerajaan dan rakyat Malaysia bersama. Tetapi
kalau timbul keadaan yang boleh menyebabkan terancamnya bahasa
Melayu sebagai alat kemajuan bangsa Melayu di negara ini, maka
nampaknya orang Melayu sendirilah yang harus bertindak untuk
menentang ancaman itu. Dasar bahasa dan dasar pendidikan
kebangsaan yang terbentuk selepas tahun 1957 mungkin tidak akan
terlaksana jikalau tidak ada desakan daripada badan-badan NGO
Melayu pada masa sebelum dan beberapa tahun selepas tahun itu.
Sebagai contoh, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu (KPGMS),
yang ditubuhkan pada 14 April 1946, mengadakan mesyuarat agung
dalam bulan Disember 1957 untuk menggesa ahli-ahlinya keluar dari
UMNO sekiranya kerajaan tidak segera melaksanakan penubuhan
sekolah menengah Melayu. Oleh kerana sambutan kerajaan, terutama
Menteri Pendidikan waktu itu agak dingin, maka KPGMS, dalam
mesyuarat agung tergemparnya pada 31 Januari 1958 memberi arahan
kepada ahli-ahlinya supaya dalam tempoh 15 hari keluar beramai-ramai
dari UMNO. Selepas tempoh itu sebanyak 10,000 anggota KPGMS yang
sejak penubuhannya menjadi tulang belakang UMNO, keluar dari
UMNO. Akibatnya, dalam Pilihan Raya Umum tahun 1959, UMNO
atau Parti Perikatan telah hilang kekuasaannya di Kelantan dan
Terengganu (Ahmat Adam 1994: 79). Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS
hari ini) menggunakan isu bahasa itu untuk memancing undi Melayu.
Maka takutlah UMNO dan kerajaan.
Hari ini orang Melayu tidak mempunyai badan NGO seperti itu lagi.
Kerana inilah agaknya perjuangan bahasa Melayu tidak mendapat
perhatian yang serius daripada penggubal dan pelaksana dasar kita.
PAS pula nampaknya tidak lagi ghairah untuk memperjuangkan
bahasa Melayu kerana barangkali parti itu tidak mahu menyakitkan
hati pengundi bukan Melayu. Tetapi Jawatankuasa Menuntut (suqiu)
dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ditakuti oleh parti-parti
politik Cina. Mereka terus mendesak kerajaan untuk memperjuangkan
kepentingan kaum Cina, termasuk kepentingan bahasa, budaya dan
pendidikan kaum Cina. Mereka boleh berkata: jikalau kerajaan tidak
mengindahkan tuntutan mereka, mereka akan menyokong parti
pembangkang. Dalam tahun 1999, misalnya, mereka menghantar
memorandum mengandungi 89 tuntutan kepada kerajaan. Tetapi
Perdana Menteri waktu itu (Tun Dr. Mahathir Mohamad) menolak
tuntutan itu dengan alasan bahawa ia tidak selaras dengan ‘kontrak
sosial’ yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tetapi itu tidak
bererti tuntutan-tuntutan itu akan dilupakan begitu sahaja. Orang
Melayu, kata sesetengah orang, mudah lupa. Apabila sudah terlalu
terdesak, baru mereka sedar dan mungkin hendak ’mengamuk’ dan

107
Mengapa Kami Bantah!

menjulang keris, tetapi pada ketika itu, keadaan sudah menjadi fait
accompli, tidak dapat dibuat apa-apa lagi.
Tidak dapat dibuat apa-apa lagi? Belum terlambat. Masih ada
peluang untuk orang Melayu menyelamatkan bahasanya daripada
dimusnahkan sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa sains dan bahasa
matematik. Banyak orang sudah tahu bahawa pelaksanaan ‘dasar baru’
yang berkaitan dengan perubahan bahasa pengantar dalam mata
pelajaran sains dan matematik itu, sedang mengalami banyak masalah.
Kaum Cina pun takut dasar itu boleh memusnahkan bahasa Cina
dalam sistem pendidikan di negara ini. Mereka secara mutlak tidak
bersetuju dengan keputusan kerajaan itu. Barangkali NGO Melayu dan
NGO Cina boleh bekerjasama untuk memperjuangkan ‘kepentingan
bersama’ dalam hal ini. Yang harus ditentang bukan bahasa Inggeris
tetapi ialah dasar yang boleh menjadikan bahasa Inggeris itu sebagai
alat penjajahan di negara ini – menurut takrif imperialisme bahasa
sebagaimana yang dijelaskan tadi.
Ahli sains, pakar matematik dan para sarjana Melayu dalam
pelbagai bidang ilmu yang lain patut terus menghasilkan buku ilmu,
baik peringkat umum mahupun peringkat bacaan tambahan dan
rujukan untuk pelajar, dalam bahasa Melayu. Kita sudah mempunyai
ratusan ribu istilah khusus dalam pelbagai bidang ilmu – hasil usaha
ratusan pakar dalam pelbagai bidang ilmu dan ahli bahasa dan
perancangan bahasa sejak tahun 1960-an – yang perlu dimanfaatkan
terus dan tidak dibekukan dalam senarai istilah yang tersimpan di stor
DBP dan di IPTA. Masyarakat Melayu di luar sistem pendidikan rasmi
yang kian kacau itu harus dibanjiri dengan buku ilmu dalam bahasa
Melayu untuk mencabar dasar yang salah itu. Jikalau orang Melayu
tidak berani menentang keputusan itu melalui gerakan politik atau
melalui ‘kuasa rakyat’, barangkali ada cara lain yang mungkin lebih
berkesan, iaitu dengan melancarkan ‘gerakan’ memperbanyak peng-
hasilan dan penerbitan buku ilmu dalam bidang sains dalam bahasa
Melayu, sekurang-kurangnya untuk bacaan umum, supaya bahasa
Melayu tidak terus mati dipukul oleh dasar yang salah itu.

Nasionalisme bukan ‘Gila Bangsa’


Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasio-nalisme
bahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yang
sedang membangun atau di negara ‘Dunia Ketiga” sahaja, tetapi juga
berlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme atau
nasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atau
etnisiti, tetapi harus dilihat sebagai proses pembebasan politik dan

108
Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

penjajahan sosioekonomi yang dilakukan melalui bahasa kuasa


luar. Cuma yang perlu kita perhatikan ialah, nasionalisme politik
Eropah sering kali bercorak rasis – khususnya apabila bangsa
Eropah itu berhadapan dengan bangsa bukan Eropah yang berada
di kawasan mereka. Nasionalisme Melayu dan nasionalisme
bahasa Melayu tidak bersifat rasis. Jadi, kita harus membezakan
etnisiti atau rasisme dengan kesatuan atau kesedaran sosiobudaya
yang disebut bangsa atau ‘nation’ dan hubungannya dengan
proses pem-bentukan negara. Kita jangan lagi menuduh “pejuang
bahasa Melayu” atau nasionalis bahasa Melayu sebagai golongan
fanatik bahasa, gila bahasa, anti-bahasa Inggeris, anti-kemajuan
dan sebagainya, kerana kata-kata ini merepek dan tidak beralasan
sama sekali. Mungkin orang yang berkata demikian sudah menjadi
mangsa “linguistic imperialism” bahasa Inggeris – tetapi mereka
boleh jadi tidak menyedarinya.

* Asalnya Ceramah Umum Siri Wacana Tamadun anjuran DBP,


yang disampaikan di DBP pada 1 Mac 2004

Rujukan

Ahmad Adam (1994). Isu Bahasa Dan Pembentukan Bangsa. Kuala


Lumpur: DBP
Fishman, Joshua (1968). ‘Nationality-Nationalism and Nation-
Nationism’. Dalam C.A.Ferguson and J. Das Gupta (Ed.),
Language Problems in Developing Nations. New York: John
Wiley and Sons; hal. 39-52.
Khoo Kay Kim (1991). Malay Society: Transformation &
Democratisation. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.
Phillipson, Robert (1992/2000). Iinguistic Imperialism. London:
OUP.
Phillipson, Robert (1999). ‘Political Science’. Dalam Handbook of
Language and Ethnic Identity (Joshua A. Fishman, Ed.).
London: Oxford University Press.
Tollefson, J.W (1991). Planning Language, Planning Inequality:
Language policy in the community. United Kingdom: Longman
Group.

109
Mengapa Kami Bantah!

110
7
PENERIMAAN PENGAJARAN SAINS DAN
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS:
KONFLIK ANTARA DUA DARJAT
Nor Hashimah Jalaluddin
Program Linguistik
PPBL, FSSK

Pengenalan
Manusia secara kognisinya akan menumpukan perhatian kepada
maklumat yang relevan dengan dirinya. Mengikut teori relevans
1
(1995), semakin tinggi kesan konteks dan semakin rendah usaha
memproses maklumat maka semakin relevan ujaran kita. Penutur mesti
memastikan prinsip ini dipatuhi. Pendengar di satu pihak yang lain
akan menumpukan perhatian kepada ujaran yang relevan sahaja. Sekali
lagi kaitan dengan komunikasi ialah kos memprosesnya. Jika bahasa
yang digunakan dapat difahami dengan mudah, diikuti dengan usaha
memproses maklumat yang rendah, maka maklumat yang disampaikan
oleh penutur akan mendapat perhatian. Di sini jika sesuatu maklumat
yang hendak disampaikan dalam BM dapat difahami langsung oleh
penutur Melayu berbanding dengan Inggeris maka adalah lebih relevan
jika BM diteruskan. Tetapi sebaliknya jika BI digunakan, pendengar
harus menginterpretasikannya dalam dua tahap. Satu tahap memahami
BI itu sendiri, kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa yang
difahami dan tahap kedua membuat interpretasi. Ini bermakna
komunikasi menjadi bertambah susah. Implikasi akan dapat dilihat
pada mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Malah di negara
ini, lebih daripada 50% pelajar akan mendapat kesan yang kurang
positif. Cara terbaik ialah dengan mengekalkan BM dan tidak
mengabaikan BI.

1. Nor Hashimah Jalaluddin banyak menulis mengenai teori relevans.


Tulisannya dapat dilihat dari tahun 1992 hingga kini.
Mengapa Kami Bantah!

Kertas ini adalah hasil penyelidikan terhadap sikap penerimaan


pengajaran Sains dan Matematik (S&M) di kalangan pelajar dan guru.
Kajian ini adalah rentetan dari penukaran dasar bahasa dalam
pendidikan negara yang menyaksikan penonjolan bahasa Inggeris
semula dalam sistem pendidikan negara ini. Dasar yang dilakukan
dengan tempoh masa yang boleh dikira terhad telah menimbulkan
pelbagai reaksi. Ada reaksi yang positif dan tidak kurang pula reaksi
yang negatif. Pentadbir yang mempunyai kuasa pusat telah meng-
arahkan pelaksana iaitu guru dan sekolah yang hanya mempunyai
kuasa pinggiran menjalankan arahan tersebut.
Pejuang bahasa termasuk ahli bahasa merasakan langkah ini sebagai
tergesa-gesa. Pada pejuang bahasa langkah ini boleh diibaratkan
langkah mengundur. Pada saat negara melihat pencapaian yang
membanggakan dengan anak watan mula menduduki jawatan
profesional dan korporat hasil dari dasar pendidikan kebangsaan,
bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dikorbankan atas
alasan ketidakupayaan anak watan berbahasa Inggeris. Tiada siapa
yang menyangkal kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dan sekaligus bahasa antarabangsa. Tetapi kita harus bijak mengatur.
Bijak bahasa belum bererti bijak menguasai ilmu. Sains dan matematik
adalah ilmu. Bahasa adalah alat untuk menyampaikan ilmu tersebut.
Para sarjana memang mengakui bahawa hanya bahasa pertama yang
berkesan untuk menyampaikan ilmu. Contohnya Jepun, Korea, Perancis
dan Jerman. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Memandangkan pertukaran dasar ini bakal memberikan impak yang
sangat besar pada bahasa dan bangsa Malaysia, maka difikirkan satu
kajian awal perlu dilakukan. Kertas ini akan membincangkan persoalan
ini berdasarkan beberapa perspektif iaitu politik, pendidikan dan
linguistik. Kertas ini juga akan memaparkan hasil kajian sikap ini dan
mempertalikannya dengan pembentukan kesatubangsaan khasnya.

Permasalahan Kajian
Ledakan maklumat melalui teknologi maklumat menyaksikan bahasa
Inggeris (BI) kembali beraksi di gelanggang antarabangsa. Ber-
sandarkan alasan globalisasi, bahasa Inggeris kembali mendominasi
dunia. BI dikenali sebagai bahasa global. Persoalannya sekarang adakah
BI sebagai bahasa global maka ia terus sesuai menjadi bahasa
penghantar bagi setiap bahasa di dunia?
Penerapan dasar baru (meskipun menyalahi akta Dasar Pelajaran
Kebangsaan) menyaksikan penggunaan BI dalam mata pelajaran S&M.
Penerapan ini boleh dilihat dari 3 perspektif iaitu politik, pendidikan
dan linguistik. Dari ketiga-tiga perspektif ini akan terhasil satu
gambaran jelas ke mana arah harus dibawa sistem pendidikan dan
bahasa Melayu itu sendiri.

