You are on page 1of 20

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas

selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui,

meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan

kepada tutor saya iaitu En. Khairezan bin Rahmat di atas segala sumbangan

ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan

nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua

yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor

dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah

menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta

membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang

segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya

ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh


750312-02-5163

KANDUNGAN

Azman Bin Salleh 1


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Halaman

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

1. PENDAHULUAN

Soalan Tugasan

2. TUGASAN 1

a. Pengenalan dan Penyataan Sejarah 1

b. Teknik Membuat Kolaj 2-3

c. Penjelasan Falsafah Objek dan Karya Seni 4-5

d. Penjelasan Tujuan dan Fungsi Objek dan Karya Seni 6-7

e. Huraian unsur dan Prinsip Seni 8-10

3. LAPORAN

a. Sejauh Mana Alat Bantu Mengajar Berkesan Membantu

Guru memudahkan Proses Pengajaran 11

b. Ciri – ciri Alat Bantu Mengajar yang Baik dan Bermutu 12-13

c. Faktor yang Perlu Diambil kira Sebelum Menghasilkan Sesuatu

Alat Bantu Mengajar 14-16

d. Kesimpulan dan Refleksi

17

4. BIBLIOGRAFI 18

5. LAMPIRAN

Bahan CD dilampiran di halaman belakang

Azman Bin Salleh 2


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

PENGENALAN
KOLAJ
Apa itu kolaj? Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula
diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan
kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama
yang digunakan di dalam seni halus. Bahan – bahan yang sesuai digunakan
untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratin akhbar,
kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.
Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan
teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolaj
hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti
guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolaj sendiri
memerluka teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Gambar 1.1: Kolaj


Sumber : koleksi peribadi

Azman Bin Salleh 3


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Gambar 1.1 di atas menunjukkan lukisan kolaj yang dihasilkan oleh murid
prasekolah. Teknik yang digunakan ialah tampalan kertas pada gambar yang
telah disediakan oleh guru.
b. Teknik Membuat Kolaj.
Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan
merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas. Setelah sesuatu tema
telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk
menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan.
Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar
perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah
sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj. Bahan untuk
kolaj sebenarnya amat senang untuk didapati kerana sebarang kepingan boleh
digunakan. Perkara yang agak menyulit dan menyukarkan ialah apabila
memotong dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar hasil seni tersebut
menjadi lebih menarik. Jika pelajar memilih unruk menggunakan perca – perca
kain, ianya lebih elok dijahit.
Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar perlulah memberikan
perhatian kepada penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya kelihatan lebih
seimbang. Bagi menampakkan kepelbagaian teknik, pelajar boleh menambah
dengan mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek bahagian – bahagian
tertentu.

Azman Bin Salleh 4


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Gambar 1.2 : Tenik menampal kolaj


Sumber : Koleksi peribadi

Gambar 1.3 : Teknik kolaj menggunakan pensel


Sumber: Koleksi peribadi
Jelas di sini, berdasarkan gambar dapat kita lihat kepelbagaian teknik
yang dapat digunakan di dalam membuat hasil seni kolaj. Pelajar boleh
menggunakan teknik mengoyak atau menggunting kertas, menggunakan pensel
di mana keratan kertas lebih halus dan lebih berseni atau denga menggunakan
jahitan untuk perca – perca kain.

Azman Bin Salleh 5


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

c. Penjelasan falsafah objek dan karya seni.


