You are on page 1of 31

Kenali Pantun

dan Kebijaksanaan Bangsa Melayu


• Pantun ialah hak asli orang Melayu. Ia bukan saduran atau pinjaman
dari mana-mana bangsa lain.Pantun berkembang bersama-sama
berkembangnya bangsa Melayu iaitu ia berkembang bersama-sama agama,
adat istiadat,ekonomi, peraturan dan undang-undang, unsur-unsur budaya
saperti lagu dan tarian,dan sedikit tentang politik dan sebagainya.Walaupun
ada pengkaji mengatakan bahawa pantun tidak dapat diketahui waktu
munculnya tetapi yang jelasnya pantun lahir selepas kedatangan Islam
berdasarkan bentuknya yang mempunyai rima.Ia seolah-olah ingin meniru
rima-rima yang wujud dalam al-quran dan syair-syair Arab yang lain.

•Namun ia berbeza dengan syair kerana bentuknya yang melebihkan rima


dengan perimbangan rima tengah dan mempunyai pembayang maksud. Syair
jelasnya berasal dari perkataan Arab ‘syi’r’ yang dimulai oleh Hamzah Fansuri
di Nusantara ini dan amat jelas juga syair meniru secara rapat dengan bentuk-
bentuk al-quran dan seterusnya syair-syair Arab yang lain.
.
• Pantun memperlihatkan pemerian latar hidup, filsafat dan penghayatan
seni masyarakat Melayu.Karya-karya Melayu tradisional saperti Hikayat Malim
Deman,Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu tersulam dengan pantun.
Chau Pandan anak Bubunnya
Pandan terletak dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badannya terlantar diLangkawi
Sebahagian besar pantun juga digunakan oleh tukang cerita saperti Tok
Selampit dan Pawang Ana.
• Pantun sudah teruji berabad-abad lamanya,ternyata ia terus
lestari,gagah dan kental kerana sifat-sifat komunikatif dan keindahannya tanpa
tercemar dengan gelombang pertembungan masyarakat dunia atau
‘gelombang globalisasi’.Benarkah pernyataan ini?Lihat pantun ini…
Pen merah pen biru
You marah I love You
Apakah yang kita kesan daripada pantun dua kerat ini?
• Kehidupan yang cepat
• Hilang nilai keindahan
• Tidak ada jiwa

• Setiap rangkap pantun mesti mempunyai jiwanya sendiri.bandingkan


pantun kasih di bawah:
Kalau tuan mudek ke hulu
belikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga.

Arak-arak kelapa puan


Tidak puan kelapa bali
Harap hati kepada tuan
Tidak tuan siapa lagi
Apakah yang boleh dikesan daripada pantun di atas.
•Pemerian latar kehidupan
•Budi bahasa dan sopan santun
•Sifat merendah diri
•Nilai-nilai agama
•Nilai-nilai keindahan
•Unsur-unsur kebijaksanaan mengawal emosi.

Manusia Melayu,menerusi pantun-pantunnya mempunyai


kebijaksanaan yang amat tinggi dalam mengeksploitasi dan memanipulasi
emosi pendengar. Masyarakat Melayu asalnya memang dikatakan bukan
sebuah masyarakat yang terbuka.Oleh itu pantun merupakan satu proses
kreativiti orang Melayu untuk mengungkap sesuatu maksud.
Hilir derap mudek derap
Singgah pangkalan gaharu
Bini kurap laki pun kurap
Boleh lawan bergaru-garu (pantun sindiran/jenaka)
Manusia Melayu juga dapat menyembunyikan perasaan dan dapat
memanipulasi perasaan orang lain ke peringkat yang paling maksimum
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan (pantun kasih)

Bunga tanjung kembang tak jadi


Jatuh berserak di rumpun buluh
Hancur hati kerana budi
Dalam air badan berpeluh. (pantun budi)

Lihat pula perbandingan yang melampau dalam pantun di bawah:


Anak merpati disambar helang
Terbang ketitir ke dalam huma
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
Burung jeladan singgah di huma
Anak balam turun ke paya
Budi laksana sinar purnama
Manusia alam menumpang cahaya.