112
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Perspektif Politik
Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh
bahasa Inggeris itu sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya
imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan imperialisme bahasa
ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui
diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan
tanah jajahan (Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000).
Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi.
Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.
Imperialisme dari perspektif ilmu sosiolinguistik ialah sejenis hubungan
yang membolehkan satu masyarakat mendominasi masyarakat yang
lain. Empat mekanisme yang mengemudi imperialisme iaitu,
eksploitasi, penembusan, pemecahan dan peminggiran (Phillipson;
1992). Teori imperialisme ini melihat pembahagian dunia berdasarkan
dua entiti. Yang pertama dikenali sebagai pusat dominan (dominant
center) dan satu lagi sebagai pinggiran terdominasi (dominated
peripheries) – negara-negara sedang membangun.
Golongan elit di pusat dan pinggiran disatukan oleh minat yang
sama dalam imperialisme iaitu bahasa. Golongan elit adalah mereka
dari masyarakat peribumi yang berpendidikan barat dan mempunyai
hubungan yang rapat dengan pusat. Mereka juga yang selalu
memegang tampuk pemerintahan negara. Pada peringkat ini organisasi
antarabangsa memainkan peranan utama. Organisasi seperti ekonomi
(swasta dan perkhidmatan separuh kerajaan), politik (oragnisasi
pemerintah supra nasional), ketenteraan (pelbagai sistem bersekutu,
pakatan), komunikasi (perkapalan, syarikat penerbangan, agensi berita)
dan budaya (syarikat filem, penerbit buku).
Kini dengan noe-neo kolonialisme, interaksi pusat-pinggir bermakna
komunikasi antarabangsa. Teknologi komputer akan mengikis ke-
perluan kehadiran fizikal bagi pengeksploit. Teknologi komunikasi baru
akan ditingkatkan untuk membolehkan kuasa pusat menguasai ke-
sedaran masyarakat. Ini sebenarnya akan meningkatkan dan me-
neguhkan lagi pengawalan hasil-hasil pengeluaran. Bagi membolehkan
ini berjaya ia memerlukan penembusan budaya dan linguistik pusat
kepada pinggiran. Dalam dunia hari ini teknik pemujukan (ideas)
bukannya paksaan (stick) atau tolak ansur (carrot) yang digunakan. Ini
dapat dilihat daripada peranan media hari ini2. Ini juga ada kaitan
dengan globalisasai.

2. Teknik pemujukan dapat dilihat daripada cara kuasa pusat menyalurkan


idea melalui media massa. Contohnya penggunaan teknologi maklumat
diperkenalkan melalui lagu-lagu bertema IT, dokumentasi-dokumentasi
serta slogan-slogan yang akhirnya berjaya mengubah persepsi masyarakat
negara mengenai kepentingan teknologi maklumat.

113
Mengapa Kami Bantah!

Globalisasi pula didefinisikan sebagai dunia tanpa sempadan. Kesan


daripada ini maka nilai, terutama cara berfikir dan bertindak, dapat
dipindahkan secara bebas dan cepat dari satu daerah dunia ke satu
daerah dunia yang lain. Dewasa ini perpindahan yang paling ketara
dalam proses globalisasi ialah perpindahan nilai dunia barat (terutama
Amerika Syarikat), ke dunia bukan barat. Akibat perpindahan nilai ini
maka produksi dan penggunaan pasaran, barangan dan selera tertolak
ke arah homogenisasi untuk memenuhi pendekatan ‘one size fits all’.
Kesan daripada globalisasi terhadap bahasa dan budaya juga pernah
dibincangkan oleh Mohd. Fazli. Mohd. Fazli (1999: 53-54) dalm
artikelnya yang bertajuk, “’Amerikanisasi” dan Masa Depan Budaya
Tempatan’, ada menyentuh tentang kesan globalisasi pada budaya
tempatan. Jelasnya produk Amerika bersama-sama ideloginya
mendominasi pasaran dunia. Proses globalisasi dikaitkan dengan
kelahiran “McWorld’. “McWorld’ adalah produk yang wujud akibat
pengaruh Music Television (MTV), McIntosh dan McDonald. McWorld
memukau dunia dengan konsepsi intergrasi budaya dan keseragaman
musik Ricky Martin, membaca buku Stephen King. Imperialisme
budaya bukanlah perkara baru, tetapi hari ini fenomena ini semakin
membimbangkan kerana ditunjangi oleh teknologi baru dan dorongan
keuntungan dalam dinamik globalisasi. Nilai budaya tradisi seperti
kekeluargaan, komuniti, menghormati kehidupan, kemesraan dan
sebagainya bertembung dan tewas apabila menghadapi nilai yang di-
komunikasikan menerusi musik, wayang gambar, video, kabel,
televisyen satelit, iklan, penghibur dan ahli sukan idola dan komputer.
Persoalannya sekarang penggunaan bahasa dalam teknologi
komunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris, apa akan
terjadi kepada nilai bahasa Melayu itu sendiri. Kesan daripada
penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja
akan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu
sendiri. Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan
globalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada kemerosotan nilai BM.
Syed Husin Ali (1996; 164-171) pernah mengulas kenapa berlaku
fenomena peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang
ditekankan adalah faktor politik seperti berikut:
cita-cita bagi mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini
menyebabkan mereka menekankan perkembangan ekonomi
serta kemajuan industri dan menggalakkan sikap ‘go global’
lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga
terhadap bahasa golongan korporat peringkat tinggi dan
pertengahan mempunyai pengaruh yang besar dalam
politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan
guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang

114
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa


Inggeris memang serius.
Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin
politik lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa
dasar ekonomi, budaya, serta bahasa yang liberal adalah popular dan
dapat memperluas pengaruh politik mereka.
Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa mengubah dasar
pendidikan dengan mengarahkan S&M diajar dalam BI. Alasannya agar
rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi
moden dewasa ini.

Perspektif Pendidikan
Satu perspektif yang penting juga dilihat adalah perspektif pendidikan.
Memandangkan arahan menggunakan S&M dalam BI melibatkan
pelajar sekolah maka sudah pasti, pandangan dari pendidikan harus
ditimbang sama. Kepelbagaian perspektif ini dapat memberikan jalan
keluar demi kebaikan semua.
Penggunaan BI dalam subjek S&M telah menjadikan taraf
pembelajaran subjek ini sebagai menggunakan bahasa kedua. Hakikat
yang ternyata dalam penulisan dan kajian-kajian luar negara
menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang
lama. Pelajar bahasa kedua mengambil kira dua hingga lima tahun
untuk membentuk asas kemahiran komunikasi interpersonal dalam
bahasa kedua. Sementara untuk menguasai keseluruhan kemahiran
literasi ataupun kefasihan kognitif dalam bahasa akademik pelajar-
pelajar memerlukan masa selama lima hingga tujuh tahun (Hall 1996,
Wood 2002). Tegasnya, kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapat
dicapai dalam jangka masa singkat terutamanya kefasihan bahasa
kedua sebagai penghantar ilmu.
Serentak dengan arahan menggunakan BI dalam subjek S&M,
Kementerian melakukan berbagai-bagai usaha bagi memastikan dasar
baru ini berjaya dilaksanakan. Antaranya membekalkan kelengkapan
komputer kepada guru yang terlibat. Maka terhasillah perisian-perisian
yang dianggap dapat membantu guru menyampaikan ilmu ini dengan
berkesan. Ekoran dari itu maka terhasillah beberapa kajian awal dan
kajian berkaitan dengan dasar baru ini3. Antara kajian yang dilakukan
ialah:

3. Sebenarnya BI telah mula dilonggarkan penggunaannya pada tahun 1996


dengan akta baru akibat daripada pengkomersialan institusi pendidikan
terutama IPTS.

115
Mengapa Kami Bantah!

1. Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakan perubahan


bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik – Mohd.
Rasdi Saamah (2003)
2. Kajian celik komputer di kalangan guru-guru negeri Perak. -
Ibrahim Mohamad et al. (1997)
3. Keupayaan penguasaan kemahiran BI di kalangana pelajar Melayu
dalam arus globalisasi - Noreiny Maarof et al. (2003).
Fakta-fakta yang meryelubungi pengajaran S&M perlu dilihat dan
diberikan perhatian. Rumusan daripada kajian-kajian di atas oleh pakar
pendidikan ialah 84% guru-guru S&M di sekolah rendah lemah dalam
BI. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk me-
laksanakan inovasi ini kerana mereka gagal untuk memahami ilmu
konsep-konsep dalam bahasa yang tidak difahami dan akan
menyukarkan pelaksanaannya. Kajian Antarabangsa ke-3 S&M (2000)
menunjukkan pencapaian S&M pelajar negara ini jauh lebih rendah
berbanding pelajar dari negara-negara serantau khususnya Singapura,
Korea dan Jepun. Pelajar-pelajar yang sedia lemah dalam mata
pelajaran S&M akan bertambah lemah kerana mereka terpaksa
memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dalam bahasa
Inggeris.
Hakikatnya pelajar yang sedia lemah dalam S&M akan me-
nyukarkan mereka untuk mengguna dan memahami bahasa tersebut
dalam S&M meskipun Kementerian Pendidikan memberi jaminan BI
yang akan digunakan dalam buku teks bagi kedua-dua subjek ini
mudah difahami serta sesuai mengikut tahap umur pelajar (Salina
2002). Berbalik kepada kemahiran komputer di kalangan guru, kajian
mendapati masih ramai guru yang tidak mahir dengan penggunaan
komputer dan ICT, meskipun penggunaan teknologi tersebut pesat
digunakan dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini akan
menyebabkan mereka kurang yakin atau tidak bersedia untuk
melaksanakan dasar baru tersebut. Dan yang lebih menimbulkan
masalah ialah tidak semua sekolah terutama sekolah-sekolah di
pedalaman mempunyai prasarana yang benar-benar lengkap seperti
komputer dan peralatan ICT. Ini akan menyebabkan pelaksanaan
inovasi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kaedah
utama pelaksanaannya melibatkan penggunaan komputer dan
prasarana ICT.

Perspektif Linguistik
Bahasa adalah alat komunikasi yang maha penting. Bahasa bukan
terhad kepada sistem dan strukturnya sahaja. Melalui bahasa kita
mampu meneroka alam pemikiran masyarakatnya. Itu yang dipanggil
sebagai ‘pandangan dunia’ atau world-view. Setiap bangsa mempunyai

116
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

cara pemikiran yang tersendiri yang diwarnai oleh bahasa dan budaya
setempat. Ini selari dengan pendapat Sapir-Whorf yang mengatakan
dengan menggunakan bahasa yang berbeza-beza masing-masing
penuturnya mengalami realiti yang berbeza-beza. Hal ini demikian
kerana tiap-tiap bahasa, melalui perbendaharaan kata dan hukum-
hukum nahunya telah menentukan cara pengguna bahasa-bahasa itu
seharusnya memahami dunianya. Oleh hal yang demikian, dua orang
penutur bahasa yang berlainan akan menyaksikan alam yang satu ini
sebagai dua manusia yang berlainan dan memahami alam secara yang
berlainan pula.
Menurut Abdullah Hassan (2002), setiap bangsa memiliki minda asli
masing-masing tetapi minda asli tersebut dapat hilang apabila minda
itu dikuasai oleh bahasa asing. Bangsa Melayu mempunyai minda asli
tetapi hilang apabila minda Melayu itu dikuasai oleh bahasa Inggeris.
Ini yang dikatakan sebagai minda tawanan. Minda tawanan tidak
berupaya mencipta, maka oleh itu, akan hanya menjadi konsumer
sahaja kepada produk-produk mental dan fizikal keluaran minda asal.
Satu lagi pendekatan yang biasa diguna untuk melihat bahasa dan
masyarakat ialah ilmu sosiolinguistik. Sosiolinguistik selalunya melihat
fenomena bahasa dan masyarakat. Antara apa yang menjadi bahan
kajian ialah bilingualisme, perancangan bahasa dan sebagainya.
Kekeliruan kerap kali muncul di kalangan puak yang menilai pejuang
bahasa. Tidak ada teori yang mengatakan menguasai lebih dari satu
bahasa itu tidak baik. Malah kita digalakkan menjadi poliglot iaitu
orang yang boleh berbahasa banyak bahasa. Kerana dengan ini kita
akan lebih terdedah dengan ilmu-ilmu yang ditulis dalam bahasa
tersebut. Tetapi pejuang bahasa selalu disalah mengertikan apabila
menolak bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di sekolah. Men-
daulatkan bahasa kebangsaan dengan mengamalkan sikap dwibahasa
adalah dua perkara yang berlainan sama sekali. Menentang
penggunaan BI sebagai bahasa penghantar bukan bermakna menentang
pembelajaran bahasa kedua. Perlu diingat bahawa bahasa penghantar
dan bahasa ilmu adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.
Kekeliruan inilah yang harus ditangani. Ahli sosiolinguistik seharusnya
dapat membantu menjelaskan fenomena ini.
Satu lagi teori yang boleh membantu melihat peranan bahasa ialah
ilmu semantik dan pragmatik. Teori relevans yang merupakan salah
satu teori dalam semantik dan pragmatik telah memperlihatkan
hubungan di antara komunikasi dan kognitif. Teori ini cuba
menjelaskan hubungan yang erat di antara peranan minda manusia
dengan cara kita berkomunikasi. Segala apa yang dikomunikasikan
akan diproses dan ditafsir sebelum makna sebenar ditemui. Teori ini
berlandaskan kepada prinsip dengan dua andaian:

117
Mengapa Kami Bantah!

Prinsip Utama Relevans:


Andaian Asas: Kognisi manusia berorientasikan relevan. Pendengar
selalunya akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevan
dengan dirinya.
Kesannya: Dengan meminta perhatian, penutur akan mencipta
segala pengharapan yang relevan. Interpretasi yang terbaik adalah
interpretasi yang dapat mematuhi pengharapan ini.
Teori ini seterusnya dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks,
kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Maklumat yang
terbaik ialah maklumat yang mempunyai kesan konteks yang tinggi
dengan sedikit usaha memproses maklumatnya.
Manusia menggunakan akal untuk mentafsir apa yang didengar
hatta apa yang hendak dikomunikasikan. Manusia bukan sahaja
mampu berkomunikasi secara harfiah tetapi juga menaakul dan
membuat inferens kepada apa yang dilihat atau didengar. Buktinya
lampu merah di jalan raya berjaya membuat manusia berhenti walau
pun tidak pernah dinyatakan secara bertulis. Ini yang dikatakan
membuat inferens dari lambang-lambang. Apa yang ada di persekitaran
kita akan membantu kita membentuk dan membina konteks. Apa yang
kita lalui akan menjadikan satu pengalaman yang berharga dan
menjadi sebahagian daripada pembentukan konteks dan kesan konteks
apabila kita mula berbicara. Kesemua ini akan membentuk persekitaran
kognitif kita dan sekaligus membantu menghasilkan ujaran yang
bermanifestasi iatu ujaran yang jelas dan nyta. Hanya ujaran yang
bermanifestasi dan dapat dilentur mengikut persekitaran kognitif
membantu menjadikan ujaran itu ujaran yang relevan.
Teori ini menganjurkan konsep kerelevanan bukan kebenaran.
Buktinya keupayaan heuristik manusia dalam membuat anggaran
acapkali diguna pakai. Contohnya, jika seseorang menanyakan berapa
jauhkah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu? Jawapan yang
bakal diterima ialah 4 jam meskipun kita boleh sampai ke Johor Bharu
dalam masa 3 jam 55 minit atau 4 jam 13 minit. Ini yang dikatakan
anggaran yang mengikut teori relevans tidak salah dari segi pentafsiran
makna. Dengan memberikan jawapan anggaran seumpama itu jawapan
itu dianggap relevan dan bukannya benar. Tetapi dengan anggaran
tersebut, ia akan membantu pendengar merancang perjalanannya dan
memanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin.
Selain daripada itu teori ini juga menekankan konsep usaha
memproses maklumat (processing effort). Usaha memproses maklumat
ini ada kaitannya dengan jumlah masa yang diambil untuk mentafsir
makna. Lebih sedikit masa digunakan maka lebih relevanlah sesuatu
maklumat itu. Ini bermakna mana-mana maklumat yang sukar dan
memerlukan masa yang lama adalah merupakan maklumat yang