Kolaj adalah tergolong di dalam kategori seni halus. Kolaj juga
memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dari sudut pandangan
kreativiti, dapat kita ambil daripada pandangan Lowenfeld ( 1975) di mana beliau
percaya bahawa setiap kanak – kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong
dengan sifat semula jadi kanak – kanak yang gemar meneroka, dan penuh
dengan perasaan ingin tahu.
Kita lihat pula tokoh lain tentang takrif kreativiti. June King McFee pula
menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang
mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu mengolah idea yang baru.
Maka, jika kita kaitkan dengan penghasilan kolaj,pelajar cuba
mengolahkan sesuatu hasil kerja melalui kreativi mereka masing – masing.
Walaupun mereka cuba meniru sesuatu keadaan atau gambaran namun melalui
kreativit mereka, mereka mengolah dan menghasilkan sesuatu hasil yang baru
dan mengikut firasat dan pandangan mereka.
Saya juga tertarik dengan pandangan tokoh Laura H.Chapman yang
menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978)
yang memmetik bahawa sesuatu proses kreativi adalah mempunyai pertalian
dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau
dikenali sebagai proses artistik. Tedapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh
Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan
kemahiran menggunakan bahan.
Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas dengan penghasilan kolaj
maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam
mencari sesuatu tema untuk kolaj mereka. Apabila sesuatu tema telah pun di
tetapkan, pelajar akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka
seterusnya melakukan pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya

Azman Bin Salleh 6


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

lebih peka dan meningkatkan pengamatan mereka di dalam penelitian.


Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan kemahiran mereka menggunakan
bahan serta teknik yang betul. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar
menggunakan bahan seperti gam, gunting, kertas warna atau kain perca
manakala teknik pula ialah seperti teknik guntingan halus, titikan pensel atau[un
jahitan.
Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh – tokoh seni yang terkenal
adalan amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan
sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru
dapat melihat aspek – aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan.

Azman Bin Salleh 7


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

d. Penjelasan tujuan dan fungsi objek dan karya seni.


Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran
mereka melaui seni. Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh
dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran
mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap perkembangan kanak – kanak
adalah berbeza – beza.
Merujuk kepada Modul OUM HBAE1203 Perkembangan Seni dan Kanak
– Kanak (2007), penglibatan kanak – kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya
memberikan ransangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan
tahap kreativiti kanak – kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa
sensiviti kanak – kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai dan dilihat daripada
aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi.
Setelah kita ketahui antara tujuan pendidikan seni visual di sekolah
rendah, maka sekara kita lihat pula tujuan dan fungsi kolaj kepada pelajar di
sekolah. Kolaj ada termasuk di dalam kumpulan seni halus. Tujuan penghasilan
kolaj kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar
menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak
membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan
bahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik.
Seterusnya kita lihat daru sudut fizikal pula. Kolaj melatih pelajar dari segi
psikomotor mereka terutama motor – tangan mereka. Ini kerana mereka akan
menggunting kertas – kertas warna kepada bentuk kecil kecil. Kemahiran
menampal dan menjahit juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran
psikomotor mereka.
Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak membantu pelajar mencipta
dan mencetuskan idea mereka masing – masing. Kebebasan menggambarkan
kolaj mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka

Azman Bin Salleh 8


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

masing – masing. Pemilihan warna yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik
membantu mereka menghasilkan kolaj yang menarik mengikut kreativiti mereka.
Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan adan fungsi kolaj adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi
tampalan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar dan
membeuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan
menghasilkan kolaj mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.
Antara lain tujuan dan funsi kolaj ialah dapat meningkatkan dan
menajamkan penggunaan pancaidera dan deria pelajar. Melalui kolaj, pelajar
belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu
mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang
terdapat di sekeliling mereka.
Selain itu, dapat kita lihat anata tujuan lain penghasilan kolaj ialah
memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan meningkatkan
keupayaan mereka bersosial sesama mereka. Malah melalui aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas, sedik sebanyak dapat membantu mereka
meningkatkan keyakinan diri mereka. Semangat hormat menghormati dan sikap
toleransi juga dapat dipupuk kepada pelajar.
Kesimpulannya, penghasilan kolaj dapat memberikan peluang kepada
pelajar untuk meluahkan ekspresi mereka melalui tampalan dan jahitan. Selain
itu, ia juga mampu membina atau meningkatkan psikomotor halus pelajar di
dapal proses menggunting, menjahit dan menampal. Pembentukan sikap dan
menerapan nilai murni dapat dilakukan melalui proses penghasilan kolah di
dalam kelas.

