You are on page 1of 131

A R C H I T E C T S S D N.

B H D

PENGENALAN DIRI

NAMA : MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI

JANTINA : LELAKI

NO. KAD PENGENALAN : 900121-08-6503

NO. PENDAFTARAN : 17DSB07F012

NAMA JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

KURSUS : DIPLOMA SENIBINA

PUSAT PENGAJIAN : POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH


SG.LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : HILMI.FARIDAH ARCHITECTS


NO 3, JALAN TENGKU AMPUAN
ZABEDAH J9/J, SEKSYEN 9, 40100
SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEMPOH LATIHAN INDUSTRI : 12 JANUARI 2009 – 12 JUN 2009

ALAMAT TETAP : NO 9 TAMAN CAHAYA,


JALAN TANJONG TUALANG,
36800 KAMPUNG GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN,

NO. TELEFON : 013-3532588

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

PERAKUAN

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri berdasarkan kepada latihan
industri yang telah saya jalani kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan
dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.

Disediakan oleh,

.........................................
(MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI)
17DSB07F012 TARIKH: ........................

Disahkan oleh,

.........................................
(Ar. HJ MOHD HILMI BIN HJ YUSOFF)
K/P. NO. : 550720-03-5161
AADIPL.LONDON.APAM TARIKH: ........................

.........................................
(Ar. HJH FARIDAH HASNI BINTI RAMLI)
K/P. NO. : 550520-08-5906
AADIPL.LONDON.APAM TARIKH: ........................

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

PRAKATA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan, tinggi Gunung Kinabalu


tinggi lagi ucapan terima kasih saya tujukan kepada para pembaca kerana sudi
meluangkan sedikit masa anda yang berharga untuk membaca Laporan Latihan
Industri ini. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan anugerah yang diberikan
dapat saya menyempurnakan Buku Laporan Latihan Industri yang telah diwajibkan
kepada setiap pelajar yang menjalani latihan seperti ini.

Sepanjang lima bulan saya menjalani latihan industri di firma


HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD, saya MOHD ZAKKI BIN ABDUL
GHANI ( 17DSB07F012 ) telah sedikit sebanyak mengumpul ilmu berkaitan bidang
pembelajaran saya ini. Seperti kata pepatah “Sambil menyelam minum air” ilmu
yang diperolehi dapat saya gunakan untuk melengkapkan buku laporan industri ini
dan juga dapat saya gunakan untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.

Di dalam buku laporan ini, saya telah rangkumkan segala aspek meliputi
gerak kerja dan jenis-jenis tugas yang telah saya lakukan semasa menjalani latihan
industri di firma ini. Untuk lebih faham akan laporan ini saya telah bahagikan ia
kepada beberapa bab seperti berikut :

 Pengenalan Latihan Industri dan latar belakang firma


 Ringkasan aktiviti latihan industri
 Pengenalan kandungan teknikal
 Kesimpulan
 Komen dan cadangan

Setiap bab di atas mengandungi sub-sub judulnya dan disertai dengan


gambarajah.
Laporan ini secara kasarnya dapat mendokumentasikan aktiviti-aktiviti seorang
arkitek dalam menjalani projeknya. Di mana arkitek perlu mematuhi prosedur-
prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaraan Tempatan dan
jabatan-jabatan tertentu.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Sepanjang latihan industri ini, saya diberi peluang untuk mendedahkan diri
dalam kerja-kerja seperti berikut:

 Penggunaan komputer
 Lukisan kerja
 Pembetulan Lukisan
 Kerja mewarna
 Kerja pengiraan
 Kerja manual
 Lawatan tapak

Melalui pemberian kerja yang diamanahkan kepada saya telah memberikan


satu pengalaman yang amat berharga seterusnya dapat mendedahkan saya
kepada alam pekerjaan dan mendalami bidang senibina ini khasnya. Dengan cara
ini, dapat mendorong setiap pelajar mencari penyelesaian kepada masalah yang
berkaitan.

Dengan kehadiran buku laporan ini diharapkan agar buku ini dapat dijadikan
sebagai sumber rujukan pabila diperlukan kelak, kerana tidak semua manusia
mengingati apa yang telah berlaku pada masa lepas. Jadi dengan adanya buku ini
boleh dijadikan batu loncatan untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku pada
masa lepas. Selain itu apa yang lebih penting ialah para pembaca dapat memahami
dan menjalankan segala tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
pembaca apabila melalui situasi yang serupa meliputi bidang seni bina ini. Saya
amat berharap ia akan memberi pemahaman kepada para pembaca mengenai
keseluruhan kerja dan peranan seorang arkitek. Secara tidak lansung juga,
pembaca dapat mengetahui dan merangka perjalanan dalam proses untuk menjadi
seorang arkitek.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Akhir kata, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


ribuan terima kasih kepada institusi pengajian saya, POLITEKNIK SULTAN IDRIS
SHAH dan juga kepada pihak firma HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD
kerana dengan telah menempatkan saya di satu firma yang cukup hebat dari segi
rekaan rumah dan bangunan-bangunan lain. Faktor ini lah yang telah menaikkan
semangat saya untuk berada di firma yang berdaya saing ini. Bantuan dan
bimbingan serta kerjasama dari pihak mereka, telah banyak membantu saya
membuat laporan latihan industri saya ini. Tanpa bantuan daripada mereka mungkin
buku laporan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.

Sekian terima kasih.

Ikhlas kata dari,


MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmanirahim......

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t tuhan pencipta kepada sekalian


makhluk di langit dan di bumi kerana dengan rahmat-NYA saya masih mempunyai
kudrat bagi memenuhi tanggungjawab yang telah diberikan

Terlebih dahulu, saya MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI ( 17DSB07F012 )


dari Diploma SeniBina ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan
yang tak terhingga kepada Ar. HJ MOHD HILMI BIN HJ YUSOFF dan AR. HJH
FARIDAH HASNI BINTI RAMLI, selaku pengarah dan peneraju untuk firma
HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD kerana telah sudi menerima kewujudan
saya di firma beliau dan memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan
industri selama dua purnama iaitu dari 12 JANUARI 2009 hingga 12 JUN 2009
seperti yang telah diwajibkan oleh pihak fakulti bagi pelajar Diploma Seni Bina sesi
Julai 2007.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang
telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di firma ini.
Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan
dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan
kelak.

Di kesempatan yang saya peroleh ini, ingin saya rakamkan jutaan terima
kasih kepada semua kakitangan HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD
terutamanya kepada senior staff iaitu Pn. Latifah, En. Jefri, Pn. Ilani dan juga En.
Fariz. Tidak lupa juga kepada staf-staff lain iaitu En. Faiz, En. Naza, En. Sabri, Cik
Rohana, Cik Nur Fisya, Cik Suhaina, Cik Hayati dan juga Cik Nurul Izza kerana
dengan jasa baik dan kerjasama dari mereka telah banyak membimbing, memberi

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

tunjuk ajar, memberi nasihat, memberi ilmu yang bernilai, menilai hasil kerja saya,
dan yang paling ketara, mereka tidak membezakan keupayaan saya sebagai
seorang pelatih. Saya sangat gembira dan teruja melihat sikap mereka dan
komitmen mereka yang mereka berikan dalam menyiapkan sesuatu projek. Inilah
antara contoh yang terbaik kepada saya untuk berjaya. Seperti kata pepatah “ Ikut
resmi pada, makin tunduk makin berisi ” kerana mereka senyap membuat kerja
tetapi kerja yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya.

Saya berasa amat berbangga dan tenang apabila bersama dengan mereka
untuk menyiapkan sesuatu projek. Walaupun sibuk mereka tetap ada waktu untuk
mengajar, memberi komen dan meneliti kerja kami yang baru berjinak-jinak di dalam
bidang seni bina ini. Dengan izin tuhan, apa yang telah dilatih dan diajar oleh pihak
mereka, akan saya praktikkan di dalam kerja-kerja saya di masa akan datang.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada warga POLITEKNIK SULTAN


IDRIS SHAH terutama sekali kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan
Awam khususnya pensyarah di bahagian Unit Senibina yang telah banyak
membantu dalam menguruskan penempatan saya di latihan industri serta
membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam proses menyiapkan buku laporan ini.
Tidak lupa juga kepada Penasihat Akademik saya Cik Hairu Nazlina, kerana
memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk saya mempersiapkan diri
sebelum saya memulakan sesi latihan industri. Terima kasih juga dianugerahkan
kepada semua pensyarah di dalam Unit Senibina, kerana telah melengkapkan diri
saya dengan ilmu yang amat berguna selama setahun setengah saya menuntut
sebelum saya diberikan pendedahan luar sewaktu menjalani latihan industri ini.

Tanpa ayahanda dan ibunda saya siapalah saya untuk hidup di dunia ini.
Oleh itu disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda saya
ABDUL GHANI BIN MOHD HARIS dan juga ibunda saya PARIDAH BINTI MORAD
kerana senantiasa memberikan semangat kepada saya walaupun pada awalnya
agak keresahan untuk saya berada jauh ditempat orang dan memahami kerja yang
diamanahkan kepada saya. Tanpa kata-kata semangat dan dorongan yang tidak
putus-putus kepada saya telah menguatkan diri saya untuk menjalani latihan
industri ini. Semangat dari mereka semua ini yang telah menambahkan lagi azam
saya supaya sentiasa terus maju kehadapan dan terus memikat hati pihak
HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD supaya pada masa akan datang saya
masih diberi peluang untuk bersama-sama memerah keringat menyiapkan projek di
firma yang hebat ini.
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Sebelum terlupa saya ini hanyalah seorang manusia yang tidak pernah lari
dari melakukan kesilapan. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf andainya saya secara sengaja atau tidak sengaja melakukan kesalahan,
terkasar bahasa atau melakukan apa-apa yang telah membuat pihak atau individu
yang terlibat sepanjang temph sesi latihan industi saya ini.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sepanjang berlangsungnya latihan industri saya ini, saya mohon kepada
tuhan agar segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan akan diberkati dan semoga
anda semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah S.W.T. Wassalam...

Sekian terima kasih.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

ISI KANDUNGAN

PERKARA
MUKASURAT

1. Kenyataan Laporan i

2. Pengenalan Diri ii

3. Perakuan iii

4. Prakata iv

5. Penghargaan vi

6. Jadual Kandungan viii

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Seni Bina sebagai
syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam
bidang Seni Bina dan sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam
pekerjaan. Bagi sesi Julai 2007, latihan ini berjalan selama 5 bulan iaitu bermula
pada 12 Januari sehinggan 12 Jun 2009.

Selain itu ia juga adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum
pembelajaran di politeknik. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma
swasta selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana
pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Seringkali pelajar
akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah
ditempuhi. Tujuan utama latihan indusri ini adalah untuk memberi bimbingan kepada
pelajar yang akan menjalani latihan supaya bersedia untuk menempuh segala
cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Adalah diharapkan dengan latihan
industri ini, pelajar akan dapat menangani kerumitan yang mungkin timbul dan
seterusnya menjalani latihan industri dengan berjaya dan berkesan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada


pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam
Seni Bina dan peranannya dalam masyarakat

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDSUTRI

Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut:

i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik


dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

v. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri.

vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik.

vii. Memberi peluang kepada agensi kerajaan, swasta atau badan berkanun
dalam mencari tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan
kehendak agensi masing-masing.

viii. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang telah
dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

ix. Menimbulkan kesedaran dikalangan pelajar-pelajar tentang pentingnya


menambah minat belajar ditingkatkan supaya lebih cemerlang.

x. Menanam sikap amanah, tanggungjawab dan berkeyakinan diri.

xi. Meluaskan pergaulan di antara pelajar dengan pekerja-pekerja lain, majikan


dan masyarakat sekeliling di mana tempat mereka bekerja.

xii. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar.

xiii. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap


pelajaran di politeknik.

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan
pergaulan sama ada secara koporat atau tidak, menanam semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam
pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,
kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan
rasmi selepas tamat latihan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

1.3 Falsafah

Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga keyakinan


yang secara lansung merangkumi falsafah pendidikan politeknik.
Kesimpulan falsafah ini ialah:

i. Bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.

ii. Bahawa pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan penting
dalam mengubah status sosial ekonomi.

iii. Bahawa sesuatu kejayaan hanya dapat dicapai ke tahap yang paling
optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.

1.4 Matlamat

Berdasarkan falsafah diatas, matlamat latihan industri telah diwujudkan


untuk:

i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan
kerohanian dalam teknologi, mekanikal dan pengurusan yang selaras
dengan matlamat wawasan 2020.

ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan
kesetiaan di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan
disiplin supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan
produktif sambil menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan
dengan meninggikan taraf hidup masyarakat sederhana.

iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang
boleh berdikari.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

1.5 Strategi

Matlamat-matlamat di atas akan dilaksanakan melalui strategi-strategi


berikut:

i. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang pengalaman bekerja melalui


latihan industri untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam
pekerjaan yang sebenar dengan lebih cepat.

ii. Memperluaskan dan meningkatkan penggunaan komputer dengan semua


kursus dengan mengikuti perkembangan teknologi semasa.

iii. Ketika menjalani latihan industri, adalah digalakkan pelajar menimba


pengalaman melalui lawatan ke tapak binaan dan menyertai mesyuarat
tentang projek yang dijalankan oleh organisasi latihan.

1.6 Objektif Laporan

Laporan industri perlu dibawa ke tempat latihan dan diisi secara


ringkas serta padat tentang aktiviti-aktiviti harian yang telah dijalankan pasa
setiap hari. Laporan juga hendaklah ditandatangani dan disahkan oleh
pengarah atau penyelia firma setiap dua minggu. Tujuan laporan harian ini
disediakan adalah:

i. Untuk dijadikan rujukan dan memudahkan para pelajar dalam penyediaan


Laporan Latihan Industri mereka di akhir latihan nanti.

ii. Membantu penyelia Latihan Industri bagi menilai aktiviti pelajar sepanjang
mereka menjalani latihan industri tersebut.

iii. Menaikkan nama sesuatu firma dan politeknik kerana mendidik para pelajar
melakukan kerja dengan teratur dan berdisiplin.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

iv. Membantu pensyarah menilai aktiviti pelajar semasa lawatan penyeliaan dan
semasa menilai Laporan Latihan Industri.

1.7 Penilaian Aktiviti Latihan Industri

Penilaian akan dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut:

i. Penilaian prestasi oleh firma (20%)


 Pelajar akan dinilai prestasinya oleh pihak firma dalam pelbagai
aspek dari segi disiplin, kemahiran kerja, ketekunan, dan minat,
kreatif dan inovatif, sikap bekerjasama, personaliti dan kemahiran
berkomunikasi.

ii. Buku Laporan Latihan Industri (40%)


 Buku laporan yang menerangkan ringkasan kerja dan lampiran yang
berkaitan. Buku ini hendaklah ditulis antara 10,000 hingga 15,000
patah perkataan tidak termasuk lampiran.

iii. Buku Laporan Harian (20%)


 Buku Laporan Harian merupakan buku catatan kerja harian pelajar.
Buku ini mestilah diisi setiap hari bekerja. Ia sebagai panduan untuk
menulis Buku Laporan Latihan Industri.

iv. Temuduga (20%)


 Pelajar hendaklah menghadiri sesi temuduga latihan industri. Sesi
temuduga ini akan dijalankan oleh pensyarah penilai. Pelajar boleh
berbincang dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan
masa temuduga yang bersesuaian.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN

2.1 PENUBUHAN FIRMA ARKITEK HILMI FARIDAH

Firma Arkitek ini telah di wujudkan pada November 1988 oleh dua principal
iaitu, Tuan Haji Mohd. Hilmi Yusoff dan Puan Hajah Faridah Hasni Ramli.
Kedua-dua arkitek telah mendapat kelulusan daripada Architectural Association
School Of Architecture, sebuah sekolah yang sangat tekemuka dikalangan
golongan arkitek yang bertempat di London.

Sejak dari permulaan pembukaannya pada tahun 1988, Hilmi.Faridah


Architects telah berkembang dari tahun ke tahun daripada sebuah organisasi kecil
kepada sebuah syarikat yang berkemampuan menawarkan kemahiran penuh
dalam bidang seni bina dan hiasan dalaman.

Di firma ini sangat menitikberatkan kepada kejayaan sesuatu rekaan. Ini


kerana firma ini tidak bergantung sepenuhnya kepada sesuatu aspek senibina tetapi
lebih percaya kepada hubungan diantara sesuatu rekaan yang dibuat dengan
kawasan tapak yang mempunyai hubungan kuat dengan budaya tempatan, tradisi
kawasan dan juga persekitaran. Mereka juga pecaya akan kekuatan dan kelemahan
yang ada pada setiap tapak akan lebih sempurna sekiranya kedua-duanya
digabungkan dengan kecanggihan teknologi terkini dan rekaan yang kontemporari
untuk melindungi segala kelemahan yang ada dan seterusnya mewujdukan satu
rekaan yang mengagumkan.