118
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

kurang baik untuk diketengahkan. Malah risiko kesalahfahaman akan


berlaku dan secara tidak langsung ketergendalaan komunikasi akan
berlaku. Ini jelas berlaku apabila berlaku salah padanan di antara
maklumat yang dibekal dengan konteks si pendengar.
Apa kaitannya teori ini dengan bahasa. Dua bahasa yang tidak sama
akan mempunyai lenggok dan gaya bahasa yang tidak sama. Tambahan
pula bahasa itu bukan bahasa serumpun dan sangat jarang digunakan.
Ketidaksepadanan ini akan mengundang masalah pentafsiran makna.
Dalam kes ini BI menjadi contoh yang paling baik. BI adalah bahasa
kedua. Penggunaannya adalah terhad di dalam kelas (dalam konteks
pendidikan). Selain daripada mempunyai struktur yang jauh berbeza
dengan bahasa Melayu, konteks dan budaya pemikiran penuturnya
adalah jauh berbeza dengan bahasa pertama. Mungkin apa yang
mampu dipelajari adalah makna asas yang tidak memerlukan struktur
bahasanya yang lebih rumit. Tetapi jika dibandingkan dengan bahasa
pertama ternyata bahasa pertama akan mampu membantu penutur/
pelajar mengungkap apa yang difahami dengan lebih berkesan.
Masalah ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan S&M dalam BI.
Masalah ketergendalaan komunikasi pasti berlaku. Ini sekaligus
memberi kesan yang amat buruk kepada pembelajaran S&M.

Rumusan Perspektif
Dari perbincangan di atas ternyata perspektif pendidikan dan linguistik
lebih selari. Kedua-dua berkongsi pemahaman mengenai kognitif
manusia. Hall (1996) dan Wood (2002) berpendapat mempelajari
sesuatu ilmu dengan menggunakan bahasa yang kedua akan
mengambil masa yang lama iaitu 5-7 tahun dan ini sudah tentu akan
menjadi penghalang utama kepada pelajar untuk menimba ilmu. Ini
sejajar juga dengan teori relevans yang menekankan gagasan usaha
memproses maklumat sebagai salah satu konsep penting untuk
mentafsir maklumat. Jika ini diabaikan, ia tidak akan memberikan
pulangan yang berbaloi kepada pendengar sendiri.
Berlainan pula dengan perspektif politik. Pertimbangan ilmiah yang
sepatutnya menjadi tonggak utama nampaknya tidak terserlah di sini.
Kegopohan dalam mengimplimentasikan dasar baru iaitu dalam
tempoh enam bulan telah banyak menimbulkan tanda tanya. Apakah
motif pihak Kementerian menukar dasar ini sedangkan hala tujunya
tidak mantap dan jelas. Jika alasan kurang mahir berbahasa Inggeris
menyebabkan kadar pengangguran tinggi, maka alasan ini dianggap
begitu longgar dan tidak munasabah. Apa yang lebih mencurigakan
ialah mereka yang menentang dasr baru ini walaupun bersandarkan
dengan alasan ilmiah akan dikenakan tahanan ISA!
Demi memberikan gambaran yang lebih adil kepada konflik ini, satu
kajian telah dijalankan terhadap pelajar dan guru dan penerimaan

119
Mengapa Kami Bantah!

mereka terhadap dasar baru ini. Kementerian yang dianggap sebagai


yang berkuasa dan pelajar dan guru yang dianggap sebagai pinggiran
adalah golongan yang tertekan dalam konflik ini. Sekali lagi muncullah
perbezaan di antara dua darjat.

Dapatan Kajian
Satu kajian sikap telah dilakukan di enam buah sekolah di kawasan
tengah dan selatan tanah air. Guru dan pelajar diambil sebagai
responden memandangkan merekalah orang yang terlibat secara
langsung dengan dasar baru ini. Seramai 971 orang pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera terlibat dalam kajian ini. Mereka juga dari
kedua-dua aliran iaitu kebangsaan dan jenis kebangsaan yang
berlokasikan Bandar dan luar Bandar. Manakala seramai 43 orang guru
telah menjadi responden dari sekolah Bandar dan luar Bandar,
berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun dan berumur melebihi 25
tahun.
Daripada soal selidik yang dikemukakan pada guru, berikut adalah
dapatan kajiannya:

TIDAK
NO SETUJU
JENIS SOALAN SETUJU
SOALAN (S) %
(TS) %

S1 Pelajar makin minat S&M dalam BI 4 96


S2 Pelajar saya tidak ada masalah 2 98
fahami S&M dlm BI
S3 Keputusan peperiksaan pelajar saya
sangat membanggakan dlm S&M 6 94
yang diajar dlm BI
S4 Ilmu S&M mampu disampaikan 81 19
dlm BM
S5 Pencapaian S&M lbh baik jika diajar 72 28
dlm BM
S6 Pelajar lbh menumpukan perhatian
pada subjek jika diajar dlm BM 79 21
S7 Semua subjek disampaikan dlm BI 17 83
S8 BI menggantikan BM sbg bahasa 2 98
Kebangsaan

Dari soal selidik yang dikemukakan ternyata pendapat guru adalah


konsisten meskipun data dikutip daripada pelbagai sekolah dengan

120
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

pelbagai angkubah sosialnya seperti Bandar dan luar Bandar,


pengalaman mengajar dan umur. Jawapan guru sebagai penilai utama
kepada kemampuan pelajar harus diberikan perhatian. Soalan yang
mudah ditanya mengenai prestasi pelajar jelas menunjukkan yang guru
mempunyai pandangan yang harus dihormati. 96% guru tidak
bersetuju apabila ditanya sama ada minat pelajar meningkat kepada
S&M sejak diajar dalam BI. 98%pula mengatakan pelajar mereka
menghadapi masalah dalam memahami S&M dalam BI. 94% guru tidak
bersetuju apabila dikatakan yang pelajar mereka mendapat keputusan
yang membanggakan dalam peperiksaan S&M. Malah hanya seorang
sahaja pelajar yang mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sains di
sebuah sekolah di selatan tanahair dalam peperiksaan semester 1
daripada 18 kelas tingkatan 1.
Guru lebih yakin dengan kemampuan BM sebagai bahasa
penghantar. Seramai 81% guru mahu S&M diajar dalam BM. 72% pula
guru mengatakan pencapaian murid adalah lebih baik jika diajar dalam
S&M dalam BM. Dan apa yang penting ialah 79% guru berpendapat
pelajar lebih dapat menumpukan perhatian ajika subjek itu diajar dalam
BM.
Apakah penjelasan yang boleh dibuat dari perangkaan di atas.
Perangkaan di atas memaparkan betapa aspek kognitif amat ber-
peranan dalam memastikan pelajar dapat memahami ilmu jika
disampaikan dalam bahasa ibunda. Kekangan kepada pencapaian yang
baik ialah taraf pemahaman mereka terhadap ilmu itu sendiri. Bahasa
kedua yang tiba-tiba digunakan kepada pelajar telah memberikan
kejutan kepada pelajar dan sekaligus memberi impak yang besar pada
prestasi mereka. Peratusan yang dipaparkan membuktikan pelajar gagal
memahami bahasa penghantar dan sekaligus gagal memahami ilmu itu
sendiri. Pelajar tingkatan satu yang menjadi responden, pernah
mendapat gred ‘A’ dalam UPSR bagi subjek sains gagal menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1. Hal ini
mungkin tidak akan terjadi jika BM kekal sebagai bahasa peng-
hantarnya.
Berikut pula adalah dapatan kajian bagi diri pelajar pula.

TIDAK
NO SETUJU
JENIS SOALAN SETUJU (TS)
SOALAN (S) %
%

S1 Belajar S&M dlm BI tidak 25 75


mendatangkan masalah
pemahaman.

121
Mengapa Kami Bantah!

TIDAK
NO SETUJU
JENIS SOALAN SETUJU (TS)
SOALAN (S) %
%

S2 BM mampu 77 23
menyampaikan ilmu S&M
dgn berkesan.
S3 Saya bertambah minat jika 71 30
S&M diajar dlm BM
S4 Saya blh mendapat 70 30
kejayaan cemerlang jika
S&M diajar dlm BM
S5 Saya bangga jika dpt jadi 55 45
ahli saintis berbahasa
Melayu di peringkat
antarabangsa
S6 Semua pelajaran mesti 16 84
guna BI

S7 BI menggantikan Bahasa 13 87
Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan

Pelajar yang dianggap sebagai penerima beban utama hasil dari dasar
ini perlu juga diberi perhatian. 75% berpendapat S&M dalam BI telah
memberikan masalah pemahaman kepada mereka. 77% pelajar
berpendapat mereka yakin S&M boleh disampaikan dalam BM dengan
berkesan. 71% pelajar pula mengatakan mereka akan bertambah minat
jika S&M diajar dalam BM. Sementara 70% pelajar pula bersetuju yang
mereka boleh mendapat kejayaan cemerlang jika S&M diajar dalam BM.
Pelajar sebagai pendengar kepada ilmu yang disampaikan oleh
penutur iaitu guru sendiri berpendapat bahasa pertama adalah jauh
lebih baik dibanding dengan bahasa kedua. Ini sekali lagi selari dengan
teori kognitif yang dijelaskan di bahagian awal kertas. Bahasa ibunda
adalah merupakan alat yang terpenting bagi penuturnya melahirkan
perasaan dan mengungkapkan emosi mereka. Semua perbendaharaan
kata yang tersimpan di memori mereka akan menjadi pemangkin
kepada kreativiti mereka. Ini dapat dikaitkan dengan faktor minda
tertawan. Minda yang bebas iaitu bebas berkreatif akan mampu
menghasilkan ciptaan-ciptaan yang baik. Ini ditegaskan oleh Prof. Yusof
Othman, saintis dari UKM. Beliau mengatakan:

122
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

“untuk membangunkan sains dalam budaya di Malaysia dengan


budaya Melayu sebagai terasnya, maka penyampaian ilmu sains
itu sendiri perlu menggunakan bahasa tersebut. Bahasa, budaya
dan pencapaian sains dan teknologi tidak boleh dipaisahkan
daripada sistem nilai, dan dalam masa yang sama budaya tidaklah
boleh dipersempitkan ruang lingkup had dalam beberapa bidang
seni. Dengan demikian, sains dan teknologi tidak boleh
dibangunkan terpisah dengan cita rasa dan aspirasi umat. Dengan
kata lain, kita perlu membangunkan sains dan teknologi dalam
acuan kita, dengan menggunakan bahasa kita, dan dengan budaya
dan cita rasa kita”.
Demi menghasilkan saintis yang berwibawa dengan minda kreatif,
sudah tentu bahasa pertama/ibunda akan menjadi wadah yang terbaik.
Usaha memproses maklumat menjadi rendah. Bahasa ilmu yang
diperoleh mempunyai unsur manifestasi yang mempunyai ciri yang
jelas dan nyata. Dengan cara ini pelajar akan menjadi lebih yakin dan
selesa dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya.

Realiti, Cabaran dan Harapan


Dari paparan data di atas jelas menunjukkan ada keselarian di antara
pelajar, guru, perspektif pendidikan dan linguistik. Paparan data itu
juga mensahihkan pendapat-pendapat ilmiah yang dibincangkan. Ini
bermakna berlaku konflik di antara pemerintah yang mewakili
perspektif politik dengan yang lain. Ini juga bermakna apa yang
berlaku ialah arahan yang dikeluarkan bertentangan dengan fenomena
sebenar. Kementerian di satu pihak tetap mengatakan dasar baru
mereka ini berjaya. Ini dibuktikan dengan kenyataan Menteri
Pendidikan yang menyatakan bahawa ‘prestasi pelajar sekolah
meningkat dalam mata pelajaran S&M sejak diajar dalam BI. Ekoran
daripada itu Perdana Menteri mahu pengajaran ini diteruskan pada
tahun-tahun berikutnya’ (Mingguan Malaysia – 7 September 2003).
Pergeseran dapatan kajian telah menimbulkan konflik. Ini yang
dikatakan perbezaan di antara dua darjat.
Nyatanya walau apapun dapatan kajian yang memihak di pihak
pinggiran iaitu guru dan murid, pihak pusat tetap mengenakan arahan
meskipun yang bakal menerima kesan yang buruk itu ialah pihak
pinggiran. Kuasa yang amat besar di pihak yang berkuasa terus
memberi tekanan kepada pihak pinggiran. Satu perkara yang menarik
yang tidak harus dilupakan ialah pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Dong Zong yang tetap tidak akan menukar bahasa pengantar S&M
dalam BI malah akan terus mengekalkan bahasa ibunda mereka.
Mereka berpendapat pelajar-pelajar mereka tidak mempunyai sebarang
masalah untuk memahami S&M dalam bahasa Mandarin, maka