Azman Bin Salleh 9


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

e. Huraian unsur dan prinsip seni.

Gambar 1.4: Hasil kerja Kolaj


Sumber : Koleksi peribadi
1. Garisan:
• Garisan yang dibentuk melalui kolaj di atas dapat dilihat pelbagai
jenis garisan. Ada yang wujud seperti papan di dinding rumah,
susunan pada atap dan pintu.
• Garisan juga digunakan di awal untuk membentuk lakaran rumah.

Azman Bin Salleh 10


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Gambar 1.5 : garisan membentuk gambar rumah.


Sumber : koleksi peribadi.
2. Rupa
• Unsur rupa yang digunakan ialah berbentuk geometri iaitu
mempunyai sudut dan berpenjuru.
• Berbentuk 2 –D.
3. Bentuk
• Kolaj ini tergolong di dalam bentuk ilusi.
• Bersifat rata dan dihasilkan melalui lakaran dan tampalan atau
jahitan.
4. Jalinan
• Ia terdiri daripada jalinan sentuh.
• Jalinannya berbagai – bagai agar pelajar dapat belajar
menggunakan pelbagai tenik menampal kolaj.
5. Ruang
• Ruang adalah jarak antara dua objek atau rupa.
• Kolaj ini adalah ruang ilusi iaitu rupa 2-D.
6. Warna
• Warna yang digunakan ialah warna asas iaitu merah, biru, hijau
• Warna tertier iaitu jingga.
• Penggunaaan warna yang kontra agar perbezaan bahagian –
bahagian rumag tersebut lebih jelas.

Huraian Prinsip – prinsip rekaan


1. Harmoni
• Ulangan pada garisan atau tampalah membentuk seolah – olah
papan pada rumah tersebut.
• Gambar yang teratur.
• Campuran pelbagai jenis warna

Azman Bin Salleh 11


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

2. Kontra
• Warna yang digunakan kontra dan bertentangan agar penegasan
dan perbandingan dapat dilihat.
• Corak susunan atau jalinan tampalan juga berbeza untuk memberi
penjelasan dan teknik yang berbeza – beza.
3. Penegasan
• Penegasan warna pada bahagian dinding rumah dan bumbung
rumah untuk memperlihatkan pebezaan dan persempadanan
kawasan.
4. Kepelbagaian
• Kepelbagaian dapat dilihat pada teknik menampal yang terdapat
pada kolaj tersebut. Susunan tampalan berbeza-beza untuk
mewujudkan kepelbagaian teknik.
• Teknik menggunakan pensel juga bertujuan memberi idea kepada
pelajar untuk membuat rujuakan.
Kesimpulannya, setiap objek atau hasil karya semestinya mempunyai
unsur – unsur senireka di dalamnya. Unsur senireka yang mempunyai enam
elemen asas adalah wajid terdapat pada sesuatu karya yang dihasilkan. Namun
kita perlu tahu bahawa tidak semua prinsip – prinsip rekaan terdapat di dalam
sesuatu karya yang dihasilkan. Terdapat tujuh prinsip rekaan namun tidak
semestinya terdapat ketujuh – tujuh prinsip tersebut di dalam sesuatu hasil
karya.

