Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
26Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
keberkesanan sekolah

keberkesanan sekolah

Ratings: (0)|Views: 4,277|Likes:
Published by beritinempawi

More info:

Published by: beritinempawi on Feb 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/18/2013

pdf

text

original

 
Pengertian Keberkesanan SekolahKajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara khusus mendefinisikankeberkesanan sekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap penting dan digunakanuntuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara keseluruhan, tidak ada konsensus dikalangan pengkaji tentang definisi keberkesanan. Secara umum terdapat dua criteria yangdigunakan, iaitu ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses. Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’, iaitu pencapaian dalamujian piawaian bagi mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United Kingdom, pemboleh ubah proses seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan sko pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan. Selain mengukur keberkesanandari segi kualiti ada juga pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan (equity).Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasiltetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur  berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasaiakademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga,sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi kesaksamaan peluang pendidikan. Mengikut kriteria ini, pada pendapat beliau, bilangan sekolah di AmerikaSyarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit.
 
Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah yang berkesan: (1) menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapailebih daripada median kebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan skor dalam gredyang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagisesuatu kohort, dan (4) pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji telah meluaskandefinisi keberkesanan dengan mengkaji peningkatan yang menjadi nilai tambahan yangdialami oleh murid disebabkan keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan sekolah bukanhanya diukur dari segi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan yang dialami.Mortimore (1991) merumuskan bahawa sekolah yang berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakangmereka. Mengikut Stoll dan Fink (1996) jika ditambah perkataan ‘semua pelajar’ dalamrumusan Mortimore itu, maka konsep nilai tambahan dan kesaksamaan dapat disatukandalam mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dari itu, jelaslah bahawa sekolah yang berkesan itu, berkesan bagi semua pelajar tidak kira latar belakang mereka. Berdasarkandefinisi ini bolehkah kita katakan bahawa sekolah berasrama penuh yang sediamengambil pelajar yang memang berkebolehan itu berkesan berdasarkan prestasi merekadalam peperiksaan umum? Atau bolehkah kita anggap sekolah luar bandar yang telahmenunjukkan peningkatan tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolah berasrama penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah berasrama penuhtidak menunjukkan nilai tambahan dan prestasi pelajarnya hanya apa yang diharapkan,maka sekolah itu belum boleh dianggap berkesan. Sebaliknya jika sekolah kampong itu
 
 boleh menunjukkan nilai tambahan berserta dengan usaha menyamaratakan peluang pendidikan dan pelajarnya mencapai lebih daripada apa yang diharapkan maka sekolahini boleh dianggap sebagai berkesan.Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan:(1) peningkatan dalam skor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahandalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan masauntuk Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti danibubapa, (6) penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan ( 8) sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur keberkesanan sekolahialah kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988;Teddlie dan Stringfield, 1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikankeberkesanan sekolah seperti berikut: (1) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, (2)menggalakkan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang dijangkakan jikadiambil kira latar belakang dan kebolehan asal mereka, (3) memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya, dan (4) menggalakkan (enhance) semuaaspek perkembangan dan pencapaian pelajar.

Activity (26)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Suri Hati liked this
Juhaslinda Junus liked this
Juhaslinda Junus liked this
Suri Hati liked this
nanthini liked this
Serine Lim liked this
Ila Varasi liked this
Nasrun Abd Manaf liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->