Professional Documents
Culture Documents
B H D
PENGENALAN DIRI
JANTINA : LELAKI
PERAKUAN
Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri berdasarkan kepada latihan
industri yang telah saya jalani kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan
dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.
Disediakan oleh,
.........................................
(MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI)
17DSB07F012 TARIKH: ........................
Disahkan oleh,
.........................................
(Ar. HJ MOHD HILMI BIN HJ YUSOFF)
K/P. NO. : 550720-03-5161
AADIPL.LONDON.APAM TARIKH: ........................
.........................................
(Ar. HJH FARIDAH HASNI BINTI RAMLI)
K/P. NO. : 550520-08-5906
AADIPL.LONDON.APAM TARIKH: ........................
PRAKATA
Di dalam buku laporan ini, saya telah rangkumkan segala aspek meliputi
gerak kerja dan jenis-jenis tugas yang telah saya lakukan semasa menjalani latihan
industri di firma ini. Untuk lebih faham akan laporan ini saya telah bahagikan ia
kepada beberapa bab seperti berikut :
Sepanjang latihan industri ini, saya diberi peluang untuk mendedahkan diri
dalam kerja-kerja seperti berikut:
Penggunaan komputer
Lukisan kerja
Pembetulan Lukisan
Kerja mewarna
Kerja pengiraan
Kerja manual
Lawatan tapak
Dengan kehadiran buku laporan ini diharapkan agar buku ini dapat dijadikan
sebagai sumber rujukan pabila diperlukan kelak, kerana tidak semua manusia
mengingati apa yang telah berlaku pada masa lepas. Jadi dengan adanya buku ini
boleh dijadikan batu loncatan untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku pada
masa lepas. Selain itu apa yang lebih penting ialah para pembaca dapat memahami
dan menjalankan segala tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
pembaca apabila melalui situasi yang serupa meliputi bidang seni bina ini. Saya
amat berharap ia akan memberi pemahaman kepada para pembaca mengenai
keseluruhan kerja dan peranan seorang arkitek. Secara tidak lansung juga,
pembaca dapat mengetahui dan merangka perjalanan dalam proses untuk menjadi
seorang arkitek.
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmanirahim......
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang
telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di firma ini.
Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan
dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan
kelak.
Di kesempatan yang saya peroleh ini, ingin saya rakamkan jutaan terima
kasih kepada semua kakitangan HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD
terutamanya kepada senior staff iaitu Pn. Latifah, En. Jefri, Pn. Ilani dan juga En.
Fariz. Tidak lupa juga kepada staf-staff lain iaitu En. Faiz, En. Naza, En. Sabri, Cik
Rohana, Cik Nur Fisya, Cik Suhaina, Cik Hayati dan juga Cik Nurul Izza kerana
dengan jasa baik dan kerjasama dari mereka telah banyak membimbing, memberi
tunjuk ajar, memberi nasihat, memberi ilmu yang bernilai, menilai hasil kerja saya,
dan yang paling ketara, mereka tidak membezakan keupayaan saya sebagai
seorang pelatih. Saya sangat gembira dan teruja melihat sikap mereka dan
komitmen mereka yang mereka berikan dalam menyiapkan sesuatu projek. Inilah
antara contoh yang terbaik kepada saya untuk berjaya. Seperti kata pepatah “ Ikut
resmi pada, makin tunduk makin berisi ” kerana mereka senyap membuat kerja
tetapi kerja yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya.
Saya berasa amat berbangga dan tenang apabila bersama dengan mereka
untuk menyiapkan sesuatu projek. Walaupun sibuk mereka tetap ada waktu untuk
mengajar, memberi komen dan meneliti kerja kami yang baru berjinak-jinak di dalam
bidang seni bina ini. Dengan izin tuhan, apa yang telah dilatih dan diajar oleh pihak
mereka, akan saya praktikkan di dalam kerja-kerja saya di masa akan datang.
Tanpa ayahanda dan ibunda saya siapalah saya untuk hidup di dunia ini.
Oleh itu disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda saya
ABDUL GHANI BIN MOHD HARIS dan juga ibunda saya PARIDAH BINTI MORAD
kerana senantiasa memberikan semangat kepada saya walaupun pada awalnya
agak keresahan untuk saya berada jauh ditempat orang dan memahami kerja yang
diamanahkan kepada saya. Tanpa kata-kata semangat dan dorongan yang tidak
putus-putus kepada saya telah menguatkan diri saya untuk menjalani latihan
industri ini. Semangat dari mereka semua ini yang telah menambahkan lagi azam
saya supaya sentiasa terus maju kehadapan dan terus memikat hati pihak
HILMI.FARIDAH ARCHITECTS SDN.BHD supaya pada masa akan datang saya
masih diberi peluang untuk bersama-sama memerah keringat menyiapkan projek di
firma yang hebat ini.
