Chen Wei Jiang665, Lorong Mutiara 6B/3,Taman Mutiara09700 Sungai Kob, Karangan,Kedah Darul Aman10 Februari 2010Ke hadapan YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak Negara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilangkaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysiasememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan masyarakat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia.Apa yang dikatakan konsep 1Malaysia? Konsep ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysiatanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan.Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia.Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dankeselamatan rakyatnya. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalanganmasyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikaptoleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyatMalaysia. Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawasikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.