Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
143Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 6,314 |Likes:
Published by faziha

More info:

Published by: faziha on Feb 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2013

pdf

text

original

 
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 1
TEORI MORAL/ETIKA BARAT YANG BERKAITAN DENGANPEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAANPENDAHULUAN
Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telahwujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepadafalsafah-falsafah umum. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme (Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa 1987).Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah pemikiran yang rasional.
MORAL/ETIKA BARAT
Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘
moralitas’ 
yang membawa pengertianajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan merangkumikelakuan, kewajipan, sikap dan cara berkelakuan yang berasaskan baik buruk sesuatuakhlak.Etika yang berasal daripada perkataan Greek
ethos
membawa maksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individuatau sesuatu kumpulan. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbangan- pertimbangan yang menentukan baik, buruk atau benar dan salah sesuatu tindakan moralatau etika ialah pemikiran rasional
(rational 
 
thinking)
yang berlandaskan akal fikiranmanusia semata-mata.Bagi memahami makna moral dan etika dengan lebih mudah, dapat dianalogikandalam dua contoh kes. Kes pertama, perbuatan Robin Hood yang merompak golongankaya untuk membantu golongan miskin manakala kes kedua melibatkan seorang peguam
 
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 2membela penjenayah yang dibicarakan atas tuduhan membunuh. Merujuk kes pertama,dari segi moralnya, tindakan Robin Hood mencuri adalah salah tetapi dari segi etika, perbuatannya adalah betul untuk membantu golongan miskin. Dalam kes kedua, perbuatan membunuh adalah salah dari segi moral, namun tindakan peguam tersebutmembela penjenayah adalah betul kerana memenuhi tanggungjawab dan etika guaman.Domain moral atau etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar, betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorangindividu dan hubungannya dengan individu lain (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md.Aroff, 1999). Domain moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk  pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian berdasarkan fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral atau etika. Ada juga pernyataan normatif yang melibatkan domainnilai yang lain seperti estetika, agama, adat tradisi dan undang-undang.Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal manusia adalahterbatas kerana manusia sememangnya diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan. Inikerana, manusia hanya mampu menggunakan pancaindera yang ada untuk melihatsesuatu perkara itu secara zahir dan terhad. Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapatdicapai oleh akal (metafizik) adalah lebih luas skopnya. Metafizik yang berada di bawahlembayung ontologi merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam tabii yang tidak diketahui rahsia isikeseluruhannya.Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam sekalipun adalah semata-mata berdasarkan pemikiran yang rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang berlandaskan pemikiran rasional manusia semata-mata sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana pemikiran akal manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik. Perkara ini bertepatan dengan idea Darwin yang mengatakan setiap yang digelar ‘makhluk’ akan
 
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 3 berubah dan perubahan adalah perlu dalam mengecapi kemajuan. Teori moral jugamenyatakan bermoral atau tidak bermoralnya seseorang individu ditentukan olehkeadaan, masa, tempat dan pendapat majoriti.Moral dan etika merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang diyakini individu danmasyarakat malah dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik. Menurut Chang LeeHoon (2005), terdapat dua prinsip moral atau etika yang asas iaitu adil dan penyayang.Prinsip adil menekankan hak manakala prinsip penyayang menekankan hormat dalamkalangan manusia.
TEORI MORAL TELEOLOGIKAL
Utilitarianisme
Utilitarianisme ialah idea atau fahaman dalam falsafah moral yangmenekankan prinsip manfaat atau kegunaan dalam menilai sesuatutindakan sebagai prinsip moral yang paling dasar. Fahaman inididasarkan kepada Teori Moral Teleologikal atau konsekuenlis yangmenilai sesuatu tindakan moral itu berdasarkan motif atau tujuan(
 judge actions in terms of their motives).
Prinsip kegunaan dalamfahaman Utilitarianisme dimaksudkan sebagai prinsip yang menjadikankegunaan sebagai kayu ukur untuk menilai dan mengambil keputusanapakah suatu tindakan itu dapat dibenarkan atau tidak secara moral. Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna.Suatu tindakan dinilai berguna jika akibat tindakan tersebut, secarakeseluruhan, dapat memperhitungkan semua pihak yang terlibat dantanpa membeza-bezakan, membawa akibat baik berbentukkegembiraan atau kebahagiaan yang besar kepada ramai orang(Betham 1970).

Activity (143)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Tan Bpeng liked this
Wah Yan liked this
SELVAM PERUMAL liked this
stanleyyyss liked this
La Eila liked this
tanjungsofiera liked this
Ha Niee'm liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->