123
Mengapa Kami Bantah!

penularan kepada BI adalah satu arahan yang tidak perlu diikuti


(Mingguan Malaysia – 7 September 2003).
Cabaran yang wujud sekarang ialah kita harus mengakui realiti
duduk perkara yang sebenar. Jika diambil kira pendapat Persatuan
Dong Zong maka Kementerian sebagai tuan yang empunya kuasa
harus meneliti semula dasar baru mereka. Dasar lama yang
menggunakan bahasa kebangsaan tidak pernah menunjukkan sebarang
masalah kepada semua pelajar tidak kira Melayu, Cina mahupun India.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjalan selama 20 tahun
menyaksikan prestasi yang baik dan bukti unggul yang dapat
ditunjukkan ialah UKM sendiri. Malah mereka yang menduduki DPK
telahpun menjawat jawatan yang besar malah menjawat jawatan
profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan saintis.
Apa yang diharapkan satu penilaian semula dilakukan pada dasar
baru ini sebelum terlambat. Alasan pengangguran kerana kurang
mahirnya graduan berbahasa Inggeris harus diteliti semula. Yang
nyatanya pedagogi pendidikan Inggeris yang harus disemak semula.
Pelajar Malaysia yang mempelajari BI selama 11 tahun seharusnya
sudah fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan negara Jerman
contohnya yang hanya memulakan pengajaran BI di sekolah pada umur
10 tahun. Apa yang tidak kena di sini ialah cara pengajaran BI. Noreiny
Maarof et al. (2003) dalm kajiannya mendapati penguasaan BI pelajar di
luar Bandar masih lemah. Antara hasil dapatannya ialah pedagogi BI
menuntut keperluan membangunkan strategi pengajaran yang me-
motivasikan pelajar di samping mewujudkan suasana yang kondusif
untuk penggunaan BI.
Bahasa dan Kesatubangsaan
Bahasa adalah alat penting untuk menyatukan bangsa. Tambahan pula
negara majmuk seperti di Malaysia. Gerakan menyatupadukan rakyat
melalui satu bahasa kebangsaan mempunyai sejarah yang amat
panjang. Ia bermula dari tahun 1957 lagi dengan Penyata Razak. Pihak
berkuasa merasakan satu dasar yang sama sahaja yang akan dapat
memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa dapat
dicapai. Penyata Razak antara menegaskan:
“it is hoped that this concerted use of the National Language … will
inculcate in all citizens the habit of using it regularly. It is only in this
way that they will feel they belong to this country, and that the National
Language is a real living force that binds them together”
Masalah kesatubangsaan yang cuba ditangani melalui bahasa sendiri
turut dialami oleh Amerika Syarikat. Amerika sendiri mempunyai
ramai kaum minority yang menetap di negaranya. Kaum minority ini
pula berbagai jenis kaumnya. Maka pihak berkuasa Amerika merasakan

124
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

peri pentingnya peranan bahasa Inggeris dalam soal kesetiaan, ke-


peribadian dan keselamatan negara semasa mereka membina negara
bangsa dahulu. Buktinya digubal satu dasar bahasa di Amerika
Syarikat:
“Americanism, they argue, loses something in the translation, while
English offers the only key to the nation’s democracy, history and culture.
Language thus becomes a literal shibboleth of nationality, a badge of true
Americanism, and anything less than fluency in English - aforeign
accent, let alone the maintainence of a minority tongue – is perceived to
threaten national security and subvert the national ideal”
(Dennis Baron; 1990).
Nyatanya bahasa boleh menjadi alat penyatu kaum. Jika Amerika
mempunyai bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, maka BI lah yang
menjadi bahasa kebangsaannya. Begitu juga dengan Malaysia. Bahasa
Melayu adalah bahasa ibunda, maka BM lah yang semestinya menjadi
bahasa kebangsaan dan seteusnya bahasa penghantar di sekolah
sebagaimana amalan kita sejak 20 thaun yang lalu.
Alasan BI lebih dapat membantu manusia Malaysia menjadi saintis
lebih cepat harus difikirkan semula. Pengalaman Jepun, Korea, Jerman,
Italy yang mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa penyatupadu
dan bahasa penghantar di sekolah telah berjaya membuktikan tiada
cacat celanya menggunakan bahasa ibunda sendiri. Di samping itu BI
sebagai bahasa antarabangsa mesti terus dipelajari agar rakyat menjadi
dwibahasa dan mendapat manfaat daripada kelebihan itu.
Kita seharusnya dapat berfikir jauh kesan daripada dasar baru itu
jika pihak berkuasa masih kekal dengan pendirian mereka. Abdullah
Hassan (2002) menegaskan apabila bahasa asing berjaya masuk ke
dalam benak kita, dua perkara yang akan berlaku. Pertama kebocoran
bendung budaya dan kedua kehilangan keyakinan terhadap keupayaan
diri sendiri. Kebocoran bendung budaya akan menyebabkan kita
merasa kagum dengan budaya barat. Manakala kesan kedua lebih berat
lagi padahnya. Kita sebagai golongan terpelajar bekas tanah jajahan
tidak yakin dengan keupayaan mencipta produk-produk intelektual
sendiri. Kita hanya berpuas hati sebagai agen yang menterjemahkan,
mengajarkan, mempopularkan dan menerapkan sahaja produk-produk
intelek tokoh-tokoh tersebut di negaranya. Jikalau sekali sekala ada
yang berani mencipta produk-produk intelektual mereka sendiri, rakan-
rakan mereka pula yang tidak menaruh keyakinan akan mutu produk-
produk intelektual tempatan sebagai rujukan yang dianggap ber-
autoriti.
Ketidakyakinan diri ini sebenarnya tidak akan memberi impak
positif kepada penyatubangsaan. Selagi kita akan terus menjadi

125
Mengapa Kami Bantah!

pengkagum barat maka selagi itulah BM akan gagal berfungsi sebagai


bahasa penyatu. Alasan global yang sering diketengahkan sebenarnya
bukanlah alasan jitu untuk kita kembali kepada bahasa penjajah.
Hassan Ahmad (2002) menegaskan bahawa dunia lain juga melakukan
pembaharuan dan proses kemajuan dalam bidang yang sama tetapi
penggubal dan perancang dasar di situ tidak berkata:
“mari kita gantikan bahasa kita dengan bahasa orang lain,
bahasa Inggeris, untuk kita mencapai kemajuan dalam
bidang itu di dalam negara sendiri”. Hanya negara ayat
bangsa yang keliru budaya atau bangsa yang mindanya
masih tidak terlepas daripada acuan atau peraturan
penjajahan sahajalah yang selalu berfikiran demikian –
tetapi mereka tidak menyedarinya”.
Hassan Ahmad seterusnya menambah:
“untuk memajukan bangsa sendiri dan negara sendiri di
dalam ruang budaya, sosial, dan politik di negara ini –
bukan di negara orang lain, bukan di England, atau di
Amerika Syarikat atau di ruang global yang tidak
diketahui di mana sempadannya – alat yang paling sesuai
ialah bahasa kita sendiri”.

Peratus
PeratusMata
MataPelajaran SPM
Pelajaran SPM
Berbahasa
BerbahasaMelayu
Melayudan
danBerbahasa
berbahasa
Inggeris
Inggeris

29% Mata Pelajaran


Mata Pelajaran
29% Berbahasa
Berbahasa
Melayu
Melayu
Mata
Mata Pelajaran
Pelajaran
Berbahasa
Berbahasa
71%
71%
Inggeris
Inggeris

(Sumber: Kamal Shukri: 2002)

126
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Sebenarnya impak yang paling besar terkesan daripada penerapan


dasar baru dan seterusnya memberikan masalah kepada ke-
satubangsaan ialah apabila sistem pendidikan berundur ke system
zaman penjajah. Rajah di sebelah dapat membuktikan kemerosotan
penggunaan BM sebagai bahasa kebangsaan dan penyatu bangsa
dipinggirkan.
Pelaksanaan S&M dalam BI akan memberi kesan pada masa jangka
panjang. Carta di atas menunjukkan mata pelajaran yang menggunakan
BM hanya tinggal 29% sahaja. Ini adalah kerana aliran sains akan
didominasi oleh mata pelajaran seperti fiziks, kimia, biologi, matematik
moden dan matematik tambahan. Ini menjadikan jumlah peratusnya
meningkat jauh meninggalkan mata pelajaran BM. Kesan ini berterusan
untuk pengajian di peringkat tinggi iaitu di matrikulasi dan tingkatan 6.
Ini adalah kerana pelajar-pelajar ini akan menyambung pengajian
mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Peratus untuk subjek BM terus merosot dari 29% ke 20% sahaja. Ini
adalah kerana di peringkat ini mata pelajaran telah mula mengkhusus
kepada aliran yang dijurusi. BM yang dianggap sebagai bahasa
perpaduan makin menyempit peranannya sebagai bahasa penyatu.
Implikasi seterusnya, adakah pelajar yang lemah BInya dapat
mengikuti ilmu ini dengan berkesan. Carta di bawah menunjukkan
peratus bahasa yang bakal digunakan di peringkat tingkatan enam
aliran sains dan matrikulasi.

Carta
Carta10 : Peratus
10: MataPelajaran
Peratus Mata Pelajaran
SPM Berbahasa
Berbahasa Melayu
Melayu dan dan
Berbahasa
berbahasa Inggeris Tingkatan 6
Inggeris Tingkatan
Sains 6 Sains dan
dan Matrikulasi
Matrikulasi MataMataPelajaran
Pelajaran
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
20%
20%

Mata
M ataPelajaran
Pelajaran
Bahasa Inggeris
Berbahasa
80%
80% Inggeris

Sumber: Kamal Shukri: 2002)

127
Mengapa Kami Bantah!

Penyempitan bahasa ilmu S&M tidak berhenti di sini malah akan


berterusan di peringkat universiti bagi aliran sains. Ini termasuklah
pengajian sains dan teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan dan
banyak lagi pengajian yang berteraskan sains.

PeratusK
Peratus ursusBBerbahasa
Kursus erbahasaMelayu dan
Melayu
dan Berbahasa Inggeris yang
BerbahasaInggerisyangditawarkandi
Ditawarkan di Universiti
Universiti

9% MataPelajaran
Mata Pelajaran
9% Berbahasa
Berbahasa
Melayu
Melayu
Mata
MataPelajaran
Pelajaran
Berbahasa
91%
91% Berbahasa
Inggeris
Inggeris

(Sumber: Kamal Shukri: 2002

Carta di atas dengan jelas menunjukkan penggunaan BM hanya tinggal


9% sahaja. Ini jauh terpesong dari matlamat pengajian hari ini di mana
BM menjadi bahasa penghantar di semua institusi pendidikan milik
kerajaan termasuk sekolah, pusat matrikulasi dan universiti awam.
Adakah ini satu langkah yang wajar dilakukan memandangkan alasan
ilmiah yang kukuh telah menampakkan kesan negatif dari pelaksanaan
dasar baru ini.
Kesan yang mungkin kita terlupa ialah pada pelajar tingkatan satu
yang kini terlibat dengan dasar baru ini. Dari semakan yang dilakukan
terhadap buku teks sekolah menengah iaitu buku ‘Eksplorasi Sains
Ting.1’ berlaku pengurangan isi kandungan kurikulumnya. Ini dapat
dilihat dari buku sains BM dengan BI. Pengurangan ini mungkin
berpunca dari kekhuatiran yang sememangnya ada di hati pihak
berkuasa. Mereka tahu yang pelajar dan guru akan menghadapi
masalah dengan BI lalu mereka mengurangkan isi kandungan
kurikulum yang patut diajar. Ini merupakan satu kerugian besar
kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Ini belum dikira lagi dengan
ketiadaan guru-guru S&M yang terpaksa berkursus kemahiran BI. Ini
menyebabkan kelas S&M terabai kerana ketiadaan guru.
Demi menampung kekurangan guru S&M dalam BI, maka graduan
S&M sangat laris di pasaran pendidikan. Mereka diterima masuk dan

128
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

dilatih bagi mencukupkan guru dari aliran-aliran lain. Ini secara tidak
langsung menutup peluang graduan-graduan bukan sains untuk
diterima masuk ke profesion perguruan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan
panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru
dan institusi pengajian tinggi malah jangka panjangnya memberi kesan
yang amat mengerikan pada pembinaan jati diri dan kesatubangsaan.
Pengalaman 13 Mei sepatutnya dikenang sehingga hari ini kian di-
lupakan. Pengunduran balik kepada dasar pendidikan zaman penjajah
sebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku
satu ketika dulu.
Mungkin ada orang berkata BI itu maha penting dan harus meng-
gantikan BM. Orang itu harus bertanya kembali kepada dirinya adakah
dia hanya memikirkan kepompong dirinya sahaja atau pernahkah
orang itu bertanyakan dalam konteks yang lebih luas. Apa yang kita
mahu pelajar luar Bandar menikmati kualiti ilmu yang setara dengan
pelajar Bandar yang ternyatanya memang tidak berlaku. Adalah lebih
baik jika kita mengamalkan ‘BM bahasa dijunjung dan BI bahasa
dikendung bagi memastikan apa yang dikejar dapat dan yang
dikendong terselamat’.

Rujukan

Abdullah Hassan, 2002. Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan


Budaya Melayu, Siri Bicara Bahasa Bil. 11, Kuala Lumpur, DBP.
Asraf Abdul Wahab, 1996. Manifesto Bahasa Pupus Bahasa Pupuslah
Bangsa, Persatuan Linguistik Malaysia, Kuala Lumpur.
Awang Sariyan, 1996. ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam Menangani
Dasar Bahasa’ dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192.
Awang Sariyan, 1996. ‘Idealisme dan Pragmatisme dalam Menangani
Dasar Bahasa’ dalam Asraf Abdul Wahab, 186-192.
Baron, D. 1990. The English Only Question, Yale University Press, New
Haven.
Hall, D. 1996. Assesing the Needs of Bilingual Pupils, London, David
Fulton Publication.
Hassan Ahmad, 2002. Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di
Malaysia, Siri Bicara Bahasa Bil. 9, Kuala Lumpur, DBP.