Burung pipit burung kedidi


Hinggap di pokok di tepi sawah
Jika hidup tidak berbudi
Ibarat pokok tidak berbuah.

Kebijaksanaan bangsa Melayu dalam membina hubungan dan


menjadikan pantun sebagai alat komunikasi penting dalam upacara-upacara
membina silaturahim saperti merisik, meminang, adat istiadat perkahwinan,
pembuka bicara dalam adat istiadat raja dan pembesar, pembuka bicara
majlis dan sebagainya, dapat menggambarkan Melayu sebagai satu bangsa
yang unik, yang mempunyai satu sistem komunikasi yang di dalamnya
terungkap budaya dan seluruh makna dan peraturan masyarakat mereka
supaya dapat dikenali dan difahami oleh masyarakat atau bangsa lain.
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh.

Burung jentayu terbang seiring


Mati dipanah jatuh ke lumpur
Sirihnya layu pinangnya kering
Sudilah dijamah barang sekapur.

Mengapa pantun menjadi alat komunikasi yang amat penting dalam masyarakat
Melayu? Bentuk-bentuk pantun tersusun dengan rima dan penuh berirama.Ia dituturkan
dengan penuh berdiplomasi, mengikut maksud yang hendak disampaikan. Bangsa
Melayu dikatakan satu bangsa yang amat sensitif,tinggi budayanya,penuh dengan
protokol dan adat istiadat dan ada peraturan yang sudah menjadi ‘kontrak sosial’ dan
difahami bersama.Ia meliputi budi bahasa yang sentiasa menghormati tetamu dan
mendahulukan orang lain.Namun sensitiviti yang tinggi ini,ada segolongan bangsa
Melayu yang menpunyai konsep ‘amuk’ dalam masyarakatnya. Sifat-sifat ini yang
membentuk corak/pola komunikasi bangsa Melayu kepada berkias ibarat atau cakap
beralas.
Ambil golok di atas puan
Hendak berakit ke Kuala Kedah
Usah dijolok sarang tebuan
Badan sakit sesal tak sudah.

Ada satu putera alam


Duduk berkira siang malam
Sungguh jenih air di kolam
Tunggul buruk ada di dalam.

Tang-tang buku
Kerakap daun puding
Pak Itam tak malu
Ditampar dek kucing.
•Satu hal yang dapat dilihat dalam pantun-pantun Melayu ialah sikap
orang Melayu yang suka bergurau.Lihat pantun-pantun berikut:

Ketam padi jerami tinggi


Ketam pula balik pulau
Kalau tiada kami di sini
Siapa pula teman bergurau.

Musim ribut pergi ke pulau


Terendak Cina jatuh ke ruang
Lagi hidup kita bergurau
Sudah mati tergolek seorang

Kucoba-coba melempar manggis


Manggis kulempar mangga kudapat
Kucuba-cuba melamar gadis
Gadis kulamar janda kudapat.
Bukit Cuping gualah berangin
Tempat orang dok ambik baja
Putih kuning tok sah dok ingin
Ramai orang dok balik saja.

Dalam pantun juga ada konsep nilai. Ini jelas dilihat dalam pantun-pantun
yang memanipulasi wanita yang bertaraf janda. Dalam masyarakat
Melayu,taraf janda sangat ditakuti oleh kebanyakan wanita. Janda seolah-
olah dilabelkan kelasnya dalam pantun-pantun Melayu. Lihat pantun-pantun
berikut.
Emak! Emak! Anyam raga
Nak mengisi si raga inai,
Emak! Emak! Hantar ke paya
Saya nak tengok janda menuai.

