1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modulini, sila jawab soalan uji sendiri.2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, silabuat tugasan ini: "Huraikan fahaman pembawaan manusiaanda dengan mengambil kira untuk diterap dan dijadikansatu pendekatan teori kaunseling". Penulisan tidakmelebihi 3 muka surat mengikut cara penulisan AmericanPsikologikal Association. Hantarkan tugasan kepadapensyarah dalam masa dua minggu.Teks Wajib:Othman Mohamed.(2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusandalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit UniversitiPutra Malaysia.Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995).Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman.
TOPIK 1: DIMENSI KAUNSELING
Matlamat penting dalam proses kaunseling adalah untukmemastikan supaya klien dapat menikmati hasil kaunseling dan bolehberfungsi dengan sihat. Pada biasanya, klien akan memerlukanpertolongan supaya ianya dapat mengubah perlakuan yang melibatkanemosi serta tingkah lakunya. Manusia telah dianugerahkan dengandaya pemikiran, emosi dan kebolehan membuat pemilihan tentangsesuatu tindakan. Hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku adalah rapat dan wujud kesalingan pengaruh antara satu denganlain. Oleh yang demikian, interaksi antara lapangan pemikiran,emosi dan tingkah laku adalah mustahak dalam perlaksanaan proseskaunseling. Seorang kaunselor mesti memahami gerak balas yangberunsurkan persepsi terhadap interaksi yang berkait rapat antarapemikiran, emosi dan tingkahlaku.Dalam proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dantingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih terperinci melaluikonsep afektif, pemikiran kognitif, wawasan diri dan tingkahlaku.Kefahaman tentang empat konsep elemen ini mesti dihayati olehkaunselor sebelum proses kaunseling itu dapat diteruskan denganberkesan.Konsep wawasan diri melibatkan proses kefahaman dalamantentang diri sendiri. Proses kefahaman seperti ini memerlukanpenghayatan menyeluruh melibatkan akalnya. Seorang insan itu sudahtentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan diriseiringan dengan emosinya. Konsep ini boleh digambarkan sepertiberikut: