semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tanganselepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8.
Tepati waktu belajarPelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan olehpihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorangyang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9.
Dapatkan bantuan guruPelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.
10.
Hormati guruPelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guruadalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yangmemberikan kita ilmu.
11.
Bersoal jawab dengan guruPelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernamaSocrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal- jawab'.
12.
Beri pandangan membinaPelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiranpelajar.
13.
Berbncang dengan rakanPelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14.
Siapkan tugasan yang diberiPelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru samaada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan olehguru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkantugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15.
Tubuhkan kumpulan studiPelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group)bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16.
Sering masuk perpustakaanPelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu.