Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
72Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Ratings:

4.86

(29)
|Views: 8,844 |Likes:
Published by Nordin Yunus
Modal Insan yang perlu kita jaga bagi membentuk seorang Insan yang akan menjadi pemimpin...
Modal Insan yang perlu kita jaga bagi membentuk seorang Insan yang akan menjadi pemimpin...

More info:

Published by: Nordin Yunus on Apr 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2013

pdf

text

original

 
Muka 1 drp 10
KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Oleh:Ghafani bin Awang Teh 
 
KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Oleh:Ghafani bin Awang Teh 
Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah merujuk kepada perbuatan dan aktiviti remajayang berlawanan dengan norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama, sepertimencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada keduaibu bapa dan seumpamanya. Perbuatan remaja dikatakan nakal kerana remaja dianggap belummatang, belum dewasa dan perbuatan jenayah yang mereka lakukan tidak dikenakan hukumanberat. Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka ialah remaja itu ditempatkan di pusat-pusatpemulihan akhlak dan diberi pendidikan khas. Ahli-ahli sains sosial berbeza-beza pendapattentang had umur remaja. Ada yang mengatakan alam remaja di antara 10 – 18 tahun atau 13tahun – 12 tahun. Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baikdan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketikainilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yangwajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semuasuruhan agama dan menjauhkan segala larangannya. Lingkungan baligh ialahmencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dankanak-kanak perempuan pula telah keluar haid dalam tempuh umur antara 9hingga 15 tahun. TEORI TABIAT MANUSIA Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teoribagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia. Corey (1986) menyatakan beberapa teoripenting yang menjelaskan tentang tabiat itu ialah:
Pertama:
 
Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Frued 
. Teori ini menyatakan tabiatmanusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasaagresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survivalperkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta(tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapatdiselesaikanpada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.
Kedua:
 
Teori Analisis Transaksi: 
Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasildaripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan merakamkansecara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepadamereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama ataumenerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruhpersekitaran.
Ketiga:
 
Teori Behaviorisma: 
Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasildaripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalahapabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiriyang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran.
Keempat:
 
Teori Pemusatan Klien: 
Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Walaubagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluanmencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan danseumpamanya.Kita dapati bahawa pandangan teori kaunseling barat tentang tabiat manusiaadalah sebahagian dari pandangan Islam. Mereka mengkaji tabiat manusia dariaspek luaran sahaja dengan merujuk kepada faktor persekitaran, prosespembahagian, kemahiran keibubapaan dan keperluan jasmani. Keadaan iniberlaku kerana mereka tidak dibimbing oleh al-Quran dan kajian itu dibuatberdasarkan latarbelakang kehidupan masyarakat di barat. Sebagai contoh, walaupun pendapatFrued dikritik hebat tentang tabiat manusia, tetapi teorinya adalah berkaitan dengan perasaan
 
Muka 2 drp 10
KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Oleh:Ghafani bin Awang Teh 
 
nafsu Ammarah yang mewakili unsur kehaiwanan atau keperluan jasmani manusia.Dari segi pendekatan Islam, Muhammad al-Jiasi (1976) menyatakan: terdapat empat peringkatnafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:a. Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagimereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.
b.
 
Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilaitabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yangpositif.
c.
 
Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan sertamerasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
d.
 
Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu iniberusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu nalurikehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antaradua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia. Seorang ahli falsafah akhlak Islam, IbnuMaskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tigaperingkat tabiat manusia.a. Manusia yang baik tabiatnya. Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadimanusia yang jahat;
b.
 
Manusia yang jahat tabiatnya. Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik keranamemang pembawaannya sudah jahat; dan
 c.
 
Manusia yang berada dipertengahan tabiatnya. Golongan ini boleh berubah menjadi baikatau jahat bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.
 
Konsep Diri Remaja Kadangkala ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan membiarkananak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakanyang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa masa remaja ialahmasa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa.Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yangpenting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atausiapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985)menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada akhir masa remaja ialah:a. Perubahan pada fizikal Bagi anak lelaki didapati mengalami perubahan jelas pada jasmani di mana anggota badan kelihatan mula gempal, sasar, dan tegap. Manakala sigadis pula mula menampakkan sifat-sifat kewanitaannya seperti datang haid, buah dadamembesar, pinggang mula ramping dan punggung melebar. Apabila sampai padaperingkat akhir remaja simbol-simbol daya tarikan seks mula kelihatan dan diiringi jugarangsangan seksual yang mula meningkat.
b.
 
Perubahan Emosi dan Fikiran Di peringkat remaja, perasaan dan fikiran anak lelakisetabil kerana mereka tidak lagi kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak skrip hiduphariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara
 
Muka 3 drp 10
KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Oleh:Ghafani bin Awang Teh 
 
spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alamremaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa,mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orangdewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkankegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untukmengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkankonflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian,berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagaiperkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Orang yang dikagumiyang akan dicontohi kemungkinan terdiri dari penyanyi popular, pelakon popular,pelawak, tokoh ulamak, tokoh politik, ahli sukan atau sebagainya. Ini bergantung kepadapendedahan dan pengajaran yang diterima oleh remaja itu.
c.
 
Narcisma - Narcisma adalah merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untukmendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cintadan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga. Apabila anak itumencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasakesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada peralihan masa untukberdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai. Narcisma amat kuat wujud padagadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana iamemerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasakesunyian itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukarpasangan di kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibatdengan aktiviti bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya.Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidakmudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan keranaremaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayangmaka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian sepertimenghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis danseumpamanya. Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsadengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif.
 d.
 
Menyertai Kumpulan Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remajamemperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakansosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baruberdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosialyang sama. Adalah perkara biasa kita lihat kelompok remaja mempunyai identiti tertentuseperti menggunakan bahasa yang anih, pakaian yang pelik, tertarik dengan aktiviti yangmencabar dan sebagainya. Penyertaan remaja dalam kelompok sama ada kelompokkecil atau besar adalah tanda perubahan yang sihat dalam pertumbuhan mentalnya.Walaubagaimana pun, jika penyertaan dalam kelompok itu disalahgunakan, maka iaakan mengheret remaja berkenaan dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama danundang-undang negara. Pada masa remaja inilah kita dapati ibu bapa sering mempunyaipendapat yang berbeza dengan pandangan rakan sebaya dalam usaha memberibimbingan dan pendidikan terhadap si anak remaja itu.
 e.
 
Menentang Kekuasaan Orang tua-tua kita selalu mengingatkan bahawa masa remajaadalah masa pancaroba kerana remaja sedang mencari tapak untuk berdikari dan bebasdari kongkongan ibu bapa. Biasanya remaja merasa bahawa kuasa yang ada pada ibubapa, guru-guru dan orang dewasa terlalu kuat yang boleh menghalang pencapaian cita-cita mereka. Perbezaan besar pendapat dan gaya hidup remaja dengan ibu bapa, orangdewasa dan guru akan mencetuskan permusuhan kerana remaja menganggap bantahanitu merendahkan harga diri mereka yang memang telah sedia bergelora. Oleh itu apabilaberlaku perselisihan, remaja akan menjadi rakan sebaya mereka atau mereka bertindak

Activity (72)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ogiph liked this
Alun Widyantari liked this
Wilda Gusni liked this
Hilalan Ramadhan liked this
Ardillah Almaruf liked this
Laevi Ryza liked this
Lieshany Sumarya liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->