Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
BAB 1PENDAHULUAN1.1PENGENALAN
“Penaksiran Kerja Amali” (PEKA) merupakan satu pendekatan baru yang digubal olehkementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di sekolah. PEKA digubal adalah bertujuan untuk menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran sains seperti Biologi, Fizik danKimia (perkataan sains selepas ini adalah merujuk kepada mata pelajaran sains tulin iaituBiologi, Fizik dan Kimia). Ini kerana penaksiran mata pelajaran sains semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1993hinggalah tahun 1998 dijalankan dalam tiga kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.Kebolehan pelajar mengingati semula pengetahuan, mempersembahkankefahaman dan mengaplikasikan pengetahuan diukur menerusi Kertas 1 danKertas 2.Manakala kebolehan pelajar menguasai kemahiran saintifik, iaitu kemahiran proses sains,diukur menerusi Kertas 3. Oleh itu kemahiran manipulatif saintifik dan juga kemahirannilai murni masih lagi tidak dapat diukur menerusi mana-mana Kertas. Dari ituKementerian Pendidikan Malaysia telah memansuhkan peperiksaan amali iaitu Kertas 3dan menggantikannya dengan PEKA dengan tujuan untuk mempertingkatkankeberkesanan pentaksiran prestasi mata pelajaran sains di peringkat SPM. Ianya mula berkuatkuasa menggantikan Ujian Amali Sains pada tahun 1999. Ini menunjukkan bahawa perlaksanaan PEKA sains ini merupakan satu kaedah yang baru sahajaditerapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM)(1999), PEKA sains adalah merujuk kepada mata pelajaran utama sains iaitu Biologi,Fizik, dan Kimia dimana setiap mata pelajaran mempunyai PEKA tersendiri. PEKA ialah1
 
instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan RujukanKriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti.Instrumen pentaksiran dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yangdigunakan dalam menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses pendidikan (LembagaPeperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).Ujian Rujukan Kriteria ialah satu pendekatan penaksiran di mana prestasi pelajar ditaksir berdasarkan kriteria yang telah di tentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan tidak dibanding dengan prestasi pelajar lain (Kementerian Pendidikan Malaysia, !999).Penjaminan kualiti pula merujuk kepada tindakan yang terancang dan tersusun yang perludilaksanakan bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang akandilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan. Produk dalam konteks ini ialahindividu yang telah melalui satu proses pendidikan manakala kualitinya ialah ciri-ciriindividu yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.PEKA sains merupakan sistem penaksiran yang dilaksanakan (dirancang, ditadbir,diskor, dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan.Dimana penaksiran yang dilakukan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip penaksiran.Prinsip-prinsip penaksiran yang digunakan di dalam PEKA ialah1.Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tersebuttelah mengikuti proses pembelajaran.2.Pelajar hendaklah diberitahu terlebih dahulu apa yang hendak ditaksir terhadapdirinya.3.Pelajar bersedia untuk ditaksir.Dalam pemeratian guru penaksir dan laporan amali yang dibuat oleh pelajar, guru penaksir boleh mencari petunjuk-petunjuk prestasi bagi membuktikan penguasaanpelajar terhadap sesuatu kriteria. Tahap penguaaan sesuatu aspek adalah berdasarkan kriteria-2
 
kriteria yang ditetapkan. Kriteria-kriteria merupakan penyataan yang menunjukkan satuaras minimum yang mesti dikuasai oleh pelajar. Dapatan daripada PEKA akan diambilkira dalam pemberian gred bagi mata pelajaran yang berkenaan. Selain daripada itudapatan PEKA digunakan oleh guru untuk mengesan penguasaan dan pencapaian pelajar dalam elemen yang diukur. Disamping itu PEKA juga digunakan untuk mengetahuikeberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengambil tindakansusulan untuk mengatasi kelemahan tersebut.Berikut adalah penjelasan mengenai perlaksanaan PEKA sains yang dibuat olehLPKPM pada tahun 1999 dalam panduan peka yang dipetik secara umum oleh penyelidik dari ketiga-tiga panduan PEKA iaitu Panduan PEKA Biologi, Panduan PEKA Fizik danPanduan PEKA Kimia. Secara umumnya penyelidik dapat merumuskan bahawa PEKA:
Dirancang
di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:Pelajar yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan penaksiran, siapayang terlibat dalam penaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen penaksiran, pembinaan skema penskoran dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepadaPanduan PEKA yang telah disediakan bagi setiap mata pelajaran sains.
Ditadbir
di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran yang akan diorganisasi dan dilaksanakan oleh mereka yang terlibatsecara langsung dalam pembelajaran seseorang pelajar.
Diskor
di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor secarakuantitatif kepada apa yang ditaksir berdasarkan skema penskoran yang dibinaoleh guru. Penskoran boleh dibuat oleh pelbagai pentaksir. Walau bagaimanapunguru adalah orang yang akan merumuskan skor. Ini adalah kerana penglibatansecara langsung antara guru dengan pelajar. Pelbagai maklumat boleh didapatidaripada pelbagai pentaksir seperti guru, pelajar itu sendiri, rakan sepembelajaran,ibu bapa pelajar dan pentaksir lain.3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more