129
Mengapa Kami Bantah!

Ibrahim Mohamed et al.1997. Kajian Celik Komputer di Kalangan Guru-


Guru di Perak, Atas Talian http://members_tripod.com/~ilhamnet/
kajian.htm. 4 September 2002.
Juriah Long, 2003. Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris Dalam
Konteks Kepelbagaian Pelajar, Kertas Cadangan Penyelidikan Tajaan
DBP (tidak diterbitkan).
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2002. Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris
dalam Penagajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di
Malaysia. Siri Bicara Bahasa Bil.15. Kuala Lumpur, DBP
Memorandum Kumpulan 28 Disember, 1996. dalam Asraf Abdul
Wahab, 345- 355
Memorandum Persatuan Linguistik Malaysia, 1996. dalam Asraf Abdul
Wahab, 356-364.
Mohd. Fazli Ibrahim, 1999. “Amerikanisasi’ dan Masa Depan Budaya
Tempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55
Mohd. Fazli Ibrahim, 1999. “Amerikanisasi’ dan Masa Depan Budaya
Tempatan”, Dewan Budaya (11), 54-55
Mohd. Rasdi Saamah, 2003. Kesediaan Guru-Guru Sekolah Rendah
Melaksanakann Perubahan Bahasa Penghantar Mata Pelajaran Sains
dan Matematik, Kertas Projek Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan).
Mohd. Yusof Othman, 2002. Bahasa Melayu Bahasa Sains dan
Teknologi, Dewan Bahasa (11), hlm 28-40.
Nik Safiah Karim, 1996. ‘Kesangsian Setelah Tercapai Kejayaan’, dalam
Asraf 181- 185.
Nooreiny Maarof et al., 2003. Keupayaan Penguasaan Kemahiran
Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu Dalam Arus Globalisasi,
Projek Arus Perdana Ap 1/2000, Bangi, UKM.
Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu
Pengenalan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu
Pengenalan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin, 1999. Semantik dalam Penulisan Buku Teks:
Satu Tuntutan Kurikulum, Jurnal Bahasa,,43(8), hal. 692-709.
Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Kuasa Politik Melalawan Kuasa
Ekonomi, Language and Empowerment, Kuala Lumpur, Persatuan
Bahasa Moden Malaysia.

130
Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Penerimaan Sains dan Matematik


dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar dan Guru, Projek
Penyelidikan II/10/2003Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA,
Bangi, UKM
Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Tengku Mohd. Tengku
Sembok, 2002. Kamus Dewan Tiga Edisi: Tinjauan Leksikografi Tiga
Dekad, Projek IRPA 07-02-02-0041, UKM.
Noriah Mohammad, 2000. Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa, Kertas
Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia KE-2,
Minden, Universiti Sains Malaysia.
Robert Philipson, 1992. ‘Linguistic Imperialism’, Oxford, Oxford
University Press.
Salina Ibrahim, 2002. Bahasa Inggeris: Kelemahan Pelajar Universiti
Bermula dari Sekolah, Utusan Malaysia 11 Julai: 3
Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan, 1996.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sperber and Wilson, 1995. Relevance Theory: Communication and
Cognition,Oxford, Blackwell.
Syed Husin Ali, 1996. ‘Tamadun Berbahasa Menjelang 2020’, dalam
Asraf, 164-171.
Teo Kok Seong, 1996. ‘Penukaran Kod dan Bahasa: Satu Fenomena
Kedwibahasaan’, Pelita Bahasa, 41-43.
Teo Kok Seong, 1999. Kedominanan Bahasa Melayu di Malaysia, Jurnal
Bahasa 43 (1), hal. 25-33.
Wan Esuriyanti Wan Ahmad. 2003. Teruskan Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris: Dr.M. Berita Minggu, 7 September; 1
Wood, J.W. 2002. Adapating Instruction to an Accommodate Students
in Inclusive Settings, New Jersey, Merrill Prentice Hall.
Zaharani Ahmad, 1999. Isu Fonologi Bahasa Melayu: Konflik Antara
Rumus dan Korpus, Jurnal Dewan Bahasa,43(2), 108-120.
Zaharani Ahmad, 2001. Kamus Dewan Tiga Edisi: Satu Tinjauan
Leksikografi, Seminar Pemantauan IRPA, Melaka.
Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, 2001. Bahasa, Pendidikan dan
Pembangunan, Siri Bicara Bahasa Bil. 5, Kuala Lumpur, DBP.
Zulkifli Jalil, 2003. Pencapaian Pelajar Melonjak, Utusan Malaysia, 6
September ;1

131
8
BUKAN SEKADAR BAHASA

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan


Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

1. Pengenalan
Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia
dilakukan oleh para sasterawan dan persuratan, khususnya budayawan
Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu mengenai topik
ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu
para cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar
dan mengatur strategi bagi membangunkan ekonomi, pendidikan,
pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit apabila
membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat
diungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan.
Malah dasar dan strategi kebudayaan kebangsaan adalah usaha yang
tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka
panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.

a. Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi setiap kaum. Artikel 3
melindungi kebebasan semua kaum beragama, walaupun agama Islam
adalah agama rasmi negara. Artikel 152 menjamin hak setiap kaum
menggunakan bahasanya sendiri walaupun bahasa Melayu adalah
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara. Ini adalah dua unsur
penting dalam kebudayaan yang sering diungkit oleh kaum lain dalam
menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Mengapa Kami Bantah!

b. Malayan Writers’ Conference 16-18 Mac 1962


Seawal 1962 lagi, isu kebudayaan kebangsaan dan sastera kebangsaan
dibincangkan oleh para sasterawan dan cendekiawan dalam Malayan
Writers’ Conference (Persidangan Penulis Malaya dan Singapura) ditaja
oleh Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura, dan diadakan di
Singapura pada 16-18 Mac 1962. Prosiding persidangan itu diterbitkan
dalam bahasa Inggeris oleh badan yang sama. Berikut diturunkan
beberapa catatan utama. Menteri Kebudayaan Singapura, Rajaratnam
berkata “A truly Malayan literature will emerge when writers express
themselves through a language that is spoken and understood by all the
communities. A common medium of expression will automatically create a
Malayan literature .... It is only when the non-Malays begin to write in the
national language, will Malay cease to be a medium for communal literature
and become the vehicle for a Malayan literature.” Ini disuarakan dengan
lantang oleh kelompok penulis dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun,
kelompok bahasa Inggeris mengatakan sastera Malaya (1) ditulis oleh
orang-orang yang lahir dan dibesarkan di Malaya menulis mengenai
topik-topik Malaya dengan tidak mengira apa bahasa yang digunakan;
(2) yang ditulis dalam bahasa kebangsaan, dan (3) yang ditulis oleh
sesiapa sahaja mengenai Malaya. Kelompok bahasa Cina dan Tamil
mengelak daripada membincang dan membuat kesimpulan mengenai
bentuk sastera Malaya.
Situasi begini berterusan di Malaysia sehinggalah 1971. Ketiadaan
dasar bagi menentukan objektif kebudayaan negara menyebabkan
aspek ini diabaikan. Tiada langkah-langkah konkrit diambil bagi
mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Iklim positif dan neutral
yang dizahirkan oleh Persidangan Penulis Malaya di Singapura pada
tahun 1962 itu tidak dimanfaatkan. Perkembangan kebudayaan
kebangsaan itu tidak mendapat perhatian sehingga selepas Mei 69.

c. Pindaan Perlembagaan 23 Februari 1971


Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein membuat
ucapan penting menyangkut isu bahasa kebangsaan dan kebudayaan
kebangsaan. Tindakan positif diperlukan bagi memperbaik keadaan
selepas 13 Mei 1969. Beliau membuat beberapa penegasan yang sudah
mula dilupakan pada masa itu, khususnya “kontrak sosial” di antara
kaum bagi mencapai kemerdekaan. Beliau menyatakan “kontrak sosial”
yang dibuat, “It is hardly necessary for me in this House to expound upon
the careful and balanced character of the Constitution which was so
painstakingly negotiated and agreed upon by the major races in Malaysia
before we attained independence. .... The basic provision relating to the
acquisition of citizenship represented a fair and balanced compromise. The
same careful and balanced approach runs through the other provisions of the
Constitution protecting the legitimate rights of all races in Malaysia. ... The

134
Bukan Sekadar Bahasa

provision of Bahasa Malaysia as the sole official and National Language is


balanced by the guarantee for the use of the languages of other races other than
for official purposes.” ... “Pengertian perkataan “tujuan-tujuan rasmi” atau
“official purposes” dalam Artikel itu ... bermakna .. sebarang tujuan
Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, termasuklah
mana-mana tujuan untuk pihak berkuasa awam.”

d. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 16-20 Ogos 1971


Kongres ini dibuka oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana
Menteri Malaysia, berlangsung di Universiti Malaya. Selama empat
hari, sebanyak 52 kertas kerja dibentang dan dibincang. Kongres telah
menetapkan tiga unsur penting menjadi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, iaitu:
1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan ke-
budayaan asli rakyat rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.
3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan itu.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang
sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum,
bahasa, budaya dan agama. Dasar ini dapat menjadi garis panduan
membentuk satu bangsa yang bersatu serta mempunyai identiti negara.
Kebudayaan yang dipupuk dapat mencirikan keperibadian kebangsaan
Malaysia.

e. Joint Memorandum on National Culture Submitted to the


Ministry of Culture, Youth and Sports by the Major Chinese
Organisations in Malaysia, 1983.
Lima belas buah organisasi China menghantar memorandum kepada
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 27 Mac 1983. Badan-badan
itu ialah: The Selangor Chinese Assembly Hall, Penang Chinese Town
Hall, The Perak Chinese Association, The Federation of Chinese
Association (Johor), Terengganu Chinese Assembly Hall, Kelantan
Chinese Assembly Hall, Negeri Sembelin Chinese Assembly Hall, The
Federation of Chinese Associations (Sarawak), United Chinese School
Committees, Association of Malaysia, United Chinese School Teachers’
Association of Malaysia, Pahang Chinese Chamber of Commerce,
Malacca Chinese Chamber of Commerce, Kedah Chinese Chamber of
Commerce, Perlis Chinese Chamber of Commerce, dan Sabah United
Chinese Chamber of Commerce. Dalam dokumen setebal 321 halaman
ini, ketiga-tiga asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan ditentang se-

135
Mengapa Kami Bantah!

penuhnya. Dokumen ini terlalu panjang bagi dibicarakan. Hanya butir


penting diturunkan. Mereka berkata, “we oppose the present policies on
national culture, language and education, and the the three principles used .. to
mould the national culture.” Mereka menentang kerana:
1. Proses membentuk asas kebudayaan kebangsaan daripada satu
kaum sahaja melanggar hak kaum lain,
2. Apabila kepentingan Islam ditekankan maka peranan budaya dan
agama lain dinafikan,
3. Menunjukkan dasar yang tertutup berpusat kepada Melayu sahaja
dan tidak liberal,
4. Menafikan sistem nilai yang bertindih antara budaya,
5. Bercanggah dengan hakikat Rukunegara yang menghormati
kebudayaan semua kaum,
6. Memaksa melalui sistem pentadbiran dan ini tidak dapat diterima
oleh bukan Melayu,
7. Membahagikan kebudayaan kepada kaum sebagai peribumi,
pendatang dll akan menjadi punca diskriminasi,
8. Sesetengah chauvisnist Melayu berfikir bahawa semua kaum
hanya boleh diintegrasi melalui satu bahasa dan satu budaya
sahaja. dll.
Bagi mereka kebudayaan kebangsaan dapat dibangunkan melalui:
1. Usur seni daripada kebudayaan semua kaum menjadi asas
kebudayaan kebangsaan,
2. Panduan membina suatu peranggu nilai kebudayaan yang sama
ialah sains, demokrasi, pemerintahan undang-undang dan
patriotisme,
3. Nilai kebudayaan bersama itu diungkapkan menurut kerangka
pelbagai kaum,
4. Proses membina kebudayaan kebangsaan mestilah mematuhi
prinsip kesamaan bagi semua kumpulan etnik, dan melalui
perundingan yang demokratis. dll.
Justeru, mereka berkata, kami menuntut supaya:
1. Kerajaan menghormati hak setiap kaum, kebudayaan, agama, dan
bahasa yang dimaktubkan dalam Perlembagaan,
2. Kerajaan memansuhkan semua undang-undang yang tidak
menyokong pertumbuhan mana-mana budaya, bahasa dan
pendidikan kaum tertentu,
3. Kerajaan membantu sekolah China dan juga Jabatan Pengajian
China di universiti,

136
Bukan Sekadar Bahasa

4. Kerajaan adil dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan tidak


memihak kepada mana-mana kelompok,
5. Kerajaan tidak melebihkan mempromosi kebudayaan Melayu
sebagai kebudayaan kebangsaan sehingga boleh memangsai
kebudayaan lain,
6. Hari Ini dalam Sejarah mesti juga memuatkan tokoh bukan
Melayu,
7. Ciri pelbagai kaum mesti ditunjukkan dalam membentuk citra
kebangsaan,
8. Nama bangunan dan tempat juga juga mesti pelbagai kaum,
9. Kerajaan juga hendaklah mempromosi interaksi kebudayaan
pelbagai kaum, dll.

f. Memorandum on National Culture Submitted by the 10 Major


Indian Associations of Malaysia to the Ministry of Culture, Youth
and Sports, April 1984.
Sepuluh persatuan India juga membantah. Mereka ialah: Pergabungan
Tamil Malaysia, Persatuan Dravidian Malaysia, Majlis Kelab Bell Belia
Tamil, Majlis Belia Hindu Malaysia, Persatuan Penulis-Penulis Tamil
Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Sekolah Tamil Malaysia, Malaysia
Hindu Sanga, Persatuan Kesenian Tamil Malaysia, Persatuan Ke-
susasteraan Tamil, dan Persatuan Artis-Artis Tamil Malaysia.
Memorandum kaum India menolak asas kebudayaan kebangsaan
kerana:
1. Malay-Islamic culture approach to the ‘formation’ of National Culture
cannot be accepted by us,
2. The attempt to define National Culture on the basis of proceedings of the
National Culture Congress of 1971 completely negates the historical
understanding on culture reached by the different communities,
3. National Culture must be defined in terms of a set of common values,
norms and beliefs found in cultures of the various communities in
Malaysia, combined with positive elements from other cultures. It cannot
be equated solely with Malay or Islamic culture,
4. Neither can Malay culture form the basis of national Culture,

g. Suqiu (Jawatankuasa Menuntut) 1999


Gabungan Persatuan Cina yang menuntut masih terus menuntut
dengan secara teratur. Apabila sahaja iklim politik kelihatan memihak
kepada mereka, iaitu semasa Melayu nampaknya berpecah, maka
mereka akan membuat tuntutan demi tuntutan. Suqiu membuat 89

137
Mengapa Kami Bantah!

tuntutan, yang melibatkan bahasa, kebudayaan, agama, dan lain-lain.


Kebanyakannya yang telah tersenarai dalam Joint Memorandum on
National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth and
Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983. Cuma
tuntutan pada kali ini diiringi dengan ugutan menarik balik sokongan
politik dan menyokong parti pembangkang. Y.A.B Dr. Mahathir
Mohamad, menolak dengan menyatakan yang semuanya bercanggah
dengan “kontrak sosial” yang menjadi landasan yang membolehkan
Perlembagaan Malaysia dibentuk.