Keutamaan diberikan kepada kualiti rekaan dan menjamin untuk firma ini
menganjur penekanan kuat pada keprofesionalisma untuk semua peringkat
perunding penasihat daripada permulaan rekaan terus sehingga penyelesaian
sesuatu projek. Konsep penegasan yang digunakan memastikan setiap rekaan
menepati kehendak dan fungsi bangunan itu sendiri. Kerja rekabentuk akan
dibincang dan seterusnya ditukarkan kepada bentuk lakaran supaya rekaan
tersebut dapat diperbaiki.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

2.2.1 Logo/Simbol Hilmi.Faridah Architects

HILMI FARIDAH
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Co. No. 271596 – W

2.2.2 Halatuju/Moto Hilmi.Faridah Architects

“..do it right at the first time...”

Dengan bermotokan seperti diatas ternyatalah Hilmi.Faridah Architects ini


begitu serius dan teliti dengan penghasilan kerja yang dibuat. Setelah 20 tahun
mencipta nama di dalam bidang senibina ini, pelbagai cabaran dan saingan yang
telah ditempuh. Dari syarikat kecil-kecilan sehinggalah berdiri sama saing dengan
firma-firma yang ada di Malaysia kini.

Firma ini juga telah melabur untuk masa hadapan dengan mendapatkan
bantuan daripada sejenis perisian rumit iaitu “ computer aided design” bagi
membantu rekaan dan juga untuk produksi lukisan. Oleh itu kualiti untuk bidang
yang berkatian dengan seni bina dan rekaan adalah terjamin sepenuhnya

Selain itu di firma ini boleh dikatakan mempunyai sedikit sebanyak portfolio
akan projek yang sedang berjalan dan juga projek yang telah siap meliputi rumah
kediaman mewah, kemudahan bangunan sekitar lebuhraya, bangunan rekreasi
sehinggalah bangunan kajian dan pembangunan.

Pada tarikh Januari 1994, firma Hilmi Faridah Arkitek ini merupakan satu
syarikat persendirian tetapi telah membangun dengan jayanya sepanjang 6 tahun
kewujudannya di dalam arena seni bina ini. Hilmi.Faridah Arkitek Sdn. Bhd.
Diharapkan akan sentiasa mengecapi kejayaan dan sentiasa bersaing untuk
membuat rekaan yang seiring dengan teknologi yang sentiasa berubah dengan
kehendak rekaan dan seni bina dunia.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

2.2.3 Ahli Lembaga Pengarah

AR. HAJI MOHD HILMI BIN HAJI YUSOF

Nama : Mohd Hilmi Bin Hj Yusoff

Tarikh Lahir : 20 Julai 1955

Kelulusan Profesional : Dip.Arch. (ITM).AA Dipl. (London).

: (RIBA Part 1 & 2) (LAM/PAM Part 3)

Keahlian Profesional : Ahli Lembaga Arkitek Malaysia

: A / M 40

: (Ahli Koporat) Pertubuhan Arkitek Malaysia

: M 948

: Ahli Tetap ARKIM, Pertubuhan Usahawan


Arkitek Melayu Malaysia

Pendidikan : 1980-1984 (AA School of Architecture)

Penganugerahan : PAM Architectural Award 1993

Design Excellence in Interior Design 1993

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

AR. HAJAH FARIDAH HASNI BINTI RAMLI

Nama : Faridah Hasni Binti Ramli

Tarikh Lahir : 20 Mei 1955

Kelulusan Profesional : Dip.Arch. (UTM).AA Dipl. (London).

: (RIBA Part 1 & 2) (LAM/PAM Part 3)

Keahlian Profesional : Ahli Lembaga Arkitek Malaysia

: A / F 16

: (Ahli Korporat) Pertubuhan Arkitek Malaysia

: M 954

Pendidikan : 1980-1984 (AA School Architecture)

Penganugerahan : PAM Architectural Award 1993

Design Excellence in Interior Design 1993

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

2.3 Aktiviti organisasi

Firma ini mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi dalam bidang
hiasan dalaman, rekaan dan juga pengurusan projek. Oleh itu setiap rekaan akan
diusahakan untuk mendapat penyelesaian yang terbaik demi kepuasan semua
pihak.

Skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma Hilmi.Faridah Arkitek Sdn. Bhd
ialah :

 Rekaan ( Hiasan Dalaman ) :

o Kajian dan penyelidikan menyeluruh di tapak

o Kajian pra-rekaan

o Aspek hiasan dalaman- pelan susun atur ruang

o Hiasan dalaman korporat

o Hiasan dalaman kediaman dan kemudahan istirehat

o Rekaan seni bina

o Dokumen pembinaan

 Pengurusan Projek :

o Anggaran kos

o Sasaran perancangan projek

o Pentadbir projek

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

2.4 Carta Organisasi

MOHD HILMI YUSOFF FARIDAH HASNI RAMLI

EXECUTIVE MANAGING DIRECTOR


CHAIRMAN
(Principal Architect)
(Principal Architect)

DESIGN/CADD ADMINISTRATION
DEPARTMENT DEPARTMENT

JEFRIDIN ABDULLAH LATIFAH OTHMAN

(Technical Manager) (Chief Operating


Oficer)

MOHD FARIZ HILMI MOHD FAIZ ISMAIL HAYATI

(Project Architect) (Project Architect) (Secretary)

SUHAINA
MOHD NUBLI ALI NUR ILANI HILMI
(Architecture
(Project Architect) (Project Architect) Secretary)

MUHD NAZA AIZAT ROHANA SAMAD

(Technical (Technical
Assistant) Assistant)

SITI NOR AMINAH MOHD SOBRI ZAIN

(Draughtmen) (Draughtmen)

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

2.5 Antara Aktiviti/Senarai Projek HFA

 Pusat Komersial

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan 31 Unit Rumah Kedai Yang


Mengandungi 25 Unit Rumah Kedai 3 Tingkat dan 6 Unit Rumah Kedai 4
Tingkat Di Sektor A 12-A, Di Atas Pecahan lot 23313 (G.3380) Di Bandar
Baru Sri Damansara, Mukim Sungai Buluh, Daerah Petaling, Selangor Untuk
Teuan Sri Damansara Sdn. Bhd.

 Cadangan Pembangunan 124 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Dan 3


Tingkat dan 18 Unit Banglow di A-12, Bandar Sri Damansara Selangor
Untuk Tetuan Sri Damansara Sdn. Bhd.

 Cadangan Membina 13 Blok Rumah Pangsa Kos Rendah 5 Tingkat Hingga


14 Tingkat Mengandungi 1680 Unit Kediaman Di Atas Sebahagian Lot 503
(Tanah Kerajaan) Di Bawah Progam Perumahan Rakyat Di Jalan Lapangan
Terbang Lama, Sungai Besi Kuala Lupur Untuk Tetuan Jabatan Perumahan
Negara.

 Cadangan Pembinaan Ibu Pejabat Institut Penyelidikan Hidraulik


Kebangsaan (NAHRIM), Serdang, Selangor.

 Cad. Membina Bangunan Tambahan Untuk Makmal ‘Dope Testing & Control
Centre (DTCC)’ Untuk Sukan Komanwel 1998 di U.S.M.

 Cad. Pembinaan (1 unit) Perusahaan Ringan Sesebuah 1 ½ Tingkat,


(14unit) Perusahaan Berbandung 1 ½ (44 unit) Kilang Teres 1 ½ Tingkat, (16
unit) Kedai/Pejabat 4 Tingkat di Aras Lot 1132, Bandar Johor Baharu Untuk
Tetuan Achwell Property Sdn. Bhd.

 Cad. Pembinaan 2 Menara Kembar di atas Blok Podium yang mengandungi


6 ½ Paras Letak Kereta & 1 ½ Paras.

 Cadangan Membina dan Menyiapkan Akademi Seni Kebangsaan Di Atas


Lot P.T no. 64, Seksyen 60, Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
untuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Perlancongan Malaysia.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Rumah kediaman

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Khalid Hj. Ahmad, Subang Jaya,
Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Lian fook Nyaen Taman Tun Abdul
Razak, Selangir.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Nordin Kadir and Puan Pauziah Hj.
Abdullah.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Norhisham Aziz and Dr. Zalizan Jelas,
Bandar Baru Bangi.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Tuan Hj. Abdullah at Subang Jaya,


Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Mohd. Nadzri, Section 6, Shah Alam,
Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Basheer Hassan, Section 7, Shah


Alam, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 1/2 tingkat untuk En. Mohd Hilmi Yusoff and Puan
Faridah Hasni Ramli, Section 7, Shah Alam, Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Azman & Puan Rosnah at Persiaran
Keramat Hujung.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Nordin Kadir at Sungai Buluh,


Selangor.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Sulaiman & Pn. Khadijah.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Puan Latifah at Section 9, Shah Alam.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Rosli Man and Puan Robiah hj.
Othman.

 Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Abd. Rahman Abdullah, Shah Alam,
Selangor.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Pengubahsuaian Rumah Berkembar untuk En. Gharib Onn at Subang Jaya,


Selangor.

 Pengubahsuaian Rumah Berkembar untuk Tuan Hj. Zain and Puan Azlina
Ahmad, Shah Alam, Selangor.

 Hiasan Dalaman

 Pengubahsuaian Pejabat Paper Mode, Shah Alam, Selangor.

 Pejabat untuk BBMB Property Management Bhd. 8th Floor, UBN Tower,
Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

 Rekeaan Pejabat untuk Bank for Malaysia Credit Finance.

 Rekeaan Pejabat STM – Cellular Communications Network Sdn. Bhd. 3rd.


Floor, Bangunan Paremba, Kuala Lumpur.

 Rekeaan Pejabat STM – Cellular Communications Network Sdn. Bhd. 4th


Floor, Bangunan Paremba, Kuala Lumpur.

 Pejabat untuk Celcom Technology at P.J. Industrial Park, Jalan Kemajuan,


Petaling Jaya.

 Celcom New Regional and Branch Office for Celcom Johor at Wisma
Zainah, Johor.

 Pejabat cawangan untuk Celcom di Batu Pahat, Johor.

 Pejabat cawangan untuk Celcom di Melaka.

 Pejabat cawangan untuk Celcom Butterworth di Penang.

 Pejabat cawangan untuk Celcom di Langkawi, Kedah.

 Kerja-kerja Ubahsuaian Cawangan Imigresen Bandaraya Di Komplek


Wilayah, Kuala Lumpur.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Kerja-Kerja Ubahsuaian Pejabat Penguatkuasa Kementerian Perdaganan


dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna Cawangan Wilayah Persekutuan,
Tingkat 12 dan 14, Plaza Pekeliling, Kuala Lumpur

 Cadangan Kerja-Kerja Susunatur Pejabat & Kaunter Zakat untuk Pusat


Pungutan Zakat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Aktiviti Mingguan

Minggu/Tarikh/Projek Tugas yang dilakukan

Minggu 1  Mula melaporkan diri di bahagian


Human Resource yang dikendalikan
12 Januari - 16 Januari 2009
oleh Pn Latifah selaku Ketua
Pegawai.

CAHAYA SPK CLUBHOUSE  Diberi penerangan mengenai firma


oleh Pn Latifah.

 Pemahaman mengenai latar


belakang firma, kakitangan firma
dan peraturan dalam firma tersebut.

 Penerangan tentang projek yang


sedang dijalankan.

 Membantu menyiapkan perincian


tangga dan susuran tangga untuk
rumah kelab.

 Belajar akan penggunaan saiz


garisan dan juga penggunaan warna

 Belajar mencetak lukisan yang telah


disiapkan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Minggu 2  Menyesuaikan diri bersama dengan


kakitangan yang lain dengan
19 Januari - 23 Januari 2009
bertanyakan akan perincian yang sedang
dilakukan

CAHAYA SPK CLUBHOUSE  Diberi tugasan untuk membuat kajian


akan saiz dimensa padang permainan
tennis, padang permainan squash.

 Meningkatkan lagi kemahiran akan


penggunaan senarai arahan didalam
perisian AutoCadd yang diajar oleh staff
lain.

 Belajar menggunakan mesin pengimbas


dan mengimbas lukisan untuk
dimasukkan didalam persembahan

 Menyiapkan tugasan yang diberikan


mengenai perincian tangga dan susur
tangga

 Mula membuat perincian untuk kabin wap

 Membuat kajian mengenai kabin wap

 Belajar menjadikan lukisan AutoCadd


kepada gambarajah untuk penwarnaan
bahan-bahan.

Minggu 3  Mewarna lukisan untuk penghantaran


perincian.
26 Januari 2009-30 Januari 2009
 Membuat keratan rentas untuk bumbung,

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

saluran air hujan, dan juga perincian


rangka bumbung.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 Melipat lukisan untuk penghantaran.

Minggu 4  Berbincang dengan arkitek projek


berkenaan no lot rumah untuk
2 Februari 2009-6 Februari 2009
dimasukkan ke dalam senarai jenis
rumah.

SPK LOW COST  Mewarna pelan, pandangan hadapan,


keratan dan pandangan sisi bagi projek
BANGI HEIGHTS
banglo.

 Mengasingkan nombor ptd pada setiap


pelan dan jadual.

 Menambah spesifikasi ke dalam


perincian tandas dan mengemaskini
lukisan.

 Mencetak lukisan yang dibuat untuk


semakan

 Mengubah spesifikasi pada perincian


pagar hadapan dan warnakan mengikut
warna bahan yang digunakan

 Lipat lukisan yang telah siap dicetak


untuk penghantaran.

Minggu 5  Menyambung kerja-kerja perincian kabin


wap dan juga padang permainan squash
9 Februari 2009-13 Februari 2009
 Mencari di dalam internet untuk
CAHAYA SPK CLUBHOUSE
maklumat mengenai padang permainan
tennis
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Menggunakan mesin pengimbas untuk


mengimbas lukisan.

 Memperoleh perincian daripada


perunding berkenaan kabin wap dan
membaiki perincian yang telah dilakukan.

Minggu 6  Sambung membuat perincian untuk


padang permainan squash.
16 Februari 2009-20 Februari 2009
 Mengubah susun atur ruangan dalaman
mengikut kehendak klien
TDC 133
 Mengira keluasan bagi kawasan yang
KPTM CHERAS disewakan dan kawasan peredaran
pejalan kaki
DATO’ MD ZIN
 Mula membuat perincian untuk rumah
pengawal dan pagar belakang kediaman

 Menukar pelan AutoCadd kepada lukisan


3 dimensi untuk pembentangan kepada
pihak kementerian.

 Mewarna kawasan peredaran pejalan


kaki pada setiap pelan untuk
membezakan dengan kawasan yang
disewakan.

Minggu 7  Membuat lukisan 3 dimensi untuk


auditorium supaya lebih nampak akan
23 Februari 2009-27 Februari 2009
penggabungan antara tingkat 2 dan
tingkat 3.

KPTM CHERAS  Mewarna lukisan pelan lantai di dalam


perisian Adobe Photoshop untuk

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

TDC 133 pembentangan

 Membaiki lukisan secara manual


( lukisan yang telah dicetak tetapi
mempunyai sedikit kesalahan padanya )

Minggu 8  Memperbaiki lukisan seperti yang telah di


komen oleh Majlis Bandaraya Shah
3 Mac 2009-6 Mac 2009
Alam.

 Sambung membuat perincian untuk


CAHAYA SPK CLUBHOUSE padang permainan tennis

 Baiki perincian berdasarkan apa yang


telah diberi oleh perunding berkenaan
padang permainan tennis

 Mula membuat perincian untuk rumah


stesen Tenaga Nasional Berhad

 Pergi ke Majlis Bandaraya Shah Alam


untuk penyerahan lukisan yang telah
dibuat

Minggu 9  Sambung membuat perincian mengenai


rumah stesen Tenaga Nasional Berhad
9 Mac 2009-13 Mac 2009
 Mula mewarna pintu hadapan rumah
kediaman.
CAHAYA SPK CLUBHOUSE
 Menolong staff lain untuk melipat lukisan
BANGI HEIGHTS yang telah siap dicetak

 Membuat slaid pembentangan


MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

SMK BEHRANG menggunakan perisian Microsoft Power


Point untuk ditunjukkan kepada klien.

 Mewarna pelan lantai di dalam perisian


Adobe Photoshop

 Menyiapkan lukisan perincian rumah


stesen Tenaga Nasional Berhad

Minggu 10  Sambung membuat perincian rumah


stesen Tenaga Nasional Berhad
16 Mac 2009-20 Mac 2009
 Mula membuat perincian untuk khemah
badwi
CAHAYA SPK CLUBHOUSE
 Mula membaiki lukisan mengenai
DATO’ MD ZIN perlbagai perinciann khas.

