Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Ratings: (0)|Views: 675 |Likes:
Published by kuliahnet

More info:

Published by: kuliahnet on Feb 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/26/2011

pdf

text

original

 
BEGIN
WITH THE
END IN
MIND
 APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ? APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ? 
POST SUMMERCAMP 2008 “BUKAN KERNA NAMA” 
 
Cadangan ustaz, elok kita peruntukkan satu malam untuk peserta membuat persembahan.Bukan apa, selain mereka berpeluang untuk ekspresi diri, malam itu juga adalah peluanguntuk semua orang rehatkan kepala,
saya memberikan cadangan semasa sesi muhasabah.Summercamp 08 anjuran IPIJ di Ibaraki kali ini kelihatan semacam ada kekurangannya.Selain daripada tiadanya malam persembahan, program kali ini juga tidak banyak menggunakan alatbantuan teknologi. Tiada klip video yang canggih-canggih, sebagaimana pengajur dan peserta PUISIatau program-program lain yang pernah saya hadir sebagai
trainer 
. Jujurnya, saya memang kagumdengan kreativiti pelajar-pelajar era 2008 ini. Klip video yang mereka hasilkan, cukup hebat bukansahaja dari segi kreativiti idea, malah teknik audio visual yang digunakan juga, mencapai tahap pro-fesional.Penggunaan Youtube©, dan saluran media internet yang lain, menjadi bahan promosi yang digunapakai secara meluas sekarang ini.Tetapi tidak untuk Summercamp 2008.Segalanya serba sederhana.Bagi peminat klip video dan flash yang canggih-canggih, mungkin terasa benar kekurangan kali ini.Kekurangan kerana meraikan era ICT.
DULU-DULU
 
Saya sudah terlibat dalam program seperti ini semenjak sekian lama. Bermula sebagai peserta, hing-galah ‘naik pangkat’ menjadi penceramah atau
trainer 
. Dulu-dulu, program dilaksanakan dalamkeadaan serba dhaif. Serba sederhana.Teringat saya kepada suasana Perhimpunan Musim Sejuk yang banyak dianjurkan di UK dan Ire-land. Program diadakan dengan menyewa sekolah Islam seperti Hijra School di Birmingham, atau jika ada bajet yang mengizinkan, naik sedikit kepada menyewa Pusat Islam Muadz dan yang seum-pama dengannya. Di tempat sebegini, peserta lelaki, umumnya hadir dengan membawa
sleeping bag 
. Tidur di dewan, atau surau, serba dhaif berlantaikan karpet di atas batu keras tanpa tilam.Berbeza dengan beberapa program yang saya sertai lewat beberapa tahun kebelakangan ini. Per-himpunan-perhimpunan pelajar diadakan di lokasi yang lebih selesa. Sesuai dengan kemudahan dihotel atau resort, peserta tidak lagi tidur dengan
sleeping bag 
di dewan solat, tetapi berkatil danpenuh keselesaan.
Diari Kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Penceramah Jemputan Summercamp IPIJ 2008
MANUSIA ITUYANG UTAMA
 
Kemudahan semakin dimanfaatkan.Jika dahulu, penggunaan powerpoint yang asas pun sudah dianggap satu kemajuan, kini penghasi-lan video dan penggunaan flash sudah menjadi seperti perkara biasa dan kemestian.
NOSTALGIA
 
Namun, Summercamp 2008 kali ini mengembalikan nostalgia lama. Tanpa kemudahan yang cang-gih-canggih biar pun di negara maju seperti Jepun, segalanya begitu tradisional.Semua ceramah diadakan di dewan besar yang suatu ketika menjadi tempat latihan samurai. Pend-ingin hawa tidak digunakan. Hanya kipas biasa dan angin suam-suam kuku yang menerjah celahanpintu tradisional SHOJI seperti yang pernah ditonton di dalam rancangan Oshin atau Doraemon.Peserta juga tidak duduk di atas kerusi, sebaliknya hanya bersila di atas lantai beralas tikar bambu.Saya juga memberikan sepenuh ke-bebasan kepada peserta untuk menger-eng, berbaring, bersandar, selagi mana merekaselesa dan dapat memberikan tum-puan kepada pengisian.
Begitu asas.Begitu tradisional.
Peserta lelaki pula tidur di dewanceramah, dengan berselimutkankain nipis sesuai dengan cuacamusim panas di Ibaraki. Berlong-gok sana berlonggok sini, malahuntuk terus tidur, jadi masalahpula. Biar pun lampu sudah di-tutup, mulut masih bercakap-cakap di dalam gelap, mem-bangkitkan kenangan betapaperistiwa sebeginilah yang ban-yak menyumbang kepada ukhuwwah yang dikenangbiar sedekad masa berlalu.Terima kasih kepada penganjur kerana menyediakan bilik khas untuk saya berehat. Bilik kecil terse-but juga begitu asli, malah saya berasa cukup selesa berehat di atas tilam dengan kepala berlapik-kan bantal kekacang yang disediakan.
RAMUAN BERKESAN
 
Rupa-rupanya, segala yang asas itulah ramuan yang berjaya menghasilkan suatu perasaan yangsering hilang dari program kebelakangan ini. Kemesraan sesama peserta juga bersama saya sebagaipenceramah, banyak terkesan oleh cara kami duduk, berehat, bersantai dan beramah mesra.Dalam suasana yang serba sederhana itulah, program kali ini berakhir dengan tangisan yang datangsendiri. Tanpa dipaksa-paksa.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
rodzul87 liked this
nono heryana liked this
nono heryana liked this
m1216100 liked this
azman1951 liked this
acidkina liked this
acidkina liked this
Najah Farahin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->