2. Apalah Ada pada Bahasa?


Bahasa Melayu adalah satu daripada tiga unsur yang dijadikan asas
Dasar Kebudayaan Negara. Apalah ada pada bahasa? Banyak. Dan
bahasa itu adalah paling menentukan keperibadian bangsa.

a. Tuntutan Bukan Melayu


Dengan tentangan dan tuntutan yang tidak putus-putus daripada
kaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia, isu Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ini bukan hanya sekadar dapatkah bahasa Melayu, dan
kebudayaan Melayu Islam menjadi asas Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Isu ini lebih besar daripada sekadar agama, bahasa, dan
bangsa yang dicabar. Apa yang jelas ialah, masyarakat Melayu mesti
sepakat dan menerima hakikat yang kita perlu bergerak dan
meneruskan kelangsungan Melayu dalam satu sistem yang adaptif
supaya dapat berinteraksi dengan persekitarannya bagi mem-pastikan
survival kita. Dalam penyesuaian ini bukan tiada sempadannya, oleh
itu kita perlu sentiasa mengingati “kontrak sosial” yang menjadi asas
Perlembagaan kita.

b. Bahaya dari Pemikir Melayu Liberal


Yang lebih membahayakan kita ialah keliberalan berfikir yang
menerima demokrasi itu sebagai kebebasan tanpa sempadan, hatta
mengingkari ‘kontrak sosial’ yang menjadi asas pembentukan Per-
lembagaan yang kita jadikan kerangka membina Malaysia. Musnahkan
‘kontrak sosial’ ini, musnahlah Perlembagaan, dan musnahlah Malaysia.
Oleh sebab fitrah manusia begitu, mudah percaya pada apa yang ada
daya tarikan intelektual. Atas asas berfikir secara intelektual sejagat,
sudah ada pula Melayu yang mula termakan dengan tuntutan-tuntutan
ini. Nampaknya memang tiada apa salahnya kita berkata “menerima
sastera dalam bahasa lain sebagai sebahagian daripada Sastera
Malaysia.” Apabila diwarwarkan pula melalui media awam, apa yang
kita ungkapkan sebagai “main-main” pun akan menjadi sumber ke-
benaran dan kekuatan bagi yang mencari alasan lagi bagi membuat

138
Bukan Sekadar Bahasa

tuntutan bagi memusnahkan ‘kontrak sosial’ bersama. Hubaya-hubaya


agar kita tidak menjadi alat yang memusnahkan hasrat bangsa sendiri.

c. Himpunan Memori Bangsa


Bahasa Melayu yang kita gunakan sama ada sebagai bahasa harian
mahupun sebagai bahasa pendidikan, adalah wahana bagi membina
‘himpunan memori’ kita sebagai orang Melayu Malaysia. Himpunan
memori itu ialah himpunan seluruh konsep-konsep, nilai-nilai, norma-
norma, nama-nama, proses-proses, pengalaman-pengalaman, yang
membentuk jati diri kita sebagai satu bangsa. Apabila kita meng-
gunakan sebuah bahasa lain sebagai bahasa kita, maka himpunan
memori kita juga akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi orang
Melayu Malaysia.
Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain, konsep yang kita
cetuskan menjadi berlainan, walaupun bagi benda yang sama. Sebagai
contoh, dalam bahasa Bhutan, komputer ialah “logrig” yang membawa
makna “mesin yang dikendalikan oleh tenaga elektrik.” Dalam sebuah
bahasa Afrika Timur komputer ialah “mobusha” iaitu “mesin yang
tidak membuat salah.”
Malah behavior kita juga boleh diubah kerana bahasa yang
digunakan. Contoh yang sering berlaku di kalangan masyarakat kelas
menengah Melayu yang saya kaji mendapati fenomena ini berleluasa.
Kelas menengah Melayu sering menggunakan bahasa Inggeris di
rumah mendapati anak-anak mereka sering mencabar mereka, iaitu
menjadi derhaka, dalam bahasa Inggeris. Ungkapan seperti “What kind
of father are you?” “I will report you to the authority for child abuse,”
“Mother! who ask you to enter my room, dont you know how to knock?” Yang
paling menyayat saya dapati dalam himpunan pemerhatian saya ialah
“I hope you will burn in hell!” yang dikeluarkan oleh seorang anak lelaki
kepada bapanya. Ungkapan begini tidak zahir dalam bahasa Melayu.
Ada anak melawan dalam golongan rendah masyarakat, tetapi tidak
dengan ungkapan “Apa jenis bapa kamu ini?” atau “Engkau pergi
mampus dalam neraka jahanam!” Isteri yang dwibahasa juga apabila
mahu melawan suami berucap dalam bahasa Inggeris, tidak Melayu.
Dalam sebuah contoh lain, seorang eksekutif Melayu mengadakan
doa tahlil untuk arwah ibunya. Apabila ditanya oleh Tuan Imam, apa
nama ibu, beliau menjawab “Zubaidah.” Binti apa? “Othman” katanya!!
Bukan, nama ibu kata Tuan Imam. Sahihlah, oleh sebab sentiasa sibuk
dan bercakap pun sentiasa dalam bahasa Inggeris sahaja, maka memori
tahlil tidak tercipta dalam benaknya. Beliau pun belum pernah
mengadakan doa tahlil, maka memori itu tidak masuk ke dalam
benaknya. Bagi yang ada memori itu, kita tahu untuk tahlil sesiapa pun
dibintikan kepada ibunya.

139
Mengapa Kami Bantah!

Apabila golongan menengah Melayu membuang bahasa Melayu


sebagai bahasa ibunda bagi anak-anak mereka, dan menggantikannya
dengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah yang duduk di benak
anak-anak Melayu itu. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesis
Sapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris,
dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis Malik
Bennabi pula, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang
terkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yang
terkandung di dalam bahasa Melayu lagi. Oleh kerana bahasa Melayu
telah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh kerana bahasa Inggeris
belum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa
Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius.
Sebagai contoh, gejala anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlah
suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep-
konsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah tapak kaki ibu"
hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-
idea induk dalam Islam, seperti Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa
Inggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsep-konsep itu
ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa
Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di
dalam sastera Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim
Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga tidak ada
kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti
oleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio,
Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukan
Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur
And The Knights Of The Round Table.
Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagai
asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Membenarkan bahasa lain
diterima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan akan memusnahkan
himpunan memori kita, memusnahkan jati diri kita yang dipertahankan
dalam Perlembagaan kita.
Atas alasan yang sama kita boleh dituduh pula apakah kita tidak
menzalimi bahasa dan kebudayaan lain. Tidakkah kita menghalang
atau memusnahkan himpunan memori kaum lain yang diminta
menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan rasmi. Tidak, sama sekali
tidak. Hal Kebudayaan Kebangsaan adalah hal rasmi. Dalam “kontrak
sosial” kita, hak asasi setiap kaum dijamin dan dipelihara. Tiada siapa
yang dihalang daripada menggunakan, mengajar dan meneruskan
bahasa sendiri, asalkan bukan untuk tujuan rasmi, sebagai yang
dijelaskan oleh Tun Abdul Razak di Parlimen pada 23 Februari 1971.

140
Bukan Sekadar Bahasa

d. Pentingnya Membina Sistem Pemanglian dari Masa ke Masa


Apabila membuat tuntutan hak asasi bagi orang Melayu, di buminya
sendiri, sebagai yang sudah dipersetujui dalam kontrak sosial antara
kaum, kita dilabel sebagai Malay-centered, kita dicap sebagai Malay
chauvinist, kita dipanggil kaum yang tidak peka pada kepentingan
kaum lain, kita dituduh mendiskriminasi puak lain. Sudah sampai
masanya kita tidak emosi dengan label-label ini, sudah sampai masanya
kita tidak gentar dengan taktik menakut-nakutkan ini. Sudah tiba
masanya kita membuat strategi bagi melaksanakan apa yang kita
fikirkan betul. Sudah ada pihak yang mula termakan dengan hujah-
hujah Cina dan India kenapa mesti dibuat secara demokratis segalanya.
Ini boleh memakan diri sendiri.
Oleh sebab itu kita perlu mengingatkan semula orang Melayu
tentang siapa dirinya, dan apa haknya. Inilah yang dikatakan
pemanglian semula. Bina selalu sistem penagkisan yang diperlukan.
Agar cendekiawan Melayu tidak mudah termakan dengan alasan
liberal yang digunakan oleh kaum lain yang mengatakan hak asasi
mereka tercabar. Di samping kita mengajar generasi baru akan hak
asasi mereka, dan perjuangan menegakkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.

3. Apa yang Kita Perjuangkan?


Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

a. Kontrak Sosial
Kita akan terus mempertahan “kontrak sosial” kita. Walaupun perkara
penting ini sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, dan
sudahpun dijelaskan apa rasionalnya, tetapi masih mahu ditagih. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tugas kita mengingatkan kembali
perihal “kontrak sosial” yang mengimbangi hak masing-masing kaum,
dan kepentingan bahasa Melayu seperti yang dijelaskan oleh Tun
Abdul Razak Hussein itu tidak diketepikan. Kita tidak perlu mudah
terbeli dengan alasan oleh kerana demokrasi maka semua orang
mempunyai hak yang sama. Malaysia bukan sebuah negara yang
kosong sebelum kedatangan mereka maka semua orang sama taraf.

b. Dasar Media Yang Terbuka


Apa yang lebih menggugat Melayu pada hari ini, bukanlah sekadar
perkara-perkara yang tertulis. Tetapi, ialah juga apa yang tidak tertulis.
Misalnya, oleh sebab tidak ada sebarang undang-undang dalam media
massa, maka akhbar dan media hiburan China dan Inggeris, maka ini
digunakan seluas-luasnya sehingga sekarang media akhbar dan hiburan

141
Mengapa Kami Bantah!

Cina dan Inggeris menduduki tempat yang amat dominan dalam dunia
media Malaysia. Akhbar yang mempunyai edaran terbesar bukanlah
akhbar Melayu atau Inggeris tetapi akhbar Cina. Rancangan televisyen
yang paling dominan di antara rancangan hiburan televisyen bukanlah
rancangan Melayu dan Inggeris, tetapi Cina.
Oleh sebab dasar yang terbuka, media Cina menyelubungi hidup
kita sehari-hari. Di samping menentang mereka tidak henti-henti
membawa unsur budaya mereka masuk tanpa halangan. Setiap minggu
ada kontena yang membawa filem dan video dari Hong Kong dan
Taiwan masuk ke Malaysia. Malah pengarah drama dan filem Hong
Kong telah mula mempengaruhi pengeluaran filem dan video kita.

c. Kepustakaan dalam Bahasa Melayu


Tun Abdul Razak Hussein mengingatkan kita bahawa kebudayaan
sebuah bangsa itu juga bergantung kepada himpunan ilmu dalam
bahasanya, iaitu kepustakaan dalam bahasanya. Kita akan terus
berjuang membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Tinggi
rendahnya tahap kebudayaan sesebuah bangsa bergantung kepada
kepustakaan yang diwujudkan dalam bahasa bangsa itu. Apabila kita
melihat bangsa-bangsa yang agung, dalam bahasanya terhimpun suatu
kepustakaan yang besar.

d. Barisan Memperjuangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Perjuangan menentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan nampak-nya
bertenaga kerana mereka dibawa dan disokong oleh badan-badan Cina
dan India yang bersatu. Kita akan memperjuang Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ini secara bersatu. Persatuan penulis, persatuan ke-
budayaan, cendekiawan perlu bersatu bagi memperjuang hak kita.
Kita akan menghadapi cabaran. Umpamanya, kita dipanggil
chauvinist apabila berjuang. Tetapi mereka tidak pula menganggap diri
mereka chauvinist. Ini tidak menjadi soal. Yang penting kita berjuang
bagi menegakkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan atas prinsip dan
kepercayaan kita.

4. Kesimpulan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan pada budaya setempat,
bahasa Melayu dan agama Islam adalah wajar. Itu hak kita yang
dijamin dalam “kontrak sosial.” Apabila ini dibantah, maka maruah
kita sebagai peribumi juga dinafikan.

142
Bukan Sekadar Bahasa

Rujukan

Asas-asas Kebudayaan Kebangsaan, (1971), Kuala Lumpur: Kementeria


Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib, (1993) Wawasan 2020, Kuala
Lumpur: Istitut Kajian Dasar.
Kua Kia Soong (1985?), Memoranda on National Culture, Kuala
Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center.
Kua Kia Soong, 1985, National Culture and Democracy, Kuala Lumpur:
Malaysian Chinese Research and Resource Center.
Lim Kit Siang, 1986, Malaysia: Crisis of Identity, Petaling Jaya:
DemocraticAction Party.
Ling Liong Sik, et al., 1988, The Future of Malaysian Chinese, Kuala
Lumpur: Malaysian Chinese Association.
Loh Fook Seng, Philip, 1975, Seeds of Separatism: Educational Policy in
Malaya 1874 - 1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Mohd. Taib Osman (1988), Kebudayaan Melayu dalam Beberapa
Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Report on Malaysian Writers Conference, Singapore, 1962
Sandu, K.S., 1969, Indians in Malaysia, Cambridge: Cambridge
University Press.
Siri Pengetahuan Am, (1994) Dasar-dasar Negara (edisi ketiga), Kuala
Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.
Tan Liok Eee, 1985, Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961,
Unpub. Ph.D. Dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur.
Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, 2000, Kuala Kangsar: Pertemuan
Budayawan 2000.
Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein 1960, 1975, Kuala
Lumur: Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri
Wan Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (1985) Ideologi dan
Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
Watson, J.K.P., 1983, "Cultural Pluralism, National-Building and
Educational Policies," in Chris Kennedy, Language Planning and
Language Education, London: George Allen & Unwin.