Azman Bin Salleh 12


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

Laporan

a. Sejauh mana alat bantu mengajar berkesan membantu guru


memudahkan proses pengajaran.
Penyediaan bahan Bantu mengajar adalah merupakan tugas guru yang amat
penting di dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Tanpa penggunaan sebarang alat Bantu mengajar, murid akan berasa
cepat jemu dan hilang minat untuk belajar. Pembelajaran satu hala dan
pengajaran yang hanya menggunakan satu medium adalah tidak sesuai lagi
untuk dilaksanakan pada zaman sekarang.
Ini merujuk kepada kajian yang dibuat oleh pakar – pakar pendidikan,
maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan ialah 75%, deria
pendengaran sebanyak 13%, deria sentuh 4% dan deria bau 4%. Maka guru
perlu melibatkan kesemua deria murid didalam proses pengajarannya. Dengan
demikian, alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai amatlah diperlukan.
Di dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk mengajar kolaj kepada
pelajar saya dan banahn bantu mengajar yang saya pilih ialah hasilan kolaj itu
sendiri. Sebagai guru, saya telah menyediakan contoh kolaj yang telah siap
untuk ditunjukkan kepada pelajar saya. Dengan cara ini, pelajar dapat melihat
sebuah hasil yang telah siap dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru
atau mencetuskan idea mereka sendiri.
Selain itu, saya juga menyediakan contoh – contoh gambar sebenar yang
boleh digunakan oleh pelajar sebagai rujukan. Ini sedikit sebanyak dapat
membantu mereka di dalam pemilihan jalinan dan warna yang sesuai. Saya juga
memberikan kebebasan kepada mereka untuk melihat sendiri bahan sebenar.
Contohnya bunga atau daun di mana saya benarkan mereka keluar kelas untuk
melihat sendiri garisan – garisan yang terdapat pada daun dan bunga.
Kesimpulannya, alat bantu mengajar yang berkesan dan menarik amatlah
membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Azman Bin Salleh 13


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

b. Ciri – ciri alat bantu mengajar yang baik dan bermutu.


Alat bantu mengajar sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian atau
jenis iaitu :
1. Bahan bercetak
2. Bahan teknologi pendidikan
3. Bahan berasaskan computer
Melalui ketiga-tiga jenis ini maka terpulanglah kepada guru untuk menghasil atau
menyediakannya di dalam proses pengajarannya. Sebelum menyediakan
sesuatu alat bantu mengajar, seseorang guru perlulah tahu cirri – cirri atau
criteria yang perlu diambil untuk menjadikan alat tersebut baik dan bermutu.
Pertama sekali ialah, guru perlulah memastikan alat tersebut selaras
dengan dasar kerajaan dan tidak terkeluar daripada tuntutan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kenapa? Ini penting agar bahan tersebut mestilah
sesuai untuk pendidikan di mana selaras dengan hasrat kerajaan untuk
menjadikan pelajar yang berguna dan bermoral. Ini sebenarnya penting untuk
memastikan alat tersebut bermutu dan sesuai digunakan.
Seterusnya, alat bantu mengajar tersebut mestilah tidak bercanggah
dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia dan diterima oleh semua kaum.
Melalui ABM kolaj yang telah digunakan, ianya adalah menepati dengan nilai –
nilai dan budaya di Malaysia. Rumah yang digambarkan pada kolaj adalah dapat
diterima dan mudah dikenalpasti oleh pelajar yang berbilang kaum.
Ciri – ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu alat bantu mengajar ialah
ianya semestinya dapat memberi maklumat terkini. Ini amat penting kerana jika
kita menggunakan alata yang tidak memberi maklumat terkini dikhuatiri pelajar
akan mudah keliru dengan fakta – fakta yang tidak tepat.
Selain itu, alat atau bahan tersebut seboleh – bolehnya tidak terlalu mahal
berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh alat tersebut. Jika kos

