Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Psikolinguistik - Proses an Bahasa Kanak-Kanak

Psikolinguistik - Proses an Bahasa Kanak-Kanak

Ratings: (0)|Views: 425 |Likes:
Published by ctmar74

More info:

Published by: ctmar74 on Feb 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2010

pdf

text

original

 
Proses Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 
Pertuturan lancar dalam kalangan kanak-kanak bukan berlaku secara tiba-tiba, tetapi menerusi pelbagai proses yang rencam. Usaha tersebut memerlukan latihan intensif dalam proses perkembangan bahasa melalui pelbagai tahap sehinggalah wujud perubahan yang sempurna.Hakikatnya, kebolehan berbahasa kanak-kanak ditunjangi oleh perkembangan fizikal danintelektual. Perkara yang paling mengagumkan, pada usia seawal beberapa bulan, kanak-kanak telah dapat berkomunikasi dengan orang di sekitarnya. Berkaitan dengan fenomena berkenaan,Miler dan Gildea (1987) mengulas bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak berlakusecara spontan, tetapi bertahap.Kebolehan berbahasa kanak-kanak dikatakan berkembang seiring dengan perkembangan fizikal,mental, intelektual dan sosial. Oleh sebab itu, perkembangan tersebut dikaitkan dengankeseimbangan dinamik atau satu rangkaian yang bergerak daripada bunyi sederhana kepadakomunikasi kompleks. Miler dan Gildea (1987) turut merumuskan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak tidak hanya dipengaruhi faktor biologi atau sosial sahaja, tetapi dikaitkandengan tahap perkembangan bahasa. Kanak-kanak secara biologisnya bersedia untuk belaja bahasa sambil berinteraksi. Perkembangan tersebut juga dipengaruhi oleh penguasaan kanak-kanak tentang sistem yang dipelajarinya, iaitu:
Fonologi
Pada usia enam minggu, kanak-kanak mula menghasilkan bunyi yang mirip dengan bunyikonsosnan dan vokal, namun tidak dapat dipastikan bentuknya. Proses ini dinamakan agahan.Sewaktu usia mencecah enam bulan, kanak-kanak mula menghasilkan campuran bunyi konsonandan vokal yang dinamakan bebelan. Sebagai contoh, vokal /a/ dan konsonan /m/ bentuknyaadalah KV….
mamama
.
Morfologi
Pada usia tiga tahun, kanak-kanak sudah dapat membentuk beberapa morfem yang menunjukkanfungsi gramatikal nomina dan verba. Kesalahan gramatikal sering terjadi pada usia ini keranakanak-kanak masih berusaha menyatakan kehendak yang ingin disampaikan. Sebagai contoh,kanak-kanak hanya mengambil sebahagian daripada ayat yang ingin dinyatakan, iaitu
nak mam…
Pada usia 10 tahun, kanak-kanak terus membaiki bahasanya.
Sintaksis
Secara umumnya, pemerolehan sintaksis bermula apabila kanak-kanak dapat mengembangkandua atau lebih kata. Steinberg (1982) membahagikan perkembangan sintaksis berkenaan kepadatiga tahap. Tahap pertama ialah telegraf - mengucapkan gabungan kata secara ringkas ataudibina dengan hanya menggunakan kata inti. Contohnya,
mau akan
(mahu makan). Kedua,morfem - menggunakan kata yang lebih rencam. Sebagai contoh,
 Ibu belikan adik baju
(penggunaan morfem terikat, iaitu ...-kan). Ketiga, transformasi - perubahan ayat mudah kepadayang lebih rencam, seperti ayat tanya. Contoh ayat ialah
 Atuk kat mana?
(Zulkifly Hamid 2006:49).
 
Semantik 
Kebanyakan kanak-kanak memperoleh 50 kosa kata dalam sesuatu masa sehingga usia mencecah18 bulan. Perkembangannya semakin giat apabila kanak-kanak meningkat usia enam tahun. Halini demikian kerana secara purata kanak-kanak akan mempelajari lima perkataan baharu sehari.Oleh itu, jumlah peningkatan kosa kata adalah kira-kira 80,000 setelah memasuki alam persekolahan (Owen & Robert, 1996). Seterusnya, kanak-kanak dikatakan sudah mampumembezakan makna pada usia empat tahun. Misalnya, kanak-kanak memahami perbezaan….
Which stick is longer 
? (Frank Paker 1994: 218). Dalam kajian yang dilakukan oleh Dan IsaacSlobin (1992: 86) terhadap kanak-kanak berusia dua tahun, didapati kanak-kanak tersebutmemiliki satu konfigurasi semantik dalam mindanya yang melibatkan satu predikat dan hujahan.Selanjutnya, menurut kajian yang dijalankan oleh Antinucci dan Parisi (1974) dalam Dan IsaacSlobin (1992), pada peringkat semantik, kanak-kanak boleh menyenaraikan beberapa jenisadverba. Antaranya lokatif, waktu, tambahan, cara, alat dan kesalingan.Berdasarkan dapatan lain pula, semasa kanak-kanak berusia antara 4 - 5 tahun, terdapat dua jenis penambahan makna kata. Secara horizontal, kanak-kanak mampu memahami, selainmenggunakan sesuatu kata dengan makna berbeza, termasuk penambahan dari segi vertikal; jumlah kata yang difahami dan digunakan dengan tepat (Owen & Robert, 1996).Kemampuan kanak-kanak tidak bersekolah memaparkan bahawa kata berubah melalui dua cara,iaitu konseptual; makna berdasarkan pengalaman individu yang bersifat sosial. Kedua, sintaksis;makna dalam ayat yang menunjukkan hubungan sangat kompleks.Di samping itu, kajian bahasa telah membuktikan bahawa kanak-kanak telah mula mengenali banyak kosa kata sebelum usia mencapai enam tahun, namum mereka masih perlu belajamemahami makna sebelum berupaya menguasai semantik orang dewasa. Kebanyakan pemahaman makna berlaku semasa mereka berada dalam alam prasekolah (Owen & Robert,1996). Penguasaan makna sukar diperoleh kanak-kanak seusia 4 - 6 tahun kerana dalam semua bahasa terdapat banyak makna untuk satu perkataan. Sebagai contoh,
tentang 
dalam bahasaMelayu boleh membawa pelbagai maksud. Menurut Owen dan Robert juga, pertambahan pemahaman makna yang sinonim hanya berlaku semasa kanak-kanak memasuki alam prasekolahdan semakin meningkat apabila berada di sekolah rendah.
Pragmatik 
Lazimnya dalam semantik, makna dianggap sebagai pertalian hubungan antara perkataan dan penutur, namum dalam pemerolehan pragmatik melibatkan proses yang rencam. Pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi, iaitu hubungan antara perkataan, penutur dankonteks. Namun begitu, kedua-dua penguasaan tersebut saling melengkapi dalam membantukanak-kanak memahami ujaran (Zaimatul Azma Zainon, 2006: 5). Perkembangan penguasaan

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
nurmini liked this
nurmini liked this
Tan Li Li liked this
Tan Li Li liked this
mat2489 liked this
Amizan Bt Adnan liked this
Datu Raiman liked this
mad_tasha liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->