Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysiamenghadapi cabaran dan tekanan besardalam mendepani persaingan abad ke-21ini. Persaingan daripada negara-negara lainmenuntut kita melakukan satu anjakan besaruntuk melangkah ke peringkat pembangunanseterusnya dan mencapai Wawasan 2020.Walau bagaimanapun, cita-cita negara tidakakan tercapai hanya dengan meningkatkaninrastruktur atau menambah bilangansumber tenaga murah. Sebaliknya, pencapaianmatlamat ini memerlukan satu peningkatantahap produktiviti dan daya saing negara.Anjakan ini juga memerlukan pembangunanmodal insan dari segi keupayaan dan intelek.Justeru itu, Misi Nasional dan RancanganMalaysia Kesembilan telah menetapkan“pembangunan modal insan berminda kelaspertama” sebagai salah satu daripada limateras utama ke arah mencapai Wawasan2020.Sesungguhnya, kejayaan agendapembangunan modal insan amat bergantungkepada kualiti sistem pendidikan negara.Selaras dengan itu, salah satu agenda penting Kerajaan adalah untuk membangunkan satusistem pendidikan bertara dunia. Sistem yang saya maksudkan tidak hanya tertumpu kepadapembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran, yang mampu bersaing dipasaran kerja global semata-mata. Sistem tersebut juga perlu membangunkan modal insanyang bersiat menyeluruh, progresi, bermoral dan beretika tinggi. Memandangkan Malaysiaadalah sebuah negara majmuk, sistem pendidikan tersebut juga perlu mampu membangunkanmasyarakat bersatu padu dan bertoleransi.Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Pelajaran kerana telah berjayamenterjemahkan visi ini ke dalam satu pelan untuk dilaksanakan. Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006-2010 menekankan enam teras strategik serta satu pelan tindakan pendidikanyang komprehensi dan bersepadu. Saya yakin Pelan Induk ini akan dapat memberi garispanduan yang lebih jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktivitipendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.Sesungguhnya, pihak Kementerian mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalammemastikan generasi muda negara akan menjadi modal insan yang berwibawa, berpengetahuan,berkemahiran dan berketerampilan. Namun, tanggungjawab untuk membentuk generasimuda adalah tanggungjawab kita semua. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar semuapihak akan memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan agenda pendidikan negaraakan terlaksana.Bersama-samalah kita berusaha menjana modal insan kelas pertama demi membina negarayang cemerlang, gemilang dan terbilang.
DATUK SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI
KATA ALU-ALUAN
Perdana Menteri Malaysia