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D
Sebelum terlupa saya ini hanyalah seorang manusia yang tidak pernah lari
dari melakukan kesilapan. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf andainya saya secara sengaja atau tidak sengaja melakukan kesalahan,
terkasar bahasa atau melakukan apa-apa yang telah membuat pihak atau individu
yang terlibat sepanjang temph sesi latihan industi saya ini.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sepanjang berlangsungnya latihan industri saya ini, saya mohon kepada
tuhan agar segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan akan diberkati dan semoga
anda semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah S.W.T. Wassalam...
ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKASURAT
1. Kenyataan Laporan i
2. Pengenalan Diri ii
3. Perakuan iii
4. Prakata iv
5. Penghargaan vi
BAB 1: PENDAHULUAN
Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Seni Bina sebagai
syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam
bidang Seni Bina dan sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam
pekerjaan. Bagi sesi Julai 2007, latihan ini berjalan selama 5 bulan iaitu bermula
pada 12 Januari sehinggan 12 Jun 2009.
Selain itu ia juga adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum
pembelajaran di politeknik. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma
swasta selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana
pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Seringkali pelajar
akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah
ditempuhi. Tujuan utama latihan indusri ini adalah untuk memberi bimbingan kepada
pelajar yang akan menjalani latihan supaya bersedia untuk menempuh segala
cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Adalah diharapkan dengan latihan
industri ini, pelajar akan dapat menangani kerumitan yang mungkin timbul dan
seterusnya menjalani latihan industri dengan berjaya dan berkesan.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik.
vii. Memberi peluang kepada agensi kerajaan, swasta atau badan berkanun
dalam mencari tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan
kehendak agensi masing-masing.
viii. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang telah
dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan
pergaulan sama ada secara koporat atau tidak, menanam semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam
pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,
kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan
rasmi selepas tamat latihan.
1.3 Falsafah
ii. Bahawa pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan penting
dalam mengubah status sosial ekonomi.
iii. Bahawa sesuatu kejayaan hanya dapat dicapai ke tahap yang paling
optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.
1.4 Matlamat
i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan
kerohanian dalam teknologi, mekanikal dan pengurusan yang selaras
dengan matlamat wawasan 2020.
ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan
kesetiaan di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan
disiplin supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan
produktif sambil menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan
dengan meninggikan taraf hidup masyarakat sederhana.
iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang
boleh berdikari.
1.5 Strategi
ii. Membantu penyelia Latihan Industri bagi menilai aktiviti pelajar sepanjang
mereka menjalani latihan industri tersebut.
iii. Menaikkan nama sesuatu firma dan politeknik kerana mendidik para pelajar
melakukan kerja dengan teratur dan berdisiplin.
iv. Membantu pensyarah menilai aktiviti pelajar semasa lawatan penyeliaan dan
semasa menilai Laporan Latihan Industri.
Firma Arkitek ini telah di wujudkan pada November 1988 oleh dua principal
iaitu, Tuan Haji Mohd. Hilmi Yusoff dan Puan Hajah Faridah Hasni Ramli.
Kedua-dua arkitek telah mendapat kelulusan daripada Architectural Association
School Of Architecture, sebuah sekolah yang sangat tekemuka dikalangan
golongan arkitek yang bertempat di London.
Keutamaan diberikan kepada kualiti rekaan dan menjamin untuk firma ini
menganjur penekanan kuat pada keprofesionalisma untuk semua peringkat
perunding penasihat daripada permulaan rekaan terus sehingga penyelesaian
sesuatu projek. Konsep penegasan yang digunakan memastikan setiap rekaan
menepati kehendak dan fungsi bangunan itu sendiri. Kerja rekabentuk akan
dibincang dan seterusnya ditukarkan kepada bentuk lakaran supaya rekaan
tersebut dapat diperbaiki.
HILMI FARIDAH
A R C H I T E C T S S D N. B H D
Firma ini juga telah melabur untuk masa hadapan dengan mendapatkan
bantuan daripada sejenis perisian rumit iaitu “ computer aided design” bagi
membantu rekaan dan juga untuk produksi lukisan. Oleh itu kualiti untuk bidang
yang berkatian dengan seni bina dan rekaan adalah terjamin sepenuhnya
Selain itu di firma ini boleh dikatakan mempunyai sedikit sebanyak portfolio
akan projek yang sedang berjalan dan juga projek yang telah siap meliputi rumah
kediaman mewah, kemudahan bangunan sekitar lebuhraya, bangunan rekreasi
sehinggalah bangunan kajian dan pembangunan.
