You are on page 1of 7

Hadis Pelepah Tamar Tidak Ada Kena Mengena Dengan Konsep

Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Sesetengah ulama berhujah bahawa bacaan al-Qur`an dan pahalanya sampai kepada si mati berdasarkan
kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Iaitu hadis baginda memacakkan
pelepah tamar di atas dua buah kubur.

َ‫صوْ ت‬ َ ‫ان ْال َم ِدينَ ِة أَوْ َم َّكةَ فَ َس ِم َع‬


ِ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم بِ َحائِ ٍط ِم ْن ِحيط‬ َ ‫ال َم َّر النَّبِ ُّي‬
َ َ‫س ق‬
ٍ ‫ع َْن اب ِْن َعبَّا‬
ٍ ِ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يُ َع َّذبَا ِن َو َما يُ َع َّذبَا ِن فِي َكب‬
‫ير ثُ َّم قَا َل بَلَى‬ َ ‫ال النَّبِ ُّي‬ ِ ‫إِ ْن َسانَي ِْن يُ َع َّذبَا ِن فِي قُب‬
َ َ‫ُور ِه َما فَق‬
َ ‫ر ِم ْن بَوْ لِ ِه َو َكانَ اآْل َخ ُر يَ ْم ِشي بِالنَّ ِمي َم ِة ثُ َّم َدعَا بِ َج ِري َد ٍة فَ َك َس َرهَا ِكس َْرتَي ِْن فَ َو‬Yُ ِ‫َكانَ أَ َح ُدهُ َما اَل يَ ْستَت‬
‫ع‬Yَ ‫ض‬
ْ‫ال لَ َعلَّهُ أَ ْن يُخَ فَّفَ َع ْنهُ َما َما لَ ْم تَ ْيبَ َسا أَو‬
َ َ‫َعلَى ُك ِّل قَب ٍْر ِم ْنهُ َما ِك ْس َرةً فَقِي َل لَهُ يَا َرسُو َل هَّللا ِ لِ َم فَ َع ْلتَ هَ َذا ق‬
‫إِلَى أَ ْن يَ ْيبَ َسا‬

“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau
Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w.
bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar.
Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan
daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta
supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada
setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda
menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau
sehinggalah ia kering.”

Hadis ini menerangkan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat melalui dekat dua kuburan lalu Allah s.w.t.
mewahyukan kepada baginda tentang keadaan kedua-duanya yang sedang diazab. Satunya, kerana tidak
menjaga kebersihan semasa buang air dan satu lagi kerana mengadu domba dan mencetuskan permusuhan.
Baginda memberitahu kepada umatnya sebagai membari amaran dan peringatan tentang kedua-dua bentuk
kesalahan ini. Dengan rasa belas kasihan, baginda menyuruh sahabat mengambil pelepah tamar kemudian
dipacakkan di atas dua kuburan itu sebagai syafaat baginda untuk umatnya.

Di dalam satu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir, Imam Muslim meriwayatkan:

ْ ‫َان َر‬
‫طبَ ْي ِن‬ ِ ‫ْت بِ َشفَا َعتِي أَ ْن يُ َرفَّهَ َع ْنهُ َما َما دَا َم ْال ُغصْ ن‬
ُ ‫ت بِقَب َْري ِْن يُ َع َّذبَا ِن فَأَحْ بَب‬
ُ ْ‫قَا َل إِنِّي َم َرر‬

Rasulullah s.a.w. bersabda” “Sesungguhnya aku lalu dekat dua buah kubur yang diseksa maka aku mahu
ia diberikankan syafaatku agar dihindarkan daripada kedua-duanya selagi dua ranting itu tidak kering.”
(Muslim, no: 3013)

Hadis ini jelas menunjukkan sebab Rasulullah s.a.w. meletakkan ranting di atas kubur iaitu sebagai syafaat
dan doanya bukan menghadiahkan pahala kepada mayat di dalamnya. Apa yang jelas ialah baginda
memohon ampun bagi pihak penghuninya. Sama ada peristiwa ini adalah sama dengan peristiwa hadis Ibn
Abbas atau tidak, kedua-duanya mempunyai ‘illah hukum atau sebab hukum yang sama.

Peristiwa ini adalah peristiwa khusus yang tidak boleh hendak diqiyaskan kerana hikmatnya dan sebabnya
tidak dapat difikirkan kerana berkait dengan doa Rasulullah s.a.w. dan tambahan pula ia adalah perkara
ghaib, yakni kedua-duanya itu sedang diazab dalam kubur. Oleh kerana itu, baginda tidak melakukannya
kecuali untuk dua kubur ini sahaja. Perbuatan sahabat bertanya menunjukkan bahawa ini tidak pernah
dilakukan sebelum ini dan tidak pula diperintahkan supaya diikuti oleh para sahabat. Ini menunjukkan
bahawa perbuatan ini khusus kepada baginda sebagai doa dan syafaat nabi untuk umatnya.

Al-Khattabi, seorang ulama hadis yang terkenal ketika menghuraikan hadis ini di dalam kitabnya Ma’alim
al-Sunan Syarh Sunan Abi Daud menyebutkan: “Kata-kata Rasulullah s.a.w. “semoga ia meringankan
untuk mereka berdua” itu adalah dari sudut memperolehi keberkatan daripada kesan Rasulullah s.a.w.
dan doa baginda supaya diringankan azab daripada mereka berdua. Seolah-olah baginda menjadikan
tempoh lembabnya pelepah itu sebagai had kepada doa keringanan azab itu daripada mereka berdua
bukan kerana pelepah yang basah itu mempunyai makna yang tidak terdapat pada pelepah yang kering.
Orang ramai di kebanyakan negeri menghamparkan daun tamar di atas kubur-kubur dan saya
berpendapat bahawa perbuatan mereka itu tidak mempunyai satu dalilpun. Wa Allah A’lam.”

Nukilan daripada al-Khattabi menegaskan bahawa dalam masalah ini tidak boleh dilakukan sebarang qiyas.
Untuk mengatakan kelembapan atau segarnya dahan atau pelapah tamar itu sebagai sebab ringan azab,
adalah sesuatu yang tidak jelas dan tidak konsisten. Dengan itu, ia tidak memenuhi syarat ‘illah hukum.
Sekiranya perkara ini dapat dijadikan ‘illah pasti semua mayat yang dikebumikan di bawan rimbunan
pokok atau dipenuhi dengan batu-batu akan memperolehi faedah yang besar kerana semua itu tetap terus
berzikir untuknya walaupun dia tidak beriman dan tidak pernah beramal soleh. Tentu sekali tidak ada yang
berpendapat demikian.

Oleh kerana itu, menjadikan pelepah tamar basah yang bertasbih sebagai asas qiyas untuk memacak ranting
pokok, menabur bunga dan meletakkan batu-batu di atas kubur adalah kesimpulan hukum yang tidak
menepati prinsipnya kerana tidak memenuhi syarat ‘illah dan berlaku qiyas ma’a al-Fariq (qiyas dua
perkara yang tidak serupa). Mereka yang mengqiyaskan bacaan al-Qur`an dapat memberikan pahala ke si
mati menggunakan qiyas ini dengan alasan bacaan al-Qur`an itu lebih mulia dari tasbih daripada pelapah
tamar itu. Sedangkan pelepah yang tamar yang diletakkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan doa dan
syafa’at baginda bukan kerana sifat lembab dan basah yang ada padanya. Jauh sekali untuk dikatakan
sebagai menyampaikan pahala kepada si mati.

Menyalahgunakan kaedah qiyas dan meluaskan pemakaiannya dalam masalah ini tidak akan memberikan
apa-apa manfaat melainkan hanya menimbulkan pelbagai jenis bid’ah dan khurafat dalam masyarakat. Atas
alasan qiyas, orang ramai meletakkan bunga-bunga di atas kubur serta menyirami dengan air mawar.
Apabila mereka merasakan kesegaran pelepah tamar dan bunga itu tidak berpanjangan lalu mereka
menanam pokok bunga di atas kubur serta menghias pula dengan anak-anak batu. Tujuannya tidak lain
kerana menyangka semuanya itu akan memberi manfaat kepada si mati. Padahal hanya iman dan amal
sahaja yang berguna. Disedari ataupun tidak, mereka telah menyerupai amalan Kristian dalam upacara
kematian mereka!

Selain itu, mengkhususkan benda hidup sahaja bertasbih adalah tidak tepat kerana segala yang ada di langit
dan di bumi, semuanya bertasbih dan menyebut-nyebut nama Allah sama ada ianya lembab atau kering.
 

