Maksud Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:
Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan.
Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kesihatan baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun mengenai maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan.
Bahan-bahan bercetak pendidikan kesiahatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat dan kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan daerah Baling.
Ada juga permintaan dari lain-lain agensi seperti sekolah-sekolah ,jabatan kerajaan orang awam dan pengendali makanan memerlukan bahan-bahan pendidikan kesihatan diberikan secara percuma.
Untuk kakitangan kesihatan juga disediakan bahan-bahan pendidikan seperti buku panduan ceramah, slide, dan VCD yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Tidak ketingggalan juga UPK negeri melalui daerah memberikan insentif sebagai galakan kepada orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak sekolah, remaja belia untuk menyertai kuiz kesihatan maka kita berikan berbagai bentuk hadiah-hadiah seperti tali pengikat buku, keychain,ball pen dan sebagainya.