Pada tarikh Januari 1994, firma Hilmi Faridah Arkitek ini merupakan satu
syarikat persendirian tetapi telah membangun dengan jayanya sepanjang 6 tahun
kewujudannya di dalam arena seni bina ini. Hilmi.Faridah Arkitek Sdn. Bhd.
Diharapkan akan sentiasa mengecapi kejayaan dan sentiasa bersaing untuk
membuat rekaan yang seiring dengan teknologi yang sentiasa berubah dengan
kehendak rekaan dan seni bina dunia.
: A / M 40
: M 948
: A / F 16
: M 954
Firma ini mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi dalam bidang
hiasan dalaman, rekaan dan juga pengurusan projek. Oleh itu setiap rekaan akan
diusahakan untuk mendapat penyelesaian yang terbaik demi kepuasan semua
pihak.
Skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma Hilmi.Faridah Arkitek Sdn. Bhd
ialah :
o Kajian pra-rekaan
o Dokumen pembinaan
Pengurusan Projek :
o Anggaran kos
o Pentadbir projek
DESIGN/CADD ADMINISTRATION
DEPARTMENT DEPARTMENT
SUHAINA
MOHD NUBLI ALI NUR ILANI HILMI
(Architecture
(Project Architect) (Project Architect) Secretary)
(Technical (Technical
Assistant) Assistant)
(Draughtmen) (Draughtmen)
Pusat Komersial
Cad. Membina Bangunan Tambahan Untuk Makmal ‘Dope Testing & Control
Centre (DTCC)’ Untuk Sukan Komanwel 1998 di U.S.M.
Rumah kediaman
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Khalid Hj. Ahmad, Subang Jaya,
Selangor.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Lian fook Nyaen Taman Tun Abdul
Razak, Selangir.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk Dr. Nordin Kadir and Puan Pauziah Hj.
Abdullah.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Norhisham Aziz and Dr. Zalizan Jelas,
Bandar Baru Bangi.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Mohd. Nadzri, Section 6, Shah Alam,
Selangor.
Rumah Kediaman 2 1/2 tingkat untuk En. Mohd Hilmi Yusoff and Puan
Faridah Hasni Ramli, Section 7, Shah Alam, Selangor.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Azman & Puan Rosnah at Persiaran
Keramat Hujung.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Rosli Man and Puan Robiah hj.
Othman.
Rumah Kediaman 2 tingkat untuk En. Abd. Rahman Abdullah, Shah Alam,
Selangor.
Pengubahsuaian Rumah Berkembar untuk Tuan Hj. Zain and Puan Azlina
Ahmad, Shah Alam, Selangor.
Hiasan Dalaman
Pejabat untuk BBMB Property Management Bhd. 8th Floor, UBN Tower,
Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.
Celcom New Regional and Branch Office for Celcom Johor at Wisma
Zainah, Johor.
Contoh yang ketara ialah penguasaan Autocadd saya semakin baik setelah
menimba banyak pengalaman sepanjang berada di sini. Tentunya pengalaman-
pengalaman seperti ini tidak saya perolehi di Politeknik kerana suasana dan
persekitaran sahaja sudah banyak memberikan perbezaan.
Akhir sekali, segala pelajaran yang saya perolehi disini akan saya praktikkan
di politeknik kelak untuk terus maju dan cemerlang seiring dengan dunia senibina
yang semakin mencabar ini.
BAB 4 : ARKITEK
Setelah cukup tempoh tiga tahun, arkitek bahagian kedua boleh mengambil
peperiksaan bahagian tiga LAM-PAM. Setelah lulus, ini membolehkan beliau
mambuka syarikat sendiri atau berkongsi dan bersedia untuk memulakan
perkhidmatan profesionalnya. Seseorang arkitek berdaftar akan diupah oleh klien
untuk mereka bentuk bangunan dan menjalankan projek. Setiap pembangunan
yang hendak dilakukan mestiah mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak
berkuasa bangunan. Setelah diluluskan barulah projek itu boleh dijalankan.
Arkitek juga akan membantu menguruskan projek anda sehingga siap dibina.
Beliau bertanggungjawab bagi mengawasi projek yang dijalankan.
Arkitek perlu mengarah dan koordinasi semua konsultan yang terlibat bagi
memastikan jadual pembinaan projek tersebut dipatuhi. Sama ada
perlantikan konsultan adalah dengan cara 4.3.2 atau 4.3.3
Arkitek perlu mengawasi kerja dari masa ke semasa. Sekiranya perlu arkitek
mengesyorkan kepada pelanggan supaya menggajikan kerani tapak atau
arkitek tapak dimana kos pengajian ditanggung oleh pelanggan
Pelanggan hendaklah melantik wakil yang sah sekiranya perlu untuk kerja-
kerja yang terlibat dalam projek tersebut
Berdasarkan Akta Hak Cetak Semula 1969, cetak semula semua dokumen
dan lukisan yang dihasilkan oleh arkitek termasuk kerja dokumen dan
lukisan tersebut menjadi hak milik arkitek melainkan telah dipersetujui oleh
arkitek dan pelanggan
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D
Cara ini merupakan satu cara pengiklanan diri arkitek itu sendiri dan
syarikatnya kepada institusi-institusi besar bagi mendapatkan projek-projek
yang lebih bernilai berjuta-juta ringgit
6.1 PENGENALAN
Pelan penunjuk
Pelan tapak
Pelan pagar.