َ ِ‫ات ال َّس ْب ُع َواأْل َرْ ضُ َو َم ْن فِي ِه َّن َوإِ ْن ِم ْن َش ْي ٍء إِاَّل يُ َسبِّ ُح بِ َح ْم ِد ِه َولَ ِك ْن اَل تَ ْفقَهُونَ تَ ْسب‬
‫يحهُ ْم‬ ُ ‫تُ َسبِّ ُح لَهُ ال َّس َم َو‬
‫إِنَّهُ َكانَ َحلِي ًما َغفُورًا‬

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi
Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan
tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (al-Isra`: 44)

Ayat ini menunjukkan bahawa segala sesuatu itu bertasbih, dan semuanya itu bertasbih bagi Allah dan
memuji-muji kebesaran-Nya bukannya mengucapkan tasbih untuk orang yang meninggal dunia. Ini
bermakna, segala makhluk yang bertasbih tidak ada kaitan dengan manusia yang telah meninggal dunia.

Mengapa Rasulullah s.a.w. memacak pelepah tamar di dua buah kubur itu sedangkan batu-batu, tanah dan
pasir yang ada di situ juga bertasbih kepada Allah. Jawabnya ini adalah syafa’at dan doa baginda. Inilah
sebabnya mengapa tidak memacakkan kepada kubur-kubur yang lain.

Jesteru, kita mengatakan, sebagai umat Rasulullah s.a.w.,  kita hanya perlu meminta ampun dan berdoa
untuk mayat sebagimana yang diajarkan oleh baginda dalam hadis-hadis yang lain tanpa perlu melampaui
petunjuk baginda. Bahaya paling besar apabila meninggalkan sunnah ialah terjerumusnya kita dalam
bid’ah. Ini kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih menyuruh kita menghadiahkan pahala kepada
orang yang meninggal dunia dan tidak dilakukan oleh generasi sahabat dan tabi’in.

Kesimpulannya, hukum ini tidak umum dan tidak boleh diqiyaskan kepada kes orang lain. Begitu juga
tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa sahabat-sahabat lain ada melakukannya kecuali yang apa
diriwayatkan daripada Buraidah bin al-Husaib bahawa beliau mewasiatkan supaya meletakkan dua pelepah
tamar di atas kuburnya.

 
Perbuatan Buraidah ini tidak boleh dijadikan hujah kerana alasan-alasan berikut. Pertama, ini adalah
pendapat peribadi beliau dalam keadaan sahabat-sahabat yang utama tidak melakukannya dan hanya beliau
sahaja.

Kedua, beliau melakukan ini hanya semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. yang pernah
melakukan begitu. Ikutan ini dinamakan sebagai ittiba’ suri iaitu mengikuti sunnah secara zahir bukan
sunnah yang disyariatkan.

Sheikh Muhammad Tahir berkata: “Adapun perkara yang berlaku berhubung seorang sahabat secara
jarang-jarang atau tidak biasa dan tidak diketahui oleh kebanyakan mereka, maka perbuatan itu sama ada
berdasarkan kepada ijtihad peribadi atau hadis yang didengarinya (dan diketahuinya) itu kemudian telah
mansukh dalam keadaan dia tidak mengetahuinya. Sesungguhnya ittiba’ atau ikutan yang diperintahkan
ialah sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan kepada kata nama khas yag menunjukkan
keumuman yang sebenar, yakni semua sekali atau keumuman menurut adat iaitu kebanyakan sahabat
mana kala yang lain berdiam diri. Begitu juga lafaz qarni (kurunku) bermaksud perkara yang tersebar di
kurun tersebut.”

Ketiga, Buraidah tidak pernah berniat berbuat demikian untuk melepaskan diri dari azab kubur, kerana
sebagai sahabat yang pernah menyertai Bai’ah Ridwan, beliau meyakini hanya iman dan amalan soleh
sahaja yang dapat menolong seseorang menyelamatkan diri dari azab Allah.

