Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
folio cerita rakyat

folio cerita rakyat

Ratings: (0)|Views: 1,855 |Likes:
Published by lieto

More info:

Published by: lieto on Feb 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

 
 
SMKBBS 
Pak Kadok 
Sebermula, maka adalah sebuah negeri bernama Cempaka Seri, rajanya bernama InderaSari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adap istiadat kerajaan yang lain-lain juga,akan tetapi ada pun tabiat baginda itu terlalulah suka menyombong dan berjudi, sehinggamenjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal yang demikian, habislah sekalianrakyat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada setiap masa tiadasekali-kali mengambil bena kepada mendirikan syariat Nabi Sallallahu alaihi wasalamkerana raja-raja dan orang besar-besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaanmaksiat itu.Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur namanya Pak Kadok, tinggalditepi sungai ujung negeri itu juga. Ada pun akan Pak Kadok ini terlalu dungu sertadengan tololnya. Maka adalah kepada suatu hari Pak Kadok berkata kepada isterinya, akuini mak Siti ingin pula rasanya hendak pergi menyambung kegelanggang baginda itukerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyambung beramai-ramai di situ.Mari kita sambung ayam biring Si Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petuanya terlalu bertuah. Boleh kita taruhkan kampung kita kepada baginda. Kalau menang kita tentulahkita mendapat duit baginda itu.Maka ujar isteri Pak Kadok, jikalau begitu baiklah, pergilah awak menyambung, bawaayam kita itu.Maka sahut Pak Kadok, jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang barukubeli ini. Lekaslah menjahitnya.Maka kata isterinya, bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar ini. Jikalaudipakai kelak tentulah carik bertelanjang tengah gelanggang sambungan itu. Bukankahawak malu besar?Ujar Pak Kadok, tiada mengapa. Buatkan juga lekas-lekas aku hendak pergi.Setelah itu isteri Pak Kadok pun segeralah mengambil gunting lalu mengguntingkanseluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi.Maka kata Pak Kadok, usahlah di jahit, pelekat sahajalah supaya cepat.Serta lepas digunting oleh isterinya itu dengan sesungguhnya dilekatlah olehnya. Apabilasudah, lalu diberikan kepada Pak Kadok, maka ia pun segeralah memakai pakaiannyasedondon iaitu berbunga tanjung, merah, kuning, hitam dan putih, terlalu hebat rupanya,tambahan pula berkena tengkolok helang menyongsong angin. Apatah lagi tampaknya
 ______________________________________________________________________syahrul  syarfizy
1
 
 
SMKBBS 
Pak Kadok seperti juara yang maha faham pada sambung menyambung. Setelah sudah bersedia sekaliannya, Pak Kadok pun lalu turun menangkap ayamnya biring Si Kunaniitu, serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju kegelanggang baginda itu. Selangtiada berapa lamanya, ia pun sampailah ketengah medan menyambung itu.Sehingga setelah dilihat oleh baginda akan Pak Kadok datang itu, maka dikenallah oleh baginda seraya bertitah, Hai Pak Kadok, apa khabar? Menyambungkah kita?Maka sembah Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayamnya itu lalu disambutkanoleh baginda serta diamat-amati.Diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kadok itu. Maka titah baginda,Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihatromannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok biring Si Kunani sahaja tiada berapatuahnya.Setelah didengar oleh Pak Kadok akan titah baginda menggula dirinya itu, percayalah ia.Maka sembahnya Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, jikalau sudah dengan titah duliyang maha mulia, relalah patik, seperti titah itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik.Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlahsukacita baginda beroleh ayam Pak Padok itu.Maka baginda pun bertitah kepada juara-juaranya menyuruh bulang ayam itu. Maka Tok Juara tua pun lalulah membulang balung ayam biring Si Kunani yang bertukar dengan pak Kadok itu mengenakan taji bentok alang serta dengan berbagai-bagai isyarat dan petuanya. Maka Pak Kadok pun segeralah membulang ayamnya bertukar dengan bagindaitu, iaitu tuntung tajinya dihalakan kehadapan dan putingnya kebelakang.Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?Soronglah dahulu supaya beta lihat.Maka sembah Pak Kadok, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patek ini tiada harta apaharta yang ada, hanya kampong sebuah itu sahaja. Jikalau ada ampun dan kurniakebawah dulu Tuanku, kampong itulah patik gadaikan kebawah duli Tuanku menjaditanggungan memohonkan berhutang kadar lima puluh rial.Maka titah baginda, baiklah.Lalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak permintaan Pak Kadok itu kepadadengan memegang gadaian kampung itu. Telah sudah, baginda pun menyorongkantaruhnya lima puluh rial juga, jumlahnya seratus rial. Maka serta sudah, baginda punmengajak Pak Kadok melepaskan ayam masing-masing. Sembah Pak Kadok, silakanlahTuanku.
 ______________________________________________________________________syahrul  syarfizy
2
 