SMK BEHRANG  Mula melipat lukisan yang telah siap


dicetak

 Sambung mewarnakan pintu pagar


hadapan rumah kediaman

Minggu 11  Mencetak dan melipat lukisan yang telah


siap
23 Mac 2009-27 Mac 2009
 Mula mewarna lukisan untuk rumah
stesen Tenaga Nasional Berhad
J – SHOP
 Membaiki lukisan rumah stesen Tenaga
SMK BEHRANG Nasional Berhad ( pelan bumbung )

CAHAYA SPK CLUBHOUSE  Sambung membaiki lukisan rumah stesen

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

UKM Tenaga Nasional Berhad

 Mereka rupabentuk rumah stesen Tenaga


Nasional Berhad untuk rumah kelab

 Mewarna lukisan bilik lift dan bilik motor


lift ( pandangan, pelan, dan keratan )

 Membuat jadual kemasan untuk rumah


kelab dan menukar blok tajuk lukisan

 Belajar untuk membuat fail berformat PDF


sambil ditunjuk ajar oleh staff lain

Minggu 12  Membaiki lukisan untuk penghantaran


( rumah pengawal, pintu pagar hadapan,
30 Mac 2009-3 April 2009
kebuk sampah, rumah stesen Tenaga
Nasional Berhad, perhentian bas, tandas,
lapangan permainan )
SMK BEHRANG
 Menambah simbol bomba dalam lukisan
untuk penghantaran kepada pihak
penguasa BOMBA

 Mengira keluasan lantai untuk perjalanan


pihak BOMBA )

Minggu 13  Sambung mengira keluasan untuk


BOMBA.
6 April 2009-10 April 2009
 Sambung melipat lukisan yang telah siap
dicetak
SMK BEHRANG
 Mula membuat perincian untuk papan
tanda dan pagar sementara

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Mula membuat pelan lantai untuk susun


atur bangunan sementara

 Mula membuat perincian untuk papan


tanda, pagar sementara, dan bangunan
sementara

 Belajar membuat “ setting out plan “

 Mula membuat garisan rujukan grid

 Semak lukisan dengan pengurus teknikal


dan buat pembetulan pada lukisan

Minggu 14  Belajar mengenai pelan pindaan


kepada pelan lulus
13 April 2009 – 17 April 2009
 Mengubah dan membaiki lukisan
(ruang tandas, bumbung serambi,
TDC 133 (PKPL) pelan lantai )

Minggu 15  Sambung membaiki lukisan


(bumbung serambi dan pelan lantai )
20 April 2009 – 24 April 2009
 Menolong staff lain melipat lukisan

 Menambah label ruang pada pelan


TDC 133

 Membaiki lukisan secara manual dan


KLUSTER VILLA CAHAYA SPK
mewarna lukisan tersebut

 Menukar susun atur ruangan pada


pelan

 Menambah spesifikasi pada lukisan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Minggu 16  Sambung membaiki lukisan


(menambah spesifikasi )
27 April 2009 – 30 April 2009
 Belajar mengenai asal usul, jenis
jubin-jubin yang ada
TDC 133 ( PKPL )
 Mewarna lukisan untuk penghantaran
DYNASTY VIEW
 Sambung membaiki lukisan ( pintu
dan tingkap )

 Sambung membaiki lukisan ( serambi


dan pembahagian ruang )

Minggu 17  Sambung membaiki lukisan ( serambi


dan pembahagian ruang )
3 Mei 2009 – 8 Mei 2009
 Sambung membaiki lukisan ( pintu
dan tingkap )
TDC 133 ( PKPL )
 Sambung membaiki lukisan ( tambah
DYNASTY VIEW spesifikasi )

 Pergi melawat tapak ( mengambil


gambar dalaman, luaran, dan cara
kerja binaan yang dilakukan )

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Mengumpul maklumat di tapak untuk


diubah didalam lukisan AutoCadd

 Menghadiri mesyuarat tapak secara


tidak formal ( tidak terlibat dalam
pemberian idea )

 Menukar “ louvres “ kepada blok kaca

 Menukar “ sliding door “ kepada “


folding door “

 Mengubah site plan perumahan


(menukar jenis bumbung yang
Minggu 18
digunakan)
11 Mei 2009 – 15 Mei 2009
 Sambung membaiki lukisan (menukar
“louvres” kepada blok kaca, menukar
“sliding door” kepada “folding door”
DYNASTY VIEW
 Menolong staff lain untuk membuat
TDC 133 ( PKPL )
lukisan SnP ( diperlukan dengan
BANGI HEIGHTS segera untuk urusan yang lain )

 Menukar saiz dimensa jubin dinding


yang digunakan

 Mencetak lukisan yang telah siap


dibuat

 Sambung menukar saiz dimensa


jubin yang digunakan
Minggu 19
 Menolong staff lain untuk menjadikan
18 Mei 2009 – 22 Mei 2009
lukisan AutoCadd kepada lukisan
berformat jpeg

BANGI HEIGHTS  Sambung membaiki lukisan (menukar


pintu dan tingkap pada pandangan
TDC 133 ( PKPL )
belakang )

 Mula membuat lukisan SnP

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Mengajar staff lain bagaimana


penggunaan mesin pengimbas

 Arkitek projek membuat kelas


mengenai jenis bumbung, harga
bumbung dan juga penggunaan
bumbung tersebut

 Mengemas bilik sampel

Minggu 20  Sambung membuat lukisan SnP

25 Mei 2009 – 29 Mei 2009  Membaiki lukisan SnP ( pandangan


hadapan, “sliding door” ditukar
kepada tingkap bingkai aluminium,
TDC 133 ( PKPL ) membaiki keratan bangunan )

DYNASTY VIEW  Membaiki kebuk sampah ( pelan,


pandangan, keratan )
SPK SUNCITY 196
 Membaiki lukisan secara manual
BANGI HEIGHTS

 Arkitek projek menerangkan akan


alatan kebersihan yang digunakan

Minggu 21  Sambung mewarna lukisan untuk


penghantaran
1 Jun 2009 – 5 Jun 2009
 Membuat pelan tapak untuk
perletakan tong sampah bahan
SPK SUNCITY 196 binaan

UKM  Mencetak dan melipat lukisan yang


telah siap dibuat
BANGI HEIGHTS
 Membaiki blok tajuk secara manual
TDC 133 ( PKPL )

 Sambung membaiki lukisan pindaan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

kepada pelan lulus

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Minggu 22  Melawat tapak untuk pemeriksaan


terakhir berkenaan pindaan yang
8 Jun 2009 – 14 Jun 2009
telah dilakukan

 Membaiki lukisan yang telah dibuat


TDC 133 ( PKPL ) berdasarkan keadaan sebenar di
tapak

 Sambung membuat lukisan pindaan


kepada pelan lulus

 Lukisan yang telah disiapkan


diberikan kepada staff lain untuk
proses pencetakan dan tindakan
lanjut yang lain

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

3.2 KESIMPULAN KESELURUHAN

Sepanjang menjalani Latihan Industri di sini lebih kurang enam bulan, ia


banyak mengajar saya dengan lebih mendalam mengenai kursus yang saya ambil
di Politeknik Sultan Idris Shah ( PSIS ). Walaupun latihan ini cuma mengambil masa
yang singkat, tetapi banyak pengalaman, pengetahuan dan perkara-perkara yang
baru yang dapat saya perolehi dan pelajari di firma berkenaan.

Contoh yang ketara ialah penguasaan Autocadd saya semakin baik setelah
menimba banyak pengalaman sepanjang berada di sini. Tentunya pengalaman-
pengalaman seperti ini tidak saya perolehi di Politeknik kerana suasana dan
persekitaran sahaja sudah banyak memberikan perbezaan.

Selain itu, pengetahuan-pengetahuan yang baru yang telah saya perolehi di


sini ialah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh arkitek. Tugas-tugas pelukis
pelan juga telah saya pelajari di firma ini. Pengalaman pergi menghantar lukisan
kepada pihak bandaraya banyak mengajar saya cara-cara berinteraksi bersama
dengan mereka untuk mereka dan menyesuaikan sesuatu bangunan yang direka
dengan kehendak dan mengikuti piawaian yang telah diberikan.

Akhir sekali, segala pelajaran yang saya perolehi disini akan saya praktikkan
di politeknik kelak untuk terus maju dan cemerlang seiring dengan dunia senibina
yang semakin mencabar ini.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 4 : ARKITEK

4.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ARKITEK

Arkitek merupakan seorang yang profesional dan berkelayakan tinggi untuk


menolong anda mentafsirkan keperluan bangunan kepada kenyataan. Selepas lima
hingga ke tujuh tahun mendapat pendidikan peringkat Universit serta latihan industri
amali, seseorang graduan akan memohon untuk mendaftar dengan Lenbaga Arkitek
Malaysia (LAM). Sebelum menjadi arkitek, graduan arkitek itu perlu bekerja mencari
pengalaman lebih kurang tiga tahun dimana dalam tempoh dua tahun itu, beliau
boleh mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

Setelah cukup tempoh tiga tahun, arkitek bahagian kedua boleh mengambil
peperiksaan bahagian tiga LAM-PAM. Setelah lulus, ini membolehkan beliau
mambuka syarikat sendiri atau berkongsi dan bersedia untuk memulakan
perkhidmatan profesionalnya. Seseorang arkitek berdaftar akan diupah oleh klien
untuk mereka bentuk bangunan dan menjalankan projek. Setiap pembangunan
yang hendak dilakukan mestiah mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak
berkuasa bangunan. Setelah diluluskan barulah projek itu boleh dijalankan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

4.2 KENAPA PERLU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ARKITEK

Arkitek bertugas sebagai penasihat dan menjadi orang kepercayaan bagi


menjalankan projek seseorang. Sebagai seorang profesional dalam merekabentuk
bangunan, arkitek mempunyai hubungan rapat dengan industri pembinaan. Beliau
akan menyelaraskan semua aspek kejuruteraan dan perkhidmatan bangunan yang
diperlukan bagi memenuhi kehendak seseorang klien.

Dengan pengetahuan yang diketahui mengenai tapak, bangunan-bangunan


dan juga peraturan-peraturan, beliau boleh menjelaskan keperluan sesuatu projek,
mengkaji dan mengutarakan sesuatu cadangan yang kukuh. Dengan pengetahuan
yang luas dari segi bahan binaan, masalah-masalah tentang pemilihan kesemuanya
akan dirujuk kepada klien.

Arkitek menjadi agen kepada klien bagi menyerahkan lukisan-lukisan untuk


kelulusan perancangan bandar dan bangunan. Beliau juga akan memilih dan
menganugerahkan tender kepada kontraktor, pengurusan kontrak dan menolong
mendapatkan sijil layak menduduki bangunan tersebut.

Arkitek juga akan membantu menguruskan projek anda sehingga siap dibina.
Beliau bertanggungjawab bagi mengawasi projek yang dijalankan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

4.3 SYARAT-SYARAT SEORANG ARKITEK

4.3.1 Perkhidmatan Profesional.

Arkitek mestilah memberi perkhidmatan profesional kepada pelanggan


seperti terkandung di dalam Akta Syarat 1986 (skil bayaran minima) dan
hendaklah merancangkan serta melaksanakan tugas, bermula di peringkat
awal sehingga diperingkat akhir iaitu selesai projek pembinaan.

4.3.2 Perlantikan Konsultan oleh Pelanggan

Seorang arkitek hendaklah menasihati pemilik atau pelanggan akan


keperluan mana-mana projek atau bahagian yang dipersetujui. Konsultant
tersebut akan dilantik dan dibayar oleh pelanggan. Ianya tidak akan
menjejaskan skil bayaran seorang arkitek

4.3.3 Perlantikan Konsultan

Kemungkinan arkitek perlu melantik konsultannya sendiri seandainya ia


dipersetujui oleh pelanggan. Sekiranya dilantik secara berasingan,
pembayaran mereka hendaklah melalui arkitek tanpa melibatkan
pengurangan dalam skil pembayaran arkitek.

4.3.4 Koordinasi Kerja-Kerja Arkitek

Arkitek perlu mengarah dan koordinasi semua konsultan yang terlibat bagi
memastikan jadual pembinaan projek tersebut dipatuhi. Sama ada
perlantikan konsultan adalah dengan cara 4.3.2 atau 4.3.3

4.3.5 Tidak bertanggungjawab terhadap perlantikan konsultan oleh


pelanggan

Seandainya konsultan dilantik oleh pelanggan untuk mana-mana projek


seperti cara nombor 4.3.2, arkitek tidak akan bertanggungjawab terhadap
prestasi kelakuan, pembatalan atau sebarang kontrak oleh konsultan
tersebut

4.3.6 Bertanggungjawab terhadap kepada konsultan yang dilantik

Arkitek bertanggungjawab terhadap prestasi, perlakuan atau pembatalan


konsultan yang dilantiknya bagi mana-mana projek seperti cara dalam
perkara 4.3.3

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

4.3.7 Persetujuan Pelanggan

Arkitek swasta perlu mendapat persetujuan dengan secara bertulis terhadap


perkhidmatan profesionalnya di mana ia diperlukan sebelum perkhidmatan
asas atau tambahan dilakukan.

4.3.8 “Variator Oder”

Arkitek mempunyai kuasa bagi mengeluarkan arahan atau “variator order”


termasuk dalam penukaran rekabentuk tanpa persetujuan pelanggan
terlebih dahulu, dengan syarat:

 Arahan adalah perlu atas sebab-sebab pembinaan

 Pelanggan diberitahu akan arahan tersebut secepat mungkin

 Arahan tersebut tidak akan melibatkan tambahan kos melebihi harga


kontrak yang telah dipersetujui oleh pelanggan

4.3.9 Pengawasan Kerja

Arkitek perlu mengawasi kerja dari masa ke semasa. Sekiranya perlu arkitek
mengesyorkan kepada pelanggan supaya menggajikan kerani tapak atau
arkitek tapak dimana kos pengajian ditanggung oleh pelanggan

4.4.0 Anggaran Kos dan Masa

Arkitek akan menetapkan anggaran kos dan tempoh menyiapkan kontrak


oleh pemborong dan memberitahu pelanggan sebarang perubahan
barangan di dalam anggaran kos dan masa

4.4.1 Pelanggan dan Maklumat

Pelanggan hendaklah memberitahu arkitek semua maklumat yang perlu


mengikut kehendaknya untuk projek tersebut bagi membolehkan arkitek
meneruskan kerja termasuk undang-undang jurukur dan lain-lain yang
dipersetujui oleh arkitek di dalam perjanjian

4.4.2 Wakil Pelanggan Yang Sah

Pelanggan hendaklah melantik wakil yang sah sekiranya perlu untuk kerja-
kerja yang terlibat dalam projek tersebut

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

4.4.3 Arahan Kepada Kontraktor

Pelanggan hanyalah boleh memberi arahan kepada pemborong melalui


arkitek untuk kerja-kerja di dalam projek tersebut

4.4.4 Pelanggan dan Keputusan Segera

Pelanggan hendaklah membayar semua wang dan cagaran yang terlibat


dengan mengemukakan pelan kepada Majlis Perbandaran. Penukaran hak
milik kepada bangunan atau kelulusan yang diperlukan oleh Majlis
Perbandaran hendaklah disiapkan dalam tempoh jangkamasa yang
munasabah supaya tidak melewatkan pengurusan projek tersebut

4.4.5 Pembatalan Perlantikan

Perjanjian perlantikan di antara arkitek dan pelanggan boleh dibatalkan oleh


mana-mana pihak dengan memberi notis selama enam puluh hari atau satu
tempoh yang telah dipersetujui oleh pelanggan arkitek

4.4.6 Arkitek dan Akuan

Arkitek hendaklah mengemukakan akuan kepada pelanggan untuk bayaran


selebihnya bersama-sama apa-apa tuntutan yang masih ada untuk bayaran
balik tidak lebih dari tiga puluh hari daripada tarikh pembatalan perjanjian

4.4.7 Perlantikan Arkitek Lain

Sekiranya berlaku pembatalan perjanjian diantara arkitek dengan pelanggan


bukan disebabkan kesalahan mana-mana pihak berdasarkan hak
pembatalan perjanjian, pelanggan hendaklah membayar balik bayaran
selebihnya apabila surat perjanjian dikeluarkan dan pelanggan berhak
arkitek-arkitek lain untuk meneruskan projek

4.4.8 Cetakan Semula

Berdasarkan Akta Hak Cetak Semula 1969, cetak semula semua dokumen
dan lukisan yang dihasilkan oleh arkitek termasuk kerja dokumen dan
lukisan tersebut menjadi hak milik arkitek melainkan telah dipersetujui oleh
arkitek dan pelanggan
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

4.4.9 Hak Cetakan Semula

Apabila telah memulakan kerja sehingga kontrak dokumen dan menerima


bayaran profesional, pelanggan berhak mencetak semula dan menggunakan
mana-mana rekabentuk asal untuk kerja-kerja pembaikkan, pembaharuan,
penambahan dan merekabentuk semula

4.5.0 Perselisihan dan Orang Tengah

Sekiranya berlaku sebarang perselisihan antara arkitek dengan pelanggan


semasa atau selepas kerja bermula dalam perjanjian mana-mana pihak.
Kedua-dua pihak mestilah memberi notis bertulis kepada pihak yang lagi
satu yang menyatakan sebab perselisihan dan cara penyelesaian. Kedua-
dua pihak boleh melantik orang tengah. Sekiranya gagal dalam tempoh 14
hari dari tarikh notis, kedua-dua pihak boleh mengemukakan kepada
presiden “board of architects” untuk melantik orang tengah dimana
keputusannya adalah mutlak terhadap arkitek dan pelanggan

4.5.1 Pembatalan Perjanjian

Setelah berlaku pembatalan perjanjian di antara arkitek dengan pelanggan


dan penyelesaian mana-mana patut setelah menerima jaminan yang
dipersetujui, arkitek hendaklah memberi pelanggan salinan lukisan dan
spesifikasi projek tersebut yang ada dalam simpanan arkitek

4.5.2 Kematian atau Ketidakbolehan Arkitek

Seandainya berlaku kematian atau ketidakbolehan arkitek, eprjanjian arkitek


hendaklah dianggap batal dengan sendirinya. Setelah pembayaran dibuat
oleh pelanggan, maka pelanggan berhak menggunakan lukisan-lukisan atau
dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh arkitek tersebut asalkan ia
digunakan seperti tujuan asal.