143
Mengapa Kami Bantah!

144
9
RESOLUSI SEMINAR AGENDA MELAYU

Anjuran: PERSATUAN MELAYU NEGERI PERLIS (PEMANIS)


dengan kerjasama BIRO TATANEGARA CAWANGAN PERLIS

Lampiran:

SEMINAR berlangsung pada 21 MEI 2004, bertempat di Auditorium


Taman Budaya, Kangar, Perlis; dirasmikan oleh Yang Berhormat
Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Tuan Haji Sulaiman bin Shafie,
mewakili Yang Amat Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim,
Menteri Besar Perlis. Seminar dihadiri sejumlah 150 peserta (77 orang
lelaki, 73 orang wanita), terdiri daripada wakil Pertubuhan Melayu
Bersatu Negeri Kedah (PEMIKAD), Persatuan Melayu Negeri Pulau
Pinang (PEMENANG), ahli Persatuan Melayu Negeri Perlis
(PEMANIS), Institusi-institusi Pengajian Tinggi negeri Perlis, Wanita
dan Pemuda UMNO Cawangan, dalam negeri Perlis dan peserta
perseorangan.
Seminar berlangsung dengan penuh semangat dan kesedaran
tentang dua aspek utama agenda Melayu iaitu: "Memartabatkan
Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan Dan Pencapaiannya"
dan "Politik Orang Melayu dan Cabaran Masa Kini".

RESOLUSI KERTAS KERJA UTAMA


Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar,
Pelaksanaan Dan Pencapainnya oleh Y. Bhg. Dato Dr. Hassan
bin Haji Ahmad
Mengapa Kami Bantah!

Pengerusi: Y. Bhg. Prof. Madya Abdad bin Mohd Zain

Menyedari sesungguhnya bahawa:

1. Dasar bahasa yang sudah wujud di negara ini sejak tahun 1957
adalah dasar yang terbukti baik untuk negara ini. Dasar ini
dikatakan baik kerana ciri-ciri berikut:
a. Dasar ini didasarkan pada bahasa, iaitu bahasa Melayu yang
sudah berkurun lamanya menjadi bahasa maju dan bahasa
superaetnik, atau lingua franca, tidak sahaja di Malaysia
bahkan di seluruh rantau berbahasa Melayu;
b. Dasar ini tidak menghapuskan bahasa Inggeris (bahasa
bekas penjajah), malah menjadikannya sebagai bahasa asing
yang wajib diajarkan dan dipelajari dalam sistem
pendidikan kebangsaan;
c. Bahasa-bahasa lain tidak terhapus oleh dasar bahasa rasmi
ini;
d. Dasar bahasa ini ternyata tidak menyebabkan penduduk
dan negara Malaysia menjadi bangsa dan negara yang
mundur, malah dapat membuktikan kecintaan rakyat
terhadap negara; dan
2. Dasar ini tidak bertujuan untuk memisah-misahkan
penduduk Malaysia berdasarkan kaum etnik dalam proses
pembangunan negara, sebagaimana berlaku sebelum
kemerdekaan.
2. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan ternyata berjaya
menghasilkan ratusan ribu, malah jutaaan anak-anak Malaysia
dari semua golongan etnik untuk maju dalam bidang pendidikan
hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan
itu. Keadaan ini tidak berlaku sebelum kemerdekaan apabila
bahasa Inggeris digunakan untuk memisahkan orang Melayu
daripada kemajuan negeri ini dengan menyekat bahasa Melayu
untuk digunakan sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dalam
sistem pendidikan dan dalam kemajuan ekonomi negara ini.
Berdasarkan dua hakikat inilah, maka perlu sekali dasar bahasa,
baik dalam sistem pentadbiran negara, baik dalam sistem
pendidikan negara, mahupun sebagai bahasa komunikasi luas
dalam masyarakat, diperkukuh dan dimantapkan lagi, dan tidak
digugat, dicabar, diubah-ubah tanpa alasan yang rasional dan
bijaksana. Apa-apa keputusan yang melanggar isi dan semangat
dasar itu, dan yang ternyata telah menimbulkan banyak masalah

146
Resolusi Seminar Agenda Melayu

yang serius, seelok-eloknya dibetulkan semula, kembalilah ke


pangkal jalan.
3. Kerajaan dan pegawainya perlu mengambil sikap yang tegas
untuk terus melaksanakan dasar tersebut sehingga dasar itu benar-
benar mencapai tahap kemajuan yang mantap. Kita juga perlu
berhenti mengeluarkan kenyataan 'mengagung-agungkan' bahasa
Inggeris di khalayak umum, mengatakan orang Melayu tidak akan
maju kalau mereka tidak menguasai bahasa Inggeris, kerana
kenyataan seperti itu bukan sahaja salah dari segi ilmu, tetapi
kesan psikologisnya terhadap sikap orang lain dan terhadap nilai
bahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan di negara ini amatlah
buruk.
4. Dalam pada itu, budaya bahasa orang Melayu, sikap mereka
terhadap bahasa mereka sendiri, perlu berubah. Jangan mereka
menjadi punca berlakunya kerosakan imej atau martabat bahasa
Melayu di negara ini. Sesuatu bangsa tidak akan maju dengan
menggunakan bahasa yang tidak bermutu, bahasa rojak, bahasa
yang bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris, bahasa 'kedai
kopi', bahasa pasar. Jika mereka hendak menggunakan bahasa
Inggeris secara yang berfaedah kepada bangsa Melayu, maka
mereka hendaklah menguasai bahasa Inggeris di peringkat tinggi,
tidak bahasa 'Inggeris kacukan', yang hanya layak digunakan oleh
bangsa yang tidak maju, bangsa yang hanya meniru-niru budaya
orang lain.
5. Jika orang Melayu sendiri tidak maju dalam negara ini, bagaimana
orang lain akan tertarik untuk menggunakan bahasa Melayu
sebagai alat kemajuan di negara ini? Bangsa Melayu akan maju
apabila bangsa Melayu maju melalui bahasanya. Orang Melayu
mesti menunjukkan keupayaannya untuk mencipta kemajuan
dalam semua bidang dalam bahasa Melayu. Kepustakaan ilmu
dalam bahasa Melayu hendaklah diperbanyak. Usaha untuk
mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu perlu
dijadikan projek besar-besaran di negara ini, sepertimana di negara
Jepun berjaya menterjemah sesebuah karya ilmu yang diterbitkan
di barat dan seluruh dunia dalam masa sebulan setelah karya asal
itu diterbitkan. Dengan cara ini martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa kemajuan dapat diyakini oleh semua pihak. Pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara perlu
menggunakan 'wang rakyat' ini sebaik-baiknya (menterjemahkan
sekian banyak karya ilmu daripada berbagai bahasa) untuk
kepentingan rakyat.
Lenyap bahasa lenyaplah bangsa. Bangsa Melayu kekal kerana kita
menggunakan bahasa kita sebagai alat pembinaan tamadun
sepanjang sejarah di rantau ini. Hari ini, bahasa Melayu (termasuk

147
Mengapa Kami Bantah!

bahasa Indonesia) merupakan bahasa kelima terbesar di dunia


sejumlah kira-kira 280 juta penuturnya. Janganlah kita biarkan
bahasa yang sudah maju dan penting ini dimusnahkan melalui
dasar-dasar bahasa yang salah atau oleh kerakusan sesuatu pihak
yang akhirnya melupuskan bahasa dan bangsa Melayu.
6. Kita amat sedih apabila mendapati anak bangsa kita menganggur
di negaranya sendiri disebabkan kelemahan bahasa Inggeris -
bangsa yang pernah menjajah negara kita, yang menyingkirkan
peluang pekerjaan bangsa kita dahulu - kini berulang kembali
dalam zaman pemerintahan kita sendiri.
Negara-negara maju dalam dunia seperti Jepun, Korea, Perancis,
Jerman, Russia, Itali hatta negara-negara jiran seperti Thailand dan
Indonesia, mewajibkan pelabur luar mempelajari dan meng-
gunakan bahasa ibunda mereka, maka bererti tidaklah berlaku
'penganggur bahasa' di negara-negara tersebut.
Oleh itu kita amat berharap agar negara kita juga berbuat begitu -
mengambil contoh negara-negara tersebut - demi memberi
peluang kepada anak-anak negara kita mendapat pekerjaan di
sektor-sektor swasta termasuk pelabur luar yang kebanyakannya
terdiri daripada pelabur dari negara-negara yang tidak meng-
gunakan bahasa Inggeris seperti Jepun, Korea, Jerman, Arab, Itali
dan sebagainya.
Kita berharap kepada pemimpin kita terutama orang Melayu yang
kini masih berkuasa dalam politik akan memberi peluang dan
pembelaan kepada anak-anak bangsa kita terutama anak-anak
Melayu yang mempunyai kelulusan dalam bidang/ilmu masing-
masing untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta itu,
ertinya tidaklah menjadi 'penganggur bahasa' atau 'pengemis
bahasa' di negaranya sendiri.
7. Kalangan yang berusaha memartabatkan bahasa Melayu atau
mempertahankan dasar bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
kebangsaan sering kali dituduh atau dicap sebagai 'fanatik bahasa
Melayu' atau 'nasionalis bahasa' yang kolot. Mereka dikatakan anti
bahasa Inggeris atau tidak mahu bangsa Melayu 'maju'. Bagi
mereka, kemajuan sesuatu bangsa hanya boleh dicapai melalui
bahasa Inggeris. Malangnya, tuduhan ini dibuat oleh orang
Melayu sendiri, termasuk beberapa orang pemimpin Melayu yang
dipilih oleh orang-orang Melayu - bukan bangsa lain. Jawapan
terhadap tuduhan ini seperti berikut:
a. Orang Melayu yang memperjuangkan kedudukan bahasa
Melayu tidak pernah anti-bahasa Inggeris. Kebanyakan
mereka menguasai bahasa Inggeris di peringkat tinggi, tidak
bahasa Inggeris 'kedai kopi' (sayangnya mereka bukan ahli

148
Resolusi Seminar Agenda Melayu

politik). Mereka sebenarnya berusaha mempertahankan


dasar itu semenjak mutakhir lagi. Salahkah usaha mereka
itu?
b. Bangsa Melayu tidak pernah menentang bahasa Inggeris,
malah UMNO sendiri yang didukung oleh orang Melayu,
menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak
1956 supaya bahasa Inggeris diajarkan sebagai bahasa kedua
yang wajib di sekolah kebangsaan (Sekolah Melayu sebelum
kemerdekaan).
c. Nasionalis bahasa ada pada semua bangsa di dunia ini,
bererti mereka mempunyai kesedaran yang kuat terhadap
pentingnya bahasa mereka sebagai alat budaya mereka.
Dalam bahasa Arab dikatakan ilmu mantiq iaitu logik
bahasa. Setiap individu atau kanak-kanak bercakap atau
bertutur mengikut pemikiran bahasa ibundanya, jika bahasa
lain tentulah mengelirukan terutama kanak-kanak sendiri.
Sementara itu bangsa Cina pula mempunyai pepatah yang
mengatakan 'Kalau sesuatu bangsa menghina bahasanya
sendiri, tunggulah penghinaan itu dari seluruh dunia',
kerana itulah bahasa mereka kekal di mana-mana sahaja.
Hanya bangsa yang dijajah sahaja yang tidak mempunyai
kesedaran ini, biasanya mereka tidak maju. Jadi nasionalis
bahasa atau 'language nationalism' bukan istilah kotor dan
tidak sama dengan 'fanatik bahasa' atau 'pengganas
bahasa'.
d. Nasionalisme bahasa hendaklah dibezakan dengan
‘imperialisme bahasa’. Imperialisme bahasa bererti
penjajahan yang menggunakan bahasa sebagai alatnya – alat
untuk menyekat sesuatu bangsa untuk maju dalam
bahasanya sendiri. Barangkali, orang yang tidak berhenti-
henti memuja bahasa Inggeris sebagai ‘alat kemajuan’
manusia tidak sedar bahawa mereka menjadi mangsa
penjajahan bahasa Inggeris atau merekalah ‘fanatik bahasa
Inggeris’ atau ‘pengganas bahasa Melayu’.
8. Mengetahui atau menguasai bahasa asing, misalnya bahasa
Inggeris, berguna kepada bangsa Melayu bukan kerana bahasa itu
lebih penting daripada bahasa kita sebagai bahasa untuk kemajuan
kita, atau sebagai bahasa pemikiran atau bahasa pembangunan
kita, tetapi kerana bahasa asing itu dapat digunakan untuk tujuan-
tujuan tertentu. Apabila kita mempelajari bahasa Inggeris
tujuannya bukanlah untuk menggantikan bahasa sendiri sebagai
alat budaya, alat pemikiran dan alat pembinaan tamadun bangsa
sendiri, tetapi hanya untuk mencapai tujuan tertentu - itu pun

149
Mengapa Kami Bantah!

jikalau tujuan itu perlu untuk kita - untuk tujuan berdagang atau
berniaga dengan orang Inggeris di negara mereka, atau untuk
tujuan diplomasi atau untuk memperolehi ilmu (melalui buku
dalam bahasa Inggeris).
Tidak perlu semua rakyat Melayu perlu mengetahui bahasa asing
untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut. Tetapi apabila kita
menyeru bangsa Melayu supaya menguasai bahasa Inggeris, kita
seolah-olah mahukan semua orang Melayu menguasai bahasa ini.
Apa perlunya petani Melayu, pekedai Melayu, bahkan pegawai
Melayu menguasai bahasa ini? Jikalau orang Melayu hendak
menjadi diplomat di negeri Arab, Perancis, Jerman, Jepun atau
China, sepatutnya mereka yang dilantik itu menguasai bahasa
Arab, Perancis, Jerman, atau China, kerana mengetahui bahasa
Inggeris sahaja tidak cukup di negara-negara tersebut.
9. Apabila kita menggantikan bahasa kita sendiri dengan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah,
bererti kita melakukan suatu kesalahan yang besar, iaitu menyekat
kebebasan atau peluang orang Melayu menguasai bidang sains
dan matematik dalam bahasa sendiri, seolah-olah kita memaksa
petani Melayu menanam gandum menggantikan padi. Dulu
penjajah Inggeris yang memaksa dasar ini kepada kita. Sekarang,
nampaknya bangsa kita sendiri sudah mengamalkan dasar yang
sama.
Kalau niat kita untuk memajukan bangsa kita, maka caranya
bukan dengan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa asing
sebagai alat kemajuan itu. Kita tahu, semasa bahasa Melayu tidak
dijadikan alat kemajuan bangsa Melayu pada zaman British
dahulu, tidak ada seorang pun anak Melayu yang menjadi ahli
sains atau pakar dalam bidang-bidang lain melalui pendidikan
dalam bahasa Melayu. Tetapi, apabila bahasa Melayu digunakan
sebagai alat untuk mengajar sains dan matematik, ternyata ribuan
orang Melayu berjaya menjadi sarjana, pakar dan ahli profesional
dalam pelbagai bidang ilmu sains, perubatan, akauntan, ke-
juruteraan dan lain-lain melalui pendidikan dalam bahasa Melayu.
Dan, jika dasar pendidikan ini diteruskan berkemungkinan besar
anak-anak bangsa kita sudah tidak boleh menggunakan istilah
sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Mereka sudah tidak
dapat membilang, mengira dengan menggunakan bahasa Melayu,
tidak seperti bangsa Cina yang tetap mempertahankan pelajaran
tersebut diajar dalam bahasa Cina. Setelah itu bagaimana akan
berlaku budaya pemikiran anak-anak kita, Melayu atau Inggeris?
Jika dikatakan belanja beratus juta telah dikeluarkan untuk projek
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bagaimana dengan
sekian banyak belanja yang telah dikeluarkan dahulu untuk