 
SMKBBS 
Maka baginda pun lalulah menguja-uja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengiskeduanya, serta meremang bulu suak ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskanayam masing-masing. Maka ayam biring Si Kunani pun datanglah menggelepur ayam jalak. Dan Si Jalak pun segeralah membalas pula, tetapi kasihan,sungguh pun Si Jalak membalas, percuma saja kerana tajinya dibulang oleh Pak Kadok, juara tuntungnyakehadapan dan putingnya kebelakang. Jadinya bila Si Jalak membalas itu tertikamlah pada dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur ditengah gelanggang itu, kerana dualiang sudah lukanya sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam olehtajinya sendiri.Setelah Pak Kadok melihatkan ayam jalak sudah mati dan Si Biring itu menang maka ia pun lupalah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah apatah lagi ia puntiadalah sedarkan dirinya seraya bertepuk tangan dan bersorak serta melompat-lompatlalu menyerukan tuah ayamya itu. Maka oleh tersangat bertepuk dan melompat itu,habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu, bercabiran berterbangan olehangin berkeping-keping kesana kemari bercampang-camping. Maka Pak Kadok puntinggallah berdiri ditengah khalayak yang banyak itu dengan bertelanjang bogel sahaja.Hatta demi dilihat oleh baginda dengan sekalian orang besar-besar dan rakyat, tenterahina dina sekalian akan hal Pak Kadok ini, semuanya tertawa serta bertepuk tangandengan tempek soraknya kesukaan melihat temasya Pak Kadok itu. Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama.Maka ada pun akan Pak Kadok, demi ia melihat sekalian mereka itu habis tertawa, ia puntercengang pula kerana pada sangkanya mereka itu menumpang kesukaan dirinya itu.Kemudian apabila ia menoleh kepada tubuhnya, barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat itu. Aduhai! Malunya yang amat sangat lalu ia berkerja lari dengan bersungguh-sungguh hati, lansung pulang ke rumahnya. Maka baginda pun berserudengan nyaring suaranya. Inilah malang Pak Kadok, ayamnya menang, kampungtergadai.Maka baginda dengan sekalian yang ada di dalam medan sabung itu pun kembalilahmasing-masing kerumahnya.Ada pun akan Pak Kadok lari itu tiadalah ia memandang lagi kekiri kekanan. Serta iasampai kerumahnya seraya terpandang oleh Mak Siti, maka terpanjatlah orang tua ituseraya berkata, Apa kena awak, Pak Kadok seperti orang gila ini?Maka oleh Pak Kadok di kabarkannya ialah daripada awal hingga keakhirnya. Sertadidengar sahaja oleh isterinya akan hal suaminya itu, ia pun menagislah keranamengenangkan untungnya yang malang itu dengan berbagai-bagai sungut leternya akanPak Kadok oleh kebodohannya itu. Maka Pak Kadok pun diamlah terkosel-kosel, tiada berani menjawab akan isterinya lalu ia pergi membuat kerjanya sehari-hari itu juga.
 ______________________________________________________________________syahrul  syarfizy
3

Activity (0)

You've already reviewed this. Edit your review.
Joie Morni added this note
mane pengajarannye
1 thousand reads
1 hundred reads
Nieta Roslani liked this
Nor Akida liked this
Ridzuan Hakimi added this note
mane pengajarannye
Mizta Taneesh added this note
GOOD... KEEP IT UP
Xu Jing liked this
Ummu Haani Isa liked this
Shade Roz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->