BAB 5 : SUSUN ATUR PROJEK

Melaksanakan sesuatu projek mempunyai beberapa prosedur atau


peraturan dan langkah yang harus dipatuhi bagi menjamin kelancaran,
kejayaan serta mencapai matlamat AP iaitu memberi kepuasan kepada
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

pelanggan. Oleh yang demikian, arkitek dan pihak-pihak tertentu akan


melalui beberapa prosedur seperti di bawah :

5.1 CARA PROJEK DIPEROLEHI

5.1.1 MELALUI RAKAN DAN KENALAN

Projek seperti kebiasaannya kecil-kecilan sahaja dan kosnya juga


tidak terlalu tinggi. Biasanya ia kurang dari satu juta dan merupakan hak
milik individu. Ia merangkumi projek-projek seperti rumah banglo, tambahan
rumah, ubahsuai rumah dan banyak lagi.

5.1.2 CARA PROMOSI

Cara ini merupakan satu cara pengiklanan diri arkitek itu sendiri dan
syarikatnya kepada institusi-institusi besar bagi mendapatkan projek-projek
yang lebih bernilai berjuta-juta ringgit

5.1.3 TENDER BERSAMA PEMBORONG ATAU PEMAJU

Biasanya tender cara ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar. Arkitek


dan kontraktor akan mengemukakan saranan, cadangan untuk bersaing
dengan pemaju yang lain. Peluan untuk mendapatkan projek dengan cara ini
adalah agak mencabar kerana terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat
yang lain

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

5.2 SETELAH PROJEK DIPEROLEHI

Pada peringkat awal, pelanggan akan berbincang dengna arkitek


mengenai kreativit-kreativiti yang dikehendaki bagi projek tersebut. Setelah
itu, arkitek akan membuat lakaran kasar dan membuat anggaran kasar
mengenai perbelanjaan projek tersebut. Adakala arkitek mendapat
pandangan daripada jurutera mengenai rekabentuknya yang diebabkan ia
berkaitan dengan struktur bangunan yang akan dibina itu

Pelanggan akan menilai rekabentuk tersebut. Sekiranya dipersetujui,


tarikh untuk mengeluarkan tender akan ditetapkan. Arkitek akan mengarah
pelukis pelan untuk memulakan lukisan kerja. Semasa proses lukisan kerja
dilakukan kemungkinan akan ada pindaan dilakukan pada pelan mengikut
kehendak pelanggan, jurutera mahupun pihak berkuasa tempatan.

Setelah lukisan kerja disiapkan, arkitek atau pembantunya akan


menyemak semula pelan tersebut. Setelah disemak barulah lukisan ini
dicetak dan dikemukakan kepada Jabatan Perancangan Bandar dan
Bangunan untuk diluluskan. Syarat-syarat kelulusan pelan yang ditetapkan
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Bangunan adalah berbeza sedikit
bagi setiap negeri. Jabbatan Perancangan Bandar dan Bangunan akan
meneliti pelan yang akan dikemukakan dan mengambil masa yang agak
lama untuk meluluskannya

Proses diperingkat ketiga iaitu memulakan lukisan butiran atau


perincian bagi projek tersebut. Dalam proses ini, arkitek akan
mencadangkan jenis bahan yang dikehendakinya. Kemudian jurukur bahan
akan menilai anggaran kos yang akan dikeluarkan berpandukan kepada
lukisan-lukisan tersebut.

Penyebaran tender pula akan dibuat melalui akhbar-akhbar atau


arkitek akan memilih beberapa syarikat kontraktor bagi tujuan tender. Tarikh
tutup tender akan ditetapkan di mana semua kontraktor terlibat perlu
menyerahkan penilaian mereka sebelum tarikh yang ditetapkan. Hanya
salah satu daripada kontraktor tersebut akan berjaya mendapatkan tender
tersebut berdasarkan mutu dan kualiti pembinaan mereka.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Dokumen kontrak akan dibuat bagi pihak yang terlibat. Setelah


selesai dokumen kontrak kerja maka kerja pembinaan bangunan bolehlah
dijalankan. Sbearang masalah berkaitan dengan projek, kontraktor akan
merujuk kepada arkitek dan arkitek pula akan berbincang dengan
pelanggannya.

Arkitek perlu mengawasi perjalanan pembinaan projek agar tidak


berlaku penyelewengan oleh kontraktor. Tempoh pembinaan siap telah
ditetapkan ketika penyerahan tender dibuat, sekiranya gagal menyipakan
maka kontraktor hendaklah membayar denda atau ganti rugi kepada
pelanggan bergantung kepada jumlah hari kelewatan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 6 : PENYERAHAN PELAN ( SUBMISSION DRAWING )

6.1 PENGENALAN

Prosedur penyerahan pelan kepada pihak-pihak yang


bertanggungjawab adalah sangat penting dan ia wajib dilakukan untuk
mendapatkan kebenaran dari pihak-pihak tersebut sebelum pembinaan
dijalankan. Diantara pihak yang bertanggungjawab mengikuti sesebuah
pembinaan-pembinaan bangunan adalah Majlis Perbandaran, Majlis Daerah,
Jabatan Kerja Raya dan Pihak Bomba mengikut negeri masing-masing.

Setelah sesebuah lukisan kerja siap sepenuhnya, satu salinan


lukisan “submission” mestilah ditunjukkan kepada pihak Majlis Perbandaran,
Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan Pihak Bomba untuk dianalisa
mengikut prosedur samada sesebuah bangunan itu boleh didirikan ataupun
tidak

Untuk memasukkan pelan kepada jabatan-jabatan tersebut,


sesebuah syarikat arkitek yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut
mestilah mengisi borang standard yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut
mengikut negeri masing-masing.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

6.2 BORANG UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984

Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 ada menyediakan


borang-borang untuk memasukkan pelan ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ) dan
Majlis Daerah. Borang-borang ini perlu disertakan bersama-sama salinan
pelan lukisan kerja sesebuah bangunan. Borang-borang ini amat penting
untuk mendapatkan kelulusan pelan tersebut dari pihak Majlis Daerah dan
JKR.

Borang A : Perakuan pelan-pelan bangunan / struktur. ( Bagi


endosemen pelan-pelan untuk dikemukan untuk
diluluskan ). Orang yang mengemukakan ialah orang
yang berkelayakan dan bertanggungjawab bago
endosemen atas pelan-pelan seperti pelukis pelan
atau arkitek yang berlesen

Borang B : Notis mengemukakan / menyambung semula kerja


pembangunan ( Undang-undang kecil 22 (1) dan 22
(2)

Borang C : Notis siap pancang tanda ( undang-undang kecil 23 )

Borang D : Notis siap tapak ( undang-undang kecil 25 (1) )

Borang E : Permohonan bagi pengeluaran sijil kelayakan bagi


bangunan (Undang-undang kecil 23)

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

6.3 BORANG – BORANG DARI MAJLIS PERBANDARAN

Borang-borang penyerahan pelan untuk Majlis Perbandaran


berlainan dari Majlis Daerah dan JKR. Jadi untuk penyerahan pelan ke
Majlis Daerah, pihak arkitek perlu mengisi borang-boran yang dikeluarkan
dari jabatan ini.

Diantara borang-borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan,


Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) ialah borang MBSA/B/1/84 Pind
MBSA/B/2/1984 Pind 2, MBSA/B/14/79 Pind 1/98, dan MBSA/B/4/87

MBSA/B/1/84 : Memaklumkan mengenai butir-butir pelan


seperti alamat, batu-batu sempada adalah
mengikut pelan tapak, Q.T, geran, C.P.
disahkan dengan tandatangan Arkitek atau
Pelukis pelan dan tandatangan jurutera.

MBSA/B/2/1984 Pind 2: Borang untuk kiraan bayaran memproses


pelan. Dibawah undang-undang kecil bangunan
seragam 1984. Bagi lantai, kadar bayaran ialah
tiap-tiap 9m2 ( 100kp ) dalam ( RM ). Bagi alat-
alat sanitari pula, bayarannya mengikut kadar
bagi tiap-tiap seunit dalam ( RM ). Borang ini
juga memerlukan tandatangan dari pihak
arkitek dan jurutera,

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MBSA/B/14/79/ Pind 1/98: Merupakan borang untuk senarai semakan


laporan tapak dan cadangan. Menyatakan
mengenai loksai dengan memberitahu nama
jalan dan nama lorong beserta jaraknya.
Menyatakan mengenai tapak iaitu :

 Jumlah batu-batu sempadan lot yang dapat


dikesan dan tindakan yang diambil untuk
batu-batu sempadan yang tidak dapat
dikesan

 Jarak ke bangunan sedia ada beserta


keterangan bangunan

 Jarak ke menara lot beserta keterangan


bangunan

Menyatakan keadaan tapak, kemudahan asas


seperti jalan, bekalan elektrik, air, telefon,
lampu jalan dan longkang di kawasan tersebut.
Disahkan oleh arkitek dan jurutera

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MBSA/B/4/87: Borang-borang untuk permohonan kelulusan


pelan bangunan. Bersama-sama borang ini
perlu dilampirkan dokumen-dokumen mengenai
:

 Surat-surat carian rasmi daripada penguasa


/ pemegang tanah iaitu cabutan hak milik
tanah, Q.T (surat hak milik sementara) /
salinan geran tanah

 Surat akuan pemilik-pemilik tanah / surat


perjanjian yang disahkan / disaksi oleh
majistret / pesuruhjaya sumpah / pegawai
kerajaan A

 Salinan resit bayaran cukai bandar atau


surat pengesahan daripada ketua jabatan
penilai, MBSA. Sekiranya cukai belum
dikenakan

 Surat perintah pembangunan daripada


Jabatan Perancang Bandar

 Salinan surat teguran daripada Jabatan


Perkhidmatan Bomba, KWSB, Jabatan
Kerja Raya (Jalan), TNB, Jabatan Alam
Sekitar dan Jabatan Penerbangan Awam

 Surat akuan penerimaan pelan infrastruktur


daripada Jabatan Kejuruteraan

 Salinan surat akuan penerimaan


permohonan ubah syarat tanah daripada
Pentadbir Tanah

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Dilampirkan juga pelan-pelan yang lengkap :

 Pelan penunjuk

 Pelan tapak

 Pelan-pelan lantai bangunan

 Pelan-pelan keratan bangunan

 Pelan pandangan hadapan, pandangan


belakang, pandangan sisi kanan dan
pandangan sisi kiri bangunan

 Pelan diagram dan layout pemasangan


elektrik

 Pelan diagram dan layout pemasangan


paip-paip air dan sanitari.

 Pelan tangki septik, pelan sistem rawatan


najis berpusat

 Pelan pagar.

Kesemuanya haruslah disahkan oleh


pemohon / pemilik bangunan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

6.4 KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapat daripada bab ini ialah kerjasama


diantara pihak arkitek dan jabatan-jabatan lain amat penting kerana
setiap kerja yang dilakukan bersangkut-paut antara satu sama lain.
Saya juga banyak belajar cara untuk menyerahkan pelan kepada
pihak-pihak yang dinyatakan diatas. Selain itu cara untuk berinteraksi
dengan mereka juga dapat saya ambil dan pelajari untuk dipraktikkan
pada masa akan datang.

Saya juga banyak mengetahui mengenai borang-borang yang


patut diambil untuk menyerahkan pelan kepada Majlis Perbandaran,
Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya dan pihak-pihak lain yang terlibat
secara langsung dengan arkitek. Semua prosedur yang perlu
dilakukan oleh seseorang untuk membina kediaman juga dapat saya
pelajari di sini. Pengalaman ini semua akan saya ingat dan kongsi
bersama sahabat-sahabat di politeknik nanti.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 7 : LUKISAN KERJA

7.1 PENGENALAN

7.1.1 Maksud dan Tujuan Lukisan Kerja

Lukisan kerja bermaksud satu persembahan fizikal objek atau


bangunan di dalam bentuk grafik. Lukisan kerja boleh dibuat dengan
menggunakan kaedah manual dan komputer. Pada masa kini boleh
dikatakan seluruh firma arkitek memilih untuk membuat lukisan kerja dengan
menggunakan kaedah komputer yang lebih canggih seiring dengan zaman
yang semakin maju sekarang. Selain itu penggunaan komputer juga
mempunyai banyak kelebihan iaitu kerja yang dilakukan lebih cepat, tepat,
kemas, teratur, sempurna dan yang paling penting menjimatkan masa. Satu
program telah diperkenalkan khusus untuk membuat lukisan kerja iaitu
program AutoCadd. Dengan menggunakan perisian AutoCadd ini, tenaga
kerja dan jangka masa sesuatu lukisan itu disiapkan dapat dipendekkan.

Lukisan kerja dilakukan adalah untuk menunjukkan pembinaan


struktur bagi tempat kediaman, bangunan komersial atau rekreasi
pendidikan dan bermacam-macam lagi tujuan. Antara objektif lukisan kerja
ialah untuk mengetahui dan memahami fungsi lukisan kerja itu sendiri
khusus untuk pihak kontraktor dan pihak arkitek. Selain itu kita jugadapat
mengetahui alatan yang digunakan untuk melukis serta kegunaannya.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Lukisan kerja secara manual boleh dilakukan di dalam studio yang


dikhaskan. Studio merupakan tempat yang paling sesuai untuk membuat
lukisan kerja. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikuti semasa membuat
lukisan kerja di dalam studio. Antaranya ialah :

 “Masking tape” yang telah digunakan untuk melekatkan kertas


lukisan tidak disepahkan di atas lantai dan dibuang terus
selepas menggunakannya

 Hindari dari memotong kertas dengan menggunakan pisau di


atas meja lukisan

 Mestilah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan


untuk membawa pemanas air dan peralatan elektrik

 Pemasangan radio mestilah mendapat kebenaran majoriti


ataupun menggunakan “headfon” suapaya tidak menganggu
pengguna studio yang lain.

