You are on page 1of 4

POST MORTEM MATA PELAJARAN SAINS.

Semakan semula Pencapaian Mata Pelajaran Sains PMR 2007

Pep Jum Bil Pelajar Mendapat


Pel A B C D LULUS GAGAL
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Pep
PMR 155 13 8.39 25 16.13 45 29.03 66 42.58 149 96.13 6 3.87
2003
Pep
PMR 186 10 5.38 37 19.89 38 20.43 84 45.16 169 90.86 17 9.14
2004
Pep
PMR 187 23 12.30 58 31.02 42 22.46 44 23.53 167 89.30 20 10.70
2005
Pep
PMR 211 19 9.00 54 25.59 43 20.38 80 37.91 196 92.89 15 7.11
2006
Pep
PMR 180 15 8.3 33 18.3 32 17.8 79 43.9 159 88.3 21 11.7
2007
Target
PMR 189 28 14.8 38 20.1 39 20.6 74 39.2 179 94.7 10 5.3
2008

Analisa Pencapaian Mata Pelajaran Sains PMR mengikut Tingkatan

Pep Jum Bil Pelajar Mendapat


Pel A B C D LULUS GAGAL
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

3A1 36 13 36.1 19 52.8 3 8.3 1 2.8 36 100.0 0 0.0

3A2 33 2 6.1 8 24.2 14 42.4 9 27.3 33 100.0 0 0.0

3A3 34 0 0.00 6 17.6 11 32.4 15 44.1 32 94.1 2 5.9

3A4 27 0 0.00 0 0.00 2 7.4 24 88.9 26 96.3 1 3.7

3A5 26 0 0.00 0 0.00 2 7.7 18 69.2 20 76.9 6 23.1

3A6 24 0 0.00 0 0.00 0 0.00 12 50.0 12 50.0 12 50.0


Ulasan Pencapaian:
Pencapaian mata pelajaran sains bagi peperiksaan PMR 2007 menunjukkan sedikit
penurunan dari segi peratus lulus iaitu 5.5% dan peratus kecemerlangan iaitu peratus
pelajar yang mendapat A menurun sebanyak 0.7% berbanding tahun 2006.
57.1% kegagalan adalah daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3A6 iaitu melibatkan 12
orang pelajar manakala 28.6% adalah daripada 6 orang pelajar Tingkatan 3A5 dan 4.8%
adalah daripada seorang pelajar Tingkatan 3A4 dan 9.5% daripada 2 orang pelajar
Tingkatan 3A3.
86.7% kecemerlangan adalah daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3A1 dan 13.3%
selebihnya adalah daripada Tingkatan 3A2.

Kelemahan:
1. Kebanyakan soalan-soalan peperiksaan Sains kertas 2 adalah berbentuk aplikasi
dan hanya pelajar-pelajar yang memahami konsep-konsep Sains yang dipelajari
dapat menjawab dengan baik.
2. Perubahan bentuk soalan secara mendadak boleh mengganggu emosi pelajar
sewaktu menjawab soalan-soalan peperiksaan.
3. Guru-guru tidak didedahkan dan dimaklumkan dengan perubahan bentuk soalan
kertas 2 Sains PMR.
4. Pengkelompokan pelajar mengikut tahap tidak dapat dijalankan seperti yang
dirancangkan kerana menimbulkan masalah bagi guru-guru subjek lain.
5. Masih ramai pelajar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran Sains dalam
Bahasa Inggeris dengan baik kerana kebanyakan mereka tidak berminat dan
sememangnya lemah dalam Bahasa Inggeris.
6. Lebih kurang ¼ daripada pelajar-pelajar mempunyai kemahiran asas dalam Sains
yang terlalu cetek.
7. Pelajar-pelajar yang ‘gagal’ atau hanya lulus mempunyai motivasi diri yang
rendah dan ada di antara mereka yang masih tidak menguasai kemahiran 3M.

