Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam

Ratings: (0)|Views: 824 |Likes:
Published by juewairiah

More info:

Published by: juewairiah on Feb 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

 
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAANALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIFISLAM
Definisi alam sekitar
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment”membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannyaberdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar”adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepadafenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatuorganisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkaitdengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
 Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografitentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikalalam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktivitimanusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskanalam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang bolehmempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisiyang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbataskepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yangberteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)
Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alamsekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harusbersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.
 
Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesandaripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnyakebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan keatas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagimengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.
Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagigagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, inidisebabkan gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagai salah satufaktor penyumbang kegagalan tersebut.
KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid ataukefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan.Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia,alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialahmenyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993)
Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alamsekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya,alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawaalam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialahperlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam inimerupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dankekuasaan Allah.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitarkerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akankembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai
 
hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membinapertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian denganfirman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itumemikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itupada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkanantara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup?maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’, 30)
Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk jugasemua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yangbermaksud: “Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dariair; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dansebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagiberjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang iakehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah MahaKuasa atas tiap-tiap sesuatu” (an-Nur, 45)
Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentanghubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubunganmanusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antarasatu sama lain. Malah ada ulama’ yang mengatakan bahawa jasad manusiadijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yangdidapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973). Denganini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusiadihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi.
PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusiatidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kitalihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia sepertipembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirmanyang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tanganmanusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan merekasebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telahlakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
sofyanshah liked this
Aishiteru Sha liked this
Kirana Nadia liked this
najwanhayati liked this
nadsyahirah liked this
Hafizudeen Udeen liked this
vespiee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->