7.1.2 Alatan Lukisan Kerja Secara Manual

Alatan utama :

 Draughting table ( Meja lukisan )

 Parallel straight edge drafting machine (Pembaris T )

 ‘T’ Square ( Pembaris T 60cm, 90cm, 130cm )

 Set square ( Pembaris boleh laras )

 Scale ruler ( Pembaris skala. Metrik, Arkitek )

 Lettering guide ( Panduan Huruf )

 Irreguar curve ( Lengkungan )

 French Curve ( Lengkok boleh lentur )

 Technical Pen ( Pen teknikal )


MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Pencil ( Pensil berlainan gred )

 Mechanical pencil ( pensil mekanikal )

 Klip / masking tape

 Transparent tape

 Eraser ( Pemadam lembut )tra

 Drawing set ( set peralatan lukisan )

 Templates ( pencontoh )

 Tracing paper ( kertas surih )

 Razor blade ( pisau pencukur )

 Kertas lukisan

 Kertas habuk

 Kertas pasir halus

7.2 PERATURAN LUKISAN KERJA

7.2.1 Faktor-faktor keselamatan dan peraturan di dalam studio

I. Kebersihan tempat melukis dari bahan-bahan kotoran yang


mencacatkan lukisan patut dihindari

II. Lukisan hendaklah kering dan tidak lembap atau terkena bintik-bintik
air yang boleh menjejaskan permukaan lukisan

III. Cara meletakkan lukisan hendaklah betul dan tidak terdapat


permukaan yang tidak rata atau yang boleh menyebabkan
permukaan menjadi rosak

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

IV. “Draughting table” hendaklah ditutup setelah digunakan

V. Pastikan pelapik meja lukisan dalam keadaan baik

VI. Semasa melakukan kerja, jangan meletakkan papan muka meja


terlalu condong atau mendatar yang akan menyebabkan prestasi
kerja terjejas

7.2.2 Memadam

Berikut adalah beberapa cara memadam kesilapan pada lukisan yang asal :

I. Pilih pemadam yang sesuai ( jenis lembut ) supaya penggunaannya


tidak merosakkan kertas

II. “Erasing Shield” digunakan apabila melindungi bahagian yang tidak


dipadam

III. Jangan tekan terlalu kuat, ini akan menyebabkan kertas melengkung
yang terhasil daripada pemadam yang ditekan dan akan
menyebabkan kertas lukisan terkoyak

IV. Semasa memadam lukisan, pastikan kertas lukisan diletakkan di atas


permukaan yang keras dan rata untuk mendapatkan hasil padaman
yang baik

V. Gunakan berus atau kain yang boleh membuang habuk pemadam di


atas kertas lukisan

VI. Semasa menggunakan pisau pencukur, pastikan ia tidak diletakkan


merata-rata bagi mengelakkan kecedaraan dan kerosakan pada
kertas lukisan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

7.2.3 Pen Teknikal

Pastikan

I. Pen teknikal perlu berada di dalam keadaan baik sebelum lukisan


kerja dijalankan

II. Gunakan dakwat yang dibenarkan sahaja

III. Bersihkan penutup pen dan kemaskan mata pen bagi mengelakkan
dakwat terkeluar

IV. Tidak menggunakan pen teknikal diatas kertas lain selain “tracing
paper”

V. Tidak mengeluarkan mata pen dari pen teknikal, terutamanya mata


pen yang terlalu halus iaitu saiz 0.18 hingga 0.12

VI. Pen yang comot perlu dibersihkan dengan menggunakan “Ultra


Sonic Pen” atau “thinner”

7.2.4 Pensil

Pastikan

I. Pensil sentiasa tajam pada hujung mata dan tidak terdapat sebarang
kotoran yang terlekat padanya

II. Kenakan tekanan yang sekata dalam keadaan pusinfan yang sama
rata, ini bertujuan untuk mendapatkan garisan yang baik

III. Bagi pensil teknikal, jangan tekan terlalu kuat yang boleh
menyebabkan mata pensil patah

IV. Cara yang baik untuk mengasah mata pensil, gunakan kertas pasir
yang halus, manakala kertas pasir yang keras untuk membersihkan
dan melicinkan mata pensil

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

7.3 KANDUNGAN / KEPERLUAN LUKISAN KERJA

Satu set lukisan kerja yang lengkap mesti mengandungi pelan-pelan berikut :

 Pelan lokasi

 Pelan tpaak

 Pandangan hadapan

 Pandangan belakang

 Pandangan sisi kanan

 Pandangan sisi kiri

 Keratan

 Lukisan perincian :

o Bumbung

o Tandas

o Tangga

o Laluan perkhidmatan

o Laluan bertutup

o Anjung

o Susun atur bilik-bilik istimewa

o Pintu

o Tingkap

o Pengudaraan

o “Partition Wall”

o “Grilles” ( Jeriji besi )

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

o Perabot pasang dalam / pasang siap

o Susun atur pemasangna paip dan bekalan air

o Susun atur sistem pembersihan

o Pengaliran air dan permukaan

o Siling

o Pagar dan pintu pagar

 Lukisan-lukisan piawaian ( Lurang tangki najis )

 Lukisan-lukisan daripada cawangan lain

o Struktur

o Penghawa dingin

o Lif

o Pam-pam

o Alat pencegah kebakaran

o Elektrikal ( Cawangan elektrik JKR )

o Jalan ( Cawangan jalan JKR )

o Keperluan air ( Jabatan bekalan air tempatan )

o Keperluan pencegah kebakaran ( Jabatan Bomba Malaysia )

o Lukisan-lukisan daripada perunding ( jika ada )

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Lukisan kerja yang paling penting dan perlu dilukis sebelum menyerahkan
kepada klien serta kontraktor binaan ialah pelan lokasi, pelan lantai, kertan,
pandangan hadapan, pandangan belakang, pandangan sisi kanan, pandangan sisi
kiri, lukisan terperinci bangunan dan lukisan landskap. Semua lukisan ini dilukis
untuk menunjukkan dengan lebih terperinci bagi sesebuah bangunan yang hendak
dibina. Setiap lukisan mempunyai maksud yang tersendiri. “Title block” pula
kedudukannya terletak disebelah kanan lukisan.

PELAN TAPAK menunjukkan :

 Tajuk ( title )

o Contoh : Pelan tapak

 Nama bangunan yang didirikan

o Contoh : Bangunan kelas F, Kuarters

 Arah mata angin utara

 Benda-benda yang sedia ada

o Contoh : Garis batu sempadan, kontur, dan arah


susunan, bangunan- bangunan, pokok,
sungai, parit, jalan-jalan dan pagar

 Perkara-perkara baru

o Contoh : bangunan yang dicadangkan, jalan masuk

 Akan datang ( Future )

o Contoh : bangunan-bangunan yang didirikan kemudiannya

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Benda-benda yang akan dirobohkan / tebang / alihkan kedudukannya


/ haluannya

o Contoh : Bangunan yang sedia ada dirobohkan,


pkok yang sedia ada ditebang, jalan atau parit yang
sedia ada dialihkan haluannya seperti yang
ditunjukkan didalam pelan.

 Kesemua ukuran-ukuran yang penting

 Tanah-tanah potong dan tambun

 Menanam rumput

o Contoh : menananm rumput rapat, jarang untuk tanah curam,


rata

 Garisan bangunan yang dicadangkan

o Contoh : kedudukan tiang-tiang ditandakan dengan +


dan dibulatkan, verandah, laluan bertutup ( jika ada ),
parit

 Jalan

o Contoh : jalan besar dengan namanya sekali, jalan


masuk dan keluar tapak ditandakan dengan anak
panah

 Pengaliran air permukaan

o Contoh : peparit dan saiznya, arah pengaliran air


longkang mesti ditunjukkan, “225 mm wide p.c drain
laid to fall”

 Sump dan bilangannya

o Contoh : Sump 1

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Pengaliran najis

o Contoh : lurang dan bilangannya ( MH 1, MH 2 ), paip


najis dan saiznya ( 100 mm / 150 mm salt glazed
earthenware soil pipe laid to fall ), tangki najis dan
tempat penapisan najis ( tangki najis untuk 200
orang)

 Aras susunan

o Contoh : aras kemasan lantai, spot level, garisan kontur

 Pagar, pintu pagar, dan pembentung

 Garisan keratan untuk kerja-kerja tanah

 Tempat letak kereta dan bilangannya

 Pondok

 Lain-lain

o Contoh : Elevated Water Tank

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

KERATAN PELAN TAPAK menunjukkan

 Tajuk ( title )

o Contoh : KERATAN PELAN TAPAK

 Tajuk kecil

o Contoh : KERATAN A-A

 Ukuran menegak dan mendatar

 Aras susunan atau aras kemasan lantai

 Aras sedia ada di dalam bentuk garisan putus-putus

 Bezakan tanah potong dan tanah tambun dengan “shading”

 Tunjukkan kedudukan

o Contoh : Sempadan tapak, jalan, cadangan


bangunan, bangunan yang sedia ada, bangunan
yang akan didirikan kemudian, pagar dan pintu pagar,
sungai, tasik dan lain-lain

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

PELAN LANTAI menunjukkan

 Tajuk :

o Contoh : PELAN LANTAI BAWAH

 Kesemua ukuran yang penting

 Aras susunan

 Nama-nama ruang

o Contoh : Family area, dining, living

 Keluasan ruang-ruang

 Kemasan lantai

o Contoh : 19 mm cement screed finish

 Kemasan dinding

o Contoh : 133 mm batu bata dengan 15 mm simen


plaster pada kedua-dua permukaan dinding

 Pintu ( arah bukaan dan jenis )

o Contoh : D5 ( door type 5 ), FD4 ( fire door type 4 )

 Jenis tingkap

o Contoh : W6 ( window type 6 )

 Jenis pengudaraan ( vent )

o Contoh : V2 ( vent type 6 )

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Jenis sekatan

o Contoh : P4 ( pertition type 4 )

 Susun atur perabot pasang dalam / pasang siap ( Jenis )

o Contoh : Built in cabinet type A to specialist detail

 Pengaliran air permukaan

o Contoh : saiz dan jenis parit, arah arus, takungan dan


bilangannya, besi atau konkrit untuk penutup peparit
dimana perlu

 Pengaliran najis

o Contoh : Bilangan lurang ( MH 1, MH 2, MH 3 ),


susunan dan saiz paip najis ( 100 mm  salt glazed
eartehnware soil pipe laid to fall )

 Garisan bumbung

 Kemudahan-kemudahan tandas

o Contoh : kelengkapan kebersihan ( basin, sinki, tub


mandi ), paip pengudaraan, perangkap gegeluk,
perangkap lantai, arus pengaliran

 Garisan keratan

 Saluran

o Contoh : Pastikan keperluan untuk kemasukan paip-


paip disediakan, pastikan saluran mempunyai ruang
untuk dimasuki

 Tangga

o Contoh : Arah anak panah turun naik, bilangan anak


tangga, jenis-jenis tangga, tetingkat, jejak

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Tiang penegeh bertetulang di tiap –tiap 3m panjang dinding

o Contoh : tiang-tiang, paip air hujan

 Tetingkat aras lantai

o Contoh : 150 mm / 100 mm drop in toilet

 Alat-alat untuk mencegah kebakaran

o Contoh : tempat seperti gegelung hos dan sebagianya

PELAN BUMBUNG menunjukkan :

 Tajuk

o Contoh : PELAN BUMBUNG

 Ukuran-ukuran penting

 Curam bumbung

 Talang

o Contoh : Jenis dan saiz ( RC Gutter ), pengaliran keluar air


hujan

 Kemasan bumbung

o Contoh : Rabung

 Paip pengudaraan

o Contoh : 100 mm  vent pipe with approved type wire netting


over

 Pembukaan masuk ke bumbung

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Kalis tiris

o Contoh : 20 gauge g.i flashing

 Garisan keratan menunjukkan perincian bumbung

 Kelengkapan diatas bumbung

o Contoh : tangki air ( pressed steel ) untuk kegunaan


biasa diapasang diatas konkrit ( upstand ), 450 mm
tinggi dengan jarak tengah diatarannya 1200 mm,
tangki air untuk menara penyejuk untuk sistem
penghawa dingin, bilik motor untuk lif, jalan masuk ke
bumbung dari bawah setiap lurang dan saluran, jenis
tingkap dan pintu

KERATAN menunjukkan

 Skala

o Contoh : ( 1:100 , 1:50 , 1:200 )

 Tajuk

o Contoh : KERATAN A-A

 Ukuran

o Contoh : Lantai ke siling, lantai ke lantai, kesemua


ukuran mendatar, kesemua ukuran menegak ( jarak
dari lantai ke ambang tingkap )

 Asas bangunan ( dotted line )

 Tiang-tiang

 Ketebalan lapisan asa

 Lapisan kalis lembap

 Ketebalan lantai

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Alang

 Bumbung dan perinciannya

 Aras susunan

 Paras kemasan lantai

 Jenis-jenis tingkap, pintu dan “vent”

 Nama-nama ruang

 Tangga

o Contoh : bilangan anak tangga, pelepar

 Perabot pasang dalam / pasang siap

PANDANGAN HADAPAN, PANDANGAN BELAKANG, PANDANGAN SISI


KANAN, PANDANGAN SISI KIRI menunjukkan :

 Tajuk

o Contoh : PANDANGAN HADAPAN

 Aras susunan

 Memotong dan menimbun tanah

o Contoh : Untuk paras tanah yang sedia ada dengan


menggunakan garisan putus – putus

 Jenis – jenis tingkap dan pintu

 Engsel atau bukaan untuk tingkap dan pintu

 Paip pengudaraan

 Bumbung : Rabung, kemasan bumbung, cucur atap, talang, tumpu


kasau

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Kemasan untuk dinding

o Contoh : “Dotted” untuk plaster jenis “shading” untuk batu-


bata muka

PELAN LANDSKAP mesti memasukkan huraian mengenai :

 Tanaman yang hendak ditanam

 Rumput

 Bangku

 Tong sampah

 Kawasan sekeliling

 Lampu jalan

 Kolam

 “Tiles”

 Jenis blok pejalan kaki

 Jenis perincian bahan yang digunakan

 Huraian dan spesifikasi bahan yang digunakan

 Ukuran / saiz

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

LUKISAN PERINCIAN mesti memasukkan struktur bangunan yang dibina


seperti :

 Lukisan mesti dalam skala

o 1 : 20

o 1:2

o 1:5

o 1 : 10

 Lukisan isometrik juga mempunyai skala

 Huraian dan jenis bahan binaan yang digunakan

 Semua gambar mesti mempunyai tajuk

LUKISAN KERJA mesti mempunyai lukisan perincian mengenai :

 Bumbung

 Tangga

 Laluan bertutup

 Tandas

 Pintu dan tingkap

 Engsel dan dinding pembahagi

 Perbaot dan pemasangannya

 Gambarajah sistem bekalan air

 Gambarajah longkang
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Siling

 Pagar

 Laluan pejalan kaki

 Lantai

 Perkhidmatan bangunan seperti

o “layout” alat penghawa dinging

o Lurang

o Saliran air

o Tangki septik

7.4 TAJUK ( TITLE BLOCK ) DI DALAM LUKISAN KERJA

7.4.1 Saiz Standard Kertas

Ia mempunyai 2 saiz standard kertas lukisan iaitu samada milimeter dan inci
( metric dan imperial ).

SAIZ LUKISAN METRIK ( MILIMETER )

SAIZ LUKISAN SAIZ SEMPADAN SAIZ KESELURUHAN


KERTAS LUKISAN

A4 192 x 282 210 x 297

A3 277 x 400 297 x 420

A2 400 x 574 420 x 594

A1 574 x 281 594 x 841

A0 281 x 1159 841 x 1189

“Title block” selalunya diletakkan di sebelah kanan tepi kanan kertas


lukisan dan di bahagian bawah kertas lukisan. Kebanyakan syarikat-syarikat
mencipta sendiri “title block” masing-masing, samada formal, ringkas dan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

unik mengikut citarasa sendiri seklaigus menunjukkan indentiti syarikat


berkenaan. “Title block” dibuat merangkumi semua perkara berikut :

 Bilangan lukisan ( drawing number )

o Contoh : 5/5

 Haribulan ( satu kolektif haribulan untuk semua lukisan )

o Contoh : 31 Mei 2009

 Bilangan / rujukan fail

o Contoh : KN / ALA / .....

 Dilukis oleh ( Nama dengan huruf besar )

 Disemak oleh ( Nama dengan huruf besar )

 Skala ( scale )

o Contoh : 1 : 200 , 1 : 100 , 1 : 50 , 1 : 20 , 1 : 5

 Tajuk ( title )

o Contoh : CADANGAN MEMBINA DAN


MENYIAPKAN SATU UNIT RUMAH BANGLO
2 TINGKAT DI NO 2, JALAN KURATOR U1 /
61, DIATAS SEBAHAGIAN LOT 14092, PT
16327, SEKSYEN U1, 40150 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Tajuk kecil ( subtitle )

o Contoh : Pelan tapak / pelan lantai / pelan bumbung

 Tandatangan-tandatangan ( Yang diperuntukkan di dalma


ruang-ruang yang disediakan )

 Semakan ( revision )

o Contoh : Kedudukan blok A telah dipinda seperti yang


ditunjukkan

 Rujukan berkaitan

o Contoh : Lukisan ini mestilah dibaca bersama-sama


dengan lukisan bilangan ........

 Lain-lain nota

o Contoh : Semua ukuran mestilah diperiksa dan


disahkan di tapak projek oleh kontraktor sebelum
kerja-kerja dimulakan

CONTOH “TITLE BLOCK YANG BIASA DIGUNAKAN”

KEDUDUKAN
TAJUK DAN
SEGALA
LUKISAN YANG TELAH SIAP DILUKIS YANG
BERKAITAN

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

7.5 KESIMPULAN

Dengan adanya satu set lukisan kerja yang lengkap bagi satu-satu projek
pembinaan, maka ianya sudah tentu dapat memudahkan semua pihak, baik pihak
kontraktor utama, kontraktor kecil, arkitek, jurutera dan lain-lain untuk menjalankan
kerja-kerja yang dikehendaki dengan licin dan memuaskan tanpa gangguan atau
dengan gangguan yang paling minimum

Setelah mengetahui bagaimana lukisan kerja dijalankan, dan mengetahui


juga tentang bagaimana set lukisan didalam sesebuah lukisan kerja boleh
membantu saya di Politeknik nanti. Penglaman membuat lukisan kerja semasa
berada di firma ini menambahkan lagi keyakinan di dalam diri saya untuk terus maju
di dalam bidang ini. Insya Allah..