Daripada cempedak baiklah nangka


Kerana nangka si panjang tangkai,
Pada budak baiklah janda
Kerana janda si panjang akal.
Encik Mamat memetik lada
Tetak daun di rumah tinggal,
Kalau terkena hikmatnya janda
Tujuh tahun sembahyang tinggal.

Hujan renyai-renyai
Pacat naik kaki,
Orang bujang ramai-ramai
Pakat cari laki.

R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (1961) mengatakan bahawa ‘satu


daripada perkara penting yang boleh membawa seseorang itu berjaya
menyelidiki hal ehwal orang Melayu ialah kebolehannya memahami dan
menyelami pengetahuan, perasaan, dan aliran fikiran orang-orang Melayu
melalui pantun.Seseorang itu tidak akan dapat menduga aliran fikiran orang
Melayu kalau tidak memahami pantunnya’.
•Dalam pantun dapat dilihat bagaiman orang Melayu mengurus
emosinya baik emosi yang melonjak-lonjak dalam cinta,kasih sayang,
mahupun emosi yang meruap-ruap dengan kemarahan, dendam dan
sebagainya. Kebijaksanaan mengawal emosi ini dengan
melemparkannya menerusi pantun merupakan satu bentuk
intelektualisme yang perlu diperhalusi dan ditonjolkan untuk
memperkenalkan ‘genius Melayu’ di mata dunia.

Dalam semak ada kebun


Dalam kebun ada bunga,
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada makna.
Bentuk Pantun

Aspek luaran pantun (struktur dan ciri-ciri visual):

1) Mempunyai rangkap yang berpasangan iaitu 2 rangkap / 4 rangkap / 6 rangkap


/ 8 rangkap

2) Setiap baris mempunyai 4 kata dasar – dengan jumlah suku kata 8 – 12

3) Setiap stanza/rangkap terbahagi kepada 2 unit (Dua baris pembayang dan dua
baris maksud bagi pantun 4 kerat).

4)Mempunyai skema rima hujung yang tetap a-b-a-b.Ada juga variasi a-a-a-a.

5)Setiap unit pantun adalah satu cerita/wacana.


Aspek lain bagi pantun yang baik:

6) Mempunyai rima tengah yang seimbang.

8) Mempunyai nada yang seimbang antara pembayang dan maksud.

Aspek dalaman
1) (unsur-unsur yang dapat dirasakan secara subjektif mengikut
pengalaman dan pemahaman pendengar dan penggunaan lambang-
lambang yang difahami bersama dalam masyarakat.)
2) Adanya hubungan makna antara pembayang dengan maksud.
(sama ada secara pelambangan atau kiasan)
3) Adanya susunan kata dan pemilihan kata yang padat.
4) Terungkap siratan makna dan falsafah kehidupan
5) Merasakan seni keindahannya
Kalau memandang ke muka laut
Sampan kolek mudek ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek belayar malam
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak genggam.

Pulau pandan jauh ke tengah


gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga.

Kusangka nanas atas permatang


Rupanya durian tajam berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.
• Pantun mempunyai pelbagai fungsi dalam seluruh kehidupan masyarakat
Melayu. Francois – Rene Daillie mengatakan dalam bukunya Alam Pantun Melayu :
Studies on the Malay Pantun,
‘The encaunter with the malay pantun has been until now,one of the most
striking episodes as well as one of the main elements of the advanture of life, not
simply of literature as distinct from life, but of life and literature closely mixed
together.’
Sastera dan kehidupan dalam masyarakat Melayu berjalan seiring pada suatu
masa dahulu.Ia berlaku dalam segala macam majlis dan adat istiadat,dalam aktiviti
ekonomi yang berasaskan pertanian,dalam rumahtangga antara suami dan isteri ,
pembentukan sahsiah anak-anak dan sebagainya. Namun keseiringan itu kini hanya
tinggal dalam majlis-majlis rasmi sahaja.Ia tidak lagi jadi amalan dan ingatan
terutama generasi muda masa kini.Dodoian terhadap anak-anak tidak lagi
kedengaran. Pantun usik mengusik anak muda sudah lama sepi.Malah orang-orang
tua pun sudah gilakan permainan komputer (computer game/video game).
Daun sup hendak dicari
Skuter ‘orange’ ditunggang ke pekan
Kalau hidup seorang diri
Komputer ‘game’ menjadi rakan.
Klasifikasi Pantun

