Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
SEK.MEN. AGAMA DARUSSAADAHTITI BESI, KEPALA BATAS06200 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.NO.TEL : 04-7143661
”LAPORAN SEMPENA PROGRAM BUDAYA BUKA SEKOLAH(MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU 2010)”
DISEDIAKAN UNTUK :-SEKTOR PRNDIDIKAN ISLAMJABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARULAMANKOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM05604 ALOR SETAR KEDAH DARULAMAN
1
 
SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAHTITI BESI, KEPALA BATAS 06200ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.No.Tel. / Fax : 04-714 3661E-Mail : kft.2001.ppdkotasetar@gmail.com“KEDAH GEMILANG”REKOD PELAKSANAAN PROGRAMNAMA PROGRAM
- Program Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010
TEMPOH PELAKSANAAN
- Berlangsung selama 8 hari
TARIKH PELAKSANAAN
- 31 Disember 2009 (Khamis) sehingga 7 Januari 2010 (Khamis)
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
-Program yang dilaksanakan sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasatransasi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah.-Pelajar diberikan pendedahan daripada segenap aspek (jasmani, emosi, rohani,intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara pengisian program ialah program motivasi (emosi), senaman pagi (jasmani), qiyamullail,tadarus al-Quran, tazkirah, muhasabah, solat berjemaah (rohani), dan slot taklimatoleh Guru Kanan al-Azhari, Pusat Sumber, dan Unit Bimbingan & Kaunseling(intelek) sebagai persediaan para pelajar.-Program yang turut dilaksanakan sebagai memenuhi aktiviti pelajar tingkatan satuialah pembahagian rumah sukan dan badan beruniform .-Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan program “Kenali Sekolahyangdisampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti yang turut dijalankanialah “Sayangi Guru-guru Kami” bagi memberikan rasa kejelikatan antara pelajar dengan guru-guru di Sek. Men. Agama Darussaadah.-Rata-rata pihak waris yang ditemui menyatakan rasa puas hati serta bersediamemberikan segala kerjasama yang termampu demi kecemerlangan anak-anak merekasetelah aktiviti slot motivasi dijalankan oleh pihak sekolah dengan melibatkan pihak waris, pelajar dan juga pentadbir.-Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010 sampai ke kemuncaknyadengan majlis penutup pada 7 Januari 2010 (Khamis) yang di sempurnakan sendirioleh En. Pisal Abu Sepian, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,merangkap mentor Sek. Men. Agama Darussaadah.-Semua pihak memberikan kerjasama erat untuk menjayakan program orientasi ini.2
 
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
-Aktiviti yang dijalankan kurang melibatkan aktiviti
outdoor 
. Pada masa depandicadangkan aktiviti luar diperbanyakkan bagi mengelakkan pelajar berasa letih atau jemu.-Organisasi luar juga sewajarnya dilibatkan sebagai satu input yang cukup bergunakepada pelajar. Sebagai contoh, dengan melibatkan Lembaga Penduduk danPembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk slot penerangan berkaitan perubahankitaran fizikal seseorang remaja.-Kekurangan peruntukan kewangan wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk dipertimbangkan pada masa hadapan. Ini menyebabkan peruntukan hadiah kepada peserta terbaik dalam kategori masing-masing tidak dapat diwujudkan sebagai satugalakan dan rangsangan kepada peserta program orientasi.-Untuk masa hadapan, dicadangkan untuk menyeragamkan pakaian pelajar sepanjang program, sekurang-kurangnya baju batik dan baju t-shirt agar menampakkan pelajadalam situasi program orientasi dan menampakkan satu keseragaman serta disiplinmereka.-Aktiviti berbentuk kerjasama kumpulan (
teamwork 
) wajar diwujudkan bagimembentuk diri peserta sebagai satu kumpulan yang cukup bersatu dan dalam masayang sama mengeratkan hubungan
ukhwah
sesama mereka.
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
- Rujuk lampiran 1
CATATAN
-Bermula pada 31 Januari 2009 (Khamis) hingga 2 Januari 2010 (Sabtu), semua pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama bagi mengikuti program orientasi khusus.-Pada 3 Januari 2010 sehingga 7 Januari 2010, program orientasi pelajar tingkatan satuhanya dijalankan pada sebelah petang sahaja (2.30 petang – 4.30 petang) setiap hari,manakala disebelah pagi, semua pelajar telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P) seperti biasa.Tandatangan Pelapor : Nama Penilai :Jawatan Penilai :3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more