150
Resolusi Seminar Agenda Melayu

matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu hingga


ke universiti? Apakah patut dikorbankan begitu sahaja?
10. Semua bangsa yang maju di dunia menggunakan bahasa masing-
masing sebagai alat utama kemajuan mereka. Mereka belajar
bahasa lain, misalnya bahasa Inggeris untuk tujuan tambahan.
Tetapi apabila mereka memajukan bangsa mereka di dalam negara
sendiri, alat pembangunan yang mereka gunakan dan utamakan
ialah bahasa sendiri. Mereka tidak akan berbual-bual biasa sesama
bangsa sendiri dalam bahasa asing, tidak seperti bangsa kita
sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa bangsa kita mengalami
masalah kemajuan: Kita tidak pandai lagi berfikir dalam bahasa
sendiri.
Apabila kita menggunakan bahasa asing, kita tidak tahu apakah
faedahnya kepada pembangunan bangsa Melayu seluruhnya,
bukan hanya pembangunan fizikal atau materialistik tetapi lebih
penting lagi pembangunan budaya, moral, sosial, akhlak dan
rohaniah. Jadi, cabaran bahasa Inggeris terhadap taraf bahasa
Melayu dalam bidang pembangunan negara atau sebagai bahasa
ilmu dalam negara ini bukan cabaran bahasa (linguistik) tetapi
cabaran budaya. Kerana itu bahasa kita tetap perlu digunakan
sebagai alat untuk membina pemikiran dan kreativiti bangsa
sendiri, di samping sebagai unsur utama 'jati diri', 'identiti' dan
'maruah' bangsa. Kita tidak akan menjadi bangsa yang kreatif
dengan hanya mengambil, meniru atau mengimport ilmu dan
teknologi orang lain dengan menggunakan bahasa mereka.
11. Kami amat berharap pada dekad ini, pemimpin negara hendaknya
tidaklah merosakan bahasa Melayu jika dibanding dengan
pemimpin negara kita masa lalu, terutama Allahyarham Tun Abd.
Razak, beliaulah yang menyemarakkan bahasa Melayu, pen-
didikan Melayu dan ekonomi orang-orang Melayu. Adalah
diharapkan, pemimpin Melayu masa kini, berusahalah meng-
gunakan kuasa yang ada, sepertimana pemimpin UMNO yang
lalu, menggunakan kuasa memartabatkan bangsa Melayu. Jika
peluang ini tidak dilakukan sekarang - sementara kita mempunyai
kuasa - berkemungkinan besar peluang itu akan diambil-alih oleh
kalangan bukan Melayu. 'Suqiu' yang mendukung MCA dengan
144 usulnya, berjaya memperjuangkan sekian banyak kepentingan
bangsa Cina, mengapa kita sebagai bangsa sejati negara ini tidak
berusaha memperjuangkan kepentingan bangsa kita sendiri? Jika
kita terlalu banyak bertolak-ansur, kesannya bangsa kitalah yang
rugi.
Tidak semua perubahan yang drastik itu mencapai kemajuan
kepada bangsa Melayu kerana sesungguhnya bangsa Melayu
masih tidak mampu menerima perubahan yang drastik, sebaik-

151
Mengapa Kami Bantah!

baiknya lakukanlah secara sederhana agar segala perubahan itu


dapat diterima dan diikuti oleh bangsa kita, jika tidak kalangan
yang lain mengaut faedahnya.
12. Jika sepuluh atau dua puluh tahun yang akan datang bahasa
Melayu telah lenyap - jika dasar ini diteruskan - menepati
peribahasa "Lenyap bahasa lenyaplah bangsa", sebagai sumber
sejarah seperti bangsa Yunani atau kejatuhan kerajaan Melayu
Melaka dahulu. Generasi muda ketika itu tertanya-tanya tidak
adakah pihak yang berusaha membela nasib bahasa Melayu,
apabila kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris
seluas-luasnya di negara ini, maka sebagai bukti pada 21 Mei 2005,
Seminar 'Agenda Melayu', diadakan di Taman Budaya Negeri
Perlis, anjuran Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS)
dihadiri juga wakil-wakil dari Pertubuhan Melayu Bersatu Negeri
Kedah (PEMIKAD) dan Persatuan Melayu Negeri Pulau Pinang
(PEMENANG) - kamilah pembelanya - rumusan ini dikirimkan
kepada kerajaan Malaysia yang masih mengakui dan meng-
amalkan dasar demokrasi.

RESOLUSI CERAMAH KEDUA


Politik Orang Melayu dan Cabaran Masa Kini oleh Y. Bhg. Dato
Sabudin bin Hassan
Pengerusi: Y. Bhg. Prof. Madya Zulkifli bin Abidin

Seminar berpendapat bahawa:


1. Untuk kemajuan bangsa Melayu pihak kerajaan hendaklah
menggerakkan penerangan semua peringkat masyarakat, terutama
masyarakat luar bandar iaitu para pemimpin terutama pemimpin
Melayu 'turun ke padang' untuk memberi motivasi terutama
bangsa Melayu kita tentang peluang-peluang yang disediakan oleh
kerajaan seperti perniagaan, pendidikan, kesihatan, sosial,
kebudayaan dan sebagainya - sepertimana yang dilakukan oleh
para pemimpin Melayu sebelum kemerdekaan dahulu, mereka
berjalan kaki, ber-basikal, berperahu ke kampung-kampung
memberi penerangan apa itu kemerdekaan dan peluang-peluang
kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat Melayu kita.
Pemimpin negara iaitu pemimpin tertinggi UMNO amat
mengharapkan orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO
tidaklah semata-mata kerana ingin mendapat ‘kontrek’ atau

152
Resolusi Seminar Agenda Melayu

memenuhi perjuangan untuk kepentingan diri sendiri – suatu


saranan yang sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh bangsa
kita terutama ahli-ahli UMNO sendiri.
Di samping itu, kita mengharapkan pemimpin Melayu juga akan
berusaha sedaya-upaya untuk mengubah ‘minda Melayu’ ke arah
yang lebih dinamis. Kalangan politik dan badan-badan sukarela
(NGO) Melayu patut sama-sama berbincang untuk mengubah
‘minda Melayu’, tentang kepentingan bahasa Melayu, ekonomi,
sosial, pendidikan dan kebudayaan, sepertimana perjuangan ahli-
ahli UMNO dan orang-orang Melayu dalam era kepimpinan
allahyarham Tun Abd. Razak dahulu.
2. Pihak kerajaan hendaklah mengkaji semula dasar kemasukan
pekerja asing - tidak semua jenis pekerjaan dibenarkan kepada
pekerja asing. Peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dan layak
dilakukan oleh orang Melayu, terutama anak-anak muda Melayu
hendaklah digalakkan mereka menceburinya. Pihak kerajaan,
terutama pemimpin Melayu berusahalah menyedarkan mereka
bahawa kehidupan sekarang memerlukan 'pengorbanan', ertinya
tidak semua pekerjaan yang baik dan mendapat keuntungan atau
pendapatan yang besar dalam sektor awam; dalam sektor swasta,
atau mengendalikan pekerjaan sendiri lebih menguntungkan
seperti yang dilakukan oleh golongan bukan Melayu di negara
kita sekarang.
3. Pihak kerajaan hendaklah membuka peluang pekerjaan/aktiviti
ekonomi kepada graduan Melayu untuk mendapat tapak
memulakan kerjaya:
a. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri hendaklah
berusaha menyediakan formula bagaimana graduan Melayu
menceburkan diri dalam ekonomi negara. Kursus, pe-
nerangan, seminar wajar sekali dilakukan dari masa ke
semasa agar mereka terbuka minda apakah aktiviti
pekerjaan yang dapat mereka lakukan.
b. Pihak institusi pengajian tinggi sewajarnya sudah mendidik
mereka bagaimana memulakan sesuatu pekerjaan setelah
mereka keluar daripada setiap institusi tersebut, seperti-
mana yang dilakukan oleh institusi negara Jepun, setiap
graduan sudah ditempah untuk memenuhi pekerjaan dalam
sektor swasta mereka. Kita juga tentu dapat berbuat begitu.
c. Sektor swasta negara ini semestinya memberi peluang yang
sama rata kepada graduan negara ini, sama ada sektor
swasta dalam negeri dan yang melabur dalam negara ini.
Keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yang
disyaratkan sekarang hendaklah dihapuskan. Jika negara-

153
Mengapa Kami Bantah!

negara maju berkehendakkan setiap sektor swasta yang


melabur di negara mereka, mesti menggunakan bahasa
negara mereka seperti Jepun, Jerman, Perancis, Rusia dan
Korea; negara kita juga sepatutnya berbuat demikian. Sebab
itulah bahasa Melayu mesti dimartabatkan. Tidak
sepatutnya bangsa Melayu berdagang di negaranya sendiri.
d. Pihak kerajaan hendaklah memberi kesedaran kepada
semua sektor swasta sama ada di dalam dan dari luar
negara, memahami hakikat sebenarnya yang terdapat dalam
negara ini. Maksudnya, negara ini terdiri berbagai ke-
turunan, kerana itu perkembangan ekonomi hendaklah
dikongsi bersama. Jika terdapat mana-mana golongan yang
lemah dalam lapangan ekonomi ini berkemungkinan pula
akan berlaku pertikaian atau permusuhan suatu ketika nanti
- akan timbul perasaan tidak puas hati. Untuk membendung
keadaan tersebut berlaku, pihak-pihak tersebut hendaklah
menyedari hakikat ini dan kerajaan kita hendaklah
berusaha lebih awal membendunginya.
4. Pihak kerajaan hendaklah mengkaji semula kurikulum sekolah di
Malaysia, terutama pelajaran sejarah dan penggunaan bahasa
Melayu agar menimbulkan keinsafan kepada generasi muda
(menurut urutan sejarah, jatuh bangunnya bangsa Melayu):
a. Negara-negara maju seperti China begitu memberi
perhatian tentang sejarah negara mereka, kerana itulah
mereka membantah apabila Jepun menulis semula tentang
sejarah negaranya. Negara kita juga perlu mengkaji dan
menulis semula sejarah sebenar perjuangan bangsa kita
terutama ketika menuntut kemerdekaan, menurut sejarah,
bangsa Melayulah yang mula-mula berjuang menuntut
kemerdekaan; sejarah awal negara kita ketika dalam zaman
penjajahan Inggeris sehingga sekian ramai bangsa asing
membanjiri negara ini, sehingga menimbulkan desakan
kepada bangsa kita sendiri.
b. Penggunaan bahasa Melayu mesti ditegaskan dalam
kurikulum sekolah di negara kita sekarang. Melalui bahasa
Melayu inilah akan menimbulkan kesedaran tentang
martabat bangsa dan unsur perpaduan negara kita. Kita
bimbang, setelah ditukar bahasa Melayu kepada bahasa
Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik, unsur-
unsur perpaduan negara akan terjejas dan jati diri dan
tamadun bangsa Melayu terutama unsur-unsur budaya juga
turut terjejas - sekian banyak pengaruh barat akan meresapi

154
Resolusi Seminar Agenda Melayu

jiwa anak-anak bangsa kita sepertimana yang berlaku


sekarang.
5. Pihak kerajaan juga diminta supaya tidak membenarkan kalangan
bukan-Melayu mempertikaikan isu-isu hak Melayu dalam
perlembagaan - pemimpin Melayu seharusnya menepis segala
manipulasi dan ancaman golongan ekstremis bukan-Melayu:
a. 'Suqiu' begitu berdegar-degar menentang perlembagaan
negara sebagai buktinya mereka menentang 'Hak istimewa
orang-orang Melayu'. Bukankah negara ini negara kita? Kita
amat berhak mendapat keistimewaan itu seperti negara
China atau Jepun atau Thailand, rakyat mereka berhak
mendapat segala macam hak keistimewaannya. Kerana itu
kita juga berhak mempertahankan 'hak' tersebut.
b. Mempertikaikan isu-isu dalam perlembagaan bererti
'menentang perlembagaan' sedangkan perlembagaan itu
digubal dan dipersetujui oleh semua kaum di negara ini.
Kita bimbang jika dibiarkan isu-isu sensitif ini terus
dibangkitkan suatu ketika nanti orang-orang Melayu akan
bangkit menentang habis-habisan, ketika itu akan berlaku
permusuhan kaum di negara kita. Kami berharap, sebelum
berlaku perkara tersebut, pemimpin kita wajar sekali
'menahan' dan tidak membenarkan isu-isu sensitif ini
dipertikaikan.
c. Pihak kerajaan hendaklah dari masa ke semasa berusaha
memberi kesedaran kepada golongan bukan-Melayu
tentang erti dan maksud perlembagaan negara kita se-
benarnya, terutama isu-isu sensitif. Usaha dan keberanian
perlu ada dalam kerajaan kita agar semua rakyat memahami
sebenarnya hakikat yang tersirat dalam perlembagaan
negara. Berusahalah 'sebelum nasi menjadi bubur'.

JAWATANKUASA RESOLUSI:
1. Encik Mohd. Zain bin Hamzah (Pengerusi)
2. Encik Desa bin Yaakob (Setiausaha)
3. Encik Rejab bin Ismail
4. Encik Busu bin Ibrahim
5. Prof. Madya Zulkifli bin Abidin.

155

You might also like