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 8: LUKISAN PERSEMBAHAN

8.1 PENGENALAN LUKISAN PERSEMBAHAN

Lukisan persembahan adalah lukisan yang dibuat untuk ditunjukkan atau


dipersembahkan kepada klien. Lukisann persembahan berbeza dengan lukisan
kerja, lukisan ini dibuat setelah lukisan kerja siap dan tiada sebarang perubahan
yang perlu dilakukan lagi. Setelah klien dan semua pihak yang terlibat dengan
sesebuah projek berpuas hati dengan lukisan kerja yang disiapkan, maka lukisan
persembahan ini dilukis untuk menampakkan lagi bentuk bangunan dengan lebih
jelas

Lukisan persembahan perlu dimasukkan dengan aspek-aspek yang penting


seperti warna, landskap, “figure”, dan sebagianya untuk menampakkan lebih
menarik. Dalam lukisan persembahan juga perlu memasukkan lukisan 3D samada
lukisan perspektif ataupun lukisan aksonometrik. Pentingnya lukisan 3D ini dalam
sesebuah lukisan persembahan ialah untuk menampakkan dengan jelas fasad
sesebuah bangunan yang hendak dibina

8.2 TEKNIK PERSEMBAHAN

8.2.1 PENWARNAAN

Penwarnaan merupakan unsur yang sangat penting dalam lukisan


persembahan yang sempurna. Teknik ini memberi kesan yang sangat menyerlah
untuk sesebuah lukisan persembahan yang baik. Kaedah ini juga lebih senang,
mudah dan cepat berbanding kaedah-kaedah lain. Teknik mewarna terbahagi
kepada tiga iaitu dengan menggunakan pensil warna, warna air dan juga marker.
Teknik ini paling popular dikalangan para siswa IPTA mahupun IPTS yang
mengambil kursus senibina. Selama menjalani latihan industri di firma Hilmi Faridah
Arkitek Sdn. Bhd. Ini, saya banyak menggunakan teknik menggunakan pensil warna
berbanding penggunaan warna air mahupun marker.
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

PENSIL WARNA :

 Memerlukan penelitian semasa menggunakannya

 Campuran warna akan memberikan kesan yang lebih menarik kepada


sesebuah lukisan persembahan

 Jika menggunakan teknik penwarnaan yang betul, lukisan akan kelihatan


realistik dan menjadi lebih menarik

 Menggunakan teknik mewarna menggunakan satu arah sahaja menjadikan


lukisan kelihatan kemas

WARNA AIR :

 Kaedah ini lebih cepat berbanding pensil warna

 Sesuai digunakan untuk mewarna lukisan yang banyak

 Jika tersilap teknik mewarna, lukisan akan comot dan tidak menarik

 Memerlukan penelitian yang tinggi dan yakin sewaktu mewarna

 Warna air yang disyorkan ialah “Alpha Colour” dan “Faber Castle” kerana
yang mempunyai kualiti tinggi

 Kaedah campuran warna juga akan memberikan kesan yang menarik pada
lukisan persembahan jika olahan yang digunakan bersesuaian

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MARKER :

 Penggunaan marker selalunya merujuk kepada golongan yang


berpengalaman dan profesional dalam bidang ini

 Memerlukan kemahiran menggunakan teknik ini

 Memberikan kesan yang lebih realistik pada sesebuah lukisan persembahan


dan menampakkan lebih profesional

 Marker yang disyorkan ialah “prisma colour” dan “kerecolour”

 Memeberikan kesan yang lebih baik dan sempurna jika dibandingkan


dengan dua kaedah penwarnaan diatas

 Jarang digunakan oleh pelajar kerana kos barang agak mahal

LUKISAN 3 DIMENSI

Lukisan 3D merangkumi lukisan isometrik, lukisan oblik, lukisan perspektif


udara

(bird eye view, perspektif biasa dan perspektif paras bumi (worm eye view).
Tujuan utama teknik persembahan ini dibuat adalah untuk memberi kefahaman
kepada orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Oleh itu,
lukisan ini dimasukkan kedalam lukisan persembahan untuk membolehkan
mereka membyangkan rekabentuk sesuatu bangunan dengan mudah.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

LUKISAN ISOMETRI :

Lukisan ini digunakan dalam pelbagai bidang kejuruteraan kerana lukisan ini
dapat memberi maklumat dengan gambaran objek dengan jelas.

Pada lukisan ini, panjang pinggir objek dan bangunan tidak dipendekkan
sama ada dengan proses putaran atau unjuran dengan menggunakan skala
isometrik.

Hasil lukisan isometrik dan unjuran isometrik kelihatan serupa kecuali


saiznya sahaja yang berbeza. Beberapa ciri penting dalam lukisan ini ialah :

 Garisan Isometri :

o Garisan yang selari dengan paksi isometri

 Garisan tak isometri :

o Garisan yang tidak selari dengan paksi isometrik

 Garisan dalam isometri :

o Tidak dilukis mengikut magnitude yang sebenar. Sudut itu boleh


menjadi besar atau kecil bergantung pada kedudukannya

 Satah isometri :

o Dua jenis satah ini ialah satah condong dan satah oblik. Satah
condong ialah satah yang bersudut tepat hanya pada satu satah
isometrik utama. Satah oblik ialah satah yang tidak bersudut
tepat pada sebarang satah isometrik utama

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Panduan membina lukisan isometrik :

o Semua garis tegak pada objek dilukis menegak.

o Semua garisan mengufuk pada objek boleh dilukis condong 30


darjah kepada garisan mengufuk

o Hanya garisan isometri boleh dilukis menggunakan ukuran


sebenar

o Sudut tidak boleh dilukis mengikut magnitud sebenar sudut itu.

o Semua pinggir yang selari pada objek dilukis selari dalam lukisan
isometrik

 Kaedah membina lukisan isometri

o Kaedah binaan rangka :

 Dalam kaedah ini, objek yang hendak dilukis diandaikan


terletak dalam satu kotak. Saiz kotak ini dibina dengan
menggunakan dimensi keseluruhan objek

o Kaedah binaan rangka :

 Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat lukisan


isometrik bagi objek yang mengandungi permukaan
condong dan oblik

o Kaedah koordinat :

 Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat lukisan


isometrik yang mengandungi bulatan atau permukaan
melengkung

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

o Lukisan Oblik :

 Fungsi lukisan oblik dan lukisan isometrik adalah sama,


iaitu untuk memberikan gambaran sesuatu objek

 Dalam lukisan ini, garisan unjuran dari objek adalah


garisan selari tetapi oblik kepada satah unjuran. Oleh itu
dalam unjuran oblik, pelukis dapat menghasilkan satu
pandangan bergambar bagi objek tersebut

 3 jenis lukisan oblik yang digunakan ialah :

 Lukisan Kavalier :

o Ketiga-tiga paksi dilukis dengan


menggunakan skala yang sama. Paksi
sudut boleh dilukis mengikut kecondongan
sebarang sudut kepada garisan mengufuk.
Condong paksi surut yang biasa digunakan
ialah 30 , 45, 60

 Lukisan Kabinet :

o Ukuran yang sebenar digunakan bagi paksi


menegak dan mengufuk tetapi skala
separuh saiz penuh digunakan bagi paksi
surut. Paksi surut boleh dicondongkan
kepada sebarang sudut pada garisan
mengufuk.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Lukisan Oblik Am :

o Skala yang sama digunakan pada paksi


menegak dan paksi mengufuk tetapi
sebarang skala yang lain boleh digunakan
bagi paksi surut. Dalam lukisan ini, paksi
surut boleh juga dicondongkan pada
sebarang sudut kepada garisan mengufuk.
Skala yang biasa digunakan bagi paksi
surut ialah 1/3 dan 3/4 daripada skala yang
digunakan untuk paksi permukaaan
hadapan. Dalam lukisan kabinet dan oblik
am, paksi surut dipendekkan untuk
mengurangkan kesan herotan. Cara ini
boleh diamalkan sekiranya butiran
dipermukaan atas atau sisi kurang penting.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 9 : KAJIAN DAN ANALISIS

9.10 SILING

Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang


bumbung dan sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain
itu, ia juga dapat menahan sedikit sebanyak haba yang dapat
menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan ini ialah untuk
bangunan- bangunan yang berbumbung curam. Kerja Pemasangan
Siling Terus Menerus

a) Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau


bumbung.
b) Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada
kasau atau jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen
berukuran 970mm x 600mm x 6 tebal.
c) Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau
jeriau.
d) Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen
dikemaskan dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13mm.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.11 BUMBUNG

9.11.1 Pengenalan

Bumbung merupakan bahagian atas sekali bagi struktur


bangunan.Bumbung memberikan perlindungan dari angina,panas
dan hujan.Struktur bumbung dibina daripada kayu,keluli, atau konkrit
untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban
angina.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan


fungsi seperti kestabilan,kekuatan,ketahanlasakan,rintangan
cuaca,rintangan terhadap kebakaran,sifat penebat haba dan rupa
bentuk bangunan itu sendiri.Bumbung dibina untuk menyokong
beban mati struktur bumbung dan penutupnya,penebatan dan
kemasan dalam dan beban angina tanpa mengalami lenturan atau
pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk.Kekuatan
bumbung bergantung kepada cara pemasangan,pembinaan dan
bentuk bumbung itu sendiri.

Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup


bumbung yang dilulus atau yang ditentukan oleh Undang-undang
kecil Bangunan.Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa
bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan
tekstur bahan penutup itu sendiri.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.11.2 Jenis Bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua


kumpulan iaitu :-

9.11.3 BUMBUNG RATA

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu.Jeriau kayu


yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya diantara 100mm-300mm
diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak 375mm-
450mm.Bumbung ini adalah bumbung yang kecerunannya tidak
melebihi 10º.

9.11.4 BUMBUNG CURAM:-

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau


kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan
satu lagi ke atas tulang bumbung.Selain dari itu,ia boleh juga
digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air.Cerun
bumbung berubah-ubah dari sudut 10º-45º dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam:-

 Bumbung ganding(couple roof)


 Bumbung ganding tertutup(closed couple roof)
 Bumbung simpai(collar roof)
 Bumbung gulung-gulung(purlin roof)
 Bumbung pisang sesikat(lean to roof)
BUMBUNG GANDING

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang


bumbung digandingkan di sebelah atasnya.Biasanya rentang
maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter.

BUMBUNG GANDING TERIKAT

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau


geleger siling.Bumbung ini dapat menaggung beban yang lebih besar
dengan rentang maksimum 5.5 meter.

BUMBUNG SIMPAI

Satu lagi cara untuk mengelakkan kasau dari mengembang


ialah dengan mengikat kasau ditengah-tengah diantara kedua-dua
jarak 1/3 tiggi bumbung dari paras atas dinding.Biasanya simpai
berukuran 100mmx38mm.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BUMBUNG GULUNG-GULUNG

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi


bumbung ganding dan simpai saiz ini hanya boleh digunakan untuk
rentang tidak melebihi 15 kaki.Gulung-gulung ialah kayu yang
melintang dibawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk
menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok.

BUMBUNG PISANG SESIKAT

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi


sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil
sahaja.Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kapada bangunan
utama seperti anjung,dapur,verenda dan garaj dengan rentangnya
tidak melebihi 2.5meter.

9.11.3 Pemilihan Bumbung

Pemilihan bumbung adlah bergantug kepada faktor- faktor berikut :

i. Jenis bangunan
ii. Ketahanlasakan
iii. Rintangan kepada haba
iv. Perlindungan cahaya
v. Kecantikan
vi Ekonomi
vii Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.11.4 Kerangka Bumbung

Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa


bahagian kayu berlainan seperti kasau betina,kasau limas, kasau
lurah dan sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan
kepada kategori berikut :-

i. Bumbung Selapis
ii. Bumbung Rata
iii. Bumbung Pisang Sesikat
iv. Bumbung Gadung
v. Bumbung Beralang
vi. Bumbung Kekuda

9.11.5 Kekuda Bumbung

Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung


seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya.
Kekuda merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m
antara satu sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah
berdasrkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz
kayu bagi anggota kekuda adalah lebih besar.Kekuda dapat direka
dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk kekuda yang digunakan
dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.11.6 Penutup Bumbung


Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan
yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan adlah jenis bumbung
dan kecerunan bumbung, bahan- bahan yang digunakan untuk
membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan
kuprum,pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan
tanah liat.

i. Genting Konkrit Saling Mengikat

a. Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan


warna yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan.
Genting ini dipasang keatas kayu beroti sederhana keras
berukuran 50mm x 30mm untuk bumbung dan dipasang
pada jarak 300mm untuk genting biasa dan pada jarak
275mm untuk genting cerun landai. Penyumbat genting
terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan.

ii. Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah
disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan
penutup bumbung
iii. Genting Tanah Liat

a. Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘Marsseiles’


berukuran 400mm hingga 425mm panjang dan 225mm
hingga 263 lebar dan bebas dari sebarang keretakan,
serpihan dan meleding. Genting tanah liat ini hendaklah
dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti berukuran
50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan
lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan
keseluruhan bumbung dan dipasang dengan
menggunakan simen mortar (1 : 3 ) yang menyerupai
warna bumbung.
\

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAHAN- BAHAN PENEBAT

Biasanya bahan- bahan penebat digunakan bersama- sama


penutup bumbung. Dengan penggunaan bahan- bahan penebat ini
dapat menghalang haba panas dari luar menembusi bumbung dan
juga menghalang hawa dingin yang terdapat didalam bangunan
keluar. Lapisan penebat yang biasanya digunakan pada penutup
bumbung ialah jejaring dawai ayam ( galvanized hexagon wire netting
), kertas keranjang aluminium ( aluminium foil ) dan gentian kaca.

9.12 Galvanised Hexagon Wire Netting

Jejaring dawai ini akan digunakan untuk melapik kertas kerajang


aluminium supaya ia kelihatan kemas, rata dan licin dari bahagian
dalam bangunan.

9.13 Aluminium Foil

Kertas kerajang aluminium ialah sejenis kertas yang diselaput


dengan aluminium pada kedua- dua permukaan untuk digunakan
sebagai bahan penebat haba dan cahaya.

9.14 Kaca Gentian

Kaca gentian digunakan sebagai penebat haba untuk


mengekalkan suhu dalam bangunan dan juga untuk mengurangkan
bunyi titik hujan semasa hari hujan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.15 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING


MENGIRAT

1. Sebelum pemasangan genting, lapisan kalis lembab dihamparkan


merentangi kasau bumbung. Kemudian beloti diletakkan diatasnya
dan dipaku. Selepas itu, kerja pemasangan genting dimulakan.
2. Genting biasanya dipasang berlapis kembar untuk mengelakkan
aliran hujan dari masuk kedalam bumbung.
3. Genting digantungkan supaya sisi- sisinya ditumpu bersama dan
sambungan ini terikat hingga keatas curam bumbung.
4. Pada setiap lapisan keempat, genting dipaku pada beloti.
5. Semasa meletakkan genting, bahagian genting atas hendaklah
sekurang-kurangnya setengah daripada panjang genting bawah.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.16 TINGKAP

9.16.1 Pengenalan

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk


membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya. Tingkap ini
dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang dipasangkan
kepadanya. Disamping membenarkan cahaya menembusinya, bahan-
bahan itu bertindak sebagai penghalang angin dan hujan. Dengan
adanya tingkap, udara silih berganti didalam bengunan dan
pandangan ke luar. Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat
bagi membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang
pejal pada sesuatu bukaan. Daun pintu ini menghalang kemasukan,
perintang panasan dan juga merintangi cuaca.

9.16.2 Jenis- Jenis Tingkap

i. Tingkap berengsel
ii. Tingkap gelangsar
iii. Tingkap majmuk
iv. Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.17 PINTU

9.17.1 JENIS- JENIS PINTU

i. Pintu rata
ii. Pintu berpanel
iii. Pintu kayu beloti

9.17.2 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU

a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan


dengan teliti.
b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu- bata dilakukan
c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik.
d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan
supaya berada dalam keadaan yang pugak.
e) Kepugakkanya boleh ditentukan dengan menggunakan pelambab.
f) Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian
tengah, atas dan bawah.
g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang
konkrit yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu-
bata dijalankan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.18 TANGGA

Tangga merupakan sebahagian penting dalam pembinaan


bangunan.Tangga merupakan perhubungan atau laluan naik turun yang
mudah antara satu tingkat dengan tingkat yang lain dalam satu
bangunan.Pemilihan jenis tangga bergantung beberapa faktor antaranya
ialah:-

 Kegunaan tangga
 Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
 Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
 Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu:-

 Tangga larian lurus


 Tangga suku pusingan
 Tangga separuh pusingan
 Tangga geometri

9.18.1 TANGGA LARIAN LURUS:-

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan


dari satu tingkat kepada satu tingkat yang lain dalam satu arah.Untuk tangga
larian lurus yang panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar
perantaraan supaya senang dan selesa untuk didaki.Penggunaan tangga
larian lurus memberikan rupabentuk yang paling mudahdan murah dalam
kerja pembinan tangga.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

9.18.2 TANGGA SUKU PUSINGAN:-

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik
dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh
90º(suku pusingan) dipertengahannya.Ia amat sesuai untuk ruangan yang
terhad.

9.18.3 TANGGA SEPARUH PUSINGAN:-

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik
dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui
180º( separuh pusingan) dipertengahannya.Kedua-dua deretan anak tangga
adalah selari ini menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk
kedua-dua deretan anak tangga.Tangga separuh pusingan amat sesuai
sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk
bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

9.18.4 TANGGA GEOMETRI:-

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang


disusun mengelilingi tupang tengah menjadi satu anak tangga
keliling.Tangga keliling memerlukan lantai yang kecil tetapi kegunaannya
adalah terhad dan tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar
seperti perabot kerana kesempitan anak tangga.Tangga boleh dibina
daripada bahan-bahan seperti kayu,konkrit atau logam dan dikemaskan
dengan kayu,batu,bata,konkrit dan lain-lain bahan yang sesuai.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 10 : LAWATAN DAN KERJA TAPAK

10.1 PENGENALAN

10.1.1 Prakata

Kerja tapak merupakan salah satu daripada bidang tugas yang perlu
dilakukan oleh seseorang arkitek. Arkitek atau wakil yang menguruskan sesuatu
projek diwajibkan ke tapak untuk melihat perkembangan kerja pembinaan bagi
sesuatu projek di tapak binaan. Tugas arkitek di tapak bina ialah meninjau kerja-
kerja pembinaan yang sedang dijalankan untuk menilai peratusan siap kerja
pembinaan projek tersebut. Kemudian pihak arkitek akan mengeluarkan satu surat
yang dipanggil ‘Sijil Nilai Kerja’ untuk diberikan kepada pihak bank.

