You are on page 1of 9

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TUGASAN
PENGURUSAN GERKO

disediakan oleh

Nama : Nur Suraya Binti Mazlan

No. K/P : 810326-13-5082

Unit : KPLI SR – Sains 2

Kursus : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

Ambilan : Januari 2008

Untuk perhatian:

(DR. ZAILAH BINTI ZAINUDIN)


Institut Perguruan Raja Melewar
Seremban
Mei 2008
SEKOLAH MENENGAH TUNKU BESAR BURHANUDDIN
71500 SRI MENANTI, N. SEMBILAN D. KHUSUS

TAJUK:

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

PADA

10 MAC 2008
(ISNIN)

ANJURAN:
LEMBAGA PENGAWAS PUSAT SUMBER
DAN KELAB PUSAT SUMBER
PERSATUAN PUSAT SUMBER
SM TUNKU BESAR BURHANUDDIN

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

1. Pendahuluan

Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah


untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Persatuan
Pusat Sumber sekolah merancang mengadakan lawatan sambil belajar ke
Kuala Lumpur & Putrajaya. Ini memupuk semangat kerjasama dikalangan
ahli persatuan dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Hasil
daripada lawatan, pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh
bertukar-tukar idea di kalangan mereka.

2. Objektif

 Memberi pendedahan kepada ahli persatuan suasana belajar di kampus


supaya mereka lebih bersemangat untuk menuntut ilmu – Universiti Malaya.
 Mengetahui peranan dan fungsi Kementerian Usahawan dan peluang
Kerjaya yang disediakan.
2.3 Memberi semangat dan dorongan kepada ahli untuk berusaha mencapai
Keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.
 Menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur
dan Putrajaya.

3. Tarikh, Masa dan Tempat


Tarikh : 10 Mac 2008 (Isnin)
Masa : 6.00 pagi
Tempat : Kuala Lumpur dan Putrajaya

4. Sasaran

Pengawas Pusat Sumber sekolah dan Ahli Kelab Pusat Sumber.

5. Aturcara Lawatan

6.00 am - Bertolak dari Sek Men Tunku Besar Burhanuddin,


Sri menanti
10.00am – 12.00pm - Lawatan di Kementerian Usahawan di Putrajaya

12.00pm – 2.00pm - Makan tengahari dan solat di masjid Putrajaya


2.oopm – 3.00pm - Lawatan ke Kolej ke- 3 UM
3.00pm – 4.00pm - Lawatan ke kampus UM
4.oopm – 7.00pm - KLCC & Taman Tasik Titiwangsa
7.00pm – 8.00pm - Solat di masjid As-Syakirin KLCC dan makan
malam.
8.00pm – 11.oopm - Perjalanan balik ke Sri Menanti.

6. Senarai Jawatankuasa (JK) Pengelola

Penaung : Tn. Hj. Awang Adek Bin Hj. Hussin


Pengetua Sek. Men Tunku Besar Burhanuddin
Penasihat / : 1. Pn. Khadijah Bt. Umar
Guru Pengiring 2. Pn. Rodzillah Bt Azidan
Ketua Lawatan : Adam Bin Mohd
Timbalan Ketua : Siti Suraya Hashim
Setiausaha : Munirah bt Yahya
Bendahari : Mohd Azlan Bin Azmin
Jawatankuasa : 1.Siti Maisarah Bt Ghani
2. Mohd Shamil Bin Latif
3. Mariam Binti Abu

7. Kewangan

Pendapatan
Kutipan daripada pelajar RM40 x 40 orang = RM1600

Anggaran Perbelanjaan
PERKARA JUMLAH
(RM)
Tambang bas RM20 x 40 orang 800
Cenderamata tempat lawatan- UM dan Kementerian 160
Usahawan di Putrajaya
Insurans perjalanan RM6.00 x 40 orang 240
Urusetia/ Pengurusan 100
Minuman (air mineral) 100
Tiket masuk ke RM5 x 40 orang 200
Acuaria
JUMLAH 1600

8. STRATEGI PELAKSANAAN
1. mengenal pasti tempat yang hendak dilawati
2. mengenal pasti tarikh dan masa
3. melantik ahli jawatankuasa lawatan
4. mengenal pasti murid yang hendak menyertai lawatan
5. memohon kebenaran mengadakan lawatan
6. mendapat kebenaran ibu bapa
7. pembahagian kumpulan dan pengagihan tugas sepanjang lawatan
8. mengadakan lawatan
9. mengadakan post mortem
10. menyediakan laporan lawatan

9. Penutup

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sihat untuk dipraktikkan.


Oleh itu kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini sama ada
yang terlibat secara lansung dan tidak lansung amat dihargai.Semoga
program ini mencapai objektif yang dirancang demi meningkatkan lagi
potensi jati diri pelajar yang terlibat.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,


___________ ___________
Munirah bt Yahya Pn. Khadijah Bt Umar
(Setausaha Lawatan) (Guru Penasihat)
Kelab Pusat Sumber Kelab Pusat Sumber
Sek MenTunku Besar Sek Men Tunku Besar
Burhanuddin, Burhanuddin,
Sri Menanti, N. Sembilan Sri Menanti, N. Sembilan
LAMPIRAN

9.1. Contoh surat


Ruk. Tuan:
Ruj. Kami : SMTBB 02/08/001 (18)
Tarikh : 10 Februari 2008
Pengetua,
Kolej Kediaman Ke tiga,
Universiti Malaya ,
59100 Kuala Lumpur
( u.p Prof. Madya Dr. Sharifuddin b. Zainuddin )

Tuan/ Puan,

Lawatan Ke Kolej Kediaman Ke Tiga Universiti Malaya Dan Tetamu Khas


Kepada Murid-Murid SMTBB, Sri Menanti.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Pusat Sumber Sek. Men Tunku
Besar Burhanuddin, Sri Menanti bercadang untuk membuat lawatan sambil
belajar ke Kolej Kediaman Ke tiga seperti tarikh di bawah:

Tarikh : 1o Mac 2008


Hari : Isnin
Masa : 2:00 petang
Bilangan peserta : 42 orang (40 orang pelajar dan 2 orang guru )

2. Kami juga memohon untuk mendapat taklimat berkaitan dengan peluang belajar di
Universiti Malaya dan pihak sekolah mengalu-alukan untuk menjadi kan SMTBB Sri
Menanti sebagai salah sebuah sekolah dalam Projek Anak Angkat, kolej tuan.

3. Untuk pengetahuan tuan, kebanyakkan murid-murid ini golongan sederhana


dan miskin dan kami berharap sudilah kiranya pihak tuan menyediakan sedikit jamuan ringan
untuk mereka.

4. Pihak kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada
pihak tuan. Segala sokongan dan kerjasama yang tuan berikan amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………..
(TN. HJ. AWANG ADEK BIN HJ. HUSSIN)
Pengetua,
Sek. Men. Tunku Besar Burhanuddin,
71550 Sri Menanti
N. Sembilan D. Khusus

s.k.
Fail lawatan sekolah

You might also like