Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
147Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hubungan Tingkah Laku Dengan Sikap Pelajar Remaja

Hubungan Tingkah Laku Dengan Sikap Pelajar Remaja

Ratings: (0)|Views: 13,714|Likes:
Published by basik
psikologi pendidikan
psikologi pendidikan

More info:

Published by: basik on Feb 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/13/2014

pdf

text

original

 
11.0. Hubungan Masalah Tingkah laku Dengan Sikap Pelajar Remaja11.1 PengenalanAlam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitutempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat iniseseorang itu akan mula bertindakbalas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan tersendiri. Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’(
emotional age
) kerana di peringkat mencari identiti , mereka sering berhadapan dengankonflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dankeinginan serta kebimbangan untuk menempuhi alam dewasa. Tetapi kini, remaja telahterlalu jauh meninggalkan batas keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika danmoral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka. Remaja memperoleh kesedaran pada diri mereka sebagai individu, rakan seksual, pekerja, dan ibu bapa yang berkebolehan serta sebagai individu yang baru. Tarikan pada jantina berlawanan akanmuncul, pencarian idea dan orang yang boleh dipercayai juga bermula. Pengharapan baru pada diri mula diadaptasikan. Imej-imej kendiri ini mulanya cenderung menjadi fleksibeldan selalunya akan berubah mengikut masa, tempat, dan situasi. Perkembangan
 Ego
pada peringkat ini menyediakan remaja bagi menanggung beban identity kendiri. Remaja akan berusaha menyelesaikan krisis identiti yang berlaku dengan menguji pelbagai peranan,nilai dan perhubungan.Tingkah laku pelajar remaja berkait rapat dengan sikap pelajar remaja tersebutdan mempunyai norma dalam kehidupan manusia. Pada zaman inilah para remaja mulaterdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah menjadi rumahkedua bagi mereka. Remaja perlu belajar banyak perkara yang tidak semuanya datangdaripada ibu bapa tetapi kebanyakan daripada persekitaran sosial mereka ketika merekamembesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap,dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada kepada alamyang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Norma tingkah laku ini dijelaskansama ada seseorang itu baik atau buruk. Tingkah laku baik yang mengikut norma ialahseperti tidak bercakap semasa makan, menghormati orang tua, dan sebagainya. Contohtingkah laku buruk pula ialah seperti menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri,1
 
 berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, lari dari rumah, dan perhubungan seks bebas turut juga dilakukan. Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini lebih terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebut
borderless world 
” ini banyak menerima pengaruh positif mahu pun negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan dengan program yang membunuh sahsiah berbanding programyang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali, 1997). Pelajar yang seringmelanggar disiplin atau salah laku ini dikenali pelajar devian.11.2 DefinisiDeviant – deviant behaviour, especialy sexual behavior, is considered tobe strange andmorolly unaccaptable.Delinquent – someone especially a young person who breaks the law or behaves in waystheir society does not approve.LongmanDictionary of Comtemporary English“ Kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsidan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial.”Albert Cohen, Deviance and Control“ Kelakuan yang menyimpang secara significant daripada norma-norma yang ditentukanuntuk individu dalam status sosial….,ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perludikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakat sebagai munasabah danmoral binding bagi orang yang menduduki status yang berlainan.”Robert Merton, Anomie and Sosial Structure“ Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersetujui, yang bertentangan dengan norma dandarjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat.”M.B Clinard Sociolgy of Deviant Behaviour 2
 
Jelas bahawa devian dan delinkuen rata rata membawa maksud tingkah laku yangmelanggar norma-norma masyarakat tertentu. Devian lebih merujuk kepada tingkah lakuini secara umum, manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur iaitu pelajar sekolah dan belia. Norma membawa pengertian peraturan dan garis panduan yang dikongsi bersama, sesuaidengan situasi. Norma memberi garus panduan tentang bagaimana individu bertingkahlaku dalam masyarakat.DevianApabila seseorang itu melanggar peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesuatumasyarakat tertentu dan dalam kes ini masyrakat dikatakan sebagai institusi sekolah,maka individu ini dikatakan bersikap devian. Devian lebih merujuk kepada tingkah lakuatau pun “
behaviour 
” seseorang tanpa mengira umur dan tidak bersifat konvensional.DelinkuenDelinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri khas iaitumereka yang masih bersekolah dan belia. Kumpulan ini merupakan devian dalammasyakrakat tertentu, iaitu dalam institusi pendidikan seperti sekolah.11.3 Teori Punca Tingkah Laku dan Masalah Sosial Pelajar Achenbach dan Edelbrock (1987) menyatakan bahawa kebanyakan ahli psikologi klinikaldan juga ahli-ahli psikologi yang lain membahagikan dua jenis masalah yang dialamioleh remaja iaitu kecelaruan dalaman dan kecelaruan luaran. Kecelaruan dalaman ialahmasalah-masalah remaja yang bersifat dalaman dan dimanifestasikan dalam bentuk gejalaemosi dan kognitif seperti kemurungan atau dalam bentuk gangguan-gangguan psikosomatil. Kecelaruan luaran pula ialah masalah-masalah remaja yang bersifat luarandan dimanifestasikan dalam bentuk masalah-masalah tingkah laku. Ianya seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol serta ponteng sekolah.Terdapat beberapa penjelasanmengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongantertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan diprivasi status3

Activity (147)

You've already reviewed this. Edit your review.
Happy Lee liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Ng Yx liked this
jkwpkl liked this
Maisarah Jaafar liked this
Xue Ping liked this
kalam715265 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->