Azman Bin Salleh 14


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

membeli alat tersebut agak mahal namun faedah yang boleh didpati daripadanya
tidak seberapa ia bukanlah satu alat bantu mengajar yang baik dan bermutu.
Biarlah kosnya rendah namun faedah yang dapat disumbangkan adalah besar
dan menepati pengajaran guru.
Terdapat banayak aspek yang dapat menilai kebaikan dan mutu sesuatu
alat banu mengajar. Antaranya yang lain ialah bahan tersebut mudah diperolehi,
mudah digunakan iaitu guru dan pelajar mudah memahami dan dapat
menggunakannya dengan seoptimum mungkin. Ianya juga mudah alih dan dapat
disenggarakan. Ini bermaksud, bahan tersebut mudah digunakan dan disimpan
semula dan jika berlaku kerosakan maka ia dapat dibaiki dengan mudah.
Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti sesuatu alat
bantu mengajar ialah apakah ia dapat memberi pelbagai ransangan dan
menggunakan pelbagai deria. Pelajar lebih memahami sesuatu pelajaran jika ia
melibatkan kesemua deria mereka. Maka alat bantu mengajar yang baik dan
bermutu patut memberi ransangan yang dapat menarik minat pelajar untuk
belajar selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam pelajar dengan
menggunakan alat bantu mengajar tersebut.
Apsek lain yang perlu diambill kira ialah apakah alat bantu mengajar
tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan didlam situasi yang
berlainan. Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut untuk
digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di dalam situasi yang
berlainan. Contohnya jika guru telah menyediakan alat yang menunjukkan jenis
corak untuk membuat layang – layang, alat tersebut juga boleh digunakan untuk
mengajar batik atau membuat kolaj dan sulaman.
Kesimpulannya, alat bantu mengajar yang baik dan bermutu seharusnya
memenuhi kriteria – kriteria yang telah diterangkan di atas. Merujuk kepada alat
bantu mengajar yang saya guna, saya telah menggunakan alat yang berasaskan
komputer di mana melalui persembahan Power Point, saya mengajar pelajar
saya membina kolaj. Dengan cara ini, ia memudahkan saya mengulang tunjuk
jika pelajar saya masih tidak memahami teknik yang telah diajar.

Azman Bin Salleh 15


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

c. Faktor yang perlu diambil kira sebelum menghasilkan sesuatu alat bantu
mengajar.
Apakah faktor yang perlu diambil kira sebelum menghasilkan sesuatu alat
bantu mengajar? Perlu diingat jiga guru gagal memilih alat bantu mengajar yang
sesuai, sesuatu pelajar pastinya tidak menarik dan tidak mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Merujuk modul OUM HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran ada
menyebut bahawa terdapat tujuh perkara yang perlu diambilkira sebelum
menghasilkan sesuatu alat bantu mengajar. Ianya ialah:
1. objektif
2. pelajar
3. kos
4. kepakaran teknikal
5. peralatan
6. fasiliti; dan
7. masa
Sekarang mari kita huraikan satu persatu:
1. Objektif
Sebelum guru menyediakan sesuatu bahan, beliau perlulah melihat
dahulu apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang handak dicapai pada
pelajaran hari itu. Penentuan objektif ini penting agar alat yang akan digunakan
selaras dan dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajarannya.
2. Pelajar
Guru juga perlu mengetahui latar belakang pelajarnya sebelum
menyediakan sesuatu alat bantu mengajar. Apakah pengalaman sedia ada
pelajarnya mampu selaras dengan bahan tersebut. Ini penting kerana ia dapat
membantu pelajar lebih memahami cara penggunaan bahan atau alat yang akan
mereka guna. Pengetahuan latar belakang pelajar amat penting bagi guru
sebelum menyediakan alat bantu mengajar kerana ia dapat mempengaruhi

Azman Bin Salleh 16


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

pemahaman pelajar selain dapat menjadikan pengalaman mereka sebagai satu


sumber untuk mencipta idea – idea yang baru.