1) Pantun kanak –kanak


2) Pantun orang muda (cinta dan kasih sayang)
3) Pantun Nasihat
4) Pantun agama
5) Pantun adat
6) Pantun jenaka
7) Pantun kiasan / peribahasa
8) Pantun budi
9) Pantun puji-pujian dan sambutan
10) Pantun naratif atau cerita
11) Pantau anak dagang / perantauan
12) Pantun Kepahlawanan
13) Pantun Perniagaan
14) Pantun Teka-teki
15) Pantun politik
Pantun kanak-kanak

Tuku takak balik bukit


Budak nakal beroleh penyakit

Buai laju-laju
sampai pokok sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga Cina

Pantun orang muda (kasih sayang)

Kalau begitu rupanya padi,


Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
mahu menumpang biduk lalu

Pucuk pauh rantingnya jatuh


Jatuh terlentang dimakan ulat;
Tuan jauh saya pun jauh,
burung terbang berkirim surat.

Pokok beringin di tepi huma,


Pucuk menjalar ke luar pagar;
Hati ingin melihat bunga,
Bunga di lingkar ular besar.
Pantun Nasihat

Orang Jawa mencari benang,


Mencari benang di atas bukit;
Orang jauh jangan dikenang,
Lama-lama jadi penyakit.

Orang daik bergelar tabib,


Mengubat jari terkena parang;
Baik-baik menyerahkan nasib,
Jangan menjadi hamba orang.

Orang mengail di Teluk Bulang,


Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
Nyawa tersangkut di hujung kuku.

Baik-baik memilih ikan,


Jangan terpilih ikan gelama;
Baik-baik memilih intan,
Jangan terpilih batu delima.
Pantun Agama

Burung belatu jambulnya merah,


Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
Minta syafaat kepada nabi.

Belah buluh bersigai-sigai,


Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
Lebih laut dari daratan.

Betapa lebat bunga remia,


Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
Hebat lagi pakaian syurga.

Halia ini tanam-tanaman,


Di darat juga akan tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sunguhnya.
Pantun Adat

Buah rumbia buah salak,


Pokok tumbuh tepi perigi;
Hidup di dunia kita beradat,
Bahasa tiada berjual beli.

Anak udang udang juga,


Tidak sama anak tenggiri;
Anak orang orang juga,
Tidak sama anak sendiri.

Ada sirih ada pinang,


nantikan gambir dengan kapor;
Sudah dipilih sudah dipinang,
Hanya menanti ijab kabul.

Anak itik di bawah rumah,


Main budak cepat berlari;
Oi encik orang di rumah,
Terima tidak saya ke mari.
Pantun Jenaka

Apa guna bertanam lada,


lada banyak di atas bukit;
Apa guna mabukkan janda,
anak dara bukan sedikit.

Anak ikan anak angsa,


Anak kala maka api;
Patuk tedung abang tak bisa,
Jeling janda nyaris nak mati.

Kepiting di negeri Jawa,


Buluh bersigai di atas atap;
Ikan kering habis tertawa,
Melihat tupai membaca kitab.

Pucuk putat layu,


Pucuk pauh kembang;
Duduk dekat malu,
Duduk jauh bimbang.
Pantun Kiasan

Seri Panji gelaran paman


Menjadi ratu raja di kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
Hamba di bawah menumpang cerah.

Pulau Bentan Pulau Daik,


Mercu bertaut nampak berkilau;
Kalau asal benih yang baik,
Terbuang ke laut menjadi pulau.