6.4 KESIMPULAN
7.1 PENGENALAN
Alatan utama :
Transparent tape
Templates ( pencontoh )
Kertas lukisan
Kertas habuk
II. Lukisan hendaklah kering dan tidak lembap atau terkena bintik-bintik
air yang boleh menjejaskan permukaan lukisan
7.2.2 Memadam
Berikut adalah beberapa cara memadam kesilapan pada lukisan yang asal :
III. Jangan tekan terlalu kuat, ini akan menyebabkan kertas melengkung
yang terhasil daripada pemadam yang ditekan dan akan
menyebabkan kertas lukisan terkoyak
Pastikan
III. Bersihkan penutup pen dan kemaskan mata pen bagi mengelakkan
dakwat terkeluar
IV. Tidak menggunakan pen teknikal diatas kertas lain selain “tracing
paper”
7.2.4 Pensil
Pastikan
I. Pensil sentiasa tajam pada hujung mata dan tidak terdapat sebarang
kotoran yang terlekat padanya
II. Kenakan tekanan yang sekata dalam keadaan pusinfan yang sama
rata, ini bertujuan untuk mendapatkan garisan yang baik
III. Bagi pensil teknikal, jangan tekan terlalu kuat yang boleh
menyebabkan mata pensil patah
IV. Cara yang baik untuk mengasah mata pensil, gunakan kertas pasir
yang halus, manakala kertas pasir yang keras untuk membersihkan
dan melicinkan mata pensil
Satu set lukisan kerja yang lengkap mesti mengandungi pelan-pelan berikut :
Pelan lokasi
Pelan tpaak
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Keratan
Lukisan perincian :
o Bumbung
o Tandas
o Tangga
o Laluan perkhidmatan
o Laluan bertutup
o Anjung
o Pintu
o Tingkap
o Pengudaraan
o “Partition Wall”
o Siling
o Struktur
o Penghawa dingin
o Lif
o Pam-pam
Lukisan kerja yang paling penting dan perlu dilukis sebelum menyerahkan
kepada klien serta kontraktor binaan ialah pelan lokasi, pelan lantai, kertan,
pandangan hadapan, pandangan belakang, pandangan sisi kanan, pandangan sisi
kiri, lukisan terperinci bangunan dan lukisan landskap. Semua lukisan ini dilukis
untuk menunjukkan dengan lebih terperinci bagi sesebuah bangunan yang hendak
dibina. Setiap lukisan mempunyai maksud yang tersendiri. “Title block” pula
kedudukannya terletak disebelah kanan lukisan.
Tajuk ( title )
Perkara-perkara baru
Menanam rumput
Jalan
o Contoh : Sump 1
Pengaliran najis
Aras susunan
Pondok
Lain-lain
Tajuk ( title )
Tajuk kecil
Tunjukkan kedudukan
Tajuk :
Aras susunan
Nama-nama ruang
Keluasan ruang-ruang
Kemasan lantai
Kemasan dinding
Jenis tingkap
Jenis sekatan
Pengaliran najis
Garisan bumbung
Kemudahan-kemudahan tandas
Garisan keratan
Saluran
Tangga
Tajuk
Ukuran-ukuran penting
Curam bumbung
Talang
Kemasan bumbung
o Contoh : Rabung
Paip pengudaraan
Kalis tiris
KERATAN menunjukkan
Skala
Tajuk
Ukuran
Tiang-tiang
Ketebalan lantai
Alang
Aras susunan
Nama-nama ruang
Tangga
Tajuk
Aras susunan
Paip pengudaraan
Rumput
Bangku
Tong sampah
Kawasan sekeliling
Lampu jalan
Kolam
“Tiles”
Ukuran / saiz
o 1 : 20
o 1:2
o 1:5
o 1 : 10
Bumbung
Tangga
Laluan bertutup
Tandas
Gambarajah longkang
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D
Siling
Pagar
Lantai
o Lurang
o Saliran air
o Tangki septik
Ia mempunyai 2 saiz standard kertas lukisan iaitu samada milimeter dan inci
( metric dan imperial ).
