Sosial adalah suatu masyarakat, suatu komuniti atau suatu kelompok orang. Sosial bolehdidefinasikan sebagai suatu cara manusia berinteraksi di antara satu sama lain dalam suatukelompok masyarakat. Ia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti budaya dankepercayaan, undang-undang serta politik dan akhir sekali dari aspek pendidikan.UNDANG-UNDANGPada zaman Hindu-Buddha, mereka mengamalkan konsep Dewaraja di mana rajadianggap suci dan mutlak kerana mereka adalah jelmaan dewa-dewa. Ada pula yangmenganggap mereka dari keturunan Dewa Siva atau Vishnu atau Buddha Mahayana, secaratidak langsung ia telah mewujudkan sistem feudalisme iaitu raja ditaati dan disembah olehrakyat secara membuta tuli. Undang-undang telah digubal mengikut citarasa dan selera raja, bendahara serta temenggong sehingga semakin tinggi taraf sosial seseorang semakin besar pula kemungkinan terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu. Manakala, rakyat tidak berhak untuk bersuara dalam apa situasi apa sekalipun. Sementara itu, raja berhak sepenuhnya untuk memutuskan sesuatu hukuman dan barang siapa yang menentangnya akanditimpa daulat. Mereka juga mempunyai keistimewaan yang luar biasa sehingga tiada siapayang boleh menegur atau menasihat walaupun tidak berlaku adil atau wajar. Pengaruh agamaHindu-Buddha telah membentuk masyarakat kepada kelas-kelas atau kasta seperti Brahmin,Ksatria, Vaisya dan Sudra. Misalnya dalam undang-undang jenayah, golongan pemerintahdan bangsawan menerima hukuman yang jauh lebih ringan berbanding rakyat jelatawalaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama. Selain itu, dari sudut adat istiadat pula,rakyat dilarang meniru gaya hidup golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya, merekatidak boleh memakai pakaian berwarna kuning yang melambangkan golongan pemerintahdan bangsawan.Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, telah wujud undang-undang jenayah,muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara dan sebagainya yang berpandukan undang-undang Islam. Mukadimah undang-undang tersebut dimulai dengan konsep keislamankemudian ditakrif sultan dan raja-raja sebagai khalifah Al-Mukminin. Islam telahmenerapkan konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu sama lain. Inimenyebabkan sistem kasta telah dihapuskan selepas kedatangan Islam. Islam menuntut agar rakyat taat setia kepada pemerintahnya dan pemerintah pula bertanggungjawab ke atas rakyat pimpinannya. Antara contoh-contoh yang dapat dilihat adalah ketika zaman pemerintahan
2