Rumah kecil tiangnya empat,


Bangkit pagi merebus ketupat;
Pecah tempurung katak melompat,
Barulah tahu timur dan barat.

Rosak lesung kerana antan,


Sebab menumbuk padi puteri;
Hilang buntat berganti intan,
Baru jadi sinar negeri.
Pantun Budi

Kalau memandang ke muka laut,


Sampan kolek mudek ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Kalau ada menanam tebu,


Boleh dijual di pasar desa;
Kalau kita jadi tetamu,
Biar pandai berbudi bahasa.

Kain berlipat dalam istana,


Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan

Ambilkan saya buah delima,


Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
jadi kenangan bertahun-tahun
Pantun Puji-pujian dan Sambutan

Kalau datang kapal serati,


Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
Bulan mengambang kusangka siang.

Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di rumpun buluh;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.

Burung jentayu terbang tinggi,


Mati di panah jatuh ke lumpur;
Sirihnya layu pinangnya kering,
Sudilah dijamah barang sekapur.

Arak-arak kelapa puan,


Tidak puan kelapa bali;
Harap hati kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi.
Pantun Naratif / Cerita

Ku cuba-cuba melempar manggis,


Manggis ku lempar mangga ku dapat;
Ku cuba-cuba melamar gadis,
Gadis ku lamar janda ku dapat.

Bukan dedak sebarang dedak ,


Dedak seberang laut jati;
Bukan budak sebarang budak,
Budak ini berani mati.
Pantun Anak Dagang / Perantauan

Baik-baik mengail tenggiri,


Takut terkena ikan parang;
Baik-baik merendah diri,
Jangan menjadi hamba orang.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,


Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya terbuang lalu.

Orang Jawa membuat tapai,


Raginya datang dari seberang;
Selagi cita-cita tidak tercapai
Biar mati di rantau orang.

Malam-malam menyuluh pelanduk,


Pelanduk seekor bertenggek di batu;
Laksana ayam kehilangan induk,
Begitulah nasib dagang piatu.
Pantun Kepahlawanan

Encik Lebai naik ke bukit,


Menangkap ayam di pohon gaharu;
Orang kebal lukanya sedikit,
Remuk di dalam orang tak tahu.

Buah salak lambung-lambungan,


Jatuh sebiji di sawah padi;
Saya jalak ayam sabungan,
Di sini tempat ku tempa mati.

Umpan mari kulit duku,


Orang mengail jauh ke laut;
Kalau nyawaku di hujung kuku,
Nyawa kau pula di hujung rambut.

Berapa dalam lubuk Inggeris,


Saya berani menebar jala,
Berapa tajam pisau dan keris,
Saya berani menegak dada.
Pantun Perniagaan

Ayam ini ayam Melaka


Mari dijual di tanjung Pagar;
Kalau tuan ingin berniaga,
Hasil negeri mahulah dibayar.

Batang kepaya dibuat tongkat,


Salah pegang jatuh terlipat;
Kalau berniaga tak tengok tempat
Modal habis untung tak dapat.

Anak lipan di tepi pagar,


Mati ditikam buluh berduri;
Bukankah tuan saudagar besar,
Kenapa berniaga takut rugi?

Anak Cina menggali cacing


Letak mari dalam tempurung
Kalau tak kenal mata dacing,
pada ditimbang baik diborong.
• Pantun politik

Di hulu jalan di hilir pun jalan


Sama tengah jalan parlimen
Malu jangan segan pun jangan
Silakan mak ngah berikan komen.
• Contoh pantun tidak baik
Anak itik anak angsa
Bunga kemboja dahannya patah
Hendak balik kepada janda
Hati luka terus berdarah.

Akar angsana melilit cemara


Burung kedidi jatuh digerbang
Tuan laksana emas suasa
hendak di beli ongkosnya kurang.

Buah bidara buah lokan


bunga melor dalam taman
Anak dara jadi intaian
anak teruna inginkan teman.

You might also like