3. Kos
Kos di sini merujuk kepada kos penghasilan alat bantu mengajar
tersebut. Guru digalakkan menggunakan kos seminima mungkin namun bahan
tersebut mestilah dapat memberi faedah yang maksimum kepada pelajar. Ini
kerana kita tahu, tidak semua sekolah mampu menyediakan kos yang besar
kepada guru untuk menyediakan alat bantu mengajar yang canggih namun
bukan kos sebenarnya yang perlu diambilkira tetapi kegunaan dan faedah alat
tersebut yang perlu dititikberatkan.
4. Kepakaran Teknikal
Sebelum menyediakan sesuatu alat bantu mengajar, guru perlulah melihat
kepada teknikal – teknikal yang terdapat pada alat tersebut. Seeloknya alat
tersebut tidaklah terlalu memerlukan teknikal yang tinggi atau terlalu rumit untuk
dibaiki jika berlaku kerosakan. Contohnya jika bahan tersebut berasaskan
komputer, guru perlu memastikan terdapat guru yang mahir komputer disekolah
tersebut di mana dapat dirujuk jika bahan atau alat tersebut mengalami
gangguan atau kerosakan.
5. Peralatan
Guru juga perlu memastikan peralatan yang akan diguna tidak rosak atau
mencukupi. Ini perlu dilakukan agar segala rancangan dan penggunaan alat
bantu mengajar tidak terganggu. Ia akan mencacatkan pengajaran pada hari itu
jika guru gagal menyediakan peralatan yang sempurna atau secukupnya.
6. Fasiliti
Faktor seterusnya yang perlu diambilkira sebelum menyediakan alat bantu
mengajar ialah fasiliti. Guru perlu memastikan fasiliti di dalam kelas adalah
dalam keadaan yang baik, serta kedudukan yang sesuai. Contonhya kedudukan
soket elektrik yang sesuai jika bahan tersebut menggunakan elektrik. Kelas seni
yang mempunyai sinki air yang mempunyai air untuk membuat basuhan dan

Azman Bin Salleh 17


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

fasiliti yang lain. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan sesuatu alat
bantu mengajar yang berkesan.

7. Masa
Masa di sini merujuk kepada berapa lama alat tersebut mengambil masa
pelajaran yang akan dijalankan. Guru perlu melihat kepada alat yang sesuai
dangan masa yang diperuntukkan. Alat yang mengabil masa yang terlalu lama
atau terlalu singkat adalah tidak sesuai. Guru perlulah menggunakan alat
tersebut sesuai dengan masa yang diperuntukkan supaya pelajaran tidak
menjadi bosan jika terlalu lama atau pelajar tidak sempat memahami kerana
terlalu singkat.
Kesimpulannya, guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam
menyediakan alat bantu mengajar yang berkesan. Pengetahuan yang ditimba
ketika belajar di Institut Perguruan perlulah diaplikasikan apabila mengajar di
sekolah. Guru yang bagus ialah guru yang dapat mengajar mengikut
rancangannya dengan bantuan alat yang berkesan dan pelajarnya dapat
mencapai objektif pembelajaran mereka.

Azman Bin Salleh 18


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

d. Kesimpulan dan refleksi


Kesimpulan yang dapat dirumuskan melalui kajian kali ini ialah antaranya
sebagai seorang guru seni, kita perlulah mahir di dalam elemen – elemen asas
seni iaitu unsur – unsur senireka dan prinsip – prinsip rekaan. Ini kerana ianya
penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang
berkesan untuk pelajarnya.
Selain itu, perlu juga sebagai seorang guru seni untuk mengetahui dan
melihat teori – teori yang ditulis oleh tokoh – tokoh seni agar dapat membantu
guru memahami tentang seni itu sendiri. Ini kerana kreatviti dan imaginatif pelajar
adalah berbeza dan luas.
Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam
menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktor – faktor
yang perlu diambilkira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu
karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni.
Seterusnya, melalui kajian ini, saya dapat melihat betapa seronoknya
pelajar saya melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Aktiviti membuat kolaj yang
dijalankan di dalam kelas amatlah menyeronokkan. Pelajar yang terdiri daripada
tahun satu ini telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.
Akhir kata, kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu
mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah – kaedah yang sesuai serta
rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan
satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata
pepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

Azman Bin Salleh 19


750312-02-5163
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK - KANAK

BIBLIOGRAFI

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005), Teks Lengkap
Pendidikan Seni Visual, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Raja Baharudin Raja Husain, (1999) Kursus Amali PMR Pendidikan Seni,
Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
.
Open University Malaysia, (2007) HBAE 1203 Perkembangan Seni san Kanak-
kanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Open University Malaysia, (2007) HBSS 1103Pengenalan Pengajian Sosial,,


Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Open University Malaysia, (2005) HBEF Prinsip Teknologi Pengajaran, Selangor:


Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Azman Bin Salleh 20


750312-02-5163

You might also like