Keempat, Imam al-Bukhari yang menukilkan athar Buraidah menyebutkannya di dalam tajuk hadis
kemudian mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau melihat sebuah khemah di atas kubur
‘Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq lalu memerintahkan supaya ianya dicabut dan berkata:
“Sebenarnya yang melindunginya adalah amalannya.” Dengan ini difahami bahawa al-Bukhari berpendapat
tindakan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujah kerana Ibn ‘Umar tidak sependapat dengannya dan beliau
seorang sahabat yang cukup mendalam ilmunya tentang sunnah Rasulullah s.a.w.. Oleh itu, pendapat
sahabat yang lebih berilmu dan paling beriltizam dengan sunnah harus diutamakan daripada yang lain.
Al-‘Aini menyatakan bahawa tujuan Imam al-Bukhari mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar untuk
menyatakan perbuatan Rasulullah s.a.w. memacakkan pelapah tamar adalah khusus dengan kedua-dua
kubur itu tidak yang lain.
 

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada dua kubur merupakan isyarat dan alamat kepada doa dan
syafa’at baginda sebagaimana berlaku doa baginda kepada Abu Hurairah supaya mempunyai ingatan yang
kuat dengan selendang yang dilipat kemudian diletakkan di dadanya.

ْ ‫ُط ِردَا َءكَ فَبَ َس‬


َ َ‫طتُهُ ق‬
‫ال‬ ْ ‫ال ا ْبس‬ َ َ‫ُول هَّللا ِ إِنِّي أَ ْس َم ُع ِم ْنكَ َح ِديثًا َكثِيرًا أَ ْن َساهُ ق‬
َ ‫ت يَا َرس‬ ُ ‫ع َْن أَبِي هُ َر ْي َرةَ قَا َل قُ ْل‬
ُ ‫ض َم ْمتُهُ فَ َما ن َِس‬
ُ‫يت َش ْيئًا بَ ْع َده‬ َ َ‫ض َّمهُ ف‬ ُ ‫ال‬ َ َ‫ف بِيَ َد ْي ِه ثُ َّم ق‬
Yَ ‫فَغ ََر‬

Daripada Abu Hurairah katanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya banyak mendengar hadis
daripada tuan tetapi saya terlupa. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bentangkanlah selendangmu. Lalu saya
membentangkannya kemudian baginda mencebok dengan tangannya pada selendang itu kemudian
bersabda: “Dakapkanlah. Lalu saya mendakapkannya dan selepas itu saya telah melupakan satu hadis
pun.”

Begitu juga baginda berdoa untuk Mahmud bin al-Rubayyi’ dengan cara berkumur kemudian
menghembuskan kumuran itu sebagai keberkatan daripada baginda.

ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َم َّجةً َم َّجهَا فِي َوجْ ِهي َوأَنَا ابْنُ خَ ْم‬
‫س‬ ُ ‫يع قَا َل َعقَ ْل‬
َ ‫ت ِم ْن النَّبِ ِّي‬ ِ ِ‫ع َْن َمحْ ُمو ِد ْب ِن ال َّرب‬
‫ِسنِينَ ِم ْن د َْل ٍو‬

Daripada Mahmud bin al-Rubayyi` katanya: “Saya masih lagi ingat semburan Rasulullah s.a.w. ke muka
saya dari bekas air ketika saya berumur lima tahun.”

 
Doa yang disertakan ‘sentuhan’ tangan Rasulullah s.a.w. mempunyai kesan yang sangat mendalam kepada
para sahabat dan ini tidak lain menunjukkan perkara ini khusus dengan baginda. Jika diteliti dalam kitab-
kitab hadis tentu banyak lagi peristiwa yang sama ditemui.

Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah,
Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-Baul.

Muslim, Kitab al-Zuhd Wa al-Riqaq, Bab Hadith Jabir al-Tawil Wa Qissah Abi al-Yasar.

Al-Qurtubi, al-Mufhim Li Asykala Min Talkhis Sahih Muslim, jil. 1 hal. 553

Sila rujuk al-Kasymiri, Faidh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari, jil. 1,  hal. 311, Taqi Uthmani, Takmilah Fath al-
Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525.

Syabbir Ahmad ‘Uthmani,  Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 3, hal. 93.

Muhammad bin ‘Ali, Zakhirah al-‘Uqba Fi Syarh al-Mujtaba, jil. 1, hal. 515

Ma’alim al-Sunan, jil. 1, hal. 18

Taqi Uthmani, Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525., Abdullah Al Bassam, Taysir
al-‘Allam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, jil. 1, hal. 60

Usul al-Sunnah Li Radd al-Bid`ah, hal.64

Al-Bukhari, Kitab al-Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.

Lihat Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, jil. 3, hal. 588.

Al-‘Aini, ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, juz. 8, 264

Al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, Bab Hifz al-‘Ilm.

You might also like