o Contoh : 5/5
Skala ( scale )
Tajuk ( title )
Semakan ( revision )
Rujukan berkaitan
Lain-lain nota
KEDUDUKAN
TAJUK DAN
SEGALA
LUKISAN YANG TELAH SIAP DILUKIS YANG
BERKAITAN
7.5 KESIMPULAN
Dengan adanya satu set lukisan kerja yang lengkap bagi satu-satu projek
pembinaan, maka ianya sudah tentu dapat memudahkan semua pihak, baik pihak
kontraktor utama, kontraktor kecil, arkitek, jurutera dan lain-lain untuk menjalankan
kerja-kerja yang dikehendaki dengan licin dan memuaskan tanpa gangguan atau
dengan gangguan yang paling minimum
8.2.1 PENWARNAAN
PENSIL WARNA :
WARNA AIR :
Jika tersilap teknik mewarna, lukisan akan comot dan tidak menarik
Warna air yang disyorkan ialah “Alpha Colour” dan “Faber Castle” kerana
yang mempunyai kualiti tinggi
Kaedah campuran warna juga akan memberikan kesan yang menarik pada
lukisan persembahan jika olahan yang digunakan bersesuaian
MARKER :
LUKISAN 3 DIMENSI
(bird eye view, perspektif biasa dan perspektif paras bumi (worm eye view).
Tujuan utama teknik persembahan ini dibuat adalah untuk memberi kefahaman
kepada orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal. Oleh itu,
lukisan ini dimasukkan kedalam lukisan persembahan untuk membolehkan
mereka membyangkan rekabentuk sesuatu bangunan dengan mudah.
LUKISAN ISOMETRI :
Lukisan ini digunakan dalam pelbagai bidang kejuruteraan kerana lukisan ini
dapat memberi maklumat dengan gambaran objek dengan jelas.
Pada lukisan ini, panjang pinggir objek dan bangunan tidak dipendekkan
sama ada dengan proses putaran atau unjuran dengan menggunakan skala
isometrik.
Garisan Isometri :
Satah isometri :
o Dua jenis satah ini ialah satah condong dan satah oblik. Satah
condong ialah satah yang bersudut tepat hanya pada satu satah
isometrik utama. Satah oblik ialah satah yang tidak bersudut
tepat pada sebarang satah isometrik utama
o Semua pinggir yang selari pada objek dilukis selari dalam lukisan
isometrik
o Kaedah koordinat :
o Lukisan Oblik :
Lukisan Kavalier :
Lukisan Kabinet :
Lukisan Oblik Am :
9.10 SILING
9.11 BUMBUNG
9.11.1 Pengenalan
BUMBUNG SIMPAI
BUMBUNG GULUNG-GULUNG
i. Jenis bangunan
ii. Ketahanlasakan
iii. Rintangan kepada haba
iv. Perlindungan cahaya
v. Kecantikan
vi Ekonomi
vii Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan
i. Bumbung Selapis
ii. Bumbung Rata
iii. Bumbung Pisang Sesikat
iv. Bumbung Gadung
v. Bumbung Beralang
vi. Bumbung Kekuda
ii. Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah
disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan
penutup bumbung
iii. Genting Tanah Liat
9.16 TINGKAP
9.16.1 Pengenalan
i. Tingkap berengsel
ii. Tingkap gelangsar
iii. Tingkap majmuk
iv. Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )
9.17 PINTU
i. Pintu rata
ii. Pintu berpanel
iii. Pintu kayu beloti
9.18 TANGGA
Kegunaan tangga
Ruang bukaan bagi tangga yang dibina
Ukuran naik dan curam yang dikehendaki
Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik
dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh
90º(suku pusingan) dipertengahannya.Ia amat sesuai untuk ruangan yang
terhad.
Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat naik
dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui
180º( separuh pusingan) dipertengahannya.Kedua-dua deretan anak tangga
adalah selari ini menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk
kedua-dua deretan anak tangga.Tangga separuh pusingan amat sesuai
sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk
bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.
10.1 PENGENALAN
10.1.1 Prakata
Kerja tapak merupakan salah satu daripada bidang tugas yang perlu
dilakukan oleh seseorang arkitek. Arkitek atau wakil yang menguruskan sesuatu
projek diwajibkan ke tapak untuk melihat perkembangan kerja pembinaan bagi
sesuatu projek di tapak binaan. Tugas arkitek di tapak bina ialah meninjau kerja-
kerja pembinaan yang sedang dijalankan untuk menilai peratusan siap kerja
pembinaan projek tersebut. Kemudian pihak arkitek akan mengeluarkan satu surat
yang dipanggil ‘Sijil Nilai Kerja’ untuk diberikan kepada pihak bank.
Kerja-kerja yang dijalankan mungkin mengambil masa lebih satu tahun. Jadi
setiap peringkat-peringkat siap kerja haruslah dicatit supaya sebarang masalah
yang terjadi akan dapat diselesaikan apabila mengetahui punca masalah tersebut.