Selain arkitek, pihak-pihak lain seperti kontraktor, jurutera, pemilik dan


semua pihak yang terlibat perlu turun ke tapak untuk memastikan kerja pembinaan
berjalan dengan lancar. Selain itu, ia juga bertujuan mengelak penipuan di dalam
skop kerja masing-masing. Masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab
yang tersendiri untuk memastikan semua kerja yang dilakukan sempurna yang
disertai dengan sikap amanah dan jujur.

Kerja-kerja yang dijalankan mungkin mengambil masa lebih satu tahun. Jadi
setiap peringkat-peringkat siap kerja haruslah dicatit supaya sebarang masalah
yang terjadi akan dapat diselesaikan apabila mengetahui punca masalah tersebut.
Dengan adanya laporan siap kerja dari kontraktor kepada pihak arkitek, segala
masalah termasuk masalah penipuan dapat dielakkan keran laporan tersebut boleh
dianggap sebagai bukti.

Antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh pihak arkitek ialah:

 Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan tersebut.

 Rangka konkrit bertetulang bangunan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Dinding-dinding bangunan beserta rangka-rangka pintu terpasang pada


tempatnya.

 Memasang bumbung dan pendawaian elektrik, saluran paip(tanpa lengkap),


paip gas(jika ada) dan penyaluran serta pengkabelan telefon dalaman(jika
ada) pada bangunan tersebut.

 Kerja-kerja pembentungan bagi bangunan tersebut.

 Kerja-kerja perparitan bagi projek tersebut.

 Pembinaan jalan bagi projek tersebut.

Semua kerja-kerja tinjauan perlu mempunyai peratusan-peratusan tersendiri


yang akan ditentukan oleh pihak arkitek selepas tinjauan tapak. Perkara ini amat
penting dalam sesebuah kerja pembinaan kerana ia akan meninggalkan kesan
dalam jangka masa panjang jika terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini
disebabkan tiada tinjauan dilakukan semasa pembinaan sedang dijalankan.

Banyak kes penipuan yang dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam
pembelian barang seperti simen, pasir dan sebagainya. Sebagai contoh satu
kejadian pada projek rumah berkembar. Mereka yang tidak jujur hanya
menggunakan separuh sahaja penggunaan ‘parti wall’. Dinding ini adalah dinding
yang digunakan untuk kedua-dua rumah. Jadi tidak hairanlah penipuan seperti ini
tidak dapat dihidu. Kesimpulannya, tinjauan tapak ini adalah untuk mengelakkan
perkara-perkara seperti ini terjadi.

10.2 OBJEKTIF KERJA TAPAK

Sebelum terjadi apa-apa yang mendatangkan kesusahan pada mana-mana


pihak, adanya lebih baik menjalankan tanggungjawab yang diwajibkan keatas kita.
Seperti tinjauan tapak ini, sekiranya tidak diambil serius oleh mana-mana pihak
tidak hairanlah jika projek mereka akan ditangguh, terlambat dan sebagainya
kerana masalah-masalah datang tidak kira waktu dan keadaan. Kita sebagai manusi
perlu menilai baik buruk sesuatu pekerjaan. Contoh terbaik disini ialah tinjauan
tapak bina, berikut merupakan antara tujuan mengapa tinjauan tapak ini amat
penting.

 Memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan sempurna.


MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Mengelakkan sebarang kes penipuan dan ketidakadilan pada sesuatu.

 Memudahkan pihak yang terlibat memberi pandangan dalam mensyuarat


yang melibatkan tapak projek.

 Memastikan pembinaan akan siap dengan sempurna dalam jangka masa


yang ditetapkan.

 Mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini pada masa


akan datang dan ini akan menjejaskan prestatsi firma mahupun pihak
kontraktor.

 Meninjau jika terdapat sebarang kesalahan dalam kerja-kerja pembinaan


dan boleh dibaiki terus sebelum sesebuah bangunan itu siap dibina.

 Mengenalpasti kesalahan samada pada lukisan atau pembinaan.

 Meninjau kesalahan pada lukisan kerana apa yang dilukis tidak semestinya
boleh dibina.

Kesimpulannya, lawatan dan tijauan tapak ini amat penting dan merupakan
salah satu tanggungjawab besar seorang arkitek untuk memastikan kerja-kerja yang
dirancang sempurna seadanya.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

10.3 TINJAUAN DI TAPAK PROJEK KETIKA LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang menjalani latihan industri di Hilmi.Faridah Architects ini, saya


berpeluang meninjau dan membuat lawatan tapak bagi sesetengah projek yang
saya uruskan. Saya sangat berbesar hati dan amat bersyukur kerana diberi peluang
untuk melakukan tinjauan di tapak walaupun tidak kesemua projek yang saya
terlibat dapat saya lawati. Sekurang-kurangnya saya mempunyai pengalaman
dalam mengamati kerja-kerja dan aspek-aspek yang dititikberatkan semasa lawatan
tapak dilakukan.

Projek 1: Cadangan membina dan menyiapkan 1 unit rumah kelab 2 tingkat yang
mengandungi :

1) Sebuah kolam renang dewasa

2) Sebuah kolam renang kanak-kanak

3) 1 unit pondok pengawal

4) 1 unit tandas awam

5) 1 unit gazebo

6) 1 unit rumah sampah beserta bilik MSB

Di atas sebahagian lot PT543 (Lot 8111), Jalan Hijau Serindit U9/68, Fasa 3, Bukit
Cahaya Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk tetuan SJ
PROPERTIES SDN. BHD.

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja termasuk perincian.

Tujuan melawat tapak:

 Mengenalpasti binaan serta landskap yang sedia ada di tapak bina.

 Memastikan lukisan yang dibuat serupa berdasarkan apa yang dibuat di tapak.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Pandangan di tapak bina:

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Projek 2:Cadangan membina sebuah kediaman 1 tingkat beserta dewan makan, 2


unit pondok pengawal, tempat letak kereta berbumbung dan sebuah gazebo di atas
lot no. 3, Jalan Firus Empat 7/7d, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan untuk Y.BHG. DATO' IR. HJ. IBRAHIM BIN HJ. YAKUB.

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja termasuk perincian. Membuat kertas kerja bagi


pembukaan jalan di belakang.

Tujuan melawat tapak:

 Mengenalpasti binaan serta landskap yang sedia ada di tapak bina.

 Mendengar kehendak klien dan mengadaptasikan impiannya di dalam lukisan

 Memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan sempurna.

 Melihat dan mengenal pasti kerosakan pembinaan yang berlaku.

 Mengenalpasti kesesuaian rekabentuk bangunan dengan keadaan di tapak.

Pandangan di tapak bina:

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Projek 3: Temasya Development Centre

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja lengkap untuk penyerahan kepada Majlis Bandaraya


Shah Alam.

Tujuan melawat tapak:

 Memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan sempurna.

 Mengenalpasti kesalahan yang terdapat pada lukisan kerana berlaku sedikit


salah faham mengenai pembinaan.

 Memastikan pelan yang dihantar sama dengan kerja-kerja yang dijalankan.

 Berbincang bersama-sama Technical Manager dan kontraktor mengenai


perkara-perkara yang tidak pasti.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Pandangan di tapak bina:

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 11 : SKOP KERJA SEMASA LATIHAN

11.1 PENGENALAN

Sepanjang 5 bulan saya menjalani Latihan Industri di Hilmi.Faridah Arkitek


Sdn Bhd, saya telah diberi kesempatan untuk mendalami berbagai-bagai jenis
lukisan serta diberi kesempatan membuat lukisan kerja. Segala projek yang saya
terlibat mendapat tunjuk ajar yang baik daripada semua kakitangan di firma ini.

Selain dapat memahami cara bekerja dan mendalami lukisan selama berada
di firma, saya juga dapat mengumpul sedikit sebanyak maklumat mengenai struktur,
bahan dan binaan yang penting untuk sesuatu binaan itu. Adakalanya saya diberi
peluang untuk bersemuka dengan klien, pihak bandaraya untuk penyerahan pelan.
Selain itu, saya juga diberi kesempatan untuk berbincang bersama dengan
kontraktor akan perjalan pembangunan yang sedang dilakukan dan juga mengenal
pasti pindaan yang dilakukan berdasarkan keadaan sebenar di tapak. Segala
pengalaman ini merupakan sesuatu yang amat berharga dan bermakna kepada
saya sebagai seorang pelajar yang sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru.
Segala skop kerja yang saya lakukan ini, diharapkan agar dapat membantu saya di
masa akan datang.

Beberapa pengelasan telah saya ringkaskan mengenai skop kerja yang saya
lakukan sepanjang beerada di firma ini. Saya diberi kepercayaan oleh pihak atasan
untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam projek rumah kediaman dan bangunan
komersial.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

11.2 SKOP LUKISAN KERJA

Projek 1: Cadangan membina dan menyiapkan 1 unit rumah kelab 2 tingkat yang
mengandungi :

1) Sebuah kolam renang dewasa

2) Sebuah kolam renang kanak-kanak

3) 1 unit pondok pengawal

4) 1 unit tandas awam

5) 1 unit gazebo

6) 1 unit rumah sampah beserta bilik MSB

Di atas sebahagian lot PT543 (Lot 8111), Jalan Hijau Serindit U9/68, Fasa 3, Bukit
Cahaya Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk tetuan SJ
PROPERTIES SDN. BHD.

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja termasuk perincian.

Tugas yang diberi:

 Menyiapkan pelan perincian tangga dan susur tangga dan mereka bentuk
tangga.

 Melakukan kajian untuk menyiapkan perincian padang permainan badminton,


dan lapangan bola keranjang.

 Mendapatkan maklumat tentang projek ini untuk menyiapkan perincian kabin


wap yang akan diletakkan di dalam tandas lelaki dan tandas wanita.

 Mengubah dan memperkemaskan perincian tentang kabin wap berdasarkan


edaran yang difakskan oleh pihak perunding SAUNA HOLM SDN BHD.

 Menyiapkan perincian tentang kawasan permainan squash berdasarkan edaran


yang diberikan oleh perunding.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Masalah yang dihadapi:

 Kurang mahir akan penggunaan perisian AutoCadd, terdapat banyak simbol-


simbol dan arahan pintas yang tidak diketahui.

 Tidak mengetahui lebih lanjut tentang rekabentuk yang dikehendaki oleh klien
berkenaan tangga dan susur tangga.

 Tidak mendapat maklumat yang lengkap berkenaan perincian yang perlu


dilakukan. Padang permainan badminton, kawasan permainan squash, kabin
wap.

 Tidak mempunyai keyakinan diri untuk bertanya berikutan kurang mengenali


staff-staff yang ada.

 Tidak berani untuk bertanya banyak kali jika melibatkan tentang lukisan kerja
atau perincian.

 Sukar untuk berbincang dengan pengurus teknikal berkenaan perincian yang


dilakukan.

 Tidak mengetahui jenis kemasan dan jenis lantai yang akan digunakan untuk
padang permainan tenis kerana ianya berlainan mengikut kehendak pelanggan.

 Kurang memahami apa yang diperlukan untuk sesebuah lapangan permainan


squash

Perkara yang dipelajari

 Mula mempelajari arahan ringkas dalam penggunaan perisian AutoCadd.


Segala kerja dapat dilakukan dengan segera tanpa memeningkan kepala.

 Walaupun hanya diberi tugas menyiapkan perincian tetapi diberi peluang untuk
membuat lawatan tapak untuk mengenalpasti kehendak pelanggan dan
kawasan perletakan setiap perincian yang dilakukan.

 Belajar menganalisis pelan, dan membuat perincian berdasarkannya.

 Mengetahui apa kemasan yang diperlukan dan jenis lantai yang diperlukan
untuk kepuasan pemain semasa membuat perincian.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Projek 2: Cadangan membina sebuah kediaman 1 tingkat beserta dewan makan, 2


unit pondok pengawal, tempat letak kereta berbumbung dan sebuah gazebo di atas
lot no. 3, Jalan Firus Empat 7/7d, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan untuk Y.BHG. DATO' IR. HJ. IBRAHIM BIN HJ. YAKUB.

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja termasuk perincian.

 Mengenal pasti apa yang diperlukan untuk penghantaran lukisan.

Tugas yang diberi:

 Menyiapkan pelan perincian bagi rumah pengawal.

 Menyiapkan pelan perincian bagi pintu pagar dan mewarnakannya mengikut


warna kemasan yang akan digunakan.

 Mendapatkan maklumat tentang projek ini untuk menyiapkan perincian rumah


belakang bersama-sama dengan rumah pengawal dan pintu pagar belakang.

 Mewarnakan pelan-pelan yang telah disahkan betul oleh pengurus teknikal.

 Menyiapkan perincian kebuk sampah dan perincian gazebo bersama rakan


setugas Nur Syafinaz.

 Selepas penyerahan pelan pada kali pertama, terdapat beberapa kesalahan


yang di kenalpasti oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

 Memperbaiki kesalahan yang dikenalpasti.

 Berbincang dengan pengurus teknikal berikutan kesalahan yang ditegur oleh


Majlis Bandaraya Shah Alam untuk semakan buat kali terakhir.

 Pergi ke Majlis Bandaraya Shah Alam untuk proses penyemakan pelan dan
keperluan lain yang dikehendaki oleh pihak Majlis Bandaraya.

Masalah yang dihadapi:


MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Penggunaan autocadd tidak berapa mahir, banyak simbol-simbol yang tidak


difahami.

 Kurang kefahaman akan rekabentuk dan keperluan dalam menyiapkan


perincian rumah pengawal, pintu pagar, gazebo dan juga kebuk sampah.

 Tidak mengetahui lebih lanjut mengenai warna-warna yang digunakan untuk


proses pewarnaan berdasarkan kemasan yang dilakukan.

 Kurang memahami akan komen yang diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya
Shah Alam yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan lukisan.

 Kurang didikan berkenaan lukisan yang dibuat kerana pengurus teknikal sering
kali berada di luar pejabat untuk menguruskan hal yang lebih penting.

Perkara yang dipelajari

 Semakin mempelajari arahan ringkas dalam penggunaan AutoCadd


menyebabkan kerja menjadi semakin cepat dan pantas.

 Diberi peluang untuk membuat lawatan tapak melihat kerja-kerja pembinaan


yang sedang dijalankan dan juga rekabentuk yang diterapkan di dalam
pembinaan.

 Belajar memahami komen yang diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya.

 Mempelajari cara berkomunikasi dengan orang luar seperti Majlis Bandaraya.

 Mempelajari beberapa perincian yang dibuat,cara binaan dan standard yang


selalu dibuat untuk perincian tersebtu.

 Semakin memepelajari akan warna dan ikatannya dengan kemasan yang


digunakan.

Projek 3: Cadangan membina dan menyiapkan 1 blok bangunan 32 tingkat dan 1


tingkat yang mengandungi:

1) 1 tingkat besmen tempat letak kereta

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

2) 1 tingkat pusat perniagaan

3) 1 tingkat pusat bowling dan kesihatan

4) 3 tingkat akademik

5) 1 tingkat kafeteria

6) 3 tingkat pangsapuri pengajar (30 unit)

7) 3 tingkat asrama pelajar luar negara

8) 19 tingkat asrama pelajar tempatan

9) 1 tingkat kemudahan sukan dan mekanikal

Untuk tetuan Kolej Poly-Tech Mara Cheras, Kuala Lumpur.

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja termasuk perincian.

Tugas yang diberi:

 Menyiapkan satu pelan tingkat 2 dan tingkat 3 bagi mengoptimaskan kegunaan


ruang di dalam sesuatu pelan itu.

 Mewarnakan setiap pelan yang terdapat pada bangunan ini untuk membezakan
diantara ruang yang digunakan dengan ruang pejalan kaki .

 Mengira luas kawasan bagi pelan tingkat 2, dan pelan tingkat 3.

 Menukarkan pelan tingkat 2 dan tingkat 3 daripada lukisan 2 dimensi kepada


lukisan 3 dimensi untuk lebih pemahaman berkenaan rekabentuk yang
diterapkan.

Masalah yang dihadapi:

 Penyerahan pelan tidak mengikut tarikh yang ditetapkan kerana projek ini
mengejut dan banyak masalah yang timbul di saat akhir.
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Mahu memaksimumkan penggunaan ruang pada setiap tingkat

Perkara yang dipelajari

 Diberi peluang untuk membuat pelan tingkat 2 dan tingkat 3 dan belajar
mengenai cara memaksimumkan penggunaan ruang pada setiap tingkat.

