Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
AKTIVITI MENGENAL ABJAD

AKTIVITI MENGENAL ABJAD

Ratings: (0)|Views: 883 |Likes:
Published by ukai81

More info:

Published by: ukai81 on Feb 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/23/2013

pdf

text

original

 
AKTIVITI MENGENAL ABJAD
AssalamualaikumHari ini saya ingin berkongsi idea untuk anda sama ada guru prasekolah atau ibu bapamembantu kanak-kanak cepat mengenal abjad. Mudah-mudahan di waktu cuti begini andaguru prasekolah dapat menyediakan bahan-bahan ini sebelum sekolah bermula. Manakala ibu bapa pula boleh menjalankan aktiviti ini sepanjang cuti persekolahan ini untuk menarik minatanak anda belajar dengan cara yang menyeronokkan. Selamat mencuba.
Sudut Abjad.
Setiap kelas prasekolah perlu ada satu sudut abjad di kelas. Anda boleh menyediakan ruang bilik di mana kanak-kanak boleh meneroka abjad dalam banyak cara yang berbeza. Anda boleh guna huruf-huruf magnetic, stencils, blok, kad-kad gambar, kad-kad imbasan, stamps,cookie cutters, span, puzzles atau set permainan yang banyak menggunakan abjad untuk diletakkan di sudut berkenaan.
Padanan Abjad.
 Buat set kad-kad huruf kecil dan huruf besar. Minta kanak-kanak padankan huruf besar dankecil. Kumpulan yang berjaya memadankan kad-kad huruf yang sama dengan banyak dikira pemenang. Permainan ini boleh menggunakan kad bersaiz daun terup dan dimainkan seperti permainan Happy Family.
Beg Abjad
Isikan beg plastik dengan gel rambut, krim bercukur, gam yang telah diwarnakan dengan pewarna makanan, atau sebarang bahan lain yang anda mudah temui. Biarkan kanak-kanak gunakan jari mereka untuk membuat huruf-huruf di atas bahagian luar beg. Mereka bolehkemudian goncang beg itu untuk menulis semula. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dantidak membuatkan kelas berselerak.
Name Scramble.
Tuliskan nama kanak-kanak di atas kad-kad berasingan.Kemudian campur-campurkan kaditu. Suruh mereka menyusun nama mereka ke dalam susunan yang betul. Mereka boleh jugamenukar kad-kad dengan kanak-kanak lain-lain dan cuba untuk mengeja nama-nama lain.Secara tidak langsung kanak-kanak akan tahu mengeja nama mereka dengan ejaan yang betul.
 
Memburu Abjad.
Beri setiap kanak-kanak sekeping kad abjad. Minta mereka memburu abjad yang sepadandengan kad yang mereka dapat di sekeliling bilik darjah, mencarinya di dalam majalah, atau buku-buku.
Kejar abjad.
Sorok kad-kad abjad di sekeliling kelas. Minta kanak-kanak mencari kad-kad tersebut. Siapayang mendapat kad terbanyak dikira sebagai pemenang.
Kad hilang.
Letak kad abjad di atas lantai. Minta kanak-kanak menutup mata mereka. Guru sorok sekeping kad dan minta kanak-kanak meneka kad mana yang hilang. Permainan ini bolehdibuat secara kumpulan kecil. Minta pasangan lawan untuk menutup mata kumpulan yangakan meneka. Jika berjaya, markah akan diberikan.Kumpulan yang terbanyak menjawabsoalan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
Memancing abjad.
Lekatkan kad abjad di botol mineral kosong. Pasangkan tangkai di bahagian penutup botolsupaya mudah untuk dipancing. Guru sebut nama abjad dan kanak-kanak akan memancingabjad yang telah disebut. Kumpulan yang berjaya memancing huruf abjad yang betul dikira pemenang.
Alphabet Walk.
 Bawa kanak-kanak keluar untuk melihat huruf-huruf yang terdapat di persekitaran merekaMereka boleh melihatnya di papan tanda, bangunan dan di mana sahaja yang mempunyai perkataan tertentu.
Pasangan Perkataan.
Tulis dua perkataan yang sama bunyinya tetapi berbeza makna di atas papan hitam misalnya perang dan perang (warna) dan kemudian minta mereka beritahu anda perbezaan makna perkataan tersebut.
 
Main sorok-sorok Abjad.
Sorok kad-kad huruf-huruf di sekeliling bilik darjah. Minta kanak-kanak mencari kadtersebut. Bila mereka telah menemui kad, minta mereka duduk semula dan beritahu keseluruhkelas huruf yang mereka jumpa.
Lagu Abjad.
Lagu ini mudah untuk dipelajari dan menyeronokkan untuk dinanyikan. Beri kanak-kanak huruf abjad dan biarkan mereka menyanyi huruf mereka apabila tiba giliran mereka.
Menyisih perkataan.
Biar kanak-kanak memilih kad perkataan yang telah anda sediakan. Suruh mereka susun kad perkataan itu mengikut susunan abjad. Misalnya ayam, basikal, cempedak, durian, emak danseterusnya.
Membuat Huruf-huruf.
Ajak kanak-kanak membuat huruf-huruf dari krim bercukur, play dough, span, pudding atau bahan-bahan lain yang menyeronokkan.
Abjad Lembaran kerja.
Gunting lembaran kerja. Tampal semula lembaran kerja dan lakukan latihan menulis untuk mengajar kanak-kanak mengenal abjad.
Telaga abjad.
Dengan menggunakan gelung rotan, Tulis di atas kertas dan tampalkan abjad tertentu padaskittel di tepi gelung rotan. Bahagikan kepada beberapa kumpulan murid. Guru sebut huruf dan kanak-kanak akan melompat ke dalam gelung rotan sambil menyebut nama huruf tersebut. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
Bunyi Abjad.
Sebut huruf abjad dan bunyinya dan minta kanak-kanak mengulang semula apa yang andasebutkan.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
PingPing Lau liked this
gempurmalaya liked this
Amizah Sabri liked this
Kreethi Pradaa liked this
Sim Janet liked this
Zainon Shariff liked this
afiq_amran liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->