Dengan adanya laporan siap kerja dari kontraktor kepada pihak arkitek, segala
masalah termasuk masalah penipuan dapat dielakkan keran laporan tersebut boleh
dianggap sebagai bukti.
Banyak kes penipuan yang dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam
pembelian barang seperti simen, pasir dan sebagainya. Sebagai contoh satu
kejadian pada projek rumah berkembar. Mereka yang tidak jujur hanya
menggunakan separuh sahaja penggunaan ‘parti wall’. Dinding ini adalah dinding
yang digunakan untuk kedua-dua rumah. Jadi tidak hairanlah penipuan seperti ini
tidak dapat dihidu. Kesimpulannya, tinjauan tapak ini adalah untuk mengelakkan
perkara-perkara seperti ini terjadi.
Meninjau kesalahan pada lukisan kerana apa yang dilukis tidak semestinya
boleh dibina.
Kesimpulannya, lawatan dan tijauan tapak ini amat penting dan merupakan
salah satu tanggungjawab besar seorang arkitek untuk memastikan kerja-kerja yang
dirancang sempurna seadanya.
Projek 1: Cadangan membina dan menyiapkan 1 unit rumah kelab 2 tingkat yang
mengandungi :
5) 1 unit gazebo
Di atas sebahagian lot PT543 (Lot 8111), Jalan Hijau Serindit U9/68, Fasa 3, Bukit
Cahaya Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk tetuan SJ
PROPERTIES SDN. BHD.
Ringkasan Projek:
Memastikan lukisan yang dibuat serupa berdasarkan apa yang dibuat di tapak.
Ringkasan Projek:
Ringkasan Projek:
11.1 PENGENALAN
Selain dapat memahami cara bekerja dan mendalami lukisan selama berada
di firma, saya juga dapat mengumpul sedikit sebanyak maklumat mengenai struktur,
bahan dan binaan yang penting untuk sesuatu binaan itu. Adakalanya saya diberi
peluang untuk bersemuka dengan klien, pihak bandaraya untuk penyerahan pelan.
Selain itu, saya juga diberi kesempatan untuk berbincang bersama dengan
kontraktor akan perjalan pembangunan yang sedang dilakukan dan juga mengenal
pasti pindaan yang dilakukan berdasarkan keadaan sebenar di tapak. Segala
pengalaman ini merupakan sesuatu yang amat berharga dan bermakna kepada
saya sebagai seorang pelajar yang sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru.
Segala skop kerja yang saya lakukan ini, diharapkan agar dapat membantu saya di
masa akan datang.
Beberapa pengelasan telah saya ringkaskan mengenai skop kerja yang saya
lakukan sepanjang beerada di firma ini. Saya diberi kepercayaan oleh pihak atasan
untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam projek rumah kediaman dan bangunan
komersial.
Projek 1: Cadangan membina dan menyiapkan 1 unit rumah kelab 2 tingkat yang
mengandungi :
5) 1 unit gazebo
Di atas sebahagian lot PT543 (Lot 8111), Jalan Hijau Serindit U9/68, Fasa 3, Bukit
Cahaya Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk tetuan SJ
PROPERTIES SDN. BHD.
Ringkasan Projek:
Menyiapkan pelan perincian tangga dan susur tangga dan mereka bentuk
tangga.
Tidak mengetahui lebih lanjut tentang rekabentuk yang dikehendaki oleh klien
berkenaan tangga dan susur tangga.
Tidak berani untuk bertanya banyak kali jika melibatkan tentang lukisan kerja
atau perincian.
Tidak mengetahui jenis kemasan dan jenis lantai yang akan digunakan untuk
padang permainan tenis kerana ianya berlainan mengikut kehendak pelanggan.
Walaupun hanya diberi tugas menyiapkan perincian tetapi diberi peluang untuk
membuat lawatan tapak untuk mengenalpasti kehendak pelanggan dan
kawasan perletakan setiap perincian yang dilakukan.
Mengetahui apa kemasan yang diperlukan dan jenis lantai yang diperlukan
untuk kepuasan pemain semasa membuat perincian.
Ringkasan Projek:
Pergi ke Majlis Bandaraya Shah Alam untuk proses penyemakan pelan dan
keperluan lain yang dikehendaki oleh pihak Majlis Bandaraya.
Kurang memahami akan komen yang diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya
Shah Alam yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan lukisan.
Kurang didikan berkenaan lukisan yang dibuat kerana pengurus teknikal sering
kali berada di luar pejabat untuk menguruskan hal yang lebih penting.
4) 3 tingkat akademik
5) 1 tingkat kafeteria
Ringkasan Projek:
Mewarnakan setiap pelan yang terdapat pada bangunan ini untuk membezakan
diantara ruang yang digunakan dengan ruang pejalan kaki .