Kekuatan:
1. Latih-tubi soalan-soalan berbentuk PMR mengikut tajuk-tajuk dari tingkatan 1
dan 2 dilaksanakan dalam kelas tambahan sesi petang pada bulan Februari hingga
bulan Jun iaitu pada waktu persekolahan.
2. Menghabiskan sukatan pelajaran tingkatan 3 lebih awal iaitu pada akhir bulan
Jun.
3. Mengadakan ujian-ujian topikal sebaik sahaja selepas selesai setiap bab Tingkatan
3 yang diajar.
4. Pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendapatkan pangkat A dikumpulkan di
dalam kelas Intensif Khas, iaitu pada kelas tambahan sesi malam.
5. Pelajar-pelajar dikelompokkan mengikut tahap untuk mengikuti kelas Intensif
PMR yang diadakan selepas waktu persekolahan.
6. Pendedahan awal tentang teknik menjawab soalan Sains kertas 2 diadakan lebih
awal iaitu pada bulan Mac.
7. Pengkelompokan pelajar berdasarkan pencapaian dalam subjek Sains Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2007 ke dalam bengkel 3 kelompok iaitu kelompok
cemerlang, berpotensi dan lemah.
8. Mengadakan ujian intensif Sains berbentuk Pra-PMR dengan mengambil kertas
soalan peperiksaan percubaan dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan dari
beberapa buah negeri yang lain.
9. Taklimat atau ceramah kepada pelajar bagi mengatur strategi terakhir ke arah
pencapaian kecemerlangan PMR 2007, di mana fokus diberikan kepada teknik
menjawab soalan-soalan berbentuk mudah dan sederhana dan juga soalan-soalan
yang melibatkan kemahiran berfikir.

Strategi Ke arah Pencapaian Target PMR 2008


1. Ujian diagnostik akan diadakan untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam
sesuatu tajuk dan jika perlu mana-mana tajuk yang kurang difahami oleh pelajar
akan diulangkaji semula di dalam kelas tambahan sesi petang.
2. Latih-tubi soalan-soalan PMR mengikut tajuk-tajuk dari tingkatan 1,2 dan 3.
Kelas latih-tubi akan dilaksanakan dalam kelas tambahan sesi petang.
3. Kelas tambahan sesi petang akan dimulakan lebih awal iaitu mulai bulan Februari
4. Ujian topikal akan diadakan sebaik sahaja selepas selesai pembelajaran setiap bab
Tingkatan 3 untuk memastikan semua pelajar memahami pembelajaran yang
dipelajari.
5. Strategi menghabiskan sukatan pelajaran Tingkatan 3 akan bermula pada bulan
Mei hingga Jun.
6. Buku nota dan latihan akan disemak dengan lebih kerap bagi memastikan pelajar
menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.
7. Bagi meningkatkan peratus lulus, pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Sains
akan dibimbing melalui “Klinik Sains” yang akan diwujudkan di bawah program
Panitia Sains.
8. Bagi meningkatkan peratus cemerlang, pelajar-pelajar yang berpotensi untuk
mendapatkan pangkat A akan dikumpulkan dan diadakan kelas Intensif Khas,
iaitu pada kelas tambahan sesi malam.
9. Pelajar-pelajar akan lebih didedahkan kepada amali Sains memandangkan soalan-
soalan PMR lebih menekankan kepada pemerhatian semasa menjalankan amali
Sains disamping menambahkan minat para pelajar terhadap pelajaran Sains.
10. Pendedahan tentang teknik menjawab soalan Sains kertas 2 akan diadakan lebih
awal.
11. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan memandangkan
tidak ada format soalan Sains Kertas 2 yang tetap setakat ini.
12. Pengkelompokan pelajar ke dalam bengkel 3 kelompok iaitu cemerlang,
sederhana dan lemah akan diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun pada
setiap hari Sabtu.
13. Mengadakan ujian intensif Sains berbentuk Pra-PMR dengan mengambil kertas
soalan peperiksaan percubaan dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan dari
sekolah-sekolah di beberapa buah negeri yang lain. Ujian ini akan diadakan
sebelum dan selepas peperiksaan percubaan PMR 2008.
14. Taklimat atau ceramah kepada pelajar bagi mengatur strategi terakhir ke arah
pencapaian kecemerlangan PMR 2008, di mana fokus diberikan kepada teknik
menjawab soalan-soalan berbentuk mudah dan sederhana dan juga soalan-soalan
yang melibatkan kemahiran berfikir.

You might also like