Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kelebihan Internet

Kelebihan Internet

Ratings: (0)|Views: 1,977 |Likes:
Published by esarafidah

More info:

Published by: esarafidah on Feb 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/13/2013

pdf

text

original

 
Tajuk:Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran danPembelajaran
Oleh:Dr. Sajap MaswanJabatan Teknologi PendidikanInstitut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang 
 _____________________________________________________________ Pengenalan
Pada masa ini, penggunaan Internet dan laman web pendidikanbukanlah suatu yang asing kerana ia telah diperkenalkan sejak pertengahantahun 1990an lagi. Collins (1996) telah menyatakan bahawa tahun 1996/97merupakan era Internet dalam pendidikan bermula. Di negara ini sudah mulawujud laman-laman web yang dibina khusus untuk tujuan pendidikan, samaada oleh jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta atau individu tertentu.Antaranya ialah seperti TM School Net, Portal Pendidikan Utusan, ESekolah,E-Tuisyen, MahirNet, Cikgu Net dan sebagainya.
Pembelajaran menggunakan Laman Web
Dalam perbincangan dan penggunaan laman-laman web untuk tujuanpendidikan sekurang-kurangnya terdapat dua istilah yang selalu digunakakaniaitu; pengajaran berasaskan web
(web based instruction, WBI)
danpembelajaran melalui laman web pendidikan
(educational web sites, EWS).
Khan (1999) menyatakan bahawa WBI bolehlah dilihat sebagai satu inovatif dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar iaitu mengunakan websebagai medium perantaraan. Antara ciri utama web yang tidak terdapatdalam media lain ialah kebolehan menyediakan persekitaran yangmembenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi denganpelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman webitu sendiri. Antara saluran komunikasi yang biasa digunakan dalampersekitaran WBI ialah melalui e-mel, ruang bual, papan buletin,perbincangan video, dan sebagainya. Berjuta-juta laman web yangmengandungi berbagai maklumat dari seluruh dunia boleh digunakan untuktujuan pengajaran dan pembelajaran. Istilah kedua iaitu pembelajaranmenggunakan laman-laman web pendidikan (EWS), adalah merujuk kepadapembelajaran melalui laman web yang dibina khusus untuk tujuan pengajarandan pembelajaran. EWS boleh merupakan sebahagian sumber bagi tujuanWBI, dan ada kalanya hanya bertujuan bagi maparkan maklumat pendidikansemata-mata (Irfan Naufal, 2003). Sebahagian besar laman-laman webpendidikan di Malaysia, isi kandungannya adalah disesuaikan dengansukatan pelajaran mengikut tahap-tahap tertentu.
 
Kelebihan Pembelajaran Menggunakan Internet
Banyak kajian telah dilakukan berkaitan dengan keberkesananpengajaran dengan menggunakan Internet. Satu kajian yang telah dijalankanoleh Hambric (1997) telah mendapati bahawa Web berkesan dalammenyelesaikan masalah di kalangan pelajar-pelajar Tahun 5 di VistaCalifornia. Anderson dan Joerg (1996) melaporkan dalam kajian merekabahawa Web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagipelajar serta pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalampembelajaran. Ramai pengkaji seperti Joerg (1995), Day (1996) dan Hambric(1997) mendapati bahawa pembelajaran melalui web lebih berkesan jikadibandingkan dengan kaedah tradisional.Di Malaysia, kaedah pembelajaran melalui laman web telah muladibincangkan oleh para penyelidik dalam bidang pendidikan sejak beberapatahun yang lalu. Contohnya Abtar (1998) telah mencadangkan reka bentuklaman web untuk pembelajaran yang efektif. Jamaludin (1999) telahmencadangkan teori konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentukpembelajaran berasaskan web.Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau carabaru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkanpengajaran yang lebih bermakna. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman webmempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional.Antara kebaikan pengajaran berasaskan laman web ialah penyediaan ciri-cirihiperteks, hipermedia dan hiperlink dengan laman web lain dari seluruh dunia.Keadaan ini menjadikan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalambentuk tidak linear. Format hipermedia memudahkan pendekatanberpusatkan pelajar. Pembelajaran seperti ini tentunya dapat mewujudkansuasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994).Laman web juga mendokong dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi,yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (highorder thinking skills) (Thuring, Mannemann & Haake, 1995). Pengajaranmelalui web menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukansahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio danvideo. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman video, audiodan animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain dandari satu media kepada media yang lain melalui hiperlink dan hipermedia.Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampaimaklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetakseperti buku.Pengajaran berasaskan laman web juga menyediakan kemudahankomunikasi secara sinkroni, misalnya melalui sesi perbualan
(chat)
dan jugasecara asinkroni seperti kemudahan e-mel. Kemudahan seperti ini dapat
 
menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasamamerentasi jarak yang jauh, terutama ketika cuti sekolah. Komunikasi sinkroni
(chat)
membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar,seperti dalam diskusi bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internetmenggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Manakala komunikasiasinkroni (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasiberlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasipada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkanakses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikappelajar terhadap aspek kerjasama dan pencapaian.Berbeza dengan buku, laman web lebih mudah untuk dikemaskinikan.Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam laman tersebut boleh ditambahdengan maklumat-maklumat terbaru atau menyingkirkan maklumat-maklumatlama yang kurang sesuai. Perubahan tersebut boleh dilakukan dalam masayang singkat. Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga beberapa tahundengan kandungan yang sama, walaupun keadaan serta situasi penggunaansentiasa berubah. Di samping itu kandungan laman web juga boleh disimpansebagai arkib untuk rujukan jika diperlukan.
Penutup
Berdasarkan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran melaluilaman web pendidikan seperti yang telah dibincangkan, diharapkan ia bolehdigunakan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah pencapaian yangmasih rendah serta kurang minat pelajar-pelajar di dalam mata pelajaranPendidikan Seni Visual. ______________________________________________________________ 

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Safida Fidot liked this
Syukri Shafiai liked this
Nor Sa'adah liked this
Illy Zulkifli liked this
Foreverlove Love liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->