Penyerahan pelan tidak mengikut tarikh yang ditetapkan kerana projek ini
mengejut dan banyak masalah yang timbul di saat akhir.
MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI
17DSB07F012 DIPLOMA SENI BINA
A R C H I T E C T S S D N. B H D
Diberi peluang untuk membuat pelan tingkat 2 dan tingkat 3 dan belajar
mengenai cara memaksimumkan penggunaan ruang pada setiap tingkat.
Ringkasan Projek:
Belajar mengenai simbol-simbol yang diperlukan oleh pihak BOMBA. Ini adalah
untuk memastikan alatan kecemasan lengkap berada di setiap kawasan.
Mengetahui luas keluasan minima yang diperlukan oleh pihak bomba bagi
proses penyelamatan.
Mengetahui kegunaan pelan “setting out” yang biasa digunakan untuk mengira
jarak antara bangunan.
Ringkasan Projek:
Membaiki pelan dan mewarnakan kesemua pelan yang telah siap dibaiki.
Keliru dengan rekabentuk kerana lukisan yang dilukis berbeza dengan keadaan
di tapak bina.
Terlalu banyak pelan yang perlu dipinda meliputi beberapa aspek yang penting.
Diberi peluang untuk membuat lawatan tapak bagi membantu bagi menyiapkan
lukisan.
Belajar bersabar dan memahami akan kerja pelukis pelan yang sebenar.
11.3 KESIMPULAN
Setiap tugas yang diberikan amat bermakna walaupun hanya sedikit. Saya
mengambil serius tentang kerja-kerja yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah
semua kerja-kerja saya telah saya siapkan amat disenangi dan tidak mendatangkan
masalah kepada mana-mana pihak.
Diharapkan kepada pihak firma mahupun pihak politeknik dapat menilai hasil
kerja saya dengan penuh teliti kerana saya seorang pelajar dan kemungkinan besar
akan melakukan kesalahan terhadap kerja-kerja yang dilakukan.
Saya berharap kerja-kerja yang saya lakukan ini sedikit sebanyak dapat
menolong saya untuk melatih diri menjadi yang lebih baik dalam menceburkan diri di
dalam bidang senibina ini. Segala yang diajar, manfaat yang saya perolehi akan
saya gunakan setiap masa.
BAB 12 : KESIMPULAN
Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya
pelajar memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang
diikuti iaitu Seni Bina. Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri,
ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan
agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan
sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.
“ Sesuatu pengalaman yang amat berguna itu tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit”.
Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd merupakan sebuah firma arkitek yang
terkenal di kepulauan ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh
pelanggan terhadap perkhidmatan yang dilakukan dalam rekaan bangunan, hiasan
dalaman, dan tempat-tempat rekreasi yang lain. Firma ini telah berkembang menjadi
sebuah firma yang terunggul dan berdaya saing.
Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan
dari 12 JANUARI 2009 sehingga 12 JUN 2009 di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn
Bhd telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak
pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah bagi setiap pelajar yang menjalani latihan
industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma.
Saya juga sebagai pelajar bersedia untuk menerima komen daripada pihak
politeknik dan pihak firma kerana segala apa yang saya buat, saya yakin saya tidak
sepenuhnya sempurna. Saya sebagai pelajar yang sentiasa ingin memeperbaiki
kelemahan diri dengan rendah dirinya meminta maaf sekiranya berlaku kesalahan
dan kesilapan sepanjang saya berada di firma Hilmi Faridah Arkitek Sdn Bhd ini.
“ Jika ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, jika ada silap
dan salah, jangan disimpan di dalam hati ”
Pada keseluruhannya tidak banyak yang hendak di komen pada syarikat ini. Ini
kerana walaupun mempunyai beberapa kekurangan di dalam syarikat. Syarikat ini dapat
mengatasi dengan kecekapan dan kemahiran yang ada pada setiap staff mereka. Tetapi
untuk jangka masa panjang, permasalahan ini haruslah diatasi untuk membolehkan syarikat
ini terus berdaya saing dan sentiasa menjadi syarikat yang terunggul di mata pelanggan.
Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya berlaku. Namun
kekurangan ini haruslah diatasi. Kelewatan dalam menghantar lukisan kepada pihak terlibat
boleh berlaku jika kekurangan tenaga kerja.
Untuk memuaskan hati semua pihak bukanlah senang. Tetapi pada pendapat saya,
sesuatu pekerjaan yang dilakukan haruslah bertetapan dengan keuntungan yang
diperolehi. Tanpa kehadiran staff-staff yang ada segala lukisan tidak akan dapat
diselesaikan mengikut kehendak pelanggan.