 Belajar memahami kehendak klien dan menganalisis reka bentuk yang


diterapkan di dalam bangunan tersebut.

 Mempelajari jenis-jenis warna untuk mengenalpasti bahan yang digunakan.

 Belajar menggunakan perisian SketchUp bagi menjadikan lukisan 2 dimensi


kepada lukisan 3 dimensi.

 Memahami dan mempelajari arahan ringkas didalam perisian SketchUp.

 Mempelajari cara pengiraan luas kawasan untuk mendapatkan yuran melukis


pelan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Projek 4: Cadangan membina dan menyiapkan sebuah Sekolah Menengah


Kebangsaan Bandar Behrang 2020 (24 bilik darjah), Mukim Ulu Bernam Timur,
Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan untuk tetuan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja bagi kerja-kerja membina sekolah.

Tugas yang diberi:

 Mewarna setiap pelan-pelan mengikut jenis kemasan yang digunakan.

 Menyiapkan pelan tapak bagi bangunan sementara bersama-sama rakan


setugas Nur Syafinaz.

 Menyediakan pelan yang lengkap dengan simbol-simbol bomba bagi


penghantaran kepada pihak BOMBA.

 Mengira keluasan bagi kawasan penyelamatan bagi pihak BOMBA.

 Membuat perincian papan tanda, dan pagar sementara.

 Membuat pelan “setting out” untuk mengira jarak diantara bangunan-bangunan


yang ada.

Masalah yang dihadapi:

 Masalah menggunakan jenis warna kerana ianya berubah-ubah mengikut


maklumat yang didapati daripada Majlis Bandaraya.

 Terlampau banyak lukisan yang hendak diwarna menyebabkan kerja-kerja


penyerahan pelan tertangguh.

 Tidak mengetahui akan simbol-simbol bomba yang diperlukan.

 Tidak mengetahui luas kawasan penyelamatan yang diperlukan oleh pihak


BOMBA.

 Mengenalpasti dan mencari maklumat yang diperlukan untuk membuat


perincian.

 Tidak mengetahui apakah itu pelan “setting out”.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Perkara yang dipelajari:

 Mempelajari perbezaan warna bagi perbezaan kemasan yang digunakan..

 Pengalaman menguruskan projek dengan usaha sendiri.

 Mengetahui warna standard yang digunakan untuk menentukan jenis kemasan.

 Belajar mengenai simbol-simbol yang diperlukan oleh pihak BOMBA. Ini adalah
untuk memastikan alatan kecemasan lengkap berada di setiap kawasan.

 Mengetahui luas keluasan minima yang diperlukan oleh pihak bomba bagi
proses penyelamatan.

 Belajar mengenai keperluan yang dikehendaki dalam menyiapkan perincian.

 Mengetahui kegunaan pelan “setting out” yang biasa digunakan untuk mengira
jarak antara bangunan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Projek 5: Cadangan pindaan kepada pelan lulus no.MBSA/B/PC/sek. U1/0119-


2006(OSC/PBT) bertarikh 30.11.2006 bagi cadangan membina dan menyiapkan
133 unit rumah teres 2 tingkat yang mengandungi:

 36 unit rumah teres 2 tingkat (28’ x 96’)

 61 unit rumah teres 2 tingkat (28’ x 120’)

 36 unit rumah teres 2 tingkat (28’ x 86’)

Ringkasan Projek:

 Menyiapkan lukisan kerja lengkap untuk penyerahan kepada Majlis Bandaraya


Shah Alam.

Tugas yang diberi:

 Menyiapkan pelan S & P untuk diedarkan kepada pelanggan.

 Mewarnakan pelan didalam perisian AdobePhotoshop.

 Membaiki pelan dan mewarnakan kesemua pelan yang telah siap dibaiki.

 Membuat pelan pindaan untuk semua jenis rumah kediaman.

Masalah yang dihadapi:

 Kurang memahami akan perisian AdobePhotoshop.

 Keliru dengan rekabentuk kerana lukisan yang dilukis berbeza dengan keadaan
di tapak bina.

 Kurang pengetahuan akan pelan pindaan.

 Terlalu banyak pelan yang perlu dipinda meliputi beberapa aspek yang penting.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

Perkara yang dipelajari:

 Mempelajari dan mengenalpasti kesalahan pada lukisan apabila berada di


tapak.

 Diberi peluang untuk membuat lawatan tapak bagi membantu bagi menyiapkan
lukisan.

 Mengetahui perkara-perkara yang perlu diperbaiki hasil dari lawatan tapak


tersebut.

 Berpeluang berbincang bersama-sama kontraktor bagi menangani masalah


yang berlaku di tapak.

 Belajar mengenai pelan pindaan yang sentiasa dibuat berdasarkan kelainan


pembinaan semasa ditapak.

 Belajar bersabar dan memahami akan kerja pelukis pelan yang sebenar.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

11.3 KESIMPULAN

Setiap tugas yang diberikan amat bermakna walaupun hanya sedikit. Saya
mengambil serius tentang kerja-kerja yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah
semua kerja-kerja saya telah saya siapkan amat disenangi dan tidak mendatangkan
masalah kepada mana-mana pihak.

Diharapkan kepada pihak firma mahupun pihak politeknik dapat menilai hasil
kerja saya dengan penuh teliti kerana saya seorang pelajar dan kemungkinan besar
akan melakukan kesalahan terhadap kerja-kerja yang dilakukan.

Saya berharap kerja-kerja yang saya lakukan ini sedikit sebanyak dapat
menolong saya untuk melatih diri menjadi yang lebih baik dalam menceburkan diri di
dalam bidang senibina ini. Segala yang diajar, manfaat yang saya perolehi akan
saya gunakan setiap masa.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 12 : KESIMPULAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari


pelbagai pengetahuan yang baru mengenai Seni Bina di firma Hilmi Faridah
Arkitek Sdn Bhd. Di sini, saya dapat mempraktikkan apa yang telah saya
pelajari semasa di politeknik iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang
berkaitan di tapak bina dan di pejabat.

Selain itu, saya dapat melihat pekembangan semasa dalam hal-hal


kerja yang berkaitan dengan pembinaan iaitu bagaimana menguruskan
sesuatu dokumen tender dan sebutharga, mengikuti mesyuarat tapak bina
dan mendengar perbincangan masalah – masalah yang berkaitan dengan
projek.

Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk


berkomunikasi dengan para pekerja sama ada dari pihak bawahan
mahupun atasan yang terlibat dengan firma ini. Memahami karenah-
karenah pelanggan yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat
kepuasan dalam mencapai hasil yang terbaik.

Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya
pelajar memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang
diikuti iaitu Seni Bina. Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri,
ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan
agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan
sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Di samping itu, pelajar harus juga didedahkan dengan kerja- kerja di


tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih
memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan.
Selain dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan
sebaik mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih
menjalani latihan. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih
banyak pengetahuan tentang-tentang kerja yang berkaitan projek, di mana
pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di politeknik hanya dengan

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

mendapatkannya secara teori. Saya juga ingin memberikan saranan iaitu


ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi
yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu projek
supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Akhir
sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang
telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi
sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh
alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri
sendiri.

“ Sesuatu pengalaman yang amat berguna itu tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit”.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

BAB 13 : KOMEN DAN CADANGAN

Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd merupakan sebuah firma arkitek yang
terkenal di kepulauan ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh
pelanggan terhadap perkhidmatan yang dilakukan dalam rekaan bangunan, hiasan
dalaman, dan tempat-tempat rekreasi yang lain. Firma ini telah berkembang menjadi
sebuah firma yang terunggul dan berdaya saing.

Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan
dari 12 JANUARI 2009 sehingga 12 JUN 2009 di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn
Bhd telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak
pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah bagi setiap pelajar yang menjalani latihan
industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan


dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat
tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan
kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di
jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

Saya juga sebagai pelajar bersedia untuk menerima komen daripada pihak
politeknik dan pihak firma kerana segala apa yang saya buat, saya yakin saya tidak
sepenuhnya sempurna. Saya sebagai pelajar yang sentiasa ingin memeperbaiki
kelemahan diri dengan rendah dirinya meminta maaf sekiranya berlaku kesalahan
dan kesilapan sepanjang saya berada di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd ini.

“ Jika ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, jika ada silap
dan salah, jangan disimpan di dalam hati ”

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D

13.1 Komen Untuk Syarikat

Pada keseluruhannya tidak banyak yang hendak di komen pada syarikat ini. Ini
kerana walaupun mempunyai beberapa kekurangan di dalam syarikat. Syarikat ini dapat
mengatasi dengan kecekapan dan kemahiran yang ada pada setiap staff mereka. Tetapi
untuk jangka masa panjang, permasalahan ini haruslah diatasi untuk membolehkan syarikat
ini terus berdaya saing dan sentiasa menjadi syarikat yang terunggul di mata pelanggan.

Antara perkara-perkara yang perlu diatasi adalah :

 Kekurangan Tenaga Kerja

Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya berlaku. Namun
kekurangan ini haruslah diatasi. Kelewatan dalam menghantar lukisan kepada pihak terlibat
boleh berlaku jika kekurangan tenaga kerja.

 Kekurangan gaji ataupun elaun

Untuk memuaskan hati semua pihak bukanlah senang. Tetapi pada pendapat saya,
sesuatu pekerjaan yang dilakukan haruslah bertetapan dengan keuntungan yang
diperolehi. Tanpa kehadiran staff-staff yang ada segala lukisan tidak akan dapat
diselesaikan mengikut kehendak pelanggan.

 Kelembapan komputer yang digunakan

Komputer yang digunakan memainkan peranan yang penting kerana kelancaran


lukisan yang dibuat bergantung penuh kepadanya.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012
A R C H I T E C T S S D N. B H D

 Pengagihan tugas

Dapat saya perhatikan pegagihan tugas tidak sekata. Ini kerana diwaktu-waktu
terdapat kerja yang banyak terdapat segelintir staff yang leka membuat kerja lain.

13.2 Cadangan Untuk Syarikat

i. Menambahkan lagi tenaga kerja dalam bahagian pelukis pelan. Kekurangan


pekerja akan menyebabkan sesuatu lukisan itu lambat disiapkan
ii. Menambahkan gaji dan elaun kepada para pekerja memandangkan beberapa
pekerja agak mengeluh akan gaji yang diperolehi setimpal dengan kerja yang
diberikan dan taraf hifup yang tinggi di kawasan ini. Ini adalah untuk
memastikan setiap pekerja yang berada di firma ini dapat memotivasi kan diri
untuk menjadi lebih baik seiring dengan motto syarikat “do mistake at the first
time, zero mistake in all time”
iii. Walaupun setiap pekerja diharapkan mempunyai segala jenis kemahiran yang
ada, pihak syarikat boleh juga sesekali untuk memberikan kursus yang lebih
kepada staff memandangkan wujudnya perisian yang baru seiring dengan dunia
teknologi sekarang. Dengan adanya kemahiran yang tinggi pada setiap staff,
firma ini akan lebih berdaya saing dan lebih disukai oleh pelanggan.
iv. Sillaturrahim yang lebih erat perlulah dipupuk diantara majikan dan pekerja
untuk menjamin persefahaman sesame mereka. Aktiviti-aktiviti seperti percutian
bersama, Hari Keluarga dan riadaha dapat dilakukan untuk majikan dan pekerja
meluangkan masa bersama.
v. Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industri kepada pelatih
sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industri di syarikat tersebut. Ini
adalah penting untuk membuktikan kepada orang lain bahawa pelatih tersebut
pernah menimba pengalaman di salah sebuah firma yang terunggul di abad ini.
vi. Penyelarasan elaun perlulah dilakukan setimpal dengan kerja yang diberikan
kepada pelatih. Ini dapat menjamin pelatih untuk lebih menyukai firma tersebut
dan seterusnya memilih firma itu sebagai tempat meneruskan kerjaya.
vii. Pekerjaan lebih masa oleh para pekerja haruslah dihargai dan perlu dibayar
setimpal dengan masa yang diluangkan untuk memastikan setiap lukisan itu
dihantar mengikut tarikh penghantaran yang ditetapkan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012
A R C H I T E C T S S D N. B H D

13.3 Komen Kepada Politeknik khususnya Unit Latihan Industri

Unit latihan industri Politeknik Sultan Idris Shah seharusnya memastikan penempatan
pelajar yang ingin menjalani latihan industri bersesuaian dengan bidang yang diceburinya. Ini
adalaha untuk memastikan segala ilmu yang diperolehi dapat digunakan dan dimanfaatkan
oleh pelajar untuk kegunaannya di masa akan dating.

Selain itu mereka juga haruslah memastikan segala surat-menyurat telah dihantar
atau diumumkan kepada pelajar dengan sistematik dan lebih cekap lagi kerana sesetengah
pelajar tidak menerima sebarang maklumat yang penting seperti jadual bekerja, had bonus
dan elaun yang akan diberikan, perkhidmatan dan kemudahan penempatan di temapt latihan
dan sebagainya.

Pihak latihan industri diharapkan agar sentiasa mengadakan lawatan dengan lebih
kerap ke tempat latihan pelajar supaya hubungan diantara pensyarah, pelajar dan pihak
firma lebih erat. Disamping dapat memahami kerja yang dilakukan oleh pelajar di firma ini.

13.3.1 Cadangan Untuk Pihak Politeknik

i. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang menjalani latihan
industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai dengan kursus pelajar iaitu dengan
menyemak tempat latihan yang di pilih oleh pelajar dan mengenal pasti perkhidmatan yang
diberikan oleh sesebuah syarikat itu.

ii. Keperihatinan pihak Politeknik yang sedia ada terhadap pelajar yang menjalani
latihan industri haruslah di tingkatkan dan di teruskan seiring dengan objektif latihan industri
ini.

iii. Di harapkan agar lawatan ke tempat latihan industri adalah daripada pensyarah dari
jabatan yang sama dengan pelajar yang di lawati supaya apa yang diberitahu oleh pegawai
operasi di syarikat lebih difahami.

v. Pihak Politeknik Sultan Idris Shah seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan
syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang di lakukan oleh syarikat
untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak kerja syarikat.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012
A R C H I T E C T S S D N. B H D

13.4 Komen Kepada Pelajar Latihan Industri.

Sebagai pelajar yang menjalani latihan industri diharapkan agar sentiasa mengikuti
dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak politeknik mahupun pihak firma
supaya tidak berlaku masalah kepada diri sendiri. Tambahan lagi kita sebagai pelajar
membawa bersama nama baik Politeknik Sultan Idris Shah ke tempat latihan indsutri ini.

Segala nama baik politeknik berada ditangan pelajar dan diharapkan tidak
menjatuhkan maruah politeknik. Selain itu etika bersama dengan pihak firma haruslah dijaga
dengan tidak bercerita hal-hal polisi ataupun hal keburukan kepada pihak luar. Selain itu
para pelajar haruslah menjaga kredibilti dan segala maklumat rahsia syarikat untuk
menjamin keunggulan dan kejayaan syarikat itu sendiri.

13.4.1 Cadangan kepada Pelajar yang menjalani latihan.

i. Sentiasa menunjukkan sikap yang positif supaya mendapat kepercayaan oleh pihak
firma. Dengan ini peluang untuk bekerja semula di firma itu lebih terjamin dan lebih
dipercayai.

ii. Hargai setiap kemudahan yang disediakan di syarikat dengan menjaga peralatan-
peralatan, menjaga kebersihan dan sebagainya.

iii. Ketepatan kehadiran setiap hari adalah amat penting begitu juga dengan isu-isu
disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak firma mahupun politeknik.

iv. Sebagai pelajar yang sedang belajar, haruslah menerima apa jua kerja yang diberi
tanpa sebarang keluhan dan haruslah sentiasa berfikir bahawa semua ini adalah
peluang, dan ketahuilah pengalaman yang berharga tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit.

v. Lebih bersedia dalam apa jua masalah yang akan dialami seperti tempat tinggal,
pengangkutan, kewangan dan sebagainya. Mengamalkan sikap rajin dan berdedikasi
supaya segala kerja yang diberikan dapat memuaskan hati semua pihak dan dapat
menyiapkannya dengan sempurna pada masa yang ditetapkan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012
A R C H I T E C T S S D N. B H D

13.5 Kesimpulan

Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak seharusnya meninggi diri
akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa akan kekurangan yang ada pada diri.
Sebagai manusia tidak salah untuk kita sentiasa bernasihat-nasihat dang memperingati
diantara satu sama lain. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan
individu itu sendiri. Dan seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan
lebih mantap lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan
kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya.

Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari
saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak firma sekiranya saya
telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh
pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya di
firma Hilmi.Faridah Arkitek Sdn Bhd ini kerana bagi saya selama 6 bulan saya menjalani
latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan,
keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya
nilai dengan wang ringgit. Tinggi harapan saya supaya pihak Hilmi.Faridah Arkitek Sdn Bhd
akan sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka pabila terdetik dihati
untuk bekerjaya disana. Insya Allah....

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI


17DSB07F012

You might also like