Pengagihan tugas
Dapat saya perhatikan pegagihan tugas tidak sekata. Ini kerana diwaktu-waktu
terdapat kerja yang banyak terdapat segelintir staff yang leka membuat kerja lain.
Unit latihan industri Politeknik Sultan Idris Shah seharusnya memastikan penempatan
pelajar yang ingin menjalani latihan industri bersesuaian dengan bidang yang diceburinya. Ini
adalaha untuk memastikan segala ilmu yang diperolehi dapat digunakan dan dimanfaatkan
oleh pelajar untuk kegunaannya di masa akan dating.
Selain itu mereka juga haruslah memastikan segala surat-menyurat telah dihantar
atau diumumkan kepada pelajar dengan sistematik dan lebih cekap lagi kerana sesetengah
pelajar tidak menerima sebarang maklumat yang penting seperti jadual bekerja, had bonus
dan elaun yang akan diberikan, perkhidmatan dan kemudahan penempatan di temapt latihan
dan sebagainya.
Pihak latihan industri diharapkan agar sentiasa mengadakan lawatan dengan lebih
kerap ke tempat latihan pelajar supaya hubungan diantara pensyarah, pelajar dan pihak
firma lebih erat. Disamping dapat memahami kerja yang dilakukan oleh pelajar di firma ini.
i. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang menjalani latihan
industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai dengan kursus pelajar iaitu dengan
menyemak tempat latihan yang di pilih oleh pelajar dan mengenal pasti perkhidmatan yang
diberikan oleh sesebuah syarikat itu.
ii. Keperihatinan pihak Politeknik yang sedia ada terhadap pelajar yang menjalani
latihan industri haruslah di tingkatkan dan di teruskan seiring dengan objektif latihan industri
ini.
iii. Di harapkan agar lawatan ke tempat latihan industri adalah daripada pensyarah dari
jabatan yang sama dengan pelajar yang di lawati supaya apa yang diberitahu oleh pegawai
operasi di syarikat lebih difahami.
v. Pihak Politeknik Sultan Idris Shah seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan
syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang di lakukan oleh syarikat
untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak kerja syarikat.
Sebagai pelajar yang menjalani latihan industri diharapkan agar sentiasa mengikuti
dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak politeknik mahupun pihak firma
supaya tidak berlaku masalah kepada diri sendiri. Tambahan lagi kita sebagai pelajar
membawa bersama nama baik Politeknik Sultan Idris Shah ke tempat latihan indsutri ini.
Segala nama baik politeknik berada ditangan pelajar dan diharapkan tidak
menjatuhkan maruah politeknik. Selain itu etika bersama dengan pihak firma haruslah dijaga
dengan tidak bercerita hal-hal polisi ataupun hal keburukan kepada pihak luar. Selain itu
para pelajar haruslah menjaga kredibilti dan segala maklumat rahsia syarikat untuk
menjamin keunggulan dan kejayaan syarikat itu sendiri.
i. Sentiasa menunjukkan sikap yang positif supaya mendapat kepercayaan oleh pihak
firma. Dengan ini peluang untuk bekerja semula di firma itu lebih terjamin dan lebih
dipercayai.
ii. Hargai setiap kemudahan yang disediakan di syarikat dengan menjaga peralatan-
peralatan, menjaga kebersihan dan sebagainya.
iii. Ketepatan kehadiran setiap hari adalah amat penting begitu juga dengan isu-isu
disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak firma mahupun politeknik.
iv. Sebagai pelajar yang sedang belajar, haruslah menerima apa jua kerja yang diberi
tanpa sebarang keluhan dan haruslah sentiasa berfikir bahawa semua ini adalah
peluang, dan ketahuilah pengalaman yang berharga tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit.
v. Lebih bersedia dalam apa jua masalah yang akan dialami seperti tempat tinggal,
pengangkutan, kewangan dan sebagainya. Mengamalkan sikap rajin dan berdedikasi
supaya segala kerja yang diberikan dapat memuaskan hati semua pihak dan dapat
menyiapkannya dengan sempurna pada masa yang ditetapkan.
13.5 Kesimpulan
Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak seharusnya meninggi diri
akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa akan kekurangan yang ada pada diri.
Sebagai manusia tidak salah untuk kita sentiasa bernasihat-nasihat dang memperingati
diantara satu sama lain. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan
individu itu sendiri. Dan seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan
lebih mantap lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan
kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya.
Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari
saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak firma sekiranya saya
telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh
pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya di
firma Hilmi.Faridah Arkitek Sdn Bhd ini kerana bagi saya selama 6 bulan saya menjalani
latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan,
keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya
nilai dengan wang ringgit. Tinggi harapan saya supaya pihak Hilmi.Faridah Arkitek Sdn Bhd
akan sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka pabila terdetik dihati
untuk bekerjaya disana. Insya Allah....